Rocket Edisi BM - Disember 2014

Page 1

DISEMBER 2014

EDISI

BM PERCUMA

KDN PP11723/12/2012 (032229) UNTUK AHLI SAHAJA

www.roketkini.com DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR

facebook.com/roketkini

twitter.com/roketkini

NAJIB RAZAK UGUT SAMAN TONY PUA:

DAP TEKAD BONGKAR ISU 1MDB

> 10

roketkini@gmail.com

www.dapmalaysia.org

SKANDAL PFI: KERAJAAN BN SEWA TANAH SENDIRI > 11

8,9 >> 8,9

Sejak Merdeka Perdana Menteri semuanya Melayu, Timbalan Perdana Menteri semuanya Melayu, Menteri Dalam Negeri semuanya Melayu, malah Menteri Besar semuanya Melayu. Apakah mereka yang ramai di puncak ini begitu lembik hingga menyebabkan orang Melayu terancam?

MELAYU TERANCAM? SASTERAWAN Negara Datuk A Samad Said mengingatkan orang Melayu tidak terpukau dengan dakwaan sesetengah pihak kononnya kaum majoriti di Malaysia ini terancam dan diancam. Sebelum ini Ketua Biro Pendidikan UMNO, Dr Ibrahim Abu Shah menyatakan kononnya orang Melayu ditimpa malang jika UMNO-BN tewas dalam piihanraya umum akan datang. Manakala bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Ha-

mid berkata orang Melayu berisiko menjadi ‘Red Indian’ di tanah air sendiri jika PAS dan UMNO tidak bekerjasama, dan ucapan itu disebutnya dalam konvensyen kumpulan ketuanan kaum Perkasa. Hujah ‘Melayu terancam’ dari gerombolan ini dapat difahami. Mereka tidak lagi mampu mengawal, mengugut dan menuding jari memberi arahan kepada orang Melayu, Sedar kuasa dan pengaruh terhakis, gerombolan

EHSAN FOTO MALAYMAILONLINE.COM

ini memainkan jarum perkauman. Salah satu caranya adalah melalui ‘hantu’ kebimbangan yang disebarkan. Nyata kebimbangan itu dibuat-buat, tidak lain bertujuan meraih sokongan politik, sedangkan gerombolan sama yang mentadbir negara ini hampir 60 tahun. Amanah dan kepercayaan diberikan telah puluhan tahun dikhianati. Gerombolan ini adalah punca masalah, gerombolan ini cuba berlagak menjadi juruselamat.


2

UTAMA

EDISI BAHASA MALAYSIA

DISEMBER 2014

NOTA EDITOR

Melayu berkuasa tapi Melayu terancam? Kadar kemiskinan kaum Bumiputera, khususnya orang Melayu, sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah 65 peratus. Pada masa ini kadar kemiskinan Bumiputera adalah 2 peratus. Ia adalah kejayaan hebat peningkatan kemajuan ekonomi Bumiputera. Sejak DEB dilaksanakan pada 1970 hingga kini, orang Melayu menguasai hampir semua bidang pentadbiran, pendidikan dan sektor-sektor awam seperti kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Ini termasuk institut pengajian tinggi awam (IPTA) seperti universiti dan kolej, serta sekolah-sekolah kebangsaan; begitu juga keutamaan biasiswa dan peluang pendidikan. Selain sektor awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga dikuasai oleh orang Melayu dari segi jumlah pegawai dan pekerja. Amat jarang untuk berjumpa dengan rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India yang bekerja dalam perkhidmatan awam, sama ada di peringkat pusat atau negeri. Walaupun mereka ada dalam GLC, jumlahnya kecil sahaja. Malah, sektor swasta yang dulunya dikuasai kaum bukan Melayu, kini sudah semakin terbuka di mana penguasaan Melayu melalui penglibatan kerajaan dan GLC serta para billionaire Melayu sedang rancak berjalan. Di segi kuasa politik, orang Melayu menguasai tampuk kuasa Malaysia sejak Merdeka. Perdana Menteri adalah orang Melayu walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak mensyaratkan kaum atau agama atau gender untuk menjawat peranan yang amat penting itu. Ini adalah realiti politik negara. Begitu juga jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri di mana semua kecuali Pulau Pinang adalah hak milik Melayu. Barisan kabinet negeri atau exco juga dikuasai oleh Melayu. Dewan-dewan bandaraya, majlis-majlis perbandaran serta majlis-majlis daerah juga dipimpin dan dipenuhi dengan pegawai serta kakitangan Melayu. Selama lebih lima dekad keadaan ini berterusan walaupun pentadbiran negara dikatakan sedikit liberal pada tahun-tahun 1950an-60an. Selepas 1970an, rata-rata sektor awam dan GLC di semua peringkat dikuasai oleh orang Melayu. Tentunya ramai orang Melayu bangga dengan semua pencapaian ini. Tetapi mengapa masih ada suara-suara sumbang yang mendakwa Melayu sedang terancam dan diancam? Mengapa mereka menjerit-jerit tentan Islam terancam dan diancam. Bagaimana Melayu dan Islam boleh terancam dan diancam jika setengah abad lamanya Malaysia dipimpin dan dikuasai oleh oleh orang Melayu? Tiada logik atau waras tohmahan kononnya Melayu dan Islam terancam dan diancam. Rasanya suara-suara sumbang itu hanya menuju ke satu arah – untuk segelintir manusia mendapat kuasa. Demi kuasa, mereka rela mempermain, memperguna dan memperalatkan kaum dan agama.

DAP DAN CABARAN MEMBENTUK POLITIK BARU MALAYSIA Oleh MUHAMMAD NAZREEN

K

epada semua ahli PAS yang telah bermuktamar di Johor baru-baru ini, saya ucapkan tahniah.Pada awal September lalu, saya telah menulis tentang betapa pentingnya untuk PAS memahami realiti politik di pantai barat Semenanjung Malaysia, terutamanya Johor. Matlamat menawan Putrajaya hanya boleh dicapai dengan memenangi kerusi-kerusi campuran (pelbagai kaum) di Johor secara khususnya, dan “middle ground” Melayu di pantai barat secara umumnya. PAS mengadakan muktamarnya di Parit Raja, Batu Pahat, hanya 40 minit dari kawasan saya, iaitu Kluang. Maka saya mengambil kesempatan untuk menjemput rakan-rakan PAS untuk hadir ke program Pesta Kluang pada malam 19 dan 20 September. Muktamar PAS kali ini semestinya menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi dengan pertikaian yang tercetus lantaran krisis Selangor. Kocakan yang berlaku sekarang padahalnya pertembungan dua paradigma, satu situasi yang juga dialami DAP sekarang, apabila kita berada di persimpangan antara politik lama dengan politik baru. Kita tersepit di antara perjuangan untuk kaum masing-masing dengan perjuangan untuk semua rakyat Malaysia. Kalau “agenda Melayu” tidak cukup untuk memikat PAS, maka disogok pula dengan “agenda Melayu-Islam”. Namun kita perlu meneliti isu-isu ini secara lebih mendalam, sebelum menari mengikut rentak UMNO. Apa itu agenda Melayu? Untuk siapa? Matlamatnya apa? Barangkali ada juga yang mempersoalkan, bolehkah seorang bukan Melayu memperjuangkan nasib Melayu? Namun kita perlu mengupas lagi, adakah perjuangan untuk peluang pekerjaan dan gaji itu agenda Melayu? Adakah penentangan GST itu agenda Melayu? Adakah penambah-baikan sistem pengangkutan awam itu agenda Melayu? Adakah perkhidmatan kesihatan awam juga agenda Melayu? Saya hanya membincangkan isu peluang pekerjaan dan gaji dalam ruang yang terbatas ini. Isu seperti GST, kesihatan awam dan pengangkutan awam akan saya bincangkan pada masa akan datang. Secara ringkasnya, seandainya kaum digunakan sebagai unit untuk perbincangan, maka Melayu menerima impak paling ketara lantaran pelaksanaan GST; anak muda Melayu adalah majoriti mangsa kemalangan motorsikal (meninggal mahupun cedera parah) kerana tiadanya sistem pengangkutan awam yang baik; dan kebanyakan mereka yang berdepan dengan masalah perkhidmatan yang kurang berkesan (seperti ambulan yang datang lambat ketika kecemasan) adalah orang Melayu. Ironinya, isu-isu ini tidak dianggap sebagai isu utama dalam politik Malaysia. Dan pengamatan saya mendapati peluang pekerjaan untuk anak muda Melayu telah

“Bagi sebuah parti politik yang mengamalkan idealogi demokrasi sosial, DAP adalah parti yang tidak memandang kaum. DAP berjuang untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai sosial demokrat, DAP merupakan parti yang signifikan di dalam pembentukan politik baru di Malaysia.” berkurang, malah gajinya pun rendah. Apakah sebabnya? Faktor yang paling penting adalah kewujudan pekerja asing tanpa kemahiran. Statistik baru-baru ini menunjukkan bahawa negara kita mempunyai pekerja asing dengan izin seramai 2.4 juta orang. Tuhan sahaja yang tahu angka sebenar pekerja asing tanpa izin di Malaysia. Saya bukan menentang kemasukan pekerja warga asing. Dari segi ekonomi, pakar-pakar luar atau pekerja asing yang berkemahiran biasanya boleh bantu “jump-start” sesuatu sektor yang tiada kemahiran tempatan. Tetapi seandainya McDonald’s, 7-eleven dan KFC pun mula mengupah pekerja asing, saya risau satu hari nanti semua anak muda Melayu terpaksa menjual burger di tepi jalan. Anak Malaysia dididik sejak awal bahawa Tun Dr. Mahathir pun pernah menjual pisang goreng, dan Melayu yang paling hebat adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Anak Malaysia dibuai dengan khayalan bahawa semua berpeluang menjadi kaya-raya seperti Tan Sri Syed Mokhtar dengan “bisnes”. Apa yang tidak dimaklumkan kepada umum adalah beliau memperolehi kontrak besar-besaran daripada kerajaan dan boleh berhutang besar dengan bank tanpa diusik oleh bank – nasib yang tidak dikongsi dengan kita semua. Kalau semua anak Melayu menjual burger atau nasi lemak, negara tidak akan maju ke mana-mana. Kerajaan mengimport pekerja asing tanpa kemahiran dengan alasan bahawa pekerja tempatan tidak ingin bekerja di suasana 3D (dirty, dangerous, demeaning) – kotor, bahaya dan keji. Sudah tentu rakyat Malaysia enggan bekerja di kilang jikalau gajinya RM600 sebulan. Tetapi semestinya ramai yang akan

bertimbang semula jikalau gaji bulanannya RM2000. Persoalannya bolehkah majikan membayar gaji RM2000 tanpa mengundang muflis? Memang ada kemungkinan itu. Tetapi, ekonomi yang sihat akan memperlihatkan petanda-petanda seperti kenaikan gaji, kemahiran dan produktiviti. Seandainya pekerja asing tidak membanjiri pasaran, maka majikan terpaksa melabur dalam teknologi dan automasi yang memerlukan lebih ramai pekerja berkemahiran (dan bukan pekerja tanpa kemahiran). Lebih ramai pekerja terlatih dalam suasana yang lebih bergantung kepada teknologi, kemahiran dan automasi, sudah tentunya produktivitinya melonjak dan gaji yang lebih tinggi boleh ditanggung oleh majikan. Soalan selanjutnya, mengapa kerajaan tidak mengambil pendekatan dasar sedemikian? Kerana pendekatan ini tidak menguntungkan kroni-kroni yang mendapat permit untuk membawa masuk pekerja asing. Itu sahaja. Siapakah kroni yang memegang permit-permit ini? Ramainya kroni UMNO yang berketurunan Melayu. Jadi, mengapa peluang pekerjaan dan gaji bukan agenda Melayu? Kerana agenda Melayu kita ini tertumpu kepada isu identiti sahaja. Mengikut hujah agenda Melayu sekarang, musuh Melayu itu Cina. Cinalah yang menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku sekarang. Sedar atau tidak, agenda ini terikut-ikut dengan rentak propaganda UMNO, yang didendangkan Utusan Malaysia dan TV3 saban hari. Bagaimana kita mendapat jawapan yang betul untuk memperjuangkan nasib Melayu sedangkan kita terikut-ikut untuk menjawab soalan salah yang sengaja ditimbulkan musuh untuk mengelirukan keadaan?

