Inspirasi Kejayaan
Semenanjung Malaysia RM7.50 Malaysia Timur RM8.50 Brunei  B$10 Singapura S$10
PP 15723/08/2011(028079) ISSN 2231-7155
kasehdia.com
Januari + Februari 2011
Menarik di dalam...
Isu No.1
Memiliki niat untuk memulakan sebuah restoran? Tips dari Chef Ismail Pernah bertanyatanya mengapa pinjaman anda tidak pernah diluluskan? Cari peluang perniagaan anda seterusnya Kembangkan perniagaan warung Benarkah usahawan tempatan kurang dayasaing? 5 perkara yang mesti anda cuba bulan ini Senarai bahagian utama majalah Rezeki
Nombor! + Personaliti + Ruang Niaga + Inspirasi + Tips + Pusat Sumber + Isu Fokus + Gemala + Gaya Hidup + Tanya Rezeki + Kata-kata untuk dikota
~kerjaya~
YUNA Peniaga, Penyanyi, Komposer, Pereka Fesyen
Dari muzik ke butik penuh gaya tersendiri
rezeki 2010-cov.indd 1
2/10/11 2:58:38 AM
rezeki+COVER.indd 1
2/9/11 11:34 AM
rezeki+COVER.indd 2
2/9/11 11:34 AM
rezeki 2010-cov.indd 2
2/10/11 3:16:57 AM
rezeki CS3-new.indd 1
2/10/11 2:15:09 AM
KANDUNGAN
Rezeki Isu No. 001 | Febuari 2011
UTAMA
TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA
YUNA BICARA TENTANG PERNIAGAAN
42
12 NOMBOR WARTA NIAGA
PERSONALITI
CHEF ISMAIL PENGARAH URUSAN BANK ISLAM BERHAD SEHARI DALAM HIDUP PENIAGA PISANG PENGERUSI VICTORIA CRESCENT
RUANG NIAGA
KEDAI TEKNO RAK : GELOMBANG BAJU-T INDIE
INSPIRASI
RUANG KERJA GAYA USAHAWAN MUDA 2
06 10 12 14 17 21 24 26 28 31 33
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 2
2/9/11 11:21 AM
©2011-2012 KasehDia Sdn. Bhd. Hakcipta terpelihara Pihak penerbit tidak akan bertanggungjawab atas segala maklumat yang terkandung di dalam penerbitan ini. Pihak penerbit/pengarang juga tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pendapat yang diaturakan secara tersirat atau tersurat kerana ia merupakan hasil penulisan peribadi penulis dan pihak penerbitan tidak akan memberi jaminan andai terhadap sebarang bahan yang berbentuk hak kerajaan, termasuk periklanan atau sebagainya di dalam penerbitan ini.
PROFIL ANTARABANGSA - STEVE JOB ISLAM MENGGALAKKAN UMMATNYA BERNIAGA
17
28
34
26
34 38
TIPS
ISLAM MENGGALAKKAN UMMATNYA BERNIAGA 10 KESILAPAN LUMRAH DALAM PERNIAGAAN 12 SIFAT USAHAWAN SEJATI
38 40 41
MUKA HADAPAN
BICARA YUNA TENTANG PERNIAGAAN 42 PUSAT SUMBER - 6 BUKU UNTUK DI BACA MINGGU INI 46
ISU FOKUS
BENARKAH USAHAWAN TEMPATAN KURANG DAYA SAING
GEMALA
FAKTOR PINJAMAN TIDAK DILULUSKAN CARA PENGGUNAAN KAD KREDIT YANG BAIK AM ISLAMIC BANK - MENGGAPAI BINTANG-BINTANG DI LANGIT MENGENALPASTI PELUANG PERNIAGAAN
56 60 62
GAYA HIDUP
5 PERKARA YANG ANDA MESTI CUBA BULAN INI MENCARI ILHAM DI AIR TERJUN RUANG SENI ALTERNATIF
65 66 68
TANYA REZEKI KATA-KATA UNTUK DI KOTA
70 72
48 3
rezeki 2010-100111.indd 3
53
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:21 AM
Salaam dari Ketua Pengarang Salaam, Rezeki merupakan sebuah majalah baru terbitan KasehDia yang menawarkan isi kandungan terkini yang meliputi sektor perniagaan dan kerjaya sebagai satu gaya hidup. Di Rezeki, kami percaya bahawa sesiapa sahaja mampu mencapai impian dan matlamat yang dihajati. Dengan ini, kami dengan bangganya mempersembahkan majalah Rezeki ini sebagai bahan bacaan inspirasi anda. Statistik menunjukkan bahawa majoriti perniagaan di negara ini terdiri dari perusahaan kecil dan sederhana. Kesimpulannya, kerja adalah satu daripada harian kita yang penting. Inilah sasaran utama majalah Rezeki: membudayakan kerja sebagai sebahagian daripada gaya hidup sehari-hari. Kini, ramai orang bersusah payah ke tempat kerja dan menghabiskan masa sehingga 16 jam sehari bukan sekadar mengejar gaji pada tiap hujung bulan. Tanya saja sesiapa di sebelah anda yang bekerja kenapa mereka bekerja; walaupun jawapan pertama mereka berkenaan dengan wang, namun jika didalami lagi, ramai yang akan mengaku bahawa wang bukan segala-galanya. Kerana itulah majalah ini diolah untuk menjadi lain daripada yang lain. Kami bukan sahaja berminat untuk membicarakan hal-hal yang berkenaan dengan pekerjaan dan perniagaan semata-mata. Sudah terlalu banyak majalah di pasaran berkisar isu-isu seperti itu dan sekiranya hanya itu minat anda, maka mungkin majalah-majalah tersebut akan memuaskan hati anda. Sebaliknya, majalah Rezeki adalah untuk mereka yang mahu mencari sesuatu yang lebih daripada pekerjaan dan perniagaan mereka. Tujuan kami ialah memberikan inspirasi; melalui cerita-cerita mereka yang sudah berjaya atau sedang berusaha, melalui penulisan dan rekabentuk yang berlainan dari biasa. Dan melalui isi kandungan yang merangkumi skop yang luas, bertujuan untuk membentuk peribadi keusahawanan yang menyeluruh. Kerana tidak kira sama ada kita mempunyai perniagaan sendiri atau bekerja untuk orang lain, bekerja bermakna menjadi seorang usahawan. Dan tujuan kami ialah untuk membantu membina usahawan yang kreatif. Sekiranya itu juga adalah matlamat anda dalam bekerja, selamat datang ke majalah Rezeki. Jika anda mempunyai sebarang komen, pendapat dan cerita yang mahu dikongsi bersama, sila layari laman web kami di www.kasehdia.com untuk memberi input.
Ketua Pengarang
4
PASUKAN EDITORIAL KETUA PENGARANG Hajjah Jumaatun Azmi ju@kasehdia.com PENULIS KANAN Amri Rohayat Salina Abd Aziz Amri Sofi Ruzanna Muhamad PENULIS Zaahira Muhammad PENYELIDIK Siti Hazwani Ramli Nabeeha Abd Hamid Amri Sofi Dayana Nordin Suraiya Ilyas PENULIS SUMBANGAN Azura Liyana Azmi Kimberley Engkamat GRAFIK & REKAAN Zailan Hanafiah Tari Mangsi JUALAN & PEMASARAN Francisca Shaik Phillip Ong KORPORAT PENGASAS & PENGARAH URUSAN
Hajjah Jumaatun Azmi PENGURUS BESAR
Radha Vengadasalam PENGURUS KOMUNIKASI KORPORAT & PERHUBUNGAN AWAM
Andora Fredericks
PENERBIT KasehDia Sdn Bhd M-3-20, Plaza Damas 60, Jalan Sri Hartamas 1 Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +6 03 6203 1025 Fax: +6 03 6203 4072 Email: info@kasehdia.com www.halaljournal.com www.kasehdia.com www.worldhalalforum.com www.halalguides.com www.haqthemovie.com
IZIN & CETAK ULANG Majalah Rezeki ditulis dan diterbitkan dwi-bulanan untuk pembaca di Malaysia. Bahan-bahan dari majalah Rezeki ini tidak boleh cetak ulang dalam apa jua bentuk pun tanpa izin bertulis dari penerbit. Artikel yang telah dikirim akan diterbitkan berdasarkan budi bicara Pengarang. Kami tidak dapat menerbitkan semua artikel yang dikirim oleh kerana ruangan adalah terhad. LANGGANAN & PENGEDARAN Untuk melanggan atau sebarang pertanyaan berkaitan pengedaran, perubahan alamat dan permintaan edisi terdahulu, sila hubungi +603 6203 1025 atau fax +603 6203 4072 atau email info@kasehdia. com. Untuk mengelak kelewatan penerimaan majalah anda, kami memohon t sebarang perubahan alamat dimaklumkan dengan segera. Majalah Rezeki adalah ahli Persatuan Penerbit-penerbit Majalah dan dalam proses menjadi ahli ABC. PENCETAK Art Printing Works Sdn Bhd 29, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia PENGEDAR MPH Distributor Sdn Bhd Ground Floor Warehouse, Bangunan TH No 5, Jalan Bersatu, Sec. 13-4, 46200 Petaling Jaya, Malaysia.
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 4
2/9/11 11:21 AM
1 LUNAS
“Hadapi kenyataan sebagaimana adanya, tidak seperti yang telah berlaku atau seperti yang anda inginkan ia berlaku”.
– Jack Welch (Bekas Pengerusi dan CEO General Electric)
Jangan Terima
Kritikan
Secara Negatif
Sering kali orang mencari keizinan/persetujuan orang lain untuk disukai dan diterima oleh orang lain. Jadi, apabila anda menghasilkan sesuatu kerja, anda telah membuktikan kepada diri sendiri bahawa itu adalah sebahagian kerja yang dilakukan dengan baik kerana orang lain akan berkata sedemikian. Hasil kerja akan lebih produktif jika anda bertanya “ Apa yang salah dengan hasil kerja saya?” atau “Bagaimana boleh saya memperbaiki hasil kerja saya?” Lebih baik dari bertanyakan persetujuan, mencari jawapan kritikan dan IKHLAS. Ini lebih membantu untuk pembangunan perniagaan anda.
Pada akhir hari, anda mempunyai pilihan untuk menerima kritikan atau menolak yang mana anda rasakan tidak benar.
5
rezeki 2010-100111.indd 5
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:21 AM
Nombor
Statistik + fakta penting untuk minda niaga
RM
150,000.00
Jumlah pendapatan yang diperolehi oleh Tina Chong, 35 tahun, hasil dusun durian kunyitnya setiap musim.
2% Jumlah keseluruhan usahawan Melayu yang berkecimpung dalam bidang automotif di negeri Johor.
1.704
Kadar pertumbuhan p Malaysia dalam tahun
2 TAHUN
4
d
prog p
Tempoh purata yang diperlukan untuk syarikatsyarikat baru menjadi stabil
80%
2TAHUN 730HARI 17520JAM
Purata jumlah syarikat-syarikat baru yang gagal dalam tempoh masa dua tahun pertama mereka 6
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 6
2/9/11 11:21 AM
RM3 BILION
Nilai pasaran industri automotif negeri Johor
16.9 JUTA
Jumlah pengguna internet di Malaysia
04%
mbuhan penduduk am tahun 2010
45%
Jumlah syarikat di Malaysia yang mengabaikan program persaraan pekerja, menurut JobStreet.com
TEROPONG PASARAN 2% PELANGGAN AKAN TERUS MEMBELI DAN MENGGUNAKAN BARANGAN BARU DI PASARAN •• 12% PELANGGAN AKAN MENUNGGU 1 TAHUN SELEPAS, SEBELUM MEMBELI SESUATU BARANGAN YANG BARU DIPERKENALKAN •• 22% PELANGGAN PULA AKAN MEMBELI BARANGAN TERSEBUT SELEPAS 2 TAHUN IA BERADA DI PASARAN.
27.123 JUTA Jumlah pengguna telefon bimbit di Malaysia
160
Jumlah perniagaan francais dan disenaraikan di laman web www.mfa.org.my
RM1.5 JUTA Jumlah penipuan melalui SMS yang direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 8 bulan pertama 2008
7
rezeki 2010-100111.indd 7
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:21 AM
rezeki CS3-new.indd 8
2/10/11 1:30:18 AM
Halal 2.0 Perkhidmatan Makanan: Panduan Operasi merupakan buku yang pertama sepertinya yang terdapat di dalam industri Halal. Ia merupakan suatu penambahan baru di dalam siri Panduan Halal KasehDia.
Buku panduan ini amat berguna kepada seluruh masyarakat dan juga kepada individu yang menceburi bidang perkhidmatan makanan industri Halal. Samaada anda pemilik pengusahaan atau pekerja di dalam industri perkhidmatan makanan, pastinya buku panduan ini harus dimiliki. Buku panduan ini diterbitkan untuk membimbing anda dalam memahami konsep halal, namun ia juga turut mengajar anda bagaimana untuk mengaplikasikan konsep Halal di dalam perkhidmatan penyediaan makanan.
SIAPA YANG HARUS MEMILIKI BUKU INI?: + Pengusaha Hotel + Pengusaha Restoran + Pelayan + Tukang Masak + Sesiapa sahaja yang menceburi bidang perkhidmatan makanan Maklumat penting: Buku ini bukan untuk dijual dan akan diberikan secara percuma kepada semua peserta Seminar Panduan Restoran Halal kami.
rezeki CS3-new.indd 9
2/10/11 1:36:01 AM
Warta Niaga Anugerah Inovasi SME 2011 tawar tunai RM2 juta
SME Corporation Malaysia (SME Corp.) menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM2 juta bagi Anugerah Inovasi SME 2011 gelombang kedua. Bagi menyertai anugerah berprestij itu, peserta-peserta perlu mempunyai sijil 1 inovasi untuk penarafan syarikat dan transformasi (1-InnoCERT). Anugerah utama SME Inovatif Terbaik akan menerima wang tunai sebanyak RM1 juta, manakala pemenang bagi setiap kategori akan menerima wang tunai RM200,000. 1-InnoCERT merupakan kerjasama antara SME Corp. dan SIRIM yang bertujuan untuk meningkatkan syarikat-syarikat inovatif melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi tempatan. Anugerah tersebut terbahagi kepada enam kategori iaitu Inovasi Terbaik Sektor Pembuatan, Inovasi Terbaik Perkhidmatan Termasuk Sektor Pembinaan, Inovasi Terbaik Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Elektrik dan Elektronik, Inovasi Terbaik Kejuruteraan dan Reka Bentuk Industri, Inovasi Terbaik Teknologi Hijau dan Inovasi Terbaik Bioteknologi dan Agro Teknologi. Anugerah ini akan disampaikan oleh Perdana Menteri pada bulan Jun 2011.
MDEX.Com landasan e-dagang baru
Pengusaha kecil dan sederhana kini boleh menggunakan laman web MDEX.Com (www.mdex. com) untuk proses e-dagang mereka. E-dagang boleh menjimatkan kos perniagaan serta memudahkan proses syarikat, menurut SME Corporation Malaysia Bhd (SME Corp). Justeru, MDEX.com akan dipromosikan sebagai salah satu cara untuk syarikatsyarikat kecil mendapatkan kemudahan e-dagang tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. 10
Berita + Informasi + Acara MDEX.Com adalah usahasama antara SME Corp dengan Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC). Ianya adalah laman web bebas yang disediakan untuk membantu syarikatsyarikat di Malaysia mempertingkatkan produktiviti serta pasaran mereka. Dengan menggunakan laman web ini, syarikat-syarikat kecil dan sederhana mampu memanfaatkan e-dagang dalam perniagaan mereka tanpa perlu menambah pekerja di bahagian teknologi maklumat. Lebih daripada 92 peratus syarikat kecil dan sederhana di Malaysia memiliki akses Internet tetapi hanya 30 peratus menggunakan e-dagang dalam perniagaan harian mereka, menurut SME Corp. Untuk maklumat lanjut: www.smecorp.gov.my 1-300-88-1801
Tiada lagi ‘makan percuma’ untuk usahawan
Kerajaan akan menukarkan pembiayaan yang diberikan kepada syarikat-syarikat kecil dan sederhana selama ini kepada pinjaman bermula tahun ini. Hasrat kerajaan ialah untuk mengurangkan usahawan yang bergantung kepada bantuan kerajaan, disamping mempertingkatkan keupayaan kendiri. Perubahan ini dibuat sejajar dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-10 untuk membangunkan sarikat-syarikat kecil dan sederhana tempatan yang berinovasi, berdayasaing serta tahan lasak. Syarikatsyarkat seperti ini mampu memperkiatan lagi dayasaing negara secara keseluruhannya. Namun begitu, Kementerian Kewangan memberi jaminan syarikat-syarikat kecil dan sederhana akan terus mendapat pelbagai sokongan dalam bentuk pinjaman, dana permulaan dan juga bantuan kewangan untuk tujuan latihan pekerja serta promosi
LAUGH OUT LOUD ENTERTAINMENT, SYARIKAT BARU DAFI Anak muda Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri yang hanya baru berusia 22 membuka syarikat pengurusan artis dan acara, Laugh Out Loud Entertainment. Dafi bermodalkan RM30,000, hasil simpanannya sejak bergelar artis dan kini juga bergelarkan usahawan. Syarikat berkenaan bertanggungjawab menguruskan kerjaya seninya serta bertindak sebagai syarikat pengurusan acara. Dafi melancarkan syarikat semasa harijadinya yang dianjurkan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak. Beliau mula berjinak dengan industri hiburan selepas melengkapkan pertunjukan realiti Akademi Fantasi 5 dalam 2007. Dafi turut mempunyai albumnya yang tersendiri “Seumur Hidup”. Dafi kini sedang menyiapkan sebuah album kedua yang memuatkan lagu-lagu berkonsep muzik pop. Pada masa yang sama, artis/usahawan muda ini juga sedang mempelajari menulis lirik.
di peringkat antarabangsa.
Kaunter ekspres PUNB untuk usahawan
Para usahawan dan peniaga kecil kini boleh menikmati perkhidmatan lebih pantas di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad. PUNB telah membuka pusat perkhidmatan pelanggan untuk membantu perniagaan kecil
samada yang sedia ada atau berniat untuk memulakan perniagaan. Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai borang permohonan, brosur-brosur serta maklumat lain dari PUNB dan juga mendapatkan khidmat nasihat daripada para pegawai PUNB yang berkenaan. Tingkat 12, Blok 1B Plaza Sentral Kuala Lumpur Sentral Waktu operasi: Isnin-Jumaat
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 10
2/9/11 11:22 AM
8.30 pagi - 5.30 petang (Ditutup pada hari cuti umum)
Gunakan Shanghai sebagai pintu masuk ke pasaran negeri China
Di negeri China terdapat lebih 100 juta rakyat berugama Islam, dan ini merupakan pasaran yang besar bagi barangan makanan halal. Syarikat-syarikat kecil dan sederhana tempatan boleh menggunakan Pusat Perdagangan Antarabangsa Xijiao Shanghai sebagai pintu masuk utama mereka ke pasaran negeri China, khususnya untuk pasaran umat Muslim di negara tersebut. Pusat tersebut disediakan khusus untuk pasaran barangan pertanian, dan didokong oleh sebuah ekspo perdagangan yang diadakan setiap tahun. Asia Shangtex Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan pusat tersebut, berkata keutamaan akan diberikan kepada syarikat-syarikat tempatan yang mempunyai barangan jualan pertanian yang berkualiti tinggi, serta memiliki sijil halal yang ketat. AsiaShangtex adalah sebuah syarikat usahasama bersama syarikat Shanghai Hu-Shang Agricultural Products Co. Ltd. Syarikat tersebut telah diberikan kelulusan 20 tahun untuk mempromosikan pusat perdagangan antarabangsa Xijiao di rantau Asean. Pusat perdagangan antarabangsa tersebut yang menelan belanja 2.0 bilion yuan baru saja dibangunkan oleh kerajaan daerah Shanghai dan mempunyai ruang niaga seluas 450,000 kaki persegi. Ia mula beroperasi di hujung bulan Julai yang lalu.
