www.roketkini.com
JANUARI 2015
DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR
facebook.com/roketkini
twitter.com/roketkini
PERCUMA
KDN PP11723/12/2012 (032229)
www.dapmalaysia.org
SIRI MENGENAL SOSIAL DEMOKRASI
EDISI
BM
roketkini@gmail.com
PERSIDANGAN DAP 2014: TERAJUI POLITIK BARU >> 8,9 8-11 8,9
Bagaimana Sosial Demokrasi berfungsi dalam sesebuah kerajaan?
>4&5
PROJEK IC: LEBIH 5,000 MUKA SURAT LAPORAN RCI HILANG > 15
UNTUK AHLI SAHAJA
DAP PEJUANG HAK WANITA
Kuota 30 peratus wanita untuk pimpinan parti, bakal diluaskan ke akar umbi
J
abatan Statistik pada 2011 menunjukkan hampir 50 peratus tenaga kerja di Malaysia adalah wanita, namun malangnya di bawah pemerintahan lebih 50 tahun UMNOBN, golongan wanita berterusan diperlekehkan dalam segala bidang. Contoh diskriminasi ini dapat dilihat dengan jelas dalam kes seorang Guru Gantian Noorfadilla Ahmad Saikin pada tahun 2011 yang dibatal pelantikan sebagai guru hanya kerana beliau hamil. Pada 10 November lalu, Mahkamah
Tinggi Shah Alam mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 beliau. Namun sehingga kini masih tidak ada jaminan bahawa perlindungan kepada kaum wanita yang bekerja di sektor swasta, manakala masih terlalu banyak penindasan berlaku. Wanita tidak wajar berterusan diketepi dan dihina sedemikian rupa di zaman moden. Harus diingat kita tidak lagi hidup di zaman kuno seperti di jazirah Arab pada era jahiliah yang menindas wanita dengan
berjuta halangan, termasuk menjadi diobjekkan selain dianggap punca keaiban keluarga. Atas kesedaran itu, DAP sebagai sebuah parti yang menjunjung tinggi dan hak asasi manusia mengambil langkah ke depan dengan meminda perlembagaan parti bagi menetapkan kuota 30 peratus wanita di Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Ia bagi memperkukuhkan peranan wanita dan usul tersebut diluluskan sebulat suara dalam Persidangan DAP 14 Disember lalu.
Malaysia pada 2000 menganggotai The Millenium Development Goals (MDGs), inisiatif global bertujuan mempromosikan kesaksamaan gender menjelang 2015, namun usaha itu nampaknya tidak ke mana tanpa langkah progresif dari kerajaan. Kegagalan dan ketidakpedulian ini jika dibiarkan akan lebih mendedahkan wanita kepada manipulasi politik dan eksplotasi ekonomi, sekaligus membelakangkan keadilan. Walhal, keadilan sosial tidak akan wujud tanpa keadilan gender.
2
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
JANUARI 2015
NOTA EDITOR 2015: Pakatan Rakyat di persimpangan 2014 adalah tahun gelisah Pakatan Rakyat. Sama ada berpunca dari kerenah di kalangan parti rakan Pakatan Rakyat itu sendiri, atau pun dipicu BN yang sentiasa menangguk di air keruh. Bermula dari Langkah Kajang, sebuah inisiatif menukar Menteri Besar Selangor akhirnya menjadi kemelut, kemudian membongkar begitu banyak ‘rundingan dalam gelap’ dan cah keting dari bermacam kubu politik. Isu kalimat ‘Allah’, percanggahan pendirian berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya, saman-menyaman di kalangan rakan Pakatan, kegagalan pihak tertentu hadir ke mesyuarat pimpinan tertinggi antara isu yang berlaku. Kepada penyokong, sikap ini ibarat mencurah garam ke luka. Sayang seribu kali sayang. Selepas puluhan seminar dan konvensyen, ratusan program bersama, ribuan kenyataan media berhubung pelbagai isu - simbol kebersamaan Pakatan Rakyat dalam usaha membela nasib rakyat terbanyak, terganggu dek agenda politik heroik. Ia juga berlaku akibat dari kegagalan memahami masyarakat dan konteks permasalahan. Tak tahu mana satu keutamaan, mana satu yang perlu ditangguhkan. Sebahagian dari kita meletakkan ideologi sebagai tuan, sebahagiannya taksub kepada kelompok. Lain yang luka, lain yang dibebat. Terakhir adalah isu berkaitan pelaksanaan undang-undang hudud. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, ada pihak dari kalangan Pakatan sendiri yang terpukau dengan pelawaan, dibentangkan permaidani merah, dan didorong masuk ke kamar musuh. Tapi kita perlu ingat. Pelanduk selalu lupakan jerat, tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk. Dengan begitu banyak masalah sebenar yang menghimpit rakyat, antaranya isu ekonomi dan keselamatan tentunya suasana ini menggelisahkan terutamanya kepada anggota parti Pakatan Rakyat dan penyokongnya. Dalam perjalanan sejarah, perserikatan pembangkang di Malaysia pernah berdepan dengan situasi sama iaitu pada tahun 60-an. Front Sosialis (SF) yang terdiri dari Parti Buruh dan Parti Rakyat diasak isu bahasa, sama ada bahasa Melayu wajar dijadikan Bahasa Kebangsaan atau dijadikan bahasa bersama (lingua-franca). Natijah dari pertelingkahan SF itu, masalah hubungan dan komunikasi antara rakyat tidak banyak yang selesai, manakala hudud sebagai isu pada hari ini, masalah jenayah masih tidak pernah berkurangan. Manusia ada tiga jenis. Yang pertama adalah mereka yang belajar dari pengalaman sendiri. Yang kedua, adalah mereka yang belajar dari pengalaman orang lain. Yang ketiga adalah mereka yang tidak mahu belajar. Ketika ramai meletakkan harapan tinggi, dengan pelbagai isu ‘dihidangkan’ kepada pimpinan Pakatan Rakyat bukan sekadar menjadi hero melainkan menyelesaikan masalah sebenar, tahun ini detik adalah ketika untuk menilai semula hubungan. Sama ada masing-masing dengan hala tuju sendiri atau berjalan sendirian, tahun 2015 meletakkan kita di persimpangan.
MELAWAN GENDANG POLITIK KAUM
Oleh EDRY FAIZAL
M
akna demokrasi itu seringkali dianggap mudah, kuasa rakyat. Semudah melaungkannya buat mereka yang mahu kelihatan berada di pihak yang baik. Namun semakin demokrasi itu membentuk aturan-aturan supaya semangatnya dapat diterjemahkan dalam bentuk tadbir urus yang licin, kita akan berdepan dengan semakin banyak persoalan tentang demokrasi. Demokrasi itu sendiri akhirnya muncul pelbagai warnanya. Atas kesedaran itu tertubuhnya Sekolah Demokrasi, inisiatif Roketkini dan DAP untuk berkongsi dengan anak muda pemahaman tentang demokrasi. Yang lebih penting, memperkenalkan Sosial Demokrasi, salah satu warna dalam wacana demokrasi hari ini. Sosial Demokrasi merupakan ideologi pegangan DAP yang termaktub di dalam perlembagaan parti. Mendalami apa itu Sosial Demokrasi secara tidak langsung memahami jiwa DAP itu sendiri. Lazimnya dalam lanskap politik Malaysia soal ideologi sering ditolak ketepi. Dipandang enteng dan tidak penting. Kita boleh faham, sememangnya perjuangan kita masih tertumpu dalam hal-hal melawan korupsi dan salahguna kuasa. Tetapi sekiranya di kalangan ahli atau penyokong parti sendiri tidak jelas dengan ideologi parti. Dengan mudah akan terjelepuk ke dalam perangkap hagemoni Barisan Nasional. Kita akan menari mengikut rentak gendang yang dipalu UMNO sebagai tok dalang Barisan Nasional. Sama ada kita sedar atau tidak, meskipun UMNO, MCA dan MIC adalah parti berbeza. Mereka memperjuangkan kaum berbeza. Mereka berkongsi ideologi yang sama. Iaitu perjuangan politik berasaskan kaum masing-masing sahaja. Melayu fikir hal orang Melayu. Orang Cina fikir hal Cina. Orang India fikir hal orang India. Perlahan-lahan mereka turut berevolusi menjadi perjuangan menjaga kepentingan kelas atasan. Sosial Demokrasi parti DAP menekankan
SETIAUSAHA Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke memakaikan tanda nama kepada Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli pada Persidangan DAP 2014 lalu.
Jangan sesekali terperangkap menyangka DAP sekadar sebuah parti komponen Pakatan Rakyat yang tugasnya melawan MCA dan MIC semata-mata. Kita harus keluar dari kerangka berfikir sedemikian. Kalau tidak, kita akan terus terperangkap dalam permainan yang dicaturkan UMNO” sebaliknya. Bukan kepentingan kaum masing-masing yang perlu diberikan tumpuan. Sebaliknya kita perlu menjadi suara mewakili setiap kelompok yang terpingir dan tertindas dalam masyarakat tidak kira apa kaumnya. Semangat tu berakar dari sejarah panjang Sosial Demokrasi. Perjuangan awal Sosial Demokrasi bermula dengan usaha membela kaum pekerja yang ditekan. Kemudiannya berjuang melalui jalan parlimen untuk membentuk kerajaan bagi menjadi kuasa semak dan imbang kepada sistem kapitalisme. Melalui semangat itu saya menyimpulkan, dalam kerangka Sosial Demokrasi hanya ada dua kaum yang amat perlu diberi perhatian. Kaum yang tertindas dan kaum yang menindas. Yang tertindas itu perlu kita bela, yang menindas perlu kita kekang. Sudah tentu tanpa pilih bulu mengikut kaum. Oleh itu kita hari ini jangan sesekali terperangkap menyangka DAP sekadar sebuah parti komponen Pakatan Rakyat yang tugasnya melawan MCA dan MIC semata-mata. Kita harus keluar dari kerangka berfikir
sedemikian. Kalau tidak, kita akan terus terperangkap dalam permainan yang dicaturkan UMNO. Meskipun parti DAP berbilang kaum. Kadangkala di kalangan penyokong mahupun sebilangan kecil pemimpin terjerat dengan budaya yang mana hal orang Melayu biar anggota Melayu perjuangkan, hal Orang Cina biar anggota Cina perjuangkan, hal orang India biar anggota India perjuangkan. Hal Sabah dan Sarawak pula biarlah orang Sabah dan Sarawak uruskan. Lebih malang, kita menumpukan hanya kaum tertentu kerana seolah-olah kita telah ‘ditugaskan’ untuk itu. Itu silap, kebiasaan merosakkan itu mesti kita pecahkan. Perlu insafi dan kembali mengangkat semangat Sosial Demokrasi dalam perjuangan. Saya optimis DAP boleh mencapainya jika kita bersungguh mahukan sebuah Malaysia untuk rakyat Malaysia dan setiap pejuang DAP terdidik dengan ideologi parti. Segalanya mungkin, apabila kerangka fikir kita lebih jelas dan pandangan alam kita terhadap perjuangan parti lebih selaras.
EDITORIAL PEMANGKU EDITOR SIDIQIN OMAR WARTAWAN IZMIL AMRI • ZAHID M NASER • ALIFF FIKRI JURUGAMBAR AHMAD YUSUFI PENYELARAS ROKETKINI EDRY YUSOF GRAFIK & REKALETAK WAHYUDI MOHD YUNUS
facebook/roketkini
roketkini@gmail.com
twitter@roketkini
The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.
