www.roketkini.com
EDISI
BM
DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR
SEPTEMBER 2014
facebook.com/roketkini
roketkini@gmail.com
> 14
PERCUMA
KDN PP11732/1212012 (032229)
twitter.com/roketkini
Punca kemelut MB Selangor
www.dapmalaysia.org
>3
> 10,11
Wawancara: DAP, Melayu, Merdeka di mata anak muda
Hari Malaysia: Pakatan umum Pelan Borneo
Siapa seterusnya...?
REJIM KUKU BESI KEMBALI PEMIMPIN PAKATAN, AKTIVIS DIANCAM AKTA HASUTAN
RAKYAT masih tidak lupa pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam menjelang sambutan Hari Malaysia pada 15 September 2012 untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948. Hari ini, dua tahun selepas komitmen tersebut dilafazkan, Najib memungkiri janjinya sendiri apabila kerajaannya menyiasat dan mendakwa sepuluh wakil rakyat yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan pembangkang, selain enam ak-
tivis masyarakat, di bawah akta yang diperkenalkan penjajah British itu. Malah, Najib gagal mengotakan janjinya sendiri untuk menggantikan undang-undang drakonian tersebut dengan Akta Keharmonian Nasional yang kononnya untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat. Dasar transformasi yang dicanang Najib kini hanya tinggal retorik politik. Langkahnya nyata sumbang apabila mendiamkan diri dan tidak bertindak terhadap sebarang kenyataan dan aksi
kumpulan beberapa NGO konservatif disokong Umno yang melakukan tindakan kasar. Jelas, Akta Hasutan kini menjadi senjata terbaru kerajaan pentadbiran Najib Razak. Siasatan dan dakwaan ke atas ahli politik dan aktivis rakyat hanya bersifat prosedur. Sedangkan tujuan akhir di sebalik tindakan itu tidak lain, iaitu mendiamkan musuh politik yang mendedahkan kepincangan pentadbiran BN dan memadamkan kerjaya ahli politik Pakatan Rakyat melalui
hukuman di mahkamah dan pemenjaraan. Semua ini bertujuan mengembalikan Malaysia ke zaman gelap. Najib cuba menjadikan ketakutan sebagai iman dan rukun hidup baru rakyat negara ini. Mungkinkah ini hadiah oleh Najib dan barisan kabinetnya sempena ulangtahun kemerdekaan ke-57 dan ulang tahun pembentukan Malaysia ke-51? Kita seolah-olah dijajah semula. Cuma bezanya kali ini oleh bangsa sendiri.
2
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
SEPTEMBER 2014
Hari Malaysia: Pakatan usaha rapatkan hubungan Semenanjung-Malaysia Timur RAKYAT Malaysia di Semenanjung perlu memahami bahawa penduduk di Sabah dan Sarawak bukan sahaja telah lama terpinggir, tetapi merasakan telah dianiaya terlalu lama oleh kerajaan Pusat BN, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Bagi mengubat perasaan marah dan terluka yang kemudian dipamer melalui sikap segelintir penduduk Sabah dan Sarawak dengan sikap 'anti-Malaya' yang bermakna anti-Semenanjung, maka kini menjadi peranan kepada Pakatan Rakyat menghulur salam persahabatan bagi membetulkan salah sangka rakan dan keluarga di Malaysia Timur itu. "Kita kena faham bahawa mereka merasakan bukan sahaja terpinggir, tetapi dianiaya. Misalnya, hasil minyak dan gas membolehkan pembinaan jalanraya di Semenanjung, tetapi lebuhraya Pan-Borneo masih belum disiapkan. "Jadi siapa yang tidak marah? Kalau kita orang Sarawak pun, kita akan berasa marah," kata Guan Eng dalam temubual bersama Roketkini. Ketua Menteri Pulau Pinang itu menegaskan, BN gagal mentadbir Sabah dan Sarawak sehingga menyebabkan rakyat di kedua-dua negeri terkaya itu ketinggalan dari sudut ekonomi dan pendidikan. Lebih mendukacitakan, BN menjadi punca sentimen anti-Semenanjung di kalangan rakyat di kedua-dua negeri itu yang secara pukul rata menyalahkan orang Semenanjung sebagai punca kemunduran di negeri mereka.
Justeru itu, kata Guan Eng, sambutan Hari Malaysia tahun ini sangat signifikan, apatah lagi selepas setahun pilihanraya umum ke13 dan Dewan Undangan Negeri Sarawak dijangka akan dibubarkan tahun hadapan. Guan Eng menyeru rakyat di Sabah dan Sarawak menilai semula prestasi BN di negeri mereka dan melihat Pakatan Rakyat sebagai rakan baru yang boleh dipercayai. "Ada orang kata, lebih baik kita pilih 'syaitan yang dikenali' berbanding 'malaikat yang tak dikenali'. Pandangan ini salah. 'Malaikat' tidak akan melakukan kemungkaran," kata Guan Eng membidas hujah pemimpin BN untuk kekal memilih parti
itu. "Kalau tak kenal (Pakatan), maka tak cinta. Selepas dah kenal, mesti jatuh cinta," katanya. Dalam pada itu kata Guan Eng turut mengalu-alukan rakyat Sabah dan Sarawak menyemak secara terperinci dasar, program dan pencapaian Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang. Malah kata Guan Eng, kerajaan Pulau Pinang turut menganjurkan Hari Kaamatan dan Hari Gawai sebagai tanda solidariti Pulau Pinang kepada penduduk di Sabah dan Sabah dalam semangat bersama Persekutuan Malaysia.
"Program ini ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Kira-kira 5,000 anak Sabah dan Sarawak hadir dalam program yang pertama kali dianjurkan tahun ini," kata Guan Eng memaklumkan komitmen kerajaan negeri untu menjadikan program tersebut sebagai acara tahunan. Ketika ditanya potensi DAP sebagai parti pilihan dalam pilihanraya negeri yang dijangkakan tahun depan, Guan Eng tidak menolak kemungkinan BN akan menggunakan taktik termasuk memperalat 'parti tempatan' untuk membakar sentimen kenegerian dengan tujuan akhir menolak parti-parti Pakatan Rakyat. "Itu memang taktik lama BN. Namun yang penting kita kena buat kerja. Jangan omong kosong sahaja. Sebab itu kita jelmakan projek Impian Sarawak, Sabah dan Malaysia. Kena buat kerja. Tak buat kerja, jangan harap dapat kemenangan," tegasnya. Menyatakan pendirian jelas DAP Guan Eng berkata, rakyat Sabah dan Sarawak wajar mempertimbangkan sebarang idea berhubung kedudukan kedua negeri dalam Persekutuan Malaysia. "Saya masih percaya dan yakin dengan prinsip Malaysia, dan Persekutan hanya wujud dengan adanya Sabah dan Sarawak. "Sekiranya makna kepada konsep Malaysia hendak diupayakan semula, kita wajar memastikan keadilan dan kesaksamaan ekonomi dan sosial, mengangkat martabat hidup rakyat. Ini yang mahu kita betulkan. Ini yang mahu kita mulakan," ujar Guan Eng.
Rayer tidak terkejut jadi mangsa Akta Hasutan BN AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer berkata, beliau hanyalah seorang lagi mangsa kerajaan Umno-BN yang menggunakan Akta Hasutan 1948 untuk menekan pemimpin Pakatan Rakyat. “Saya tidak terkejut dengan tuduhan ini. Saya percaya ini
adalah sebahagian daripada siri pertuduhan Akta Hasutan yang dijatuhkan ke atas ahli politik Pakatan oleh kerajaan Umno BN yang jelas mempunyai agenda politik,” katanya lagi ketika dihubungi Roketkini. Ternyata tindakan itu bertentangan dengan janji Perdana Men-
teri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2012 untuk memansuhkan akta itu yang asalnya digunakan untuk melawan komunis. Walaupun belum dimaklumkan sebab pertuduhan, ia dipercayai berikutan kenyataan ‘Umno celaka’ ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang
Mei lalu. “Saya hanya dimaklumkan oleh polis untuk hadir ke mahkamah esok. Belum jelas pertuduhan itu tentang apa,' katanya lagi. Rayer diwakil Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ram Karpal Singh.
Bercanggah Perlembagaan Persekutuan, hak asasi AKTA Hasutan diperkenalkan oleh kerajaan kolonial British sebagai Ordinan Hasutan (Sedition Ordinance) pada tahun 1938 sebagai salah satu cara untuk membendung penentangan rakyat terhadap kerajaan penjajah dan menyekat gerakan kemerdekaan rakyat yang mula bangkit. Akta ini kemudian dipinda pada 1948 untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut. Pindaan kali ini menjadikan ucapan yang 'mempunyai kecend-
erungan menghasut' sebagai suatu kesalahan jenayah. Menurut NGO hak asasi Lawyers For Liberty dalam hujah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mei 2014, Akta Hasutan tidak mengikut lunas Perlembagaan Malaysia kerana tidak pernah dibahas atau diluluskan di Dewan Rakyat. Justeru takrifan kecenderungan menghasut mengikut undang-undang ini begitu luas, dibimbangi kritikan terhadap kerajaan akan diang-
gap sebagai menghasut. Sekiranya pendakwaan dibuat, ia bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Tan Sri Hasmy Agam, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 17 Mei 2014 menyatakan, Akta Hasutan turut bercanggah dengan Artikel 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
Beliau adalah nama terbaru dalam senarai panjang pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa di bawah akta lapuk itu, antaranya Teresa Kok (Seputeh), N Surendran (Padang Serai), Tian Chua (Batu), Nizar Jamaluddin (ADUN Changkat Jering) dan Khalid Samad (Shah Alam).
BOLEH DIDAKWA TANPA BUKTI Apabila seseorang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan di bawah Akta Hasutan maka prinsip yang dipakai berdasarkan kes-kes akta hasutan sebelum ini ialah: l Niat tertuduh tidak perlu dibuktikan l Tidak perlu dibuktikan kenyataan yang dikeluarkan bersifat menghasut atau boleh mengancam keamanan negara l Pendakwa tidak perlu menyatakan secara terperinci kecenderungan menghasut yang munasabah untuk digunakan terhadap tertuduh l Apa yang perlu dibuktikan pendakwa ialah kenyataan tersebut dibuat oleh tertuduh
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
3 SEPTEMBER 2014
MERDEKA SEBAGAI SERUAN KEBEBASAN Oleh LIM KIT SIANG MALAYSIA sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan budaya telah melalui pelbagai ujian dan cabaran. Proses ini telah mematangkannya sebagai negara yang mempunyai kesedaran untuk maju sebagai satu bangsa, tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan warna kulit bagi membina sebuah masyarakat yang demokratik, adil dan makmur. Masalahnya cuma masih terdapat beberapa pihak yang cuba mencemarkan keharmonian dan semangat kenegaraan dengan sikap memecah-belah, tidak bertoleransi dan menggunakan nilai-nilai perkauman sebagai senjata politik mereka. Rasa sayang dan cinta kepada negara boleh ditunjukkan dengan banyak cara. Mereka yang terdahulu telah berkorban nyawa dan harta-ben-
da untuk mencapai kebebasan dan kemerdekaan yang kita rasai hari ini. Semangat itu harus diteruskan dengan menyambung perjuangan mereka menentang ketidakadilan, kezaliman, dan mengisi kemerdekaan dengan memperjuangkan sebuah negara yang adil, demokratik dan makmur. Hari Kemerdekaan mestilah diraikan sebagai satu seruan untuk terus memperjuangkan kebebasan, demokrasi dan hak asasi seluruh rakyat dalam sebuah negara yang bebas dan bersatu-padu. Kita mesti meneruskan usaha untuk terus merdeka dan bebas daripada sebarang penindasan dan penjajahan minda oleh mana-mana pihak, serta menghormati perbezaan budaya dan agama sebagai suatu ciri istimewa negara Malaysia yang kita cintai. Selamat ulang tahun kemerdekaan yang ke-57.
“Hari Kemerdekaan mestilah diraikan sebagai satu seruan untuk terus memperjuangkan kebebasan, demokrasi dan hak asasi seluruh rakyat dalam sebuah negara yang bebas dan bersatu-padu”
51 tahun jaminan Batu Sumpah dimungkiri TANGGAL 31 Ogos 1964, tertegak Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlembagaan di Keningau sebagai tanda peringatan terhadap jaminan hak-hak Sabah dijaga se-
lepas penubuhan Malaysia. Namun selepas lebih 50 tahun, jaminan tersebut hanya tinggal sebagai kata-kata, apabila rakyat di sana masih terpinggir dan
berterusan ditindas oleh kerajaan negeri dan juga persekutuan. Kemudahan asas yang da’if, rampasan tanah di kawasan pedalaman dan pencerobohan secara
Pelan Borneo angkat darjat Sabah, Sarawak
sewenang-wenangnya oleh orang asing menjadi mercu tanda kegagalan BN di Sabah dan Sarawak. Mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2009, Sa-
bah mendahului senarai negeri termiskin (kadar kemiskinan 19.7 peratus), manakala Sarawak pada kedudukan ketiga (kadar kemiskinan 5.3 peratus).
Tujuh perkara Pelan Borneo l Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyatukan semua warga. l Memperakui tiga hari kebangsaan: 31 Ogos (kemerdekaan Malaya dan Sabah), 22 Julai (kemerdekaan Sarawak) dan 16 September (Hari malaysia). l Reformasi ekonomi dan pembangunan dengan perkongsian kemakmuran pusat-negeri. l Royalti minyak 20 peratus. l Pengarah Petronas dari Sabah, Sarawak dan negeri pengeluar lain. l Suruhanjaya bagi membetulkan serta mencegah pemberian hak kepada warga asing di Borneo. l Hak orang asal terhadap tanah adat dan alam sekitar melalui institusi perwakilan daripada setiap komuniti. l Memastikan penglibatan lebih ramai anak Borneo ke dalam pentadbiran dan biasiswa. l Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menilai kejayaan dan hubungan antara negeri dan Persekutuan ketika tahun pertama Pakatan mentadbir negara, selama tiga tahun.