EDITORIAL EDITOR AL MUSTAQEEM MAHMOD RADHI SUB-EDITOR SIDIQIN OMAR WARTAWAN IZMIL AMRI • AEDI ASRI • ALIFF FIKRI JURUGAMBAR AHMAD YUSUFI PENYELARAS ROKETKINI EDRY YUSOF GRAFIK & REKALETAK WAHYUDI MOHD YUNUS

facebook/roketkini

roketkini@gmail.com

twitter@roketkini

The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.


UTAMA

EDISI BAHASA MALAYSIA

GILA KUASA PEMIMPIN BN ANCAMAN TERHADAP RAKYAT MALAYSIA Oleh IZMIL AMRI

P

ersoalan sama ada Melayu dan Islam diancam kerap dibangkitkan akhir-akhir ini. Tambahan pula menjelang Perhimpunan Agung Umno yang bermula esok. Malahan baru sahaja semalam bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad menyifatkan bahawa orang Melayu akan menjadi seperti ‘Red Indian’ berikutan ancaman yang sedang dihadapi. Kita tahu ini semua mengarut. Melayu dan Islam tidak diancam. Malah sebenarnya yang terancam adalah Umno dan Barisan Nasional. Ilusi bahawa Melayu dan Islam diancam dicipta oleh Umno, serta NGO-NGO yang diberi makan olehnya; untuk memastikan bahawa orang Melayu akan terus berada di bawah telunjuk UMNO. Setelah hampir 60 tahun Malaysia diperintah oleh UMNO, kita hairan bagaimana Melayu dan Islam masih boleh diancam. Adakah UMNO telah gagal dalam masa 60 tahun yang lampau untuk membela nasib orang Melayu, dan hanya sibuk membela nasib kroni-kroninya sahaja. Dalam keadaan ekonomi negara sekarang, kita hanya melihat kroni-kroni UMNO sahaja yang kaya; manakala rakyat yang lainya terus miskin dan papa kedana. Sasterawan Negara Pak A Samad Said telah menyatakan dengan tepat bahawa di sebalik dakwaan meningkatnya ancaman terhadap masyarakat Melayu, kepimpinan negara masih kekal di tangan orang Melayu dan masih dipimpin parti yang mendakwa mewakili masyarakat Melayu. Soalan Pak Samad paling relevan: “Bagaimana orang Melayu boleh terancam? Bagaimana agama (Islam) dan Melayu diancam, apabila

3 DISEMBER 2014

Seluruh populasi rakyat Malaysia diancam sikap tamak dan haloba Umno terhadap kuasa dan kekayaan sehingga sanggup menggadaikan kemakmuran dan perpaduan kaum serta agama. Dasar-dasar kerajaan mengancam semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar kaum, ekonomi dan usia. untuk lebih lima dekad mereka yang memegang kuasa adalah orang Melayu? Apa yang mereka pemimpin Melayu lalukan selama lima dekad ini jika benar Melayu di bawah ancaman?” Jika kepimpinan Melayu UMNO yang memimpin negara hampir 60 tahun tidak dapat menjadikan masyarakat Melayu merasa selamat dan hidup makmur, maka barangkali sudah sampai masanya ia menyerahkan kuasa kepada orang Melayu yang lain. Jika selepas lebih 60 tahun kewujudan UMNO, Melayu masih terancam, mungkin sudah tidak perlu ada UMNO lagi. UMNO hanya boleh wujud dan berfungsi apabila orang Melayu bergantung harap kepadanya. Orang Melayu hanya akan bergantung kepada UMNO apabila ada rasa terancam, takut tergugat harta benda, maruah dan hakhak istimewa. Apabila timbul masalah, sekonyong-konyong datanglah UMNO sebagai penyelamat. UMNO hanya boleh menjadi hero orang Melayu apabila Melayu dilanda rasa terancam. Sekiranya orang Melayu dan umat Islam

sudah tidak merasa terancam, UMNO pastinya tidak relevan lagi. Bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ibrahim Abu Shah, ada memberi amaran bahawa jika UMNO tewas, Melayu tidak akan memegang kuasa lagi, bersama ancaman kononnya masa depan Melayu akan menjadi ‘gelap dan malang’. Sebenarnya jika UMNO tewas, UMNO lah yang tidak akan memegang kuasa lagi, dan masa depan UMNO lah yang akan menjadi gelap dan malang. Bukan masa depan Melayu. Ada ramai pemimpin Melayu dalam PAS, PKR dan DAP sendiri. Melayu tidak perlu rasa terancam. Populasi orang Melayu adalah majoriti di negara ini. Rasa takut dan terancam adalah ilusi yang dimainkan oleh UMNO, supaya ia terus kekal berkuasa. Barang diingat, kesemua enam Perdana Menteri sejak kemerdekaan negara adalah orang Melayu – Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Najib Razak. Adakah mereka, atau salah seorang daripadanya, mengkhianati orang Melayu ketika

menjadi Perdana Menteri hingga menyebabkan Melayu dan Islam masih diancam selepas 57 tahun negara Merdeka. Daripada keenam-enamnya, Tun Mahathir memegang kuasa paling lama – 22 tahun 3 bulan, berbanding Tunku (13 tahun), Tun Razak (5 tahun 4 bulan), Tun Hussein (5 tahun 6 bulan), Abdullah (5 tahun 5 bulan), dan Najib (5 tahun 7 bulan). Sebenarnya dalam pentadbiran UMNO ini bukan sahaja Melayu yang terancam, malah semuanya sekali. Seluruh populasi rakyat Malaysia diancam sikap tamak dan haloba UMNO terhadap kuasa dan kekayaan sehingga sanggup menggadaikan kemakmuran dan perpaduan kaum serta agama. Dasar-dasar kerajaan mengancam semua lapisan masyarakat, tanpa mengira latar kaum, ekonomi dan usia. Subsidi minyak RON95 yang akan ditarik balik menjelang Disember contohnya akan memberi kesan kepada semua, tanpa mengira kaum. Kesan limpah daripada penarikan subsidi ini akan mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, dan kenaikan harga barang; yang pastinya akan mengancam ekonomi kita semua. Begitu juga dengan cukai GST. Kini semua orang boleh dicukai oleh kerajaan, di saat pendapatan rakyat masih terperangkap di peringkat sederhana. Orang kaya dalam UMNO tidak akan merasai perit yang dialami rakyat kebanyakan. Malah menteri-menteri UMNO pun tidak tergugat apabila JPJ menjalankan operasi nombor pendaftaran kenderaan. Yang terkesan tetap rakyat biasa. Bagaimana pula dengan keselamatan rakyat Sabah yang diancam kebanjiran warga asing yang mendapat kerakyatan segera, sehingga pelampau bersenjata pun boleh masuk ke kampung-kampung dan mengancam keselamatan negara. Sama halnya dengan yang sedang terjadi di Cameron Highlands, yang diancam bencana alam akibat daripada sikap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak berintegriti. Jika Melayu dan Islam diancam, ia bukan sekadar melibatkan orang Melayu dan Islam, tetapi semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Kita rakyat Malaysia mahukan negara yang aman dan makmur tanpa perlu risau tentang sebarang ancaman, terutamanya oleh puak-puak ekstremis dari kalangan mereka yang diberi makan oleh UMNO. DAP, dalam Deklarasi Shah Alam dengan jelas menyatakan komitmennya untuk mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, serta memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hakhak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. DAP juga kekal komited memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai. Tidak ada yang mengancam Melayu dan Islam, selain UMNO sendiri yang terancam dan cuba mengheret seluruh umat Melayu dan Islam bersamanya. Umno perlu segera insaf dan bertaubat.


4

UTAMA

EDISI BAHASA MALAYSIA

DISEMBER 2014

Pegang kuasa sejak Merdeka

Bagaimana Melayu dan Islam boleh terancam? TAK masuk akal mengatakan orang Melayu dan agama Islam di Malaysia diancam, selepas 57 tahun negara dikuasai Umno yang kononnya mempertahankan Melayu, kata Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Beliau berkata, sejak merdeka, pemerintahan tertinggi serta jawatan penting dalam pentadbiran negara dikuasai ‘bangsawan’ Melayu dari Umno “Kata-kata bahawa orang Melayu dan Islam kini sedang terancam sukar masuk otak saya. “Sejak merdeka, Perdana Menteri semuanya Melayu, Timbalan Perdana Menteri semuanya Melayu, Men-

teri Dalam Negeri semuanya Melayu, malah Menteri Besar kebanyakannya Melayu. “Ini tidak termasuk Raja-raja Melayu, tentera dan polis yang majoritinya orang Melayu,” katanya yang lebih dikenali rmai dengan nama ‘Pak Samad’ dalam forum ‘Adakah Melayu dan Islam diancam?’ anjuran Roketkini 24 November lalu. Justeru itu, tiada alasan untuk mana-mana pihak mengeluarkan dakwaan sedemikian melainkan untuk mendapatkan sokongan politik semata-mata. Beliau menyangkal dakwaan antaranya ahli Majlis Tertinggi Umno

Tan Sri Ibrahim Abu Shah yang berkata masa depan Melayu ‘gelap dan malang’ jika Umno tidak lagi memerintah negara. Manakala Presiden Ikatan Muslim Malaysia Abdullah Zaik menyifatkan rasa terancam orang Melayu adalah perkara sihat. Jika dakwaan tersebut benar kata Pak Samad, pihak yang harus memikul tanggungjawab adalah golongan ‘bangsawan’ Melayu yang gagal memainkan peranan. “Apakah mereka yang ramai di puncak (kuasa) ini begitu ‘lembik’, hingga menyebabkan orang Melayu terancam?” soal Pak Samad.

