BULETIN KMNS EDISI 2

Page 1

BULETIN SESI 2009 2009--2010

IWAN LAZIR PRO. KITA MENJANA NILAI & SKOR

KMNS KMNS http://www.kmns.matrik.edu.my/

MEMBAWA HARAPAN IBU DAN AYAH

KOLEKSI KHAS PENDAFTARAN PST! © 2009 Hakcipta Terpelihara

KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

EDISI 2 MEI 2009


BULETIN KMNS KITA MENJANA NILAI & SKOR

MINDA EDITOR

ISI KANDUNGAN MINDA EDITOR

2

PELAJAR PST MENDAFTAR

3

AYAH DAN IBU...

4

TERIMA KASIH JK BULETIN 2008

4

SEKITAR PENDAFTARAN BEKAS PDT

5

HARI PENDAFTARAN

6

MPPB 2009

7

AKSI FASILITATOR

8

DI BELAKANG PINTU

9

BULETIN KMNS DI INTERNET

10

UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA:

Salam. Agak belum terlambat untuk saya ucapkan selamat datang kepada semua pelajar Program Satu Tahun (PST) untuk sesi 2009-2010. Perjuangan akademik anda sudah bermula sebaik anda menjejakkan kaki anda ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Untuk pendaftaran pada 11 Mei 2009 yang lalu, seramai lebih kurang 1900 orang pelajar baru dan bekas pelajar PDT sesi 2008-2009 telah hadir mendaftar. Pelajar-pelajar ini (anda) telah dipecahkan kepada tiga kursus— hayat, fizikal dan akaun. Dari segi perkembangan Buletin KMNS pula, pihak KMNS telah melantik pengerusi baru untuk UAP Buletin. Puan Pamelyn Tan Ai Hoon telah dilantik sebagai pengerusi baru UAP menggantikan Encik Rizal Nawi. Encik Rizal Nawi pula telah dilantik sebagai setiausaha UAP ini. Selamat datang diucapkan kepada Puan Pamelyn Tan Ai Hoon. Semoga UAP Buletin akan lebih cemerlang selepas ini.

Encik Kamarulzaman, bekas Ketua Unit Sains Informatik, kerana menyediakan asas “layout” buletin ini.

Buletin KMNS Online - laman blog berita KMNS— pula telah maju selangkah lagi dengan adanya pautan ke laman berita ini di dalam laman web rasmi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.

Bekas ahli jawatankuasa Buletin KMNS Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) atas pengorbanan anda untuk menjalankan aktiviti, kursus dan penyediaan Buletin Edisi 1 sepanjang sesi lepas.

Selain dari itu, Buletin KMNS juga telah mempunyai laman web sendiri. Ini adalah beberapa proses peningkatan yang sedang berjalan.

Dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih daun keladi.

Sebelum saya akhiri, saya ucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru. Semoga semangat perjuangan akademik anda akan berterusan sehingga ke akhir. Ingatlah jasa dan pengorbanan ibu bapa anda untuk menghantar anda ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Terima kasih. (Rizal Nawi)


BULETIN KMNS KITA MENJANA NILAI & SKOR

PELAJAR PST MENDAFTAR Sesi pendaftaran untuk pelajar baru Program Satu Tahun (PST) bagi sesi 2009-2010 telah diadakan pada 11 Mei 2009 bersamaan dengan hari Isnin. Sesi pendaftaran ini bermula seawal pukul 7.50 pagi. Untuk memastikan kelancaran pendaftaran, hari pendaftaran ini telah dipecahkan kepada tiga bahagian—sesi satu yang bermula pukul 8.00 sehingga pukul 10.00, sesi dua dari pukul 11 pagi sehingga pukul 1 tengahari, dan sesi tiga yang bermula dari pukul 2 petang sehingga pukul 4 petang. Begitu pun, kaunter pendaftaran Cuma ditutup pada pukul 5 petang. Sehingga pukul 5 petang hari tersebut seramai lebih 1900 orang pelajar telah mendaftar. Daripada jumlah tersebut lebih kurang 2/3 adalah pelajar perempuan. Pihak Buletin KMNS mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Semoga anda pulang dengan kejayaan cemerlang.