TANGGAL ulang tahun ke-51 kemerdekaan Sarawak, Pakatan Rakyat mengumumkan Pelan Borneo bagi mengangkat semula darjat Sabah dan Sarawak yang bersama-sa-
ma Malaya membentuk Malaysia. Tujuh perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis sambutan ulang tahun itu di Kuching,
22 Julai lalu. Adun Sri Tanjong Chan Foong Hin menyifatkannya sebagai detik bersejarah dan membuktikan penghargaan Pakatan Rakyat terh-
adap peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan negara. “Tidak ada Malaysia tanpa Sarawak dan Sabah. DAP Sabah akan terus bekerjasama dengan Pakatan
Rakyat Sabah bagi mendapatkan persetujuan meletakkan kepentingan Sabah dan Malaysia mengatasi perhitungan pilihanraya parti mana pun,” katanya.
4
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
SEPTEMBER 2014
NOTA EDITOR Penegasan semula tekad Pakatan AKHIRNYA Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menemui DYMM Sultan Selangor untuk meletak jawatan. Sekali imbas, krisis kepimpinan di Selangor sedang menuju penghujungnya, walaupun keadaan masih rumit. Penangguhan perkenan baginda Sultan terhadap peletakan jawatan Khalid itu sehingga diputuskan penggantinya tidak rumit atau luar biasa. Sebaliknya, yang menggawatkan Pakatan Rakyat ialah apabila pimpinan setiap satu parti anggotanya dititahkan menghantar sekurang-kurangnya tiga nama calon MB. Pada malam selepas kenyataan titah dikeluarkan istana, DAP dan PKR memilih untuk mempertahankan prinsip Raja Berperlembagaan dengan tetap mengemukakan hanya satu nama sebagai pengganti MB, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bagaimanapun, sejak sekurang-kurangnya sebulan lalu, krisis Selangor ini tidak lagi hanya berkisar pada kerusi MB. Ia sebaliknya telah menyingkap sekian banyak isu yang selama ini hanya merupakan riak di bawah permukaan Pakatan. Antaranya, terdapat kelompok dalam PAS yang cenderung kepada kerjasama dengan Umno demi meneruskan politik perkauman dan keagamaan yang meminggirkan hak kaum dan
Krisis Selangor ini tidak lagi hanya berkisar pada kerusi MB. Ia sebaliknya telah menyingkap sekian banyak isu yang selama ini hanya merupakan riak di bawah permukaan Pakatan. penganut agama lain. Presiden PAS Hj Abdul Hadi Awang sendiri dilaporkan mengakui dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada malam 25 Ogos lalu bahawa beliau telah menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali untuk menyertai PAS dan menjadi menteri besar menerusi kerjasama dengan Adun PAS, Umno dan Khalid. Perkara ini bagaimanapun dinafikan oleh setiausaha politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pada petang 26 Ogos. Perkembangan sebegini menyebabkan kepercayaan masyarakat, terutamanya penyokong Pakatan Rakyat, terhadap PAS semakin luntur. Paling dipersoalkan, komitmennya terhadap pembentukan sebuah negara yang memelihara hak dan kebajikan semua warga secara saksama, tanpa mengira keturunan dan agama. Walhasil, perkara yang paling menjadi persoalan sekarang ialah masa depan Pakatan Rakyat. Jika krisis ini berjaya diharungi dengan mengekalkan Selangor di bawah penguasaannya sekali pun, yang akan tinggal hanya jasad Pakatan – melainkan jika ruh dan semangat yang menyalakan Pakatan sejak awal pembentukannya dihidupkan semula menerusi proses pembenahan diri setiap parti, pengukuhan kerjasama dan penegasan semula komitmen terhadap usaha pembentukan negara yang makmur dan adil untuk semua.
PENDIDIKAN DAN BANGSA MALAYSIA Oleh TARMIZI ANUWAR
“Sistem pendidikan mestilah memainkan peranan yang penting di samping sistem-sistem negara yang lain. Sistem pendidikan bukan saja mengajar ilmu pengetahuan tetapi mestilah juga menciptakan keadaan mental yang bersesuaian dengan masyarakat negara ini. Ianya hendaklah menuju ke arah membentuk satu ‘Bangsa’ di mana setiap seorang dapat melepaskan diri daripada belenggu dan pergeseran akibat tuntutan-tuntutan kaum.” - Mahmod Kitom Pada tahun 1968, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) telah menganjurkan Simposium Dasar Pelajaran Kebangsaan. Di sana beberapa kertas kerja telah dibentangkan dan hasil perbincangan simposium tersebut memberi kesan kepada pembangunan pendidikan dalam negara. Pendidikan merupakan sesuatu yang luhur kerana ia (pendidikan) bisa menjadi agen perpaduan pelbagai kaum khususnya di Malaysia tanpa pemaksaan, bahkan dengan rela hati. Antara kertas kerja yang penting adalah ‘Pendidikan dan Pembangunan Negara’ oleh Prof. Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh. Beliau meletakkan asas sesebuah negara adalah tanah dan orang. Lanjutnya, Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang pengenalan tanah mendahului pengenalan orang, iaitu Malaysia telah mencapai kemerdekaan tetapi masih dalam proses pembinaan sebuah negara ‘Bangsa’. Terdapat juga negara yang mencapai tahap pengenalan orang mendahului pengenalan tanah seperti Israel dan yang mencapai pengenalan tanah dan orang secara bersama seperti Indonesia. Malaysia dalam fasa pembinaan orang bagi membina sebuah negara bangsa memerlukan sistem pendidikan yang bersifat merentasi kaum dalam pelbagai aspek. Awang Had Salleh menyarankan pendidikan perlu digerakkan ke arah pembentukan peribadi kanak-kanak perseorangan sesuai dengan masyarakat demokrasi, pembentukan satu bangsa yang terdiri daripada berbagai kaum yang masing-masing dapat melepaskan diri daripada belenggu prasangka kaum dan pembekalan tenaga manusia untuk kemajuan ekonomi negara. Saya berpendapat bahawa setelah 46 tahun simposium ini dan Seminar Pendidikan di Malaysia 1968 diadakan, setelah 58 tahun Penyata Razak 1956 diwujudkan, dan setelah 54 tahun Penyata Rahman Talib dipersetujui, rakyat Malaysia terbahagi kepada tiga golongan jenis masyarakat. Golongan pertama tidak peduli akan perihal yang berlaku di persekitarannya dan hanya sibuk dengan dirinya sendiri. Kedua adalah golongan yang sederhana sifatnya – boleh berkongsi dan bertolak ansur antara kaum. Golongan ketiga adalah ekstremis atau pelampau yang suka mengambil kesempatan apabila timbul isu melibatkan perselisihan kaum dan agama. Saya menyebut Penyata Razak 1956, Pen-
yata Rahman Talib 1960, Seminar Pendidikan di Malaysia 1968, dan Simposium Dasar Pelajaran Kebangsaan 1968 kerana keempat-empat perkara ini adalah merupakan antara usaha terawal untuk membangunkan sistem pendidikan di Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan. Keempat-empat ini jugalah yang telah melahirkan tiga jenis golongan masyarakat seperti saya nyatakan tadi. Golongan yang pertama dan ketiga adalah reaksi negatif, manakala golongan kedua adalah reaksi positif daripada tujuan asal sistem pendidikan yang dibina. Bagi golongan pertama, mereka biasanya adalah individu yang lebih cenderung untuk menguruskan hal-hal peribadi dan keluarga tanpa berminat untuk turut serta dalam pembangunan masyarakat dan negara. Mereka hanya berminat melakukan rutin harian dan hanya akan terngadah apabila sesuatu perkara terkena kepada diri sendiri atau keluarga. Golongan ini tidaklah berbahaya berbanding golongan ketiga, iaitu ekstremis, kerana golongan ini tidak sibuk mencari masalah dengan pihak lain. Prof. Dr. Yusuf Qardawi menggariskan enam ciri-ciri ekstremis iaitu fanatik dengan sesuatu pendapat dan tidak mengakui pendapat orang lain; mewajibkan sesuatu kepada menusia sesuatu yang tidak diwajibkan Allah kepada mereka; memperberatkan yang tidak kena pada tempatnya; sikap kasar dan keras; buruk sangka terhadap manusia; dan terjerumus ke dalam jurang pengkafiran. Kebiasaannya di Malaysia pada hari ini kita boleh lihat bagaimana ciri-ciri di atas secara jelas berlaku di sekeliling kita. Timbul persoalan apakah mereka yang berpegang secara kuat dan serius kepada kepercayaan mereka adalah ekstremis. Selagi sesuatu kelompok berpegang kepada kepercayaan sendiri tanpa memaksa orang lain menerima dan meninggalkan kepercayaan tersebut, mereka tidaklah boleh dianggap sebagai ekstremis. Biasanya ekstremis merasakan selain daripada dia (atau gurunya) adalah salah dan semua perlu mengikuti pandangannya. Golongan yang kedua adalah golongan yang diidam-idamkan oleh sistem pendidi-
kan yang sebenarnya. Tanpa mengira kaum, setiap individu cuba membina sebuah masyarakat dan negara yang penuh dengan keharmonian dan kesaksamaan. Saya perlu bersetuju apabila Mahmod Kitom menyatakan bahawa sistem pendidikan perlulah membentuk satu ‘bangsa’ di mana setiap seorang dapat melepaskan diri daripada belenggu dan pergeseran akibat tuntutan-tuntutan kaum. Bahkan saya menambah perlu adanya hak sama rata antara rakyat khususnya dari sudut kewarganegaraan. Dr. Jasser Auda semasa memberikan ucapan peluncuran buku terjemahan Mudahnya Maqasid Syariah di UNITEN pada 30 Mei 2014 tempoh hari menyatakan bahawa isu kalimah Allah di Malaysia ini hanya isu yang terpencil pada pandangannya. Banyak isu yang lebih besar perlu diberikan perhatian seperti kemiskinan, kesihatan awam dan kewarganegaraan. Dalam isu kewarganegaraan tidak perlu lagi ada warganegara kelas pertama atau kelas kedua tetapi semuanya perlu sama rata. Dalam konteks Malaysia, semua kaum – Melayu, Cina, India, atau apa sahaja kaum yang lahir dan hidup berpuluh tahun bersama – sewajarnya perlu diberikan hak yang sama rata. Dasar pendidikan yang dijalankan di Malaysia ini masih memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Mutu pendidikan yang diidamkan masih belum mampu untuk dicapai. Kondisi demokrasi dan perhubungan kaum masih boleh dipersoalkan akan kemurniannya. Kita memerlukan lebih ramai orang dalam tanah Malaysia ini terus berfikir secara rasional dan bersangka baik antara satu sama lain, melihat bahawa dasar-dasar yang pernah dilaksanakan sebelum ini sebagai sesuatu yang anjal dan bukan statik melalui konsep demokrasi yang luhur. Rujukan: - Dasar Pendidekan Di-Malaysia: Apa PBMUM dan PKPIM Persoalkan (1969). - Yusuf Qardawi, Islam ‘Ekstrem’: Suatu Analisis dan Cabaran Terhadap Kebangkitan Islam (2002).
EDITORIAL EDITOR AL MUSTAQEEM MAHMOD RADHI SUB-EDITOR SIDIQIN OMAR WARTAWAN IZMIL AMRI • AEDI ASRI • ALIFF FIKRI JURUGAMBAR AHMAD YUSUFI PENYELARAS ROKETKINI EDRY YUSOF GRAFIK & REKALETAK WAHYUDI MOHD YUNUS
facebook/roketkini
roketkini@gmail.com
twitter@roketkini
The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.