Perlembagaan lindung hak orang Melayu SELAMA mana Perlembagaan Persekutuan menjadi asas negara, selagi itulah orang Melayu tidak perlu takut dengan momokan ancaman, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari. “Mengikut Perlembagaan, tiada sesiapa yang dapat hapuskan hak Melayu. Walaupun dengan 100 peratus undi di Dewan Rakyat, ia tetap memerlukan perkenan Majlis Raja-raja Melayu,” katanya. Beliau juga menyatakan rasa hairan bagaimana isu menghapuskan hak bumiputera itu boleh timbul. “Bila isu ini timbul? Tiada sesiapa pun yang pernah bangkitkannya. Yang menjadi isu adalah adakah hak yang dijamin itu benar-benar sampai ke sasaran. “Lebih 50 tahun hak (dijamin Perlembagaan), orang Melayu masih miskin, lapar. Apa sudah jadi dengan hak ini?” katanya

ketika menjawab soalan hadirin berhubung isu itu. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menyebut, ‘Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini. Ia dipersetujui Lim Kit Siang yang berkata, dasar DAP jelas menyokong hak bumiputera dan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang dinyatakan Perlembagaan.

Sokong pihak yang pertahan Perlembagaan Justeru, Abdul Aziz menyeru orang Melayu agar menyokong Pakatan Rakyat yang

‘Setiap kali jumpa, saya pasti peluk Kit Siang’ – Pak Samad DATUK A Samad Said sempat menceritakan betapa DAP sentiasa menjadi parti pilihannya kerana kesungguhan memperjuangkan Malaysia yang saksama dan bebas. “Sokongan saya sentiasa kepada DAP. Ini saya tak pernah sembunyikan. “Saya dapati DAP adalah parti yang dianggotai golongan yang bercita-cita, bersih dan terus berjuang tanpa mengira hasiln-

ya, agar negara ini menjadi makmur dan bebas,” katanya disambut tepukan hadirin. Beliau juga secara khusus merujuk tokoh veteran parti itu Lim Kit Siang sebagai pemimpin dan pejuang yang di’sayangi’nya. “Sebab itu di mana-mana (apabila berjumpa) saya akan peluk Kit Siang. Dan bagusnya, beliau membalas pelukan saya,” katanya sambil memandang Kit Siang yang hanya tersenyum.

mempertahankan Perlembagaan dan bukan pihak yang boleh memindanya demi kepentingan politik semata-mata. “Soal masa depan orang Melayu dan Islam, ini dijamin Perlembagaan. “Maka lebih selamat negara memiliki Perdana Menteri dari DAP yang patuh dan hormat kepada Perlembagaan, berbanding orang Melayu dan Islam daripada Umno yang menganggap Perlembagaan sebagai kertas buruk semata-mata,” katanya lagi. Beliau mengungkap peristiwa tahun 1994, apabila kerajaan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad meminda kuasa Raja-raja Melayu tanpa melalui Majlis Raja-raja Melayu. “Walaupun pindaan itu masuk dalam Perlembagaan, bagi saya ia tidak sah (kerana tidak melalui Majlis Raja-raja),” katanya lagi.

“Lebih selamat negara memiliki Perdana Menteri dari DAP yang patuh dan hormat kepada Perlembagaan, berbanding orang Melayu dan Islam daripada Umno yang menganggap Perlembagaan sebagai kertas buruk semata-mata” - DR ABDUL AZIZ BARI Pakar Perlembagaan


UTAMA

EDISI BAHASA MALAYSIA

5 DISEMBER 2014

Makin lama Umno berkuasa, makin cepat Melayu jadi ‘Red Indian’ DATUK Husam Musa mengecam kenyataan tidak berasas bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang mendakwa orang Melayu bakal menjadi seperti kaum ‘Red Indian’ jika PAS dan Umno tidak bekerjasama. Naib Presiden PAS itu berkata, kenyataan tersebut dangkal sama sekali kerana orang Melayu sebenarnya bertambah parah jika berterusan terperangkap dengan mainan politik perkauman dan perang saraf Umno. “Jika Umno dibiarkan terus memerintah, maka makin cepatlah orang Melayu jadi Red Indian.

“Apa yang terjadi terhadap umat Islam dan Melayu sekarang ini bukti kegagalan pemerintahan Umno selama enam dekad. “Adakah kita mahu biarkan mereka berterusan memerintah selama 100 tahun lagi,” soal Husam dalam forum ‘Apakah Melayu dan Islam Diancam?’. Tegasnya, PAS tidak mungkin akan bekerjasama dengan parti yang mengamalkan dasar perkauman seperti Umno. “Asas perjuangan kita sangat berbeza. Macam mana bekas Ketua Hakim boleh bagi cadangan begitu? Islam tidak mengamalkan perkauman, tetapi

NGO ekstremis perangkap Islam KELAKUAN beberapa NGO berfahaman sempit kononnya berjuang atas nama agama punca Islam tercemar serta difahami hanya untuk Melayu,” kata Husam Musa. “Melayu dan Islam itu tidak sama. Salah untuk mengatakan Islam hanya khusus semata-mata terhadap Melayu. “Tapi kemunculan beberapa NGO ekstremis ini memerangkap Islam, mencemar dan mengancam kesuciannya,” katanya. Menurut Husam, beliau tidak menolak Islam dan Melayu kini berada dalam keadaan terancam tapi ancaman itu bukan dari kaum lain tapi dari umatnya sendiri. “Ancaman Islam dan Melayu bukan dari kaum lain tapi dari penganut serta masyarakatnya sendiri yang ekstrim sebagai contoh dalam kes ugutan membakar Bible baru-baru ini. “Islam adalah agama dialog dan sederhana, itulah Islam yang sebenar. Kita harus ingat Muhammad diterima di Madinah atas penerimaan awam oleh Muslim dan bukan Muslim,” tegas beliau. Tambahnya, pakar sosiologi Syed Hussein Alatas pernah menyebut bahawa masalah orang Melayu berpunca dari pemimpinnya sendiri.

Bukan Melayu, tapi Umno yang terancam AHLI Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang membidas tindakan segelintir pimpinan Umno dan bekas Ketua Hakim Negara yang mendakwa DAP dan Pakatan Rakyat mengancam kedudukan Melayu serta Islam di Malaysia. Dakwaan itu bukan sahaja mengarut malah pengesahan bahawa Umno sememangnya parti untuk satu kaum yang menggagalkan orang Melayu ke tahap berisiko kaum seperti Red Indian di Amerika Syarikat. “Adakah kepimpinan Umno bersetuju mereka menggagalkan orang Melayu dari segala segi termasuk politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan budaya sepanjang 57 tahun

pemerintahan hingga memerlukan sokongan PAS? “Apakah Najib dan Hishammuddin mengakui bapa mereka Tun Razak serta Tun Hussein gagal sebagai Perdana Menteri kedua, ketiga sehingga orang Melayu berdepan risiko sebegini? “Bukan orang Melayu yang terancam, tetapi Umno yang terancam,” katanya. Tambah Kit Siang, cara paling berkesan mengatasi masalah kaum di negara ini adalah dengan memandang setiap masalah sebagai masalah semua. Ketua Parlimen DAP itu turut mempersoalkan kemana belanja ber-

bilion ringgit untuk hal ehwal Islam jika mereka mengatakan agama rasmi Persekutuan ini terancam. Sedangkan katanya, sejak Tun Dr Mahathir bergelar Perdana Menteri, belanja tahunan aktiviti Islam meningkat 375 kali ganda, dari RM4.3 juta tahun 1980 kepada RM1.6 bilion (2015). Sebagai contoh, peruntukan Bahagian Hal Ehwal Islam meningkat dari RM4.3 juta 1980 kepada RM125.6 juta tahun 1997, sebanyak 29 kali ganda. “Kalau Islam menghadapi ancaman, kita nak tahu kemanakah segala peruntukan ini. “Apakah ia sebenarnya sia-sia sahaja,” soal Kit Siang.

(Islam) untuk semua. “Islam agama Universal. Tapi Umno semata-mata untuk Melayu. Nama mereka sendiri sudah mengambarkan siapa mereka ‘United Malay’,” ujarnya. Pada 23 November lalu, Abdul Hamid menyatakan orang Melayu berisiko menjadi ‘Red Indian’ di tanah air sendiri jika PAS dan Umno tidak bekerjasama mempertahankan kerajaan daripada DAP dan PKR. Kata Abdul Hamid, jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, PKR dan PAS tidak akan dapat ‘mengawal’ DAP seperti cara Umno ‘mengawal cita-cita MCA dan Gerakan’.


6

UTAMA

EDISI BAHASA MALAYSIA

DISEMBER 2014

KEMISKINAN MASALAH SEMUA KAUM AHLI Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhenti melihat masalah kemiskinan sebagai isu perkauman, kerana hakikatnya ia adalah masalah semua. Beliau membalas kenyataan Shabery yang menuduhnya bersifat perkauman kerana menyatakan kemiskinan orang Melayu di Pulau Pinang berpunca daripada 50 tahun pemerintahan BN di negeri itu, tanpa menyebut kejayaan orang Cina di bawah pemerintahan yang sama. Ia berikutan dakwaan Shabery yang kononnya orang Melayu kini tidak dialu-alukan di Pulau Pinang, yang dirujuknya sebagai ‘sebuah negeri di utara yang ditadbir pembangkang’. “Kemiskinan adalah masalah Malaysia,” katanya yang terkejut dengan kegagalan menteri Umno tersebut memahami maksud kenyataannya. Shabery malah menuduhnya ‘berat sebelah’ dan ‘rasis’. “Malah beliau (Shabery) menunjukkan sikap perkaumannya dengan mengatakan mengapa saya tidak menyebut kejayaan orang Cina. Kenyataan sebegitu adalah lumrah bagi menteri Umno dan BN yang gagal memahami kemiskinan bukanlah masalah perkauman,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau memetik kandungan buku The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Weal-

dia pula RM1,500. “Maknanya, gaji median bagi ketiga-tiga etnik utama negara berada pada tahap RM2,000 ke bawah, lantas melayakkan mereka sebagai golongan berpendapatan rendah,” katanya. Lebih menyedihkan, katanya lagi, jurang pendapatan di Malaysia adalah terbesar di Asia Tenggara. “Ramai tidak sedar jurang pendapatan kaum Cina adalah terbesar dari segi nominal berbanding kaum lain. Selain hartawan Cina yang sering kita dengar, ada majoriti besar orang Cina yang berpendapatan rendah, sama dengan rakan-rakan mereka yang lain,” katanya lagi. Hanya kroni semua kaum yang kaya-raya

th in Malaysia oleh pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid. Menurutnya, buku itu menunjukkan dua pertiga pekerja Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, dan 90 peratus rakyat hampir tidak memiliki sebarang simpanan. “Realiti menyakitkan ini menunjukkan rakyat

daripada semua kumpulan etnik sekadar kais pagi makan pagi,” katanya lagi. Beliau turut memetik hasil Kaji Selidik Upah dan Gaji 2013 Jabatan Statistik, yang menunjukkan gaji median bagi Bumiputera adalah RM1,600 sebulan, manakala bagi kaum Cina pula tidak jauh berbeza iaitu RM2,000 dan In-

Namun katanya lagi, hakikat yang tidak dapat disangkal di negara ini adalah sebilangan kecil rakyat tanpa mengira kaum yang kaya-raya kerana layanan istimewa daripada BN. “Mereka mendapat layanan khas melalui penganugerahan tender, kontrak lumayan dan konsesi menguntungkan. Golongan istimewa ini dikenali sebagai kroni, dan mereka tidak terpisah mengikut kaum. “Jika kerajaan BN ingin diiktiraf kerana berjaya memperkaya mana-mana golongan, maka mereka inilah yang berjaya dikayakan,” katanya lagi.

