www.selangorkini.my selangortv.my
@Media_Selangor
MediaSelangor
PERCUMA PERCUMA172 -- 23 8 Ogos Januari 2018, 2019, 2011 - 26 - 17 Zulkaedah Jamadil Akhir 1439 1440
OLEH AFIX REDZUAN SUBANG - Mutu ekosistem aeroangkasa di sekitar Lapangan Terbang Subang disifatkan baik dan mempunyai potensi cerah, namun perlu diperkemaskan. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pusat latihan terbaik yang ditawarkan di situ juga berjaya menarik ramai pelatih dari dalam dan luar negara menjalani latihan dengan lebih 26,000 jam latihan. “Kita sedang melihat bagaimana kesemua syarikat yang berada di sini dapat memberikan perkhidmatan terbaik, meneruskan konsistensi serta kerelevanan kawasan ini sebagai hab aeroangkasa berdaya saing. “Kebanyakan (perkhidmatan) ada di sini tetapi memerlukan penyusunan semula kerana majoriti kemudahan untuk industri ini sudah wujud. “Kita sedang mengusahakan tanah dan ruang baru Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan kawasan Lapangan Terbang Subang kerana di sini menjadi lokasi utama pesawat peribadi, pesawat ringan,
helikopter serta penerbangan komersial seperti FireFly juga Malindo Air,” katanya kepada media selepas meluangkan masa lebih sejam, di PWN Excellence Sdn Bhd. Ketibaan rombongan Kerajaan Negeri sempena Jelajah Maju Bersama 2019 Daerah Petaling itu disambut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hazlee Jehan Hashim dan kakitangan. Amirudin turut berpeluang merasai sendiri pengalaman memandu helikopter menerusi ruang simulator milik PWN Excellence. PWN Excellence adalah Pusat Latihan Sintetik AW 139 Bertauliah AgustaWestland (ASTC) yang kini dipanggil Leonardo Helicopter. Agensi itu antara pusat latihan simulator bagi juruterbang melengkapkan jam latihan penerbangan, latihan operasi khas serta kejurulatihan pengendalian pesawat AW139. Amirudin sebelum itu melawat Bahagian Pusat Kawalan Trafik Udara, Civil Aviation Authority Of Malaysia (CAAM), Subang dan mendengar taklimat disampaikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Nizar Zulfakar serta dibawa melihat
sendiri operasi kawalan trafik udara. Beliau kemudiannya meninjau Menara Kawalan Trafik Udara Lapangan Terbang Subang sambil diiringi Pengurusnya, Mohd Effendy Mansor.
Kita sedang melihat bagaimana kesemua syarikat yang berada di sini dapat memberikan perkhidmatan terbaik, meneruskan konsistensi serta kerelevanan kawasan ini sebagai hab aeroangkasa berdaya saing.
AMIRUDIN SHARI
DATO’ MENTERI BESAR
Utama
2 OLEH AFIX REDZUAN KUALA LUMPUR - Sejumlah RM3.2 bilion sudah dibelanjakan Kerajaan Negeri sejak 2008 bagi melaksanakan program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dalam mengagihkan hasil negeri menerusi bantuan sokongan kehidupan khusus buat golongan berpendapatan rendah, di Selangor. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kemampuan pentadbiran secara profesional mengekalkan taraf kemajuan Selangor sebagai sebuah negeri maju sejak 2005 sehingga kini menerusi corak pentadbiran berintegriti turut menyumbang kepada keupayaan pelaksanaan IPR. “Kita menyeimbangkan antara apa yang kita dapat dan agihkan, bagaimana kita agihkan dan kepada siapa kita agihkan. Tiada lagi konsep agihan kepada orang tertentu dan pilih kasih dalam proses pengagihan. “Dalam soal pengagihan dan menjaga kebajikan, pimpinan kita harus bersifat ‘buta warna’. Maknanya daripada segi kaum, agama dan fahaman politik kerana yang perlu dibantu adalah rakyat. “Soal politik itu harus di-bincangkan dalam konteks berbeza. Konsep itu yang dikatakan adil, memberikan keutamaan kepada yang memerlukan dan
SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
Laksana IPR
RM�.� bilion dibelanjakan sejak ����
kita dapat laksanakan dengan jayanya. “Jika dahulu ada yang beranggapan tiada kumpulan lain mampu mentadbir, maka Selangor membuktikan ada kumpulan iaitu Pakatan Harapan (PAKATAN) boleh mentadbir dengan baik, mengurus dan mengekalkan status negeri maju serta membawa kesejahteraan kepada rakyat,” katanya dalam satu wawancara khas menerusi program Bicara Politikonomi bertajuk ‘Hala Tuju Selangor 2019: Maju Bersama’, di TV1. Amirudin berkata, penjajaran semula IPR seperti dinyatakan dalam Belanjawan Selangor 2019 bukan bermaksud menghentikan bentuk bantuan diberikan sebaliknya memperkasa potensi dan memberdaya kemahiran penerima supaya melonjak ke satu tahap lebih baik dari sebelumnya. Sebagai contoh, program Kasih Ibu Smart Selangor yang memberikan bantuan bulanan RM200 diteruskan sambil diso-
Pentadbiran berintegriti menjadi pemangkin kejayaan program IPR kong penyusunann peluang pekerjaan supaya penerima tidak bergantung semata-mata kepada bantuan, malahan mampu menjana pendapatan lebih be-
sar, sekali gus keluar daripada kelompok kemiskinan. Selain itu, kebersamaan di peringkat negeri dan Persekutuan ekoran kemenangan PA-
KATAN di Putrajaya bakal memberikan kemudahan khususnya menerusi kerjasama agensi kerajaan supaya rakyat menerima lebih banyak manfaat.
Kerajaan Negeri perluas penggunaan Waze Bakal laksana KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Dato’ Menteri Besar, Amirudin pal serta menyelesaikan masalah Ekspo R&D berhasrat meluaskan penggunaan Shari berkata, aplikasi itu terhad jalan berlubang,” katanya dalam aplikasi Waze bagi memudahkan orang awam mengemukakan aduan berhubung kes jalan berlubang dan rosak supaya ia dapat dibaiki segera.
Selain daripada lebarkan aplikasi Waze, kita juga mahu ada tindakan segera dilakukan daripada jabatan terbabit bagi menampal serta menyelesaikan masalah jalan berlubang AMIRUDIN
Dato’ Menteri Besar
Foto - soyacincau.com
kepada masalah jalan di bawah tanggungjawab negeri sedangkan terdapat juga kerosakan jalan yang seharusnya dipantau Kerajaan Persekutuan. “Ada beberapa prosedur tidak membenarkan kita menggunakan peruntukan kepada jalan Persekutuan. Jika dibenarkan, saya rasa kita lebih gembira kerana jumlah dan kapasiti kenderaan terutama kenderaan berat seperti di Pelabuhan Klang, Meru dan Jalan Kuala Selangor itu mempunyai kadar kerosakan lebih kerap. “Walaupun dalam Perlembagaan ada Jadual 9 dan 10, tanggungjawab Kerajaan Negeri dan Persekutuan tetapi bagi kami adalah kesejahteraan rak-yat dan kita akan cuba cari mekanisme isu jalan ini. “Selain daripada lebarkan aplikasi Waze, kita juga mahu ada tindakan segera dilakukan daripada jabatan terbabit bagi menam-
satu wawancara khas menerusi program Bicara Politikonomi bertajuk ‘Hala Tuju Selangor 2019: Maju Bersama’, di TV1. Penggunaan aplikasi Waze yang mula diperkenalkan pada 2016 selaras dengan hasrat ‘Smart Solution’ di bawah gagasan Smart State bagi memudahkan pengguna mengemukakan aduan kerosakan jalan. Mengulas persoalan kilang haram, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri cuba memperketatkan peraturan kerana ia membabitkan isu berbangkit sebelum ini termasuk mewujudkan pusat kitar semula plastik yang diimport daripada luar negara. Beliau berkata, Kerajaan Negeri turut berharap kerjasama rakyat dalam menangani isu itu dan ia tidak mampu dijayakan jika berharap kepada penguat kuasa semata-mata. Dalam wawancara sama, beliau turut menjelaskan pengguna yang berhadapan masalah mendapatkan bil air yang kini dikirimkan secara pos ke rumah berbanding serahan terus seperti yang diamalkan sebelum ini membawa isu itu kepada Air Selangor supaya dapat diselesaikan sebaiknya.
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri bakal melaksanakan program Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi menghimpun serta menampilkan hasil penyelidikan institusi pengajian tinggi, pada tahun depan. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ekspo itu juga bertujuan memperkenalkan dengan lebih dekat berkenaan bidang penyelidikan terdapat di institusi pengajian, seluruh Selangor. “Program bakal dilaksanakan ini akan menghimpunkan hasil penyelidikan institusi pengajian tinggi, di dalam Gugusan Pendidikan Selangor. “Malah, setiap institusi Gugusan Pendidikan ini boleh diperkasakan lagi jika wujud kerjasama antara semua pentadbir institusi dengan nilai pendidikan mungkin boleh ditambah menerusi program ekspo sedemikian,” katanya. Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung dalam sesi temubual
khas bagi mengulas berkenaan #MajuBersama dan Belanjawan Selangor 2019 di salah sebuah siaran televisyen tempatan, pada 10 Januari lalu. Terdahulu, Amirudin ketika membentangkan Belanjawan Selamgor 2019 turut mengumumkan peruntukan sejumlah RM87.64 juta atau 6.8 peratus untuk memperkasa aspek pendidikan. Antara program bakal dilaksanakan adalah Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang akan menghimpun serta menampilkan hasil penyelidikan institusi pengajian tinggi yang ada dalam Gugusan Pendidikan terbabit. Malah, dalam tempoh tiga tahun, Kerajaan Negeri merancang untuk memastikannya berkembang menjadi ekspo penyelidikan tersohor di Asia Tenggara yang mempunyai kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti Institut Teknologi Bandung dari Indonesia, Nanyang Institute of Technology (Singapura) dan Mahidol University (Thailand).
Utama SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
3
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
PERCUMA
Tiga PBT berstatus bandar raya
Pembangunan Petaling terus rancak OLEH NAZLI IBRAHIM SUNGAI BULOH - Pembangunan infrastruktur di daerah Petaling dijangka bertambah rancak selepas Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dinaik taraf kepada majlis bandaraya. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pada masa ini terdapat dua Pihak Berkuasa Tempatan bertaraf bandar raya, di daerah terbabit. Katanya, Petaling memiliki potensi besar kerana ia adalah kawasan pembangunan berdaya tinggi dan mempunyai dua majlis bandaraya iaitu Shah Alam dan Petaling Jaya. “Jika ikut rancangan, kita ada permohonan menjadikan MPSJ sebagai bandar raya pada tahun ini, sekali gus meningkatkan status daerah Petaling jauh lebih baik daripada sekarang. “Ini kerana kemudahan ban-
dar raya akan diikuti dengan peningkatan infrastruktur dan tidak ketinggalan perkhidmatan perbandaran, di kawasan terbabit,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Media Selangor pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Institusi Agama sempena Program Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat, di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, di sini, pada 11 Januari lalu. Sementara itu, katanya, program jelajah di daerah Petaling membolehkan beliau melihat sendiri persediaan kawasan terbabit sebelum diiktiraf sebagai majlis bandaraya. Katanya, Kerajaan Negeri turut mengkaji keseimbangan daerah Petaling sebagai pemegang status bandar raya, berbanding sebagai daerah penting untuk kemajuan daerah dan negeri.
Selangor sumbang RM���,��� Sedia kaji potensi Sungai Buloh sebagai kepada �� institusi Islam Paya Jaras hab floris SUNGAI BULOH - Kerajaan Negeri sedia mengkaji untuk mengembangkan potensi Sungai Buloh sebagai hab floris Selangor, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari. Bagaimanapun, beliau berkata, Kerajaan Negeri perlu meneliti potensi di kawasan itu dan beberapa faktor lain seperti aset sedia ada sebelum langkah seterusnya diambil. “Jika kluster itu dapat dikembangkan, kita akan lihat potensi, ruang lingkup dan kemudahannya. “Jika tiada, bolehkah ditambah atau pindahkan ke tempat lain kerana perbandingan ini yang sedang kita buat kerana kita ingin merancang, dalam jangka masa lebih panjang,” ka-
tanya. Beliau berkata demikian kepada Media Selangor pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Institusi Agama sempena Program Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat, di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, di sini, pada 11 Januari lalu. Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman mengalualukan langkah Kerajaan Negeri bagi membangunkan lagi hab floris, di Sungai Buloh. “Pengisytiharan Sungai Buloh sebagai hab floris sudah dibuat sebelum ini tetapi jika tiada pembangunan berkaitan atau keistimewaannya, maka ia sama sahaja dengan daerah lain,” katanya.