RENCANA
EDISI BAHASA MALAYSIA
5 SEPTEMBER 2014
PAKATAN RAKYAT DAN MASA DEPAN PERPADUAN Oleh MUJAHID YUSOF RAWA PAKATAN RAKYAT (PR) mempunyai masa depan depan yang cerah, namun kenyataan ini tidak datang tanpa sebarang syarat dan cabaran. Setakat ini mekanisme untuk perubahan politik berjaya dimainkan oleh PR walaupun terdapat beberapa kocakan di sana-sini termasuk krisis di Selangor. Proses perubahan politik di Malaysia tidak akan lari dari membawa bersamanya pakej perpaduan kerana dinamik kemajmukan kaum di Malaysia merupakan ciri utama negara ini. Mengapa perlu perubahan? Persoalan ini bermula sebagai langkah awal untuk menentukan langkah-langkah selanjutnya. Sepanjang sejarah politik Malaysia, pembangkang tidak berhenti untuk bersaing dengan parti pemerintah, namun persaingan dahulunya adalah dalam kerangka pemikiran ‘pembangkang’. Dengan kata lain, proses persaingan kuasa secara demokratik tertumpu pada poket-poket tapak kuasa yang berselerak. Paling besar pun penguasaan PAS ke atas Kelantan dan beberapa penguasaan DAP ke atas kerusi-kerusi panas di Pulau Pinang, Melaka dan Perak sebelum era PR. Hari ini PR telah berjaya menyusun keselerakan ini dengan menyatukan langkah, bukan hanya untuk menjadi pembangkang, tetapi telah berganjak untuk persaingan kuasa ke pemerintahan di Putrajaya. Anjakan pemikiran ini telah cukup menyatakan desakan kepada perubahan politik kini menjadi agenda rakyat terbanyak kerana rejim lama Barisan Nasional (BN) telah membiarkan isu rasuah, kroni, dan perkauman sempit menular dalam sistem pemerintahan. Walaupun usaha membanteras permasalahan itu dibuat tetapi parahnya tidak terubat lewat azam politik BN. Pakej perpaduan Perpaduan nasional menjadi dasar wajib bagi setiap proses politik di negara ini dan mana-mana parti yang tidak mendepani keperluan ini secara meyakinkan akan gagal melakukan perubahan. Selama ini BN membawa konsep pecah dan perintah melalui peranan parti-parti politik berasaskan perkauman seperti UMNO menjaga kaum Melayu, MCA menjaga kaum Cina manakala MIC melihat keperluan kaum India. Sabah dan Sarawak pula diwakili oleh parti lokal yang memperjuangkan nasib suku kaum masing-masing dan bergabung dengan BN. Dominasi UMNO adalah atas asas negara mempunyai majoriti Melayu dan menjadi faktor penentu. Model PR pula membuat percubaan baru dengan melihat kepentingan setiap kaum tidak diagih-agihkan melalui parti-parti politik kaum tertentu tetapi setiap parti komponen PR mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap semua kaum di Malaysia. Rakyat berbilang kaum mempunyai peluang lebih luas untuk menyokong mana-mana parti yang mereka suka tanpa rasa bersalah. Percubaan ini mudah dilakukan oleh PR kerana kenyataannya ialah DAP, PKR dan PAS pada asasnya bukanlah parti perkauman.
Proses perubahan politik di Malaysia tidak akan lari dari membawa bersamanya pakej perpaduan kerana dinamik kemajmukan kaum di Malaysia merupakan ciri utama negara ini. Kerangka negara yang mengidamkan setiap rakyat tidak dicamkan melalui kaumnya tetapi melalui kerakyatannya sebagai orang Malaysia sudahpun ada acuannya dalam proses politik PR. Mengekalkan asas kenegaraan kita Terbinanya Malaysia adalah atas asas sejarah dan budaya yang panjang. Debat naratif kemunculan negara ini tetap menjadi perdebatan akademik sehingga terbawa-bawa kepada modal politik. Namun adalah penting untuk kita menerima titik persefahaman bersama dalm perdebatan naratif kita, iaitu asas Perlembagaan Persekutuan dan asas sosio-budaya yang memandu polemik perkauman di negara ini. PR telah sampai kepada tahap kesedaran yang tinggi terhadap keperluan ini apabila satu Kerangka Dasar Persefahaman Bersama (CPF) telah ditandatangani oleh ketiga-tiga parti pada tahun 2009 di Shah Alam. Ini penting untuk diingatkan berulangkali bahawa penegasan konsep asas kenegaraan menjadi agenda utama untuk mencapai maksud perpaduan nasional dalam usaha PR membawa perubahan politik di negara ini. Islam dan kebebasan beragama, Melayu dan Raja-Raja Melayu serta Bahasa Malaysia adalah asas negara ini yang diperjuangkan oleh ketiga-tiga parti, sekaligus menjawab fitnah bahawa PR akan mengubah struktur dan prinsip kewujudan negara ini. Advokasi dasar dan perpaduan Kesedaran kepada perubahan politik dan keyakinan PR kepada kerangka asas negara ini tidak cukup tanpa pengisian kepada dasar-dasar pemerintahan yang mahu memartabatkan hak rakyat dan memperbaiki tiga rangkai asas kepemerintahan. PR telah memperkenalkan Buku Jingga dan kemudiannya Manifesto Bersama dalam promosi politik mereka dan telah berjaya membawa debat rakyat pada tahap advokasi dasar dan bukan debat sentimen.
Ia telah berjaya menarik minat rakyat berbilang kaum untuk tertumpu kepada memenuhi keperluan asas daripada diseret dan diheret kepada perdebatan destruktif perkauman dan prejudis. Secara tidak langsung PR berjaya memecahkan kecenderungan pengundi daripada mengundi atas sentimen perkauman kepada mengundi atas keyakinan dasar yang diperkenalkan. Secara praktikal, peralihan ini telah mengurangkan situasi meruncing perkauman lewat corak pengundian, dan ini terbukti apabila calon Melayu daripada PR boleh menang selesa dalam kawasan bercampur-aduk pengundinya dan begitu juga sebaliknya. Sabah dan Sarawak Istilah integrasi nasional dalam pemahaman dasar perpaduan adalah dirujuk kepada Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak perlu menjadi sebahagian dari agenda besar perubahan politik. Pendekatan PR ialah cuba untuk meyakinkan orang Sabah dan Sarawak bahawa mereka memerlukan parti bersifat nasional untuk memperjuangkan nasib mereka kerana ia akan menjadi lebih kuat untuk Sabah dan Sarawak diintegrasikan. PR telah membawa hasrat ini dalam meletakkan calon-calonnya, dan agenda pembangunan PR di Sabah dan Sarwak ialah mengembalikan kekayaan negeri itu untuk dibangunkan infrastruktur dan jalanraya yang masih ketinggalan. Dasar kebebasan beragama yang lebih progresif oleh PR memberi peluang kepada Sabah dan Sarawak untuk disatukan, berbeza dengan dasar BN terhadap kebebasan beragama dan isu kalimah “Allah” yang telah mencederakan proses integrasi nasional. Hambatan Tidak mudah untuk peralihan proses politik ini berlaku dengan licin dan lancar
kerana kebiasaan budaya politik yang terpakai selama ini. Namun, untuk memudahkan proses, PR juga perlu cepat memperbaiki cara ketiga parti menguruskan permasalahan mereka, khususnya dalam negeri yang PR kuasai. Tahap retorik bahawa PR ada ‘tongkat sakti’ untuk menyembuhkan segalanya sudah berlalu kerana pengundi PR mahu melihat semua dasar yang diperjuangkan dapat dipraktikkan di negeri yang dikuasai PR. Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan senantiasa diperhatikan sejauh manakah PR dapat “walk the talk”. Kedua, ketautan ketiga-tiga parti dalam semangat PR mesti dikekalkan kerana kegagalan hanya akan mengiyakan tanggapan bahawa PR lemah dalam kesatuan mereka dan ini satu isyarat tidak baik untuk persepsi rakyat. Permasalahan struktural di setiap peringkat juga perlu diselesaikan kerana dalam budaya tidak ada parti yang dominon perundingan dan persefahaman amat diperlukan. Bagaimana ini akan berlaku jikalau PR gagal membentuk struktur yang menjadi medium segala permasalahan untuk dibawa ke meja rundingan? Ketiga, usaha PR akan senantiasa diganggu oleh kumpulan perosak bangsa dan negara yang mahukan negara ini terus bersengketa melalui perkauman sempit mereka. Kad perkauman sentiasa di dada mereka menanti waktu untuk dikeluarkan dengan harapan itulah peluangnya yang terakhir untuk terus kekal berkuasa. Malangnya ada pihak yang bersedia dilacurkan untuk menjadi lidah penyambung cetusan kebencian dan menyemai bibit perpecahan. Oleh itu, setiap parti PR kena tegas dan tidak perlu tunduk kepada tekanan pihak tertentu yang memperjuangkan nilai rasisme di negara ini. Kempat, untuk memastikan perpaduan terus kekal, PR mesti konsisten menyatakan sikap mereka terhadap budaya ekstremisme merentasi semua kaum dan agama. PR harus jujur untuk tidak meletakkan budaya perosak ini atas kaum atau agama tertentu sahaja. Penyakit ekstremisme wujud di mana-mana platfom, termasuk ekstremisme sekular-liberal sebagai pemikiran. Akhirnya semua ini tidak akan mencapai kata sepakat dalam penyelesaiannya selagi parti masing-masing gagal menyesuaikan kepentingan partinya dengan kerangka yang lebih besar pembinaan gagasan negara bangsa. Di sinilah setiap parti politik perlu melakukan reformasi dalaman dari sudut struktur, sumber manusia, budaya dan politik dalamannya. Asas rejuvenasi (peremajaan) parti-parti dalam PR ialah mempunyai kepimpinan yang mampu mengekalkan ideologi partinya dan mengadaptasi dirinya dalam suasana perubahan dan desakan munculnya politik baharu negara Malaysia. Mengimbangi dua keadaan ini memerlukan azam politik yang tinggi dan cara ‘mengurus kejutan’ yang efektif. *Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa ialah Ahli Parlimen Malaysia, Ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS
6
WAWANCARA
EDISI BAHASA MALAYSIA
SEPTEMBER 2014
Pelbagai dasar pro-rakyat dijalankan kerajaan negeri Pulau Pinang, antaranya belanjawan peka gender, usaha mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan dan pewartaan Enakmen Kebebasan Maklumat 2010. Semuanya diusahakan demi mewujudkan pentadbiran yang cekap, bertanggungjawab dan telus. Paling jelas usaha melibatkan orang ramai dalam proses membuat keputusan. Namun hasil yang terpapar diperoleh bukan semudah yang disangka. Laluan getir merencana dasar, selain diplomasi dan budi-bicara bersama rakyat perlu dipertimbangkan. Ikuti temubual Roketkini dengan Saudara Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, yang membicarakan isu politik pentadbiran, cabaran terhadap DAP, peranan negeri dalam semangat Persekutuan selain peranan pengundi muda dalam konteks cabaran politik masa depan.
Terbaru, kerajaan Pulau Pinang cuba untuk mengembalikan semula pilihanraya kerajaan tempatan. Bagaimana hasilnya dan apa reaksi orang ramai terhadap usaha penglibatan secara bersama dalam proses membuat keputusan? Itu kemuncak usaha kita untuk kembalikan demokrasi kepada rakyat. Sungguh pun tidak berjaya di mahkamah untuk memastikan ahli majils dilantik melalui pilihanraya kerajaan tempatan, kita teruskan usaha libatkan rakyat dalam proses membuat keputusan. Contohnya projek perumahan PPR di Jalan Sungai, George Town. Dahulu jika mengecat bangunan, warna dipilih pentadbir, tapi kali ini rakyat yang membuat pilihan. Kita membuat keputusan berdasarkan pilihan majoriti. Kita bantu orang ramai pulihkan, hidupkan dan mencantikkan semula PPR dengan kos RM2.3 juta. Saya rasa hampa usaha kita gagal di peringkat akhir. Tapi kita akan terus libatkan rakyat dalam proses membuat keputusan. Kita takkan putus asa, kerana ini adalah prinsip dan asas demokrasi. Kalau kita boleh memilih Perdana Menteri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, mengapa kita tidak boleh pilih Datuk Bandar atau Ahli Majlis? Ini perjuangan demokrasi untuk memartabatkan kuasa rakyat. Pulau Pinang mengangkat golongan minoriti dalam dasarnya sehingga
“MUAFAKAT SANGAT PENTING DI KALANGAN KELUARGA PAKATAN”
dihormati kawan dan disegani lawan politik. Apa yang dilakukan kerajaan negeri sehingga orang ramai sering menyebut Pulau Pinang sebagai model baik pentadbiran? Kita mendapat sambutan yang sangat baik dari pihak swasta dan kementerian tertentu. Contohnya Kementerian Pelancongan. Dahulu hubungannya tidak berapa baik, tetapi sekarang menterinya lebih matang. Peningkatan pelancong ke Pulau Pinang sebenarnya menguntungkan Kerajaan Pusat. Maka, kementerian tersebut memutuskan, mengapa tidak jika diadakan kerjasama? Begitu juga usaha menarik pelabur ke Pulau Pinang. Yang mendapat manfaat besar melalui cukai dan sebagainya adalah kerajaan Pusat. Dalam perkara ini tidak usah kita bermain politik, kelak memakan diri. Kita jangan bersikap ‘meludah ke langat, nanti jatuh ke muka sendiri’. Untuk mengangkat hak minoriti, Pulau Pinang contohnya menubuhkan Pusat Dialisis CAT. Kita negeri pertama di Malaysia yang menubuhkan pusat dialisis untuk mereka yang kurang berkemampuan. Malah, kita bercadang untuk menubuhkannya di setiap daerah dan bermula di kawasan kampung di Balik Pulau. Pada awalnya orang ramai raguragu. Namun atas kerjasama kerajaan negeri dan pihak swasta, langkah ini kemudiannya dipuji. Kerajaan Pulau Pinang turut menyum-
bangkan wang bantuan kepada pemandu teksi sebanyak RM600 setahun. Kita satu-satunya negeri di Malaysia yang menjalankan dasar ini sampaikan pemandu teksi di negeri lain ‘merah mata’. Dalam masa sama mereka kagum dengan cara Pulau Pinang mengambil berat terhadap kebajikan pemandu teksi. Begitu juga dengan bantuan RM100 sebulan kepada penarik beca. Usaha ini kita lakukan secara berperingkat. Yang penting kita gigih dan bertegas untuk terus mara dan mencapai matlamat. Bagaimana hubungan kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti yang dengan berbeza dengan kerajaan Persekutuan? Apakah Pulau Pinang dianaktirikan, atau geran tahunan Pusat kepada negeri dilewatkan seperti yang berlaku kepada Kelantan sebelum ini? Bergantung kepada jenis kementerian. Ada kementerian tertentu yang sedikit payah – ‘Siapa makan cili, dia rasa pedas’. Tetapi kita mencapai kemajuan yang ketara dari sudut peningkatan pelancong asing dan pelaburan. Pulau Pinang mementingkan pelaburan berkualiti supaya rakyat ditawarkan pekerjaan berpendapatan tinggi. Contohnya industri kreatif dan sektor perkhidmatan. Kerajaan Pusat hanya menyerahkan (geran tahunan) mengikut apa yang din-
yatakan dalam undang-undang. Sekadar itu sahaja. Berbanding kerajaan Pusat, Pulau Pinang masih ada lebihan. Bonus yang Pulau Pinang beri kepada kakitangan kerajaan negeri lebih tinggi berbanding yang diberikan kerajaan Pusat. Tahun ini Pusat, memberikan bonus RM500, sebaliknya Pulau Pinang memberikan bonus setengah bulan gaji, atau minima RM600. Umno merasa terancam dengan kempen keahlian baru yang giat dijalankan sehinggakan ‘duta’ DAP calon PRK Teluk Intan Dyana Sofya, Young Sepura, bahkan Sekolah Demokrasi anjuran Roketkini.com diserang media Umno-BN. Apa pandangan Saudara berhubung perkara ini? Kita ada rekod untuk membuktikan bahawa kita boleh membawa perubahan. Apa gunanya jika anda sebagai sebuah parti Malaysia yang terdiri dari semua kaum tiada satu pun rekod dan bukti kukuh bahawa parti anda boleh membawa perubahan positif kepada rakyat? Bagi DAP, kita di Pulau Pinang ada rekod. Pentadbiran kita adil untuk semua. Terbaru, kerajaan negeri menyumbangkan RM1,000 kepada pelajar baru yang mengikuti kursus peringkat diploma dan sarjana muda. Bantuan ini telah dijalankan selama tiga tahun. Begitu juga untuk bantuan lain untuk warga emas, ibu tunggal dan sebagainya.