RENCANA
EDISI BAHASA MALAYSIA
3 JANUARI 2015
Oleh TARMIZI ANUWAR
B
ercakap soal kebebasan ia tidak wujud secara vakum atau tiba-tiba. Ia melalui satu proses panjang dan penuh cabaran serta pengorbanan. AC Grayling dalam bukunya ‘Towards the Light: The Story of the Struggle for Liberty and Rights That Made the Modern West’ mencatatkan bagaimana proses dilalui masyarakat barat sejak awal abad ke-16 sehingga Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1948 diwujudkan. Buku tersebut menceritakan peristiwa yang berlaku dalam tempoh masyarakat barat memperjuangkan kebebasan berfikir, melawan totalitarian, dan menuntut pembebasan hamba, pekerja dan wanita. Tidak dinafikan perjuangan ini adalah respon terhadap pengalaman hitam masyarakat barat terhadap penguasaan gereja. Grayling menyifatkan kebebasan berfikir merupakan intipati siasatan dan penyiasatan bebas yang menghasilkan konsep alam semesta, sama sekali berbeza dari apa-apa yang difikirkan, dunia ini hanya dijadikan sebagai teater untuk takdir moral dan rohani manusia oleh tuhan antroposentik. 25 Melayu ternama Mungkin disebabkan kekhuatiran sejarah, cengkaman institusi keagamaan kepada masyarakat barat berlaku pula di negara ini, 25 Melayu ternama menulis surat kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak. Mereka terdiri daripada bekas penjawat awam yang pernah menjawat antara jawatan tinggi dalam pentadbiran negara. Surat itu menerangkan perlunya penyelesaian berkaitan pertikaian yang berterusan mengenai kedudukan dan pelaksanaan perundangan Islam di negara ini. Mereka menyatakan kerisauan kewujudan ekstremis agama yang sekiranya dibiar berlarutan akan menjejaskan komitmen Malaysia kepada prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang, sikap tidak bertoleransi kaum dan ketaksuban, dan telah meningkatkan kebimbangan terhadap kedamaian dan kestabilan negara. Kenyataan ini disokong 93 pertubuhan bukan kerajaan, 22 aktivis Muslim muda dan golongan profesional yang percaya bahawa dialog adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Negara demokrasi yang majmuk seperti Malaysia perlu mengambil kira suara rakyat daripada pelbagai kaum dan mentafsirkan undang-undang Islam menerusi kaedah maqasid syariah dan bukan secara literal atau harfiah. Berdasarkan kaedah fekah, ‘hukum itu berlegar atas perkara yang diberi nama, bukan pada nama’ sangat penting diberikan perhatian. Kegagalan kita melihat ‘substance over form’ lebih penting daripada ‘form over substance’ menyebabkan masyarakat bukan Islam memandang sinis kepada agama dan akan mewujudkan sekelompok yang melampau-lampau dalam kelakuan beragama.. Jasser Auda menyatakan kita (Islam) dengan pembezaan jelas antara dosa-dosa antara hamba dengan Tuhannya dan antara jenayah yang berlaku bawah hukuman undang-undang. Persoalan ini perlu difahami masyarakat supaya mampu membezakan kesalahan bersifat antara manusia dengan tuhannya yang tidak perlu dijadikan undang-undang dan kesalahan sesama manusia yang boleh dan perlu dijadikan undang-undang.
Pergelutan menuntut kebebasan bernegara & menangani ekstremis Harmoni bukanlah bermaksud tidak langsung mempunyai perbezaan pandangan tetapi bagaimana ia mampu diuruskan dengan baik tanpa melahirkan perasaan prejudis dan kebencian kepada kaum dan agama lain serta situasi ketegangan yang tidak berterusan. Bagaimanapun apabila kaum dan agama dikaitkan dengan kuasa politik ianya bukan sesuatu yang mudah untuk diuruskan. Bukan tiket untuk memaksa Walaupun negara ini dari sudut perlembagaan tercatat bahawa Islam agama rasmi negara, bukanlah tiket untuk segolongan umat Islam memaksa apa yang dipercayainya perlu diterima seluruh umat Islam dan masyarakat negara ini. Tindakan menganggap apa sahaja boleh dilakukan atas nama ‘tuan tanah’ kepada ‘pendatang’ secara paksa sebenarnya tidak menggambarkan langsung tujuan agama itu sendiri. Bahkan, tidak berbeza dengan tindakan gereja di barat pada abad ke-16 dahulu yang memaksa masyarakat menerima apa sahaja tafsiran tentang agama Kristian tanpa boleh mempersoalkan apa-apa. Tindakan Ibrahim Ali mengancam membakar Bible milik agama Kristian hanya kerana terdapat kalimah Allah tidak menunjukkan praktik agama Islam sebenar. Bahkan, respon Jabatan Peguam Negara bahawa ancaman tersebut adalah hasrat Ibrahim Ali mempertahankan kesucian agama Islam adalah hujah tidak logik dan bertentangan dengan tujuan Islam yang mengajak kepada keharmonian dan menghormati antara sesama agama. Surat terbuka 25 Melayu ternama juga merupakan respon kepada kenyataan Datuk Seri Najib semasa Perhimpunan Agung Umno 2014 berkaitan pengekalan Akta Hasutan. Imej Najib yang
dianggap sederhana sebelum ini tercalar kerana tidak menepati janjinya pada tahun 2012 untuk memansuhkan akta drakonian tersebut. Dengan wujudnya akta ini, kebebasan bersuara dijamin Perkara 103 Perlembagaan Malaysia tidak dapat dijalankan dengan baik. Bahkan, ia terus mewujudkan situasi prejudis terhadap kaum dan agama lain apabila akta hasutan ini digunakan hanya untuk pihak yang dianggap tidak bersama dengan kerajaan. Makna kebebasan Berkaitan isu kebebasan bersuara, Maszlee Malik mendefinisikan suasana yang memungkinkan seseorang individu ataupun kumpulan menyuarakan pendapat mereka ataupun tidak menyuarakan pendapat mereka dengan rela tanpa dipaksa atau tanpa campur tangan dan tanpa sebarang halangan. Kebebasan tersebut pula hendaklah tidak melampaui batas syarak dan tidak pula mencabuli hak pihak yang lain. Tindakan Ibrahim Ali melampaui batas syarak dan mencabuli hak pihak lain, bagaimanapun tiada apa-apa tindakan diambil kepadanya. Bukan bermaksud Ibrahim Ali wajar dikenakan akta hasutan, secara konsisten kita menolak kerana percaya kepada hak kebebasan bersuara walaupun kepada mereka yang tidak sependapat. Dakwaan seperti ini perlu dihen-
tikan segera, digantikan proses dialog yang lebih terbuka. Perkara yang kononnya sebelum ini dianggap sensitif seperti hak keistimewaan bumiputera dan agama perlu dibincangkan secara terbuka dan matang di ruang awam tanpa sebarang prejudis. Perlembagaan dan sosial kontrak bukan sesuatu yang statik sifatnya, tetapi bersifat dinamik, boleh diubah atau dipinda mengikut kesesuaian semasa. Orang Melayu sewajarnya tidak perlu takut ancaman bahawa kuasa politik mereka hilang, tetapi bergerak ke arah yang lebih matang iaitu berkongsi kuasa politik secara saksama. Bukan lagi memandang kaum lain sebagai pesaing atau musuh politik tetapi sebagai sahabat dan saudara dalam membina sebuah negara yang maju dan harmoni. Harmoni bukanlah bermaksud tidak langsung mempunyai perbezaan pandangan tetapi bagaimana ia mampu diuruskan dengan baik tanpa melahirkan perasaan prejudis dan kebencian kepada kaum dan agama lain serta situasi ketegangan yang tidak berterusan. Bagaimanapun apabila kaum dan agama dikaitkan dengan kuasa politik ianya bukan sesuatu yang mudah untuk diuruskan. Peristiwa perebutan kuasa khalifah oleh Muhajirin, Ansar dan Bani Hashim sejurus kewafatan Rasulullah di Saqifah Bani Saadah membuktikan mereka yang menggunakan alasan kaum dan agama sebagai asas perjuangan tidak lari daripada keinginan untuk berkuasa melebihi orang lain. Dalam sebuah negara demokrasi, sekiranya tidak mempunyai apa-apa konflik, maka ia bukanlah demokrasi yang sihat. Demokrasi yang sihat adalah penghuninya berbeza pendapat dan berani memperbaharui pandangan lama yang dianggap tidak bersesuaian dengan keadaan semasa. Tidak menjadikan kuasa sebagai senjata untuk menutup mulut dan membunuh idea pihak lawan yang berbeza pendapat, sebaliknya menjadikan dialog sebagai asas perdebatan idea dalam menuju ke arah masyarakat yang lebih bertamadun.