Amirudin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil institusi agama daerah Petaling SUNGAI BULOH - Kerajaan Negeri menghulurkan sumbangan RM320,000 kepada 32 institusi Islam di Dewan Undangan Negeri Paya Jaras, pada 11 Januari lalu. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sumbangan itu diberikan ekoran peranan penting dimainkan institusi terbabit dalam masyarakat, di Selangor. “Masjid, surau dan sekolah agama memainkan peranan penting dalam membina masyarakat berilmu serta berguna kepada negara. “Saya percaya sumbangan ini mampu membantu meningkatkan syiar Islam, di Selangor,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Institusi Agama sempena Program Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat di Masjid
Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, di sini. Institusi terbabit terdiri daripada lima masjid, 20 surau dan tujuh sekolah rendah agama serta kelas asas fardhu ain integrasi. Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, sumbangan diterima kali ini adalah yang terbesar pernah di terima institusi agama Islam di Paya Jaras, sejak 10 tahun lalu. “Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Negeri yang menghulurkan sumbangan kepada masjid, surau dan sekolah agama di sini. “Semua institusi Islam di sini dapat merasai sumbangan terbesar ini,” katanya.
Masjid, surau dan sekolah agama memainkan peranan penting dalam membina masyarakat berilmu dan berguna kepada negara. Saya percaya sumbangan ini mampu membantu meningkatkan syiar Islam, di Selangor AMIRUDIN SHARI Dato’ Menteri Besar
Utama
4
SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
Bantu motivasi diri
Bayaran bonus ikut KPI OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM - Kerajaan Negeri berpandangan kadar pembayaran bonus mengikut sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada penjawat awam membantu golongan terbabit memotivasikan diri mereka. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sudah tiba
masanya untuk seseorang itu dinilai berdasarkan kemampuan dan prestasi secara individu atau jabatan. “Sejak 2008, Kerajaan Negeri mula memberi insentif kepada jabatan, malahan kutipan hasil untuk pejabat tanah sekiranya mana-mana jabatan berjaya kutip lebih daripada sasaran ditentukan, kita akan beri insentif
PRK Cameron Highlands: Tiba masa buat perubahan TANAH RATA - Pakatan Harapan (PAKATAN) mengharapkan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dan akan menjadi bibit permulaan dalam usaha mengambil alih Pahang daripada Barisan Nasional (BN). Justeru, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata, calon PAKATAN iaitu M Manogaran harus dimenangkan bagi memudahkan lagi perkhidmatan diberi kepada penduduk setempat, memandangkan parti itu kini menguasai Kerajaan Persekutuan. “Apabila melihat pada masa lalu, kita mempunyai calon daripada BN selama 61 tahun tetapi mendapati masalah yang membelenggu penduduk di sini masih belum dapat diselesaikan. “Saya sudah bercakap dengan komuniti di sini dan mendapati ada kekecewaan kerana ini adalah masalah yang menjejaskan kehidupan seharian. Jadi, saya rasa inilah masanya untuk kita melihat perubahan,” katanya selepas program santai pemimpin PAKATAN, bersama kirakira 200 anggota komuniti Orang Asli Cameron Highlands, pada 12 Januari lalu.
Berhubung langkah BN meletakkan calon dalam kalangan Orang Asli, beliau berkata, walaupun ia dilihat mempunyai kelebihan dalam meraih sokongan komuniti, namun Manogaran diyakini berupaya memfokuskan kepada isu setempat demi kepentingan rakyat. “Sudah tentu ia sukar bagi kita. Saya rasa akhirnya nanti kita perlu melihat kepada seseorang yang biasa dengan isu keseluruhan komuniti di sini dan yang mampu bersuara mencari penyelesaian untuk mereka,” katanya yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia. PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M Manogaran, Ramli Mohd Nor (BN) dan dua calon bebas, iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee. PRK Parlimen Cameron Highlands berlangsung selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi, di kawasan itu.
SIDANG PENGARANG PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB PENGARANG : Nurul Farina Nazlan PENOLONG PENGARANG Naeem Raffi, Afeeqa Afeera & Hafizan Taib WARTAWAN: Nazli Ibrahim : nazli@mediaselangor.com, Afix Redzuan : syafiq@mediaselangor.com, Norhayati Umor : hayati@mediaselangor.com, Sheeda Fathil : sheeda@mediaselangor.com Nadiah Zamlus : sitinadiah@mediaselangor.com Zareef Muzammil : zareefmuzammil@mediaselangor.com JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN: Nadhrah Azlan : nadhrah@mediaselangor.com l 03-5523 4856 (ext 109) Shafiq Hamsi : Shafiqhamsi@mediaselangor.com | 03-5523 4856 (ext 109) JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri Yusof GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: info@mediaselangor.com
kewangan, menjelang masa tertentu. “Oleh itu, kita mahu membudayakan cara ini kembali, namun saya berharap ia masih mampu mengekalkan pentadbiran yang baik, pengurusan cekap dan hasil berkualiti,” ka-tanya. Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung dalam sesi temubual khas bagi
mengulas berkenaan #MajuBersama dan Belanjawan Selangor 2019, di salah sebuah siaran televisyen tempatan, pada 10 Januari lalu. Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Negeri sentiasa berfikir untuk memperkasakan, menjaga dan memelihara penjawat awam supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.
Terdahulu, Amirudin mengumumkan pada pembentangan Belanjawan Selangor 2019 berkenaan Kerajaan Negeri akan menggunakan sistem KPI bagi menentukan kadar pembayaran bonus buat penjawat awam. Penggunaan sistem itu menyaksikan tiada lagi pembayaran bonus secara langsung seperti dilakukan sebelum ini.
MBI sokong usaha ‘Upcycle Fabric Synthetics’ ASWARA SHAH ALAM - Kurang kesedaran berhubung isu sisa fabrik dengan lebih 2,000 tan terhasil di negara ini mendorong pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) memperkenalkan inisiatif ‘Upcycle Fabric Synthetics’. Kagum dengan usaha projek tahun akhir pelajar berkenaan, Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) turut menyumbangkan dana bagi merealisasikan hasrat terbabit. Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Raja Shahreen Raja Othman berkata, usaha itu disokong sepenuhnya dan perlu diketengahkan untuk menyelesaikan isu berkenaan. “Kita memerlukan sokongan pihak swasta, kerajaan, badan budan kerajaan, pelajar atau sesiapa sahaja untuk bersama menyelesaikan isu ini. “Oleh itu, jika ada pihak yang berminat membantu, pastinya usaha sebegini akan disokong,” katanya kepada SelangorKini. Beliau berkata, industri fesyen semakin hebat dan berkembang pantas, namun tidak dinafikan ia juga adalah pencemar terbesar. Justeru, katanya, kesedaran masyarakat untuk menangani isu sisa fabrik itu sangat penting dan perlu dipupuk, dari rumah.
Sementara itu, pengurus acara projek terbabit, Iffah Nadhilah Mohamed berkata, langkah mengitar semula pakaian dan tekstil adalah cara paling bermanfaat bagi mengelakkan pencemaran serta pengeluaran intensif tenaga pakaian baharu. “Dalam kerancakan perkembangan dunia fesyen yang turut mewarnai kehidupan mahasiswa, ramai terlepas pandang berhubung isu sisa fabrik yang dihasilkan. “Pakaian yang tidak boleh digunakan boleh diolah semula menjadi aksesori fabrik lain atau pelbagai kegunaan lain. Justeru, kami berbesar hati dan bersyukur kerana MBI sudi menyumbang dalam projek ini,” katanya.
Kita memerlukan sokongan pihak swasta, kerajaan, badan budan kerajaan, pelajar atau sesiapa sahaja untuk bersama menyelesaikan isu ini RAJA SHAHREEN
Ketua Pegawai Eksekutif MBI Pada masa sama, katanya, masyarakat tahu berkenaan kitar semula plastik, aluminium, botol dan kertas, namun kurang pengetahuan dalam sisa fabrik.
Utama SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
5
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
PERCUMA
Laksana pensejajaran IPR
Bantu rakyat perkasa diri OLEH SHEEDA FATHIL
Sultan Sharafuddin berkenan terima mengadap KPN SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, pada 10 Januari lalu. Dalam pertemuan yang berlangsung sekitar jam 10 pagi, Mohamad Fuzi memberi maklum kepada baginda berkenaan pertukaran baharu jawatan Ketua Polis Selangor yang ketika ini disandang Dato’ Mazlan Mansor.
Makluman pertemuan yang berakhir sejam kemudian itu dikongsikan di laman sosial rasmi Selangor Royal Office. Terdahulu, Mazlan dilantik sebagai Ketua Polis Selangor baharu berkuat kuasa 7 Julai 2017 bagi menggantikan Datuk Abdul Samah Mat yang bersara wajib. Beliau sebelum ini bertugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak selain pernah menjawat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.
Sertai program di Jerman promosi pelancongan LANGKAWI - Kerajaan menyarankan badan promosi pelancongan negeri termasuk pihak swasta supaya menyertai promosi pelancongan di Jerman, pada Mac ini. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, penyertaan pada program promosi itu penting kerana Malaysia menjadi rakan rasmi negara bagi penganjuran International Tourismus-Boerse (ITB) 2019 yang akan diadakan, di Berlin. “Peluang sebegini tidak harus dilepaskan pemain dalam industri pelanco-
ngan kerana ini adalah landasan promosi terbesar pelancongan dunia,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama penggiat industri perhotelan, di sini, pada 13 Januari lalu. Beliau berkata, mana-mana pihak yang berminat untuk menyertai ITB, perlu merujuk kepada pihak kementerian untuk tindakan lanjut dan pengesahan penyertaan. “Saya yakin dengan penyertaan dari setiap negeri, maka ia akan memberikan impak lebih besar kepada industri pelancongan negara,” katanya.
SHAH LAMA - Pensejajaran Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dilaksanakan Kerajaan Negeri bertujuan membantu rakyat memperkasakan kehidupan mereka. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia juga untuk memastikan pihak sangat memerlukan diberikan bantuan dan sokongan bersesuaian mengikut taraf kehidupan masing-masing. “Sebagai contoh, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) sebelum ini diberikan RM200 sebulan kepada 40,000 wanita terpilih seluruh Selangor untuk mereka membeli barangan keperluan dan sebagainya. “Namun, jika difikir semula jumlah 40,000 itu mungkin akan bertambah jika kita memberdayakan golongan ini dengan program bersifat latihan atau kemahiran yang mana mereka boleh mengubah kehidupan tanpa bergantung kepada kerajaan selama-lamanya,” katanya. Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung dalam sesi temubual khas bagi mengulas berkenaan #MajuBersama dan Belanjawan Selangor 2019, di salah sebuah siaran televisyen tempatan, 10 Januari lalu. Amirudin berkata, wujud anjakan daripada pemberian kepada pengupayaan terha-
Kita akan menambah program yang mampu meningkatkan kemampuan mereka seperti berniaga atau apa sahaja yang boleh beri kemahiran sekali gus berupaya menjana pendapatan sendiri AMIRUDIN SHARI Dato’ Menteri Besar
dap golongan terbabit. “Kita akan menambah program yang mampu meningkatkan kemampuan mereka seperti berniaga atau apa sahaja yang boleh beri kemahiran, sekali gus berupaya menjana pendapatan sendiri. “Oleh itu, saya optimis menjelang tahun tertentu pengurangan penerima KISS sedikit sebanyak boleh membantu mereka yang lebih memerlukan, pada masa akan datang,” katanya. Pada masa sama, beliau berkata, ia cabaran terbesar Kerajaan Negeri untuk mengekalkan program IPR bukan bersifat jangka pendek namun jangka panjang, sekali gus membawa manfaat kepada rakyat.
Utama
6
SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
Guna pemandu warga asing
Kerajaan Negeri tidak kompromi OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap syarikat kontraktor pengurusan sisa yang menggunakan perkhidmatan pemandu lori warga asing. EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, Kerajaan Negeri akan mengenakan tindakan tegas terhadap pihak terbabit termasuk menamatkan kontrak sekiranya diperlukan. “Kita juga tidak akan berkompromi dengan sikap kontraktor yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan. “Kerajaan Negeri juga akan mengarahkan KDEB Waste Management (KDEBWM) untuk
memberi penjelasan bertulis dan mahu mereka memastikan supaya perkara seumpama itu tidak berlaku lagi,” katanya dalam kenyataan. Sebelum ini, tular di media sosial rakaman video seorang pekerja Bangladesh mengaku sudah lapan tahun memandu lori tanpa lesen dan lori dipandu dalam video itu adalah kenderaan subkontraktor KDEBWM. Sze Han berkata, pihaknya menghargai komitmen orang awam yang begitu peka dan prihatin dengan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri itu. Katanya, ia telah membantu kerajaan dalam memantau perkhidmatan kontraktor dilantikkan KDEBWM.
Tinjau peluang buka universiti di Indonesia
“Orang awam juga diminta membuat laporan atau aduan melalui saluran disediakan seperti melalui aplikasi iClean, WhatsApp: 019-2742824, talian ‘hotline’: 1-800-88-2824 atau e-mel: iclean@kdebwm.com.