PULAU PINANG GARIS TIGA STRATEGI BELANJAWAN 2015 KERAJAAN Pakatan Rakyat Pulau Pinang menggariskan tiga strategi utama dalam Belanjawan 2015, iaitu memperkukuhkan kewangan negeri dan mempertingkatkan daya saing, memperkasa pembangunan modal insan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ketua Menteri Lim Guan Eng turut memperkenalkan konsep 3T, iaitu Talent (Bakat), Technology (Teknologi) dan Tolerance (Toleransi) bagi meningkatkan keupayaan masyarakat berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, bertujuan mengekalkan modal insan dalam kelompok kreatif dan berdaya maju. Bagi tujuan mengekalkan prestasi dan merancakkan pembangunan bagi 2015, kerajaan negeri memberi penekanan kepada belanjawan berteraskan hasil (outcome-based budgeting). Laporan Ketua Audit Negara turut memuji ke-

mampuan kerajaan negeri mengubah anggaran defisit RM262.04 juta dalam Belanjawan 2013 kepada lebihan sebanyak RM1.30 juta. Bertemakan ‘Melabur Dalam Pendidikan Dan Menjana Kemajuan Demi Memenangi Masa Depan Dan Kesejahteraan Rakyat’, Pulau Pinang akan memastikan ekonomi negeri berkembang dan dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat. “Cabaran utama adalah untuk mewujudkan pekerjaan pendapatan tinggi yang memberikan nilai sebenar kepada para pekerja, khususnya yang tidak berpeluang ke universiti. “Sains dan teknologi adalah satu alternatif ke arah pekerajaan berpendapatan tinggi,” kata Guan Eng. Guan Eng memberitahu, kumpulan wang disatukan Pulau Pinang pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 mencecah RM1.29

billion, kenaikan RM100 juta atau 8.4 peratus berbanding dengan 2012. “Jumlah ini merupakan simpanan tertinggi yang pernah dicapai,” katanya lagi.

Hasil diagih untuk rakyat Dalam pada itu katanya perbelanjaan mengurus meningkat dari RM299 juta (2008) kepada RM832 juta (2013) kerana hasil negeri dibelanja untuk kesejahteraan rakyat melalui projek memanfaatkan. “Ia berikutan penambahan pembiayaan program sosial bermula 2008 termasuk bantuan pendidikan, kebajikan, bantuan pelajar miskin dan wang ehsan melalui kredit bil air,” kata Guan Eng. Pada 2010 pemberian kepada warga emas dan

bantuan miskin tegar ditambah, manakala tahuntahun berikutnya pemberian bantuan diperluas kepada ibu tunggal, OKU, anak emas, ibu emas, pelajar emas bantuan ke IPTA, pemandu teksi, penarik beca, nelayan, mikrokredit dan lain-lain. “Sejak 2008 hingga 2014, RM287 juta dibelanjakan dan peruntukan program bantuan sosial rakyat untuk tahun 2015 adalah RM116 juta. Manakala jumlah pindahan kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri meningkat dari 2009 (RM40 juta) kepada RM89 juta pada 2010, RM150 juta (2011), RM70 juta (2012) dan RM200 juta.(2013). Sebanyak RM500 juta pembiayaan skim perumahan mampu milik mula diagihkan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), meningkat dari RM110 juta (2012) dan RM117 juta (2013).


UTAMA

EDISI BAHASA MALAYSIA

7 DISEMBER 2014

Tulisan ini adalah ucapan penuh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam acara penutup Persidangan Demokrat Muslim Sedunia di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada 3-4 November lalu.

R

ejim berkuasa bergolak selepas hilang undi popular pertama kali pada pilihanraya umum ke-13 ekoran ditolak majoriti rakyat Malaysia. Mereka kini bergantung kepada unsur sayap-kanan, serta keyakinan bahawa sentimen agama dan kaum melampau akan mengukuhkan sokongan. Kini saat penting melawan ketaksuban dan penindasan dengan menjuarai nilai kebebasan, kesaksamaan dan setiakawan. Ini nilai kemanusiaan sejagat, bukan sahaja bagi demokrat sosial, atau mereka yang berpegang kepada ideal Immanuel Kant tentang kebaikan alamiah dan maruah insan, atau falsafah Konfucius dan Mencius tentang fitrah kemuliaan insan. Semua manusia dilahirkan baik dan perlu dipupuk, juga bagi demokrat Muslim yang asas ideologinya terbit daripada nilai Al-Quran. Optimisme terhadap kemanusiaan dan ideal tadi berakar dalam Islam seperti ditonjolkan pemimpin gerakan Islam Tunisia Sheikh Rachid Ghannouchi berkenaan konsep negara Islam progresif - negara sivil berasaskan keadilan, kesaksamaan, hak asasi dan demokrasi. Negara bukan sahaja melindungi kebebasan agama tetapi kebebasan nurani. Semua demokrat berkongsi nilai sama. Persamaan ini menghasilkan agenda politik bersama demi kebaikan. Sama ada sosial demokrat atau Muslim demokrat bertumpu mendepani cabaran masyarakat moden - tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang, pilihanraya bebas dan adil serta kesaksamaan sosio ekonomi.

Pengajaran dari Timur Tengah Merenung kembali perisitwa di Timur Tengah, bermula jatuh bangun Hizbun Nahdah, atau Parti Ennahda Tunisia yang amat relevan menjadi pengajaran kepada kita. Bagi ramai Islamis di seluruh dunia, tentunya mereka yang menggelar diri sebagai ‘demokrat Muslim’, Ennahda contoh klasik sebagai sebuah gerakan Islam sederhana. Sheikh Rashid Ghannouchi berada dalam pelarian sepanjang pemerintahan diktator Zine el-Abidine Ben Ali, penuh gemilang pulang mengetuai partinya dalam pilihanraya umum pada Oktober 2011 menyaksikan kemenangan 40 peratus kerusi. Menyusul selepas itu adalah pengenalan perlembagaan sivil berasaskan nilai Islam menjadikan Tunisia obor demokrasi dunia Muslim. Namun, pilihanraya parlimen menyaksikan kekalahan Ennahda di tangan parti sekular kiri Nida Tounes. Apa menyebabkan kecundangnya Ennahda? Menjawab soalan ini, berbaloi melihat kembali Arab Spring. Asal mula revolusi di Timur Tengah bermula di Tunisia pada 17 Disember 2010, hari di mana anak muda yang ingin menjadi peniaga kecil Mohammad Bouazizi membakar dirinya. Minggu berikutnya membawa perubahan dramatik kepada Timur Tengah malah dunia Muslim. Mencontohi protes di Tunisia yang berjaya menumbangkan regim, rakyat Mesir bertindak pada Januari 2011 dengan mobilisasi besar-besaran di Dataran Tahrir yang akhirnya menyebabkan tumbangnya diktator Hosni Mubarak. Setelah berjaya menjatuhkan dua diktator, Islamis sedunia berasa girang, menegaskan kejayaan konsep dipanggil ‘al-Islam huwa al-

SEMUA DEMOKRAT BERKONGSI NILAI YANG SAMA Tanpa mengira sama ada kita demokrat sosialis, demokrat Muslim atau demokrat mana-mana fahaman sekalipun, cabaran kita adalah membawa isu rakyat yang mendasar - kemerosotan ekonomi dan penindasan politik. hal’ atau ‘Islam sebagai penyelesaian’. Namun, sejauh mana Islamisme menyediakan ideologi dan struktur berguna untuk protes terancang, kita perlu mengakui faktor mendasar yang mencetuskan revolusi adalah kemerosotan ekonomi dan penindasan politik. Motivasi berkembar ini diakui banyak kajian, termasuk Arab Institute for Human Rights dan Arab NGO Network for Development yang menyatakan keinginan membina sebuah sistem sosio ekonomi berasaskan ‘martabat, kebebasan dan kesaksamaan adalah desakan utama para demonstran di seluruh wilayah dan membawa kepada perubahan mendalam ini. Maka, tidak berapa tepat mengandaikan “Arab Spring” sebagai fenomena ‘kebangkitan Islam, atau sebagai cerminan kepada keinginan untuk menjadi lebih Islamik. Sebaliknya, pemberontakan terhadap Ben Ali dan Hosni Mubarak bukanlah bersifat agama mahu pun sekular. Ia seruan ke arah menamatkan rasuah, kronisme dan penindasan politik, serta memajukan tahap ekonomi. Apabila rakyat meletakkan harapannya terhadap Ennahda di Tunisia dan Ikhwan Al-Muslimin di Mesir ketika Arab Spring, mereka berharap parti ini akan membawa pendekatan baru dalam politik berpusat kepada pengagihan ekonomi saksama, tadbir urus baik dan keadilan sosial. Malangnya, persepsi umum pengundi adalah parti itu gagal. Pengangguran tinggi dan

jenayah meruncing di tengah pergolakan wilayah. Inilah ketidakpuasan hati terhadap cara Ennahda mengendalikan ekonomi menyebabkan kekalahan parti itu. Seperti pandangan pakar Timur Tengah dan pensyarah Universiti Oxford Michael Willis: “Isu utama adalah ekonomi. Nidaa Tounes dilihat ada kepakaran untuk mengembalikan ekonomi kembali ke landasannya.” Cerita sama berlaku di Mesir. Pungutan suara dijalankan International Republican Institute (IRI) menunjukkan masalah ekonomi berada pada kadar tertinggi dalam fikiran rakyat. Misalnya, 63 peratus rakyat memilih ‘pengangguran’ manakala 30 peratus memilih ‘kemiskinan’ sebagai masalah terbesar negara. Kajian Pew Research Centre menunjukkan orang ramai mementingkan aspirasi ekonomi berbanding isu-isu demokrasi apabila lebih ramai - 82 peratus menyatakan keadaan ekonomi yang lebih baik dan sistem perundangan yang adil - 79 peratus - adalah amat penting. Apa yang kita boleh belajar? Amat realistik untuk kita simpulkan, faktor utama merangsang Arab Spring dan revolusi di Tunisia dan Mesir tida berkaitan dengan Islamisme berbanding realiti praktikal seperti ekonomi dan penindasan politik.