WAWANCARA
EDISI BAHASA MALAYSIA
Program ini memberikan manfaat kepada hampir semua rakyat di Pulau Pinang. Mereka buat perbandingan antara sekarang dan dahulu. Walaupun kita tak dapat bantuan dari kerajaan Pusat, tetapi oleh kerana Pulau Pinang adalah kerajaaan yang bersih, kita dapat menjimatkan wang untuk kegunaan rakyat.
yang bernas. Saya rasa Pakatan Rakyat perlu lebih banyak membuat penjelasan dengan menumpukan kepada isu ekonomi. Muafakat sangat penting di kalangan keluarga Pakatan Rakyat. Muafakat kita berdasarkan prinsip bersama demi rakyat.
Bermakna asas sokongan untuk kita kukuh. Masalahnya hanya orang di Pulau Pinang sahaja yang tahu mengenai perkara ini. Kemudian mereka cuba fitnah, tetapi tindakan itu takkan berhasil. Kerana jika kita bertanya sendiri kepada penduduk Pulau Pinang, mereka akan menjawabnya dan mentertawakan fitnah itu.
Konvensyen DAP baru-baru membawa tema ‘Politik Baru’. Barangkali pada pandangan anak-anak muda, ‘Politik Baru’ mungkin kebebasan mutlak sehingga melanggar disiplin dan Whip parti. Apakah politik baru yang dimaksudkan DAP?
Oleh itu, kita memerlukan muka-muka baru yang boleh menarik perhatian dan menawan hati. Dulu mungkin tak ada pihak yang boleh hebahkan perkara ini. Itu yang membuatkan mereka rasa terancam. Maka digunakan isu perkauman, namun tetap tak berjaya, lebih-lebih lagi di Pulau Pinang. Kita buat risalah, tetapi macam tak sampai ke sasaran. Baik, sekarang kita manfaatkan muka baru yang menyertai DAP dan tahu prestasi kita di Pulau Pinang. Mereka boleh menceritakan kejayaan kita di kawasan-kawasan lain. Langkah ini ada kesannya, tapi bukan sehari dua. Kita boleh melihat pembaharuan namun memerlukan masa yang panjang. Itulah makna perjuangan. Kata Soekarno, “berikan aku sepuluh orang pemuda, nescaya akan aku goncangkan dunia.” Bagaimana strategi untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat secara umum dan DAP secara khusus? Cabaran ini dirasai aktivis akar umbi terutamanya berdepan warga tua dan pengundi luar bandar, dan bagaimana Pakatan Rakyat mengupayakan sayap pemuda? Ada dua syarat, iaitu ‘syarat negatif dan syarat positif’. Syarat positif ialah memperkasakan organisasi dan publisiti parti. Syarat negatif ialah kita perlu ingatkan kepada rakyat Malaysia bagaimana mungkarnya pentadbiran BN. Rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, masalah integriti dan akhlak. Itu yang perlu kita terus usahakan. Tentulah ini kerja yang sukar, namun tidak ada jalan pintas. Menyebut usaha memperkasakan jentera, kita tahu media BN akan digunakan, dan DAP tidak boleh bergerak sendirian. Ia memerlukan bantuan parti rakan PKR dan PAS. Lebih-lebih lagi dalam persediaan menuju pilihanraya umum ke-14 dan pilihanraya negeri Sarawak. Ketua pemuda parti-parti Pakatan Rakyat – Teo Kok Seong, Nik Nazmi, dan Suhaizan Kayat – saya yakin mereka mampu bekerjasama sebagai satu pasukan. Untuk orang muda, isunya masih sama iaitu masalah ekonomi. Mahasiswa yang tamat pengajian susah mendapatkan kerja. Kalau dapat kerja tak cukup untuk berbelanja. Isu seperti ini yang perlu diperluas dan selalu diberi tumpuan. Kita lihat kepada dasar bersama Pakatan Rakyat. Ada banyak idea-idea baru
7 SEPTEMBER 2014
Saya rasa yang itu bukan politik baru, itu politik lama, mungkin politik munafik. Politik baru yang kita maksudkan adalah yang ‘cakap serupa bikin’. Akhirnya apabila kita membuang undi, mereka pun tertakluk kepada Whip. Politik baru ini untuk rakyat. Apa guna kita cakap-cakap tapi kehidupan rakyat tak terjamin. Yang kedua, berikan peluang kepada wanita serta orang muda. DAP memberi peluang besar kepada orang muda dan wanita yang tidak pernah diberikan sebelum ini. Inilah dia politik baru yang kita ketengahkan. Bagaimana Saudara sebagai Setiausaha Agung DAP melihat masa depan Pakatan Rakyat dalam keadaan sekarang yang seakan-akan sukar untuk bersama kerana perbezaan ideologi dan fraksi-faksi tertentu, contohnya dalam PAS sendiri? Saya tidak mahu komen tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan parti rakan. Biasalah politik, ada naik dan turunnya. Kadang-kadang masa akan menyembuh dan merawat semua masalah itu. Saya rasa keadaaan masih belum jelas lagi. Biarlah kita tunggu seketika, ‘mungkin hari lebih siang, embun akan hilang’. Bagaimana Saudara melihat pentadbiran negeri Selangor ketika ini yang kita tahu dalam suasana tidak stabil? Sebagai Setiausaha Agung parti, apakah arahan tertentu dari Saudara? Saya selalu melihat kepimpinan dari sudut semangat berpasukan. Kalau kita ingat seorang boleh ambil semuanya, pemimpin macam ni kena ‘tapau’ lah. Tidak ada seorang pun yang boleh bekerja seorang diri. Tengok Perlis, kenapa perlu sampai 10 orang ahli Exco? Sebab itu saya selalu mementingkan dan memberi keutamaan kepada semangat berpasukan. Sama-sama membuat keputusan kepimpinan secara kolektif ia lebih berkesan. Saya rasa kejayaan ini adalah hasil dari usaha kerja berpasukan yang kita miliki. Memang saya memikul tanggungjawab paling besar, tapi ‘team work’ yang membawa kita mencapai kejayaan. Sama juga dalam DAP dan lainlain. Dalam aspek ini, saya rasa terpulanglah kepada pemimpin, Menteri Besar, untuk mewujudkan ‘team work’ . Pertama, mes-
“DAP memberi peluang besar kepada orang muda dan wanita yang tidak pernah diberikan sebelum ini. Inilah dia politik baru yang kita ketengahkan” ti ada ‘team work’, kedua macam mana untuk memastikan ‘team work’ dapat bekerja dengan lancar supaya kita dapat integrasikan semua portfolio. Itulah tugas paling utama untuk Ketua Menteri atau Menteri Besar. Katakan selepas ini, Datuk Seri Wan Azizah akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Apakah peranan DAP jika berlaku penentangan terhadapnya dari PAS dan PKR sendiri atas perlantikan itu? Saya rasa kita tidak boleh memberitahu bagaimana keputusan parti secara dalaman dibuat. Kita hanya boleh memastikan keutuhan DAP kekal. Lebih daripada itu bukan urusan kita untuk campur tangan. Tapi tentulah dalam Pakatan, kita akan cuba cari ruang-ruang perpaduan yang sedia ada supaya kita boleh perbanyak kepelbagaian (pandangan) dan perbaiki kesatuan negeri. Itulah peranan yang kita boleh mainkan. Kalau semua tiga-tiga pecah kerana masalah dalaman, habislah. Kerajaan hanya boleh dibentuk dengan tiga parti secara bersama. Kurang satu pun jatuh. Mesti tiga parti bersama. Saya selalu melihat di belakang setiap krisis, ada peluang. Kalau krisis ini dapat diatasi dengan baik, itu akan mengutuh dan menguatkan lagi Pakatan Rakyat. Tentu ada risiko besar, tapi di belakang risiko, ada peluang. Kalau kita boleh utuhkan lagi, bermakna kita sudah berjaya lepasi satu ujian oleh BN yang berniat untuk memecah-belahkan kita. Menjelang PRU ke-14, difahamkan lebih 60 peratus senarai daftar pemilih akan terdiri dari pengundi muda. Pemuda BN dilihat giat untuk
mendapatkan sokongan orang muda termasuk golongan profesional. Apakah Pakatan Rakyat perlu berasa selesa memandangkan peranan media sosial masih berpihak kepadanya? Kita perlu kembali kepada asas dan prinsip pentadbiran yang bersih. Sebagai contoh, pentadbiran CAT (competency, accountability, transparency). Saya tak rasa pendekatan Pemuda BN itu sebagai sesuatu yang baru, bahkan ‘indah khabar dari rupa’. Apa yang diusahakan mereka hanyalah percubaan ‘menutup sepuluh lubang dengan lapan penutup’. Mereka hanya bermain menutup lubang tetapi tidak dapat menutup kesemuanya. Apakah dua perkara yang gagal ditutup itu? Rasuah dan kronisme. Puncanya ialah kerana mereka gagal untuk menyelesaikan perkara pokok. Apakah mereka berani untuk mengkritik isu rasuah? Apakah mereka berani untuk mengisytiharkan harta peribadi? Apakah mereka berani menyatakan bahawa semua ahli keluarga ahli politik tak boleh berurusniaga dengan kerajaan? Mereka tak berani. Sungguhpun kadang kala kempen mereka akan menarik perhatian, selagi perkara pokok tak diuruskan, apa yang dilakukan hanya kempen ‘syok sendiri’. Hanya perubahan yang dapat menyelesaikan masalah. Apa yang dilakukan hanyalah menggunakan wang dan jentera kerajaan. Apa yang dilakukan hanyalah dengan bijak memaksimakan sumber dalam kerajaan agar pakej kelihatan lebih baik. Malangnya pakej itu cantik di luar, tetapi busuk di dalam. Ini tidak mengubah apa-apa. Kita tidak memandang rendah potensi orang muda. Tetapi kita perlu berpegang dengan pandangan: ‘Mengharap yang terbaik dan bersiap sedia untuk yang terburuk’.
UTAMA
8
EDISI BAHASA MALAYSIA
SEPTEMBER 2014
Projek: Bekalan air paip graviti Lokasi: Kuala Sigu, Bintulu
Projek: Penyambungan Lokasi: Lubok Tuan, Li
Projek: Bekalan air paip graviti Lokasi: Rantau Kurra, Limbang
Projek: Bekalan air paip graviti Lokasi: Kg Merutop, Limbang
Projek: Pembinaan jambatan Lokasi: Salim Belalang, Sibu
Miri
Projek: Bekalan air paip graviti Lokasi: Ulu Wak, Pakan
Bintulu
Projek: Pembinaan jeti Lokasi: Sungai Rasau, Sibu
Mukah
Sibu
Lundu
Sarikei Pakan
Kuching
Kapit
Betong
Projek: Pembinaan rumah untuk ibu tunggal Lokasi: Kg Perigi, Sematan
Bau
Kota Samarahan
Serian
Projek: Pembinaan rumah gawai Lokasi: Kg Serikin, Bau
Sri Aman
Projek: Bekalan air paip graviti Lokasi: Amut, Pakan
Projek: Bekalan air paip graviti Lokasi: Kg Bunan Tembawang, Serian
Maru
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
Kota Marudu
n air paip imbang
Kota Kinabalu
Projek: Bekalan air paip graviti Lokasi: Kg Samparita Laut, Kota Marudu
Sandakan
Tenom Lawas Limbang Tawau
udi
9 SEPTEMBER 2014
Semporna
Ba’ Kelalan Mulu Bario
Projek: Bekalan air paip graviti Lokasi: Lawas
Projek: Penyambungan air paip Lokasi: Rumah Gerik Ak Tom, Betong Projek: Bekalan air paip graviti Lokasi: Kg Pangi, Tenom
Projek: Pembinaan jalan kampung Lokasi: Kg Kiding, Kuching Projek: Bekalan air paip graviti Lokasi: Kg Sait-Muk Ayun
10
ANAK MUDA
EDISI BAHASA MALAYSIA
SEPTEMBER 2014
DAP, MELAYU DAN MERDEKA: Roketkini mendudukkan empat anak muda Melayu yang baru sahaja menyertai DAP dan bertanyakan soalan-soalan susah tentang politik, ekonomi dan kemerdekaan bangsa. Dalam wawancara berjamaah ini, kita berbicara bersama saudari Nurul Hasfifi Ismail, 27 tahun, suri rumah sepenuh masa; suaminya, Anwar Hiro Rapaiee, 31 tahun, seorang arkitek; Raja Ahmad Iskandar Fareez, 25 tahun, seorang perunding perhubungan awam; dan juga Mohd Zulfadli Abd Halim, 31 tahun, seorang jurutera pesawat.