UTAMA
4
EDISI BAHASA MALAYSIA
JANUARI 2015
Apa itu Sosial Demokrasi? Siri 1
Oleh IZMIL AMRI
P
olitik tidak boleh wujud dalam vakum, dan tidak pula terbina tanpa penentu arah jelas yang menjadi suara nurani dalam menentukan pola fikrah yang menjadi mekanisme membentuk dasar yang kemudiannya berfungsi dalam bentuk program-program. Penentu arah ini dipanggil ideologi. Dan ideologi DAP ialah sosial demokrasi, pendeknya ‘Sosdem’. DAP telah secara rasmi didaftarkan pada 18 Mac 1966. Setahun kemudiannya ia bergabung dengan 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang berpayung di bawah lambang tangan menggenggam mawar, logo pertubuhan Socialist International. Sosdem adalah salah satu daripada rantaian faham sosialisme yang duduk letaknya di bahagian tengah-kiri spektrum politik. Ia tidak tersangat kiri seperti komunisme, tidak terlalu tengah seperti pegangan banyak parti-parti liberal demokrat, dan pastilah tidak masuk ke bahagian kanan yang diduduki golongan konservatif, termasuk Umno. Jalan tengah Jalan tengah yang dipilih DAP adalah jalan ideologi yang tidak menolak sistem ekonomi berasaskan pasaran, namun pada masa yang sama turut memastikan bahawa golongan pekerja dan rakyat tidak ditindas oleh sistem kapitalisme dan golongan pemodal. Sosdem menolak faham melampau kiri seperti komunisme yang secara asasnya mengimani bahawa segala hal memerlukan kawalan kerajaan, justeru menafikan banyak kebebasan dan cenderung disalahguna sehingga kuasa begitu berpusat dan bersifat autokratik. Sosdem ada juga disebut sebagai jalan ketiga atau ‘The Third Way’, jalan yang dirintis demi mewujudkan perdamaian antara kritik kapitalisme dan penentangan terhadap komunisme. Jalan tengah dijadikan opsyen
ketiga, dengan menyatakan bahawa kesejahteraan masyarakat tidak boleh dibentuk menerusi kapitalisme yang memperkaya yang sedia kaya, dan tidak juga dengan cara komunisme yang hampir sahaja memiskin semua kecuali yang hampir ke pusat kuasa. Kesejahteraan masyarakat di dalam sebuah daulah hanya boleh dicapai dengan usaha memperbaharui sistem berasaskan pasaran supaya lebih manusiawi tanpa menggunakan kekerasan atau paksaan ala komunis. Faham sosdem dibina atas beberapa teras yang sehingga kini pun masih diperdebatkan; yang masyhurnya tiga iaitu kebebasan, keadilan dan solidariti, atau dalam bahasa Perancisnya ‘Liberté, Egalité, Fraternité!’ Tiga kalimat ini adalah slogan Revolusi Perancis; yang terus menjadi nilai-nilai teras sekian banyak parti-parti politik demokratik pada hari ini. Formulasi nilai-nilai teras ini bermula pada abad kesembilan-belas dengan munculnya kaum borjuis, para penghuni kota yang mempunyai kekuatan ekonomi dan sedikit kekayaan. Revolusi Perancis memerangi golongan ini, yang akhirnya menyusahkan hidup para marhaen yang terpaksa menanggung gaya hidup bermewah-mewah mereka. Dari sudut sejarah, definisi nilai-nilai teras Sosdem serta bagaimana mereka berhubungkait antara satu sama lain telah mengalami perubahan yang berterusan sejak abad ke-lapan belas. Namun hari ini, secara umum, penceritaan Sosdem dapat dimulakan daripada tiga nilai teras itu: kebebasan, kesetaraan, keadilan dan solidariti. Kita mulakan dari yang terakhir, dalam rangka memahami apa sebenarnya roh perjuangan DAP sebagai sebuah parti politik yang mengambil jalan tengah-kiri. Solidariti Solidariti secara mudah kita fahami bermaksud semangat kekitaan. Ia meletakkan
Semangat solidariti yang menjadi teras besar Sosdem ini diabadikan sejarah ketika DAP memilih ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ sebagai tema persidangannya tahun ini. kanta ‘kemanusiaan’ kepada segala sudut pandang yang membeza-bezakan manusia dari segi warna kulit, keturunan, agama, jantina, usia, daerah dan perbezaan budaya. Semuanya bersatu padu, bekerjasama, saling membantu dan bergotong royong. Solidariti lahir daripada rasa kebertanggungjawaban bersama terhadap masyarakat yang lahir daripada kepentingan yang sama melahirkan aktiviti dan program yang memberi manfaat kepada masyarakat. Meski persoalan solidariti adalah persoalan yang tidak banyak dibincangkan kerana ia kelihatan mudah dan tidak memerlukan banyak bahas, solidariti adalah nilai teras Sosdem yang wujud bagi memberi nyawa kepada soal keadilan dan kebebasan. Tanpa semangat saling bergantungan dan rasa keberpunyaan terhadap sesebuah masyarakat, hampir sahaja mustahil untuk demokrasi dijadikan alat bagi mencapai keadilan dan kebebasan. Solidariti menyatakan kesediaan masyarakat ke arah perubahan; untuk bangkit bersama dan saling membantu, antara yang kuat dan yang lemah, kaya dengan yang miskin, tua dan muda; tanpa mengira perbezaan kaum, agama mahupun budaya. Solidariti melahirkan kekuatan. Tidak hairan bagaimana Perancis boleh berevolusi berkali-kali, begitu juga revolusi Rusia, apabila masyarakat buruh tani dan yang lainnya dapat bersatu hati dan saling bertolong-bantu dalam usaha ke arah melawan
kejahatan yang membobrok kehidupan mereka. Solidariti adalah semangat yang mengikat masyarakat supaya saling peduli akan kebajikan yang lainnya. Keterikatan ini tidak terhad di peringkat lokal, malah menggapai ke batas-batas antarabangsa dalam kerangka mencapai kedamaian sejagat. Sekiranya wujud semangat solidariti di kalangan masyarakat dunia, hampir sahaja pasti banyak konflik antrabangsa dapat dielakkan. Sekiranya golongan yang kaya tidak menindas yang miskin, yang berkuasa tidak menindas yang lemah; bukankah aman dunia ini? Berat sama dipikul Semangat solidariti yang menjadi teras besar Sosdem ini diabadikan sejarah ketika DAP memilih ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ sebagai tema persidangannya tahun ini. Tidak ada contoh dan bidalan yang lebih baik untuk memperlihatkan kepentingan semangat kebersamaan dan ‘ukhwah’ sesama manusia yang meski saling berbeza budaya, keturunan dan pegangan agama. Dan semua ini pula bukan setakat sembang kencang. Ideologi ini dizahirkan dengan gerak kerja, sesuai dengan nama Partai Tindakan Demokratik, ia tidak sekadar berbuih mulut berucap di pentas-pentas ceramah; tetapi disusuli dengan kerja berat di pedalaman Sabah dan Sarawak membina jalanraya, empangan-mikro buat mengagih air, malah pernah sekali membina rumah untuk mereka yang memerlukan. Setakat sekarang projek Impian Malaysia di seluruh negara sudah cukup untuk memalukan aparat kerajaan yang meski kaya sumber, tetapi gagal bekerja. Solidariti DAP bersama rakyat, tanpa mengira latar kaum, agama mahupun garis politik adalah tiang teguh yang tidak mungkin digoyah. Di belakang DAP ada rakyat, dan di belakang rakyat ada DAP. Saling bersolidariti.
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
5 JANUARI 2015
Bagaimana Sosial Demokrasi berfungsi dalam kerajaan? “Kesedaran adalah matahari. Kesabaran adalah bumi. Keberanian menjadi cakerawala. Dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.” Demikian tulisan penyair Indonesia, WS Rendra dalam puisinya Paman Doblang. Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata, bukan sekadar ham-
buran tanpa tindakan susulan. Ideologi, sebagai pandu arah politik, adalah suara nurani yang membentuk dasar yang kemudiannya dilaksanakan sebagai program yang memberi manfaat kepada orang ramai. DAP sebagai parti politik yang berpandu arah faham jalan tengah Sosial Demokrasi (Sosdem) telah
menterjemah ideologi tersebut menjadi program fizikal yang telah memberi manfaat kepada sekian banyak warga, terutamanya di Pulau Pinang; di mana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri. Walaupun difitnah sepanjang masa kononnya anti-Melayu dan anti-Islam, DAP tetap konsisten dengan
usahanya untuk memperbaiki kehidupan masyarakat, tanpa mengira latar kaum, agama mahupun pendirian politik. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang hanya anti-rasuah. Dividen anti-rasuah ini dikembalikan kepada rakyat Pulau Pinang dalam bentuk program berasaskan Sosdem seperti berikut:
- PEKERJAAN SEBAGAI HAK SOSIAL Penang CAT (Career Assistance and Talent) Centre ditubuhkan pada 2009 sebagai salah satu usaha kerajaan negeri yang disebut Lim Guan Eng dalam Belanjawan 2009 sebagai “pro-jobs pro-poor pro-growth” yang memberi keutamaan dan sokongan kepada pekerjaan, warga miskin dan pertumbuhan ekonomi. l 2012, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) ambil alih 60% kontrak pembersihan swasta dan mewujudkan 1,000 jawatan baru secara dalaman, tanpa
“Kita mahu mencapai pendemokrasian perumahan bagi memenuhi keperluan setiap rakyat negeri ini untuk memiliki rumah yang selesa, terutamanya bagi golongan yang miskin dan berpendapatan rendah” - Lim Guan Eng Unjuran 10 tahun akan datang oleh Penang Institute menganggarkan kemampuan rakyat Malaysia memiliki rumah adalah berkadar dengan kenaikan harga rumah setakat 6.0%, berbanding kadar kenaikan pendapatan sebanyak 4.7%. Maksudnya jika pada tahun pertama harga rumah mampu RM300 ribu, maka pada tahun ke-10, kita hanya mampu membayar 90% daripada kos rumah. l Di Pulau Pinang, perumahan dijadikan tanggungjawab kerajaan bagi memastikan kelompok berpendapatan terendah turut mampu memiliki rumah dengan
menyumber dari luar. l 2013, MPSP ambil alih 40% kontrak selebihnya dan mewujudkan 800 jawatan baru. 460 lagi jawatan baru akan diwujudkan menjelang tahun hadapan. l 1 Mac 2014, projek hab “Information Technology Outsourcing and Business Process Outsourcing” (ITBPO) dirasmikan oleh Ketua Menteri. Pelaburan kerajaan negeri berjumlah RM3.3 billion dijangka menjana 30,000 pekerjaan bernilai tinggi.
mewujudkan Tabung Perumahan Awam & Mampu Milik berjumlah RM500 juta. Projek Chelliah Park City, George Town bakal menyediakan 1,900 unit perumahan kos rendah dan sederhana rendah antara RM72,000 dan RM200,000. Projek ini telah bermula tahun ini dan dijangka siap menjelang 2017. l Perumahan ialah HAK bukan KOMODITI Kerajaan Negeri mewujudkan Skim Milikan Bersama contohnya di Taman Sungai Duri di mana rumah bernilai RM42,000 dimiliki secara bersama dengan nisbah 7:3 antara pemilik dan Kerajaan. Kerajaan Negeri juga mewujudkan Skim Sewa untuk Beli di Taman Seruling Emas di mana sewa bulanan adalah hanya RM100 dengan tambahan RM20 untuk kos baik pulih, bagi jangkamasa 15 tahun. 51 unit perintis telah mengikuti program ini dari golongan peneroka bandar.
l Perlindungan perumahan dari spekulasi pasaran bebas Kerajaan Negeri menetapkan kos rumah supaya tidak terjejas akibat gelembung hartanah dan memastikan perumahan awam dan perumahan mampu milik yang dibeli oleh pembeli tulen kali pertama yang layak daripada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana. Rumah kos rendah RM42,000, kKos sederhana rendah - RM72,500 manakala rumah mampu milik ditetapkan pada kadar RM200,000 (bagi Seberang Perai) dan RM400,00 (bagi daerah Pulau) Hanya pembeli
Pendapatan negeri Pulau Pinang antara 2011/2006 meningkat 2 kali ganda dengan pertambahan lebih 100%, dengan lebihan belanjawan antara 2011/2006 sebanyak 13 kali lebih besar dan hutang kerajaan yang merudum sehingga 95%.
universiti sebanyak RM1000, ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaya, RM100, pemandu teksi RM600, dan program ibu emasRM100 sebagai jaminan sosial untuk suri rumah tangga seperti yang dicadangkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU ke-13.
Urus-tadbir yang baik menghalang kemunculan rasuah dan ketirisan, tidak seperti ketika MPSP hampir bankrap lantaran hutan RM200 jutanya. Dividen anti rasuah ini dikembalikan semula kepada rakyat.
Berdasarkan kajian Institute of Malaysian and International Studies IKMAS-UKM, garis kemiskinan seMalaysia adalah RM763. Oleh yang demikian, sejak tahun2009, Kerajaan Negeri melaksanakan program “cash-transfer” RM600, yang telah ditambah kepada RM770 pada tahun 2013 dan kemudian menjadi RM790 pada 2014 bagi mencukupkan pendapatan isi rumah untuk melepasi garis kemiskinan.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM60 juta melalui belanjawan 2013 untuk programprogram sosial termasuk bayaran tunai kepada anak mahasiswa yang melanjutkan pelajaran ke
yang berkelayakan sahaja dibenarkan, dengan syarat moratorium jual-beli di pasaran antara 5 ke 10 tahun. Sub-jualan pula hanya dibenarkan untuk pembeli dalam senarai kerajaan yang diaudit oleh juruaudit bebas.
6
RENCANA
EDISI BAHASA MALAYSIA
JANUARI 2015
Apabila para Tan Sri dan Datuk menulis surat... Kru Universiti Terbuka Anak Muda dan Felo Islamic Renaissance Front Hazman Baharom dalam satu kenyataan yang ditandatanganinya bersama lebih 20 orang aktivis muda Muslim yang lain menyebut bahawa ‘tiada yang menguntungkan jika Islam dilihat sebagai agama pemaksa yang tidak peduli terhadap hak kaum dan penganut agama lain mahu pun terhadap perubahan zaman’ dan lalu menyeru agar maruah Islam dipelihara ‘sebagai agama yang menganjurkan semangat syura yang sepatutnya diterjemahkan dalam bahasa kini sebagai ‘deliberative democracy’, iaitu demokrasi yang berasaskan wacana, perbahasan dan dialog’.