Titik tumpuannya rakyat biasa Sebaiknya kita mengambil pengajaran ini di

Malaysia di mana dilihat meningkatnya campur tangan kerajaan dalam hal peribadi rakyat atas nama agama. Ini trend merbahaya. Semakin giat cubaan kerajaan memonopoli ‘kebenaran’ dan mengisytiharkan diri sebagai penjaga agama, semakin teruk penindasan dilakukan. Daripada ghairah tentang isu potong tangan, lebih produktif berbincang dasar sosio ekonomi. Hakikat dua per tiga rakyat layak menerima bantuan BR1M petunjuk kelemahan struktur pengagihan kekayaan. Untuk menawarkan alternatif, Parti Tindakan Demokratik dan Pakatan Rakyat komited memperkenalkan reformasi yang akan memastikan ruang demokrasi yang lebih baik, ekonomi yang adil dan inklusif. Kami mahu meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengurangkan jurang pendapatan dengan menanggapi masalah yang mengakar seperti rasuah dan kapitalisme dimonopoli kerajaan suatu hal yang bukan sahaja mengganggu pasaran, namun menyebabkan kekayaan bertumpu di tangan elit yang mempunyai hubungan politik. Kami mencadangkan tender terbuka yang berdaya saing dan menentang pelaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang regresif. Kami percaya golongan kaya perlu menanggung beban cukai lebih besar berbanding orang miskin. Dari segi reformasi demokratik, kami yakin tiga aspek penting perlu dijadikan tumpuan. Pertama, jaminan terhadap kebebasan peribadi terutama kebebasan nurani dan bersuara, serta mendukung hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang. Kedua, menangani isu keadilan sosial dengan meningkatkan peluang pekerjaan, perumahan, pengangkutan awam, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Kita perlu mempromosi pluralisme politik dan budaya, khususnya dalam menghormati hak minoriti. Tanpa mengira sama ada kita demokrat sosialis, demokrat Muslim atau demokrat mana-mana fahaman sekalipun, cabaran kita adalah membawa isu rakyat yang mendasar kemerosotan ekonomi dan penindasan politik. Jangan tenggelam dalam isu seperti politik identiti, sebaliknya lebih penting untuk kita memberikan penyelesaian yang akan menegakkan tadbir urus baik, kedaulatan undang-undang, pilihanraya bersih dan adil serta keadilan ekonomi.


8

UTAMA

EDISI BAHASA MALAYSIA

DISEMBER 2014

1

IMPIAN MALAYSIA PRASARANA, PENDIDIKAN, HAK ASASI... Selama berdekad-dekad, Barisan Nasional meminggirkan masyarakat luar bandar dan hak mereka. Di bawah projek umum Impian Malaysia dengan tumpuan khas Sarawak & Sabah, DAP membantu menyediakan prasarana asas jalanraya, air dan bekalan elektrik. Dengan kemudahan asas, penduduk kampung kemudiannya boleh memberi tumpuan kepada projek peningkatan ekonomi seperti

perusahaan kecil. Pada masa yang sama, kami berusaha mendidik masyarakat luar bandar tentang hak demokratik mereka sebagai rakyat Malaysia. Kami memulangkan semula kepada masyarakat luar bandar untuk memilih kerajaan - hak setiap rakyat di sebuah negara demokratik. Kami percaya angin perubahan mampu bertiup ke kawasan luar bandar di Sarawak dan Sabah.

4

PROJEK YANG BERJAYA DISIAPKAN SETAKAT DISEMBER 2014 Lokasi

Tarikh

Projek

1.

Mok Ayun, Kuching

28 Sept – 6 Okt 2013

Paip air graviti 2.6km

2.

Kg Serikin, Bau

9 – 17 Nov 2013

Bina semula Rumah Gawai

3.

Kg Perigi, Lundu

9 – 17 Nov 2013

Bina rumah ibu tunggal

4.

Ulu Wak, Pakan

15 - 23 Feb 2014

Paip air graviti

5.

Sg Rasau, Sibu

22 Feb - 3 Mac 2014

Pembinaan jeti dan dermaga

6.

Kg Bunan Tembawang, Serian

22 - 30 Mac 2014

Paip air graviti 1.1 km

7.

Kuala Sigu, Bintulu

15 - 23 Mac 2014

Paip air graviti 4.6km

8.

Rantau Kurra, Limbang

12 - 20 Apr 2014

Paip air graviti 5.5km

9.

Kg Kiding, Kuching

Mei - Julai 2014

Pembinaan jalan kampung

10.

Lubok Tuan, Limbang

23 - 25 Mei 2014

Sambungan sistem paip air graviti sedia ada

11.

Rumah Gerik Ak Tom, Betong

Disember 2013

Sambungan 290 meter paip JKR di Rumah Panjang

12.

Skim B, Bintangor, Maradong

13 - 21 Sept 2014

Kem Cuti Sekolah 50 kanak-kanak

13.

Kg Beriwan Kito & Kg Tunas Baru, Lawas

20 - 28 Sep 2014

Paip air graviti 7km ke dua buah kampung

14.

Kg Sg Merutop, Limbang

27 Sept - 5 Okt 2014

Sistem air graviti 2.4km

15.

Kg Samparita Laut, Kota Marudu Sabah

Dis 2013

Sistem air graviti 2.8km

16.

Kg Pangi, Tenom, Sabah

12 - 20 Apr 2014

Sistem air graviti ke dua buah kanpung

17.

Kampung Tual, Pahang.

19 Ogos-November 2014

Tandas / Sistem saliran

7

8


UTAMA

EDISI BAHASA MALAYSIA

2

3

5

6

9 17

15

Berminat jadi sukarelawan? Emel :

impiansarawak@gmail.com impiansabah@gmail.com

9 DISEMBER 2014

Alamat :

Kempen Impian Sarawak & Sabah DAP Malaysia, Ibu Pejabat Kebangsaan, Jalan Yew 55100 Kuala Lumpur. Tel: 03-9200 5000


10

UTAMA

EDISI BAHASA MALAYSIA

DISEMBER 2014

DAP tak gentar bongkar isu 1MDB NOTIS tuntutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap MP Petaling Jaya Utara Tony Pua tidak menggugat DAP untuk terus membongkar kepincangan pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata, demi kepentingan awam DAP akan terus memberi tekanan mengenai penggunaan berpuluh-puluh bilion ringgit bagi penyelesaian hutang dan pembiayaan operasi

1MDB, Ujarnya, tindakan Najib adalah kes bersejarah kerana pertama kali pertama seorang Perdana Menteri memfailkan saman terhadap ahli parlimen pembangkang. “Ini bukannya tindakan biasa berhubung kedudukan peribadi Perdana Menteri, tetapi mempunyai kesan meluas bagi implikasi politik,” kata Guan Eng. Beliau memalkumkan, Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan

Gobind Singh Deo akan bertindak sebagai peguam untuk mempertahankan Pua. Katanya, meskipun notis undang-undang terhadap Pua dibuat secara peribadi, keputusan dibuat 1MDB dan Kementerian Kewangan melibatkan kepentingan awam. “Ia tidak akan menyekat perbincangan awam atau memadam liputan media mengenai 1MDB, lebih-lebih lagi melibatkan hutang RM42 bilion dan RM 49 bilion liabiliti,” ujarnya.

Tarif elektrik dijangka naik TONY PUA memberi amaran pemberian projek loji kuasa kepada 1MDB mungkin membawa kepada kenaikan tarif elektrik. Antaranya loji arang batu 2,000MW dikenali Projek 3B di Negeri Sembilan, loji kuasa solar 50MW di Kedah dan loji gasturbin 2,000MW di Melaka keseluruhannya berjumlah RM42 bilion. Dilaporkan kerajaan turut memberi 1MDB dua lagi projek di Sabah iaitu loji kuasa gas

turbin 400MW di Lahad Datu atau Sandakan, dan loji kuasa hidro 780MW di Ulu Padas. Akibatnya, kerajaan dijangka menaikkan tarif elektrik atas nama pengurangan subsidi selepas 1MDB menjual tenaga dijana loji tenaga berkenaan kepada TNB dengan harga lebih tinggi. Ia disifatkan ‘menggali lubang untuk menutup lubang lain yang lebih besar’ kerana 1MDB sedang mendapatkan wang untuk membayar hutang yang lain.

“Adakah Syed Ali Alhabshee akan menuduh Dr Mahathir mempolitikkan isu 1MDB untuk memburukkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?” TERESA KOK Naib Pengerusi DAP

Dr Mahathir tak politikkan 1MDB? Naib Pengerusi DAP Teresa Kok mempersoalkan tindakan Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang menggesanya tidak mempolitikkan isu 1MDB. Ujarnya, Syed Ali Alhabshee sepatutnya menganggap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempolitikkan isu 1MDB kerana turut mengkritik syarikat itu. “Adakah Syed Ali Alhabshee akan menuduh Dr Mahathir mempolitikkan isu 1MDB untuk memburukkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?” soal Teresa.

11 SOALAN DIBANGKITKAN LIM KIT SIANG l Mengapa kerajaan mengeluarkan ‘surat sokongan’ bagi bon 1MDB bernilai USD3 bilion? l Mengapa bayaran purata lebih 10 % komisen untuk mendapat pinjaman berjumlah USD3 bilion dan USD1.75 bilion? l Mengapa 1MDB alih USD1.1 bilion daripada USD3 bilion diperoleh 1MDB Global Investment Limited untuk membayar hutang sendiri? l Mengapa 1MDB terima jaminan pinjaman korporat International Petroleum Investment Corporation (IPIC) dengan syarat membebankan? l Mengapa 1MDB melabur USD1 bilion dengan PetroSaudi pada 2009, syarikat tanpa rekod prestasi dengan latar belakang meragukan? l Mengapa 1MDB melabur USD2.32 bilion hasil tebus pinjaman PetroSaudi pada 2013 dengan Brigde Capital Partners di Kepulauan Cayman? l Mengapa Kem Kewangan ambil alih anak syarikat 1MDB, SRC International dan meminjam RM4 bilion dari Kumpulan Wang Amanah Pesara? l Mengapa 1MDB terlebih bayar bagi aset kuasanya Genting Sanyen (RM2.38 bilion) dan Tanjong Energy (RM8.5 bilion)? l Mengapa (KeTTHA) anugerah projek kilang solar 50MW dan loji tenaga 2,000MW gas turbin kepada 1MDB walaupun tarif belum dipersetujui? l Mengapa kerajaan menjual tanah kepada 1MDB dengan harga rendah (Bandar Malaysia RM1.6 bilion) (Tun Razak Exchange RM194 juta)? l Mengapa anak syarikat 1MDB gagal kemuka penyata kewangan dan firma audit antarabangsa menarik diri Ernst & Young (2009), KPMG (2012)?