LETAK DUDUKNYA DI MATA ANAK MUDA
Kenapa masuk DAP yang dianggap sebagai ‘parti Cina’? Nunu: Tak macam MCA. DAP tak sebut hanya Cina boleh masuk parti. Sebenarnya orang yang sengaja menampakkan DAP ini sebagai parti Cina. Kita masuk DAP untuk menolak persepsi orang. Tak semestinya Cina sahaja yang kena masuk DAP. Dan DAP lebih berdisiplin dan kurang kontroversi. Saudara Iskandar, sebagai orang yang dah lama menyertai DAP, betulkah DAP ini berdisiplin dan kurang kontroversi? Iskandar: Mana-mana parti pun akan ada kontroversi dan juga masalah disiplin. Tetapi dalam DAP kita dapat lihat adanya disiplin dan tatacara dalam meluahkan pendapat masing-masing. Walaupun ada banyak pendapat, kita dapat muafakat, duduk bersama-sama untuk mencapai satu kata sepakat. Dalam jangka dua tahun saya bersama DAP, saya lihat bahawa apa-apa yang dikhabarkan oleh media atau tohmah yang dilemparkan oleh penyokong-penyokong BN dan puak ekstremis, semuanya adalah fitnah semata-mata dan sekadar untuk mengalihkan pandangan daripada isu-isu yang lebih penting seperti kenaikan kos sara hidup, kelemahan polisi dan pelaksanaan yang telah gagal. Jadi dalam dua tahun ini, memang yakin betul lah dengan DAP? Iskandar: Parti politik yang akan menjadi parti politik masa depan adalah parti politik yang mendakap politik dasar dan menjauhkan diri daripada politik perkauman. DAP telah memperjuangkan politik dasar sejak lama dahulu. Apabila kita dapat melangkaui politik perkauman barulah kita dapat membincangkan politik dasar yang memberi kesan kepada semua rakyat. Masalah di Malaysia ini bukan semuanya berpunca daripada masalah etnik. Seseorang itu tidak miskin kerana dia berasal dari sesuatu kaum. Seseorang itu jadi miskin kerana ada polisi dan pelaksanaan yang telah gagal. Polisi mungkin baik, pelaksanaan mungkin tidak baik; dan sebaliknya. Dari segi dasar, DAP adalah sebuah parti demokrasi sosial dan berfungsi dalam
kerangka ideologi itu. Apa yang menarik minat saudara Zulfadli dari segi dasardasar DAP? Zul: Saya nampak DAP lebih memahami dan mendekati rakyat dalam soal dasar. Ia tidak sewenang-wenangnya mengenepikan suara rakyat dan sebaliknya mengambil kira mood rakyat, itu yang paling penting. Ia bukan satu parti ‘syok sendiri’ yang merangka dasar yang dirasakan baik untuk rakyat. Dan DAP dilihat lebih laju buat kerja. Programnya berjalan dengan lebih lancar; walaupun mungkin ada sedikit cacat celanya, tetapi kita dapat melihat hasil. Itu yang paling penting. Dan bila disebut ‘Democratic Action Party’ itu, bahagian A untuk ‘action’ memang boleh dapat gred A betul. Saudara Hiro, setuju dengan saudara Zul bahawa DAP itu aksinya lebih, kurang bercakap? Hiro: Saya setuju. Sebenarnya saya sendiri telah mengalami bagaimana DAP bekerja dengan rakyat dan bagaimana ia berinteraksi dengan rakyat. Apabila ia merangka sebarang program untuk berkhidmat kepada rakyat, ia betul-betul bertindak – sesuai dengan nama parti.
KETUANAN MELAYU Dalam keadaan politik semasa, sampai bila agak-agaknya kita akan masih terlungkup dalam kerangka politik ketuanan Melayu? Nunu: Sepatutnya dah berakhir. Dengan slogan 1Malaysia Perdana Menteri, sepatutnya ide ketuanan Melayu ini sudah berakhir lama. Rakyat semua bangsa sudah sama-sama memajukan negara, semuanya sudah bersatu. Sepatutnya ide ketuanan Melayu itu sudah lama selesai. Namun sentimen itu masih dimainkan oleh pihak-pihak seperti ISMA dan UMNO terutamanya. Kenapa tak masuk ISMA? Sebagai wanita bertudung, berkeluarga, kenapa tidak? Nunu: Haha. Kita tengok dasar. DAP sampai setakat ini tidak menimbulkan provokasi menggunakan agama. Tetapi parti-parti lain sering sahaja mengaitkan DAP dengan agama dan bangsa, sedangkan DAP sendiri tidak pernah mainkan sentimen agama dan bangsa.
Jadi itu yang menarik minat untuk menyertai DAP?
Bagaimana dengan saudara Raja Iskandar Fareez, sebagai orang memiliki susur galur raja-raja Melayu, apa pendapat anda tentang ketuanan Melayu?
Hiro: Ya, DAP sememangnya sebuah parti yang matang sejak ia tubuh beberapa tahun selepas merdeka. Sambil ia matang, pastinya ada beberapa konflik yang berlaku. Itu lumrah bagi sebuah parti politik. Tetapi fokusnya terhadap rakyat sememangnya menjadi keutamaan.
Iskandar: Dalam abad ke-21, kita sudah sepatutnya boleh melihat melangkaui pemikiran yang merangkumi hanya kaum, bangsa atau warna kulit. Tahun depan kita akan melihat berlakunya gagasan AEC 2015 (Asean Economic Community). Dalam keadaan begini adakah masuk akal sekiran-
ya kita hanya berfikir dalam kerangka satu kaum, kerana kita akan bersaing dengan negara-negara lain di rantau ini di atas platform yang seimbang tanpa layanan istimewa. Bagaimana kita mahu kerangka kaum untuk berfungsi dalam kerangka ekonomi baru pada masa akan datang? Tidak wajar sekiranya kita sekadar berwacana tentang politik perkauman sempit. Kalau perkauman yang tak sempit, tak apa? Zul: Kita terlebih dahulu perlu faham apa itu perkauman yang tidak sempit. Namun kita kena tahu apa itu perkauman yang tidak boleh, iaitu apabila kita menyokong kaum sendiri walaupun kaum kita berbuat salah. Itu asabiyah, itu dah selesai. Perkauman, atas fitrahnya manusia ini memang akan mengikut yang sejenis dengannya. Ras ini bukan sahaja pada kulit tetapi juga pada bahasa. Contohnya, orang Arab akan lebih cenderung untuk berkawan dengan orang yang pandai berbahasa Arab, kerana bahasa ini dekat dengan lenggok budaya sesuatu kelompok masyarakat. Mungkin sesuatu itu sesuai dengan budaya kita, tetapi dengan budaya kelompok lain tidak. Jadi perkauman sempit ialah perkauman yang dipergunakan untuk tujuan-tujuan politik dan ekonomi yang sebenarnya untuk menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Dengan asas bahawa DAP bukan parti perkauman, setuju kalau saya katakan DAP adalah parti politik masa depan? Hiro: Pastinya saya percaya bahawa DAP
ANAK MUDA
EDISI BAHASA MALAYSIA
bukan setakat parti masa depan, tetapi parti masa kini yang menggalakkan masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira apa latar keturunan atau agama. Kalau nak dibanding dengan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat contohnya, saya rasa parti-parti lain patut lebih belajar dengan DAP dan melihat bagaimana DAP bekerja, selain DAP juga perlu melihat bagaimana parti-parti kawan dalam Pakatan bekerja. EKONOMI RUMAH TANGGA
“MERDEKA PERLU DIMILIKRAKYATKAN SEMULA”
Saudara Hiro, sebagai seorang ketua keluarga, boleh ke hidup dalam keadaan ekonomi sekarang ni? Hiro: Saya sudah bekerja selama lima tahun dan kini sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang anak. Sejujurnya kita hidup dalam ekonomi keberhutangan – dari segi hartanah, perbelanjaan harian dan terpaksa meminjam untuk meneruskan kehidupan. Sebagai seorang arkitek, saya sendiri tidak mampu untuk membeli unit kondominium yang saya sendiri reka. Keadaan pentadbiran ekonomi yang bobrok kini berada pada satu tahap yang amat serius. Iskandar, rasa bersyukur tak kerana masih bujang? Iskandar: Haha. Sebenarnya soalan ekonomi begini tidak boleh diletakkan dalam lingkungan kahwin atau bujang. Isi rumah Malaysia ada banyak jenis, termasuk bujang tetapi tinggal bersama keluarga, bujang di perantauan, kahwin tetapi tinggal bersama keluarga mertua, kahwin dengan hanya salah seorang pasangan bekerja dan sebagainya. Majoriti akan berpendapat bahawa kehidupan dalam keadaan ekonomi sekarang membebankan. Apabila menikah, perbelanjaan akan bertambah secara mendadak berbanding hidup bujang. Peratusan pendapatan yang lebih besar akan terpaksa disalurkan kepada biaya sewa rumah, pengangkutan dan sebagainya. Sebenarnya makin susah untuk rakyat Malaysia berumahtangga dalam keadaan ekonomi sebegini. Zul, bersyukur tidak kerana cuma ada seorang isteri? Anak berapa sekarang? Rasa terbeban tidak dengan keadaan ekonomi sekarang? Zul: Anak empat. Isteri tetap seorang. Untuk orang macam saya, nak hidup memang boleh. Tetapi kualiti kehidupan tu belum tentu. Dan kerisauan saya yang utama bukanlah keadaan sekarang, tetapi keadaan di masa depan, untuk pendidikan anakanak contohnya. Perlu ada simpanan untuk pendidikan mereka dan, kedua, simpanan untuk kehidupan selepas bersara. Maka perjuangan kita sekarang bukan untuk selesaikan masalah hari ini, tetapi untuk dua puluh tahun lagi. Risau kita bayangkan bagaimana kehidupan anak-anak dengan masa depan yang belum tentu. Sekarang pun contohnya, kita boleh makan ayam; tapi ayam sejuk beku, ‘ayam zombie’. Khasiatnya entah ada entah tidak. Kualiti hidup jadi kerunsingan utama.
11 SEPTEMBER 2014
Selain daripada ayam dan pendidikan, apa lagi yang membeban kehidupan saudara? Zul: Kita ada bahaskan tentang pusat jagaan anak-anak. Saya ada empat orang anak. Taska ni ikut tahap umur, makin kecil anak, makin mahal; sekurangnya-kurangnya RM250 seorang satu bulan. Itu belum lagi taska yang berlesen bawah JKM. Taska yang tidak berlesen ni setakat kita boleh tawakal sajalah, kalau jadi apa-apa kepada anak, tak boleh buat apa-apa kerana tak ada lesen. Jadi saya yang ada empat orang anak berlainan usia akan membelanjakan lebih RM600 hanya untuk anak saya tumpang duduk pada siang hari beberapa jam. Jadi kalau ditolak jumlah ini daripada pendapatan bulanan, berapa sahaja yang tinggal. Nunu, sebagai seorang ibu, setuju? Kasihan tak dengan suami? Nunu sekarang tak kerja ‘kan? Nunu: Kasihan. Dan sebab isu yang Zul timbulkan tadilah saya berhenti kerja selepas melahirkan anak yang pertama. Selepas kita tengok kes-kes kematian anak di taska, buat kita rasa takut nak hantar anak ke tangan orang lain. Suami saya (Hiro) yang kerja sebagai arkitek pun gajinya tidak mencukupi untuk menampung keluarga. Sekarang kami tinggal dengan ibu-bapa Hiro, jadi jimatlah tidak perlu bayar sewa rumah dan bil. Tapi kami masih perlu makan dan bergerak ke sana ke mari. Kami masih rasa terbeban, biar pun tinggal bersama mak-ayah. Rasa terbeban kerana gaji kekal rendah, tetapi harga barang semua mahal belaka. Tetapi Iskandar, janganlah takut untuk berumah tangga. Rezeki tu Allah bagi. Iskandar, orang kata zaman ini orang menikah bukan kerana cinta tapi kerana ekonomi, setuju? Iskandar: Bergantung jugalah. Menikah untuk meringankan beban atau menambahkan beban. Haha. Kita kena bezakan juga ekonomi negara dan agihan kekayaan negara. Kita dapat lihat pertumbuhan ekonomi negara bertambah dari tahun ke tahun, tetapi kita sebagai rakyat tidak merasakan manfaat yang diuar-uarkan oleh media dan kerajaan tentang pertumbuhan ekonomi tersebut. Ini mungkin kerana sistem yang kita pakai di mana mereka yang ada modal akan beroleh keuntungan yang lebih besar berbanding dengan mereka yang hanya membekalkan tenaga buruh. Di situ persimpangannya untuk kita balik berbincang tentang dasar.