Kerjasama majikan sedia peluang pekerjaan untuk asnaf KAJANG - Pihak industri khususnya majikan disaran tampil bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada anak asnaf, di negeri itu. Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf LSZ, Dr Adibah Abdul Wahab berkata, langkah itu disifatkan wajar kerana turut memberi peluang kepada semua pihak untuk bersama meringkankan beban keluarga golongan terbabit. “Strategi kami adalah untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak yang boleh menyediakan pelbagai bidang kemahiran bukan sahaja kepada golongan asnaf, tetapi masyarakat lain yang memer-
lukan. “Pendekatan ini secara tidak langsung membantu asnaf daripada terus dihimput belenggu kemiskinan, seterusnya berupaya membangunkan tahap ekonomi juga sosial keluarga apabila bekerja kelak. “Selain menyediakan peluang pekerjaan, pembabitan semua pihak ini turut membolehkan golongan asnaf ‘sustain’ dalam setiap pekerjaan yang dilakukan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutup Program Latih & Kerja Belia Selangor anjuran Skills Johor, di German-Malaysian Institute (GMI), di sini, pada 13 Januari lalu.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Skills Johor, Zakbah Harun dan Ketua Seksyen Pembangunan Perniagaan GMI, Mohd Tanwyn Mohd Khushairi. Terdahulu, program yang mendapat penajaaan sepenuhnya daripada LZS itu membabitkan penyertaan seramai 31 pelatih lepasan Sijil Pelajaran Malaysia terdiri daripada golongan asnaf fakir, seluruh Selangor. Sepanjang tujuh hari program berlangsung, pelatih didedahkan dengan beberapa modul latihan seperti ilmu peruncitan dan perkhidmatan, membuat resume, pembangunan jati diri serta strategi pengurusan kewangan. Dr Adibah berkata, semua pelatih berkenaan juga berjaya menerima tawaran pekerjaan daripada beberapa rakan syarikat termasuk Family Mart, Jaya Grocer dan Golden Screen Cinema. “Dalam masa terdekat mereka akan mula bekerja kerana sudah melepasi proses temuduga, malahan majikan yang mendapatkan pekerjaan kepada mereka turut memberikan respons positif ketika menjalani temuduga. “Mereka datang dengan persediaan penuh rapi terutama daripada segi pengetahuan, kemahiran, pakaian dan komunikasi,” katanya.
JAKARTA - Kementerian Pendidikan Malaysia meninjau peluang untuk membuka cawangan universiti awamnya di Indonesia yang mempunyai lebih 260 juta penduduk. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, program lawatan kerja pertamanya ke Indonesia sejak menerajui kementerian itu juga bagi meningkatkan kerjasama pendidikan sedia ada antara kedua-dua negara. “(Dalam lawatan kerja ini) kita akan melihat ruang dan peluang yang boleh ditawarkan kepada pendidikan Indonesia. “(Antaranya) ruang yang boleh diterokai untuk membina atau menubuhkan cawangan universiti kita, di Indonesia,” katanya
selepas mengadakan lawatan ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, di sini, pada 10 Januari lalu. Selain itu, Dr Maszlee berkata, beberapa universiti di Indonesia juga menyatakan minat mereka untuk membuka cawangan, di Malaysia. Pada lawatan kerja itu, Dr Mazlee bertemu dengan rakan sejawatnya, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy, untuk perbincangan lanjut berhubung misi lawatannya. Selain itu, beliau juga mengadakan lawatan ke Universitas Muhammadiyah Prof Dr Hamka dan Tzu Chi School selain mengadakan perjumpaan bersama pelajar Malaysia.
KDEBWM hargai keprihatinan rakyat SHAH ALAM - KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan rakyat Selangor yang melaporkan insiden berhubung sub-kontraktor menggunakan warga asing sebagai pemandu lori. Pengarah Urusannya, Ramli Mohd Tahir berkata, pada masa sama pihaknya kesal dengan insiden terbabit sehingga menjadi tular di media sosial. “KDEBWM telah mengambil tindakan ke atas subkontraktor terbabit dan turut mengarahkan semua subkontraktor supaya memastikan mereka menggunakan khidmat pemandu warga tempatan mempunyai lesen memandu lori yang sah. “Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas subkontraktor didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan termasuk menamatkan kontrak perkhidmatan mereka,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata demikian bagi mengulas lanjut isu tular di media sosial berhubung rakaman video seorang pekerja Bangla-
Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas sub-kontraktor didapati gagal mematuhi SOP RAMLI TAHIR
Pengarah Urusan KDEBWM desh mengaku sudah lapan tahun memandu lori tanpa lesen dan lori dipandu adalah subkontraktor KDEBWM. Ramli berkata, pihaknya memohon kerjasama semua pihak supaya tidak terus menularkan video berkenaan. Katanya, adalah tidak wajar jika hanya kerana satu kes terbabit, ia dijadikan indikator seolah-olah semua subkontraktor menggunakan pemandu warga asing. “Kami akan terus komited memastikan Selangor sentiasa bersih dan memberi jaminan untuk sentiasa mematuhi lunas undang-undang ditetapkan pihak berkuasa, di negara ini,” katanya.
Ekonomi SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
7
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
PERCUMA
Kekal destinasi tumpuan pelabur
Selangor catat pelaburan RM�.�� bilion OLEH NAZLI IBRAHIM SUNGAI BULOH - Selangor kekal mendominasi carta pelaburan terbesar negara apabila berjaya menarik tumpuan pelabur domestik dan antarabangsa. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sehingga September 2018 sahaja Selangor sudah pun mencatatkan jumlah pelaburan RM8.24 bilion berbanding jumlah keseluruhan pelaburan RM5.59 bilion, pada 2017. “Ini semua didorong kepercayaan, keyakinan komuniti perniagaan sama ada domestik
atau luar negara kepada sistem pentadbiran dan pengurusan kita yang berteraskan prinsip berintergriti, ketelusan serta kebertanggungjawaban yang baik atau apa yang disebut tadbir urus yang baik,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Institusi Agama Sempena Program Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat, di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, di sini, pada 11 Januari lalu. Amirudin berkata, keadaan itu menyebabkan Selangor kekal sebagai penyumbang terbesar
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), di peringkat nasional. Beliau akan memastikan tadbir urus yang baik itu dikekalkan bagi menjamin keyakinan pelabur berterusan. Bagaimanapun, katanya, angka pertumbuhan itu tidak memberi makna jika Kerajaan Negeri tidak menyalurkan bantuan kepada rakyat. Sebaliknya, kata Amirudin, kemakmuran ekonomi Selangor harus diseimbangkan dengan menyalurkan kepada program mensejahtera dan memperkasakan rakyat.
Pertumbuhan KDNK negeri �.�%, tinggi berbanding nasional SUNGAI BULOH - Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Selangor mencatatkan sebanyak 7.1 peratus, berbanding 5.9 peratus KDNK, di peringkat nasional. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pertumbuhan ekonomi dinikmati Selangor itu membolehkan Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan dan sokongan untuk rakyat meningkatkan status ekonomi masing-masing. “Di saat kita berjaya mencatatkan pertumbuhan besar pada kadar 7.1%
melampaui kadar nasional, Kerajaan Negeri saban hari berfikir dan merencana supaya pertumbuhan ini dapat disalurkan dengan cara terbaik kepada rakyat. “Cumanya, dalam kaedah lima tahun akan datang, kita cuba gubal supaya program berbentuk peduli dan sokongan kepada rakyat bukan hanya program bantuan kewangan serta subsidi percuma tetapi melihat bagaimana untuk memberdaya juga memperkasakan rakyat. “Usaha ini diteruskan hingga berjaya mengeluarkan mereka yang dibantu dari-
Saham FGV melonjak KUALA LUMPUR - Saham FGV Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia naik 15 Januari lalu selepas syarikat perladangan itu mengumumkan rancangan melupuskan perniagaan bukan teras dan aset bernilai RM350 juta. Pada ketika itu, saham FGV naik tiga sen kepada 85 sen dengan mencatatkan transaksi 9.54 juta saham. Pengerusi FGV, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata, syarikat mengenal pasti bidang bagi kerjasama atau perkongsian pembangunan strategik dalam usaha untuk memanfaatkan kekuatan dan merapatkan jurang kapasiti jika wujud. “Kami juga sedang menyemak semula struktur modal dan kos kewangan kami. Selain itu, kumpulan sedang melakukan penilaian terhadap saiz keperluan sum-
ber manusia yang tepat. “Dianggarkan FGV akan dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM150 juta pada 2019 menerusi langkah menangani ketirisan dan ketidakcekapan yang berlaku,” katanya dalam surat kepada pemegang saham yang dimaklumkan kepada Bursa Malaysia. Katanya, menerusi pelan transformasinya, FGV akan membuat pembetulan terhadap isu diwarisi dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan memulihkan integriti operasi, untuk manfaat pemegang saham. Beberapa inisiatif sedang dilaksanakan termasuk melakukan semakan semula secara menyeluruh oleh kumpulan terhadap dasar dan amalan bagi pemerolehan.
pada belenggu kemiskinan, membawa rakyat daripada satu status kepada status lebih tinggi dan akhirnya mereka pula berjaya membantu yang lain,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada institusi agama Sempena Program Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, di sini, pada
11 Januari lalu. Pada masa sama, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri akan malaksanakan langkah pensejajaran semula terhadap program IPR dengan memfokuskan kepada golongan memerlukan. “Antaranya skim pemberian air percuma yang ditambah daripada 20 meter padu air kepada 25 meter padu,” katanya.
Nasional
8
SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
Isu hina Agong: Kerajaan bakal definisi perkataan, perbuatan PUTRAJAYA - Kerajaan akan mendefinisikan perkataan atau perbuatan boleh dianggap sebagai menghina institusi diraja, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Mengulas isu penahanan tiga individu mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V, beliau berkata, definisi sebenar perbuatan atau perkataan menghina itu perlu untuk penguatkuasaan, pada masa akan datang. “Pada masa ini, pihak penguat kuasa tidak faham apa yang dianggap sebagai menghina, jadi kita perlu ‘spell out’ (nyatakan) apa perbuatan atau perkataan dianggap sebagai menghina,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa
Akta SPRM diperkasa PUTRAJAYA - Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diperkasakan lagi dengan menambah klausa yang membolehkan dalang utama di sebalik penyelewengan dikesan dan dikenakan tindakan undang-undang. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, berbanding ketika ini tindakan undang-undang agak sukar dikenakan kepada pihak terbabit. “Kita juga ingin memasukkan peruntukan baharu dalam undangundang berhubung tanggungjawab mendedahkan pihak penerima faedah ke dalam Akta SPRM kerana kita dapati kerap kali digunakan nama orang lain tetapi yang memiliki orang lain. “Jadi, kita buat undang-undang supaya dapat cekup orang sebenar,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Anti Rasuah (JKKAR) kali ke-6, di sini, pada 10 Januari lalu.
Mesyurat membincangkan tujuh kertas kerja itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Dr Mahathir berkata, mesyuarat itu turut membangkitkan rancangan meningkatkan ketelusan dan intergriti belanjawan serta menambah baik kaedah perolehan kerajaan. Katanya, ketika ini jawatankuasa itu berjaya mencapai 61 inisiatif sejak ditubuhkan selepas Kerajaan Pakatan Harapan dibentuk.
Pada masa ini, pihak penguat kuasa tidak faham apa yang dianggap sebagai menghina, jadi kita perlu ‘spell out’ (nyatakan) apa perbuatan atau perkataan dianggap sebagai menghina TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri
Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini, pada 10 Januari lalu. Ditanya berhubung undang-undang baharu akan digubal untuk melindungi kesucian institusi diraja negara daripa-
da dihina, seperti diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan melihat definisi menghina yang lebih tepat. Penahanan tiga individu terbabit bagi membantu siasatan terhadap dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan di media sosial berkaitan isu Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, mendapat kritikan pihak tertentu. Dr Mahathir berkata, kini Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara iaitu individu bercakap perkara yang berfakta tidak boleh disalahkan. “Sebaliknya, jika kita tutup mulut semua orang sehingga apabila jenayah berlaku juga kita tak boleh sebut, maka akan berlaku ketidakadilan, dalam negara,” katanya.
Pemimpin kerajaan mesti jadi juara perangi rasuah PUTRAJAYA - Pemimpin kerajaan diingatkan supaya tidak meletakkan tanggungjawab memerangi rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jawatankuasa Khas Kabinet Anti Rasuah (JBKAR) dan pihak berkuasa lain semata-mata. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebaliknya setiap menteri dan pemimpin lain dalam kerajaan perlu bersama-sama menjadi juara dalam usaha memerangi rasuah. “Semua anggota pentadbiran, ketua setiausaha dan Ketua jabatan juga perlu jadi juara anti rasuah bukannya Perdana Menteri sahaja tetapi semua pemimpin,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Anti Rasuah (JKKAR) kali ke-6, di Bangunan Perdana Putra, di sini,
Semua anggota pentadbiran, ketua setiausaha dan ketua jabatan juga perlu jadi juara anti rasuah bukannya Perdana Menteri sahaja tetapi semua pemimpin TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri,
pada 10 Januari lalu. Dr Mahathir berkata, semua pihak juga harus membabitkan diri dalam rancangan Anti Rasuah Nasional yang bakal dilancarkan. Ketika menyentuh isu belanjawan, Perdana Menteri berkata, masih terdapat banyak ke-
lemahan dalam pengurusan kewangan negara yang perlu diperbaiki. Katanya, bagi mengatasi langkah itu kerajaan juga akan menambah beberapa peraturan baharu bagi mengemaskan lagi prosedur perbelanjaan.