Maklumat lanjut: www.asia-shangtex.com Asia Shangtex Sdn Bhd B-20-3 Northpoint Offices, Mid Valley City, 1, Medan Syed Putra Utara, 58200 Kuala Lumpur Tel: 03-22828181 Faks: 03-22872121
Inisiatif untuk usahawan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10
Rancangan Malaysia Ke-10 antara lain telah menggariskan beberapa program untuk menjana syarikat kecil dan sederhana tempatan yang berjaya di peringkat kebangsaan, rantau Asia dan antarabangsa. Antara lain, program-program tersebut akan memudahkan syarikat-syarikat yang mempunyai lima pekerja ke bawah dibuka. Pendaftaran syarkat serta peraturan pengambilan pekerja akan dipermudahkan untuk memangkin aktiviti keusahawanan kecil di negara ini. Sebuah syarikat juga telah diperkenalkan untuk tujuan menilai serta memberikan penghargaan kepada syarikat-
syarikat kecil dan sederhana. Syarikat 1-InnoCERT tersebut akan menilai pencapaian syarikat-syarikat di bidang inovasi dan mengkomersilkan barangan. Syarikat-syarikat yang berjaya mendapat pengiktirafan 1-InnoCERT akan menerima pelbagai insentif perniagaan seperti pengurangan cukai untuk aktiviti kajian dan pembangunan (R&D), dan akan mendapat status terpilih bila berurusan dengan kerajaan. Rancangan Malaysia Ke-10 juga akan menyokong pembangunan budaya keusahawanan melalui program untuk pelajarpelajar universiti. Pelajarpelajar terbabit akan dihantar bekerja sementara di syarikatsyarikat tertentu untuk mendedahkan mereka kepada budaya dan selok-belok perniagaan. Pertandingan menulis perancangan perniagaan di peringkat sekolah-sekolah serta universiti juga akan diperkenalkan. Matlamat utamanya ialah untuk menajan pembukaan 2,000 buah syarikat yang dipelopori oleh golongan pelajar dalam jangkamasa Rancangan Malaysia Ke-10. Anak syarikat Kerajaan
Malaysia, SME Corp, juga akan membuka cawangan di setiap negeri yang dilengkapi pusat perniagaan. Pusat-pusat ini akan digunakan sebagai pusat enyebaran maklumat mengenai sumber pembiayaan dan lain-lain insentif yang tersedia untuk syarkatsyarikat kecil dan sederhana, serta memberikan khidmat kaunseling dan tunjuk ajar. Sebuah laman web yang memberikan maklumat perdagangan antarabangsa juga akan disediakan untuk menggalakkan syarikat-syarikat tempatan mengembangkan sayap ke persada antarabangsa.
Catatan Penting
Persatuan Francais Malaysia (MFA) mengadakan pelbagai seminar untuk mereka yang berminat menjalankan perniagaan francais. MFA turut menjalankan Kursus Asas Perniagaan Francais, Sesi Jaringan Pembiayaan Francais, Kursus Perniagaan Bakal Francaisor dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2697 1557 atau layari www.mfa.org.my
LEBIH RAMAI BEKERJA SENDIRI DI MALAYSIA
Lebih ramai rakyat Malaysia ingin bekerja sendiri, menurut suatu kajian Kelly Global Workforce Index. Kajian tersebut menemuramah lebihkurang 2,000 orang di Malaysia, dan separuh dari mereka menyatakan hasrat untuk memulakan perniagaan sendiri. Kajian tersebut menunjukkan 17 peratus -- atau 1 dari setiap 6 orang yang ditemuramah -- menyatakan mereka kini berkerja sendiri. Golongan muda berusia 18 ke 29 tahun didapati lebih berminat untuk membuka perniagaan sendiri, berbanding kelompok 30-47 tahun dan 48-65 tahun. Faktor-faktor utama yang mendorong mereka untuk bekerja sendiri adalah ketidaktentuan pendapatan dalam ekonomi tidak menentu, risiko kegagalan dalam pekerjaan, dan kurangnya bantuan sewaktu keadaan eknomi merudum. 11
rezeki 2010-100111.indd 11
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:22 AM
Personaliti
1
Panduan + Idea
Bila berniaga buatlah dari hati. Kerja mesti ikhlas, barulah ada kepuasan, dik. Ada beza antara berniaga dari hati dengan dari otak. Bila berniaga dari hati barulah kita tahan lama bila berniaga. Sebab bila kita buat apa yang kita betul-betul suka barulah ada keseronokan. Dapat duit sikit pun kita akan buat juga. Kalau berniaga dari otak apa-apa yang kita buat cuma sebab nak duit banyak saja.
2
Pelanggan sentiasa betul, tapi kita juga tak pernah salah. Maksudnya, kita berusaha buat apa yang kita rasa pelanggan mahu, tapi kadang-kadang pelanggan tu sendiri tak tahu apa yang mereka mahu jadi kita kena juga masukkan apa yang kita rasa mereka akan suka. Buatlah supaya restoran kita itu lain sikit dari orang lain. Untuk ini perlu memahami citarasa pelanggan. Kena buat tinjauan pasaran dulu sebelum mula, bukan boleh buat suka-suka saja!
Chef Ismail SEPULUH PERKARA YANG SAYA PELAJARI TENTANG PERNIAGAAN RESTORAN 12
3
Sebab apa saya suka berniaga? Kebebasan. Saya bukan dari keturunan orang berdagang,keluarga saya tak ramai yang berniaga. Tapi saya dari kecil sudah biasa bermain di kedai Mak Andak saya. Dari situ sudah timbul minat yang satu hari nanti saya mesti buka kedai sendiri. Kebebasan bukan saja dari segi masa -- berniaga juga membuka ruang yang lebih besar untuk kita membantu orang.
4
Kalau nak berniaga tak perlu ada sijil, dik. Itu semua mungkin penting untuk pengurusan, tapi bagi saya dalam perniagaan pendidikan cuma 30%. Yang paling penting, mesti sanggup turun padang. Tapi jangan pula ingat nak berniaga restoran ni kena pandai masak saja! Semua selok-belok perniagaan kita kena tahu, dari kewangan sampai ke pengambilan stok. Kalau tak tahu
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 12
2/9/11 11:22 AM
5
kenalah rajin memerhati orang lain.
“Kaitan kerohanian tu penting. Kita mesti rasa seolah-olah restoran tu adalah anak kandung kita.�
Rahsia kejayaan saya ialah doa. Doa itu pelaris. Tiap-tiap hari saya tak pernah terlepas berdoa untuk kejayaan perniagaan saya. Doa bukan di waktu solat saja. Saya didik pekerja-pekerja saya supaya berdoa sebelum mula buat apa-apa kerja sekalipun. Nak pergi pasar doa, nak potong ayam doa. Mesti kena ada aura antara kita dengan perniagaan kita. Kaitan kerohanian tu penting. Kita mesti rasa seolah-olah restoran tu adalah anak kandung kita.
6
Sentiasalah biarkan minda kita terbuka. Ilham boleh datang dari pelbagai sudut -- kadangkadang pekerja kita pun ada ilham yang baik. Jadi biasakan mendengar. Saya juga suka berjalan-jalan untuk mengembangkan pemikiran. Kalau tak ada masa nak melancong betulbetul pun, saya banyak membaca majalah-majalah pelancongan.
7
Anggaplah restoran kita tu, tak kira kecil atau besar, macam restoran 5 bintang. Setiap restoran mesti ada carta organisasi, supaya pekerja-pekerja akan merasa mereka dihargai dalam organisasi tu. Dan juga, mesti ada borang laporan harian. Cuci tandas ada borang, stok makanan ada borang, jumlah makanan yang tak habis pun kena ada borang. Tiap-tiap minggu kami akan semak semula dan buat perubahan mana yang perlu. Bila ada laporan begini barulah kita betul-betul boleh mengawal perniagaan kita.
Oleh Nabeeha Abd Hameed
Tiap-tiap hari, selepas makanan dihidang dan sebelum pelanggan pertama tiba, saya akan pastikan pekerja-pekerja saya jamah dulu semua hidangan tu. Kalau ada apaapa yang tak betul -- pedas sangat ke, tak cukup masin ke - saya akan suruh mereka gantikan hidangan tu.
9
Sama penting dengan kualiti makanan ialah suasana kedai. Buatlah supaya restoran kita tu macam rumah. Kena selesa barulah orang akan datang makan. Jadi saya pastikan persekitaran dan peralatan dalam kedai saya sentiasa bersih. Hiasan dalaman ini pun saya akan tukar sekali-sekala supaya sentiasa kelihatan segar. Dan gunakan bunga segar, bukan bunga plastik! Jangan lupa tukar setiap dua hari sekali. Itu penting sebab menunjukkan pembawakan diri kita juga.
10
Saya tak bercadang nak kembangkan restoran saya ini dengan cawangan baru. Kalau ada duit lebih dan nak untung lebih, melaburlah dalam hartanah. Tapi pastikan juga perniagaan kita tu ada beberapa sumber pendapatan, bukan dari restoran itu saja, Misalnya, saya ada juga buat katering, sewakan tempat untuk acara-acara, buat kelas memasak dan sebagainya.
8
Kualiti makananKualiti makanan sangat penting dalam perniagaan restoran. Amalkan kawalan kualiti yang kuat. Dalam bab ini, kita mesti jadi sangat cerewet. Bukan nak jadi gila kuasa, tapi semua yang kita buat mesti sempurna. Kualiti makan tu termasuklah menjaga kebersihan dalam restoran dan dapur. 13
rezeki 2010-100111.indd 13
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:22 AM
Personaliti
Temuramah Bersama
Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad Dato’ Sri Zukri Samat
PENGARAH URUSAN BANK ISLAM ikon Malaysia dalam bidang perbankan Islam dan untuk membuat kehadirannya disegani bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh rantau Asia dan di seluruh pelusuk dunia. Oleh yang demikian, Bank Islam telah memperluaskan rangkaiannya secara agresif dengan tujuan memaksimumkan jangkauannya. Pada masa yang sama, Bank Islam konsisten dalam menetapkan benchmark baru bagi setiap produk dan perkhidmatan yang kami keluarkan dengan mencapai kejayaan sebagai pelopor dalam bidang-bidang seperti yang berikut: • • •
Bank Islam merupakan salah satu daripada bank-bank yang terkenal kerana ia merupakan bank Islam pertama di Malaysia yang menyediakan keperluan kewangan khusus untuk orang Islam dan merupakan pelopor dalam banyak produk perbankan Islam. Kini Bank Islam menawarkan pengguna Muslim dan bukan Muslim di Malaysia peluang untuk menikmati pelbagai perkhidmatan kewangan yang praktikal dan sesuai dengan Shariah. Pengarah Urusan Bank Islam, iaitu Dato’ Sri Zukri Samat, ialah seorang yang berkarisma sungguh tinggi. Beliau berkongsi bersama Rezeki tentang pengalamannya dan apa yang mendorong sesebuah organisasi untuk maju ke hadapan. Bagaimana Bank Islam membezakan diri dari pesaingnya? Apakah yang unik tentang organisasi anda? Bank Islam muncul sebagai institusi kewangan berasaskan Shariah yang sulung di Malaysia ketika mula beroperasi pada bulan Julai 1983. Sejak itu, Bank Islam telah menjadi simbol Perbankan Islam di Malaysia. Visi kami untuk menjadi “Pemimpin Global dalam bidang Perbankan Islam” menggambarkan status kami sebagai pembawa bendera industri perkhidmatan kewangan Islam negara. Pengasas kami mempunyai visi untuk membangunkan Bank Islam supaya menjadi 14
•
• • •
•
• •
Bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan kad ATM berasaskan cip (Kad Pintar) Penyusul utama untuk perkhidmatan Sukuk korporat Islam pertama di dunia Bank pertama di rantau Asia Pasifik yang memperkenalkan kad kredit patuh EMV dengan sistem berasaskan cip berikutan pelancaran MasterCard Bank Islam Bank pertama yang menawarkan kemudahan pembayaran zakat melalui ATM dan kad kredit Bank Islam Bank pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan perbankan SMS (bankislam.sms) Bank pertama untuk memperkenalkan MasterCard Platinum Islam Bank pertama untuk memperkenalkan sebuah dana berstruktur dengan jaminan perlindungan modal Islam iaitu An Najah NID-i Bank pertama untuk memperkenalkan akaun deposit yang menawarkan kesempatan untuk pemilik-pemilik akaun memenangi hadiah wang tunai hingga RM100, 000, dan semuanya berlandaskan prinsip-prinsip Shariah Bank Islam pertama di dunia untuk memperkenalkan World MasterCard Bank pertama yang bekerjasama dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk membolehkan pelanggan melakukan pelbagai transaksi LTH di terminal
•
•
•
layan diri dan atas kaunter Bank pertama untuk memperkenalkan Waheed-i iaitu sebuah dana berstruktur dengan jaminan perlindungan modal Islam Satu-satunya bank Islam dan bank tanpa pelaburan yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah senarai Penasihat Prinsipal untuk cadangan syarikat koroporat tertentu di Malaysia Bank pertama untuk memperkenalkan perkhidmatan perbankan mudah alih sepenuhnya yang tidak memerlukan internet iaitu TAP Mobile Banking-i
Hari ini, Bank Islam bangga berdiri lebih tinggi dari pesaingpesaingnya sebagai kumpulan perbankan dan kewangan Islam Malaysia di dalam lanskap perkhidmatan perbankan dan kewangan yang sangat kompetitif. Penjenamaan memainkan peranan penting dalam kejayaan syarikat. Dengan perubahan logo syarikat Bank Islam, berapa pentingkah penjenamaan dalam mendorong kejayaan sesebuah organisasi? Kami percaya bahawa penjenamaan semula Bank Islam yang telah dilancarkan pada bulan Ogos 2007 telah memberikan sumbangan terhadap prestasi yang lebih baik. Usaha penjenamaan semula Bank Islam, yang merangkumi suatu program untuk mengubah pola pemikiran dan budaya kerja seluruh kakitangan, serta pendekatan Bank dalam menjalankan perniagaan di pasaran yang semakin canggih ini, telah meningkatkan daya saing pelbagai bahagian perniagaan di Bank Islam. Pada tahun 2010, Bank Islam telah memenangi dua anugerah untuk penjenamaan dan ini merupakan suatu pencapaian bagi Bank Islam. Kami melihat ini sebagai respon positif dari pelanggan-pelanggan kami terhadap usaha Bank Islam dalam penjenamaan semula dan transformasi sejak tiga tahun ini yang meliputi pemodelan semula cawangancawangan kami, mempertingkatkan
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 14
2/9/11 11:22 AM
Personaliti “Bank pertama untuk memperkenalkan akaun deposit yang menawarkan kesempatan untuk pemilik-pemilik akaun memenangi hadiah wang tunai hingga RM100, 000, dan semuanya berlandaskan prinsip-prinsip Shariah” penyerahan perkhidmatan, serta memperkenalkan produk dan perkhidmatan kewangan tambah-nilai yang praktikal dan inovatif kepada pelanggan-pelanggan kami. Dengan memenangi anugerah-anugerah ini, pelanggan-pelanggan kami bakal mengharapkan sesuatu yang lebih dari kami. Ini bermakna kami harus bekerja lebih keras untuk menyampaikan komitmen kami dari segi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan inovasi produk yang lebih banyak. Program penjenamaan semula ini juga telah mewujudkan peningkatan dalam kesedaran pengguna-pengguna tradisional dan bukan-tradisional terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Islam. Untuk menjadi pemimpin dalam suatu industri di mana persaingan semakin meningkat, Bank Islam mengakui keperluan untuk mengukuhkan kehadirannya di dalam negara. Oleh itu, kami akan terus melabur dalam rangkaian cawangan kami dan sistem penghantaran kami untuk mempertahankan kedudukan kami sebagai pembekal terkemuka dalam sektor perkhidmatan perbankan dan kewangan Islam. Bank Islam telah menambah bilangan cawangancawangannya di seluruh Malaysia. Sehingga bulan Disember 2010, bilangan cawangan-cawangan bank kami dianggarkan mencapai sebanyak 113 cawangan. Sementara kami terus memperluaskan rangkaian cawangan kami, kami juga bertekad untuk meningkatkan pengalaman perbankan pelanggan kami melalui penghantaran saluran alternatif termasuk perbankan internet kami, perbankan mudah alih serta 897 terminal layan diri yang meliputi mesin juruwang automatik (ATM),
PENGARAH URUSAN BANK ISLAM
mesin deposit tunai (CDM), mesin deposit cek dan laporan perbankan. Apa yang hebat dan istimewa tentang Bank Islam ialah ia bukan sahaja dapat menarik pelanggan Muslim malah yang bukan Muslim juga tertarik dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Apakah antara cabaran yang dihadapi dalam pemasaran produk anda kepada mereka yang bukan Muslim? Kata kunci di sini adalah ‘membuat pembaharuan’ dan bukannya ‘mereplikakan’. Hanya dengan pendekatan mereplikakan tawaran yang sedia ada oleh pesaingpesaing konvensional tidak akan memberikan keunggulan kompetitif yang lestari kepada kami. Untuk itu kami terus membuat pembaharuan ke atas tawaran produk-produk dan perkhidmatan yang unik dan berbeza bagi menarik minat pelbagai pelanggan yang berada di pasaran. Kami percaya dalam menawarkan perbankan untuk semua orang, dan kerana itu kami sentiasa mengalualukan pelanggan dari semua bangsa dan agama, dan tidak pernah membezakan pelanggan-pelanggan kami. Kami berpegang teguh kepada prinsip asas yang dipandu oleh prinsip-prinsip Shariah, yang kami percaya cukup universal untuk bererti bagi semua orang. Pada masa hadapan, Bank Islam akan lebih fokus dalam menarik lebih banyak pelanggan yang bukan Muslim yang pada masa kini berjumlah kurang dari 10% dari jumlah keseluruhan pelanggan kami. Sebagai permulaan, kami telah menghasilkan jaminan pemasaran yang ditulis dalam bahasa Mandarin. Kami berharap bahawa ini akan mengubah pola pemikiran pelanggan perbankan yang berfikir bahawa perbankan Islam hanya untuk orang Islam. Selain pasaran bukan Muslim, kami juga ingin membuat terobosan yang lebih lanjut ke dalam kumpulan berpendapatan sederhana-ke-tinggi dengan proposisi nilai yang akan membuat kami semakin menarik sebagai banker pilihan ramai dan menjadi penasihat kewangan yang dipercayai dalam industri ini. Sejak beberapa tahun ini, kami
telah memperkenalkan banyak produkproduk inovatif yang menarik bagi pelanggan Muslim dan bukan Muslim. Sebuah contoh yang baik ialah produk deposit Al-Awfar kami yang menawarkan kepada setiap pendeposit kesempatan untuk memenangi wang tunai sebanyak RM100,000. Walaubagaimanapun, pelancaran produk ini sememangnya tidak jelas dan mudah. Banyak pertimbangan dan perbincangan telah dilakukan sebelum diluluskan oleh majlis kawal setia Shariah kami yang mempunyai peraturan dan polisi yang ketat. Pelan ‘Penangguhan Pembayaran’ kami untuk pembiayaan perumahan menawarkan penyelesaian yang praktikal untuk setiap pemilik rumah tanpa mengira bangsa dan agama kerana ia menawarkan para pelanggan kemudahan menangguhkan pembayaran ansuran bulanan setiap bulan November dan Disember sepanjang tempoh pembiayaan. Ini merupakan ciri tambah-nilai di mana pelanggan akan mempunyai lebihan tunai setiap hujung tahun. Keutamaan kami ialah untuk tetap meningkatkan perkhidmatan dan terus berinovatif dalam menawarkan produk-produk yang terbaik. (Terus memperkenalkan produk-produk inovatif dan perkhidmatan dengan kos dan kadar yang kompetitif serta mempromosikannya ke seluruh lapisan masyarakat). Sebagai Pengarah Urusan Bank Islam, apakah cabaran utama yang telah dihadapi dan bagaimana anda mengatasinya? Ketika saya diminta untuk mengambil alih bank ini pada tahun 2006, bank berada dalam keadaan yang tidak stabil dan sedang bergelut dengan masalah kewangan tak berbayar (atau nonperforming financing, NPF) yang berjumlah sekitar RM1.3 bilion. Pada bulan Oktober 2006, Bank Islam membuat perancangan perubahan haluan dalam jangka masa tiga tahun (3-year Turnaround Plan), yang difokuskan pada lima bidang utama iaitu kapitalisasi semula dan penstrukturan semula kunci kirakira; peningkatan infrastruktur IT; transformasi seluruh organisasi; 15
rezeki CS3-new.indd 15
Rezeki • Feb 2011
2/10/11 2:20:31 AM
Personaliti rasionalisasi kos; dan pembangunan sumber manusia. ‘Turnaround Plan’ ini melibatkan kemasukan pasukan pengurusan baru, rombakan secara besar-besaran dan pengubahsuaian polisi dan proses Bank secara meluas. ‘Turnaround Plan’ ini mempunyai dua matlamat utama: untuk kembali ke keberuntungan, dan memposisikan Bank untuk kelestarian pertumbuhan. Usaha transformasi dalam tiga tahun terakhir ini, yang merangkumi pemodelan semula cawangan kami, meningkatkan serahan, dan pengenalan produk dan perkhidmatan kewangan yang inovatif dan tambah-nilai kepada pelanggan-pelanggan kami, telah juga meningkatkan kesedaran pelangganpelanggan tradisional dan bukan-tradisional terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Islam. Sejak itu, pihak Bank Islam telah mengumumkan keputusan kewangan yang baik dan pada bulan Jun 2010, telah melaporkan pencapaian keuntungan tertinggi (sebelum pengurangan zakat dan cukai) dalam sejarah sejak lebih daripada 20 tahun beroperasi. Dalam tahun kewangan 2010, Bank Islam tidak menunjukkan tanda-tanda kemerosotan. Berikutan kesimpulan ‘Turnaround Plan’ pada bulan Jun 2009, kami telah memulakan sebuah Pelan Pertumbuhan Lestari atau ‘Sustainable Growth Plan (SGP)’ yang ditumpukan kepada peningkatan kemampuan dan keupayaan kami untuk melaksanakan rancangan perluasan operasi serantau. SGP bertujuan untuk menghasilkan pendapatan yang lestari, portfolio aset yang resilien dan mencipta nilai bagi para pemegang saham dan menguntungkan dari segi ekonomi dalam setiap pasaran, segmen dan perniagaan di mana Bank Islam beroperasi. Tentu saja, persaingan dalam industri ini sangat hebat kerana industri perkhidmatan kewangan Islam (IFSI) sedang berkembang dengan cepat bukan sahaja di Malaysia, malah di serata dunia. Namun, masih ada beberapa bahagian dalam industri ini yang nyata sekali masih belum diusahakan. Dengan IFSI yang sedang berkembang terus, peluang bisnes yang ada cukup besar untuk semua tetapi kunci kejayaan dalam industri ini adalah untuk mengenalpasti bahagian-bahagian ‘niche’ yang masih belum dipelopori. Selain itu, prospek sektor runcit di Malaysia tetap ceria, dan ini merupakan suatu petanda 16
PENGARAH URUSAN BANK ISLAM
baik bagi Bank Islam sebagai bank yang berasaskan runcit. Oleh itu, salah satu daripada strategi kami adalah untuk memberikan tumpuan kepada perbankan runcit yang tetap menjadi sumber perolehan utama kami selama bertahun-tahun. Apakah aspek yang paling penting dalam organisasi anda? Mengapa? Mematuhi Shariah adalah aspek yang paling penting dalam perbankan Islam. Dasar-dasar pematuhan Shariah dalam Bank Islam bertujuan untuk memastikan bahawa semua produk, perkhidmatan dan aktiviti sesuai dengan keperluan Shariah, sebagaimana yang ditentukan oleh dewan kawal selia Shariah yang pelbagai. Salah satu keperluan penting dalam perbankan Islam adalah pematuhan terhadap prinsip-prinsip Shariah. Untuk memastikan pematuhan terhadap prinsipprinsip Shariah dalam sesuatu operasi perbankan Islam, bank-bank Islam harus membentuk Majlis Penasihat Syariah. Majlis Penasihat Shariah Nasional pula telah ditetapkan sebagai pihak berkuasa tertinggi dalam bahagian penasihat Shariah untuk memberikan nasihat kepada Bank Pusat mengenai isu-isu kewangan Islam dengan tujuan untuk memastikan keseragaman dalam pematuhan Shariah pada peringkat industri. Bank Islam sememangnya sebuah bank Islam yang tulen dan konservatif. Kami menyediakan operasi perbankan berasaskan Shariah yang baik dan menyeluruh dan kami bangga sebagai pelopor dalam perbankan Islam. Bank Islam telah memainkan peranan utama dalam mempromosikan peluasan kewangan Islam Malaysia ke pasaran lain, khususnya di benua ini. Hal ini telah membantu dalam pembangunan Bank Islam sebagai jenama terkemuka dan diiktiraf di serata dunia. Bagaimanakah Bank Islam membantu para pengusaha dan perusahaan kecil-kecilan? Baru-baru ini, kami telah melancarkan Ar-Rahnu iaitu perkhidmatan pajak gadai berasaskan Shariah sebagai salah satu cara untuk kami menjangkau para pengusaha kecil-kecilan dan untuk menyediakan mereka dengan keperluan modal mereka. Dalam lanskap perbankan komersil, Bank Islam bercadang untuk menambahkan
sahamnya dalam pembiayaan premis perusahaan, di mana pelanggan sasaran kami terdiri daripada syarikat korporat dan juga Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Bank Islam sentiasa menyokong sektor IKS di Malaysia. Setakat ini, kami mempunyai sekitar 2,000 pelanggan aktif dari sektor IKS. Fokus utama kami adalah pada IKS yang mempunyai ‘track record’ yang mantap dan kami telah membangunkan program-program khusus untuk memenuhi keperluan pasaran ini. Bahagian Perbankan Komersial kami akan terus menumpukan perhatian terhadap pembiayaan berasaskan program yang khusus untuk pelanggan-pelanggan IKS kami. Ini termasuk beberapa skim yang dibiayai oleh kerajaan seperti Skim Jaminan Bantuan IKS, Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Jaminan Pembiayaan Kewangan Penstrukturan Semula Industri. Pengusaha-pengusaha IKS juga boleh memperoleh manfaat dari tawaran pembiayaan perolehan dan kontrak serta pelbagai program-program kontrak pengadaan dan pembiayaan pelbagai program penjual lain yang sedia ada. Kami juga bercadang untuk menjalin hubungan dengan persekutuanpersekutuan IKS yang relevan dan badan-badan kerajaan seperti SME Corp, KIMMA, Dewan Perdagangan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Islam Malaysia dan Majlis Perdagangan Halal untuk meningkatkan pangkalan pelanggan kami dengan memahami keperluan ahli-shli dari persekutuanpersekutuan/ badan-badan tersebut. Bagi segmen Emerging Corporate kami, kami akan meberi perhatian kepada pertumbuhan industri-industri tertentu dan memanfaatkan hubungan yang telah ditubuhkan dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (Government Linked Companies atau GLCs). Bahkan sementara kami terus memberikan pembiayaan kewangan, kami akan menjalankan usaha wajar atau ‘due diligence’ yang diperlukan dan menetapkan kriteria yang sesuai untuk memadankan keinginan ganjaran risiko Bank Islam. Kami akan terus mengadopsi model yang bertumpukan pelanggan sementara melayani rantaian perusahaan pelanggan-pelanggan kami melalui pendekatan “wallet-sizing”. Bahagian ini juga akan menumpukan perhatian kepada pengecaman perniagaan ”green-field” terutamanya untuk IKS.