MERDEKA, MALAYSIA Kita bakal menyambut Hari Malaysia ke 51, Nunu dan Hiro, sebagai orang Sarawak, ada sebarang rasa kesal dengan cara Sarawak dilayan sepanjang penubuhan Malaysia? Nunu: Rasanya selepas 51 tahun, kita tengok taraf hidup rakyat di Sabah dan Sarawak tidak semaju Semenanjung. Sedangkan Sarawak ada hasil bumi yang kaya, tetapi agihan kekayaan itu tidak diuruskan dengan baik. Tapi kan Taib Mahmud dah tak ada? Nunu: Saya tahu. Sebab dialah yang jadi begini sekarang ni. Kampung saya sendiri, dalam kawasan Parlimen Batang Lupar, asal saya balik kampung saja mesti tak ada air, kadang kalau ada pun air warnanya kuning. Takkan saya nak bagi anak-anak minum air yang begitu. Bekalan elektrik pun masih ada yang tak sampai. Kadang-kadang siang sahaja ada elektrik, malam perlu guna ‘generator’. Hiro nampak stress betul bila sebut tentang Sarawak. Ada nak tambah? Hiro: Mari kita lihat kembali kepada sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia, bila Sarawak merdeka dan bergabung bersama Sabah, Singapura dan Malaya membentuk Malaysia. Sarawak mendapat kemerdekaan pada 22 Julai 1963 dan sebenarnya sebuah negara berdaulat pada waktu itu, sebelum membentuk Malaysia. Selepas 16 September 1963, sekadar beberapa bulan selepas Sarawak merdeka, ia sekadar menjadi sebuah negeri anggota. Selepas 51 tahun menjadi negeri anggota Persekutuan Malaysia, Sarawak sebagai negeri paling kaya hasil bumi, masih ada penduduk Sarawak masih lagi buta huruf; rakyatnya masih lagi distereotaip sebagai masih tinggal di hutan dan masih bercawat. Walhal ia negeri yang menyumbang berbilion ringgit daripada hasil petroleum kepada Kerajaan Persekutuan, tetapi pada masa yang sama ia masih miskin. Jadi itu antara ketidakadilan yang sedang berlaku di Sarawak. Nunu: DAP sedang membantu rakyat Sarawak, sejak 2013 dengan projek Impian Sarawak. Kita nampak hasilnya. Hiro: Apa yang dilakukan oleh DAP sebagai sebuah parti politik, seolah-olah mengesampingkan kalimat politik, dan datang untuk semata-mata membantu rakyat Sabah dan Sarawak di peringkat akar umbi. DAP sebagai parti yang berideologi membina
hubungan rapat dengan kawasan luar bandar sebagai sebahagian daripada semangat solidariti kemanusiaan. Saya juga dengar DAP sedang bekerja untuk menambahkan royalti minyak Sarawak sehingga 20%, sehinggakan BN Sarawak pun turut menerima usul DAP. Itu sebabnya saya percaya bahawa DAP ialah parti yang tepat untuk memimpin di Sarawak. Iskandar: Keadaan di Sarawak dan di seluruh negara sebenarnya sedang beransur baik kerana rakyat sedang mengambil tindakan. Dalam apa jua masalah pun, kita seharusnya bergerak secara tersusun. Seorang individu tidak boleh mengubah dunia, tetapi dengan bantuan seorang lagi, pastinya akan ada sedikit perubahan. Dalam hal Sarawak ini, saya rasa kita perlukan tingkatkan kesedaran di kalangan orang Semenanjung supaya mereka tahu apa yang sedang berlaku di Sarawak dan kemudian menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kezaliman yang berlaku. Bangsa Malaysia, selepas 51 tahun, adakah ini sedang berlaku atau sekadar ilusi sahaja? Bagaimana pula dengan Merdeka, setelah 57 tahun, apa ertinya? Nunu: Sepatutnya lebih banyak penekanan terhadap Hari Malaysia. Bila sebut Merdeka ni, Malaya sahaja yang merdeka. Kalau benar kita hargai Sabah dan Sarawak, seharusnya lebih banyak perhatian diberikan kepada 16 September. 31 Ogos sekadar perayaan Malaya. Kita perlu buka minda ramai pihak yang masih tertutup tentang Sabah dan Sarawak, terutamanya yang masih percaya orang Sabah dan Sarawak masih tinggal atas pokok dan bercawat. Iskandar: Merdeka ada erti, tarikh yang mana pun kita terima, itu tarikhnya kita mendapat peluang untuk menentukan masa depan sendiri. Usia sekitar lima puluh tahun adalah sangat muda bagi sebuah negara, pastinya akan ada masalah – seperti anak kecil yang baru tumbuh gigi untuk kita hadapi sebelum kita matang sebagai sebuah negara berdemokrasi. Kerana hakikatnya demokrasi ini pun sesuatu yang kita dapat secara warisan oleh sebuah kerajaan yang tidak pernah kita lantik. Kita dapat kerajaan itu lebih 50 tahun lalu, dan dia datang bersama demokrasi. Kita tidak kenal betul dengan demokrasi, tidak tahu apa baik dan buruk demokrasi. Namun seburuk-buruk demokrasi, ia adalah sistem yang paling kurang jahatnya. Zul: Saya rasa Merdeka perlu ‘dimilikrakyatkan’ semula. Kita boleh melihat sekarang ini, Merdeka itu simbol-simbolnya merujuk ke arah Umno – Umno lah yang bagi kita merdeka, jadi kita kena undi Umno. Sedangkan tidak sedikit pejuang-pejuang kemerdekaan (di luar Umno) yang mati demi mendapatkan kemerdekaan. Nama-nama Burhanuddin Al-Helmi, Pak Sako betul-betul bersepakat untuk menolak British, tapi malangnya sejarah-sejarah ini semacam ditimbus demi memperbesarkan jasa-jasa Umno. Jadi bagi saya, merdeka yang sebenar ialah apabila kita dapat menerima siapa diri kita yang sebenarnya dan mengakui sejarah kita yang sebenar. Bukan sekadar pacak bendera dan pergi konsert. Sekiranya kita malu untuk mengakui sejarah kita sendiri, itu bagi saya masalah yang sangat besar.
12
BUDAYA
EDISI BAHASA MALAYSIA
SEPTEMBER 2014
PERUBAHAN UTUH: TAK RUMIT MEMBUKA LANGKAH
SYAIR NASIHAT Setengah orang fikir yang karu, Tidak mengikut pengajaran guru, Tutur dan kata haru-biru, Kelakuan seperti anjing pemburu. Tingkah dan laku tidak kelulu, Perkataan kasar keluar selalu, Tidak memikirkan orang empunya malu, Bencilah orang hilir dan hulu. Itulah orang akalnya kurang, Menyangka dirinya pandai seorang, Takbur tidak membilang orang, Dengan manusia selalu berperang.
- Karangan Raja Ali Haji
Oleh EDRY FAIZAL
D
uit seringkali menjadi pertimbangan banyak orang apabila merancang untuk melakukan suatu kegiatan ‘memandaikan’ anak bangsa Malaysia. Namun tidak semua kegiatan perlukan dana permulaan atau perancangan maha besar. Memadai daya kreatif, kesungguhan, dan sifat mahu memberi dengan melaburkan sedikit masa dan minyak kenderaan. Suatu usaha kadangkala tidak memerlukan permulaan yang rumit dan penuh romantis atau modal yang besar. Tidak keterlaluan jika dikatakan begitulah permulaan Buku Jalanan TITI (BJ TITI), cawangan Buku Jalanan yang bergerak di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Seringkali permulaan itu mengingatkan kepada pertemuan Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei dalam San Guo Yan Yi (Kisah Tiga Kerajaan). Tidak saling mengenali, bertembung, saling berkongsi harapan perjuangan, dalam masa singkat langsung bersumpah setia sebagai saudara dan berjuang bersama-sama. “Kami tidak harap untuk lahir pada hari yang sama, bulan yang sama dan tahun yang sama. Kami harap dapat mati pada hari yang sama, bulan yang sama dan tahun yang sama,” adalah lagenda sumpah setia mereka di bawah pohon pic yang terus dikenang merentasi zaman. BJ TITI juga tercetus dari pertemuan dua orang insan yang tidak saling mengenali di Buku Jalanan Shah Alam. Keduanya berkongsi hasrat yang sama dan tidak mengambil masa lama untuk melaksanakan apa yang pada awalnya sekadar borak-borak. Matlamat awalnya cukup tawaduk dan harapannya tidaklah menggunung tinggi. Matlamat yang disepakati para penggerak adalah untuk membawa keluar buku dari rakrak penuh eksklusif dan diletakkan di ruang awam agar dapat dinikmati setiap warga. Hak membaca adalah hak semua. Maka BJ TITI membawa buku kepada alam dengan harapan membawa manusia kepada buku. Sehingga ke hari ini
masih tercatat di laman Facebook BJ TITI, “Tiada dinding, hanya ada pohon-pohon rendang. Tiada permaidani mahal, hanya ada empuk rerumput hijau. Tiada penghawa dingin, hanya ada hembusan angin tasik. Membaca buku bersama alam.” Peribahasa Inggeris ada menyebut, “Kita boleh pimpin kuda ke tasik namun tidak mampu memaksanya minum.” Barangkali usaha BJ TITI cocok dengan perlambangan ‘membawa sebaldi air kepada kuda’. Kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk membaca. Akan tetapi buku yang ‘dihamparkan’ boleh mengusik jiwa-jiwa yang dahagakan bahan bacaan. Pengunjung boleh meminjam dua buku untuk dua minggu. Syaratnya peminjam cuma perlu meninggalkan butiran nama, nombor telefon dan alamat rumah, itu saja. Cubaan mengurangkan birokrasi ini seringkali mengundang skeptis. Para penggerak acapkali ditanya pengunjung apakah tindakan yang bakal dikenakan kepada peminjam yang tidak memulangkan semula buku. Seringkali dijawab semula dengan senyuman, “Mereka BELUM pulangkan buku.” Sebagaimana kemunculan sekumpulan pencinta buku di Taman Tasik Titiwangsa petang Ahad, dua kali sebulan, mungkin menjadi kejutan buat pengunjung, BJ TITI sendiri kadangkala dikejutan apabila usaha baik itu menerima sambutan segenap lapisan masyarakat. Buku dipinjam kanak-kanak, begitu juga yang telah berusia. Daripada Pakcik peniaga warung yang tidak pernah jemu bertanyakan buku tentang pantun, sehinggalah Kakak yang menjual sate ikan. Tiada batas usia, tiada pemisah kelas. Buku untuk semua! Selain menyediakan buku-buku untuk pinjaman, pelbagai kegiatan lain turut diadakan sebagai ‘menemani’ perpustakaan jalanan yang dibuka. Antaranya bedah buku, kuliah pendek, kupasan rencana, persembahan muzik, pembacaan puisi dan banyak lagi. “Baca dan bangkit!” menjadi slogan baru BJ TITI dan
Matlamat awalnya cukup tawaduk dan harapannya tidaklah menggunung tinggi. Matlamat yang disepakati para penggerak adalah untuk membawa keluar buku dari rak-rak penuh eksklusif dan diletakkan di ruang awam agar dapat dinikmati setiap warga. Hak membaca adalah hak semua. bakal memandu langkah-langkah seterusnya. Kata ‘bangkit’ lazim digunakan untuk menggambarkan satu keadaan keluar dari kedudukan yang tidak giat atau lena. Membaca saja tidak memadai sekiranya pembaca kembali dibuai hingga lena oleh suhu dingin pembodohan yang seringkali lebih enak dan menyenangkan. Dengan menetapkan slogan itu, BJ TITI mahu menyumbang kepada sesuatu yang lebih besar. Dari permulaan yang tawaduk BJ TITI dalam fasa metamorfosis untuk menjadi lebih ligat dan berani. Ini kerana kebangkitan tidak dapat digerakkan dengan dodoi dan henjut lembut buaian. Di saat kebanyakan modus operandi untuk memberdayakan masyarakat semakin klise dan kadangkala terjerumus dalam kancah syok sendiri. Cabaran para penggerak BJ TITI seterusnya adalah adalah untuk mengajukan masalah, menakrifkan masalah, menganalisis masalah dan fikirkan cara segar menyelesaikan masalah. Hakikatnya cabaran itu bukanlah cabaran BJ TITI sendirian kerana setiap yang mahu terlibat dalam gerakan memberdayakan masyarakat harus merenungnya. Demi melihat satu kebangkitan.
*Penulis merupakan salah seorang pengasas Buku Jalanan TITI.