Mohamad: Sedia dedah laporan pembelian aset meragukan SHAH ALAM - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, beliau bersedia mendedahkan laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan berhubung kes pembelian aset mencurigakan kementerian ketika pentadbiran kerajaan terdahulu, di Dewan Rakyat. Beliau berkata, kementerian tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan berhubung isu
terbabit. “Saya sedia menjawab apa-apa soalan berkaitan itu jika ditanya, di Parlimen,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi Projek Endowmen Pembangunan Residensi, di UiTM Puncak Alam, di sini, pada 11 Januari lalu.
Mohamad berkata, laporan kedua jawatankuasa siasatan dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang itu akan diserahkan kepadanya, sebelum akhir bulan ini. Beliau sebelum ini dipetik berkata, pihaknya akan mendedahkan laporan itu kepada umum selepas kementerian menerima laporan kedua daripada jawatankuasa berkenaan
yang ditubuhkan kerajaan Pakatan Harapan, pada 30 Mei tahun lalu. Pada 22 Mei tahun lalu, Mohamad berjanji akan menyiasat segala dakwaan berkaitan Kementerian Pertahanan termasuk isu pembelian dua kapal selam ‘Scorpene’ serta pembaziran dan dakwaan salah guna kuasa membabitkan pembelian aset Angkatan Tentera Malaysia.
Nasional SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
9
Keliru status halal
JAKIM denda hingga RM� juta PUTRAJAYA - Mana-mana pihak yang cuba mengelirukan pengguna dengan status halal boleh didenda sehingga tidak melebihi RM5 juta jika kesalahan pertama dilakukan pertubuhan perbadanan. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, perkara itu berpandukan Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011. “Jika kesalahan dilakukan oleh bukan pertubuhan perbadanan, maka ia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. “Peniaga dan pengusaha seharusnya mempunyai sensitiviti tinggi untuk membangun perusahaan dalam memenuhi keperluan pengguna Islam dan bukan Islam, di negara ini. “Sementara pengguna pula perlu memilih hanya premis yang mempunyai sijil halal yang diyakini sah sahaja,” katanya dalam kenyataan. Beliau mengulas laporan BERNAMA, pada 7 Januari lalu berhubung kenyataan Presiden Persatuan Pengusaha Maka-
nan Melayu Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor, Ayob Abd Majid, yang mencadangkan JAKIM perlu mewajibkan pengusaha restoran memiliki sijil halal sebelum beroperasi. Mohamad Nordin berkata, Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah bersifat sukarela dan bukan suatu kewajipan bagi pengusaha premis makanan berpandukan Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan (Takrif Halal) 2011. Katanya, setakat ini tiada peraturan yang mewajibkan mana-mana syarikat untuk mendapatkan SPHM daripada JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri. “Cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal kepada semua premis makanan memerlukan pandangan daripada pelbagai pihak,” katanya. Justeru, beliau menasihatkan semua pengusaha restoran dan pengeluar produk makanan supaya mendapatkan sijil halal daripada JAKIM bagi memastikan jaminan halal serta kualiti makanan disediakan, di samping meningkatkan keyakinan pengguna.
Indera Khairul dilantik Ketua Pengarah Imigresen baharu PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud, dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen baharu, berkuat kuasa 14 Januari lalu. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Mustafar Ali yang bersara daripada jawatan berkenaan, pada 31 Disember lalu. Katanya, Indera Khairul, 47, pemegang sarjana dalam jurusan Strategi dan Diplomasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia berpengalaman dalam bidang pengurusan keselamatan serta keimigresenan. “Beliau juga bertanggungjawab terhadap dasar berkaitan hal ehwal imigresen, pengurusan pekerja asing dan hal ehwal pendaftaran negara ketika menjadi Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, pada Julai 2018 hingga 13 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan. Indera Khairul memulakan kerjaya
dalam perkhidmatan awam pada Disember 1996 di Jabatan Perkhidmatan A wam diikuti Kementerian Pembangunan Usahawan, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ke KDN. Pada masa sama, Alwi turut mengumumkan Datuk Jamil Rakon dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KDN selepas mengambil kira pengalaman luasnya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran awam serta pembangunan diperlukan bagi memperkasa tadbir urus kementerian. Berkelulusan Sarjana Pengurusan Sumber Manusia dari Australian Institute of Criminology Canberra, Jamil memulakan kerjayanya di Kementerian Pertahanan, pada Disember 1992 selain berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan. Alwi yakin kepakaran dan pengalaman kedua-dua pegawai itu dapat memperkukuhkan pentadbiran KDN dan Jabatan Imigresen.
Global
10
SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
Rancangan pembaharuan Wawasan 2030
Arab Saudi keluar �.�� juta visa umrah JEDDAH - Jumlah visa umrah dikeluarkan tahun ini mencecah 2,785,790, dengan 2,346,429 jemaah sudah tiba di negara pentadbiran diraja berkenaan, menurut data disediakan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Ada 345,114 jemaah direkodkan berada di pentadbiran diraja itu dengan 233,910 berada di Makkah manakala 111,204 lagi di Madinah, menurut laporan Arab News. Majoriti jemaah, berjumlah 2,122,424 datang ke Arab Saudi menerusi perjalanan udara, sementara 213,121 memasukinya menerusi jalan darat dan 10,884 tiba melalui jalan laut. Jumlah terbesar jemaah adalah dari Pa-
kistan (637,745) diikuti Indonesia (420,410), India (292,607), Malaysia (135,895), Yaman (128,618), Mesir (73,179), Turki (65,970), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (59,855) dan Bangladesh (57,701). Rancangan pembaharuan Wawasan 2030 menyasarkan untuk menarik lebih 30 juta jemaah umrah serta menyediakan mereka dengan perkhidmatan cemerlang dan pengalaman luar biasa. Tahun lalu, kementerian berkenaan melancarkan petunjuk mingguan bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan jumlah jemaah yang datang ke Arab Saudi dan memberi mereka pengalaman menikmati perkhidmatan berkualiti.
Umat Islam dari seluruh dunia menunaikan umrah meningkat saban tahun.
Lubnan adu PBB, Israel cabul wilayahnya
UK, JEPUN akan lancar program teknologi canggih LONDON - Britain dan Jepun akan melancarkan satu program pembiayaan awal bernilai 30 juta pound (RM157.33 juta) bagi teknologi canggih dalam usaha merangsang inovasi serta mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi. Laporan agensi berita China, Xinhua memaklumkan, langkah itu diumumkan pada 9 Januari lalu, sehari sebelum lawatan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ke Britain. Kenyataan rasmi pejabat Perdana Menteri Britain menyatakan penyelidik kedua-dua negara akan meneroka seni reka bentuk sistem robotik bagi populasi benua, mencari kaedah rawatan baharu bagi keadaan kronik seperti demensia serta kegagalan jantung dan bentuk baharu pengangkutan
hijau serta penyimpanan tenaga. Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, negaranya dan Jepun kini berdepan banyak cabaran sama serta peluang besar. Britain juga berjanji akan mempertingkat jumlah latihan bersama antara pasukan pertahanan kedua-dua negara dan “memperkukuh kerjasama maritim,” menurut kenyataan itu. “Ketika United Kingdom bersiap sedia untuk meninggalkan Kesatuan Eropah, kami sudah memperluas horizon kami ke seluruh dunia,” kata May. Ketika lawatan Abe, kedua-dua pemimpin dijangka menghadiri satu taklimat dipengerusikan Menteri Keselamatan Britain, Ben Wallace dan turut membincangkan Brexit.
BEIRUT - Lubnan akan mengemukakan aduan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pencabulan Israel ke atas wilayahnya, lapor agensi berita China Xinhua. Majlis Pertahanan Tinggi Lubnan dalam kenyataannya berkata, tentera Lubnan akan diberi arahan yang perlu bagi menangani semua pencabulan itu. Katanya, Lubnan juga dijangka mempertingkat hubungan diplomatiknya untuk menjelaskan pendirian negara itu berhubung pencerobohan Israel. Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat majlis itu di Istana Baabda, yang menghimpunkan para pegawai tinggi keselamatan dan ahli politik terkemuka negara
Lubnan mendakwa tentera Israel menceroboh wilayah negara itu berkenaan bagi membincangkan perkembangan, di selatan sempadan Lubnan. Mesyuarat itu diadakan selepas Israel meletakkan sejumlah 25 blok simen di sepanjang sempadan berhampiran Kampung Adaisseh dengan enam
Salji tebal landa Austria, stesen ski ditutup VIENNA - Beberapa stesen ski atau meluncur salji terpaksa ditutup berikutan salji tebal yang melanda sebahagian kawasan di Austria, baru-baru ini. Laporan AFP menyatakan, keadaan itu menyebabkan penghantaran garam bagi mencairkan salji tertangguh, sekali gus menyukarkan usaha membersihkan jalan raya, di negara itu. Beberapa kawasan di barat dan tengahnya juga terputus hubungan akibat salji tebal hingga melebihi tiga meter itu. Ekoran kejadian itu, pasukan keselamatan seperti anggota tentera dan bomba termasuk kakitangan awam serta sukarelawan bertungkus lumus membersih-
kan jalan raya juga bahagian yang tenggelam akibat salji tebal. Jurucakap Institusi Meteorologi dan Geodinamik Pusat Austri, Alexander Radlherr berkata, secara statistik jumlah salji melanda melebihi 800 meter altitud dan hanya berlaku sekali, dalam tempoh 30 hingga 100 tahun. Manakala jurucakap syarikat pengeluar garam, Salinen Austria berkata, walaupun berlaku permintaan terhadap garam tetapi mereka berdepan masalah untuk menghantar bahan berkenaan
daripadanya di lokasi yang dipertikai. Majlis Pertahanan Tinggi memberi jaminan bahawa Lubnan komited mempertahan setiap inci tanah dan sumber airnya sambil bersedia menyempurnakan rundingan bagi menyelesaikan pertikaian sempadan. ekoran kebanyakan jalan ditutup. Sebahagian pekerja syarikat itu juga tidak dapat hadir ke ibu pejabatnya yang terletak di daerah pergunungan, Salzkammergut. Selain itu, stesen meluncur salji di beberapa wilayah seperti Styria, Upper dan Lower Austria juga terpaksa ditutup, ekoran kebimbangan berlakunya salji runtuh, kejadian pokok tumbang atau insiden terputus bekalan elektrik. Langkah berjaga-jaga juga dikenakan di sebahagian kawasan di negara itu selepas tujuh peluncur salji dan pendaki terbunuh sejak 5 Januari lalu, manakala dua lagi pendaki dilaporkan masih hilang.
DARI KACA MATA MB SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
11
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
PERCUMA
Pelaburan Toyota
RANCAKKAN EKONOMI NEGERI
Amirudin Shari Dato’ Menteri Besar
erajaan Malaysia berkeyakinan perkembangan industri ini terutama sebagai pengeluar komponen dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dengan penerokaan teknologi baru, di samping meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara terutama dalam sektor pengeksportan. Saya mengungkap ucapan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen; “Industri automotif adalah penting untuk pertumbuhan negara dan ia akan membantu meningkatkan keupayaan dalam bidang kejuruteraan Malaysia.” Jelas di sini bahawa dalam agenda Malaysia Baharu, industri automotif adalah penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kepakaran tempatan, di samping mewujudkan peluang pekerjaan terutama untuk rakyat Malaysia. Pasaran antarabangsa di antara Toyota dan jenama lain amat berdaya saing dan saya berkeyakinan pelaburan yang begitu besar oleh Toyota berpotensi tinggi meraih pulangan yang baik dalam pasaran Malaysia, pada masa hadapan. Seorang ahli ekonomi dan pro-
K
Pada tahun kebelakangan ini, perkembangan industri automotif Malaysia sudah mencapai kemajuan yang sangat baik terutama daripada segi pembuatannya.
fesor yang terkenal di University College of London, Mariana Mazzucato, pernah menulis dalam bukunya ‘The Entrepreneurial State’, bahawa; “negara seharusnya giat dan bekerjasama dengan sektor swasta bagi merangsang pertumbuhan yang mampan dan inklusif. Dasar ini adalah bagi mewujudkan dan membentuk pasaran bersama, di samping mewujudkan peluang pelaburan perniagaan seterusnya memberikan penawaran yang lebih baik kepada masyarakat. “ Bukan kerana insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri yang menarik minat banyak pengeluar kereta tetapi juga dibantu oleh industri tempatan yang secara konsisten memenuhi ‘standard’ kualiti yang diperlukan oleh syarikat utama. Data terkini yang direkodkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2018 memperlihatkan Selangor berjaya menarik lebih banyak pelaburan berbanding keseluruhan bagi tahun 2017 iaitu peningkatan yang besar daripada RM5.59 bilion kepada RM8.247 bilion iaitu peningkatan sebanyak 32.2 peratus dalam jumlah pelaburan yang masuk ke negeri ini. Selangor kekal sebagai desti-
Selangor kekal sebagai destinasi pelaburan paling popular di Malaysia dengan 143 projek yang sudah diluluskan. Inilah bukti dasar mesra perniagaan yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri dengan matlamat menjadikan Selangor sebagai destinasi pilihan pelabur bukan sahaja di Malaysia tetapi wilayah Asia Tenggara.