Oleh AL MUSTAQEEM M RADHI
P
ada awal minggu kedua Disember terbit berita ‘panas’ tentang surat terbuka yang ditulis oleh sekumpulan 25 orang tokoh Melayu yang sebahagian mereka adalah pegawai besar dalam kerajaan. Penerbitan surat itu sesuatu yang sememangnya agak mengejutkan kerana jarang ada Tan Sri-Tan Sri, Datuk-Datuk, dan Datin-Datin bekas ketua setiausaha kementerian, bekas ketua pengarah kementerian, bekas duta, bekas penasihat pertubuhan antarabangsa, dan bekas pemangku pelbagai jawatan tinggi mahu bersuara menegur pemerintah secara terbuka, apatah lagi dalam hal berkaitan kedudukan dan pelaksanaan Syariah di negara ini. Ia membayangkan bahawa Malaysia telah sampai ke suatu tahap yang mencemaskan. 25 orang tokoh itu ternyata bukan suara terpencil. Setelah surat mereka beredar dalam media, pelbagai pihak menyambut baik tindakan dan pandangan mereka, antaranya sekumpulan lain Tan Sri dan Datuk dalam bidang swasta dan lembaga kemasyarakatan dan diikuti oleh 93 kumpulan NGO dan beberapa kumpulan lain. Apa yang mencemaskan?
Bagaimanakah yang dikatakan sebagai tahap yang mencemaskan itu? Persoalan ini boleh dilihat dari dua sudut, iaitu mencemaskan kerana ia berkait dengan Perlembagaan Persekutuan, sekaligus demokrasi berparlimen, dan mencemaskan dari sudut keagamaan (dalam kes ini, Islam). Sudut pertama telah dijelaskan banyak pihak dan ditegaskan dalam surat terbuka 25 orang tokoh berkenaan, antaranya institusi agama yang telah berkali-kali bertindak di luar bidang kuasa mereka dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta tidak menepati proses demokratik dan proses konsultatif ‘syura’. Selain itu, turut bertentangan dengan perlembagaan dan amalan demokrasi ialah tidakan NGO berhaluan kanan seperti Perkasa dan ISMA yang suka secara melulu menuduh pihak yang berani bersuara membela perlembagaan, hak asasi, dan demokrasi sebagai anti-Islam, anti-institusi Beraja dan anti-Melayu - tindakan yang menurut 25 tokoh Melayu terbabit ’menyukarkan usaha untuk mengadakan perbincangan dan mencari jalan penyelesaian konflik secara rasional’. Lebih mencemaskan ialah apabila menteri kerajaan sendiri membuat kenyataan-kenyataan yang bersifat mengancam dan menghasut. Padahal menteri seharusnya memelihara hak semua rakyat Malaysia tanpa pilih bulu. Salah satu contoh nyata ialah kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengiktiraf hak golongan transgender untuk berpakaian mengikut identiti mereka. Pada 9 November lalu seperti dilaporkan Utusan, beliau menyifatkan tindakan komuniti transgender yang memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap kesahihan peruntukan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai ‘gelombang tentangan bentuk baru terhadap Islam’ dan satu cubaan ‘memesongkan akidah umat Islam’.
Dialog, wacana jalan keluar
Semua amaran tentang ‘ancaman’ dan ‘tentangan’ terhadap Islam ini sama sekali tidak susah difahami biang puncanya: keterdesakan golongan tertentu untuk mengekalkan kuasa bagi membolehkan mereka terus menguasai dan seterusnya menangguk laba daripada kebimbangan rakyat.
Pada hari yang sama, Jamil Khir menyifatkan keputusan Sisters in Islam untuk mencabar fatwa berkenaan pengharaman liberalisme dan pluralisme sebagai ‘tindakan mengheret institusi Islam untuk dibicarakan di mahkamah sivil’. Keterdesakan kuasa Semua amaran tentang ‘ancaman’ dan ‘tentangan’ terhadap Islam ini sama sekali tidak susah difahami biang puncanya: keterdesakan golongan tertentu untuk mengekalkan kuasa bagi membolehkan mereka terus menguasai dan seterusnya menangguk laba daripada kebimbangan rakyat. Dunia semakin terbuka, globalisasi pun terhasil. Dan ada sesuatu yang menarik tentang globalisasi disebutkan Profesor Ebrahim Moosa, sarjana Islam Afrika Selatan, dalam syarahannya di Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau percaya dengan seorang pemikir yang merumuskan bahawa globalisasi kini telah beranjak dari ‘globalisasi vertebral’, iaitu globalisasi yang mempunyai tunjang, seperti tulang belakang, dan ‘globalisasi selular’ yang mempunyai pusat-pusat isyarat yang jauh lebih kecil tetapi tersebar ke merata alam. Sangat mungkin globalisasi selular ini masih belum dirasai kehadirannya oleh para pemegang kuasa agama, lalu mereka masih cuba mengawal orang ramai. Padahal, pengaliran maklumat yang lebih bebas dengan sekelip mata mampu membuatkan orang sedar bahawa ‘musuh-musuh Islam’ yang mereka maksudkan itu tidak lain hanyalah jembalang yang berada pada khayalan golongan penguasa agama.
Kelemahan sistem Beralih kepada sudut kedua, iaitu mencemaskan dari sudut keagamaan. Kebebalan golongan pelampau dan pentaksub agama sedang menimbulkan salah faham yang besar tentang Islam di kalangan umat Muslim dan bukan-Muslim. Nama baik Islam sendiri turut terpalit. Segala kelemahan Mahkamah Syariah, misalnya, pasti dilihat sebahagian besar orang sebagai kelemahan Islam. Apabila ada jenazah yang direbut, berapa banyakkah orang yang masih percaya bahawa Islam adalah agama tolak-ansur, agama kasihsayang dan agama pembawa sejahtera?
Seruan ke arah dialog dan wacana juga turut dilontarkan sekumpulan pelajar dalam bidang pengajian Islam dan Arab dari pelbagai universiti di Malaysia dan Timur Tengah, iaitu Mesir, Jordan dan Arab Saudi. Salah satu perkara terpenting yang dibangkitkan kumpulan pelajar itu ialah tentang undang-undang jenayah Syariah yang tidak begitu mempedulikan semangat kebebasan individu dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut mereka, hal ini perlu diperhalusi semula kerana jika diteliti sejarah Islam, perbezaan dibuat antara dosa peribadi dan jenayah. Tidak seharusnya dosa peribadi dikanunkan melalui undang- undang jenayah apabila kita mempunyai jalan lain melalui gerakan sivil dan dakwah untuk ‘amar ma’ruf wa nahy al-munkar’. Dalam salah satu respon lain terhadap surat terbuka 25 tokoh Melayu, sebuah kumpulan, dianggotai antaranya oleh Mufti Perak Harussani Zakaria, meminta dibentuk jawatankuasa peringkat tertinggi untuk membuat cadangan pindaan Perlembagaan bagi membolehkan Muslim melaksanakan Syariah. Dakwa mereka, sebahagian besar Muslim mahu undang-undang Islam dilaksanakan. Di pihak lain, mereka mendakwa sebahagian besar Muslim tidak mahu undang-undang Islam dilaksanakan pemerintah, atas pelbagai alasan, tidak semestinya kerana tidak yakin dengan Tuhan. Setiap kita dengan dakwaan masing-masing, maka memang nampak jelas bahawa jalan keluar terbaik ialah dialog dan wacana, sama sekali bukan gertakan, ancaman dan hasutan.
Antara dosa peribadi dan jenayah
K
itab Al-Ihya’ Imam al-Ghazali memuatkan riwayat tentang Umar r.a. yang telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara.” Umar bertanya: “Apa dia?” Dia berkata: Allah Taala telah berfirman “Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain.” Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: “Masukilah rumah melalui pintu-pintunya.” Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman, “Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu terlebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya.” Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka Umar pun meninggalkannya. Imam Ghazali menyebut: “Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut.”
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
7 JANUARI 2015
DAP, antara harapan dan Impian Oleh ZAHID M NASER
P
ersidangan DAP 2014 jika diperhatikan akan menghilangkan kebimbangan- bahawa harapan sudah malap- namun, para pimpinan dan perwakilan menunjukkan hal sebaliknya, bahawa harapan tetap menyala. 2014 adalah tahun kesedihan DAP menyaksikan pemergian tokoh-tokohnya, juga ketegangan antara tripartite Pakatan Rakyat. Sehingga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggambarkan tahun ini sebagai annus horribilis. Justeru, persoalan timbul lagi - apakah benar masih ada harapan? Konsisten mengangkat Perlembagaan Persekutuan 1963 menjadi senjata utama DAP. Kalau dapat disebut dalam Bahasa Arab, ‘Dusturuna Dustur Maliziya’- Perlembagaan kami adalah perlembagaan Malaysia. Semangat itu diterjemahkan dengan iltizam politik di bawah slogan ‘Malaysian Malaysia’. Pandangan pimpinan muda, misalnya Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong mencabar ‘fikrah chauvinis UMNO-BN’ apabila menyebut sehari selepas persidangan dengan frasa besar: ‘Tahun 2025, DAP akan dianggotai 50 peratus orang Melayu’. Iltizam politik barisan pimpinan mendobrak status quo itu menakutkan UMNO-BN. Namun inilah yang dikatakan ‘Malaysian Malaysia’, Malaysia tanpa perkauman, hidup sebagai warganegara.
Kebimbangan tetap ada. Kalau 2013 Pakatan Rakyat menjadi pilihan 52 peratus rakyat Malaysia, kita tidak pasti apakah pada pilihanraya akan datang jumlah itu masih berpihak kepada Pakatan Rakyat. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sendiri melahirkan ketidakpastiannya apakah masih wujud Pakatan Rakyat untuk bertarung di pilihanraya akan datang. Padahal, kewujudan Pakatan Rakyatlah yang menjadi faktor terbesar rakyat memilih pembangkang. Setelah dua penggal pilihanraya, Pakatan Rakyat diuji lagi. Kelemahan demi kelemahan dikesan. Ia cuba didiamkan. Namun,sekali lagi orang akan bertanya benarkah masih ada lagi harapan? Sebenarnya jawapannya ada. Kata kunci pertama adalah Perlembagaan Malaysia. Kedua, kembali kepada tugas asal Pakatan Rakyat: Menjadi alternatif terbaik. Perlembagaan Persekutuan dari sudut pandang parti ini ikhlas tanpa syak wasangka. DAP tidak mahu menambah-nambah atau cuba bermain dengan perlembagaan itu. Kerana itu, kemana-mana pun DAP akan mencanangnya dengan lantang. Apaapa nilai negatif seperti perkauman akan ditentang DAP. Kerana ia berlawanan dengan semangat perlembagaan yang digagaskan pendahulu negara ini. Psike ini saya kira perlu terus wujud. Pakatan Rakyat harus membuang minda ‘si kecundang’.Namun bukanlah Pakatan Rakyat boleh berfikir mereka sudah ‘menang mutlak’. Lebih teruk terbuai den-
gan imaginasi ‘kemenangan’ lantas langkah tidak bijak diambil. Baiklah kiranya DAP dengan bijaksana sentiasa mengingatkan hal ‘menang mutlak’ dan ‘si kecundang’ ini kepada rakan-rakannya. Dalam persidangan kali ini pimpinan DAP sekali lagi berikrar membanteras rasuah. Jika budaya rasuah dapat dibanteras dengan menjadikannya agenda pertama dalam apa-apa dasar.Ia akan menakutkan UMNO/ BN. Namun, jika sekadar melihatnya di ekor mata. Pakatan akan dilihat longlai tidak bermaya, walaupun bercakap dengan jubah agama dan moraliti. DAP dengan garis politik moderat adalah
masa depan negara. Hegemoni UMNO-BN dapat dibolosi dengan garis yang merentas kaum, budaya, dan agama. Kesimpulannya, persidangan kali ini menyaksikan ketekunan untuk sebuah politik masa depan. Bak kata Lim Kit Siang dalam ucapan penggulungannya. “Yang membezakan DAP dengan UMNO ialah, UMNO bercakap tentang Mei 13, ataupun kumpulan Islamic State yang kerjanya memenggal kepala. Tetapi di perhimpunan kita, kita bercakap tentang apa yang dibuat. Tentang masa depan, tentang harapan. Impian Malaysia yang tidak mahukan ekstremisme, tiada toleransi, dan tiada ketaksuban.”