BUDAYA
EDISI BAHASA MALAYSIA
13 SEPTEMBER 2014
GEORGE TOWN FESTIVAL: ISMAIL HASHIM, MERAYAU DENGAN JIWA YANG DAHAGA Oleh ALIFF FIKIRI
I
smail Hashim, nama ini tidak pernah saya kenali apatah lagi untuk mengetahui apa yang pernah dibuat dan dilakukan serta memperakui kewujudan serta kehebatannya sebagai jurugambar. Saya tidak tahu sejak bila kewujudan dan keberadaan sudah menjadi barang yang mual. Mungkin kerana terlalu mengamini kata Jean Paul Sartre dalam esei “Being and Nothingness” yang berbunyi: "I exist, that is all, and i find it nauseating." Atau mungkin terlalu banyak ke acara seni dengan struktur operasi (pentas teater, tayangan filem), hingga menjadikan otak lebih mengarah ke pameran dalam bentuk teks budaya kerana ia lebih cepat buat naik 'syeh'. Pulau Pinang pada fikiran ini hanya ada rumah agam, bangunan tinggalan sejarah, Chowrasta dan Nasi Kandar Tajuddin Hussain, sehinggalah seorang teman membawa saya ke pameran Unpack-Repack: Sebuah Tribut untuk Ismail Hashim di The Whiteways Arcade, Lebuh Pantai, acara satelit sempena George Town Festival 2014. The Whiteways Arcade, sebuah bangunan dua tingkat tinggalan kolonial, terletak di antara Lebuh Bishop dan Lebuh Gereja, dulunya di era pentadbiran Inggeris dikenali sebagai The Whiteways dan Laidlaw General Store. Sebaik melangkah kaki ke sini, saya terbayangkan keriuhan pegawai-pegawai British, termasuk Kapten Francis Light meneguk anggur merah, bersuka ria, memberi arahan kepada soldadu dan hamba-hamba. Saya masuk ke tempat pameran tribut yang dipecahkan kepada lima bilik. Bilik pertama dengan tema “Penghormatan”, kedua “Going Bananas”, ketiga “Melihat Ke Luar”, keempat “Melihat Ke Dalam” dan terakhir “Peredaran Masa Kebenaran dan Keindahan Usaha-Usaha Terakhir”. Jenuh mendongak dan menunduk di kelima-lima bilik, saya secara rasminya memilih bilik pertama, kedua dan ketiga sebagai paling menarik. Memasuki bilik pertama jurugambar terkenal Pulau Mutiara dan Pengasas NGO Reformasi 'Aliran' ini, saya tertarik pada karya beliau yang bertajuk We Shall Overcome (1975). Imej foto seorang gadis sedang berlari sambil memegang payung dan latarnya dipenuhi jalur-jalur air menurut pendokumen Nur Hanim Khairuddin adalah kelibat Ismail sebagai pendokong humanisme dan pemerhati masyarakat. Saat ternampak pintu bilik kedua “Going Bananas”, perkara pertama yang muncul dalam kepala adalah imej wanita, mungkin pekerja sosial, sedang mengintip-gintip pisang penyedap malam supaya senang tidur. Mohon maaf jika ini dianggap memperlekeh wanita atau menaikkan kemarahan penyanjung Naomi Wolf atau sesiapa saja yang bertuankan kata “tidak ada sosialisme tanpa pembebasan perempuan.” Padahal sebagai manusia, semua individu tidak akan terlepas pada sepuluh huruf 'Voyeurisme', dorongan tidak terkawal untuk secara diam-diam mengintip
Sebaik melangkah kaki ke sini, saya terbayangkan keriuhan pegawai-pegawai British, termasuk Kapten Francis Light meneguk anggur merah, bersuka ria, memberi arahan kepada soldadu dan hamba-hamba. atau melihat seseorang berlainan jenis atau sejenis tergantung orientasi untuk memperoleh kepuasan seksual. Tapi tekaan saya silap, 'Going Bananas' rupanya gambar yang segalanya bertemakan pisang adalah kiasan Ismail tentang kegilaan, metafora tepat tentang artis yang naik gila dan nanar terhadap praktis kesenian serta misteri alam. Seorang anggota 'working class' seperti Ismail juga tidak gemar kesucian 'kelas pekerja' diromantiskan dan beliau mengistilahkan segala yang romantis sebagai 'batang pisang'. Kegilaan beliau terhadap pisang dibuktikan menerusi proses kerjanya yang teliti dan cermat di dalam menghasilkan cetakan lekap, serta memilih menyimpan negatif, cetakan ujian dan karya lengkap. Di bilik ketiga, “Melihat Ke Luar”, apa yang menarik perhatian saya di ruangan ini bukanlah gambar tapi terjemahan Ulysses dari Lord Alfred Tennyson oleh Ismail sendiri. Rangkapnya seperti berikut:
"...aku tidak boleh berhenti mengembara..kerana aku sentiasa merayau dengan jiwa yang dahaga." Dalam ruang mirip koridor ini, Ismail, pengembara yang resah Melihat Ke Luar untuk menjengah dunia dan penuh empati mengungkap keagaman bumi serta penghuninya sambil menganalisa dunia sosial dan alam fizikal lalu 'merayau dengan jiwa yang dahaga'. Di bahagian Manusia dan dan Pekerjaan (bilik sama), Ismail merakam kegiatan pekerjaan masyarakat majmuk Malaysia serta kegiatan masa lapang mereka dalam keadaan berehat atau bergerak. Beliau mencari secara visual hal-hal terkait dengan jerih perih kehidupan natijah dari kegigihan meneruskan kelangsungan hidup dengan memanfaatkan apa sahaja. Paling ketara tertera pada karya Standing on Your Feet on Two Wheels (1977), sebuah foto berbentuk kolaj yang menampilkan imej penjaja kecil membawa barangan jualan di
Festival George Town adalah festival kesenian yang berlangsung selama sebulan dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2014. Festival bertujuan mengangkat seni budaya tempatan dan antarabangsa di Kota Warisan Unesco ini telah dimulakan pada tahun 2010. Sejak tahun 2010 sehingga kini, pelbagai acara dan pertunjukkan bertaraf dunia yang merangkumi kolaborasi lintas budaya kreatif, seni eksperimental, seni pertunjukan tradisional dan kontemporari, termasuk kesenian masyarakat setempat serta instalasi awam, telah diadakan. Misi penganjuran festival ini adalah untuk menjadi platform seni dan budaya di Asia Tenggara dengan sudut pandang unik kota George Town.
atas basikal mencari sesuap rezeki. Setelah sejam lebih menatap, rakan saya mengingatkan bahawa masa sudah tiba untuk bergegas menghantar saya ke feri. Sebelum balik, saya disapa seorang gadis, dia bertanya “Hey! do you like The Big Durian?” Tidak sempat menjawab, hanya memberikan senyuman, saya menuju ke kereta. Banyak acara menarik di George Town Festival yang tidak sempat saya pergi, mungkin kerana beberapa halangan. Antara yang menarik dan wajib dihadiri (ketika catatan ini ditulis) adalah Short Sweet Malaysia 2014, Teater At Home At The Zoo, tayangan filem pendek Hai Ki Xin Lor, persembahan Hindi Ghazal, pameran sejarah boria dan lain lagi. Dalam feri, sambil melihat laut saya masih memikirkan apakah simbolik kepada pertanyaan tentang filem dokumentari The Big Durian? Dan saya kini seperti Tennyson dan Ismail 'merayau dengan jiwa yang dahaga'.
14
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
SEPTEMBER 2014
Akar kemelut MB Selangor KEMELUT Menteri Besar (MB) Selangor berpunca dari kedegilan dan sikap keras kepala. Semuanya berakar dari isu akauntabiliti. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sejak dari dahulu tidak mahu dipertanggungjawabkan kepada sesiapa pun. Namun pastinya apabila dilaporkan media, ia kelihatan seolah-olah parti-parti politik mahu campurtangan dalam urusan pentadbiran negeri, padahal hakikatnya tidak begitu. Seorang MB harus bertanggungjawab terhadap parti politik yang melantiknya, kerana parti tersebut perlu bertanggungjawab pula kepada rakyat dan pengundi yang memilihnya. Parti politik berkempen dengan platform parti, dan pastinya nanti parti politik itu juga yang akan dihukum oleh para pengundi dan rakyat sekiranya MBnya tidak menghormati manifesto dan etika parti. “Siapa pun dia, betapa bagus pun dia, seseorang itu masih perlu bertanggungjawab kepada sesebuah organisasi. Kuasa boleh merosakkan seseorang. Jika kita fikir kita lebih tinggi martabatnya dari orang lain, dan walaupun kita tidak rasuah, korupsi boleh berlaku dengan banyak cara.” Demikian peringatan yang diberikan Rafizi Ramli dalam wawancara eksklusif berhubung permasalahan MB Selangor yang hampir sahaja memecahkan pakatan politik enam tahun Pakatan Rakyat. “Keengganan untuk bertanggungjawab ke-
pada kepimpinan dan rakan-rakan dalam parti adalah suatu bentuk korupsi,” tambahnya berhubung kedegilan Khalid yang akhirnya mencambahkan kemelut berpanjangan. Menurut Rafizi, sudah sememangnya sikap Khalid untuk tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Di sepanjang interaksi parti bersama Khalid Ibrahim, PKR sudah pun faham sikapnya yang tidak akan beralah dan mengalah, kerana beliau merasakan bahawa beliau tidak perlu memberi penerangan dan laporan kepada sesiapa pun. Apa lagi cara yang lebih baik untuk menangani masalah ini? Setelah orang ramai kini dapat melihat sikapnya dengan lebih jelas – apabila Khalid bertindak memecat Exconya dan kekal berpaut pada jabatan MB walaupun sudah jelas kehilangan majoriti Dewan Negeri Selangor – bagaimana lagi untuk menukar MB seperti ini? Disuruh letak jawatan dengan baik pun sudah. Memintanya berunding dengan wakil-wakil parti dalam urusan negeri pun sudah. Disuruh datang mesyuarat enggan, diberi keputusan di peringkat Pakatan juga tidak diendahkan. “Dalam isu kenaikan gaji contohnya, Pakatan membuat keputusan bertentangan dengan pendirian Khalid. Keputusan tersebut disampaikan kepadanya, namun beliau langsung tidak endah,” kata Rafizi. Ini semua perkara yang berlaku di balik tabir politik dan tidak kelihatan di mata orang
ramai. Malahan sekarang pun, di saat beliau kehilangan majoriti Dewan dan beliau seorang Adun Bebas, beliau masih lagi enggan meletakkan jawatan. Menurut Rafizi lagi, dalam keadaan sekarang, apa yang wajar dilakukan ialah untuk mempersembahkan bahawa majoriti sudah menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai pengganti, dan mengizinkan proses undang-undang berjalan secara betul. Kenapa Azizah? “Jika Wan Azizah dipersalahkan sebagai satu kes nepotisme, maka saya rasa kesemua tiga parti komponen Pakatan Rakyat boleh tutup kedai.” “Apabila berdepan tugas menjatuhkan sebuah rejim gergasi yang sudah lama berkuasa, selalunya seluruh keluarga akan terjebak sama,” katanya sambil memberi contoh penglibatan politik anak-anak pimpinan kanan Pakatan dalam PAS dan juga DAP. Namun apa yang lebih penting kata Rafizi ialah apa yang boleh ditawarkan Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru. Menurut Rafizi, Selangor memerlukan seorang MB yang mampu mentadbir secara berpasukan dan mengambil kira pandangan semua pihak. “Calon mesti diterima semua pihak dalam Pakatan sebagai simbol dan sosok perpaduan.
‘Pakatan Rakyat: Dibunuh tak mati-mati’
A
da kerjasama erat serta keinginan berat di peringkat akar umbi supaya Pakatan Rakyat berkekalan jodohnya. Ramai yang mahu PAS terutamanya kekal dalam Pakatan, tidak kira lah apa pun perkelahian di peringkat pucuk pimpinan. Terlalu banyak kisah setiakawan di kalangan anggota parti yang melangkaui batas kaum, agama dan budaya. Kisah-kisah ini memberikan harapan untuk melihat kerangka yang lebih besar di saat berdepan krisis yang menguji persaudaraan. Kisah yang ini dikongsikan oleh Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin.
Saya ingin memberi penghormatan kepada dua rakan Pakatan Rakyat yang berani membuat keputusan untuk hadir ke sidang media bagi menyatakan sokongan terbuka menolak Khalid Ibrahim. Tindakan mereka itu telah menyebabkan Pakatan Rakyat kekal tidak berpecah di tengah-tengah kemelut Menteri Besar Selangor. Saya adalah antara 30 orang Adun yang menandatangani kenyataan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Namun sehingga saat pagi sebelum sidang media tersebut, saya begitu risau kita tidak cukup bilangan bagi membuktikan bahawa kita memiliki majoriti. DAP mempunyai 15 Adun, manakala PKR 13, kami cuma ada 28 orang. PAS pula belum membuat keputusan. Saya dengar khabar dua orang Adun dari PAS akan hadir, tetapi saya tidak betul-betul pasti bahawa mereka benar-benar akan datang. Tahukah apa akibat engkar kepada parti? Kerjaya politik dalam parti mungkin berakhir (hampir pasti anda tidak akan dicalonkan bagi penggal seterusnya) atau sekurang-kurangnya dihantar ke jawatankuasa disiplin parti. Kemudian saya lihat YB Hasnul tiba. Beliau tersenyum, namun saya dapat melihat dari riak wajahnya bahawa beliau memang gemuruh. Seperti seorang anak kecil yang baru melanggar peraturan. Beliau kelihatan berlegar-legar dan cuba untuk keli-
hatan tenang. Waktu terus berlalu, dan saya terus menantikan seorang lagi Adun PAS untuk tiba. Saya dengar bahwa YB Saari akan hadir. Beliau sememangnya telah menjadi contoh bagi saya sejak saya mengenalinya. Beliau Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Syarikat Terkait Kerajaan, yang mana saya menjadi anggotanya. Seorang bekas tahanan ISA dan juga seorang penulis, beliau seorang yang lemah lembut, tenang dan berilmu, tegas dan berprinsip. Saya sentiasa memandang tinggi beliau dan cuba belajar darinya. Tetapi adakah beliau akan memperjudikan kerjaya politiknya dan hadir sama? Itu saya tidak begitu pasti. Kemudian saya nampak YB Saari tiba. Seperti biasa, beliau membawa beg sandang dan berjalan perlahan dan tenang sekali. Isterinya tetap di sisi dan berkata kepada saya bahawa perasaannya sama seperti yang dirasai ketika YB Saari hendak ditahan di bawah ISA dulu. Demikian hebatnya tekanan yang timbul daripada tindakan sedemikian bagi keluarga. Saya begitu tersentuh, air mata mula bergenang tetapi saya seka dengan cepat. Saya berasa malu untuk terlalu beremosi dalam keadaan sekarang. Di tengah demikian banyak kekecewaan, saya melihat rakan-rakan seperjuangan yang begitu berani untuk menyatakan pendirian demi mengekalkan Pakatan Rakyat supaya tidak berpecah, dan untuk menyatakan pendirian demi mengekalkan demokrasi dua parti di Malaysia. Apa sahaja keputusan PAS, kita pasti akan hadapinya. Perjalanan masih jauh dan kita baru berada di garis mula. Namun saya tetap akan mengingati hari tersebut, ketika dua lelaki membuat keputusan yang begitu payah dan memberi inspirasi bagi saya melangkah lebih jauh. Terima kasih YB Hasnul dan YB Saari. Saya akan ceritakan kisah keberanian kalian kepada anak cucu saya nanti.