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 16
2/9/11 11:22 AM
Personaliti
Sehari Dalam Hidup...
Peniaga
PISANG GORENG
W
arung adalah suatu bentuk perniagaan yang biasa kita lihat di negara ini. Namun pernahkah kita terfikir bagaimanakah kehidupan seorang peniaga warung? Untuk mengetahui lebih lanjut selok-belok perniagaan ini, ikuti jadual harian Pakcik Zul, seorang peniaga pisang goreng di Shah Alam. 17
rezeki CS3-new.indd 17
Rezeki • Feb 2011
2/10/11 2:27:08 AM
Personaliti
Oleh Nabeeha Abd Hameed
ENCIK ZUL
MAKLUMAT PERIBADI • Nama: Zulkifli bin Che Musa • Asal: Pasir Puteh, Kelantan • Tempat tinggal sekarang: Padang Jawa, Selangor • Pembantu: Puan Jumariah bt Yaakob (kakak saudara), Nur Ain Zadura bt Setapa (anak saudara) • Tempat berniaga: Seksyen 7 dan 13, Shah Alam • Pengalaman berniaga: 7 tahun `• Pendapatan minima sehari: RM150
Rutin Kerjaya 6.00 PAGI Setiap hari dimulakan dengan solat dan doa.
8.15 PAGI Setelah menghantar anak ke sekolah, terus ke Pasar Meru di Klang untuk membeli pisang, keledek dan keropok lekor. 11.30 PAGI Makan tengahari. 12.15 TENGAHARI Persiapan untuk berniaga bermula. Tepung dibancuh sementara pisang dan keledek dipotong. 2.00 PETANG Khemah dipasang. Minyak dipanaskan. 3.00 PETANG Mula berniaga. 7.00 MALAM Berkemas untuk pulang. 8.00 MALAM Kerja diteruskan! Mengemas dan membasuh peralatan perniagaan. 9.00 MALAM Makan malam bersama keluarga. 18
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 18
2/9/11 11:22 AM
Personaliti
Panduan + Idea
KEMBANGKAN PERNIAGAAN WARUNG
Prinsip Berniaga
“Kepuasan pelanggan adalah perkara utama. Disamping jualan yang sedap dan berpatutan, berniagalah dengan senyuman dan kemesraan.” RESEPI GORENG PISANG ENCIK ZUL BAHAN-BAHAN
Tepung beras, kapur, kunyit, garam dan telur.
TIP MEMBUAT TEPUNG DAN MENGGORENG PISANG 1. 2. 3. 4.
Pastikan adunan dan sukatan betul dan serasi. Ramuan perlu diadun secukup rasa. Pilih pisang yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Pastikan pisang yang digoreng betul-betul masak.
Sebut sahaja menjaja, pasti terpancar sesuatu yang negatif dalam fikiran kita. Persoalannya, mengapa kita mesti malu untuk mendapatkan wang halal dengan menjaja? Ditambah pula, menjaja mampu memberikan pulangan yang lumayan. Anda mungkin memperolehi gaji RM5, 000 sebulan jika anda seorang eksekutif berpengalaman di firma-firma swasta atau pengarah di jabatan-jabatan kerajaan. Namun begitu, menjaja juga boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan, malah mencecah sehingga RM10, 000 sebulan. Jadi, tidak ada salahnya jika anda membuat pilihan untuk berjaja, atau menjaja sebagai kerja sambilan untuk menjana pendapatan tambahan. Statistik semasa yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mendapati terdapat kirakira 51,000 penjaja di Kuala Lumpur. Majoritinya adalah orang Melayu; ini menunjukkan aktiviti penjajaan di kalangan masyarakat Melayu adalah perkara yang biasa. Berikut adalah beberapa tip untuk memastikan kejayaan perniagaan warung anda.
Lokasi Yang Betul
Seperti juga bidang hartanah, pemilihan lokasi yang sesuai adalah penting untuk memastikan kejayaan perniagaan anda. “Disebabkan lokasi yang sangat strategik, soal pelanggan tidak menjadi masalah kerana banyak yang lalu-lalang, dan saya juga telah memperolehi ramai pelanggan tetap,” kata Murni, seorang peniaga di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. 19
rezeki 2010-100111.indd 19
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:22 AM
Personaliti Harga Yang Tepat
Lokasi tidak hanya akan menentukan sambutan terhadap barangan anda; ia juga akan menentukan harga yang ditetapkan. “Di sini kami boleh meletakkan harga yang tinggi sedikit berbanding peniaga di tempat lain kerana sambutan yang memberangsangkan,” jelas Murni, yang sudah lima tahun menjaja.
Mengikut Musim
Harga yang kreatif dan baik menjadi perhatian bagi pelanggan malah bagi sesetengah barangan dan dapat mengurangkan tawarmenawar untuk sesuatu barangan dan perkhidmatan. Harga barangan perlu juga disesuaikan mengikut masa, misalnya buah-buahan bermusim seperti durian, rambutan dan langsat.
Galakkan Pelanggan Membeli Lebih
Tidak lengkap kiranya harga yang ditetapkan tidak menarik perhatian pelanggan. Sebagai contoh, kain dijual sehelai RM16.67 jika dibeli tiga helai menjadi RM51, jadi bundarkan menjadi tiga helai untuk RM50. Tawaran ini akan menaikkan jualan dengan menjadikan pelanggan lebih tertarik untuk membeli lebih.
Bantu Pelanggan Berjimat
Pembeli juga akan lebih tertarik untuk membeli lebih sekiranya itu akan menjimatkan kos. Misalnya, anda boleh menjual empat barang selonggok untuk RM10, atau beli satu dapat percuma satu, atau beli satu pada harga RM30 dan dua untuk RM50.
Cuit Hati Pelanggan
Jenaka dapat membantu anda. Hati saya tercuit dengan gelagat penjaja di Jalan Masjid India yang menarik perhatian dengan manis mulut mereka. Mereka terpekik terlolong seperti, “Lelong-lelong, tiga sepuluh, sepuluhsepuluh!” Tidak cukup dengan itu, ada juga lelaki yang mengenakan pakaian perempuan sambil menari semata20
“Disebabkan lokasi yang sangat strategik, soal pelanggan tidak menjadi masalah kerana banyak yang lalu-lalang”
mata untuk mempamerkan kualiti kain mereka! Gelagat peniaga tersebut membuatkan khalayak ramai tertarik dan ada yang turut sama menari bersamanya.
Yakin Pada Diri Dan Barangan
Keyakinan terhadap kata-kata anda dalam mempromosikan produk anda bukan menambahkan lagi kepercayaan pelanggan kepada produk anda malah kemungkinan besar mereka akan menjadi pelanggan tetap anda.
Cerminkan Penampilan Menarik
Soal keterampilan penjaja juga perlu diambil kira. Bayangkan bagaimana seseorang pelanggan itu mahu membeli sesuatu produk jika mereka meragui penjualnya? Penjual tidak perlu menjadi model yang cantik, yang lebih penting ialah penampilan yang kemas. Ini termasuk cara anda menarik perhatian pelanggan dan mempersembahkan diri anda di hadapan pelanggan.
Susunatur Barangan
Persembahan dan kekemasan cara barangan disusun tidak kurang pentingnya bagi menarik perhatian pertama pelanggan untuk mendekati warung anda. Cara pameran yang kreatif boleh membuatkan ada yang jatuh cinta pandang pertama apabila melihat gaya susunan barangbarang dagangan tersebut. Misalnya, popia gulung basah disusun berbentuk piramid sudah tentunya membuatkan para
pengunjung kecur liur dibuatnya.
Demonstrasi Produk
Sudah menjadi lumrah bagi manusia untuk percaya pada apa yang mereka boleh alami sendiri. Justeru, penting bagi pelanggan meyakini kualiti atau keberkesanan sesuatu produk. Ini boleh dicapai dengan cara melakukan demonstrasi supaya pelanggan boleh menilai sendiri mutu barangan.
Nama Yang Menarik
Penjaja perlu memikirkan nama yang menarik bagi menaikkan imej barangan yang mereka niagakan serta warung itu sendiri. Umpama seorang bayi yang memerlukan nama yang baik begitulah juga perniagaan kita. Nama yang dipilih mestilah tepat. Elakkan nama-nama lazim dan ubahsuai namanama menjadi unik supaya pembeli akan terfikir sejenak dan bertanyakan perbezaan barangan anda dari yang lain-lain. Misalnya, Murtabak Wawasan, Patin Sungai Semantan, Jambu Muar, Nasi Goreng Telaga Tujuh dan sebagainya.
Jadikan Barangan Lebih Menarik
Gunakan sesuatu yang menarik dalam barangan anda sebagai asas untuk menjualnya. Semasa di Kampung Baru kami bertemu dengan penjual buku dan kaset Islamik yang menjual bukubuku sejarah Nabi Muhammad S.A.W. dengan berkongsi ceritacerita lucu di dalam buku-buku tersebut. Contohnya kisah Nabi bergurau dengan seorang nenek yang bertanya samada nenek tersebut boleh masuk syurga atau tidak. Nabi menjawab tidak ada nenek dalam syurga kerana Tuhan akan mengubah wajah nenek menjadi muda.
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 20
2/9/11 11:22 AM
Personaliti
Pengerusi Victoria Crest
**Catatan: Temuramah ini dilaksanakan dengan pengerusi Victoria Crest, untuk mendapatkan pengalamannya dalam pengurusan perusahaannya.
Victoria Crest adalah sebuah syarikat di Malaysia yang menghasilkan produk makanan Halal yang berkualiti seperti sosej, patti burger dan pai dagingtradisional. Pengasas Victoria Crest yang terdiri dari warga Malaysia dan warga asing yang juga bersahabat baik telah bersepakat untuk menghasilkan produk makanan barat yang autentik dan tradisional. Idea penghasilan produk ini timbul apabila mereka menyedari bahawa produk Eropah yang berasaskan daging masih kurang di pasaran Malaysia. Berdasarkan pengalaman mereka yang luas dalam pengeluaran/penghasilan makanan, kewangan, perniagaan danpengurusan, kumpulan sahabat ini telah mewujudkan/menubuhkan Victoria Crest, dalam usaha menghasilkan produk daging Halal yang berkualiti dengan hargayang berpatutan/mampu dibeli. Rezeki menemuramah pengerusi Victoria Crest, Fuad Abdullah, untuk mendapatkan pengalaman Victoria Crest dalam pengurusan perusahaan, serta cabaran yang dihadapi dan bagaimana mereka mengatasinya. 1. Apakah yang menjadi inspirasi untuk menghasilkan jenama Victoria Crest? Mengapakah bidang
pemprosesan produk makanan menjadi jurusan perusahaan baru yang dipilih? Sebenarnya saya baru sahaja menceburi bidang pemakanan kerana sebelum ini saya bekerja dalam bidang pembankan selama 10 tahun. Saya tertarik pada bidang pemakanan kerana ia suatu perniagaan yang bergantung pada penjualan, membina perhubungan baik dengan orang lain dan kerjasama dengan perniaga pemakanan yang lain. Saya juga menggemari peringkat pembinaan dan evolusi produk serta merasakan kepuasan yang datang dari membina jenama saya dan juga kepuasan pelanggan. Saya juga rasa minat terhadap pemakanan kerana terdapat makanan yang hebat di Malaysia. Tetapi selepas berada di UK untuk beberapa tahun, sangat terasa kurangnya makanan Barat yang halal lagi bermutu tinggi, seperti sosej jenis Britain (atau dikenali sebagai ‘banger’), burger dan pai berinti daging, bukan sahaja untuk penggunaan saya sendiri, tetapi ramai kawan dan rakan sekerja saya juga. 2. Apakah perkara-perkara penting yang perlu diambilkira dalam usaha mencipta dan memperkenalkan jenama baru di pasaran domestik? Itu tergantunglah kepada sasaran pasaran anda. Jika anda ingin menjual produk anda kepada orang Muslim, lebih berguna untuk memperolehi sijil halal untuk meyakinkan pelanggan Muslim. Sebenarnya, sekarang ini jiran-jiran bukan Muslim kita telah biasa dengan makanan halal dan makanan halal telah menjadi sesuatu yand sedia diterima oleh mereka. Baguslah bahawa orang Malaysia mempunyai pilihan dan banyak makanan sedia ada untuk semua. Perkara penting yang seterusnya adalah bungkusan dan penyebaran atau ‘word-of-mouth’; kerana sebagai orang Malaysia, kita mementingkan jenama dan produk yang menarik dilihat, dan yang disyorkan oleh kawan memang diambil berat dalam pilihan pelanggan. 3. Apakah yang membezakan produk berjenama Victoria Crest dengan
produk tambah nilai lain yang sedia ada di pasaran domestik sekarang? Produk kami dalam sasaran pasaran khusus atau ‘niche’. Resipi kami semua asli, dan kami hanya menggunakan bahagian pemotongan daging yang utama dalam proses pembuatan (100% dada ayam, 100% bahu kambing biri-biri New Zealand tanpa tulang dan 100% daging lembu Australia bahagian punggung atas atau paha sebelah atas). Bingkai sosej kami dijamin Halal dan semulajadi yang diperbuat daripada kambing biri-biri, bukan seperti bingkai sosej kolagen yang biasa digunakan oleh jenama lain di pasaran domestik. Ini memberikan sosej kami perisa autentik dan rasa kunyah tradisional yang terdapat dalam ‘banger’ jenis Britain yang bermutu. Selain daripada sosej, produk lain kami juga mengikuti gaya masakan Britain dari segi perisa, contohnya perisa ayam dan cendawan atau pai stik dan ginjal. Pada permulaan penubuhan Victoria Crest, tujuan kami adalah untuk mengeksport produk kami. Oleh yang demikian, kami merekabentuk dan membina kilang kami mengikuti tentuan dan taraf pengeluaran Eropah. Syarikat kami dalam peringkat akhir pengiktirafan HACCP dan ISO 22000 dan 21
rezeki 2010-100111.indd 21
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:22 AM
kami telah menentukan piawai yang ketat untuk semua aspek proses pembekalan dan pengeluaran. 4. Apakah perkara yang perlu diambil kira dalam pengurusan perusahaan dalam sektor servis pemakanan serta pemprosesan dan pembuatan makanan? Faktor terpenting apabila memulakan syarikat pengeluaran dan pembuatan makanan anda ialah untuk memastikan anda membina serta melindungi reputasi anda sebagai pengeluar yang bermutu. Pekerja, persekitaran kilang, pengangkutan dan ruang pengeluaran mesti mengikuti taraf kesihatan, keselamatan dan kebersihan yang tinggi. Pengurus, penyelia dan penyelia kilang tidak boleh bersikap kurang initiatif, dan mesti sentiasa berwaspada untuk memastikan taraf-taraf tersebut diikuti. 5. Siapakah sasaran pelanggan untuk produk-produk Victoria Crest? Sesiapa sahaja yang menggemari makanan daging dan ingin menggunakan produk bermutu yang lebih sihat dan lazat. 6. Dimanakah produk-produk Victoria Crest dihasilkan dan mengapa lokasi tersebut yang dipilih? Apakah faktor-faktor yang diambilkira dalam pemilihan lokasi kilang pembuatan/ pemprosesan? Kilang kami terletak di Glenmarie Hicom Industrial Park, Shah Alam, Selangor, dan kami berjiran dengan pelbagai industri termasuk pemprosesan makanan, pembuatan produk dan bengkel kenderaan. Di antara sebab kami memilih Shah Alam adalah infrastruktur dan lokasi yang baik. Ia berdekatan dengan beberapa lebuhraya yang berhubung dengan Lebuhraya Utara-Selatan, KLIA dan Pelabuhan Klang. Kos permulaan adalah salah satu batasan permulaan terutamanya untuk perusahaan dalam bidang pembuatan makanan. Kos bagi lengkapan premis seperti lantai khusus, penjubinan meluas dan keperluan tertentu untuk HACCP, keselamatan, kesihatan dan kerbersihan juga meningkatkan kos. Jentera dan peralatan selalunya khusus dan diimport, dan itu menjadi satu lagi batasan permulaan. Oleh itu, pengurusan perlu memperuntukkan bajet untuk pelbagai faktor kos apabila memulakan perusahaan. 7. Apakah kesukaran yang dihadapi dalam usaha mencipta dan memperkenalkan jenama baru ini di pasaran yang sangat kompetitif dengan adanya jenama-jenama lain yang lebih dikenali oleh para pengguna domestik? Kami rasa ada pasaran khusus untuk jenama kami dalam pasaran domestik dan juga wilayah ini. Terdapat jenama lain dengan produk yang serupa, tetapi kami rasa ramuan yang kami gunakan menciptakan perbezaan besar. Batasan memasuki pasaran adalah harga dan 22
kesedaran pengguna – keperluan utama ialah untuk memastikan pelanggan kami menyedari perbezaan produk kami berbanding pesaing yang wujud di pasaran, dan mengenalpasti apa yang mereka dapati dengan wang mereka. Satu lagi cabaran ialah untuk menyampaikan amanat ini kepada seramai mungkin pelanggan di pasaran dan dalam masa yang singkat. 8. Bagaimanakah kesukaran tersebut diatasi? Kami masih berusaha untuk mengatasi semua ini! 9. Bagaimanakah Tuan mendapatkan modal untuk memulakan perusahaan baru ini? Haha... dengan banyak pengorbanan dan menggunakan simpanan kami sendiri, pada dasarnya pemegang saham perlu membiayai kesemuanya sendiri. Kami pernah memohon geran SMIDEC dan SME Dev Corp pada awal tahun 2009 sebelum penutupan pada 1hb Disember 2009, tetapi setakat ini kami masih menunggu maklum balas untuk beberapa geran. 10. Ramai yang berpendapat bahawa adalah lebih baik jika tidak memulakan sebuah perusahaan bersama sahabat. Apakah yang menjadi penyebab kejayaan Victoria Crest yang merupakan sebuah perusahaan yang dimulakan oleh sekumpulan sahabat? Pada awalnya kami memang risau hubungan kami mungkin terganggu, terutamanya kerana mata pencarian kami yang menjadi cagaran, tetapi kerunsingan itu sama, samada anda bekerjasama dengan kawan anda, rakan kongsi, atau perbadanan bersekutu. Selalunya ada risiko kewangan. Pengalaman khusus kami bertiga adalah kerana kami pernah bermain ragbi bersama untuk kelab dan pasukan yang sama, kami berasa bahawa kami boleh mengatasi sebarang masalah kerana kami mempunyai objektif dan kegemaran yang sama. Kami memahami kekuatan masing-masing dan mempertahankan kelemahan masing-masing. Bagus juga kami semua suka bercakap terus-terang dan jika ada sebarang masalah kami cepat membangkitkannya sebelum ia bertambah teruk. Lebih baik jika dibincangkan. 11. Apakah pesanan Tuan kepada usahawan baru yang ingin mengorak langkah dalam bidang keusahawanan, terutamanya dalam industri pemakanan? Pastikan anda mengagihkan lebih masa untuk pensijilan dan sebarang permasalahan yang mungkin timbul dari awal. Pastikan anda cukup yakin dan berminat dalam produk yang anda syorkan dengan jenama anda. Tetapkan pelan perusahaan yang baik tetapi anda mesti sedia mengubahsuaikannya jika perlu. Tambah lagi, jumlah yang anda jangka diperlukan untuk pelaburan barangkali tidak cukup! Oleh itu, anda harus bersiap sedia untuk menghadapi semua itu dari awal lagi.