Peralihan dua peratus undi tak bermakna Pakatan selesa Oleh SIDIQIN OMAR BERDASARKAN keputusan pilihanraya umum ke-13, BN dikatakan memiliki 44 kerusi ‘kelabu’ dengan majoriti kemenangan di antara 0.1 hingga 6 peratus. Pakatan Rakyat sebagai pembangkang di peringkat Persekutuan hanya perlu mendapatkan sokongan dua peratus undi untuk menjadikan BN hanya menang 103 kerusi, kurang daripada 112 majoriti mudah di Parlimen. Namun, kenyataan bahawa UMNO-BN akan kalah pada pilihanraya umum akan datang hanya dengan peralihan dua peratus undi tidak boleh dipandang mudah, bahkan Pakatan Rakyat khususnya DAP harus waspada. Ini juga petanda bahawa UMNO-BN akan melakukan segala usaha untuk mendapatkan kembali sokongan, meskipun melalui taktik kotor. Berdasarkan pelbagai tinjauan, wujud senario tanding di mana Pakatan akan mengalami kemerosotan sokongan 10 peratus undi bukan Melayu berbanding 1 peratus pertambahan undi Melayu, dengan Pakatan hanya menang di 70 kerusi Parlimen. Manakala senario kedua di mana sokongan bukan Melayu terhadap Pakatan merosot 15 peratus dan hanya akan memenangi 57 kerusi parlimen. Malah dalam jangkaan terburuk adalah apabila sokongan orang
Masalah yang timbul jangan dianggap sebagai penghalang, melainkan peluang menduga kebijakan politik dan kepimpinan, dan peluang ini hanya muncul ketika konflik.
bukan Melayu terhadap merosot dan Pakatan hanya akan memenangi 46 kerusi Parlimen. Sementara Barisan Nasional akan mendapat semula majoriti dua-pertiga yang membolehkan mereka meneruskan cengkaman tidak demokratik, Pakatan yang tewas perlu melakukan persiapan berdepan suasana terburuk, walaupun berharap kepada keputusan terbaik. Perkembangan politik dalam tempoh setahun ini memperlihatkan bagaimana ‘kerja perkauman’ diambilalih oleh ‘sub-kontraktor’, iaitu NGO ekstrem mesra-BN. Kumpulan seperti ini sebenarnya telah dibenihkan lebih awal, iaitu selepas pilihanraya umum ke-13 dengan sasaran mudah yang dirancang oleh perencana pecah-perintah ditujukan kepada DAP. Ini kerana DAP dilihat ‘mengancam’ penguasaan BN, dan sebagai parti paling berpotensi di persada politik tanahair sesuai tema persidangannya ‘Berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing’, hasrat DAP mencerminkan komitmen terhadap solidariti, perkongsian dan pengorbanan ke arah perpaduan, toleransi, keadilan sosial dan peluang saksama. Persidangan tahunan adalah penanda aras dan timbang-tara kepada gerak kerja. Merujuk kepada permasalahan dan cabaran seperti dinyatakan, masih ada yang tertinggal dan perlu digiatkan. Antaranya, termasuk usaha-usaha pengupayaan dan pendidikan yang digerakkan dari peringkat pusat hingga ke akar umbi. Justeru itu, sayap-sayap parti seperti DAPSY dan Wanita sewajarnya menjadi barisan hadapan menyiapkan anggota dengan latihan dan ilmu dalam mendepani isu. DAP juga sering menyeru rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat menumpukan usaha kepada agenda bersama, bukannya agenda persendirian. Lebih-lebih lagi ketika rakyat meletakkan harapan tinggi, ia membuka ruang kepada penggerak akar umbi DAP untuk bertindak menjadi peneraju.
Berdepan isu semasa, aktivis DAP tidak boleh terjerat dengan percaturan politik, sebaliknya menetapkan agenda dengan bukan sekadar untuk memenangi pilihanraya, malah mendobrak bingkai lama hubungan antara kaum, usaha mereformasi sistem pentadbiran, membudayakan toleransi sebagai panduan generasi akan datang. Lumrah kepada mana-mana organisasi, mahu pun perserikatan pelbagai organisasi seperti Pakatan Rakyat, DAP sebagai salah satu komponennya pasti berdepan dengan isu. Masalah yang timbul jangan dianggap sebagai penghalang, melainkan peluang menduga kebijakan politik dan kepimpinan, dan peluang ini hanya muncul ketika konflik. Halatuju DAP adalah berdasarkan kepada dasar parti dan program. Dengan pelbagai produk bermutu, antaranya ‘Sekolah Demokrasi’, ‘Impian Malaysia’ selain dasar ‘Cekap, Akauntabiliti dan Teus’ yang ditandakan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang, cerminan manifesto DAP telah dilakarkan melalui pakej yang lengkap. Bezanya, bagaimana aktivis akar umbi DAP memasarkan produknya untuk memenangi citarasa politik. Diatas kertas semuanya nampak molek. Semangat, pandangan positif aktivis parti Pakatan Rakyat adalah bonus. Yang perlu dilakukan sekarang ini adalah tindakan.
8
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
JANUARI 2015
1 2 1. Ketua Biro Guaman DAP, Gobind Singh di Persidangan Kebangsaan DAP. Beliau baru-baru ini menang mewakili Lim Kit Siang dalam kes saman Utusan Malaysia. 2. Alumni Sekolah Demokrasi juga mewarnai Persidangan DAP kali ini. Tetamu-tetamu khas ini kelihatan tekun mendengar ucapan perbahasan yang hangat dari perwakilan.
3
3. Di ruang legar dewan, para perwakilan mengambil kesempatan untuk melawat pameran. Antara yang menarik ialah pameran arkib akhbar DAP yang sudah mencecah setengah abad.
4
5
4. “Tanah Sabah untuk orang Asal, bukannya syarikat-syarikat besar� Begitulah suara keramat yang dilontarkan perwakilan Sabah Libra anak Kidong mengingatkan perwakilan tentang Batu Sumpah Keningau yang tertera di bajunya.
5. Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin bin Ali juga antara tetamu kehormat yang mencuri perhatian media ketika Persidangan DAP kali ini. Kelihatan Presiden PKR, Dr Wan Azizah mengukir senyum lebar menyaksikan dua pemimpin Pakatan Rakyat bersalaman. 6. Siapa kata DAP parti cauvinis Cina? Perwakilan pelbagai kaum mewarnai persidangan sekaligus mengambil tempat sebagai pengundi terhadap usul-usul yang dibentangkan.
6
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
9 JANUARI 2015
10
7. Memperingati Harimau Jelutong Sdr Karpal Singh. Ngaumannya akan terus diingati. DAP menyaksikan pemergian tokoh-tokohnya pada 2014. Mantan Ahli Parlimen Teluk Intan Sdr Seah Leong Peng dan Pengerusi DAP Sarawak Sdr Wong Ho Leng. “Selamat tinggal komrad!” 10. Seluruh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat bergandingan tangan di atas pentas melambangkan solidariti mereka. Dewan The Plaza One City Mall mencatat sebuah sejarah besar kepada DAP dengan pindaan perlembagaan yang meraikan golongan wanita dalam parti.
“Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing” Persidangan tahunan adalah acara penting mempertemukan seluruh pimpinan parti dan ahli akar umbi DAP dari seluruh negara. Selain dapat mempertautkan kembali hubungan sesama mereka, ia juga pertemuan untuk menilai kembali perjuangan parti selama setahun. Pelbagai gelagat dirakamkan, dari perbualan santai hingga ke perbahasan serius.
Perwakilan membawa hujah dan memperingatkan semula peri pentingnya idea demokrasi yang dikembangkan melalui platform parti Dengan kekuatan yang diperbaharui, persidangan kali ini petanda positif bahawa DAP adalah parti yang mempunyai dinamika sendiri, inklusif dan sentiasa menyantuni segenap lapisan masyarakat Malaysia.
9
7 8. Penasihat Seumur Hidup DAP Dr Chen Man Hin meniupkan semangat para perwakilan kerana masih segar menghadiri persidangan walaupun umurnya sudah mencecah 90 tahun!
8
9. Majoriti perwakilan pada persidangan kali ini mengangkat kad undi untuk usul pindaan perlembagaan yang menginginkan kuota 30 peratus wanita dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat. Pada akhir persidangan, Speaker Persidangan Hannah Yeoh mengumumkan usul pindaan diterima.
10
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
JANUARI 2015
Wanita kunci kemenangan PRU ke-I4 KESUNGGUHAN DAP mengupayakan peranan wanita dalam proses membuat keputusan diperlihatkan melalui pindaan perlembagaan yang memperuntukkan 30 peratus kuota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) diberikan kepada golongan tersebut. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, golongan wanita adalah aset penting parti demi kejayaan lebih besar dalam pilihanraya umum ke-14. Ujarnya, golongan wanita adalah
rakan kongsi dalam perjuangan dan DAP turut komited memperjuangkan kesetaraan gender selain menyediakan platform kepada anak muda. “Lebih banyak peluang kepada ahli untuk memegang jawatan dalam parti. DAP adalah parti untuk anak muda dan wanita,” ujar Lim. Tegasnya, pindaan besar ini dilihat sebagai petanda bahawa DAP bukan sekadar cakap kosong, tetapi sanggup mengotakan apa yang dikatakan.
DAP usul 30 peratus kepimpinan wanita NAIB Pengerusi DAP M Kula Segaran berkata, usul 30 peratus kuota Jawatankuasa Eksekutif Parti (CEC) kepada wanita harus dilaksanakan hingga ke peringkat akar umbi. Menyokong penuh usul tersebut Kula menambah, usaha tersebut wajar diperluaskan melangkau jawatankuasa
CEC. Ini termasuk saranan 30 peratus wanita DAP diberikan peluang bertanding dalam pilihanraya. Dasar itu katanya bakal menjadi lompatan besar kepada DAP kerana golongan wanita diberi peluang besar untuk aktif dalam proses demokrasi pilihan-
raya. Laporan The Global Gender Gap Report 2014 mendedahkan Malaysia, dengan hanya 22 Ahli Parlimen menduduki tangga ke-120 dari 150 buah negara, Kedudukan ini meletakkan negara lebih buruk dari Rwanda dan Bangladesh.