Apa yang kita benar-benar perlukan sekarang ialah kepimpinan berkonsensus dan mampu mengharmonikan semua pihak,” ujar Ahli Parlimen Pandan itu. Kata beliau lagi, berikutan perpecahan akibat pentadbiran Khalid, Selangor benar-benar memerlukan pemimpin yang boleh menjanjikan perpaduan. “Kak Wan boleh menawarkan pentadbiran yang lebih inklusif dan konsultatif,” ujarnya sambil menambah hanya Wan Azizah sahaja yang diterima ketiga-tiga parti Pakatan untuk menjadi calon MB yang baru. “Kalau pun kita ada calon yang mungkin lebih baik, tetapi jika DAP tidak mahu, atau PAS tidak mahu atau sebahagian PKR tidak setuju, (maka) tidak selesai juga,” tambah beliau lagi. Khalid akhirnya meletakkan jawatannya dalam satu pertemuan dengan Sultan Selangor 26 Ogos. Tuanku kemudian menitahkan agar setiap parti dalam Pakatan menghantar sekurang-kurangnya tiga nama untuk dipertimbangkan. DAP dan PKR tetap akan menghantar satu nama - Wan Azizah. Perkara sama dilakukan ketika melantik Khalid selepas PRU13. Menurut Rafizi, banyak pihak memandang rendah potensi Wan Azizah untuk memenangi sokongan pengundi wanita – segmen pengundi yang kurang dipujuk dalam kempen Pakatan menjelang pilihanraya umum ke-13 yang lalu.
KRONOLOGI 27 Januari - Bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN Kajang
26 Februari - Khalid Ibrahim tandatangan MoU penstrukturan semula air Selangor bersama Kerajaan Persekutuan
26 Jun -Khalid tewas pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor
21 Julai - PKR umumkan Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi pengganti Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor 22 Julai - Khalid berkeras mahu kekal sebagai MB 25 Julai - Presiden PAS Abdul Hadi Awang
mempertahankan Khalid untuk terus berkhidmat sebagai MB
1 Ogos - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyatakan sokongan terhadap Azizah sebagai MB yang baru 4 Ogos - Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan laporan empat puluh muka mengenai persoalan integriti Khalid Ibrahim
5 Ogos - Khalid menerima surat tunjuk sebab daripada Jawatankuasa Disiplin PKR 9 Ogos - Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR 11 Ogos - Sultan Selangor memberi perkenan kepada
Khalid untuk terus kekal sebagai MB
12 Ogos - Khalid memecat kesemua enam Exco daripada PKR dan DAP, namun mengekalkan empat orang Exco PAS 14 Ogos - 30 Adun Selangor mengadakan sidang media bagi menafikan majoriti Dewan Negeri Selangor yang didakwa milik Khalid Ibrahim
17 Ogos - Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
putuskan Wan Azizah calon tunggal menggantikan Khalid Ibrahim
26 Ogos - Khalid Ibrahim meletakkan jawatan Menteri Besar. Sultan menitahkan setiap parti dalam Pakatan memberikan sekurang-kurangnya 3 nama.
PKR dan DAP memutuskan untuk tetap menghantar 1 nama - Wan Azizah.
www.gentamedia.com
TSUNAMI CINA: RETORIK ATAU REALITI
Membeli-belah dalam talian Aktiviti akan datang Petikan PDF percuma Harga
Barangan
No.
(RM)
01
Tsunami Cina: retorik atau realiti? / Lim Hong Siang
15.00
02
Kluang mencatat sejarah, mencetus impian (DVD) / Genta Media
15.00
03
Kalender kreatif: komuniti Kluang impian
04
Jangan kelentong lagi kita semua orang Malaysia / Kee Thuan Chye
39.90
05
Kenangan perjuangan PRU 13 Kluang
15.00
06
Putrajaya milik siapa / Liew Chin Tong
10.00
07
Karpal Singh: pantang undur / Melissa Loovi
20.00
08
Hak untuk berbeza pendapat / Ooi Kee Beng
20.00
09
Malaysia milik kita bersama / Wan Hamidi Hamid
15.00
10
Dari penjara ke tampuk kuasa: Lim Guan Eng / Wan Hamidi Hamid
20.00
11
Yes, Jom Ubah / Wong Ho Leng
8.00
12
Bajet: Bagaimana kerajaan membelanjakan wang kita / Teh Chi Chang
20.00
13
1 Black Malaysia / DAP
15.00
14
Membongkar Rahsia DAP / Roketkini.com
9.90
15
Berdialog dengan gereja: sebuah travelog kedamaian / Mujahid Yusof Rawa
25.00
16
Mengatasi Korupsi Asas-asas / Bertrand De Speville
30.00
17
KTT
“Ternyata buku ini memberi kita kesempatan untuk menjengah sedalamnya gelora dan citacita masyarakat Cina sepanjang lima dekad di negara ini. Kita sebenarnya – khususnya orang Melayu – tidak terasa denyut minda dan debar kalbu masyarakat Cina yang sebenar. Buku ini membuka peluang itu.”
Jumlah (RM)
01
25.00
- A. Samad Said, Sasterawan Negara
Kini Di Pasaran RM15
07 02
03
04
06
05
Keadilan untuk Beng Hock / DAP **BAYARAN POS (RM5 / RM10) Peninsular Malaysia RM5 Sarawak & Sabah RM10
Jumlah
08
09
10
11
12
13
Nama: ____________________________________________________ No. Telefon: _________________________ Alamat Emel: ____________________________________________________________________________ Alamat: _________________________________________________________________________________ Perhatian: Semua cek hendaklah dipalang dan dibayar atas nama : Genta Media Sdn Bhd Anda juga boleh membayar terus ke dalam akaun kami di Public Bank 3159 1216 32 Sila fakskan bank-in-slip kepada kami. Semak untuk langgani. Sertai senarai mel kami jika Untuk sebarang pertanyaan, Sila hubungi 03-9281 8105 Sila kirim tempahan anda ke: Tingkat 2, Blok A, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew, Off Jalan Pudu, 55100, KL. Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104
anda ingin menerima maklumat terkini mengenai buku-buku baru kami, dan tawaran istimewa.
17
16
15
Emel: info@gentamedia.com
Kehabisan Stok?
l Pesan kedai buku untuk mengisi stok l Hubungi kami: 03-9281 8105 gentamedia.com
Buku juga boleh didapati di:
gentamedia
Butir Bayaran Cek
BORANG LANGGANAN THE ROCKET (EDISI BM) 12 isu (RM12)
No Slip Bank Masuk
Jumlah Bayaran: RM
Sila bayar atas nama ‘Genta Media Sdn Bhd’ Bank: Public Bank Berhad No. Bank Akaun: 3159 1216 32
24 isu (RM 24)
* termasuk bayaran pos
Jenis Langganan Baru
Kiriman Wang Pos
Cawangan Bank:
Kad Kredit
Membaharui No Ahli : ____________
Nama atas Kad Kredit: Visa
Butir Peribadi
Master
Bank Pengeluaran Kad :
Negara Pengeluaran Kad:
Nama (seperti dalam IC) : Jantina : No IC : Alamat :
Jumlah Bayaran: RM
No. Kad Kredit:
Pekerjaan : Tandatangan Pemegang Kad: _______________________ Saya ingin membuat langganan secara automatik. (Hanya untuk pengguna kad kredit)
Tel (H/O) Emel
: :
(HP):
Sila hantarkan borang langganan kepada alamat berikut:
Genta Media Sdn Bhd Blok A, Tingkat 2, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew Off Jalan Pudu, 55100, Kuala Lumpur. Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104 Emel: info@gentamedia.com
Saya sudah baca, faham dan setuju dengan semua Syarat.
Syarat-syarat: * Jangan menghantar tempahan dengan WANG TUNAI. Borang langganan akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja * Dengan ini, saya membenarkan bank yang dilantik oleh Genta Media untuk mendebitkan akaun kad kredit saya untuk langganan ini.
14
16
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
SEPTEMBER 2014
JIKA MASALAH DALAMAN BERTERUSAN, PAKATAN BAKAL HANCUR – GUAN ENG GEORGETOWN: Sebuah kerajaan pusat yang adil dan saksama akan dapat dibentuk jika ketiga-tiga komponen Pakatan rakyat bebas dari masalah dalaman serta bersatu hati atas dasar bersama. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, DAP dalam Pakatan sentiasa mencari ruang-ruang perpaduan yang sedia ada untuk memperbanyakkan kepelbagaian pandangan serta memperbaiki hubungan. “Itulah peranan yang DAP boleh mainkan. Kalau semua tiga-tiga parti pecah, ada masalah dalaman, habislah kita.
“Saya selalu melihat di belakang setiap krisis, ada peluang. Kalau krisis dapat diatasi dengan baik, itu akan mengutuh dan menguatkan lagi Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu pertemuan dengan Roketkini di sini baru-baru ini. Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan bahawa jika Pakatan mampu mengutuhkan kekuatan, ia bermakna sudah melepasi ujian BN yang berniat untuk memecah-belahkan perpaduan Pakatan. Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, DAP tidak boleh bergerak sendirian selain dengan bantuan parti rakan,
khususnya dalam persediaan menuju pilihanraya umum ke-14 dan pilihanraya negeri Sarawak. “Kita juga memerlukan muka-muka baru yang boleh menarik perhatian dan menawan hati,” ujarnya. Beliau menambah, ketua-ketua pemuda Pakatan Rakyat iaitu Teo Kok Seong, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Suhaizan Kayat mampu bekerjasama sebagai satu pasukan.
Ikuti wawancara eksklusif sepenuhnya di muka 6-7
MH17 DALAM KENANGAN MASA seakan terhenti dan negara pegun seketika apabila rakyat tanpa mengira latar belakang bertafakur selama seminit bagi memberi penghormatan kepada ketibaan jenazah mangsa nahas MH17 ke tanah air, 22 Ogos lalu. Dua puluh jenazah itu adalah kumpulan pertama daripada 43 nyawa rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas itu yang dibawa pulang, dan disambut dengan istiadat tentera sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Jalur Gemilang dikibar separuh tiang, 30 juta rakyat bersatu dalam kesedihan bagi mengenang tragedi yang merampas 298 nyawa selepas pesawat Boeing 777 MH17 ditembak jatuh dari langit Ukraine, berhampiran sempadan Rusia 17 Julai lalu. Seluruh dunia gempar, apatah lagi belum sampai tiga bulan peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang turut hadir di KLIA merakamkan ucapan takziah dan rasa sedihnya. “Semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, politik bersatu memberi penghormatan kepada mangsa MH17. “Hampir seribu rakyat menyambut kepulangan kumpulan pertama jenazah. Kali pertama dalam sejarah negara bertafakur selama
seminit sebagai penghormatan kepada 298 orang,” katanya. ‘Hari ini bukti kita semua rakyat Malaysia’ Kerajaan Pulau Pinang juga mengadakan Majlis Perkabungan peringkat negeri di George Town, pada hari yang sama. Ketua Menteri Lim Guan Eng menyifatkannya sebagai hari yang amat menyedihkan, bukan sahaja bagi keluarga mangsa, malah kepada seluruh rakyat. “Majlis ringkas ini sebagai tanda simpati dan solidariti,” katanya sambil sekali lagi mengecam pihak yang terlibat dalam perebutan kuasa sehingga menyebabkan 289 nyawa tidak berdosa terkorban begitu sahaja. Namun, beliau berpesan, rakyat yang masih dibelenggu rasa dukacita boleh menjadikan peristiwa hitam ini sebagai iktibar, terutama dalam memastikan keakraban dan perpaduan sesama rakyat pelbagai kaum di Malaysia. “Amat wajar untuk kita mengelak daripada sebarang kezaliman bagi memastikan keakraban antara semua bangsa dan kaum terutama di Malaysia. “Hari ini kita telah buktikan bahawa kita semua anak Malaysia yang sehati, sejiwa dan sedarah,” katanya lagi. Secara khusus, Setiausaha Agung DAP itu merakamkan tak-
ziah kepada keluarga tiga mangsa asal Pulau Pinang iaitu Tan Siew Poh (ibu), Loh Yan Hwa (anak) dan Fan Shun Po (menantu), yang turut hadir. “Sehingga kini, hanya mayat Loh telah ditemui dan masih be-
rada di Amsterdam manakala dua lagi masih belum dijumpai. Adalah menjadi hasrat keluarga ini untuk ketiga-tiga mayat tersebut untuk dibawa pulang secara bersama ke Malaysia,” katanya lagi. Lima lagi anak Pulau Pinang
yang terkorban ialah Kapten Eugine Choo Jin Leong (pembantu juruterbang), Nor Shazana Mohd Salleh (pramugari), Sanjit Singh (pramugara), Azrina Yaakob (ketua pramugari) dan Elaine Teoh (graduan Melbourne University).