UTAMA

EDISI BAHASA MALAYSIA

11 DISEMBER 2014

Skandal PFI: Kerajaan Umno BN sembunyi belanja RM30 bilion DAP mengecam tindakan kerajaan menyembunyikan perbelanjaan hampir RM30 bilion kepada Pembinaan PFI Sdn Bhd (PFI), firma memiliki liabiliti ketiga terbesar di kalangan semua syarikat milik kerajaan. Siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2013 menyatakan, liabiliti PFI sehingga 2012 berjumlah RM27.8 bilion. Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming berkata, PFI ditubuhkan bertujuan mendapatkan pembiayaan projek kerajaan, dan syarikat itu turut berperanan men-

gagihkan RM20 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). “Sangat sedikit ketelusan bagaimana RM20 bilion dibelanjakan, termasuk terma perjanjian konsesi antara kontraktor dan kerajaan untuk penyewaan serta pajakan bangunan di bawah PFI,” katanya. Ujarnya, kerajaan cuba menyembunyikan perbelanjaan ini dari belanjawan. “Kerajaan mewujudkan perjanjian mengelirukan dimana 186 bidang tanah dimiliki Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dipajak kepada PFI.

“Selepas itu pesuruhjaya sendiri menyewa semula dari PFI dengan separuh bayaran tahunan dari 2012 ke 2027 berjumlah RM29.2 bilion,” ujarnya. LKAN mendedahkan pusingan kedua pembiayaan bernilai RM10 bilion diperuntukkan kepada PFI. Turut disebut , RM7.57 bilion daripada RM10 bilion diperuntukkan kepada 16 Kementerian atau agensi untuk melaksanakan 313 projek. Semakan fail PFI mendapati, kesemua pinjaman diperolehi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Misteri Pembinaan PFI l Kerajaan membayar sewa RM29.2 bilion tanah milik mereka sendiri. l Satu perjanjian meragukan ditandatangani Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (FLC), untuk membolehkan bayaran dibuat kepada syarikat dimiliki PFi. l Bayaran meliputi sewa 186 lot tanah dibuat menerusi bayaran berperingkat sebanyak 30 kali selama 15 tahun bermula 15 Februari 2013 hingga 13 Ogos 2027. l PFI belum memfailkan penyata kewangan 2013 setakat semakan 11 November 2014, sama seperti syarikat milik Kementerian Kewangan lain 1MDB dan SRC International.

Kementerian sewa tanah sendiri KIAN MING mencabar Kementerian Kewangan menjelaskan mengapa RM29.2 bilion dibayar kerajaan ke atas milik mereka sendiri. Bayaran merangkumi sewa tanah (186 lot) dan dibuat menerusi pembayaran berperingkat dari awal Februari tahun sehingga Ogos 2027. “Ibaratnya seperti saya memiliki satu pangsapuri, lalu saya sewakan pangsapuri itu kepada isteri saya. “Kemudian saya sewa kembali pangsapuri itu daripada isteri dengan membayar sewa kepadanya!” kata Kian Ming.

“Ibaratnya seperti saya memiliki satu pangsapuri, lalu saya sewakan pangsapuri itu kepada isteri saya. Kemudian saya sewa kembali pangsapuri itu daripada isteri dengan membayar sewa kepadanya!” ONG KIAN MING Ahli Parlimen Serdang

PFI tidak failkan kewangan TINDAKAN PFI tidak memfailkan kewangan walaupun sepatutnya dihantar Jun 2014 membuktikan ada sesuatu tidak kena dengan syarikat itu “Adakah PFI cuba menyembunyikan bebanan syarikat yang semakin membesar untuk tahun 2013?” kata Kian Ming.

Ia berikutan peningkatan bebanan syarikat pada tahun sebelumnya seperti ditunjukkan maklumat kewangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dalam dokumen itu, bebanan PFI berjumlah RM19.9 bilion pada 2011 mencecah RM27.9 bilion pada 2012. Justeru itu, Kementerian

Kewangan digesa menjelaskan punca kelewatan, serta sebab kerajaan menyalurkan wang kepada syarikat yang tidak diketahui itu. “Saya menyeru Kementerian menjelaskan kelewatan. Kementerian juga perlu menjelaskan mengapa perbelanjaan kerajaan disalurkan kepadanya,” kata Kian Ming.

KONSEP PFI l PFI adalah Inisiatif Pembiayaan Swasta, mendorong perkembangan infrastruktur awam melalui modal persendirian. Diumum dalam RMK9 ia memperuntukkan belanjawan negara bagi sektor ekonomi bagi tempoh 2006-2010. l PFI bukan konsep baru, Australia melakukannya pada akhir 1980-an diikuti United Kingdom sedekad berikutnya. l Pada dasarnya PFI adalah kaedah perolehan konsesi, sektor awam memberikan kontrak kepada kontraktor swasta membina dan mengendalikan infrastruktur awam seperti jalan raya dan hospital melalui sumber modal persendirian. l Dalam penukaran kontraktor yang turut melabur untuk penyelenggaraan keatas jangka hayat konsesi kemudiannya menerima bayaran dari kerajaan sepanjang tempoh konsesi dan kontraktor mesti memenuhi had minima mutu kerja dan perkhidmatan. l Konsep ini dibuat berdasarkan tanggapan bahawa pemngurusan sektor awam tidak cekap dan sektor swasta mampu melakukan lebih baik.


12

BUDAYA

EDISI BAHASA MALAYSIA

DISEMBER 2014

ULASAN BUKU

DERITA KARKUMA DAN SHUHADA Oleh WAN HAMIDI HAMID KARKUMA dan Pelacur Kelas Pertama adalah dua novel yang diterbitkan oleh Merpati Jingga, kedua-dua penulisnya adalah wanita, dan kedua-dua novel merupakan karya dalam bahasa Melayu yang sedikit kontroversi kerana diselitkan adegan seks. Selebihnya, kedua-dua novel ini tidak ada sebarang kaitan. Watak utama Karkuma adalah lelaki manakala wanita menjadi peneraju utama untuk Pelacur Kelas Pertama. Persamaan kedua-dua novel ini hanyalah luaran semata-mata. Intipatinya berbeza. Jadi kenapa digabungkan ulasannya? Ia adalah kerana Karkuma karya terbaru penulis popular Raja Azmi Sulaiman diwarwarkan sebagai menarik dan unik oleh rakan saya Faisal Mustaffa yang merupakan boss Merpati Jingga. Maka saya pun membeli senaskah sewaktu berkunjung di sebuah pesta buku yang melambak karya-karya agama yang tidak kritis. Novel Pelacur Kelas Pertama hasil nukilan Melati Rahim pula saya beli secara langsung daripada penulisnya sewaktu bertemunya untuk berbual-bual. Mungkin kerana rasa bersalah jika tak berbuat begitu kerana sudah duduk berdepan dengan pengarangnya. Niatnya, saya ingin jadikan kedua-dua novel ini sebagai tapak untuk kembali membaca karya kreatif dalam bahasa Melayu. Saya juga sebenarnya baru beberapa bulan selesai membaca novel berjudul Pulang karya wartawan Indonesia, Leila S. Chudori yang saya anggap berjaya dan benar-benar memuaskan hati, jiwa dan raga saya yang telah lama gersang pembacaan kreatif. Mungkin juga kerana itu saya rasa sedikit bersalah kerana menikmati novel Indonesia tetapi seolah-olah tidak pedulikan novel Malaysia. Dengan itu saya meluangkan masa menjamah karya Raja Azmi dan Melati Rahim.

Karkuma Saya agak kecewa selepas membaca karya terbaru Raja Azmi ini. Mungkin kerana saya tahu dia telah menghasilkan banyak karya popular sejak novel pertamanya Black Widow terbit lebih 20 tahun lalu. Jadi saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang karyawan veteran. Mungkin juga kecewa kerana Faisal sang penerbit benar-benar mempromosikannya sebagai hebat. Jadi harapan saya tinggi daripada biasa. Benar, ada usaha penulis tersebut memperkenalkan sesuatu yang baru seperti mencipta bahasa kuno untuk menguatkan inti novel tersebut. Namun ia tak memberi apa-apa kesan kecuali menyekat kelancaran pembacaan. Sebagai pembaca biasa dan bukannya kritikus sastera, saya hanya menganggap sesuatu karya itu sebagai baik apabila ia melekat di hati dan mengikat di jiwa hingga pembaca tak sanggup meninggalkan buku walau sesaat. Maksudnya, kekuatan sesuatu novel – malah cerpen, rencana, berita – adalah cerita. Ia diikuti dengan jalan cerita dan gaya cerita. Itu saja daya penarik yang akan menggenggam hati pembaca.

“...dan dalam hidup ini jarang ada happy ending seperti dalam novel Karkuma” Namun saya tak merasai nikmatnya bersama Karkuma. Cerita mendatar, stereotaip dan terlalu berbunga ayat-ayatnya. Watak-wataknya pula terlalu hitam putih. Watak utama Karkuma teramat sangatlah baiknya, dia sayang isterinya, kasih ibu bapanya, pandai berbual dengan pokok-pokok dan bunga-bunga di taman tempat kerjanya. Watak saingan utamanya seorang ketua agama Jameng yang teramat sangatlah jahatnya, lengkap dengan ketawa ganas orang jahat seperti yang biasa ditonton di mana-mana wayang, teater atau drama tempatan. Dalam novel itu, yang baik menang, yang jahat kalah, dan mereka kekal baik dan jahat sepanjang jalan. Watak-watak latar digambarkan sebagai penganut agama bersihir, kemudian datang seorang lelaki baik yang bersifat seperti wali membawa agama baru – penulis membawakan gambaran agama itu sebagai Islam tanpa menyebutnya sebagai Islam. Ia seperti satu karya propaganda Islam.

Pelacur Kelas Pertama Saya juga agak kecewa membaca karya Melati Rahim ini kerana dari segi cerita, jalan cerita dan gaya cerita ia tak begitu kukuh. Ia seperti membaca satu cerpen yang panjang. Namun, memandangkan ini novel pertamanya, tidak adil untuk menghukum begitu saja. Melati juga seorang penulis baru yang berusia 22 tahun yang berani menyampaikan mesej anti-keganasan rumah tangga tanpa banyak selindung dengan peribahasa atau kata-kata indah. Dari segi bahasa, ia terlalu mudah. Kosa katanya tak banyak. Malah jalan cerita juga mendatar. Seperti Karkuma, ia tidak mengajak pembaca melalui ruang-ruang suspen atau kejutan. Tetapi yang membezakan novel Pelacur Kelas Pertama dengan Karkuma adalah keupayaan Melati mencuit rasa apabila adegan lelaki memukul bantai wanita digambarkan secara eksplisit dan telus. Lebih “menyakitkan” ialah reaksi watak utama Shuhada yang dimangsakan itu yang seolah-olah merestui keganasan terhadap dirinya. Sebagai pembaca tentulah hati gundah-gulana kerana geram dengan sikap watak utama yang membiarkan diri diperkosa, dicabul dan dirobek oleh manusia kejam yang bergelar suami. Maksudnya, Pelacur Kelas Pertama memaksa

mata pembaca melihat kekejaman fizikal di depan mata. Ya, ia bukan sesuatu yang indah untuk dibayangkan tetapi realiti sememangnya pahit dan pedih. Turut menarik perhatian adalah usaha penulis yang sengaja melanggar stereotaip dengan meletakkan watak saingan utama, iaitu suami Shuhada sebagai seorang ustaz dan pakar motivasi popular di khalayak ramai tetapi menjadi sadis yang tak berperikemanusiaan di rumah. Namun pada masa yang sama penulis masih terikat dengan stereotaip lain apabila Ustaz Alias digambarkan bertindak menggila, wataknya tidak digambarkan sebagai menghadapi masalah mental atau tekanan jiwa atau benar-benar gila. Sedangkan watak Shuhada digambarkan sedemikian rupa; seolah-olah hanya wanita yang boleh tertekan jiwa sedangkan lelaki yang gila babi sekali pun tak mungkin menghadapi masalah seperti itu. Klimaks novel pendek itu pula seperti satu jalan keluar yang mudah, yang sudah dijangka. Sesudah pembaca mengharungi ruang-ruang sadis, ngeri dan pesimis, ia tamat begitu sahaja.