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 22
2/9/11 11:22 AM
2
Jangan Takut LUNAS Untuk Membuat Kesilapan
Kegagalan kadang-kala adalah baik untuk anda dan perniagaan anda. Sekiranya anda tidak pernah buat kesilapan dalam pekerjaan itu tidak bermaksud anda hebat. Kemungkinan besar anda hanya berada dalam zon selesa tanpa mengambil risiko yang lebih cepat dan jauh untuk mencapai matlamat yang tinggi. Untuk mencapai target yang tinggi, anda perlu belajar pekara-pekara baru dan bersedia untuk membuat kesilapan sepanjang jalan.
“Definisi kegilaan adalah melakukan hal yang sama dan mengharapkan hasil yang berbeza”. - rangkap lagu ‘Do it Again’ dari sebuah kumpulan rock yang berjaya The Hives
Adakah anda takut untuk membuat kesilapan? Jika anda menjawab ‘Ya’, maka jangan berusaha untuk menjadi seorang pengusaha yang berjaya, hanya kekal dalam keadaan selamat. 23
rezeki 2010-100111.indd 23
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:22 AM
Ruang Niaga : KEDAI
Susunan Salina Abd Aziz
01 01 Auxiflex Auxiflex, produk suplemen yang dirumus dari glukosamin dan membantu mereka yang mengalami sakit sendi atau osteoarthritis. Sakit sendi berlaku apabila tulang rawan menjadi haus dan lusuh. Ia adalah sebahagian daripada proses penuaan dan 90% daripada warga emas yang berumur 65 tahun ke atas mempunyai tanda-tanda ini. Simptom biasa adalah kejang sendi, bengkak atau sakit yang lebih teruk sehingga tidak dapat bergerak dan menjejaskan aktiviti harian. Auxiflex membantu mengembalikan tulang rawan yang rosak serta mengurangkan bengkak sendi, radang dan kesakitan. Talian Maklumat: 1300 88 2700
www.auxiflex.com
Susu Dutch Lady Kid 02 dan Dutch Lady School Dutch Lady Milk Industries Berhad melancarkan minuman UHT pertama mengikut peringkat umur yang berbeza. Susu Dutch Lady Kid dirumus untuk kanak-kanak berusia 1-6 tahun dan diperkaya dengan magnesium, Vitamin D, Vitamin A, kalsium dan protein untuk pertumbuhan fizikal yang cepat. Susu Dutch Lady School adalah untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun dan diperkaya dengan Omega 3, Omega 6, Vitamin B3 dan Vitamin B6. Disediakan dalam tiga perasa – Susu Penuh Krim, Strawberi dan Coklat, dalam pek 125ml (Dutch Lady Kid) dan 200ml (Dutch Lady School). Boleh didapati dari kedai-kedai di seluruh negara.
02
Talian Maklumat: 03-79567477
www.dutchlady.com.my
03
03 Magnolia Sherbet Magnolia memperkenalkan rangkaian produk baru Magnolia Sherbet yang terdiri daripada campuran perisa tropika dan buah-buahan yang menyegarkan. Empat perisa ditawarkan – laici, manggis, oren dan tembikai susu. Produk ini juga sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut. Penuh dengan kandungan buah-buahan sebenar, Magnolia Sherbet ideal untuk semua peringkat usia. Ia dijual di semua pasaraya, pasar besar dan kedai runcit utama dalam bentuk cawan 85ml. Dibuat dan diedarkan oleh F&N Dairies (M) Sdn Bhd Tel: 03-9235 2288
www.fndairies.com
24
Rezeki • Feb 2011
rezeki CS3-new.indd 24
2/10/11 1:50:54 AM
Ruang Niaga : TEKNO
Susunan Salina Abd Aziz
01
03 02 01 iPad Apple®
LED LCD Sharp 02 TV AQUAS Quattron
03
iPad, tablet revolusi baru dari Apple® kini diperkenalkan untuk melayari internet, membaca dan menghantar emel, melihat foto, menonton video, mendengar muzik, bermain permainan komputer, membaca e-buku dan banyak lagi. Alat yang diibaratkan menakjubkan oleh Apple® ini, cukup responsif dan beresolusi tinggi, membolehkan pengguna berinteraksi terus dengan aplikasi dan kandungan menggunakan fungsi skrin sentuh yang seluas 24.63cm. iPad ini hanya 1.27cm tebal dan seberat 0.726kg. iPad mampu bertahan sehingga 10 jam dengan menggunakan tenaga bateri untuk melayari laman Web, menonton video atau mendengar muzik. Rangkaian harga iPad di Malaysia dari RM1,549 hingga RM2,599.
Sharp-Roxy Sales & Services melancarkan televisyen paparan cecair Kristal tiga dimensi AQUOS Quattron 60 inci model LC60LE925M. Keunikan televisyen ini terserlah dari segi ia yang pertama di dunia dilengkapi kombinasi 4 warna utama – merah, hijau dan biru, berserta tambahan kuning (RGB + Y). Tambahan warna kuning bertujuan menjimatkan elektrik dan mempertingkatkan kualiti imej menggunakan teknologi canggih “Utlraviolet Vertical Alignment” (UV2A). Televisyen LED LCD ini direka nipis dengan ketebalan 39mm.
Lenov riba 11 mengg netboo produk ringan Edge. T untuk u kecil d mudah ditawa Pempr yang p HDMI berdefi turut d warna: Smoot Harga
• Maklumat lanjut: 1 800 80 6419
www.apple.com/my
26
• Maklumat lanjut: 1 800 80 6419
www.sharp.com.my
• Maklum
www.
Rezeki • Feb 2011
rezeki CS3-new.indd 26
2/10/11 2:00:59 AM
bd Aziz
04
05 03
Lenovo ThinkPad Edge
Lenovo ThinkPad Edge, komputer riba 11-inci yang terbaru ini menggabungkan ciri-ciri terbaik netbook ke dalamnya. Ia merupakan produk terbaru yang paling kecil dan ringan dalam rangkaian ThinkPad Edge. ThinkPad Edge direka khas untuk usahawan dalam industri kecil dan sederhana, oleh itu ciri mudahalihnya dititikberatkan serta ditawarkan pada harga berpatutan. Pemprosesan laju, pilihan jaringan yang pelbagai dan pemyambung HDMI untuk menonton filem berdefinisi tinggi dalam televisyen turut dititikberatkan. Pilihan dua warna: hitam (Midnight Black Smooth) dan merah (Wave Red). Harga bermula dari RM1,899. • Maklumat lanjut: 1 800 18 2388
www.lenovo.com rezeki CS3-new.indd 27
04
Samsung “Virus Doctor” Ionizer Plasma
Pengion Plasma Samsung terbaru ini diibaratkan sebagai doctor pencegah virus untuk kebolehannya membersih udara ruang dalaman. Peralatan ini membersih dan menyucikan udara ruang sebesar 10 meter persegi dalam 20 minit. Alergen rumah seperti hama dan mikroorganisma yang terkandung dalam bulu haiwan peliharaan akan disingkirkan. Pengion Plasma ini menggunakan teknologi ion Super Plasma (SPi) menghasilkan atom Hidrogen dan ion Oksigen untuk menukar pencemar-pencemar biologi seperti bakteria dan virus kepada wap air tidak berbahaya. • Maklumat lanjut: 1 800 88 9999
www.samsung.com/my
05 HTC Desire HD Telefon bimbit bijak dari HTC Corporation dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik. Fungsi skrin sentuhnya diikat bersama teknologi Super LCD dan teknologi bunyi baru ’Dolby Mobile’ – sesuai untuk melayari internet dan hiburan. Bod kekuncinya memudahkan penaipan serta dimuatkan dengan kamera 8 megapixel. Ciri-ciri sedia ada telefon HTC adalah Friend Stream, HTC Peep, Facebook dan Flickr. Telefon ini dipertingkatkan dengan ’HTC Sense’ untuk membantu pemilik mengesan telefon mereka jika dicuri atau hilang. Keistimewaannya adalah memadamkan semua data peribadi dari telefon dan kad memori agar data penting kekal sulit. • Maklumat lanjut: 03-5569 8878
www.htc.com
27
Rezeki • Feb 2011
2/10/11 2:01:08 AM
Ruang Niaga : RAK
Gelombang
Oleh Amri Rohayat
baju-t indie
P
erniagaan baju-t Indie atau baju-t dengan rekaan buatan tangan kini semakin mendapat tempat, terutama di kota-kota seperti Lembah Klang, Johor Bharu dan Ipoh. Ini sekaligus memberikan satu lagi peluang perniagaan yang boleh diterokai, khususnya untuk pasaran anak muda.“Saya suka pakai baju-t indie sebab lebih ‘cool’,” kata Nurizni Ismail, 22. “Sempoi, tapi pada masa yang sama macam ‘chill’. Banyaklah juga baju
28
indie yang saya ada, dan selalunya saya habiskan dalam RM30 untuk sehelai.” Kegemaran memakai baju-t indie juga akhirnya mendorong Zulfadli Sufian, 32, untuk membuka butiknya sendiri. “Pelanggan-pelanggan kami majoritinya adalah belia dan remaja yang tak mahu kalah dalam berfesyen, baik lelaki mahupun perempuan,” katanya. “Pasarannya semakin berkembang.
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang turut serta dalam perniagaan ini, samada secara kecilkecilan atau massa.” Sesuai dengan genre indie, baju-baju tersebut dijual dengan pelbagai cara di luar kelaziman massa. Ada yang dijual di gerai-gerai bazar,
melalui internet, atau di kedai-kedai khas dipanggil “distro”. Zulfadli menjual pelbagai jenama baju-t indie di kedainya, Envelove Distro, yang mulanya bertapak di Ipoh, Perak dan kini berpindah ke Subang Jaya, Selangor. “Setakat ini Envelove Distro masih di peringkat awal. Tapi maklumbalas pelanggan agak memuaskan, dan pembelian melalui internet mendapat sambutan dari seluruh negara. Cabaran paling besar untuk kami
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 28
2/9/11 11:22 AM
ialah promosi jenama, kerana kebanyakan jenama yang kami jual tidak berapa dikenali oleh masyarakat umum di sini.” Mohd. Saufy Nizar bin Abdul Rahman, 28, juga penggemar baju-t indie yang kini menjalankan perniagaan baju-t sendiri. “Saya sendiri suka pakai baju-t sebab ia sukar dicari dan terhad. Saya tak berapa suka baju-t dari pengeluar massa, malah baju-t saya semuanya keluaran indie!” Menurut Mohd Saufy, jualan baju-t indienya bertambah
baik, sekaligus merangsangnya membuka distro di Subang Jaya, Selangor. Sebelum itu dia menjual barangan tersebut melalui internet atau di gerai-gerai di pelbagai lokasi. “Setakat ini kebanyakan pembeli adalah dari kawasan bandar. Mungkin pembeli luar bandar masih belum sedar kewujudan label-label indie. Tapi setakat ini kami berpuas hati dengan jualan. Nak kata untung juta-juta macam jenama terkenal
29
rezeki 2010-100111.indd 29
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:22 AM
Ruang Niaga : RAK seperti TopMan tu masih jauh, tapi kami menuju ke arah itu,” katanya berseloroh. Selain Envelove Distro dan UYA!, antara butik-butik baju indie yang lain adalah Mini Distro di Klang, Badger di Damansara Uptown, Petaling Jaya, dan Dolls Store di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kebanyakan label indie yang dijual ketika ini masih dibawa masuk dari Indonesia, di mana pasaran baju indie sudah lama bertapak, khususnya di kawasan Bandung. Namun baju-
30
baju indie rekaan tempatan semakin bertambah, menurut kedua-dua peniaga, dan ini adalah suatu perkembangan yang patut disokong. “Saingan memang patut digalakkan. Kita mesti mengikut contoh di Indonesia, di mana label-label indie yang naik dan meletup kemudiannya
menyokong pula label-label yang baru bercambah,” kata
Mohd Saufy. “Cuma kita harap mereka yang baru masuk ni tak akan cantas harga. Kita kena standardkan harga kita.” Zulfadli bersetuju. “Harga sekitar RM40-50 dianggap berpatutan sekarang. Kebanyakan rekaan kami pilih mengikut arus trend terkini, tapi ada juga yang dipilih mengikut corak, warna, saiz dan juga identiti label tersebut.”
Pendapat Alternatif “Saya tidak suka beli baju indie, sebaliknya lebih menggemari baju buntil (bundle), sebab lebih unik dan berkualiti. Namun saya sokong pasaran baju indie yang patut digalakkan supaya mereka akan bersaing secara positif dan meningkatkan kualiti produk mereka.” - Nik Adam Ahmad, 22 “Saya tak beli baju indie sebab kualiti kain baju indie kadang-kadang tidak memuaskan. Harga pun mahal. Tapi saya rasa kalau lebih banyak peniaga baju indie lebih bagus kerana masing-masing akan terpaksa meningkatkan kualiti untuk bersaing, dan pelanggan akan dapat lebih banyak pilihan. Dari situ, yang betul-betul bagus akan lebih menonjol berbanding yang tidak.” - Ahmad Shafiq Ab Halim, 23
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 30
2/9/11 11:22 AM
Inspirasi TIPS MENGHIAS PEJABAT & RUANG KERJA
Persekitaran ruang kerja yang selesa boleh membantu meningkatkan produktiviti dan motivasi. Namun perlu ada keseimbangan antara aspek keselesaan dan kegunaan ruang -- jika terlalu selesa nanti terasa seperti berada di rumah pula, dan ini mungkin memberikan hasil yang sebaliknya kepada produktiviti syarikat!
Oleh Azura Liyana Azmi
RUANG PEJABAT : G TOWER
Persekitaran perniagaan yang semakin canggih di Malaysia dapat dilihat menerusi perkembangan ruang pejabat yang semakin anggun dan bergaya. G Tower adalah antara pemangkin perniagaan yang baru dibangunkan di ibu negara dengan citarasa tinggi dari segi penampilan dan kegunaan. Terletak berhampiran KLCC di tengah kotaraya Kuala Lumpur, ianya merupakan bangunan pertama dan satu-satunya bangunan di Malaysia yang diberikan Gred A++ untuk pencapaian mesra-alam yang bertaraf antarabangsa.
Apakah perkara asas yang perlu diambil kira dalam merekabentuk ruang kerja?
Perkara pertama yang saya akan pertimbangkan ialah identiti korporat atau syarikat tersebut. Apakah imej yang ingin ditonjolkan kepada pelanggan dan dunia luar? Penggunaan warna, moto dan semua yang berkaitan dengan identiti korporat mesti dilaksanakan melalui rekaan ruang tersebut. Kedua, siapakah yang akan menggunakan ruang tersebut, dan untuk apa? Penggunaan ruang banyak bergantung kepada jenis kerja yang akan dilakukan. Susunatur mestilah memberikan ruang yang cukup untuk para pekerja bergerak dengan selesa dalam ruangan tersebut. Penyediaan tempat penyimpanan barang yang mencukupi juga wajib ada demi memastikan aktiviti harian berjalan lancar. Perkara ketiga ialah fungsi ruang. Contohnya, ruang legar akan memerlukan rekaan yang berbeza daripada bilik mesyuarat; juga jenis pekerjaan yang berlainan akan memerlukan rekaan berbeza, misalnya di antara pejabat firma perundangan dengan syarikat reka grafik. Setiap jenis pekerjaan mempunyai keperluan tersendiri supaya ruang berfungsi sepenuhnya. Pastikan dahulu kegunaan dan jenis pekerjaan yang akan dijalankan sebelum menyusunatur sesebuah ruang. 31
rezeki 2010-100111.indd 31
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:22 AM
Inspirasi
Panduan + Idea
GTower Sdn Bhd | www.gtower.com.my | 199 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur Tel: +603 2168 1919 Sewaan: +603 2168 1800 | Emel: lease@gtower.com.my atau info@gtower.com.my
32
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 32
2/9/11 11:23 AM
Inspirasi
usahawan
GAYA MUDA Irmaliza Haryanti Ramli, 31 SURIRUMAH & PENIAGA SAMBILAN
Pengalaman berniaga : 3 tahun Bidang perniagaan : Kuih-muih Hari Raya Pendapatan bulanan : Bermusim (RM5, 000) Jenama kegemaran : Bonia, Carlo Rino, Nine West, Lewre Warna kegemaran : Hitam dan putih, biru, merah jambu Tempat membeli-belah : Mid-Valley, The Curve, Sunway Pyramid Status : Berkahwin Hobi : Melancong, memasak, membaca novel dan koleksi barang perhiasan diri Cita-cita dalam perniagaan : Untuk mendapat wang lebih Harapan jangka panjang : Memperluaskan perniagaan biskut
Prinsip Perniagaan:
Harus mahu berjaya dalam apa saja bidang yang diceburi dan menjadi wanita tersohor dalam bidang perniagaan. *Baju kebaya oleh Butik Ilham Jaya Collection / Kasut oleh Bonia / Beg tangan oleh Bonia
Nurhazwan bin Sawal, 23
PENGURUS SYARIKAT & PENIAGA SAMBILAN
Pengalaman berniaga : 3 tahun Bidang perniagaan : Pengurusan acara dan sewaan peralatan muzik Pendapatan bulanan : Melebihi RM3, 000 Jenama kegemaran : Zara Men, Topman, Converse, Levi’s, G2000, Padini, Kitschen Warna kegemaran : Biru, merah Tempat membeli-belah : 1Utama, Mid-Valley, Sunway Pyramid, The Curve Status : Bujang Hobi : Bermain muzik Cita-cita dalam perniagaan : Menjadi seorang usahawan yang berjaya Harapan jangka panjang : Menjadi salah sebuah syarikat yang terbaik dan bertaraf antarabangsa. Prinsip Perniagaan:
Sentiasa menawarkan perkhidmatan cemerlang dan memenuhi kehendak pelanggan. Baju kot oleh Zara / Kasut oleh Converse / Cermin mata oleh Rayban
33
rezeki 2010-100111.indd 33
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:23 AM
Inspirasi
STEVE JOBS
S
teve Jobs lahir pada 24 Februari 1955. Ayahnya orang Syria manakala ibunya orang Amerika, tetapi sejak kecil dia dibela oleh keluarga angkat. Pengalaman ini mencorakkan peribadinya sebagai seorang individu dan juga usahawan, dengan sikap yang tak pernah mengenal puas dan sentiasa mencari sesuatu yang baru. Dilahirkan di San Francisco, Steve Jobs dibesarkan berhampiran kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Silicon Valley, iaitu suatu kawasan di mana bermulanya pelbagai syarikat gergasi teknologi seperti Hewlett-Packard dan Microsoft. Malah, Steve Jobs memulakan karier profesionalnya bekerja separuh masa di Hewlett-Packard sebelum memasuki kolej. Di Hewlett-Packard Steve Jobs mula berkenalan dengan seorang lagi geek seperti dirinya, iaitu
Steven Wosniak. Mereka sering menyertai kelab Homebrew Computer Club yang ketika itu dipenuhi peminatpeminat teknologi yang mempamerkan komputerkomputer buatan sendiri. Setelah menghadiri kolej selama enam bulan Steve Jobs merasa pendidikan tinggi bagaikan sesuatu yang membosankan. Dia mengambil keputusan berhenti dan bekerja sementara di Atari Corp, yang merupakan pelopor bidang permainan komputer ketika itu. Di sanalah dia menemukan ide perniagaannya yang pertama: sebuah wisel yang membolehkan penggunanya menggodam sistem telefon syarikat AT&T untuk membuat panggilan jarak jauh secara percuma. Sementara itu Steven Wosniak telah mencipta sebuah komputer peribadi yang bersaiz kecil. Setelah melihat komputer tersebut, Steve Jobs mengajaknya membuka syarikat untuk memasarkan
“Inovasi adalah garis yang memisahkan syarikat pemimpin daripada syarikat yang cuma mengikut.� 34
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 34
2/9/11 11:23 AM
gambar dari : http://cache.gawker.com/assets/images/gawker/2008/08/81507190.jpg
Apple Computer Inc.