1) Partisipasi ekonomi 2) Peluang ekonomi 3) Pemberdayaan politik 4) Pencapaian pendidikan 5) Kesihatan dan kesejahteraan
Penyertaan wanita beri manfaat kepada pertumbuhan ekonomi
l DAP mempunyai pemimpin muda teramai di peringkat pusat dan anggota dewan perundangan l 21 daripada 104 wakil rakyat DAP lahir selepas 1980 l Satu-satunya parti di Malaysia dengan 30% jawatankuasa tertinggi diisi golongan wanita.
MEMBUKA ruang kerjaya kepada wanita tidak bererti menjejaskan peluang atau status kaum lelaki, tetapi memberi manfaat kepada negara terutama dalam pertumbuhan ekonomi, kata Pengarah Pendidikan Politik Wanita DAP Syerleena Abdul Rashid. “Hak kesaksamaan gender bukan bermakna wanita mengambil tugas lelaki, tapi bermaksud kedua-duanya berganding bahu untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara. “Penyertaan wanita akan memberi diversiti dalam perspektif dan dinamisma yang diperlukan demi memantapkan persaingan ekonomi di peringkat global,” katanya. Sehubungan itu, Syerleena yang juga Setiausaha Pemuda DAP (DAP) Bukit Bendera menggesa kerajaan mengambil langkah pro-aktif dengan untuk menjamin kedudukan wanita dalam negara. “Kaum wanita merupakan separuh daripada jumlah penduduk
negara ini, jadi mereka harus diberikan kedudukan dan pengiktirafan sewajarnya. “Jumlah wanita di peringkat pengajian tinggi ijazah juga jauh melebihi lelaki, malangnya peluang kerjaya masih terbatas dan pada bidang-bidang tertentu hampir dinafikan,” ujarnya.
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
11 JANUARI 2015
Pindaan kuota 30% wanita CEC lulus sebulat suara PINDAAN perlembagaan parti bagi menetapkan kuota 30 peratus wanita dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) diluluskan sebulat suara. Pengerusi Persidangan Kebangsaan DAP 2014, Hannah Yeoh mengumumkan kelulusan pindaan perlembagaan itu selepas pengundian. Usul yang dibentangkan pada persidangan kali ini menyaksikan penglibatan perbahasan dari majoriti perwakilan seluruh negara.m Antara pembahas, Ahli Parlimen Kulai
Teo Nie Ching yang menyatakan bahawa golongan wanita adalah kumpulan pengundi paling ramai di Malaysia. Beliau turut memberikan contoh melalui nisbah mahasiswa di universiti Malaysia, iaitu enam wanita dari sepuluh mahasiswa Ujarnya, penglibatan wanita akan membawa parti DAP ke depan, menjadi satu-satunya parti yang progresfi mengangkat kaum Hawa dalam proses membuat keputusan.
DAP junjung tinggi kesaksamaan gender AHLI Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, DAP menjunjung tinggi kesaksamaan gender terutamanya hak wanita dan ia diperkukuhkan menerusi ketetapan baru kuota 30 peratus dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). “Kita lihat Ketua Wanita UMNO Datuk Shahrizat Jalil, beliau bukan sahaja gagal melaksana dasar berkaitan kesaksamaan gender, malah gagal menyakinkan kepimpinan UMNO tentang kepentingannya. “Berbeza dengan DAP, apabila saya cadang kuota wanita dan kesaksamaan gender dalam CEC, bukan sahaja Anthony Loke, Guan Eng dan Ramasamy tapi semua kepimpinan bersetuju. “Jika kamu mahu bercakap soal kesak-
samaan gender, inilah dia satu-satunya parti yang menjunjung tinggi hak asasi manusia tersebut, tidak ada lainnya,” katanya. Laporan Jurang Gender Sedunia 2014 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) menunjukkan Malaysia turun dari tangga 102 pada tahun 2013 kepada 107 tahun ini. Meskipun skor keseluruhan tidak berubah, Malaysia mengalami kemerosotan berikutan skor pengupayaan politik menurun dari 0.053 kepada 0.052. Berbeza dengan Indonesia di bawah kepimpinan Joko Widodo menyenaraikan lapan menteri penuh wanita dari 34 kementerian, meningkat 100 peratus berbanding era Susilo Bambang Yudhoyono.
Negara Mata 1. Iceland 0.8594 2. Finland 0.8453 3. Norway 0.8374 4. Sweden 0.8165 105. Maldives 0.6557 106. Mauritius 0.6541 107. Malaysia 0.6520
Negara
Kerusi
Wanita
Peratus
1
Rwanda
80
51
63.8
2
Bolivia
130
69
53.1
3
Andorra
28
14
50.0
4
Cuba
612
229
48.9
118
Armenia
131
14
10.7
119
Congo
498
53
10.6
120
Malaysia
222
23
10.4
*Malaysia di kedudukan antara terburuk, di tangga ke-120 dari 150 negara, lebih rendah berbanding Zambia dan republik Congo.
12
BUDAYA
EDISI BAHASA MALAYSIA
JANUARI 2015
PUISI Oleh ZAHID M NASER
TANYA SAMA NUH Cuba kau tanyakan sama Nuh warna apakah laut yang; membaham dan membunuh umatnya. sebenarnya laut itu suci dan murni; kemudian ia diwarnakan dengan warna-warna gelap. kalau Nuh ada. pastilah dia menjadi lebih gila. kerana warna-warna telah cerah tetapi hati-hati manusia beransur-ansur menjadi hitam pekat, likat dan bersyaitan.
Kambing hitam OLEH ITALO CALVINO
D
ahulu, ada sebuah negara yang semua penduduknya berkerja sebagai perompak. Setiap malam semua penduduk akan keluar dari rumah sambil membawa sebentuk kunci tengkorak, tanglung gelap dan merompak rumah jiran mereka. Mereka semua akan pulang ke rumah masing-masing ketika subuh, dengan barang curi yang banyak dan kemudiannya menyaksikan barang-barang mereka habis dirompak orang lain. Pekerjaan ini telah menjadikan seluruh penduduk hidup dalam suasana penuh harmoni, tidak ada orang yang miskin melarat kerana setiap orang yang dirompak akan merompak orang lain, yang merompak akan dirompak dan begitulah seterusnya sehingga seluruh penduduk melakukan perkara sama. Di negara ini, perniagaan dan penipuan sudah menjadi perkara biasa, baik penjual atau pembeli, keduanya sama saja. Kerajaan negara ini juga dibentuk oleh organisasi penjenayah yang suka mencuri dari rakyatnya dan rakyat pula hanya tertarik untuk menipu kerajaan. Maka hidup mereka saban hari berjalan tanpa masalah, tidak ada orang kaya dan tidak ada orang miskin. Namun pada suatu hari, entah macam mana, muncul seorang lelaki jujur di negara itu. Pada waktu malam, di saat orang lain sibuk merompak jiran-jiran, lelaki itu tetap berada di rumahnya sambil membaca novel dan menghisap rokok. Sekumpulan perompak yang tiba di rumahnya terkejut melihat keadaan rumah yang terang benderang dan akhirnya memutuskan untuk tidak masuk ke dalam. Keadaan ini berterusan, sehingga para perompak terpaksa memberi nasihat kepada lelaki itu walaupun dia mahu hidup tanpa melakukan apa-apa, tapi tidak ada sebab untuk dirinya menghalang orang lain daripada melakukan sesuatu, sekaligus hilang mata pencarian. Setiap malam dia habiskan waktu di rumah dan tidak keluar merompak, maka akan ada keluarga yang terpaksa kelaparan hari berikutnya. Lelaki jujur tersebut tidak mampu mempertahankan dirinya. Dia akhirnya bersetuju untuk keluar dari rumahnya setiap malam dan kembali semula di waktu subuh seperti semua orang, tapi dia tetap tidak mahu merompak. Dia adalah seorang yang jujur dan perkara itu tidak boleh diubah. Setiap malam, dia berjalan ke arah jambatan dan memandang aliran air di bawahnya. Setelah itu, dia akan pulang dan menemui bahawa rumah sudah dirompak. Dalam masa kurang seminggu, lelaki jujur itu akhirnnya jatuh miskin, dia tidak punya duit untuk makan dan rumahnya telah kosong dirompak. Ini semua adalah salah dirinya sendiri. Akibat perilakunya, seluruh sistem turut terganggu. Si lelaki jujur telah membiarkan dirinya dirompak habis-habisan tanpa merompak orang apa-apa pun dari orang lain, jadi situasi ini menjadikan ada keluarga yang pulang ke
rumah di subuh hari mendapati rumah mereka langsung tidak disentuh -yang seharusnya dirompak oleh lelaki jujur malam sebelumnya. Keluarga yang tidak dirompak akhirnya menjadi lebih kaya dari yang lain dan berhenti merompak. Lebih merungsingkan, mereka yang pergi untuk merompak rumah lelaki jujur mendapati rumahnya sering saja kosong dan tidak ada apa yang boleh dirompak. Sebab itu, mereka ikut jatuh miskin. Sementara itu, mereka yang sudah kaya mengikuti kebiasaan lelaki jujur untuk berdiri di atas jambatan sambil memandang aliran air sampai subuh tiba. Perkara ini secara serta merta membuatkan suasana semakin kacau kerana orang kaya semakin banyak dan orang miskin pun turut bertambah. Sekarang, warga yang sudah kaya mula sedar bahawa jika mereka berterusan menghabiskan waktu di atas jambatan saja setiap malam, lama-kelamaan mereka juga akan jatuh miskin. Lantas mereka berfikir ‘macam mana kalau kita bayar orang-orang miskin supaya mencuri untuk kita setiap malam?’. Maka dibuatlah kontrak kerja, lengkap dengan persetujuan gaji dan bonus (tetap dilakukan dengan penipuan, mereka masih cuba menipu antara satu sama lain). Hingga akhirnya, yang kaya semakin kaya, yang miskin makin papa kedana. Sesetengah dari orang-orang kaya ni hidup dengan harta yang melimpah ruah hingga tidak perlu lagi merompak atau membayar orang merompak untuk mereka. Tapi jika mereka berhenti merompak, mereka akan jatuh miskin kerana si miskin perlu merompak mereka. Ini tidak dapat dielakkan. Jadi, warga yang sudah kaya raya ini mengupah orang yang paling miskin untuk melindungi harta mereka dari warga miskin lain. Maka dibentuklah pasukan polis dan penjara dibangunkan. Begitulah - beberapa tahun setelah munculnya lelaki jujur, tidak ada lagi penduduk yang bercakap tentang merompak dan dirompak, semuannya hanya tentang kekayaan dan kemiskinan tapi mereka semua tetap adalah seorang perompak. Hanya ada seorang lelaki jujur, iaitu diawal cerita ini dan diwaktu yang singkat dia mati kelaparan. Cerpen satira The Black Sheep merupakan salah satu karya dari buku ‘Numbers in the Dark and Other Stories’ oleh Italo Calvino. Italo Calvino adalah seorang wartawan dan penulis dari Itali. Anak kepada seorang bapa yang berideologi SosialisReformis ini pernah menerima beberapa anugerah antaranya The Austrian State Prize for European Literature dan National Order of the Legion of Honour. Diterjemah ke Bahasa Melayu oleh ALIFF FIKRI.
kalau atau biar Nuh menjadi gila. aku akan mengikutnya. Membuntutinya.