Pandangan Jadi kedua-dua novel itu belum dapat meningkatkan suhu jiwa saya untuk membaca karya tempatan. Mungkin saya tidak patut membaca novel Pulang sebelum membaca kedua-dua novel tempatan tersebut. Karya Indonesia itu kukuh ceritanya, kuat jalan ceritanya dan mantap gaya ceritanya, ditambah pula kehebatan deskripsi; seperti novel Salina karangan A. Samad Said yang mana tiang serinya adalah kekuatan deskriptifnya.

Apa istimewanya Pulang? Ia menceritakan tentang sekumpulan pelarian politik Indonesia yang dituduh aktivis Partai Komunis Indonesia yang dikejar pemerintah diktator Suharto pada pertengahan 1960-an, sehingga mereka bertemu di Paris. Dalam kehidupan buangan, mereka membuka restoran makanan Indonesia. Kerana kekuatan deskriptifnya, apabila penulisnya menggambarkan hidangan Indonesia – nasi uduk, nasi kuning, nasi goreng, sambal, tempe dan sebagainya – saya terasa lapar sewaktu membacanya! Kekuatan perwatakan juga meyakinkan kera-

na ia dapat menjiwai gambaran luaran serta isi hati setiap watak, sama ada apabila yang diluahkan itu adalah perjuangan politik atau rasa cinta peribadi. Leila membawa kita mengembara era rampasan kuasa tentera di Jakarta pada 1965 (sewaktu kempen Ganyang Malaysia oleh Presiden Sukarno yang mana kudeta itu kini semakin terbukti didalangi CIA), era demonstrasi pelajar-pekerja Paris pada 1968 dan era reformasi Indonesia 1998. Sama ada cerita utama mahu pun plot sampingan – malah cebisan cerita dan maklumat – semuanya mengukuhkan Pulang sebagai novel yang dapat saya jiwai sepenuhnya. Memang bukan niat di hati mahu membandingkan novel Indonesia ini dengan dua novel tempatan itu. Mungkin saya terlalu mengharapkan karya seperti nukilan Leila S. Chudori itu menyebabkan saya gagal bersikap lebih terbuka terhadap novel-novel tempatan. Apa pun saya amat berharap agar Raja Azmi akan kembali dengan karya yang lebih unggul manakala Melati pula dapat memperbaiki kelemahan gaya dan jalan cerita serta untuk novel-novel mendatang. Tajuk karya tak perlu terlalu sensasi. Isi adalah sesuatu yang lebih dan amat penting. Buat kawan saya Faisal, jika saya meletakkan Pelacur Kelas Pertama sebagai karya yang lebih baik sedikit daripada Karkuma, ia bukan kerana saya bias dengan Melati yang mahu menjadi ahli parti DAP. Jauh sekali dari itu. Satu-satunya kelebihan karya Melati adalah kemampuannya menggerakkan hati saya sebagai pembaca untuk merasai derita dan siksaan jiwa serta tubuh watak Shuhada. Mengapa dia tak melawan, mengapa tak mengadu, mengapa membiar diri dirogol dan disepak terajang? Akhirnya saya tersedar sendiri: jawapannya ada di sekeliling kita. Saban hari kita ditekan, dikongkong, disiksa jiwa raga oleh mereka yang menganggap diri, dan dianggap pula oleh masyarakat, sebagai wakil-wakil tuhan. Dengan kuasa yang diberi, mereka menentukan apa yang boleh, apa yang tak boleh. Kebanyakan kita pula hanya mampu mengetap bibir menahan sakit yang amat perit. Kita merelakan pencabulan diri, pembodohan minda. Seperti Shuhada, kita tak melawan, kita tak mengadu, kita membiarkan saja. Memang ini realiti hari ini. Dan dalam hidup ini jarang ada happy ending seperti Karkuma


SASTERA EDISI BAHASA MALAYSIA

Sasterawan yang dipadam:

KASSIM AHMAD

Pada usia 82 tahun, Kassim Ahmad kini sedang bergelut dengan Mahkamah Syariah ekoran dituduh menghina Islam dan mengingkari penguasa agama. Namun itu bukanlah apa-apa. Sepanjang hidup beliau ‘dibicarakan’ oleh penguasa agama hanya kerana mempunyai pendapat yang berbeza tentang agama. Pelbagai label diberikan - daripada atheis hinggalah anti-hadis - sehingga menyebabkan satu sisi dirinya tidak dibicarakan, walaupun sangat cemerlang - iaitu sastera. Kebanyakan karyanya dihasilkan pada era 60-an hingga 70-an. Selain daripada peranannya sebagai pemimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), beliau turut menyatakan sikap dan penentangannya terhadap perang dan penindasan melalui sebilangan sajak. Berikut adalah lima sajaknya yang termuat dalam satu-satunya kumpulan puisi dan cerpen beliau, iaitu Kemarau di Lembah.

13 DISEMBER 2014

5 SAJAK PIDATO (buat perajurit) Beri aku lidah aku mau berkata-kata seperti laut yang menghempas di pantai merdeka. Ini cakap derhaka seribu tahun terpendam di lembah rimba belantara. Siapa ingin marilah berhadapan muka kita bicara pada keris dan lading di luar dewan negara. Hal-hal abad dua puluh sudah putus di tulang dan bangkai hari ini kita keluar dan memburu siapatah yang tinggal? DIALOG (kepada ibu) i Tenteramlah anak walaupun kebanjiran sawah kita hujan ini dari Tuhan yang mencurah-curah rahmat-Nya. Ada siang masakan tiada terang dengarlah si katak sudah tidak memanggil lagi besok hari panas padi kita akan lepas! ii TIDURLAH IBU kita manusia kerdil siang membanting tulang malam menanggung bimbang. Ada besok maka pasti ada suria aku akan pergi dengan seribu Jebat si anak tani kian lama kita mati dalam setia kali ini kita hidup dalam derhaka! MANUSIA Angkatlah tanganmu dan tabik kepada manusia angkatlah jangan banyak bicara. Jangan kerana cemburu atau benci jangan kerana dia namanya Yuri Gagarin jangan kerana dia agamanya komunisme maka kamu menidakkan kebesaran manusia. Hari ini seratus ribu tahun dosa tertebus hari ini kita punya alasan untuk bergembira angkatlah tangan dan tabik angkatlah kerana hari ini hidup kita terbela.

SIDANG ROH i Perlu sesuatu diperhitungkan kembali hari ini kita dewasa tanpa tuhan tanpa impian kerana besok mungkin terlalu lewat bagi kiamat yang telah ditangguhkan. Bukan aku sinis kau jangan mengatheis beritaku dari mereka yang lupa bagaimana untuk hidup maka demikian perlu katakata supaya maut kita jangan karena bisu Kalau kau percaya kepada manusia sejahtera jangan kau bergembira menurut hukum (kerana kemenangan) kalau kau percaya kepada manusia bebas jangan kau berkata menurut hukum (kerana taat setia) kerana tidak ada hukum yang akan berlaku (namun digubal dalam pi bi bi) yang tidak berperlembagaan di hati. ii Sudah datang berita yang paling kejam bagi mereka yang lagi hidup kerana bisa berharap dunia ini penjara nasi kita akan cukup di syurga. Di atas belakang dajal telah diperdagangkan hidup gelak dan hilai bukan kerana bahagia gelak dan hilai kerana papa. Akan bersidang segala roh anakmu hari ini makan apa nasi atau beer ketawanya palsu tangisnya tanpa suara iii Nanti akan padamlah dengan sendirinya lampu dari menara tinggi kerana di bawahnya orang kian mabuk dan Tuhan sudah mati. DUA CATATAN Malam ini terlalu sepi demikian perlu dibisingkan kebuasan dalam dada jangan melumpuhkan. Bukan hidup ini tanpa erti demikian perlu disahajakan tanggallah baju mari bermesra dengan Tuhan. Jangan takut pada malam atau sepi nanti dalamnya bertemu dengan diri. Jangan terlalu lama bertanya ada soal tanpa jawapan. Jangan malu untuk menggila panggillah gadis ciumlah dia.


14

RENCANA

EDISI BAHASA MALAYSIA

DISEMBER 2014

Oleh IZMIL AMRI

J

auh juga Cameron Highlands kalau mengikut laluan Simpang Pulai. Kalau bukan laluan itu, pilihan satu lagi ialah laluan Tapah yang bersimpang siur bagai ular dipalu; dan akhir-akhir ini pula banyak kejadian tanah runtuh. Maka hampir lima jam juga kami berkereta menuju hentian pertama di Kuala Terla, dan bertemu seorang lagenda tak didendang di sana. Saya tidak pernah jejak ke Cameron Highlands. Bila disebut Cameron, yang muncul di minda hanyalah ladang teh dan buah strawberry. Cameron adalah kawasan Parlimen paling kecil di Pahang, dengan keluasan sebesar Singapura; bersempadan dengan negeri Perak dengan Gunung Brinchang di ketinggian sekitar 4,000 kaki dari aras laut. Sejuknya barangkali menggigit hingga ke tulang kalau lapisan lemak tidak begitu tebal, antara 16 ke 20 darjah Celcius. Banyak hal sedang melanda Cameron – dari kebanjiran air lumpur di kawasan Ringlet, kebanjiran pendatang asing tanpa izin dan penguatkuasa imigresen. Namun kebanjiran warga asing adalah kerunsingan yang paling besar; kerana jumlah mereka mengatasi bilangan penduduk asal. Itu belum mengambil kira nasib orang Asal yang ramainya masih beroleh sara hidup daripada berniaga petai dan madu di kiri kanan jalan menuju tanah tinggi itu. Demikian kerunsingan yang diluahkan saudara Apalasamy, lagenda DAP Cameron Highlands sewaktu menyambut kehadiran kami di Kuala Terla. Dengan perwatakan riang dan penuh tertib, barangkali tiada yang menyangka insan ini pernah menjadi calon Parlimen beberapa kali, sejak menganggotai DAP seawal tahun 1970. Dengan berpakaian marhaen dan kasut but getah, kami disantuninya dengan makan minum dan perbualan politik negeri Pahang, sambil menceritakan keresahannya bertemankan secawan kopi. Baginya korupsi pihak-pihak berkuasa dan kapitalis berkepentingan menyebabkan banyak kebinasaan alam di Cameron. Dan kebanjiran pekerja asing di tanah tinggi itu adalah kesan langsung ketamakan kaum pemodal yang mementingkan untung laba tanpa menghiraukan kebajikan pekerja, apatah lagi undang-undang. Ada yang dapat tanah sekangkang kera, bawa masuk pekerja asing dan teroka lagi tanah sekeliling supaya kebun boleh diperluas. Pekerja asing bayarannya murah, untung boleh digandakan dengan penjimatan bayaran gaji. Bila ada penguasa masuk campur – runding lagi supaya semua pihak mendapat habuan masing-masing. Kerja memperluaskan kawasan ladang atau kebun juga dibuat membuta tuli. Pekerja asing mana yang rajin mahu ikut peraturan? Habis semua ditebas dan ditebangnya. Pohon renek menutup bumi juga dicerahkan, akhirnya permukaan tanah tidak lagi kukuh, nah merudumlah jatuh tanah, batu, dan rimbunan pokok buluh turun ke jalanraya. ‘Limosin’ Apalasamy sangat menarik perhatian, dengan logo Roket DAP menghiasi kedua-dua belah pintu hadapan. Dengan kenderaan itu kami dibawa ke pejabat DAP Cameron Highlands, yang barangkali merupakan salah satu arkib hampir sempurna mendokumentasi perjuangan hampir lima puluh tahun Partai Tindakan Demokratik. Pejabat dan rumah berkongsi atap. Itu sahaja sudah cukup untuk menjadi dalil