Kerjaya + Pengalaman + Prinsip
Siapa dia?
Steven Paul Jobs (Steve Jobs) Ketua Pengarah Eksekutif, Apple Computers Inc
Kenapa dia usahawan terbilang?
gambar dari : http://cache.gawker.com/assets/images/gawker/2008/08/81507190.jpg
Sejak tahun 1984 lagi Steve Jobs meletakkan dirinya berasingan dari kelompok teknologis lazim dengan sentiasa mendahului industri, bukannya mengikut pasaran.
komputer tersebut. Maka lahirlah Apple Inc pada 1 April 1976. Syarikat tersebut bermula dengan menjual papan sirkit komputer. Tak lama kemudian mereka berjaya mencipta komputer peribadi Apple I yang sesuai untuk pasaran. Model seterusnya -Apple II -- ternyata mendapat sambutan hangat, dan Apple Inc mula berkembang maju. Steve Jobs seterusnya membentuk sejarah dengan pelancaran komputer Apple Macintosh yang merealisasikan banyak teknologi yang asalnya diselidik di syarikat Xerox PARC. Macintosh adalah komputer pertama yang menggunakan sistem kawalan berasaskan grafik dan tetikus yang membuatkannya lebih mudah digunakan berbanding sistem komputer lain ketika itu yang menggunakan sistem kod berbaris yang memerlukan pengguna menulis arahan secara terperinci setiap kali. Bagaimanapun Steve Jobs mempunyai wawasan yang berbeza daripada badan pengarah Apple Inc dan akhirnya telah disingkirkan. Beliau kemudiannya menubuhkan syarikat
NeXT dalam tahun 1996 untuk merealisasikan wawasannya. NeXT mendapat perhatian media serta dikagumi para teknologis kerana sistemnya yang jauh mendahului sistem lain yang ada di pasaran ketika itu, termasuklah dari Apple sendiri. Namun, disebabkan sikap tidak mahu mengalah Steve Jobs, NeXT tidak mendapat tempat di pasaran disebabkan harganya yang terlalu mahal dan sistem yang terlalu kompleks untuk digunakan oleh kebanyakan pengguna. Dalam tahun 1996 Apple Inc yang ketika itu sedang nazak mengambil langkah drastik untuk membawa Steve Jobs balik ke pangkuannya dengan membeli syarikat NeXT. Tak lama kemudian Steve Jobs telah dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif Apple Inc dengan gaji sebanyak USD1, yang berkekalan sehinggalah ke hari ini. Berikutan dengan kepulangannya, Steve Jobs sekali lagi mengubah sejarah industri komputer dengan pelancaran komputer iMac yang
pertama, yang lebih kelihatan seperti sebuah mainan plastik daripada sebuah komputer yang serius. Menitikberatkan rekabentuk yang disokong teknologi terkini, Apple terus melangkah dengan pelancaran barangan demi barangan yang setiap satunya menjadi ikon moden dan diterima baik di pasaran. Kini, Apple dikenali sebagai syarikat berwawasan yang berasaskan rekabentuk barangan yang mendahului pasaran. Sedangkan 10 tahun dahulunya ia merupakan syarikat yang diperlekehkan syarikat gergasi teknologi seperti
Microsoft dan IBM kerana hanya mampu memegang 5% daripada pasaran komputer dunia, sedangkan selebihnya dipegang oleh syarikat yang menggunakan teknologi PC keluaran Microsoft. Kehebatan dan kejayaan mutlak Steve Jobs sebagai seorang usahawan ialah membawa syarikat kerdil itu menjadi bukan saja peneraju industri, malah salah sebuah syarikat teknologi yang paling kukuh di dunia hari ini. Sebab itulah Steve Jobs merupakan seorang Ikon Usahawan. 35
rezeki 2010-100111.indd 35
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:23 AM
2
Filem HAQ yang sangat dinantikan akan menggegarkan pawagam dan bertemu peminatpeminat filem tanahair pada 27 Januari 2011!
Jadilah antara yang pertama menonton HAQ dan lebih menarik lagi, jangan lepaskan peluang untuk menonton bersama-sama bintang-bintang utama filem ini - Adi Putra, Zul Huzaimy, Nanu Baharudin dan Raja Farah. Bertemanlah dengan bintang-bintang HAQ di Facebook dan jadilah seorang HAQian di Facebook Fanpage HAQ untuk pelbagai maklumat terkini;
www.facebook.com/haqthemovie
www.facebook.com/adiputra
Beli tiket HAQ secara pukal untuk menonton beramai-ramai bersama teman kerja atau teman sosial anda. *
www.facebook.com/zulhuzaimy
www.facebook.com/nanubaharudin
! g n a u l ! e g P n t a u u b l e RRebut Pe
Sertai pertandinganpertandingan online HAQ: • HAQ-Carrefour www.carrefour.com.my • HAQ- Sinema Malaysia www.sinemamalaysia.com.my • HAQ – GSC www.gsc.com.my • HAQ – TGV www.tgv.com.my
Beli 10 atau lebih tiket HAQ dan menangi peluang istimewa untuk makan malam bersama salah seorang bintang HAQ!*
* Maklumat lanjut dan tempahan boleh dibuat terus ke KasehDia Pictures, Tel +603.6203 1025 (Cik Fazah) atau email fazah@kasehdia.com
www.facebook.com/RfMbq
Menonton bersama bintang – nantikan tarikh-tarikh yang akan diumumkan oleh bintang-bintang HAQ (di Fanpage HAQ) dan pastikan anda beli tiket pada tarikh dan masa yang disiarkan untuk menonton bersama-sama mereka.
Sertai pertandingan HAQ di majalah dan radio tempatan sepanjang Januari 2011
Apabila kuasa di genggaman, ke mana arah hati anda? AD-HAQ-rezeki.indd 2
2/10/11 2:32:02 AM
27 Jan 2011 Z UL HU Z AIMY
ADI PUTRA
a p a b i l a k e m a n a
NANU BAHARUDIN
k u a s a a r a h
RA J A FARAH
d i g e n g g a m a n h a t i m a n u s i a ?
“HAQ”
KASEHDIA PICTURES mempersembahkan sebuah produksi BLACKBOX PICTURES Dibintangi oleh ZUL HUZAIMY ADI PUTRA NANU BAHARUDIN RAJA FARAH Dibantu oleh FATIMAH ABU BAKAR ZULKIFLI ISMAIL AMMAR ADLI AMIRUL ADLI Konsep asal BRIAN ISKANDAR ZULKARIM Skrip KASEHDIA SCRIPTWORKS Pengarah Fotografi HOO EE OO SIEW MING CHAI Penyunting DODO HENG Muzik FARUL FARID Penerbit bersama NANU BAHARUDIN Penerbit JUMAATUN AZMI Sutradara JUMAATUN AZMI & CL HOR
www.haqthemovie.com hakcipta terpelihara © KasehDia pictures 2010
AD-HAQ-rezeki.indd 3
2/10/11 2:32:18 AM
Inspirasi
Susunan Amri Rohayat
ISLAM Menggalakkan Ummatnya Berniaga M
Mengikut hadis Nabi S.A.W. sembilan persepuluh pintu rezeki datangnya dari berniaga. Malah, jika dilihat dari satu sudut, semua pekerjaan yang kita lakukan adalah suatu bentuk perniagaan. Ayat-ayat alQuran juga banyak menyentuh mengenai perniagaan. Jelaslah bahawa berniaga adalah suatu pekerjaan yang digalakkan dalam Islam. 38
encari keuntungan atau kekayaan bukanlah suatu halangan, seperti pada Surah al-Jumaat, ayat 10, yang bererti: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menguruskan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat).� Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang seseorang mencari sebanyak mana dari nikmat Allah s.w.t. yang mereka suka termasuk daripada perniagaan, tetapi seharusnya kita tidak mengabaikan suruhanNya. Tidak dinafikan, seseorang yang berniaga akan mendapat lebih banyak kebebasan dalam pelbagai segi. Bukan hanya dari segi masa, tapi juga dari segi bagaimana pendapatan dijana, sumber pendapatan tersebut dan untuk apa keuntungan kemudiannya digunakan. Berniaga juga membuka ruang yang luas untuk bersedekah dan membantu orang lain, seperti memberikan peluang pekerjaan kepada fakir miskin atau orang kurang upaya. Setiap manusia sudah ditentukan rezeki masing-masing. Maka seelok-eloknya kita menggunakan rezeki yang dikurniakan itu untuk membantu golongan lain pula.
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 38
2/9/11 11:23 AM
Panduan + Idea
Dalam Islam perniagaan perlulah menitikberatkan soal haram dan halal. Ianya merangkumi soal kewangan seperti menjauhi riba dan mengurangkan hutang, dan menyentuh juga soal etika. Urusan jual-beli mestilah adil dan kita dilarang daripada menipu timbangan. Keuntungan pula mestilah bersederhana, dan tidak membebankan pembeli atau masyarakat umum. Barangan yang diniagakan juga perlu mengikut landasan yang sudah dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam alQuran. Maka wajibah kita menjauhi yang dilarang. Bagaimanapun, menjalankan perniagaan yang Islamik dari segi pelaksanaan adalah sama seperti konsep perniagaan lain, seperti yang datang dari Barat sekalipun. Kita hanya perlu bijak dalam membezakan yang mana yang dibolehkan, serta mempunyai jati diri untuk menolak yang ditegah. Konsep-konsep seperti motivasi diri dan kepimpinan juga boleh disesuaikan dengan ciri-ciri Islamik. Mengelakkan amalan-amalan yang dilarang seperti mengambil riba atau menipu timbangan adalah penting untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Memang peniaga-peniaga yang melanggar hukumhukum yang ditetapkan juga mampu mengaut keuntungan -- malah keuntungan yang lebih berlipat ganda -- tapi yang kita cari ialah keseimbangan di antara kepuasan material dan keberkatan, iaitu, mengejar kejayaan dunia tanpa meninggalkan kesejahteraan di akhirat. Malah, kita seharusnya sentiasa memikirkan cara untuk mencari keberkatan dalam hidup, tidak kira apa saja aktiviti yang kita lakukan. Apatah lagi dalam perniagaan, soal keberkatan ini menjadi lebih berat dan penting kerana hasil yang kita perolehi daripada berniaga itu akan
“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menguruskan urusan masingmasing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat).� dimakan dan minum secara langsung oleh diri kita sendiri dan juga sanak saudara serta handai taulan. Sedangkan Islam secara terang melarang kita memberi keluarga kita makan dari barangan yang tidak halal! Oleh itu, sumber rezeki perlulah bersih. Harta yang kita kumpul menerusi keuntungan perniagaan juga perlulah digunakan sewajarnya, semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Jika harta melimpah ruah tetapi tidak diberkati, tidak ada gunanya juga, seperti mana Qarun yang ditelan bumi dengan segala harta miliknya. Pendekatan dalam Islam perniagaan bukanlah sematamata dilihat dari segi wang dan keuntungan semata-mata. Nilai-nilai tersembunyi juga perlu dipelihara supaya kita terus menjadi seorang peniaga yang berbudaya Islam.
ilmu: tidak salah untuk berasa dengki sekiranya orang lain lebih berjaya dari kita, asal saja perasaan itu membuatkan kita berusaha dengan lebih gigih. Yang dilarang ialah usaha untuk menjatuhkan orang lain kerana dengki terhadap kejayaan mereka! Dalam Islam tidak perlu dengki-mendengki sehingga berazam untuk menyebabkan musibah ke atas orang lain kerana rezeki telah ditentukan untuk diri masing-masing. Maka kita perlu redha. Tambahan pula, pintu rezeki banyak terbuka dalam perniagaan, jadi kenapa perlu menutup pintu orang lain untuk menjayakan diri sendiri? Pun begitu, kita harus sedar bahawa dunia perniagaan penuh dengan cabaran dan dugaan, dan kita hanya akan mendapat apa yang kita usahakan. Setiap cabaran ini wajar dilihat sebagai suatu ujian keimanan, yang perlu kita hadapi dengan penuh kesabaran dan rasa bersyukur. Akhir kata, seperti yang telah dinyatakan, Islam tidak pernah melarang umatnya dari mencari rezeki serta mengumpul kekayaan. Tidak salah mengejar harta, kerana kekayaan itu akan membuka lebih banyak lagi pintu untuk bersedekah. Yang perlu kita awasi ialah jangan sampai cinta kepada harta benda dan wang ringgit itu melekat di hati sehingga membutakan kita kepada yang halal dan haram serta menjauhkan kita daripada keberkatan atau meninggalkan zakat.
Ini termasuklah dalam menangani persaingan. Persaingan perlu dilihat dari sudut yang sihat, iaitu sebagai satu rangsangan yang positif untuk menggalakkan kita terus berinovasi dan berdaya saing di pasaran. Kita wajar bersaing sebagaimana juga hadis Nabi dalam menuntut 39
rezeki 2010-100111.indd 39
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:23 AM
Tips
Susunan Hazwani Ramli
Kejayaan dalam perniagaan atau pekerjaan adalah 50:50 antara usaha yang baik dengan mengelak dari membuat kesilapan. Berikut adalah kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan, pemilik perniagaan atau perkerja pejabat sekalipun. Berusahalah untuk mengelakkan dari melakukan kesilapan-kesilapan ini demi kejayaan anda.
TERLALU MEMBERATKAN SESUATU IDE Kadang-kadang kita mendapat satu akal yang kita rasa sangat bagus. Kemudian kita menjadi taksub dengan cetusan ilham tersebut, seolah-olah tidak ada pilihan lain lagi. Ingatlah, ide yang bagus tak semestinya sesuai. Pelbagaikan ide dan penyelesaian untuk sesuatu masalah. Teruskan berfikir -- selalunya ide ketiga atau keempat yang datang selepas itu adalah lebih bagus lagi!
TAK ADA PERANCANGAN PERNIAGAAN Perniagaan adalah umpama perjalanan seribu langkah yang bermula dari langkah pertama. Dan langkah pertama yang tepat ialah membuat pelan perniagaan. Pelan ini boleh memberikan anda pandangan yang lebih jelas tentang apa yang diperlukan dalam perniagaan. Kebanyakan orang memulakan perniagaan “ikut rasa” -- ini ibarat si buta yang meraba dalam gelap. Pelan perniagaan akan memberikan anda peta panduan untuk halatuju perniagaan baru anda itu. TIDAK MENGENALI PELANGGAN ANDA Siapa pelanggan anda? Kalau diminta menceritakan tentang pelanggan anda seolah-olah dia seseorang yang tertentu, bolehkah anda terangkan dengan cepat dan jelas tentang sifatnya, rupa wajahnya dan tabiatnya? Citarasa serta corak perbelanjaan pelanggan 40
10
akan mempengaruhi perniagaan anda, dari segi barangan dan perkhidmatan yang perlu disediakan.
TIDAK AMBIL TAHU TENTANG PERNIAGAAN Ini kesilapan yang lazim dibuat oleh mereka yang memulakan sesuatu perniagaan atau kerja disebabkan minat. Selalunya mereka tidak mahu ambil tahu tentang soal lain berkenaan perniagaan, seperti kewangan dan pengambilan pekerja. Membiarkan orang lain menangani aspekaspek yang kurang penting ini adalah suatu kesilapan, kerana sebagai usahawan dan pemilik perniagaan -- terutamanya kalau anda mempunyai rakan kongsi -- anda perlu tahu kedudukan perniagaan anda secara menyeluruh setiap masa. TIDAK PEDULI TENTANG KAKITANGAN Kualiti perniagaan anda secara langsung bergantung kepada kualiti pekerja anda. Jadi perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah pengambilan pekerja yang tepat. Selepas itu, pekerja perlu dipantau dan diberikan sokongan supaya membuat kerja yang terbaik. Cabaran kepada usahawan dan peniaga baru ialah dalam memberikan motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Seringkali, jalan penyelesaiannya ialah kesabaran dan komunikasi dengan pekerja!
KESILAPAN LUMRAH DALAM PERNIAGAAN KELIRU ANTARA “KEMUNGKINAN” DENGAN “REALITI” Semua usahawan berjaya berteraskan kepada prinsip menukarkan kemungkinan menjadi sesuatu yang nyata. Usahawan yang berjaya mampu menjadikan sesuatu ide itu hidup dan mendatangkan keuntungan. Namun perlu berhati-hati supaya kita tidak terlalu dibuai mimpi sehingga lupa realiti.
TIADA PELAN PEMASARAN ATAU PENJUALAN Berkait dengan pelan perniagaan, pelan pemasaran dan penjualan yang khusus juga penting kerana dua sebab. Pertama, mengenalpasti pelanggan serta pasaran terlebih dahulu akan memudahkan kerja menjual barangan disamping menjimatkan kos. Kedua, pelan ini memberikan anda cara untuk mengukur kemajuan serta perkembangan perniagaan anda. Anda memerlukan pelan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan. MEMBUAT SEMUA KERJA SENDIRI Mungkin anda seorang yang tahu segala-galanya, tapi ini tidak bermakna hanya anda seorang saja yang tahu bagaimana hendak membuat sesuatu kerja! Demi perkembangan perniagaan, anda perlu memberi ruang
kepada pekerja lain untuk turut sama membantu. Agihkan tanggungjawab kepada pekerja lain supaya anda mempunyai lebih masa untuk ditumpukan kepada perkara-perkara yang lebih penting.
TIDAK ADA LEMBAGA PENGARAH Mungkin ini sesuatu yang tidak masuk akal kepada peniaga kecil. Tetapi hakikatnya, anda perlukan lembaga penasihat atau seorang mentor! Semua perniagaan memerlukan seseorang yang boleh memberikan pandangan secara objektif. ‘Lembaga penasihat’ ini mungkin terdiri daripada anggota keluarga atau rakan-rakan yang boleh dipercayai. Jadikan mereka ahli lembaga pengarah samada secara rasmi atau tidak, dan gunakanlah mereka untuk menguji apa-apa buah fikiran atau bila menghadapi sebarang masalah. MUDAH BERPUTUS ASA Berniaga adalah umpama belayar di lautan -- sekalisekala tenang, tetapi kerap akan bergelora. Ingatlah, kebanyakan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Malah, kegagalan itu menjadikan mereka lebih kuat berazam untuk berjaya. Belajarlah untuk menerima sebarang kegagalan sebagai tidak lebih daripada suatu pengajaran dan anak tangga ke arah kejayaan.
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 40
2/9/11 11:23 AM
Tips
Susunan Amri Rohayat
TANPA MENGIRA BIDANG YANG DICEBURI, SEMUA USAHAWAN MEMPUNYAI SIFAT YANG SAMA. ADAKAH ANDA JUGA MEMILIK SIFAT-SIFAT BERIKUT? KALAU JAWAPANNYA YA, MUNGKIN ANDA PATUT MEMBUKA PERNIAGAAN SENDIRI!
12 SIFAT USAHAWAN SEJATI DUNIA PERNIAGAAN ADALAH SUATU PERSEKITARAN YANG PENUH DENGAN RANJAU DURI YANG AKAN MENGUJI TAHAP KESABARAN DAN KEYAKINAN DIRI.
01
Sentiasa Mengejar Kejayaan
Anda dianggap oleh kenalan rapat sebagai seorang yang sangat kompetitif dan sentiasa mahu menang. Inilah sifat seorang usahawan yang sejati -- sentiasa mengejar kejayaan dan tak pernah mengalah.