BAHASA WANITA Bila seorang wanita gipsi bicara Ada sebuah bahasa, - yang mengandungi apa-apa,dari pengalamannya yang penuh dengan kembara. Kisah Brokomir, dan pedagang-pedagang mabuk berkeliaran di dalam malam yang jaga. Benar atau tidak, bukanlah peri pentingnya tetapi kemustahilan dari cerita dan bahasanya. Itulah wanita gipsi. Bahasaku pula- adalah wanita. Wanita yang bernama : mungkin ia Elissa.
PERKELAHIAN Perkelahian kita adalah kitaran perjalanan wujud antaranya sejarah yang sengaja dituhankan manakan kita sanggup bersenggang urat-uratan memuntahkan segala amarah; yang dahsyat sekali apakah kita akan berterusan menuhankan sejarah yang kita belum pasti; kau dan aku. menjadi hamba sejarah sedang kita senegara, dan kita adalah sahabat nyanyian kita adalah keindahan dan kejelitaan menyanyi bersama kejora, malam dan kitab serta memori yang masih terbuai dalam dodoian jiwa-jiwa kita tetapi kau tak mahu menyanyi bersamaku menyanyi untuk tanah air, meneruskan arus sungainya dengan magis suaramu, kau biarkan aku seorang dan kau tetap mendakap kejap kelahi kita, meresap ke dalam malap sang suria. kau biarkan aku sesat seorang. bersendirian dalam jalan yang payah menuju ke kaki syurga, ke kaki tuhan.
Kehabisan Stok?
Buku juga boleh didapati di:
l Pesan kedai buku untuk mengisi stok l Hubungi kami: 03-9281 8105 gentamedia.com
gentamedia
07
01
02
12
03
13
15
14
Harga
Barangan
No.
04
(RM)
01
Tsunami Cina: retorik atau realiti? / Lim Hong Siang
15.00
02
Kluang mencatat sejarah, mencetus impian (DVD) / Genta Media
15.00
03
Kalender kreatif: komuniti Kluang impian
04
Jangan kelentong lagi kita semua orang Malaysia / Kee Thuan Chye
39.90
05
Kenangan perjuangan PRU 13 Kluang
15.00
06
Putrajaya milik siapa / Liew Chin Tong
10.00
07
Karpal Singh: pantang undur / Melissa Loovi
20.00
08
Hak untuk berbeza pendapat / Ooi Kee Beng
20.00
09
Malaysia milik kita bersama / Wan Hamidi Hamid
15.00
KTT
05
16
17
Jumlah
No.
(RM)
25.00
10
Dari penjara ke tampuk kuasa: Lim Guan Eng / Wan Hamidi Hamid
20.00
11
Yes, Jom Ubah / Wong Ho Leng
8.00
12
Bajet: Bagaimana kerajaan membelanjakan wang kita / Teh Chi Chang
20.00
Nama: ____________________________________________________ No. Telefon: _________________________ Alamat Emel: ____________________________________________________________________________ Alamat: _________________________________________________________________________________ Perhatian: Semua cek hendaklah dipalang dan dibayar atas nama : Genta Media Sdn Bhd Anda juga boleh membayar terus ke dalam akaun kami di Public Bank 3159 1216 32 Sila fakskan bank-in-slip kepada kami. Semak untuk langgani. Sertai senarai mel kami jika Untuk sebarang pertanyaan, Sila hubungi 03-9281 8105 Sila kirim tempahan anda ke: Tingkat 2, Blok A, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew, Off Jalan Pudu, 55100, KL. Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104
06
anda ingin menerima maklumat terkini mengenai buku-buku baru kami, dan tawaran istimewa.
08
13
1 Black Malaysia / DAP
15.00
14
Membongkar Rahsia DAP / Roketkini.com
9.90
15
Berdialog dengan gereja: sebuah travelog kedamaian / Mujahid Yusof Rawa
25.00
16
Mengatasi Korupsi Asas-asas / Bertrand De Speville
30.00
17
Keadilan untuk Beng Hock / DAP
15.00
18
Raja-Raja Melayu: Kemajuan atau Kemunduran? / Syed Husin Ali
RM18
19
Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi / Azhar Ibrahim
RM33
20
Gerakan Pendidikan Cina Di Malaysia: Satu Kajian Tentang Perjuangan Dong Jiao Zong (1970-2002) / Cheong Yuen Keong
RM38
21
Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analis / Rustam A Sani
RM18
22
Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh Dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan / Mohamed Salleh Lamry
RM25
KTT
Jumlah (RM)
**BAYARAN POS (RM5 / RM10) Peninsular Malaysia RM8 Sarawak & Sabah RM15
Jumlah
Butir Bayaran
Emel: info@gentamedia.com
BORANG LANGGANAN THE ROCKET (EDISI BM)
Kiriman Wang Pos
No Slip Bank Masuk
Cawangan Bank: Jumlah Bayaran: RM
Sila bayar atas nama ‘Genta Media Sdn Bhd’ Bank: Public Bank Berhad No. Bank Akaun: 3159 1216 32
24 isu (RM 24)
* termasuk bayaran pos
Jenis Langganan Baru
(RM)
22
21
20
Harga
Barangan
11
10
19
18
Cek
12 isu (RM12)
09
Kad Kredit
Membaharui No Ahli : ____________
Nama atas Kad Kredit: Visa
Butir Peribadi
Master
Bank Pengeluaran Kad :
Negara Pengeluaran Kad:
Nama (seperti dalam IC) : Jantina : No IC : Alamat :
Jumlah Bayaran: RM
No. Kad Kredit:
Pekerjaan : Tandatangan Pemegang Kad: _______________________ Saya ingin membuat langganan secara automatik. (Hanya untuk pengguna kad kredit)
Tel (H/O) Emel
: :
(HP):
Sila hantarkan borang langganan kepada alamat berikut:
Genta Media Sdn Bhd Blok A, Tingkat 2, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew Off Jalan Pudu, 55100, Kuala Lumpur. Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104 Emel: info@gentamedia.com
Saya sudah baca, faham dan setuju dengan semua Syarat.
Syarat-syarat: * Jangan menghantar tempahan dengan WANG TUNAI. Borang langganan akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja * Dengan ini, saya membenarkan bank yang dilantik oleh Genta Media untuk mendebitkan akaun kad kredit saya untuk langganan ini.
14
RENCANA
EDISI BAHASA MALAYSIA
JANUARI 2015
Amut, Pakan: Kesaktian rakyat yang tak terungkap Oleh IZMIL AMRI
S
arawak begitu berbeza. Iklimnya, suasananya, wajah-wajahnya, malah segala hal mencecah deria bau, rasa dan penglihatan. Pertama kali menjejak kaki di Bumi Kenyalang terasa bagai melangkah keluar dari ibu pertiwi, padahal hanya menyeberang Laut Cina Selatan ke sebuah negeri lagi. Keterasingan dan ketidakserasian membuatkan rasa jauhnya Kuala Lumpur. Begitu juga jauhnya teknologi, dan lebih memeranjatkan lagi ialah kemudahan asas, bekalan air, elektrik dan laluan jalanraya. Ramai sukarelawan ikut serta dalam ekspedisi Impian Sarawak di Amut, Pakan dalam daerah Sibu Sarawak. Sama seperti saya; langsung tidak tahu dan tidak peduli apa yang bakal dihadapi. Berbekalkan motivasi, beserta yuran dan tiket penerbangan dari poket sendiri, digagahkan diri ke daerah yang tidak diketahui rupabentuknya. Semua ini dengan nawaitu untuk membantu usaha pembaikan kualiti kehidupan saudara senegara yang telah dicampak ke tepi oleh aparat pemerintah meski sudah lebih setengah abad ‘Merdeka dalam Malaysia’. Muncul sahaja di balai ketibaan lapangan terbang antarabangsa Sibu, segala-galanya terasa bergerak begitu perlahan. Ini berlanjutan sehingga ke rumah panjang di pedalaman Amut, Pakan; hampir tiga jam dari lapangan terbang, merentas jalan berturap dan laluan lori balak. Warga pedalaman muncul ke pekan Sibujaya membawa hasil hutan; termasuk petai berikatikat, pucuk paku dan satu besen plastik berisi daging ular sawa yang belum disiat kulitnya yang kelihatan seperti cantingan batik bermutu tinggi. Satu kilo RM10. Di binaan bersebelahan, sebuah medan selera untuk makanan halal, sementara di sebelah pula pasar basah. Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya perasaan mereka setiap kali keluar dari pedalaman menuju pekan. Namun terlalu banyak kelainan yang saya temukan saat menjejak kaki ke rumah Awin; rumah panjang 14 pintu yang bakal menjadi tempat tinggal sukarelawan sehingga selesai projek paip air graviti kali ini. Kami tiba lewat petang, namun hawa masih terasa panas di ruai rumah beratap zink tanpa kipas angin. Pintu utama tempat kami berkumpul dan merencana gerak kerja mempunyai sebuah set televisyen. Tapi antenanya tidak kelihatan. Malah tidak pun ada sebarang peranti untuk menerima siaran televisyen. Tidak ada bekalan elektrik, meski kelihatan banyak tiang elektrik sepanjang jalan masuk. Tiada elektrik Bekalan elektrik yang ada cuma bersumberkan sebuah penjanakuasa yang dihidupkan sekitar jam 6.30 petang; ketika cahaya matahari hapus di balik bukit yang sarat dengan tanaman lada yang diusahakan penduduk kampung. Ketika itu menyala satu atau dua lampu kalimantang yang menyuluh bahagian tengah rumah panjang. Hujung kanan kiri ada pelita dua tiga biji. Berbekal minyak tanah cukup membakar sehingga esok pagi. Kami sekadar duduk di ruai tanpa berbuat apa-apa. Jurang komunikasi agak luas. Warga tuanya ramai yang lebih fasih berbahasa Iban, hanya satu dua yang boleh berbahasa Malaysia. Tidak susah sebenarnya mahu memahami bahasa Iban. Makan disebutnya makai, jalan disebutnya jalai, pulang disebutnya pulai; dan begitulah seterusnya. Saya tidak pernah mendapat peluang mema-
hami budaya begini asing, walau jaraknya tidak sampai dua jam perjalanan udara. Pulau Pinang tidak lagi terasa begitu plural dan majmuk jika dibanding dengan Sarawak. Untuk itu saya rasa begitu kerdil, meski mematahkan sebatang titi menuju empangan mini di dalam hutan. Tapi itu cerita lain. Tuai rumah Awin (yang namanya juga pastilah Awin) dahulunya pernah bekerja di pelantar minyak dengan bayaran lumayan sejak 1989 sehinggalah 2007 apabila beliau berkeputusan kembali ke kampung halaman dan menyara hidup dengan berladang.
Demikian saktinya semangat bekerjasama dan gotong royong sesama jiran yang berjaya melakukan sesuatu yang gagal diusahakan sebuah kerajaan dengan segala kekayaan sumber yang ada.