nasi pelaburan paling popular di Malaysia dengan 143 projek yang sudah diluluskan. Inilah bukti dasar mesra perniagaan yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri dengan matlamat menjadikan Selangor sebagai destinasi pilihan pelabur bukan sahaja di Malaysia tetapi wilayah Asia Tenggara. Kestabilan, integriti dan dasar tadbir urus yang baik yang dipraktikkan oleh Kerajaan Negeri juga menjadi faktor utama pelabur memilih Selangor sebagai destinasi utama mereka. Saya tekad untuk terus mewujudkan persekitaran yang mesra perniagaan dalam agenda memakmurkan negeri dengan berteraskan pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan. Dalam Balanjawan Negeri Selangor 2019, saya membentang-
kan satu rancangan baru yang dinamakan Gugusan Ekonomi Selangor (Klusterisasi) yang memberi penekanan dalam mencari potensi baru di beberapa kawasan seluruh negeri bagi tujuan meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan menarik pelaburan dalam serta luar negeri. Kesemua sembilan daerah di Selangor dibahagikan kepada gugusan tertentu. Sebagai contoh, Koridor Utara Selangor yang terdiri daripada Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sekinchan dikategorikan sebagai Gugusan Agro-Pelancongan yang potensi besar dalam industri pertanian dan pelancongan. Bagi koridor tengah Selangor pula terdiri dari bandar berkepadatan tinggi iaitu Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang dibahagi-
kan sebagai Gugusan Industri Teknologi Tinggi dan Perkhidmatan. Klusterisasi ini bertujuan mengenalpasti potensi yang ada di setiap daerah dan wilayah serta memberi kesan positif yang akan meningkatkan juga merangsang pertumbuhan ekonomi Selangor secara menyeluruh. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Toyota Motor Corporation dengan keputusan mereka untuk membina kilang pembuatan yang kedua di sini dan menghargai peranan UMW Toyota Motor dan ASSB dalam merealisasikan projek ini. Toyota adalah sebahagian dalam industri automotif yang dikaitkan dengan semangat kerja keras, kesungguhan dan kualiti yang luar biasa. Nilai kejayaan Toyota akan terus selamaya dikenang daripada inspirasi dan pengasas Toyota Sakichi Toyoda juga Kiichiro Toyoda. Kita sedar bahawa sektor automotif ini adalah penyumbang kepada gas rumah hijau. Untuk terus berdaya saing di peringkat antarabangsa, maka sektor automotif perlu mengambil berat dan lebih kreatif untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Ucapan ketika Pelancaran ASSB Bukit Raja Plant’s First Vehicle LineOff pada 10 Januari 2019
Album 12
Klik!
SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
G RI SERDAN
ADN SE
13
Peserta HIJRAH, Pak Dinie, menunjukkan karya khat yang dihasilkan beliau l HAFIZ OTHMAN
Dr Siti Mariah Mahmud hadir merasmikan pasaraya KK Mart, di DUN beliau
Pelajar berkongsi idea berkaitan seni fotografi di Art Exhibition 2018, UNISEL Bestari Jaya l REMY ARIFFIN
ATANG
ADN PERM
Kerja pembersihan landskap di sekitar Banda Raya Shah Alam l FIKRI YUSOF
Rozana Zainal Abidin turun padang menyantuni peserta Jom Shoping Tahun Baru Cina, di DUN beliau
ELANG
K ADN SELAT
Datuk Abdul Rashid Asari turun padang menyerahkan bantuan sekolah TAWAS kepada pelajar, di Teluk Pulai
Aksi tarian akrobatil ‘A Lunar Variety Special’ dipersembahkan menjelang Tahun Baharu Cina, di The Curve Mall, Damansara l HAFIZ OTHMAN
EPAT
Teo Kok Kuan dan pasangan berswafoto bersama arca patung yang dibina daripada bahan terbuang, di Skyrides Festival Park, Putrajaya l FIKRI YUSOF
KANG G N A J I S N AD Dato’ Ahmad Yunus Hairi bergambar bersama pengunjung Taman Rekreasi Paya Bakau
NG S ADN TANJU
Borhan Aman Shah turun padang menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Kelambu
AI ADN SUNG
Aksi pertunjukan gasing tradisional yang dimainkan masyarakat, di kawasan Kampung Bukit Kapar l REMY ARIFFIN
PELEK
Ronnie Liu turun padang menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas, di DUN beliau
Juruteknik Tenaga Nasional Berhad menyelenggara lampu, di Pulau Ketam l ASRI SAPFIE
ADN
14
SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
Wakil rakyat prihatin
Kehilangan besar kepada warga Semenyih OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menzahirkan rasa dukacita atas pemergiaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Semenyih, Mohd Bakhtiar Mohd Nor yang menghembuskan nafas terakhir, di Hospital Kajang, jam 4.45 pagi, pada 11 Januari lalu. Katanya, Allahyarham adalah seorang wakil rakyat prihatin dan giat dalam memperjuangkan nasib penduduk kawasan Semenyih. "Berita ini mengejutkan kami, di seluruh peringkat negeri berdukacita atas pemergiaan Allahyarham. "Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga penuh nikmat serta dikurniakan husnul khatimah. "Saya mendoakan semoga ahli keluarga Allahyarham diberi kekuatan untuk mengharungi ujian amat berat ini," katanya ketika ditemui di selepas menyampaikan amanat kepada penjawat awam di Kompleks Pejabat Kera-
Berita ini mengejutkan kami, di seluruh peringkat negeri berdukacita atas pemergiaan Allahyarham. Saya mendoakan semoga ahli keluarga Allahyarham diberi kekuatan untuk mengharungi ujian amat berat ini AMIRUDIN SHARI Dato’ Menteri Besar
jaan Daerah Petaling. Amirudin berkata, Allahyarham sering meluangkan masa berbincang dengannya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung inisiatif bagi penduduk kawasan Semenyih. "Di peringkat Dewan Negeri Selangor, Allahyarham adalah anggota Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT). "Sebagai Ketua Bahagian Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Hulu Langat, Allahyarham juga memainkan peranan penting dalam Pakatan Harapan Selangor," katanya. Pada masa sama, Amirudin
berkata, pimpinan Kerajaan Negeri bersama EXCO berkesempatan menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya, di Teratak Tekala, Semenyih, sebelum dikebumikan..
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang akibat sakit jantung.
ADN Semenyih BERSATU cadang Pilihan Raya Kecil meninggal selepas Tahun Baharu Cina dunia SHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri Semenyih, Mohd Bakhtiar Mohd Nor, (gambar) meninggal dunia pada jam 4.45 pagi, 11 Januari lalu, dipercayai akibat serangan jantung. Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Borhan Aman Shah berkata, Allahyarham yang berusia 57 tahun itu menghembuskan nafas terakhir, di Hospital Kajang. "Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarga di Jalan Sungai Lalang, Tekala dan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat, di Masjid Kampung Pasir, Semenyih. "Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir. "Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan golongan yang soleh," katanya. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Mohd Bakhtiar menang kerusi DUN Semenyih dengan majoriti 8,964 undi mengalahkan Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S Arutchelvan (PSM).
SUBANG JAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) supaya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih diadakan, selepas sambutan Tahun Baharu Cina. Bagaimanapun, Pengerusinya, Dato’ Abdul Rashid Asari berkata, ia tertakluk kepada keputusan SPR. “Kita meminta PRK itu diadakan selepas sambutan Tahun Baharu Cina iaitu awal Mac ini. “Semua pucuk pimpinan sudah dimaklumkan berkenaan kekosongan
kerusi DUN itu dan akan bermesyuarat bagi menentukan calon yang sesuai,” katanya kepada SelangorKini. Katanya, BERSATU mahu calon sesuai yang akan menggantikan Allahyarham Mohd Bakhtiar Md Nor dan mampu mengekalkan kemenangan, di DUN berkenaan. Beliau turut memaklumkan mempunyai beberapa nama yang layak menjadi calon dan akan mengemukakannya kepada pimpinan. “Saya mempunyai beberapa nama yang sesuai dijadikan calon, bagaimanapun ia bergantung kepada pucuk pim-
pinan parti untuk menentukannya,” katanya. Terdahulu, Allahyarham Mohd Bakhtiar, disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang akibat serangan jantung, pada jam 4.45 pagi, 11 Januari lalu. Mohd Bakhtiar menjadi wakil rakyat di Semenyih sejak Mei tahun lalu selepas mengalahkan penyandang kerusi, Datuk Johan Abd Aziz, daripada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke14 dengan majoriti 8,964 undi. Beliau yang juga Ketua Bahagian BERSATU Hulu Langat memperoleh 23,428 undi.
Allahyarham sempat lawat tapak kerja baik pulih jalan SHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri Semenyih, Mohd Bakhtiar Mohd Nor berkesempatan melawat perkembangan baik pulih jalan di bandar Semenyih sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, pada 11 Januari lalu. Mohd Bakhtiar melalui laman Facebooknya turut memaklumkan kerja berkenaan sudah siap dan dijangka akan dibuka, pada 12 Januari lalu. Terdahulu, Allahyarham dalam ke-
nyataannya juga turut meminta maaf atas kesulitan dihadapi penduduk, di situ. Mohd Bakhtiar meninggal dunia dipercayai akibat serangan sakit jantung, di Hospital Kajang. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Mohd Bakhtiar menang kerusi DUN Semenyih dengan majoriti 8,964 undi mengalahkan Ccalon Barisan Nasional, Datuk Johan Abd Aziz, Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S Arutchelvan (PSM).
ADN SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
15
Inisiatif Team Muafakat Klang
Azmizam bantu keluarga Rohingya daif OLEH NORHAYATI UMOR PELABUHAN KLANG - Susulan dua beradik berpakaian sekolah menyelongkar tempat pembuangan sampah tular di laman sosial, Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri, menjejaki keluarga kanak-kanak itu. Beliau bersama sukarelawan Team Muafakat Klang mengambil inisiatif mencari keluarga adik-beradik itu seawal jam 4.30 pagi bagi menghulurkan bantuan. “Akhirnya, kami menemui keluarga ini hasil maklumat pengunjung dan pekerja, di pasar Pelabuhan Klang. “Ibu bapa kanak-kanak terbabit adalah pelarian Rohingya dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR),” katanya kepada SelangorKini. Katanya, ibu bapa kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Nur Islam Abdul Husson, 43, dan isterinya, Nujumah Khatu Sultan Islam, 43, tinggal di negara ini,
sejak 20 tahun lalu. Beliau berkata, pasangan itu mempunyai enam anak berumur satu hingga 14 tahun dan menyewa di sebuah rumah kedai, berhampiran pasar berkenaan. “Ayahnya bekerja sebagai pembantu di kedai menjual sayur-sayuran di pasar berkenaan dengan upah RM50 sehari, manakala isterinya tidak bekerja. “Oleh kerana gajinya tidak mencukupi, mereka juga mencari barang lusuh untuk dijual bagi menampung kehidupan seharian,” katanya. Justeru, Azmizam berkata, pihaknya akan mencari jalan untuk membantu keluarga terbabit bagi meringankan kos perbelanjaan mereka. “Walaupun mereka ini warga asing tetapi atas dasar kemanusiaan, kita akan bantu keluarga ini,” katanya. Pada masa sama, beliau turut menasihatkan netizen supaya tidak terlalu ghairah menyebarkan perkara yang tidak mempunyai maklumat lengkap.
Cadangan tambah baik jejantas Taman Rajawali KUALA SELANGOR - Kertas cadangan bagi permohonan menambah baik jejantas untuk pejalan kaki berhadapan Taman Rajawali, di sini, akan dibentangkan kepada kementerian berkaitan. Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata, kertas cadangan tambahan itu akan disediakan kontraktor kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk diteliti dan dipertimbangkan. “Saya dan JKR Daerah Kuala Selangor akan panjangkan perkara ini kepada Menteri Kerja Raya, Baru Bian, bagi memohon peruntukan tambahan. “Isu jejantas antara perkara yang dibincangkan dalam sesi pertemuan berhubung projek menaik taraf dan pelebaran Jalan Persekutuan FT54 di Assam Jawa-Bukit rotan,” katanya dalam kenyataan.
Pada masa sama, beliau berkata, perkara lain turut dibincangkan termasuk mempertingkat aspek keselamatan di simpang Jalan Teluk Pian ekoran kemalangan yang kerap berlaku, di kawasan terbabit. Katanya, penambahbaikan itu perlu bagi memberi keselesaan kepada penduduk, khususnya ketika pemanduan, pada lewat malam. “Simpang Teluk Piah akan ditingkatkan ciri keselamatan seperti penambahan tanda amaran, had laju, pembatas jalan, pelekat reflektif dan pemasangan lampu solar (spotlight). “Saya juga akan mencadangkan laluan alternatif keluar masuk penduduk Taman Kasawari dan akan dipanjangkan kepada pegawai daerah demi memudahkan urusan harian penduduk,” katanya.