02
Cabaran Bukanlah Masalah
Seorang usahawan sejati tak pernah melihat apa-apa rintangan sebagai suatu masalah. Malah, baginya semua masalah adalah sesuatu yang boleh diubah menjadi kemungkinan untuk kejayaan!
03
Mahu Menjadi Burung
Ini juga adalah ciri yang membezakan seorang usahawan daripada seorang pekerja biasa. Semua usahawan membuka perniagaan sendiri kerana mereka ingin bebas untuk menentukan halatuju hidup masing-masing. Malah, kadangkala
kebebasan itu lebih berharga daripada wang ringgit!
04
Percaya Kejayaan Adalah Hak Miliknya
Sesetengah orang merasakan untungnasib adalah sesuatu yang hanya ditakdirkan. Seseorang usahawan sejati pula merasakan takdir adalah apa yang mereka sendiri usahakan. Mereka sentiasa berfikiran positif dan percaya usaha gigih akan dibalas dengan kejayaan.
05
Menjauhi Yang Negatif
Usahawan berjaya akan berusaha untuk menjauhkan pemikirannya dari sebarang pengaruh negatif. Ini termasuklah dari segi pergaulan atau persekitaran.
06
Keupayaan Mejadikan Impian Suatu Kenyataan
Ramai orang mempunyai ide. Ini tidak bermakna mereka sesuai menjadi seorang usahawan dan
membuka perniagaan sendiri. Seorang usahawan tulen adalah seorang yang sanggp bekerja keras untuk menjadikan ide itu suatu yang nyata, bukan setakat bercakap saja.
perniagaannya. Tak kiralah kalau peluang itu datang dalam bentuk seseorang yang ditemuinya dalam lif, atau barang lapuk yang tak diendahkan oleh lain sekalipun!
Kepada seorang usahawan sejati ide-ide sentiasa saja berenangrenang dalam benaknya. Tak kira dimana dia berada, otaknya sentiasa berjalan.
Seseorang usahawan tidak akan lari dari tanggungjawab. Dia akan membuat keputusan setelah menimbang risikonya, kemudian menerima apa-apa akibat dari keputusan tersebut.
07
Ide Adalah Umpama Ikan Dalam Kolam
08
Saya Boleh!
Ini adalah antara ciri yang paling penting untuk dimiliki oleh seseorang usahawan. Dunia perniagaan adalah suatu persekitaran yang penuh dengan ranjau duri yang akan menguji tahap kesabaran dan keyakinan diri. Semua orang akan mengalami masa dimana mereka akan berasa kecewa, tapi seorang usahawan akan segera melantun semula dari apa saja kesilapan kerana mereka yakin dengan keupayaan diri sendiri.
09
Peka Kepada Peluang
Usahawan sejati tak pernah tidur atau bercuti. Derianya sentiasa peka kepada apa saja yang boleh dijadikan suatu peluang untuk menjayakan
10 11
Menerima Tanggung jawab
Tak Pernah Puas Hati
Apa saja kejayaan boleh diperbaiki lagi. Inilah pemikiran seorang usahawan: sentiasa saja mencari jalan untuk memperbaiki diri dan perniagaannya. Sebab itulah dia tak boleh duduk diam!
12
Mengambil Risiko Terancang
Seseorang yang suka mengambil risiko secara membabi-buta bukanlah seorang usahawan yang sebenar. Seorang usahawan sejati faham semua perkara ada risiko tersendiri dan dia akan mengkaji setiap sudut sebelum mengambil jalan yang paling baik.
41
rezeki 2010-100111.indd 41
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:23 AM
Muka Hadapan
WAWANCARA BERSAMA
YUNA “Saya lebih mengenali diri sendiri terutamanya kelebihan dan kelemahan saya dalam sesuatu perkara”
42
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 42
2/9/11 11:23 AM
BICARA YUNA TENTANG PERNIAGAAN Oleh Nabeeha Abd Hameed
Sejak bila Yuna berkecimpung dalam bidang muzik?
Bagaimana sambutan para peminat terhadap butik ini?
Selain menyanyi,Yuna juga menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Apakah yang mendorong Yuna berbuat demikian?
Tidakkah perniagaan ini mengganggu tumpuan dan komitmen Yuna sebagai seorang artis?
Sejak kecil lagi. Sejak saya berusia 6 tahun saya sudah berminat menyanyi dan bermain muzik. Saya mula menulis lagu semasa saya mula belajar bermain gitar dan kemudian membuat persembahan pertama saya 6 bulan selepas itu.
Dari dulu saya memang minat untuk berniaga, tapi tiada modal. Sekarang Alhamdulillah, sudah ada modal, jadi dengan dorongan ibubapa, saya buka syarikat pertama saya, IAMJETFUEL Enterprise.
Mengapa Yuna memilih untuk membuka perniagaan butik, bukan perniagaan lain seperti kedai makan? Selain daripada muzik, saya memang meminati fesyen dari awalnya. Dari kecil lagi saya memang suka membaca majalah fesyen. Saya suka memilih pakaian yang ada gaya. Dan saya sangat gemar membeli-belah!
Sangat bagus! Ramai yang datang kerana mungkin mereka mahukan jaket yang saya selalu pakai waktu sesi fotografi atau ketika saya membuat persembahan. Mereka selalu tanya saya di mana dijual pakaian tersebut. Jadi sekarang mudahlah mereka mencari!
Kadang-kadang ada juga perkara yang mengambil masa dan tenaga saya. Contohnya, saya kena pilih sendiri stok yang bersesuaian dengan citarasa saya untuk dijual. Tetapi, Alhamdulillah, setakat ini semuanya lancar. Saya dapat mengimbang keduadua tanggungjawab itu.
“Saya lebih fokus dalam pekerjaan, lebih rajin, dan saya lebih mengenali diri sendiri terutamanya kelebihan dan kelemahan saya dalam sesuatu perkara.�
Pada pendapat Yuna, selain daripada perniagaan butik, apakah bidang perniagaan lain yang sesuai diceburi oleh anak-anak muda, terutamanya mereka yang bergelar artis? Mungkin mereka boleh cuba buka restoran atau kafe;yang ringkas tapi ada
43
rezeki 2010-100111.indd 43
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:23 AM
“Jangan leka! Mesti rajin jaga kedai. Dan kena selalu memberitahu pelanggan melalui blog atau Facebook tentang perkembangan terbaru mengenai stok baru atau jualan istimewa.� gaya tersendiri, yang dapat menarik anak-anak muda untuk datang dan bertemu rakan-rakan.
Apa faedahnya jika artis berniaga?
Selain mendapat keuntungan dan sumber pendapatan tambahan, artis-artis muda dapat meluangkan masa bersama peminat, mengenali peminat mereka dengan lebih baik. Ini juga membolehkan peminat mengenali mereka dengan lebih baik.
Siapakah idola Yuna dalam bidang perniagaan?
Kimora Lee Simmons! Dia selalu tegas. Dan serius dalam urusannya.
Secara peribadi, sejauh manakah penglibatan Yuna di dalam dua lapangan yang berbeza ini (perniagaan dan seni) berjaya membentuk personaliti Yuna?
rajin; dan saya lebih mengenali diri sendiri terutamanya kelebihan dan kelemahan saya dalam sesuatu perkara.
Bolehkah Yuna berkongsi petua untuk mereka yang berhasrat membuka perniagaan butik?
Jangan leka! Mesti rajin jaga kedai. Dan kena selalu memberitahu pelanggan melalui blog atau Facebook tentang perkembangan terbaru, mengenai stok baru atau jualan istimewa.
Apakah harapan Yuna dalam bidang perniagaan dan muzik untuk jangka masa 10 tahun dari sekarang?
Dari segi muzik, saya berharap saya dapat terus menghasilkan karya yang bagus dan dihargai peminat. Dari segi perniagaan pula saya harap saya dapat menghasilkan kepuasan kepada pembeli.
Saya lebih fokus dalam pekerjaan, lebih
Butik Iamjetfuel iamjetfuelshop.tumblr.com 23-1, SS15/8B, 47600 Subang Jaya, Selangor
Waktu Perniagaan Isnin-Khamis Jumaat-Sabtu Ahad Pengurus
12.00 tengahari - 8.00 malam 12.00 tengahari - 10.00 malam Ditutup Fathema Fazleena bt Ahmad Kamal
iamjetfuel@gmail.com 03-56311909
44
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 44
2/9/11 11:23 AM
45
rezeki 2010-100111.indd 45
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:23 AM
Pusat Sumber
6 BUKU
In Spite of the Gods: The Rise of Modern India - Oleh Edward Luce India akan menjadi pasaran terbesar dunia selepas negeri China, jadi wajarlah anda mengetahui lebih lanjut mengenainya. Edward Luce merupakan bekas wartawan The Financial Times yang bertugas di New Delhi. Buku ini mempunyai maklumat dalaman yang menarik tentang dunia perniagaan India.
46
untuk dibaca bulan ini.
Asian Godfathers (Money and Power in Hong Kong and Southeast Asia)
- Oleh Joe Studwell Mahu tahu siapakah orangorang terkaya di Asia dan bagaimana mereka berjaya? Ditulis oleh pengasas majalah China Economic Quarterly, buku ini melutur kisah tokohtokoh perniagaan Asia seperti Li Ka-shing, Robert Kuok dan Stanley Ho.
The Strategy Paradox (Why Committing to Success Leads to Failure, And What to Do About It)
- Oleh Michael E. Raynor Menurut penulis buku ini, jika anda merancang untuk kejayaan, anda akan menemui kegagalan. Dia juga berpendapat syarikat-syarikat yang berjaya dan syarikat-syarikat yang gagal sebenarnya memilik banyak persamaan. Pastikan anda membaca buku ini untuk memahami kenapa sesetangah syarikat berjaya dan ada pula yang gagal padahal mereka menggunakan strategi yang sama.
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 46
2/9/11 11:23 AM
Drive (The Surprising Truth About What Motivates Us)
- Oleh Daniel H. Pink Dalam buku ini Daniel Pink menyiasat sumber sebenar motivasi dengan menggunakan teori-teori sains sebagai asas. Antara lain, dia membicarakan tentang dari mana datangnya motivasi dan kenapa manusia terusmenerus melakukan sesuatu yang mereka suka.
Flip The Funnel (How to Use Existing Customers to Gain New Ones)
- Oleh Joseph Jaffe Dalam perniagaan adalah jauh lebih mudah untuk menjaga pelanggan yang sedia ada supaya mereka menjadi pelanggan tetap daripada mencari pelanggan baru. Buku ini pula memberikan cara bagaimana hendak mendapatkan pelanggan baru melalui pelanggan yang sedia ada.
The Billionaire Who Wasn’t (How Chuck Feeney Secretly Made and Gave Away a Fortune)
- Oleh Conor O’Clery Berniaga adalah gerbang kepada sedekah. Bukan orang Islam saja yang percaya pada prinsip ini, malah di Malaysia juga selalu kita dengar cerita jutawan Cina yang suka menyedekahkan harta mereka. Buku ini berkisar tentang bilioner bernama Chuck Feeney yang mengambil prinsip “memberi selama masih ada hayat”, yang seterusnya menjadi ilham kepada hartawan lain termasuklah Bill Gates, satu ketika dahulu manusia terkaya di dunia.
47
rezeki 2010-100111.indd 47
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:23 AM
Wacana Isu Fokus
Benarkah usahawan tempatan
KURANG
DAYASAING?
Kita sering mendengar keluhan tentang usahawan tempatan yang dikatakan hanya mampu jadi jaguh kampung. Ada yang hanya mampu berjaya sebagai sebuah kedai atau perniagaan, kemudian gagal apabila cuba dikembangkan menjadi cawangancawangan. Tidak kurang pula yang mengatakan usahawan tempatan tidak mampu bersaing di persada antarabangsa. Adakah ini benar? Ikuti pendapat beberapa pakar dan usahawan yang kami temui.
48
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 48
2/9/11 11:23 AM
Wacana
“Selain itu, kurang pengetahuan menyeluruh tentang barangan yang dijual juga menyebabkan usahawan tempatan akan sukar untuk berdayasaing di peringkat antarabangsa.”
KAMARUL ARIFFIN MD DERUM Pengarah Able Bonded Sdn Bhd Tahap pengetahuan dan kemahiran usahawan terutamanya usahawan wanita luar bandar masih rendah untuk membolehkan mereka bersaing dan meneroka bidangbidang baru dengan berkesan. Kekurangan keupayaan pengurusan dan teknologi menjadi penghalang kepada perkembangan usahawan wanita diperingkat
memerlukan jenis bantuan yang berbeza. Ramai usahawan wanita luar bandar tidak mengetahui tnetang programprogram latihan keusahawanan. Jesteru antarabangsa. Pihak itu adalah dicadangkan kerajaan telah menyediakan berbagai- supaya agensiagensi pembangunan bagai bantuan kepada usahawan dan golongan usahawan keusahawanan wanita. Ketersediaan kemudahan-kemudahan berusaha menyebarkan maklumat mengenai ini kadangkala menggalakkan sindrom program-program tersebut dengan bantuan sehingga lebih agresif lagi. menghalang para usahawan wanita untuk berdikari dan PROF. MADYA menghadapi cabaran. Adalah disarankan DR. RABIAH supaya programABD WAHAB program bantuan Ketua Program membezakan usahawan Pegurusan Sumber wanita kepada Manusia, Fakulti tiga kategori iaitu, Perniagaan, UiTM usahawan di tahap Shah Alam tinggi, usahawan di tahap pertengahan Banyak mutu barangan dan usahawan yang dikeluarkan tidak di tahap rendah. setanding dengan Memandangkan setiap kehendak pengeluar kategori tersebut ISO. Khidmat lepas
jualan juga tidak begitu memuaskan kadangkala mereka enggan datang membaiki produk tersebut. Selain itu, kurang pengetahuan menyeluruh tentang barangan yang dijual juga menyebabkan usahawan tempatan akan sukar untuk berdayasaing di peringkat antarabangsa. AHMAD AL JUHARI DARMAN Pengurus Besar Ya. Kita masih terikat dengan tradisi, warisan serta bangsa (asal-usul) dan agama. Masih ada juga sikap ingin cepat kaya dan hidup senang, kurang daya usaha dan mengamalkan urusan ‘Ali Baba’. Kita tiada keyakinan kerana tidak bijak merancang serta kurang arif dari segi pemasaran. Namun terdapat juga masalah ‘double standard’ serta perbezaan dari segi pembangunan, 49
rezeki 2010-100111.indd 49
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:24 AM
Isu Fokus “Ada yang melihat kekurangan dari segi sokongan kewangan dari pihak swasta mahupun kerajaan sebagai rintangan untuk mereka meningkatkan inovasi.” NOORUL AINI HANIFA Jurukamera separuh masa
sosioekonomi dan komuniti. Usahawan kecil tempatan khususnya tidak mempunyai modal yang besar atau teknologi canggih yang dapat mengurangkan kos pengeluaran untuk meningkatkan dayasaing. Juga, banyak usahawan tempatan tidak peka dengan peredaran di arena antarabangsa seperti peraturan perdagangan 50
antarabangsa, permintaan semasa, dan sebagainya. Ini kerana mereka tidak mempunyai jaringan hubungan antarabangsa yang meluas. DR. NORLIDA KAMALUDDIN Pensyarah Ya, kerana mereka mempunyai masalah dari segi penguasaan bahasa, skil berkomunikasi, pengetahuan dan tiada keyakinan untuk memasuki pasaran global.
Setuju, kerana usahawan bumiputera khususnya selesa dalam ‘comfort zone’ pasaran di Malaysia. Kita juga takut untuk mengambil peluang dan sentiasa was-was. Selain itu, kita kurang mengetahui tentang sumber-sumber yang boleh dpercayai untuk membuat pinjaman perniagaan. NORAINI ZAINAL ABIDIN Peniaga & Pengedar Bio-Aura Kebanyakan usahawan tempatan berniaga secara kecil-kecilan dan memasarkan hasil di peringkat tempatan sahaja. Ini adalah kerana mereka kekurangan
modal pusingan untuk pelaburan dalam pernigaan secara global. Selain itu pengusaha atau peniaga juga kurang diberi bimbingan dan pendedahan bagaimana memperluaskan pernigaan, publisiti dan penjenamaan hingga ke peringkat antarabangsa. SURYANA SARBINI Pensyarah Cabaran utama yang menghadapi usahawan kecil dan sederhana, khususnya di Malaysia, ialah kurang daya inovasi. Usahawan tempatan tidak bekerja dengan gigih untuk mempertingkatkan kemampuannya dari segi barangan, perkhidmatan mahupun proses pengeluaran. Ada yang melihat kekurangan dari segi sokongan kewangan dari pihak swasta mahupun kerajaan sebagai rintangan untuk mereka meningkatkan inovasi. Satu lagi had yang mereka sering lihat ialah dari segi
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 50
2/9/11 11:24 AM
Gemala
“Setiap permohonan pinjaman masakini memerlukan anda turut menghantar perancangan perniagaan. Ini memberikan gambaran kemampuan anda untuk membayar balik pinjaman tersebut.�
4
Tidak menunjukkan aliran tunai yang kukuh. Penyelesaian: setiap perancangan perniagaan perlu menunjukkan aliran tunai yang positif selepas jangkamasa yang munasabah. Untuk tujuan mendapatkan pinjaman, jangkaan aliran tunai ini akan digunakan untuk menilai kemampuan anda membayar semula pinjaman tersebut kelak. Pastikan anda memberikan jangkaan aliran tunai yang positif tetapi tepat serta tidak keterlaluan.
54
5
Tidak bertanyakan tentang status pinjaman anda. Penyelesaian: kadangkala kita membuat permohonan pinjaman kemudian berdiam diri tanpa membuat pertanyaan kepada pegawai bertanggungjawab tentang status permohonan tersebut. Menelefon pegawai terbabit dapat memberikan pegawai tersebut gambaran bahawa kita memang serius serta memerlukan pinjaman tersebut. Jadi rajin-rajinlah berhubung dengan pegawai berkenaan. Tapi awas supaya tidak keterlaluan pula!
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 54
2/9/11 11:24 AM
Jangan Cuba untuk Menjadi
Orang lain,
Jadilah Diri Sendiri
“Untuk menjadi seorang yang unik, anda harus menjadi seorang yang berbeza”.
– Coco Chanel ( Pereka Fesyen Perancis dan pencipta jenama Chanel)
Salah satu aspek yang paling penting dalam strategi pemasaran pengusaha adalah perbezaan. Perbezaan perniagaan adalah strategi pemasaran yang diusahakan oleh ramai pengusaha yang berjaya. Tanpa perbezaan, semua perniagaan menjual produk atau servis yang sama akan dicabar untuk bersaing dengan satu sama lain, persepsi pasaran perniagaan boleh menjayakan seseorang pengusaha atau menjatuhkan pengusaha tersebut. Untuk menjadi berbeza bermaksud mencipta satu kelebihan yang membuatkan pelanggan mendapat nilai pulangan yang besar dari tempat yang lain. Tidak memadai untuk anda hanya menjadi berbeza – seorang pelanggan yang mempunyai potensi akan peka dengan perbezaan tersebut dan akan merasakan perbezaan tersebut sesuai dengan keperluan
3
Adakah anda telah membuat perbezaan dalam perniagaan anda? Jika jawapan anda adalah tidak, maka bersiap-sedia untuk gagal!
LUNAS 51
rezeki 2010-100111.indd 51
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:24 AM
Isu Fokus “Kita seharusnya mengamalkan budaya masyarakat Jepun kerana mereka berusaha sedayaupaya uuntuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan taraf hidup tanpa banyak bergantung pada sumber luar.”
sumber manusia, dimana kita dikatakan tidak mempunyai sumber manusia yang mempunyai bakat dan kreativiti untuk menjalankan projekprojek yang inovatif. Namun saya rasa walaupun usahawan tempatan masih kurang dayasaing ketika ini, keadaan ini akan berubah sekiranya pandangan mereka seperti di atas itu berubah. AIDAN WAYNE Pelajar aktif dalam FOREX Saya setuju. Ini disebabkan kita cepat berpuas hati dengan apa yang ada lebihlebih lagi dengan segala kelebihan
52
yang kerajaan berikan kepada kita. Dalam kata lain, kita tiada keinginan untuk merebut peluang yang ada. Kita juga biasa dengan budaya ‘spoon feed’ di mana kita tidak perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu. FRAULINE ANAK ENGKAMAT Juruukur bahan Saya setuju dengan penyataan ini, dimana kita semakin malas untuk mengembangkan potensi yang ada
dan cepat berpuas hati. Kita seharusnya mengamalkan budaya masyarakat Jepun kerana mereka berusaha sedaya-upaya uuntuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan taraf hidup tanpa banyak bergantung pada sumber luar.
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 52
2/9/11 11:24 AM
Gemala
Susunan Hazwani Ramli
Panduan + Idea
Mendapatkan pinjaman adalah sesuatu yang lumrah dalam arena perniagaan. Namun kerapkali juga kita dengar para peniaga mengeluh apabila permohonan pinjaman mereka ditolak. Keadaan ini memang merungsingkan, terutamanya jika tiada sebarang sebab diberikan.