DOSA-DOSA MANUSIA TERHADAP CAMERON DIBAYAR TUNAI Terbaru tanah adat Orang Asli di Bera turut diceroboh atas nama pembangunan. Belum dikira berapa banyak lagi tanah yang diselongkar, hutan yang digondol dan hak-hak yang dilanggar demi mengisi perut-perut membusung kaum pemodal.

komitmen saudara Apalasamy terhadap perjuangan. Dua tiga kali beliau meminta maaf kerana jalan masuk menuju rumah merangkap pejabatnya itu masih berlumpur, meskipun setakat 20 meter sahaja. Namun khazanah yang tersimpan di rumahnya itu menjadikan segala-galanya berbaloi. Pejabat DAP Cameron Highlands menyimpan naskhah-naskhah The Rocket seawal tahun 1970, selain buku, gambar, pita

rakaman ceramah serta keratan-keratan akhbar yang dilitup plastik menghiasi empat dinding bangsal marhaennya yang didedikasikan kepada sejarah pergulatan rakyat melawan tirani penguasa dan golongan pemodal. Apalasamy tergolong dalam kalangan buruh tani. Kebun sayur di belakang rumah terus diusahakan meskipun usianya mencecah dekad ketiga. Dengan tulang em-

pat kerat dan sumber terbatas itulah beliau terus berjuang. Pergelutan Cameron yang sejak awal wujudnya ditekan ketamakan kapitalis barangkali menjadi faktor kesedaran kelas dan aktivisme politik beliau. Cameron ‘ditemui’ Inggeris seawal 1885 ketika sempadan Pahang-Perak mahu dipeta, lalu mendapat namanya daripada Sir William Cameron. Melihat tanahnya yang subur dan iklimnya yang bagus, hanya dua perkara menjadi keutamaan pemodal orang putih; bikin tempat peranginan dan ladang teh. Aktiviti kapitalis ini diteruskan sehingga kini, dengan bantuan korupsi dan ketamakan pihak-pihak yang tidak pernah berasa cukup dengan apa yang ada; penyudahnya alam menjadi mangsa. Terbaru tanah adat Orang Asli di Bera turut diceroboh atas nama pembangunan. Belum dikira berapa banyak lagi tanah yang diselongkar, hutan yang digondol dan hak-hak yang dilanggar demi mengisi perut-perut membusung kaum pemodal. Meskipun kapitalisme itu bukanlah manifestasi syaitan yang membawakan segala macam kejahatan, kerakusan atas nama keuntungan seharusnya dipangkas seawal munculnya sebelum berlarutan menjadi bala yang mengakibatkan alam membalas dendam. Yang pasti, pada setiap kali korupsi muncul di Cameron, akan ada Apalasamy untuk mengendalakannya


Kehabisan Stok?

Buku juga boleh didapati di:

l Pesan kedai buku untuk mengisi stok l Hubungi kami: 03-9281 8105 gentamedia.com

gentamedia

07

01

02

12

03

13

15

14

Harga

Barangan

No.

04

(RM)

01

Tsunami Cina: retorik atau realiti? / Lim Hong Siang

15.00

02

Kluang mencatat sejarah, mencetus impian (DVD) / Genta Media

15.00

03

Kalender kreatif: komuniti Kluang impian

04

Jangan kelentong lagi kita semua orang Malaysia / Kee Thuan Chye

39.90

05

Kenangan perjuangan PRU 13 Kluang

15.00

06

Putrajaya milik siapa / Liew Chin Tong

10.00

07

Karpal Singh: pantang undur / Melissa Loovi

20.00

08

Hak untuk berbeza pendapat / Ooi Kee Beng

20.00

09

Malaysia milik kita bersama / Wan Hamidi Hamid

15.00

KTT

05

16

17

Jumlah

No.

(RM)

25.00

10

Dari penjara ke tampuk kuasa: Lim Guan Eng / Wan Hamidi Hamid

20.00

11

Yes, Jom Ubah / Wong Ho Leng

8.00

12

Bajet: Bagaimana kerajaan membelanjakan wang kita / Teh Chi Chang

20.00

Nama: ____________________________________________________ No. Telefon: _________________________ Alamat Emel: ____________________________________________________________________________ Alamat: _________________________________________________________________________________ Perhatian: Semua cek hendaklah dipalang dan dibayar atas nama : Genta Media Sdn Bhd Anda juga boleh membayar terus ke dalam akaun kami di Public Bank 3159 1216 32 Sila fakskan bank-in-slip kepada kami. Semak untuk langgani. Sertai senarai mel kami jika Untuk sebarang pertanyaan, Sila hubungi 03-9281 8105 Sila kirim tempahan anda ke: Tingkat 2, Blok A, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew, Off Jalan Pudu, 55100, KL. Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104

06

anda ingin menerima maklumat terkini mengenai buku-buku baru kami, dan tawaran istimewa.

08

13

1 Black Malaysia / DAP

15.00

14

Membongkar Rahsia DAP / Roketkini.com

9.90

15

Berdialog dengan gereja: sebuah travelog kedamaian / Mujahid Yusof Rawa

25.00

16

Mengatasi Korupsi Asas-asas / Bertrand De Speville

30.00

17

Keadilan untuk Beng Hock / DAP

15.00

18

Raja-Raja Melayu: Kemajuan atau Kemunduran? / Syed Husin Ali

RM18

19

Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi / Azhar Ibrahim

RM33

20

Gerakan Pendidikan Cina Di Malaysia: Satu Kajian Tentang Perjuangan Dong Jiao Zong (1970-2002) / Cheong Yuen Keong

RM38

21

Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analis / Rustam A Sani

RM18

22

Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh Dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan / Mohamed Salleh Lamry

RM25

KTT

Jumlah (RM)

**BAYARAN POS (RM5 / RM10) Peninsular Malaysia RM8 Sarawak & Sabah RM15

Jumlah

Butir Bayaran

Emel: info@gentamedia.com

BORANG LANGGANAN THE ROCKET (EDISI BM)

Kiriman Wang Pos

No Slip Bank Masuk

Cawangan Bank: Jumlah Bayaran: RM

Sila bayar atas nama ‘Genta Media Sdn Bhd’ Bank: Public Bank Berhad No. Bank Akaun: 3159 1216 32

24 isu (RM 24)

* termasuk bayaran pos

Jenis Langganan Baru

(RM)

22

21

20

Harga

Barangan

11

10

19

18

Cek

12 isu (RM12)

09

Kad Kredit

Membaharui No Ahli : ____________

Nama atas Kad Kredit: Visa

Butir Peribadi

Master

Bank Pengeluaran Kad :

Negara Pengeluaran Kad:

Nama (seperti dalam IC) : Jantina : No IC : Alamat :

Jumlah Bayaran: RM

No. Kad Kredit:

Pekerjaan : Tandatangan Pemegang Kad: _______________________ Saya ingin membuat langganan secara automatik. (Hanya untuk pengguna kad kredit)

Tel (H/O) Emel

: :

(HP):

Sila hantarkan borang langganan kepada alamat berikut:

Genta Media Sdn Bhd Blok A, Tingkat 2, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew Off Jalan Pudu, 55100, Kuala Lumpur. Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104 Emel: info@gentamedia.com

Saya sudah baca, faham dan setuju dengan semua Syarat.

Syarat-syarat: * Jangan menghantar tempahan dengan WANG TUNAI. Borang langganan akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja * Dengan ini, saya membenarkan bank yang dilantik oleh Genta Media untuk mendebitkan akaun kad kredit saya untuk langganan ini.


16

UTAMA

DISEMBER 2014

EDISI BAHASA MALAYSIA

SOAL JAWAB DAP RISALAH GRAFIK DAP ROKETKINI menerbitkan risalah grafik mengenai soalan-soalan lazim berkaitan DAP. Risalah grafik ini boleh dibaca lebih lanjut di facebook.com/roketkini.

ADAKAH DAP ANTI-MELAYU DAN ANTI-ISLAM? Tidak. DAP menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan 1957 yang mendaulatkan agama Islam sebagai agama rasmi dan pada masa yang sama melindungi hak agama lain untuk diamalkan secara bebas. Hakikat ini termaktub dalam perlembagaan DAP yang mengangkat Perlembagaan Persekutuan 1957 sebagai undang-undang tertinggi di negara kita.

APAKAH PENDIRIAN DAP MENGENAI KONSEP ‘NEGARA ISLAM’? DAP adalah sebuah parti politik demokrasi sekular. DAP menegakkan dan melaksanakan segala yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk menghormati Islam sebagai agama Persekutuan dan memelihara hak agama-agama lain untuk diamalkan. DAP tidak menggunakan atau mempergunakan apa-apa jua agama dalam dasar politiknya.

ADAKAH DAP MENYOKONG PERDANA MENTERI YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM? Walaupun Perlembagaan Persekutuan membenarkan seorang Perdana Menteri dilantik daripada manamana kaum dan agama, DAP tetap akan menyokong pemimpin Melayu yang berwibawa, beramanah, dan berprinsip sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ini berasaskan realiti masyarakat di mana orang Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia.

ADAKAH DAP INGIN MENUBUHKAN SEBUAH ‘NEGARA KRISTIAN’? Tidak. DAP sebagai parti politik demokrasi sekular langsung tidak menggunakan atau mempergunakan mana-mana agama dalam dasar politiknya. Demokrasi sekular bukan sahaja tidak akan menghapuskan mana-mana agama, malah ia mempertahankan hak individu untuk mengamalkan agama masing-masing, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.