BULETIN KMNS KITA MENJANA NILAI & SKOR

AYAH DAN IBU...

TERIMA KASIH JK BULETIN PELAJAR SESI 2008 Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua anggota Jawatankuasa Buletin di bawah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) yang telah banyak menyumbangkan tenaga dan masa untuk membantu di dalam kerja dan aktiviti Buletin KMNS. Antara aktiviti yang telah Berjaya dijalankan ialah kursus penulisan bulletin, pertandingan fotografi untuk semua warga KMNS, penyediaan Buletin KMNS edisi 1, dan banyak lagi aktiviti belakang tabir.

Bekas Jawatankuasa Buletin untuk sesi 20082009 yang telah menamatkan pengajian di KMNS. Jutaan terima kasih diucapkan.

Jasa anda telah tertulis di dalam lipatan sejarah KMNS dan tidak terbayar dengan wang ringgit. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua. Semoga terus sukses di dalam hidup.

To ignore danger is to increase it—Marc Olden


BULETIN KMNS KITA MENJANA NILAI & SKOR

SEKITAR PENDAFTARAN PDT 2008 KE PST 2009

Pendaftaran bekas pelajar Program Dua Tahun (PDT) sesi 2008-2009 ke Program Satu Tahun (PST) sesi 2009-2010 telah diadakan pada hari Sabtu 9 Mei 2009. Sesi pendaftaran bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Seramai lebih kurang 170 orang pelajar telah mendaftar pada hari tersebut. Proses pendaftaran telah diadakan di kawasan Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) dan juga di kawasan makmal computer KMNS. Para pelajar ini telah berkumpul pada waktu petang untuk taklimat daripada pihak KMNS.


BULETIN KMNS KITA MENJANA NILAI & SKOR

HARI PENDAFTARAN


BULETIN KMNS KITA MENJANA NILAI & SKOR

MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU 2009


BULETIN KMNS KITA MENJANA NILAI & SKOR

AKSI FASILITATOR


BULETIN KMNS KITA MENJANA NILAI & SKOR

DI BELAKANG PINTU

POTONG DAN HANTARKAN BAHAGIAN INI KE ALAMAT DI MUKASURAT BELAKANG …………………………………………………………………………..

BORANG PENDAFTARAN ALUMNI KMNS DI BELAKANG


BULETIN KMNS DI INTERNET Sebagai satu usaha untuk memastikan Buletin KMNS boleh menjangkau lebih ramai khalayak, fokus buletin telah “dipindahkan” ke dunia siber. Pada masa sekarang Buletin KMNS mempunyai dua laman utama di dunia siber— yang pertama adalah laman blog/berita, manakala yang kedua adalah laman web Buletin KMNS. Kedua-dua laman ini masih lagi dalam proses penambahbaikan dan kami sedang berusaha untuk menjadikan laman-laman ini (laman blog berita terutamanya) sebagai sumber berita Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang utama; iaitu dengan penekanan kepada dua ide utama, iaitu cepat dan tepat. Sila lawat blog berita di http:// www.buletin-kmns.blogspot.com/ dan laman web kami di http:// www.wix.com/rizalnawi/ BuletinKMNSonline. Sebarang komen sila hantarkan ke rizalnawi@gmail.com.

PENDAFTARAN ALUMNI KMNS! Jika anda belum mendaftar sebagai ahli alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, inilah peluang anda. Untuk memudahkan pendaftaran anda sebagai ahli alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, sila luangkan sedikit masa untuk mengisi borang di bawah. Borang yang telah dilengkapkan bolehlah dihantar kepada: U/P ALUMNI KMNS, UNIT HAL EHWAL PELAJAR KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JALAN SENALING, 72000 KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Salinan borang ini juga diterima. Atau, anda boleh menghantar butiran anda (sebagaimana di bawah) terus ke: alumnikmns@yahoo.com.my Semoga anda terus berjaya dalam hidup.

ALUMNI KMNS NAMA: ………………………………………………………. NO KP: ………………………… ALAMAT: ………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… KMNS SESI: ……………………………………… PRAKTIKUM: …………………………….. TEL: ……………………………. EMAIL: ………………………………………………………. UNIVERSITI: ………………………… PEKERJAAN: ………………………………………….


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.