5 FAKTOR KENAPA PINJAMAN TIDAK DILULUSKAN
APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERMOHONAN PINJAMAN TIDAK DILULUSKAN? BERIKUT ADALAH ANTARA BEBERAPA SEBAB YANG LAZIM SERTA CARA-CARA UNTUK MENGATASINYA.
1
Anda hanya menghantar borang permohonan, tetapi tidak tahu dokumen apa yang diperlukan bagi mendapat pinjaman.
Penyelesaian: tanya pegawai sewaktu mengambil borang permohonan dan fahami betul-betul apa yang diperlukan oleh agensi pembiayaan tersebut. Kemudian pastikan anda menghantar permohonan yang dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh agensi tersebut.
2
Kurang pengetahuan mengenai prosedur pinjaman.
Penyelesaian: kadangkala permohonan ditolak kerana tidak mengikut prosedur yang betul untuk sesebuah agensi peminjam. Sebaiknya dapatkan khidmat nasihat dari pegawai atau perunding pinjaman anda tentang selokbelok proses meluluskan pinjaman di agensi tersebut.
3
Tidak membuat perancangan perniagaan mengikut format yang dikehendaki agensi pinjaman.
Penyelesaian: setiap permohonan pinjaman masakini memerlukan anda turut menghantar perancangan perniagaan. Ini memberikan gambaran kemampuan anda untuk membayar balik pinjaman tersebut. Sesebuah agensi pembiayaan mungkin mempunyai format tersendiri untuk perancangan perniagaan ini. Pastikan anda menggunakan format yang dikehendaki. 53
rezeki 2010-100111.indd 53
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:24 AM
Gemala
“Setiap permohonan pinjaman masakini memerlukan anda turut menghantar perancangan perniagaan. Ini memberikan gambaran kemampuan anda untuk membayar balik pinjaman tersebut.�
4
Tidak menunjukkan aliran tunai yang kukuh. Penyelesaian: setiap perancangan perniagaan perlu menunjukkan aliran tunai yang positif selepas jangkamasa yang munasabah. Untuk tujuan mendapatkan pinjaman, jangkaan aliran tunai ini akan digunakan untuk menilai kemampuan anda membayar semula pinjaman tersebut kelak. Pastikan anda memberikan jangkaan aliran tunai yang positif tetapi tepat serta tidak keterlaluan.
54
5
Tidak bertanyakan tentang status pinjaman anda. Penyelesaian: kadangkala kita membuat permohonan pinjaman kemudian berdiam diri tanpa membuat pertanyaan kepada pegawai bertanggungjawab tentang status permohonan tersebut. Menelefon pegawai terbabit dapat memberikan pegawai tersebut gambaran bahawa kita memang serius serta memerlukan pinjaman tersebut. Jadi rajin-rajinlah berhubung dengan pegawai berkenaan. Tapi awas supaya tidak keterlaluan pula!
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 54
2/9/11 11:24 AM
4
LUNAS
JANGAN JADIKAN WANG KEUTAMAAN ANDA “Salah satu pekara yang menghalang seseorang untuk menjalani pembelajaran dalam hidup adalah mereka tidak melakukan dengan penuh minat. Jika anda ghairah dengan apa yang anda lakukan, anda akan mencari apa saja untuk menjadi lebih baik dalam hal itu”. – Jack Canfield ( Pakar motivasi Amerika dan penulis. Co-creator buku bersiri “Chicken Soup for the Soul)
Jangan fikirkan tentang bagaimana anda dapat menghasilkan wang. Sebaliknya, fikirlah tentang apa yang anda boleh hasilkan atau perkhidmatan yang anda boleh tawarkan yang bernilai dan berguna kepada manusia dan komuniti anda. Apa yang perlu anda perbaiki? Apa yang boleh anda lakukan dengan cara yang lebih baik atau lebih cekap? Apakah masalah yang anda boleh selesaikan? Apa keperluan yang anda boleh penuhi? Dan yang paling penting, apa kehendak yang anda gembira untuk lakukan?
Sering kali sebahagian besar pengusaha dan bakal pengusaha hanya berfikir untuk memperolehi jutaan RM. Apa yang perlu mereka lakukan adalah melaksanakan keghairahan mereka. Menumpukan sepenuh perhatian /fokus dengan apa yang anda lakukan dan Insya-ALLAH Rezeki akan muncul.
55
rezeki 2010-100111.indd 55
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:24 AM
Gemala Oleh AKPK
CARA
PENGGUNAAN KAD KREDIT YANG BAIK Fakta Kad Kredit Pertama, marilah kita betulbetul memahami bagaimana kad plastik ajaib ini berfungsi. Kita diberi talian kredit, dengan had maksima yang boleh dicaj kepada kad had kredit. Setiap kali kad ini dicaj melalui sebarang perbelanjaan (transaksi), kredit kita berkurangan. Penyata bulanan yang diterima memberi kita pilihan, samada untuk bayar baki sepenuhnya, atau hanya bayaran minima bulanan (tidak digalakkan). Apabila kita membayar bayaran bulanan kepada bank yang mengeluarkan kad, had kredit maksima dikembalikan. Walaubagaimanapun, pemegangpemegang kad kredit seringkali hanya bayar jumlah faedah dan bayaran minima baki pokok yang terhutang, dan tidak akan bayar balik baki yang sepenuhnya. 56
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 56
2/9/11 11:24 AM
Sebaik sahaja hutang kad kredit anda luput, hanya simpan beberapa kad sahaja - hanya dua atau tiga untuk penggunaan yang boleh dikawal. Perangkap Belanja
Bagaimana agaknya seseorang itu boleh terperangkap? Bagi orang-orang muda, penyakit berhutang ini mungkin bermula dengan cara yang tidak diduga. Di kolej pengajian tinggi, sebahagian besar dari mereka diberi kad plastik tersendiri oleh ibubapa sebagai pemegang kad tambahan. Amboi! Banyak pula barang-barang yang perlu dibeli (contohnya, kasut serta pakaian jenama, i-Pod, beg dan barang fesyen yang cun dan paling terkini) dan berpesta hiburan atau aktiviti sosial yang penting untuk dihadiri! Bukankah amat leceh dan menyusahkan untuk meminta ibubapa tersayang setiap kali duit tambahan diperlukan (bukankah membazir wang untuk bayar kos telefon lagi?). Jadi, cara yang termudah dan tercepat caj sajalah! Mungkinkah pelajar yang menceburi dalam dunia berhutang ini sangat konfiden dan tiada ragu-ragu bahawa mereka akan bergaji tinggi tidak lama kelak? Tentu hutang itu luput dalam jangkamasa yang
singkat, iaitu hanya beberapa tahun selepas bergelar graduan. Malangnya, ramai graduan menghadapi realiti bahawa masa hadapan mereka jauh berbeza dari apa yang telah dijangkakan. Sekarang mereka sudah selesa dengan bilangan baki bulanan tersebut dan sedar bahawa mereka terperangkap: hutang yang terus meninggi tidak dapat ditandingi oleh kenaikan pendapatan mereka yang ala kadar. Bukan orang muda sahaja yang dapati diri mereka terperangkap di dalam situasi begini. Malah, orang-orang dewasa yang berfikiran cukup matang juga tergoda dengan kemudahan kredit ini. Para iklan memaparkan barang-barang baru dan canggih yang kononnya pelbagai ganjaran untuk kita! Ya, amat sukar bagi kita menolak kemewahan hidup dengan barangbarang rekreasi, pakaian dan perkakas-perkakas termoden, yang sering ditawarkan. Dalam situasi lain pula, orang yang tiada pekerjaan juga boleh terbabas dalam hutang kredit kad. Simpanan wang pun tiada, kredit
kad pula dijadikan kemudahan untuk menyara keperluan seharian. Akan tetapi, apabila mereka mula bekerja semula, mereka sedari bahawa kad kredit mereka sudah mencapai had maksima; pembayaran balik pun menjadi satu bebanan yang besar. Walaupun kita tidak mahu berfikiran negatif, kita tidak akan mencegah masalah kewangan jika kita selalu tidak mengendahkan realiti sebenar. Kemerosotan ekonomi membuatkan ramai orang terdesak dan terjatuh dalam malapetaka kewangan. Hanya mereka yang telah membuat persediaan untuk menghadapi situasi yang kurang baik sebegini akan dapat bertahan di dalam suasana yang sukar. Apakah harus dibuat untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi sebahagian dari angka statistik yang menyedihkan?
Cara Pembayaran Balik Hutang Kad Kredit
Jika anda hanya membayar jumlah faedah kad kredit setiap bulan dan ingin memberhentikan hutang sebegini, langkah pertama adalah untuk menganalisa pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda. Jumlahkan perbelanjaan anda dan tolakkannya dari pendapatan. Inilah baki pendapatan yang boleh anda gunakan 57
rezeki 2010-100111.indd 57
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:24 AM
Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah tanggungjawap anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap bulan. setiap bulan. Langkah kedua: Hentikan bertransaksi melalui caj kredit. Bekukan penggunaan kredit kad anda (ya, betul; letakkan semua kad-kad kredit ke dalam kotak ais krim, isikan dengan air dan simpankan kotak itu dalam pembeku di peti ais!). Bayarlah barangbarang yang perlu dibeli secara tunai. Kemudian senaraikan hutang kad-kad kredit yang masih ada. Kenal pasti kad yang mengenakan caj kewangan yang paling tinggi. Mungkin anda berpeluang untuk pindahkan baki dari kad berfaedah tinggi ke kad yang menawarkan kos yang lebih rendah (tentukan anda membaca semua info yang diberi supaya tidak dikenakan kos yang tersorok pula). Seterusnya, susunkan kad-kad anda mengikut kadar caj kewangan, gunakan baki pendapatan untuk membayar balik kad yang paling mahal (kos tertinggi) tersebut. Setelah hutang kad termahal selesai, tutupkan akaun tersebut dan musnahkan kad itu. Kemudian ubahkan fokus anda ke kad yang seterusnya; teruskan 58
langkah-langkah di atas sehingga kesemua hutang anda sudah habis. Sebaik sahaja hutang kad kredit anda luput, hanya simpan beberapa kad sahaja hanya dua atau tiga untuk penggunaan yang boleh dikawal.
Menggunakan kad kredit dengan bijak.
Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit barulah anda boleh mempertimbangkan cara penggunaan kadkad tersebut dengan betul. Kad kredit ini sebenarnya adalah alat pengurusan wang yang sungguh berkesan, jika digunakan dengan bijak. Kita harus pandang kepada konsumerkonsumer yang berjaya menguruskan kewangan mereka dengan kad ini. Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit adalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki dalam penyata anda setiap bulan. Bayangkan kredit kad itu sebagai wang tunai yang disimpan setiap bulan bagi barang-barang yang dicaj. Dengan perumpamaan ini, anda tidak akan dikenakan kos; kad kredit anda pula akan menjadi
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 58
2/9/11 11:24 AM
Petua-petua penggunaan kad kredit dengan betul * Ingat, kad kredit bukan wang percuma * Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan atau sembilan * Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar elakkan berberlanja melibihi pendapatan anda * Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran sama sekali) * Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar, bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda * Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau bekukannnya di dalam peti ais! Dan peringatan terakhir, gunakanlah kad kredit sebagai alat pembayaran dan bukan untuk kredit percuma. Jika anda tidak dapat menggunakannya dengan waras atau bertanggungjawab, mungkin lebih baik bagi anda untuk hentikan penggunaannya sama sekali.
kemudahan kewangan yang amat berguna bagi anda. Kad kita menjadi seolah-olah pekerja kita dan kita pula bukan lagi dihambakannya. Kad kredit juga adalah satu-satunya sekuriti atau perlindungan tambahan dan kemudahan sewaktu membelibelah dan berjalan, dengan syarat kita tidak menyalahgunakannya. Sebagai contoh, anda mempraktikkan bayaran hanya 5% atau RM50 minima setiap bulan, yang mana lebih tinggi. Bagi baki RM10,000 yang mengenakan caj kewangan sebanyak 18% setahun, anda akan mengambil masa 7 tahun dan 3 bulan untuk menyelesaikan seluruh baki hutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawa anda tidak lagi menambahkan caj
(ingat, kad anda dalam pembeku peti ais!). Bayangkan betapa lajunya hutang anda akan meningkat jika apa yang dipraktikkan ini melibati banyak kad kredit lain pada masa yang sama. **Artikel ihsan dari Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit www.akpk.org.my Anda ada masalah bebanan hutang? Hubungi AKPK di talian bebas tol 1 800 88 2575 untuk nasihat.
59
rezeki 2010-100111.indd 59
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:24 AM
Gemala harga purata nisbah keuntungan. Pasaran-pasaran Tanah Besar China telah menampakkan pertumbuhan yang sangat baik dengan memberi pulangan sebanyak 99%, melebihi Eropah sebanyak 24%, ekuiti dunia 17% dan AS sebanyak 9% dalam tempoh 5 tahun.
MENGGAPAI Bintang-bintang Asia AmIslamic Greater China AmIslamic Funds Manager (AIFM) baru-baru ini telah melancarkan dana terbarunya, AmIslamic Greater China, yang bertujuan untuk meningkatkan dan menggalakkan pertumbuhan nilai pelaburan jangka masa panjang dalam portfolio saham Shariah yang merupakan pendedahan terbaik ke Benua Tanah Besar China.
pembandaran dan pengambilan kelas menengah. Kesinambungan yang mendalam di China, Hong Kong dan Taiwan menawarkan lebih banyak peluang untuk pertumbuhan China yang lebih pesat,” jelas Mohd Fauzi Mohd Tahir, Pengarah Eksekutif AIFM.
Ciri utama AmIslamic Greater China adalah kefleksibelan bagi mendapatkan peluang dalam pasaran ekuiti China yang hebat dan luas, menembusi had sempadan negara, peruntukan sektor mahupun pasaran modal.. China merupakan ekonomi terbesar di Asia masa kini (kedua di dunia), Hong Kong adalah pusat kewangan terbaik di Asia manakala Taiwan pula adalah pengilang semikonduktor terbesar di dunia. Dana ini juga mempunyai kemampuan untuk melabur dalam berbagai kelas perkongsian Saham-A, Saham-B dan Saham-H di China. “China sebagai peneraju ekonomi global dijangka akan terus memimpin pertumbuhan ekonomi Asia dan mengatasi pertumbuhan negara-negara maju serantau yang lain. China secara berterusan telah membangunkan pemacu ekonominya untuk jangka masa pangjang seperti perindustrian, 60
“Berdasarkan kecairan yang disebabkan oleh kemasukan dana yang besar ke China dengan harapan peningkatan nilai mata wang Yuan, kami tetap optimis pada prospek pasaran China. Pertumbuhan mendadak dalam Purchasing Managers Index (PMI) pada bulan Oktober lalu telah memberi isyarat bahawa ekonomi akan bertambah maju dengan pesat dan dikuatkan lagi dengan peningkatan penggunaan domestik,” tambah beliau. “Pelaburan di pasaran China yang luas memerlukan pengetahuan yang mendalam dan kemampuan untuk mengenal pasti potensi terbaik. Dengan ini, kami telah melantik Hamon Investment Management Limited sebagai Sub-Pengurus Pelaburan yang berpengalaman lebih dari 20 tahun tentang pasaran Tanah Besar China. Ia telah memenangi Dana Daerah China Terbaik dalam kategori 3 dan 5 tahun di ‘US Lipper Funds Awards 2010’. Kami telah memilih pengurus pelaburan antarabangsa yang terbaik, khususnya, bagi memastikan para pelabur kami mendapat pulangan setimpal dan optimum,” kata Datin Maznah Mahbob, Ketua Pegawai Eksekutif FMD.
Mohd Fauzi Mohd Tahir Pengarah Eksekutif AIFM
Dia berpendapat bahawa penilaian ekonomi Tanah Besar China masih menarik dengan keadaan pasarannya sekarang yang tersenarai di bawah
Datin Maznah Mahbob Ketua Pegawai Eksekutif FMD
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 60
2/9/11 11:24 AM
Dana pelaburan awal adalah RM1,000 bagi pelabur Ringgit Malaysia manakala untuk pelabur mata wang lain sebanyak USD500 atau amaun yang setara nilainya dalam lain-lain mata wang. Tambahan pelaburan adalah RM500 bagi pelabur Ringgit Malaysia. “Sejarah kejayaan kami dalam inovasi produk telah memacu kami untuk menawarkan dana pelbagai mata wang pertama yang berjaya berurusan dalam USD, Ringgit dan Dollar Singapura. Dana ini dalam denominasi USD. Hal ini pasti menarik perhatian pelabur di mana-mana sahaja kerana mereka boleh melabur dalam mata wang pilihan mereka,” tambah Datin Maznah Mahbob.
AmIslamic Funds Management Memimpin Pasaran.
AmIslamic Funds Management (AIFM) adalah sebahagian daripada Funds Management Division (FMD) di AmInvestment Bank Group, iaitu salah satu pusat dana terkemuka di Malaysia dengan rekod prestasi yang baik dalam jangka masa lebih dari tiga dekad. FMD telah dinamakan sebagai Syarikat Pengurusan Aset Malaysia terbaik dalam ‘The Asset Tripple A Investment Awards 2010’. Anugerah ini mengiktiraf syarikat-syarikat pengurusan aset terbaik di Malaysia yang telah membina platform menyeluruh untuk melabur dalam aset-aset pelaburan berbeza dan melayani keperluan pelanggan institusi, korporat dan runcit. Ia telah mencapai prestasi di atas penanda aras yang ditetapkan secara konsisten dan mengekalkan tahap kualiti dalam inovasi dan amalan industri.
Visi AIFM adalah menjadi salah satu sumber penyelesaian pelaburan kepada pelanggan institusi, penjual runcit dan menjadi platform dana edaran di Malaysia dan seluruh dunia. Sebagai perintis inovasi dana, AIFM baru-baru ini dianugerahkan Anugerah Tahunan Badan Pengurus Aset Berunsurkan Islam Terbaik di Asia Pasifik untuk ‘Triple A Islamic Finance 2010’ oleh The Asset. “Penghargaan yang berprestij ini, dalam kata lain, mengiktiraf inovasi FMD dalam mengembangkan pelbagai siri dana Islam yang merangkumi produk dan servis yang pertama sepertinya, dan ianya merupakan ciri khas kami sebagai peneraju pasaran,” kata Datin Maznah Mahbob. “Anugerah ini menggariskan
rezeki 2010-100111.indd 61
Dana Islam yang pertama berdasarkan perkongsian keuntungan Mudharabah
Dana ekuiti Islam global yang pertama (AMOasis Global Islamic Equity)
(AmIttikal)
1992
Dana Islam ekuiti ‘master/feeder’ yang pertama dengan pelaburan yang dikendalikan dari Malaysia (AM-Namaa’/Namaa’ Asia-Pasific Equity Growth)
2006
2008
INOVASI 2001 Dana pasaran wang Islam yang pertama (AmAl-Amin)
Kemudahan kewangan Islam pertama yang terdiri daripada kumpulan kelas aset yang lengkap (Al-Syamil Facility)
2007 Kemudahan Islam pertama untuk keperluan perbendaharaan syarikat (Islamic Treasury Solution)
sifat-sifat penting dalam kepakaran pengurusan dana yang telah dibina lebih daripada tiga dekad. Ini telah membolehkan kami untuk diiktirafkan pada masa kini sebagai sebuah syarikat pengurusan aset dan pengurus dana bon yang terkemuka di Malaysia, serta syarikat pengurusan aset berasaskan Islam terbaik di seluruh Asia Pasifik. Sebagai pengurus dana yang pertama dalam pasaran tersebut, ia membakar semangat kami untuk menjadi lebih berinovatif serta membenarkan kami untuk membezakan diri dari yang lain sebagai pembekal penyelesaian pelaburan terkemuka dengan pilihan produk dan perkhidmatan yang luas bagi seluruh kelas aset,” tambah beliau.
Yang pertama di Malaysia.