Hadiah Sastera Selangor
16
SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
OLEH LOKMAN HAKIM
M
UNGKIN aku patut menyimpan seorang perempuan di dalam bagasi. Atau seorang perempuan di dalam almari. Tidak pun aku letak seorang perempuan selaku pintu supaya mereka tidak perlu mengetuk pintu bilik sekuat itu berulangulang kali. Cabut sahaja perempuan selaku pintu itu dan pergi jauh-jauh. Kekecewaan mereka ketika menggeledah bilikku tidak terungkap. Kesunyianku tanpa pelukan seorang wanita menghampakan mereka. Tetapi mengapa mereka tidak mengerti, perempuanku adalah kesunyianku? Itupun jika mereka melihatku selaku seorang lelaki heteroseksual yang mendambakan seorang perempuan di dalam hidupku. Aneh, tidak semua laki-laki yang duduk di hotel murah memerlukan wanita di dalam dakapannya. Aku yakin, mereka tidak pernah mendengar perkataan aseksual. Perbezaan intelektual membuatkan sebarang perbincangan tidak membawa hasil. Daya pemahaman dan persepsi mereka sangat berbeza denganku. Ibarat langit dan bumi. Minyak dan air tidak akan menyatu bukan? Oleh demikian, aku membisu sahaja dalam kebanyakan waktu. Sekadar menjawab apa yang disoal. Ya atau tidak. Aku pemburu sunyi. Membawa nota di dalam bagasi. Merawat sunyi yang menghuni di dalam setiap bilik yang aku kunjungi supaya ia dapat memeluk setiap lena yang bertandang. Cuma cara aku merawat
Jalan di Hadapan Semoga kalian pun bukan pemilik bercabang lidah terlalu pemurah menuturkan janji ketika dahulu mengimpikan kerusi tetapi payah mengotakan sesudah kini memiliki. Kami yang telah memilih dengan percaya tidak ingin membaca dusta di jalan hadapan atau dongeng beribu alasan yang pernah dahulu kami harapkan atas nama harapan. Berikan kami rakyat segala nikmat meski cuma sesuap dan bukan kata-kata lebat tetapi penuh berulat. Kerana demikian kalian pemimpin yang kami nobat. Marsli N.O
itu tidak jelas. Sekadar berbekalkan pen dan juga kertas. Beberapa batang pen amat diperlukan kerana aku sangat ligat mengarang. Mata pen cepat pecah kerana tekanan yang dihasilkan oleh tanganku yang barangkali begitu kuat untuk memegang sebatang pen murah. Merakamkan sunyi dalam kertas itu mampu memberinya bentuk. Bentuk yang aku nukilkan itu akan dituliskan dalam ulasan-ulasan majalah bertema pelancongan. Hotel mana yang lebih enak sunyinya dan hotel mana yang tidak mampu ditemui sunyi, semua aku tuliskan tanpa prejudis. Benar, aku seorang pemburu sunyi yang profesional. Sehinggalah malam itu tiba. Malam celaka yang begitu pekat. Mungkin aku patut menyimpan seorang perempuan di dalam diriku, supaya yang menyerbu dan mengetuk pintu bilikku dengan kasar akan berlembut. Tetapi mereka tidak mencari perempuan untuk menghargai kelembutannya. Mereka mahu mencari maruahnya untuk dicalarkan dan ditayangkan. Kesungguhan mereka menggeledah katil, almari, bilik mandi, langsir dan luar tingkap amat aku kagumi. Bahkan tukang rakam video yang menyerbu tidak henti-henti bergerak ke segenap sudut bilik merakam apa-apa yang fikirnya, memalukan. Mereka mencari perempuan itu. Perempuan yang tiada. Perempuan yang ada dalam laporan yang diterima, tetapi tiada pula di dunia nyata. Sudah aku katakan mungkin mereka tersilap ataupun ditipu pelapor, tetapi aku pula dimarahi. Sungguh aku tidak memahami kegilaan mereka mencari perempuan yang tidak ada itu. Sambil mereka menggeledah, aku meneruskan pekerjaanku menulis sesuatu di atas buku nota. Tetapi pekerjaanku itu agak terganggu kerana mereka berulang kali memintaku menarik laci meja agar mereka dapat memeriksanya. Kata mereka, perempuan itu amat penting. Rahsia mereka terdapat pada perempuan itu. Lalu aku meminta mereka menerangkan ciri-ciri perempuan yang dimaksudkan. Mereka merengus marah. Mereka menuduh aku memerli mereka dengan berbuat seperti
Tetapi mereka tidak mencari perempuan untuk menghargai kelembutannya. Mereka mahu mencari maruahnya untuk dicalarkan dan ditayangkan. Kesungguhan mereka menggeledah katil, almari, bilik mandi, langsir dan luar tingkap amat aku kagumi. Bahkan tukang rakam video yang menyerbu tidak henti-henti bergerak ke segenap sudut bilik merakam apaapa yang fikirnya, memalukan. tidak tahu apa-apa. Kepalaku dihentak ke atas meja. Berdarah gusiku. Darah membentuk tompok cantik di atas permukaan kertas. Aku terdiam dan mengumpul nafas. Kepalaku terasa panas. Aku memberitahu, mungkin perempuan yang mereka maksudkan itu sudah berada di dalam kepalaku. Aku menjelaskan, tidak mungkin untuk aku membawa perempuan itu keluar. Otak ini tidak punya pintu. Tidak mungkin aku mengizinkan mereka membelah tempurung kepalaku sewenang-wenangnya. Lalu aku diteriak. Kata mereka, setiap lelaki sentiasa ada perempuan di dalam kepala mereka. Aku membisu sekali lagi. Darah sering bergumpal dalam mulutku. Aku terpaksa pergi ke bilik mandi untuk memuntahkan da-
rah yang begitu banyak. Tiada sekelumit kasihan terpampang pada wajah mereka. Segera aku hubungi pengurusan hotel, meminta mereka memanggilkan ambulans. Darah tidak berhenti-henti. Aku terpaksa duduk di mangkuk tandas sementara mereka terus-terusan menggeledah bilikku. Dari dalam bilik mandi itu aku mendengar pelbagai suara. Penghuni di bilik sebelah khususnya. Aku yakin sepertimana aku, mereka juga berdepan dengan sekumpulan orang yang mencari perempuan. Mungkin situasi lebih mudah bagi mereka yang punya pasangan. Maka, segeralah mereka beroleh merit dan penghargaan kerana kejayaan mengumpulkan perempuan-perempuan yang mereka gelar jalang itu. Aku dibawa ke hospital setelah setengah jam menunggu. Mujurlah aku sempat membawa bersama dompet dan juga bagasi milikku. Pendek kata ambulans itu telah menjadi pengangkutan yang membawaku bertukar bilik dari hotel ke wad. Aku berasa lemah. Darah telah banyak hilang. Aku bertanya pada pegawai perubatan yang merawatku di dalam ambulans. Ada ketemu perempuankah di dalam dompet saya? Dalam bagasi saya? Lalu mereka memeriksanya untuk aku. Setelah beberapa ketika, mereka menggeleng. Aku berasa lega. Keesokan harinya, ketika aku menatal telefon bimbitku, aku terbaca perihal berita kematian sekumpulan pencari perempuan di hotel-hotel murah akibat ditembak seorang perempuan yang baru sahaja mahu menjalankan transaksi penjualan dadah dengan kesunyian yang sudah lama berkurung dalam bilik berhantu di hujung koridor. Begitulah takdir orang yang begitu biadab. Fikirku, aku mahu menetap di bilik itu apabila kes itu selesai disiasat polis. Kesunyian itu, pastinya menanti seseorang datang dan mendengar keluhan hatinya. Perempuan itu, para pencari perempuan itu, dadah dan juga pistol yang digunakan pasti menakutkan kesunyian itu. Entah bagaimana dia mahu meneruskan kehidupan. Aku tak tahu.
Rencana SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
17
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
PERCUMA
Jalani evolusi, ubah sosioekonomi
Dimensi baharu pembangunan usahawan Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya juga menjalankan proses penyelidikan dengan mengenalpasti beberapa medium dalam talian yang sesuai digunakan bagi tujuan itu secara lebih efektif. “Kita akan berusaha memba-ngunkan aplikasi usahawan, Smart Selangor Delivery Unit akan memulakan langkah supaya pengusaha ini boleh memaklumkan jenis perniagaan yang mereka ada. “E-pemasaran ini akan dibantu oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia dan ia selari dengan konsep Smart Selangor yang diamalkan Kerajaan Negeri," katanya.
OLEH ZAREEF MUZAMMIL
T
RANSFORMASI pembangunan masyarakat luar bandar di Selangor berakar umbi, lebih sedekad lalu. Sukar dinafikan, proses evolusi yang berlaku secara ekstrem dan menyeluruh itu bukan sahaja mengubah sosioekonomi masyarakat, bahkan turut memberi impak positif terhadap landskap pembangunan negeri ini. Apabila diimbau kembali, era selepas negara mengecap nikmat kemerdekaan, masyarakat rata-ratanya masih lagi dihambat kemiskinan. Taraf ekonomi dan pencapaian terutama masyarakat luar bandar juga amat rendah berbanding masyarakat, di kawasan bandar. Lantaran itu, kerajaan secara berterusan menggalas tanggungjawab demi memastikan golongan terbabit tidak ketinggalan dalam arus pembangunan. Pelbagai strategi melalui beberapa bentuk program pembangunan dirangka bagi membolehkan rakyat dapat menikmati kesan positif transformasi berkenaan. Bagaimanapun, memahami betapa signifikannya fenomena perubahan itu, kepimpinan negeri diterajui Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, kini semakin rancak meneruskan kesinambungan dengan memberi komitmen tinggi dalam menjayakan agenda pembangunan yang futuristik sejajar merealisasikan visi ‘Smart State’, menjelang 2025. Kerajaan Negeri sentiasa memberi fokus dalam memperkukuh dan menambahbaik pelaksanaan program pembangunan terutama dalam bidang keusahawanan kerana usahawan adalah inovator yang menjadi nadi perkembangan ekonomi, di negeri ini. Buktinya, pada pembentangan Belanjawan Selangor 2019 lalu, sejumlah RM6.35 juta dicadangkan untuk memperkasa dan memberdaya usahawan kecil serta mikro supaya mereka berdaya saing selain bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Pendekatan julung kali dilaksana di peringkat negeri itu sebagai inisiatif baharu mengembangkan potensi perniagaan usahawan secara holistik.
Tangani lambakan warga asing
Pada masa sama, Program Pembungkusan Produk 'Made In Selangor' juga diteruskan dengan peruntukan RM550,000 setahun khas untuk 130 usahawan sedia ada yang mempunyai kapasiti pengeluaran produk secara berterusan. Justeru, dalam konteks ini, Kerajaan Negeri menerusi EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail, sedang menggerakkan beberapa dasar pembangunan merangkumi pelbagai dimensi dan sektoral untuk mengembangkan lagi potensi masyarakat luar bandar. Turut memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Rodziah sedar usaha melengkapi keperluan rakyat itu bukan mudah, sebaliknya optimis mampu memikul peranan berkenaan dengan lebih baik dan tenang. Kembang potensi usahawan kerepek Suatu ketika dahulu, produk kampung seperti kerepek kelihatan comot tetapi kini ia tidak boleh dipandang remeh kerana sudah menyamai piawaian kudapan antarabangsa daripada segi kepelbagaian rasa, saiz, keserataan bentuk dan pembungkusannya. Industri kerepek memacu perkembangan positif sehingga menjadi produk yang mampu diketengahkan ke pasaran domestik dan eksport.
Melalui cara tersendiri, industri pembuatan kerepek ini turut membantu melonjakkan ekonomi luar bandar, sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk. Justeru, melihat kepada keperluan itu, usaha memperluas potensi industri makanan kerepek dan produk makanan lain yang dibuat secara kecil-kecilan akan terus dipergiat Kerajaan Negeri. Rodziah berkata, inisiatif itu bagi membolehkan produk usahawan terbabit dipasarkan bukan sahaja dalam negara, malahan ke seantero dunia. Katanya, antara usaha yang dilaksana adalah program pembungkusan iaitu syarikat pengeluar produk akan dibimbing bagi memastikan pembungkusan mereka mencapai tahap tinggi. “Selain itu, program halal juga diberi perhatian dan pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sedang berbincang dengan beberapa penyedia khidmat latihan pensijilan halal untuk membimbing usahawan ini sehingga mereka memperoleh sijil halal yang sah. "Kita juga akan menyediakan satu kilang khas untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan bagi tujuan proses pembungkusan secara holistik," katanya. Bangun usahawan melalui e-pemasaran Senario hari ini, pendekatan jaringan maya penting kepada persekitaran perniagaan. Teknologi pemasaran melalui medium itu boleh digunapakai
oleh usahawan bagi memastikan aktiviti perniagaan dapat dipertingkatkan. Kaedah perniagaan ini bukan sahaja mudah dimulakan kerana ia tidak memerlukan modal yang tinggi tetapi risikonya juga lebih rendah dan usahawan dapat menguruskan sendiri perniagaan tanpa perlu mengupah ramai pekerja. Rodziah berkata, Kerajaan Negeri berhasrat membudayakan konsep e-pemasaran dalam kalangan usahawan kecil dan mikro, supaya produk pengusaha terbabit dikenali ramai. Katanya, untuk menjadi usahawan berjaya, maka mereka perlu berusaha mengambil setiap peluang yang ada termasuk meneliti pelbagai bidang baharu, khususnya perniagaan secara dalam talian. "Selain mengusahakan kedai fizikal, usahawan harus mempelajari teknik pemasaran dalam talian kerana berpotensi mendapat pembeli melalui medium itu, sekali gus dapat mampu meraih pendapatan jika diurus dengan baik. "Mereka tidak boleh terbiasa dengan satu bentuk perniagaan sahaja. Oeh sebab itu, kita mahu lihat usahawan ini memiliki dua kedai iaitu kedai fizikal dan kedai maya," katanya.