’International man’ Beliau kerap mengulang kalimat ‘transparency’ dalam perbualannya. Beliau separa fasih berbahasa Inggeris sesudah demikian lama bekerja di pelantar minyak. Setiap kali disebutnya ‘transparency’ akan disusuli pula ketegasannya supaya jangan dibikin keliru rakyatnya yang hampir seratus orang. Beliau memanggil dirinya ‘international man’, setelah begitu banyak merantau melihat dunia. “Saya sudah lihat dunia, semua tempat sudah saya pergi. Mana boleh buat saya keliru,” ujarnya ketika berbual bersama Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang turut hadir menghusahakan sistem air graviti tersebut. 14 pintu di rumah itu semua ipar duainya belaka. Musim cuti sekolah ketika hampir Krismas adalah musim paling meriah apabila anak-anak mereka pulang dari asrama. Namun setakat hari tersebut, hanya seorang di kalangan anak-anak yang ada telah selesai menduduki SPM. “Kamu seorang sahaja yang pakai cermin mata,” ujar saya disambut senyum manis anak gadis itu yang kerap membantu menterjemah bicara ibunya. Selain musim perayaan dan Hari Kudus (hari Ahad), anakanak akan berada di asrama sekolah, manakala yang masih kuat bekerja tinggal di rumah kebun yang lebih hampir ke ladang masing-masing, jauh dari rumah panjang. Ramai daripadanya mengusahakan tanaman lada, kelapa sawit dan pelbagai sayur-sayuran. Pakan, seperti bunyi namanya adalah sebuah pekan kecil dengan dua baris rumah kedai. Dari situ merangkai laluan-laluan yang hanya mampu digagahi kenderaan pacuan empat roda; walaupun ada juga kelihatan kereta-kereta kecil yang telah berparut teruk dilenjan permukaan jalan lori balak yang berbukit dan berlopak. Perjalanan dari rumah panjang yang satu lagi; Rumah Abi, menuju tapak empangan mini memakan masa hampir satu jam, meredah denai hutan sejauh 4.4 kilometer, menyeberangi enam batang sungai; yang tiga darinya mempunyai titi. Bila saya sebut titi, saya maksudkan papan yang disambung-sambung, atau dua batang balak
kecil merentas jurang sedalam tiga ke enam kaki. Setelah berat anak bandar yang satu ini mematahkan titi ketiga, saya tidak lagi memberanikan diri melakukan percubaan kedua menuju kawasan empangan. Pada hari kerja, saya sekadar menggagahkan diri membuka beberapa gulung paip dua inci sepanjang seratus meter, sebelum ditarik menuju hulu sungai dan ditakung di enam buah tangki yang akan mengagih air tersebut ke 35 buah pintu di dua rumah panjang. Projek yang memberi manfaat kepada sekian banyak rakyat di pedalaman Sibu ini memakan masa tidak sampai satu minggu. Projek anjuran BN yang sudah menaikkan papan tanda sebulan
sebelum kami sampai baru sahaja mengatur paip di sepanjang jalan utama menuju Pakan. Demikian saktinya semangat bekerjasama dan gotong royong sesama jiran yang berjaya melakukan sesuatu yang gagal diusahakan sebuah kerajaan dengan segala kekayaan sumber yang ada. Bagi sang pemerintah, orang kampung di Amut pastinya akan bertanya, ‘bagaimana mungkin kesaktian rakyat ini mahu ditewaskan?’
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
15 JANUARI 2015
Lebih 5,000 muka surat Laporan RCI Projek IC Sabah ‘hilang’ LEBIH 5,000 muka surat hilang daripada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, RCI Sabah yang dikeluarkan pada 3 Disember lalu itu sepatutnya menjadi laporan paling tebal dan paling banyak jilid berbanding laporan RCI lain, malangnya hanya mempunyai 368 muka surat. “Dimana semua memorandum, nota-nota keterangan, akuanakuan bersumpah dan eksibit dikemukakan kepada RCI?
“Saya difahamkan ia melebihi 5,000 mukasurat bahagian penting laporan,” kata Kit Siang. Beliau membandingkan Laporan RCI video skandal peguam Lingam yang mempunyai empat jilid dengan yang pertama berjumlah 191 mukasurat, nota keterangan berjumlah 1,187 muka surat (Jilid 2), 513 mukasurat Akuan Bersumpah (Jilid 3) dan 474 mukasurat eksibit (Jilid 4) dengan jumlah keseluruhan 2,365 mukasurat. Manakala RCI Sabah menerima 361 memorandum dan 177 eksibit, dengan 211 saksi pendengaran
awam yang bermula 14 Januari sehingga September 2013 . Guna terjemahan Google Dalam pada itu katanya, kerajaan gagal mendaulatkan Bahasa Kebangsaan apabila terjemahan laporan RCI bertaraf ‘Diraja’ dibuat sambil lewa menggunakan Google Translate. “Jika dicermati kita akan mendapati terjemahan dibuat secara langsung (direct translation) daripada teks asal dan kedengaran seperti ditulis murid sekolah rendah.
Bukti sindiket haram beri kad pengenalan
Ketua Pembangkang DUN Sabah Datuk Lajim Ukin menunjukkan Laporan Siasatan Diraja tentang Pendatang Tanpa Izin di Sabah dalam sidang media bersama wakil Pakatan Rakyat.
KETUA Pembangkang DUN Sabah Datuk Lajim Ukin berkata, sindiket didalangi individu tertentu mendaftarkan warga asing sebagai pengundi dengan menggunakan kad pengenalan haram. Malangnya kata Lajim, Laporan RCI tidak mencatatkan jumlah sebenar kad pengenalan yang dikeluarkan. “Kami tahu nama-nama mereka ada dalam daftar pemilih,” kata Lajim yang juga ADUN PKR Klias. Ujar Lajim lagi , Akta Pilihanraya membenarkan parti politik mencabar daftar pemilih yang telah digazetkan. “Perlembagaan jelas memberi-
tahu hanya warganegara yang layak didaftarkan sebagai pengundi,” ujar Lajim. Justeru itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menghentikan persempadanan semula kawasan pilihanraya sehingga senarai daftar pemilih dibersihkan sepenuhnya. Dibawah proses persempadanan semula, difahamkan wujudnya tujuh kawasan baru untuk pilihanraya negeri akan datang. Antara kawasan itu adalah Darau dan Mengkabong di Tuaran, Limbahau (Papar), Pandasan (Kota Belud), Sepagaya (Lahad Datu) dan Bukit Garam (Kinabatangan).
Tegasnya kesimpulan dan jawapan sama ada wujud atau tidak Projek IC, tertera di halaman 300 laporan tersebut.
“Secara ringkas, terdapat kebarangkalian wujudnya projek itu setiap masa,” kenyataan Laporan RCI Sabah pada halaman 300 dipetik.
Zahid nafi, RCI Sabah kemuka bukti MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi harus berhenti dari terus ‘mengaburkan’ Laporan RCI Sabah yang sudah sedia kabur.
Kata Kit Siang, penafian Zahid tidak membawa sebarang makna kerana Laporan RCI Sabah itu sendiri menyebut kewujudan Projek IC.
“Penafian sama sekali menolak laporan itu yang menyatakan bahawa kemungkinan wujudnya Projek IC,” ujar Kit Siang
Pakatan Rakyat Sabah lapor polis penglibatan kerajaan PAKATAN Rakyat Sabah membuat laporan polis berhubung penglibatan kerajaan dalam Projek IC kepada Pendatang Tanpa Izin (PATI) di negeri ini. Laporan polis dibuat pada 11 Disember lalu oleh Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong, Ketua Pembangkang DUN negeri Datuk Seri Lajim Ukin dan Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Aminuddin Aling di Ibu Pejabat Polis Karamungsing, Kota Kinabalu Mereka mendesak siasatan terhadap pendedahan lima bekas kakitangan kerajaan yang mengakui bahawa kerajaan telah memberikan IC kepada PATI di Sabah.
Jimmy yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu berkata rakyat Sabah tidak pernah percaya dengan penemuan kononnya kerajaan tidak terlibat dalam Projek IC. “Kesaksian bekas pegawai-pegawai JPN adalah mencukupi untuk mengaitkan pihak kerajaan. “Kita masih ingat tiga bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memberi keterangan kepada panel RCI dan kemudian ditahan di bawah ISA kerana memberi kad pengenalan kepada warga asing. “UMNO terlibat. Ramai (dari kalangan warga asing yang mendapat kad pengenalan) turut didaftarkan sebagai pengundi,” katanya.
Pemimpin Pakatan Rakyat Sabah membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing baru-baru ini.
16
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
JANUARI 2015
Kerana takut hilang kuasa, UMNO ‘mengemis’ pada Perkasa, ISMA DAP menyelar tuduhan jahat dan tidak masuk akal bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa masyarakat Melayu sudah hilang dominasi dan menjadi pengemis kepada kaum Cina. Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, Dr Mahathir menipu orang Melayu serta merendahkan martabat sendiri sehingga menggambarkan senario yang bukan sahaja mustahil, malah tipu muslihat politik purba. Hujah Dr Mahathir hanya muslihat politik kerana kuasa Melayu dalam setiap aspek masyarakat Malaysia di kemuncaknya pada masa ini, termasuk menguasai setiap jawatan penting kerajaan, daripada Perdana Menteri kepada 12 daripada 13 menteri besar negeri. Orang Melayu juga menguasai institusi negara seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera. Malah orang Melayu membentuk majoriti penduduk Malaysia, selain mencatat kadar kesuburan satu setengah kali lebih daripada orang Cina, yang bermakna kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi populasi. “Dari segi ekonomi, meskipun pemilikan ekuiti Melayu pada tahun awal Dasar Ekonomi Baru mungkin dalam digit tunggal, pemilikan ini berkembang pesat sejak beberapa dekad lalu,” kata Zairil. Dr Mahathir dilaporkan media berkata bahawa parti dominasi Melayu seperti
Berikutan prestasi sangat mengecewakan, UMNO sebenarnya yang melutut dan menjadi ‘pak turut’ kepada sayap kanan perkauman seperti Perkasa dan ISMA” - ZAIRIL KHIR JOHARI Ahli Parlimen Bukit Bendera
UMNO, PKR dan PAS terpaksa mengemis sokongan DAP untuk memenangi PRU. Sementara itu, Bank Pembangunan Asia melaporkan ekuiti dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada permodalan pasaran Bursa Malaysia dan penanda aras pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) masing-masing berada pada kadar 36 peratus dan 54 peratus. “Sebahagian besar ekonomi negara dikuasai GLC yang umumnya dikuasai orang Melayu,” tambahnya. Justeru itu, Dr Mahathir dilihat cuba
menjadi wira menyelamatkan UMNO kerana beliau sedar parti itu berisiko kehilangan kuasa kerana ditolak rakyat, termasuk orang Melayu sendiri. Zairil turut mempersoalkan hujah kononnya orang Melayu akan hilang kuasa, sedangkan kedudukan istimewa orang Melayu termaktub dalam Perlembagaan. “Sebarang pindaan Perlembagaan melibatkan kedudukan Melayu memerlukan majoriti dua pertiga Parlimen dan kelulusan Raja-raja Melayu. Jaminan ini bermakna tidak akan ada sebarang ancaman terha-
dap orang Melayu di negara ini. “Berikutan prestasi sangat mengecewakan, UMNO sebenarnya yang melutut dan menjadi ‘pak turut’ kepada sayap kanan perkauman seperti Perkasa dan ISMA. “Bukti jelas adalah pusingan-U Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan,” katanya. Selain menjadi ‘pengemis’ kepada Perkasa dan ISMA, ketakutan UMNO semakin membuak akibat ketidakmampuan mereka merencana agenda ekonomi.
HUDUD APA PENDIRIAN DAP?
UMNO dan Barisan Nasional menolak hudud tetapi DAP pula yang diserang media. DAP berpendirian bahawa pelaksanaan hudud adalah: l Bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan l Bukan asas kontrak sosial l Bukan dasar bersama Pakatan Rakyat Bagi DAP, pelaksanaan hudud tidak sesuai untuk sebuah negara serta masyarakat yang berbilang kaum dan agama. DAP sebagai parti yang menjunjung Perlembagaan Persekutuan tetap menghormati agama Islam dan agamaagama lain.
SIRI SOAL JAWAB DAP