AIFM berjaya mempelopori dana ‘master/ feeder’ yang pertama dengan bank Islam yang terbesar dari Arab Saudi untuk mandat AsiaPasifik. Produknya yang berasaskan USD/ RM, iaitu Am-Namaa/Namaa’ Asia-Pacific Equity Growth, adalah dana ‘master/ feeder’ Shariah yang pertama dalam negara yang tertakluk di bawah bidang kuasa Malaysia International Islamic Finance (MIFC). Sejak penubuhannya 2 tahun lalu, AmNamaa Asia-Pacific Equity Growth, dengan pulangan 55% telah banyak
2010
Dana ekuiti pertama yang melabur dalam Emas dan logam berharga lain
Dana berbilang mata wang pertama yang melabur di Greater China
(AmPrecious Metals)
(AmIslamic Greater China)
mengungguli ‘benchmark’ 22%, dan berada di tangga pertama berbanding dengan pesaing-pesaingnya yang lain. Sepanjang tahun yang lalu, dana ini juga telah mengungguli ‘benchmark’ dan mencapai prestasi terbaik di antara pesaing-pesaingnya yang lain. Baru-baru ini, rekod prestasinya yang baik telah menarik pelabur dari Eropah untuk membuka segmen pasaran baru. Ini menandakan sebuah tonggak penting dalam strategi AIFM untuk pelabur-pelabur global. AIFM mempunyai pasukan yang berdedikasi iaitu terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang pengurusan dana Islam yang terbaik. Mereka beroperasi dalam kerangka undangundang dan Shariah yang telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Syariah dan Panel Penasihatnya sendiri. Bagi membangunkan strategi pelaburan yang lebih luas, para pelabur profesional AIFM telah melakukan kajian yang menyeluruh berdasarkan kajian atas-bawah, iaitu ekonomi makro dan analisis kuantitatif, yang digabungkan dengan kajian bawah-atas yang melibatkan perkara-perkara asas dan kajian saham. Seterusnya, proses pelaburan ini akan melalui pemilihan saham yang cermat berdasarkan tema pelaburan, teknikal dan pewajaran sektor. 61
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:24 AM
Gemala
PERNIAGAAN BERGANTUNG KEPADA MANUSIA DAN AKTIVITINYA. SELAGI ADA AKTIVITI-AKTIVITI INI, SELAGI ITULAH ADA PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN. BUKANNYA MUDAH UNTUK MENGENAL PASTI PELUANG PERNIAGAAN, SEMUA JENIS PERNIAGAAN YANG HENDAK KITA LAKUKAN, KEBANYAKANNYA TELAH DIJALANKAN OLEH ORANG LAIN. OLEH YANG DEMIKIAN, KITA TAKUT MENCEBURKAN DIRI DALAM DUNIA PERNIAGAAN, KERANA KITA TIDAK DAPAT MENGENAL PASTI PELUANG PERNIAGAAN. TETAPI PELUANG INI TERDAPAT PADA SESEORANG YANG MEMPUNYAI SIFATSIFAT KEUSAHAWANAN. SEMUA JENIS PERNIAGAAN YANG ADA SEKARANG BERPUNCA DARIPADA DAYA PEMIKIRAN. BERIKUT DISENARAIKAN BEBERAPA CARA YANG USAHAWAN-USAHAWAN GUNAKAN UNTUK MENGENAL PASTI PELUANG PERNIAGAAN.
MENGENALPASTI PE L 62
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 62
2/9/11 11:24 AM
Penyelesaian kepada masalah merupakan peluang perniagaan, gunakan daya pemikiran untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada.
DAYA FIKIRAN
Gunakan daya fikiran untuk berfikir setiap masa, tumpukan fikiran terhadap perniagaan, cuba ubahkan apa yang dilihat, supaya ia dijadikan barang perniagaan. Berfikir selalu. Gunakan daya pemikiran untuk membayangkan sesuatu yang boleh menimbulkan keuntungan. Dengan lain perkataan, kebolehan imaginasi untuk menimbulkan perkara atau barang baru di pasaran. Jika kebolehan berfikir kurang, berkumpulah berramai-ramai dan adakan brainstorming. Perbincangan begini selalu berhasil mengeluarkan ide baru.
MELALUI MASALAH YANG ADA
Segala aktiviti-aktiviti manusia mesti menempuhi masalah. Baik urusan di rumah, di pejabat dan lain-lain hal berkenaan dengan kehidupan manusia mesti menempuhi masalah. Walaupun sekarang zaman sains dan teknologi moden, manusia tetap mempunyai masalah, tidak ada perkara yang tidak mempunyai masalah. Jadi dengan masalah-masalah ini kita boleh menukarnya menjadi punca masalah. Penyelesaian kepada masalah merupakan peluang perniagaan, gunakan daya pemikiran untuk menyelesaikan masalahmasalah yang ada, dan fikirkan cara perniagaan yang bersesuaian sebagai penyelesaian masalah. Kebanyakan daripada perniagaan yang ada sekarang berpunca daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia dulu kala.Â
MELALUI KEPERLUAN MANUSIA
Sememangnya kehidupan manusia, tidak kira apa bangsa memerlukan sesuatu untuk memenuhi kehendaknya. Manusia perlu makan dan minum, perlukan keselamatan, perlukan kesenangan dan kemewahan dan keselamatan. Keperluankeperluan ini biasanya berterusan tanpa berhenti selagi seseorang itu masih hidup. Dengan adanya keperluan-keperluan asas semulajadi manusia,
usahawan terpaksa memikirkan baranganbarangan dan perkhidmatan yang baru untuk mememuaskan hati manusia. Keperluan kepuasan hidup memang luas, boleh dikatakan di segi makanan, keselamatan, kewangan, hiburan, pakaian dan lainlain. Keperluan semulajadi manusia telah menimbulkan beberapa jenis barangan seperti radio, televisyen dan telefon.
MENGKAJI SELIDIK BARANG YANG ADA
Barang-barang dan perkhidmatanperkhidmatan yang ada sekarang merupakan daya cipta, dan ubahan usahawan dahulu supaya bersesuaian dengan keadaan sekarang. Tetapi oleh kerana aktiviti penghidupan manusia terus berubah, barangan yang ada sekarang juga perlu diubah dan dikaji selidik. Pengubahan kepada barangan yang ada dan rekaan barang-barang baru untuk barang-barang yang ada akan menampakkan bahawa barang itu barangan baru dan akan mendapat perhatian pengguna dan akan memberi peluang perniagaan kepada sesiapa yang mengubah atau merekanya.
MENELITI PERMINTAAN PASARAN
Kehendak dan keperluan pasaran berubah dari semasa ke semasa. Misalnya, pisang emas dan manggis untuk dieksport ke Jepun. Pucuk asparagus untuk dieksport ke Amerika Syarikat. Dalam segi perkhidmatan perniagaan, permintaan pengguna mewujudkan pasar tani dan pasar-pasar malam di beberapa tempat di Malaysia. Bakal usahawan terpaksa meneliti permintaan pasaran yang baru jika mahu mendapat peluang perniagaan.
E LUANG PERNIAGAAN 63
rezeki 2010-100111.indd 63
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:24 AM
MENELITI PERKEMBANGAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN NEGARA
Ekonomi negara juga berubah dari semasa ke semasa. Projekprojek pembangunan juga ada dari semasa ke semasa. Dengan adanya aktiviti ini, usahawan dapat mengenal pasti di mana projekprojek ini akan diadakan dan bagaimana kita boleh menceburkan diri dalam pembangunan tersebut. Misalnya apabila ada rancangan Pembangunan Bandar Sungai Buluh, tuan punya tanah menaikkan harga tanahnya, dan peniaga-peniaga lain berebut-rebut membeli tanah di Sungai Buluh. Sehubungan dengan rancangan ini, banyak projek-projek perumahan telah didirikan sebagai mengambil langkah merebut peluang perniagaan. Jika ada pembangunan dan projek baru, akan ada juga peluang pembangunan yang baru.
MELALUI PERGAULAN HARIAN
Perhubungan dan pergaulan hariankita dapat memberi peluang perniagaan kepada kita. Dengan cara mengumpulkan maklumatmaklumat yang diberi, mungkin ia dapat diubah kepada satu perniagaan, dan kadangkala tawaran terus kepada kita sebagai peluang perniagaan. Misalnya jika kita bergaul dengan pengurus bank, sedikit sebanyak maklumat-maklumat yang kita bincangkan bersama dapat dijadikan perniagaan. Lihat apa yang diusahakan oleh rakan-rakan kita. Dengar apa yang dicakapkan oleh orang-orang disekeliling kita, proseskan, maklumat ini sebagai sumber perniagaan.
MELALUI BACAAN
Segala idea-idea baru yang dketahui oleh orang ramai melalui bacaan. Segala teknologi baru yang akan dikeluarkan biasanya disiarkan di suratkhabar atau di majalah. Jadi sebagai bakal usahawan, seseorang itu mestilah cepat mendapat maklumat-maklumat ini dan bertindak segera sebelum diketahui oleh orang lain. peluang-peluang perniagaan banyak terdapat di suratkhabar tetapi orang ramai tidak dapat mengenal pastinya sama ada ianya peluang perniagaan. Hanya orang yang mempunyai sifat-sifat usahawan dapat mengetahui yang mana peluang perniagaan dan yang mana bukan. Misalnya, suratkhabar dan majalah selalu mengeluarkan iklan mencari pengedar, mencari rakan kongsi, menjual perniagaan dan sebagainya. Bacaan-bacaan harian dapat membawa kita kepada peredaran pasaran, pembangunan negara dan mengetahui teknologi-teknologi yang baru di pasaran.
Hanya orang yang mempunyai sifat-sifat usahawan dapat mengetahui yang mana peluang perniagaan dan yang mana bukan.
MELALUI KEMAHIRAN YANG ADA
Kemahiran seseorang merupakan punca perniagaan, di mana kemahiran ini boleh dijual sebagai perkhidmatan atau kemahiran ini boleh mereka jadikan barang-barang baru untuk dijual. Contohnya, tukang-tukang besi yang membuat pagar-pagar besi dan rekabentuk daripada besi. Ahli senireka yang membuat barang seni yang dijualkan di pasaran dan pelukis-pelukis yang menjual lukisannya. Seseorang yang pakar dalam bidang pendawaian elektrik sesuai untuknya berniaga sebagai juruelektrik dan pemasangannya. Sesiapa yang banyak pengetahuannya untuk ceramah, seminar dan lain-lain kursus. Banyak lagi kemahiran yang boleh digunakan sebagai peluang perniagaan. 64
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 64
2/9/11 11:24 AM
Gaya Hidup
5 PERKARA YANG MESTI ANDA CUBA BULAN INI Bila-bila anda menaiki bas atau transit aliran ringan, ajak penumpang di sebelah anda berborak.
Sertai larian marathon.
Apabila Jos Mart, wira kemerdekaan Cuba, ditanya apakah perkaraperkara yang wajib kita lakukan semasa masih ada hayat, jawab beliau bukanlah “Bebaskan sebuah negara�. Sebaliknya, tiga perkara penting untuk dilakukan dalam hidup menurutnya ialah: tanam sebatang pokok, tulis sebuah buku, dan dapatkan seorang cahaya mata. Permulaan yang cukup bagus. Nah, ini lima lagi perkara yang patut anda lakukan dalam bulan ini:
Tulis suatu ikrar kepada diri sendiri di atas kertas, masukkan ke dalam botol bertutup, kemudian campakkan ke dalam laut atau hanyutkan ke sungai.
Berhenti makan makanan ringan selama sebulan.
Kirimkan sedozen mawar merah kepada ibu anda.
65
rezeki 2010-100111.indd 65
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:24 AM
Gaya Hidup
Seperti juga memanjat gunung, ia memberikan kepuasan yang kita dapati apabila berjaya menangani suatu cabaran yang melintang
Mencari ilham
di air terjun 20
minit selepas memulakan pengembaraan, mulut tak habis-habis bertanya, “Jauh lagi ke?� Seluruh badan sudah mula gatal-gatal menjadi lauk nyamuk dan agas. Sekalisekala perjalanan terhenti sebentar untuk menguis dahan tumbang atau mengalih ranting duri yang menghalang lorong. Penatnya tak terkata. Dan bila tekak mula dahaga... Kadangkala terasa
rezeki CS3-new.indd 66
seperti hendak berhenti dan berpatah balik saja. Dalam hati tak henti berdetik persoalan: cantik sangatkah air terjun ini sampai berbaloi untuk menyeksa diri sampai macam tu? Kemudian, tak sampai 15 minit kemudian, bila tiba di kawasan air terjun itu, jawapannya jelas: Ya! Di negara torpikal seperti Malaysia ini terdapat banyak kawasan perkelahan air terjun yang diiktiraf. Ada yang terletak hanya
bersebelahan dengan jalan, seperti di Taman Rimba FRIM di Kepong, Selangor. Ada yang memerlukan kita berjalan jauh sedikit tetapi mempunyai lorong yang dibina khusus, seperti di Langkawi, Kedah. Tetapi yang paling memuaskan ialah apabila air terjun itu terletak agak jauh di dalam hutan, dan jalan ke arahnya sekadar tak lebih dari lorong hutan yang ditebas renjer. Perasaan yang terasa ketika tiba di kawasan air terjun yang seindah dikata orang selepas menempuh rintangan yang agak payah sukar untuk diceritakan. Seperti juga memanjat gunung, ia memberikan kepuasan yang kita dapati apabila berjaya menangani suatu cabaran yang
melintang. Sedikit sebanyak ini menambah lagi keyakinan tentang keupayaan diri. Jadi lain kali bila anda terfikir hendak berkelah ke tepi sungai, pilihlah untuk pergi ke air terjun yang letaknya agak lebih mencabar daripada kawasan perkelahan lumrah. Dengan itu anda bukan saja akan mendapat nikmat bercuti, malah akan merasa bangga dengan diri kerana telah berjaya menawan sebuah lagi gunung kehidupan. Untuk maklumat lanjut cuba: www.waterfallsofmalaysia.com Infoline TDC Malaysia: 1-300-885050
2/10/11 2:42:18 AM
rezeki CS3-new.indd 67
2/10/11 2:11:24 AM
Gaya Hidup
seni
Ruang seni alternatif Seni adalah ibarat lauk untuk minda dan jiwa. Pembentukan peribadi yang menyeluruh tidak akan sempurna kalau tidak dijamu dengan penghayatan seni. Selain dari ruang seni rasmi yang disediakan, kini terdapat beberapa ruang seni alternatif yang memberikan kepelbagaian kepada hidangan seni yang ada di negara ini.
CM Annexe
KLPac
Black Box @ MAP
The Actors Studio
Terletak bersebelahan Pasar Seni Kuala Lumpur, CM Annexe yang mempunyai 3 tingkat ini menyediakan ruang luas yang boleh digunakan untuk pelbagai jurus seni. Sejak dibuka secara rasmi dalam tahun 2007, CM Annexe kini dikenali sebagai destinasi seni di ibukota yang menyaksikan pelbagai acara kesenian diadakan bersilih ganti setiap bulan. Ini termasuklah pameran seni lukis dan fotografi, pekan buku, tarian dan forum membicarakan seni.
Terletak di tengahtengah projek untuk memajukan semula kawasan persekitaran Sentul di Kuala Lumpur, KLPac mendiami bangunan-bangunan besar yang dahulunya merupakan gudanggudang keretapi. Ini memberikan ruang yang sangat luas serta kreatif untuk tujuan memajukan pelbagai cabang seni negara. KLPac adalah pertubuhan tanpauntung yang didukung oleh tiga pertubuhan, iaitu Yayasan Budi Penyayang Malaysia, syarikat YTL Corporation Berhad dan The Actors Studio.
MAP merupakan pentas seni terbaru di ibukota. Ianya terletak di dalam kawasan bangunan Solaris Dutamas berhampiran Masjid Wilayah Persekutuan di sisi Jalan Duta. Dua ruang utama disediakan untuk menampung pelbagai program seni berteraskan kemasyarakatan yang dirancang sepanjang tahun. Ini termasuklah persembahan muzik dan puisi, serta pameran fotografi dan lukisan. Ianya juga bertujuan untuk memberikan karyawan seni tanahair suatu ruang untuk bertemu dan bertukar pendapat.
The Actors Studio ditubuhkan khususnya sebagai pusat seni persembahan dan teater negara yang juga menarik persembahan dari seluruh dunia. Bermula di Bangsar, Kuala Lumpur dalam tahun 1989, ianya kini betempat di Lot 10 Jalan Bukit Bintang. Selain dari pementasan, The Actoss Studio juga berhasrat untuk membentuk generasi baru dalam bidang seni melalui pelbagai kelas
www.annexegallery.com
68
www.klpac.org
www.mapkl.org
www.theactorsstudio.com.my
kesenian seperti kelas menulis skrip, kelas lakonan dan kelas mengarah untuk orang dewasa juga kanak-kanak.
Rezeki • Feb 2011
rezeki 2010-100111.indd 68
2/9/11 11:24 AM
Kesabaran Adalah Separuh Keimanan.
5 LUNAS
“Ada tiga rahsia untuk cara-cara pengurusan. Rahsia pertama adalah memiliki kesabaran. Kedua adalah bersabar. Dan rahsia ketiga yang paling penting adalah kesabaran�. – Chuck Tanner (Bekas Pengurus dalam Liga Besar Besbol. Sekarang sebagai penasihat kepada Pengurus Besar Pittsburgh Pirates).
Seperti kata pepatah kesabaran adalah sesuatu kebajikan! Waktu adalah segalanya! Naluri saling berkait rapat dengan masa. Anda harus bersabar dan menunggu naluri untuk memberitahu anda itu adalah waktu yang baik untuk membuat keputusan. Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Luangkan masa untuk menganalisis strategi dan gunakan cara pendekatan.
Perniagaan adalah seperti permainan catur yang menguji kesabaran kita. Perniagaan bukan untuk mereka yang tidak sabar. Rancang dengan baik, laksanakan dengan baik dan pulangan yang baik menanti anda.
69
rezeki 2010-100111.indd 69
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:24 AM
Tanya Rezeki
Tany
RUANGAN SOALJAWAB Kalkulator Kewangan Masalah Kad Kredit Assalamualaikum. Saya telah memulakan perniagaan dengan menggunakan kad kredit sebagai sumber pembiayaan utama. Kini saya mempunyai masalah dalam membuat pembayaran balik setiap bulan. Bagaimanakah saya dapat mengatasi masalah tersebut? Waalaikumsalam. Cara paling mudah ialah menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Semua maklumat yang anda berikan sewaktu berhubung dengan mereka akan dianggap sebagai maklumat sulit dan tidak akan didedahkan kepada pihak bank atau syarikat kad kredit. AKPK menyediakan tiga jenis perkhidmatan, iaitu:
1. Pendidikan Kewangan Pendidikan Kewangan menyediakan program dan bahan pendidikan terutamanya mengenai penggunaan kredit secara betul dan kemahiran asas pengurusan wang serta tip untuk menggunakan kredit secara bertanggungjawab. 70
Ingin tahu bagaimana kedudukan kewangan anda sebenarnya? Cuba gunakan aplikasi yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)! http://www.akpk.org.my/Home/ FinancialCalculators/tabid/105/Default.aspx
2. Kaunseling dan Nasihat Mengenai Pengurusan Kewangan Khidmat nasihat dan kaunseling mengenai Pengurusan Kewangan di mana AKPK memberi kaunseling dan nasihat berhubung bajet kewangan, pengurusan wang dan isu-isu kredit termasuk membantu individu membuat belanjawan untuk mengurus perbelanjaan mereka. 3. Program Pengurusan Kredit Program Pengurusan Kredit membantu individu dalam menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan. Pelan tersebut akan membantu individu membayar balik pinjaman dan mengawal semula kewangan mereka.
Rezeki • Feb 2011
rezeki CS3-new.indd 70
2/10/11 2:02:08 AM
Tanya Rezeki CARA MENGIRA ZAKAT PERNIAGAAN
Assalammualaikum, Saya baru memulakan perniagaan. Adakah wajib saya membayar zakat pendapatan? Sekiranya wajib, bagaimanakah cara pengiraannya? Waalaikumsalam. Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan untuk mengira zakat perniagaan, iaitu: Waalaikummussalam. Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan untuk mengira zakat perniagaan, iaitu: i) Kaedah Modal Berkembang (Growth Capital)
Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumbersumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Dalam istilah yang lebih ringkas ialah modal dicampurkan dengan keuntungan. Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa + /- Pelarasan = Harga Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat ii) Kaedah Modal Kerja (Working Capital)
Ia mengambil kira kedudukan harta semasa perniagaan, ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat sama ada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenal pasti perlu ditambah atau membuat tolakan. Aset Semasa – Liabiliti Semasa +/Pelarasan = Harga Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat
MENGGUNAKAN PELARIS
Assalammualaikum, Saya ingin bertanya mengenai amalan pelaris yang diamalkan ramai peniaga restoran, kedai runcit dan sebagainya. Di samping mengadakan solat hajat dan amal ibadat lain untuk tujuan mendapat rahmat dalam mencari rezeki melalui perniagaan, ada yang meletakkan beberapa jenis benda fizikal seperti besi, duit syiling, beras, garam, gula dan sebagainya di premis perniagaan. Soalan saya ialah, apakah pendapat dari segi hukum mengenai penggunaan alatan tersebut jika dalam hati tetap percaya bahawa semua adalah dengan izin Allah SWT? Waalaikummusalam. Khurafat sekiranya mempercayai sesuatu itu boleh mendatangkan keuntungan atau kebaikan; seperti yang kita maklum dengan berusaha sahaja Allah SWT akan mengizinkan sesuatu itu dengan kehendakNya. Sekiranya kita mempercayai benda lain selain dari kuasa Allah SWT, ditakuti ia boleh merosakkan aqidah kita sebagai umat Islam. Adalah lebih baik sekiranya mengamalkan ayat-ayat Al-Quran dan dijadikan doa dalam kehidupan seharian. Ini kerana ayat-ayat AlQuran telah jelas dan mencukupi kehebatannya tanpa perlu ditokok dengan sesuatu perkara atau benda lain untuk dijadikan simbol atau alat yang kononnya dapat memberi keuntungan. Wallahu’alam. (Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor)
Untuk maklumat lanjut sila rujuk: Pusat Zakat Selangor di www.zakatsel.com.my
71
rezeki 2010-100111.indd 71
Rezeki • Feb 2011
2/9/11 11:24 AM
72
Rezeki • Feb 2011
rezeki CS3-new.indd 72
2/10/11 2:47:30 AM
rezeki+COVER.indd 8
2/9/11 11:34 AM
������������������������������
������������������������� �������������������������
������������������������������� �����������������������������
���������������������������������������������������� rezeki+COVER.indd 6
2/9/11 11:34 AM