Lambakan warga asing yang semakin rancak menjalankan perniagaan di negara ini sering menjadi polemik sehingga landskap sesetengah tempat tidak lagi kelihatan seperti berada, di Malaysia. Malah, perluasan empayar perniagaan golongan itu bagaikan menutup 'periuk nasi' rakyat tempatan sendiri yang sememangnya memerlukan ruang berkenaan untuk menjana pendapatan. Lambakan tanpa kawalan itu pastinya merencatkan pembangunan ekonomi mampan, sekali gus menggugat keselamatan dan sosial negara. Namun, Kerajaan Negeri memandang serius dan sentiasa komited mencari jalan penyelesaian tuntas terhadap masalah itu. Bermula tahun ini, pendekatan polisi 'tiada warganegara asing' dibenar menjalankan perniagaan di premis perniagaan kecil termasuk tapak pasar malam dikuat kuasa secara berperingkat. Rodziah berkata, langkah agresif itu bagi memelihara hak dan menjamin kepentingan peniaga tempatan khususnya, di Selangor.
PBT
18
SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
Pembangunan mampan mesra alam
MPSJ bina Taman Rekreasi Hutan Bandar
OLEH NORHAYATI UMOR
SUBANG JAYA - Berada dalam kesibukan pusat bandar Subang Jaya, Taman Rekreasi Hutan Bandar adalah sebuah lokasi pilihan untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga juga rakan. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan berkata, selaras dengan Pelan Strategik MPSJ 2012-2030 dan Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035, perancangan dan pembangunan mampan serta mesra alam, taman berkenaan menjadi inisiatif ke arah Perbandaran Vibrant. Katanya, cadangan pembangunan itu berkonsepkan hutan bandar bertujuan mewujudkan persekitaran segar, nyaman dan selesa untuk semua lapisan masyarakat terumata warga Subang Jaya. "Kawasan tapak ini berpotensi tinggi sebagai taman rekreasi awam untuk riadah keluarga berikutan 70 peratus daripada guna tanah sekeliling adalah kawasan perumahan.
"Manakala 30 peratus adalah perindustrian dengan rancangan pembangunannya siap, pada April tahun lalu," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke taman itu bersama EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemerbadayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud serta EXCO Kebudayaan, Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari, pada 11 Januari lalu. Projek itu adalah Projek Hutan Bandar pertama di kawasan Subang Jaya yang dilaksanakan melalui pemuliharaan kawasan hutan belukar sedia ada dengan keluasan 3.181 hektar dan menelan belanja RM2.66 juta. Taman berkenaan mempunyai landskap yang lembut iaitu pelbagai jenis pokok hutan tropika sesuai dengan iklim, di Malaysia. Sebanyak 8,288 pokok dari 29 spesis pokok ditanam di lima laman utama iaitu Laman Terapi, Laman Ilmu, Laman Herba dan Laman Permainan Kanak-Kanak.
Dr Siti Mariah (tiga dari kiri) dan Datuk Abdul Rashid (dua dari kiri) melawat Taman Rekreasi Hutan Bandar MPSJ, pada 11 Januari lalu Taman Rekreasi Hutan Bandar itu juga dapat dimanfaatkan sebagai ‘Intergrated Playground Centre’ kerana bakal menye-
diakan kemudahan komprehensif untuk komuniti. Antara kemudahan seperti trek bersukan, ‘walk board’, ta-
man hutan, ‘open lawn’, ‘mountainbike trail’, taman permainan kanak-kanak, gimnasium aktiviti luar dan kemudahan lain.
MDKL tutup restoran ‘najis tikus’ Tawar insentif RM�� BANTING - Ekoran enggan mematuhi peraturan ditetapkan, premis perniagaan makanan di daerah Kuala Langat berdepan tindakan penutupan. Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat, Mohamad Zain A Hamid berkata, restoran berkenaan bukan sahaja kotor, malahan terdapat najis tikus, pekerja tidak memakai penutup kepala dan apron serta berkuku panjang. Katanya, tindakan menutup premis perniagaan itu dilakukan kerana pemiliknya didapati tidak menitikberatkan aspek kebersihan seperti ditetapkan dalam syarat perlesenan MDKL. “Antara lain adalah tiada suntikan kesihatan, penggunaan kertas bercetak yang tidak dibenarkan ketika menjalankan perniagaan dan peti sejuk yang tidak diselenggara dengan baik. “Lantai dan dinding premis yang kotor, tandas tidak dicuci mengikut jadual dan tidak memasang perangkap minyak hingga menyebabkan sisa minyak serta makanan terus masuk ke dalam longkang,” katanya. Katanya, sebanyak tiga restoran di Taman Seri Jaromas, Jenjarum disita serta-merta
kepada pembayar cukai
dalam satu operasi bersepadu bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau berkata, MDKL turut mendapati restoran itu melakukan pelbagai kesalahan lain antaranya tidak memiliki lesen papan iklan, tidak memiliki permit kaki lima dan tidak mempamerkan tanda harga minuman. “Selain itu, restoran itu tidak memasang perangkap minyak
hingga menyebabkan sisa minyak masuk ke dalam longkang, tidak memiliki lesen perniagaan serta meletakkan kerusi dan meja yang menghalang orang awam,” katanya. Dalam operasi sama, KPDNHEP negeri juga melakukan sitaan ke atas minuman tin kerana didapati tidak mempamerkan tanda harga. Manakala, JAIS pula memastikan pengusaha restoran beragama Islam dan memberi penerangan berkenaan tanda sijil halal.
SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menawarkan insentif pemulangan RM10 kepada 30,000 akaun pertama yang membayar Cukai Taksiran 2019 secara dalam talian, sebelum 28 Februari ini. Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategiknya, Azfarizal Abdul Rashid berkata, inisiatif itu bagi menggalakkan orang ramai membuat pembayaran secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter MPSJ. Katanya, ia juga selaras hasrat Pihak Berkuasa Tempatan itu Ke Arah Kaunter Sifar seperti direncanakan dalam Pelan Strategik MPSJ 20122030 (Teras 1: Tadbir Urus Terbaik). “Orang ramai yang ingin mendapatkan insentif RM10 ini perlu mendaftarkan diri mereka di portal www.mpsj.gov.my sebagai ahli my@MPSJ dan membuat pembayaran melalui portal MPSJ pada penggal satu, bermula 1 Januari hingga 28 Februari ini. “Pembayaran cukai taksiran adalah untuk tempoh setahun (penggal satu & dua) serta tiada tunggakan cukai taksiran selepas pembayaran itu,” katanya dalam kenyataan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan insentif RM10 ini perlu mendaftarkan diri mereka di portal www.mpsj.gov.my sebagai ahli my@MPSJ dan membuat pembayaran melalui portal MPSJ,pada penggal satu, bermula 1 Januari hingga 28 Februari ini AZFARIZUL ABDUL RASHID
Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ Beliau berkata, insentif itu diharap dapat meningkatkan lagi bilangan pembayar cukai taksiran MPSJ melalui portal berkenaan. “Kita menyasarkan peningkatan 50 peratus bilangan pembayar cukai taksiran secara dalam talian berbanding tahun lalu sebanyak 35 peratus,” katanya. Sepanjang tahun lalu, MPSJ berjaya mengutip 92 peratus cukai taksiran berjumlah RM197.543 juta selain menetapkan sasaran kutipan cukai RM218 juta, pada tahun ini.
PBT SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
19
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
PERCUMA
Zon �� MPKj sedia khidmat kaunseling percuma
Terus cemerlang
Zaharin mahu MBSA lakar kejayaan OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM – Mantan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad, mahu kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu terus komited melaksanakan tugas bagi mencapai kecemerlangan berterusan. Beliau yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) turut menasihatkan kakitangan supaya tidak menimbulkan perkara yang menjadi kemurkaan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. “DYMM tuanku sangat pri-
hatin akan rakyatnya terutama membabitkan isu keselamatan. “Saya pernah beberapa kali dimurka tuanku contohnya isu banjir. Tuanku tegur, jadi saya berharap ia tidak berlaku di bawah datuk bandar baharu. “Jika ditegur terima dengan hati yang terbuka, jangan berkecil hati. Jadikan ia pengajaran dan mungkin kesilapan daripada kelalaian diri kita sendiri,” katanya pada Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi, di Dewan Banquet MBSA, di sini, pada 10 Januari lalu. Pada masa sama, Ahmad Zaharin berkata, banyak kenangan manis dilakarkan sepanjang em-
pat tahun beliau berkhidmat sebagai datuk bandar. Katanya, beliau terkejut dan bersedih kerana masih banyak rancangan yang belum dilaksanakannya ketika menerima surat perlantikan jawatan baharu. “Sepanjang 10 tahun dalam perkhidmatan awam, banyak jabatan saya berkhidmat tetapi di MBSA saya berasa sangat ‘touching’. Berat hati saya untuk meninggalkan MBSA. “Kakitangan MBSA sangat memberikan kerjasama yang baik kepada saya. ‘Kempunan’ juga saya kerana tidak sempat untuk membina stadium mini,” katanya.
Sedia tong sampah atau berdepan kompaun RM�,��� KUALA LANGAT - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengarahkan semua pemilik premis perniagaan di sini menyediakan tong sampah di tempat masing-masing, bermula Januari ini. MDKL dalam kenyataan memaklumkan, kegagalan berbuat demikian membolehkan pemilik premis dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau tindakan pendakwaan di mahkamah dengan denda tidak lebih RM2,000 serta berisiko untuk dibatalkan lesen. Katanya, arahan itu dibuat
hasil pemantauan MDKL yang mendapati masih ada pemilik premis perniagaan gagal mematuhi syarat pelesenan berkaitan pengurusan pelupusan sampah domestik. “Lebih mengecewakan apabila pemilik tidak menjaga kebersihan di setiap premis perniagaan. “Oleh demikian, semua pemilik perniagaan perlu mengikuti arahan ini dalam tempoh seminggu bermula dari tarikh penerimaan notis,” katanya. MDKL sebelum itu menge-
luarkan notis bertarikh 4 Januari mengarahkan peniaga di sekitar Kuala Langat menyediakan tong sampah jenis MGB 120 liter, di premis masing-masing. Pemilik premis juga diingatkan supaya tidak membuang sampah ke dalam longkang sementara beg plastik sampah diikat kemas sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Pada masa sama, MDKL mengingatkan supaya pemilik premis memastikan tiada kebocoran pada beg plastik berkenaan.
KAJANG - Sebuah pusat kaunseling percuma yang menyasarkan golongan wanita bakal dibuka di kawasan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), tidak lama lagi. Ahli Majlis Zon 10 MPKj, Sharifah Norhayati Syed Omar berkata, ia bagi membantu masyarakat yang mempunyai masalah terutama dalam rumah tangga untuk meluahkan perkara terpendam. “Adakala, wanita ini lebih memilih untuk memendam perasaan yang akhirnya memberi tekanan kepada mereka. “Oleh itu, saya amat mengalu-alukan wanita untuk hadir ke pusat kaunseling itu dan kami
akan cuba membantu menyelesaikan masalah mereka,” katanya. Katanya, wanita memerlukan anjakan paradigma untuk tidak hanya berdiam diri dan bangkit supaya tidak ditindas lelaki. “Saya dapat bayangkan betapa peritnya jika seseorang itu memendam perasaan apabila mereka sebenarnya sering ditindas oleh kaum Adam seperti didera pasangan. “Justeru, saya amat mengalualukan semua wanita terutama yang tinggal berdekatan Zon 10 MPKj untuk hadir ke pusat kaunseling itu yang bakal dibuka, dalam masa terdekat,” katanya.
Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan meriah SHAH ALAM - Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Big Walk yang berlangsung sempena program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 6,000 peserta. Program dianjurkan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini, pada 13 Januari lalu menyaksikan peserta ‘Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Big Walk’ berjalan kaki sejauh lima kilometer melalui jalan persiaran, di sekitar pusat bandar. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, majlis pelepasan larian disempurnakan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan sambil disaksikan Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan MBSA. “Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan adalah inisiatif MBSA ke arah mempromosikan gaya hidup sihat dan mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya menyebabkan
pelepasan gas karbon monoksida yang boleh mencemar alam. “Ini juga selaras dengan hala tuju MBSA untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon, menjelang 2030,” katanya. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk memeriahkan program ini antaranya aktiviti riadah seperti acara berbasikal, senamrobik, persembahan pentas oleh kombo MBSA dan pemeriksaan kesihatan percuma. Bagi menarik penyertaan orang ramai, MBSA juga menyediakan permainan ‘wall climbing’, senaman taichi, ‘mobile library’, ‘Shah Alam On Wheels’, ‘Food Truck’, ‘chu chu train’, Klinik Frisbee, ‘hydro gel games’, ‘Futsal On 3’, Akademi Soccer Kids, cabutan bertuah, jualan pokok serta baja kompos. Selain itu, turut diadakan Jom Picnic Dhuha, dan Program Kucing Angkat membabitkan 23 kucing yang sudah diadopsi ketika program diadakan.
Pendidikan
20 OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM - Pameran Art, Design, Innovation and Opus (ADIO18) anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, menjadi medium tepat kepada mahasiswa untuk mengekpresi dan menonjolkan hasil karya masing-masing. Berlangsung di Hab Media Kreatif dan Teknologi, di sini, ADIO18 turut menampilkan ilham daripada 37 penuntut tahun akhir dalam empat bidang pengkhususan iaitu Sejarah Seni & Pengurusan Budaya (AD701), Teknologi Seni Halus (AD702), Komunikasi Visual & Media Baharu (AD703) serta Rekaan Teknologi (AD704). Timbalan Dekan FSSR, Dr
SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
Persediaan tempuh industri 4.0
ADIO�8 medan tonjol hasil karya seni Rusmadiah Anwar berkata, pameran bertemakan ‘Interactivity Design Humanity IR4.0’ itu penting dalam melahirkan mahasiswa yang berteraskan kehendak dan memenuhi keperluan industri kreatif, pada masa kini. “Dengan adanya pameran ini, ia akan membolehkan orang ramai menghayati hasil karya seni generasi muda, sekali gus mem-
beri banyak manfaat kepada pelajar, di fakulti ini. “Ia juga sebagai persediaan menempuh era revolusi industri 4.0 yang semakin meluas dan mencabar yang memerlukan mahasiswa berkreativiti tinggi, dalam bidang ini,” katanya. Terdahulu, forum berkenaan turut menampilkan barisan panelis terkenal dan berpengalaman
Universiti sambut baik larangan merokok SHAH ALAM - Universiti Selangor (UNISEL) menyambut baik langkah kementerian untuk menjadikan kawasan universiti sebagai lokasi larangan merokok. Pengarah Komunikasi Korporatnya, Hasril Abu Hassan berkata, langkah itu sebagai usaha mendidik pelajar juga orang ramai berhubung kesedaran untuk mewujudkan masyarakat sihat. “Kita semua sedia maklum orang di sekeliling akan turut terkesan jika terkena asap rokok. Jadi, langkah ini seharusnya disambut baik kita semua. “Ia bagi memastikan kawasan terbabit selamat dan pengguna lain dapat menghirup udara segar,” katanya kepada SelangorKini. Pada masa sama, Hasril berkata, larangan merokok di UNISEL dikuat kuasa sejak ditubuhkan, pada 1999. Malah, katanya, papan tanda larangan merokok juga dipasang sehingga ke hari ni di kampus Shah Alam dan Bestari Jaya. “Pelajar juga mengetahui larangan merokok di dalam kawasan universiti kerana bukan setakat arahan di papan tanda, malahan mereka semua sentiasa diperingatkan pengurusan universiti, selama ini. “Larangan ini juga bukan kepada pelajar sahaja tetapi semua yang berada di
dalam kawasan kampus termasuk ibu bapa dan pihak yang berurusan dengan universiti,” katanya. Sementara itu, Penolong Pendaftar Kanan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Raja Nor Ashikin Raja Ramli berkata, pihaknya turut menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menguatkuasakan larangan merokok di semua institusi pengajian tinggi. “Larangan merokok di KUIS juga sudah lama dilaksanakan sejak beroperasi di Bandar Seri Putra, Bangi, pada 2000. “Pada dasarnya, larangan merokok ini adalah bagi memastikan KUIS mempunyai persekitaran yang selesa dan terhindar daripada pencemaran udara khususnya asap rokok,” katanya. Beliau berkata, memandangkan KUIS adalah sebuah institusi pengajian tinggi Islam tersohor milik penuh Majlis Agama Islam di Selangor, maka pelaksanaan larangan merokok di kawasan kampus diberi perhatian. “KUIS sentiasa memberi perhatian dan akan memaklumkan kepada manamana penganjur yang melaksanakan program di kampus dan kebanyakan mereka amat memahami serta mengambil maklum akan larangan itu juga menghormati undang-undang dilaksanakan,” katanya.
iaitu Pensyarah Rekaan dan Inovasi Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Khairul Aidil Azlin Abdul Rahman; Pop Artis Malaysia, Haron Mokhtar serta Pengarah VFX, Art Tech. Hadir sama, Ketua Program Siswazah UiTM, Dr Mumtaz Mokhtar; Koordinator Kerja Kursus, Dr Mohamed Razeef Abdul Razak termasuk beberapa pensyarah.
Sementara itu, Presiden ADIO18, Syafidatul Najihah Suhaimi berkata, program itu diharap dapat mempromosikan secara lebih meluas peranan seni reka selari dengan fungsi teknologi yang ada. “Ini juga permulaan bagi kami untuk terus maju ke hadapan dalam meneroka bidang kreatif dengan menampilkan hasil karya berkualiti,” katanya.
�� peserta tamat program Latih & Kerja Belia Selangor KAJANG - Seramai 31 pelatih terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia berjaya menamatkan program Latih & Kerja Belia Selangor anjuran Skills Johor, di German-Malaysian Institute (GMI), di sini, pada 13 Januari lalu. Program julung kali yang turut mendapat kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu berlangsung selama seminggu, bermula 7 Januari lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Skills Johor, Zakbah Harun berkata, program itu adalah sebahagian daripada inisiatif pihaknya ke arah memperkasa belia Selangor, sekali gus membantu meningkatkan kebolehpasaran mereka. “Hal ini kerana pada masa akan datang, Malaysia tidak perlu lagi mengambil terlalu ramai pekerja asing, bahkan tenaga kerja tempatan pula yang diperlukan, di negara asing. “Selaras dengan agenda kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara termaju di dunia, maka program ini bagi mencapai hasrat kadar sifar kemiskinan, di negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan program itu. Hadir sama, Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf LSZ, Dr Adibah Abdul Wahab dan Ketua Seksyen Pembangunan Perniagaan GMI, Mohd Tanwyn Mohd Khushairi. Terdahulu, program itu menampilkan pelawak atau selebriti tempatan, Abam Bocey, yang turut meluangkan masa
berkongsi pengalaman dan kisah keperitan yang terpaksa direntas sebelum menongkah kejayaan dalam bidang seni. Zakbah berkata, belia masa kini perlu memiliki kesedaran dan keinginan, selain menanam tekad serta azam tinggi untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan ke arah lebih baik. Justeru, katanya, beberapa aspek ditekankan sepanjang program itu seperti kepentingan pengetahuan, kemahiran dan tanggungjawab dalam diri pelatih. “Semua elemen ini adalah dorongan utama yang boleh membantu pelatih mencapai impian masing-masing kerana tiada cita-cita yang mustahil. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. “Begitu juga masa hadapan yang cerah tidak mungkin dapat direalisasikan dalam masa yang singkat dan saya berharap semangat dirasai pelatih akan sentiasa membakar mereka untuk terus berusaha dengan gigih demi kesenangan masa hadapan,” katanya. Skills Johor adalah hab kemahiran pertama di Malaysia yang banyak menyumbang kepada latihan, pengajian teknikal dan vokasional berteraskan keperluan industri. Bertindak selaku pemangkin modal insan, institusi yang turut beroperasi di Petaling Jaya itu pernah dianugerahkan status sebagai Pentadbir Induk oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pembangunan Sumber Manusia.
Agama SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
Informasi
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
21
PERCUMA
Bantu asnaf Rumah Pemulihan Ar-Riqab
MAIS salur bantuan RM�.�� juta OLEH NORHAYATI UMOR KLANG - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyerahkan sumbangan RM4.38 juta kepada Rumah Pemulihan Ar-Riqab (RPA) menerusi Geran Sukuan 2019 bagi membantu asnaf riqab. Pengerusi Jawatankuasa Riqab negeri, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sumbangan itu membabitkan 18 RPA berjumlah RM1.916 juta, geran tahunan kepada sembilan RPA berjumlah RM1.560 juta dan sumbangan van kepada tujuh RPA berjumlah RM872,412. Katanya, ia bertujuan membantu golongan terbabit yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan selain pelbagai bantuan lain supaya kembali ke pangkal jalan. “Golongan riqab ini juga layak mendapat manfaat wang zakat melalui program pemulihan dilaksanakan MAIS dengan dibantu badan bukan kerajaan berdaftar bertujuan mendidik dan membimbing mereka menjadi mukmin yang diredhai. “Bantuan keperluan hidup juga turut diberikan kepada golongan ini, sebagai contoh asnaf riqab diberi bantuan sewa rumah supaya mereka boleh berhijrah ke tempat tinggal yang lebih baik untuk istiqamah dengan cara hidup bersyariat,” katanya. Abdul Aziz berkata, bantuan kewangan bulanan juga diberikan kepada individu yang menjaga mereka untuk menggalakkan asnaf riqab menghadiri kelas bimbingan dianjurkan MAIS. Katanya, MAIS turut menyalurkan bantuan lain antaranya modal perniagaan dan perubatan untuk meringankan beban kehidupan. “Ini adalah menjadi kewajipan MAIS untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan serta kesejahteraan ekonomi juga sosial masyarakat Islam khususnya selaras hukum syarak. “Perkara ini termaktub di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 di bawah seksyen 7 (1),” katanya.
Golongan riqab ini juga layak mendapat manfaat wang zakat melalui program pemulihan dilaksanakan MAIS dengan dibantu badan bukan kerajaan berdaftar bertujuan mendidik dan membimbing mereka menjadi mukmin yang diredhai ABDUL AZIZ MOHD YUSOF Pengerusi Jawatankuasa Riqab
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan itu pada Majlis Penyerahan Geran dan Sumba-ngan Van Rumah Pemulihan Ar-Riqab, di Hotel Aliya, di sini. Antara RPA yang menerima sumbangan bagi Geran Sukuan 2019 adalah Hidayah Insani, Rumah Sahabat, Bela Insan dan Sahabat PERKID. Manakala, sumbangan bagi Geran Tahunan 2019 adalah Rumah Penawar Sungai Panjang, Rumah Solehah dan Pertubuhan Insan Disayangi, sementara penerima sumbangan van pula ialah Bayi Rahmah, Rumah Safiyyah dan Akhlak Insani. Untuk rekod, Bahagian Pemulihan Ar-Riqab MAIS menguruskan lebih daripada 30 RPA de-ngan pembahagian kepada tiga kategori, antaranya masalah sosial dan akidah, pemulihan dadah dan pemulihan komuniti disayangi (LGBT).
PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD (1082296-U)
KENYATAAN TENDER Bil.
NO. TENDER
1.
AIS/PCW/T1/1/2019
UTILITY DETECTION MAPPING SERVICES INCLUDING SUPPLY OF EQUIPMENT, TRAINING & TRANSFER OF TECHNOLOGY AND KNOWLEDGE ALONG THE STRATEGIC TRUNK MAIN OF PENGURUSAN AIR SELANGOR’S PIPELINES CORRIDOR – PACKAGE 1
2.
AIS/PCW/T4/1/2019
REPLACEMENT OF AIR BLOWERS, TREATED WATER PUMPS AND ASSOCIATED WORKS AT SG SIREH WATER TREATMENT PLANT
3.
AIS/PCW/T6/1/2019
EXTENSION OF EXISTING SLUDGE TREATMENT PLANT, IMPROVEMENT WORKS AT FLOCCULATION TANKS, LOVO TANKS AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT RANTAU PANJANG WATER TREATMENT PLANT
4.
AIS/PCW/T7/1/2019
REPLACEMENT AND UPGRADING OF CIVIL AND M&E WORKS AT CHERAS MILE 11 AND SALAK TINGGI WTP
5.
AIS/PCW/T8/1/2019
REHABILITATION, UPGRADING AND REPLACEMENT OF MECHANICAL, ELECTRICAL, AND CIVIL STRUCTURE AT SG LANGAT WTP
6.
AIS/PCW/T11/1/2019
IMPROVEMENT WORKS OF STF AND WTP PROCESS COMPONENTS AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT BUKIT TAMPOI WTP
7.
AIS/PCW/T12/1/2019
SUPPLY AND INSTALL STREAMING CURRENT DETECTOR FOR AUTO DOSING AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT SG BUAYA, KUALA KUBU BHARU, KALUMPANG, SG BATU, SG SELISIK, AND SG DUSUN WATER TREATMENT PLANT
8.
AIS/PCW/T13/1/2019
IMPROVEMENT OF STF AND REPLACEMENT OF PENSTOCKS, VALVES, TUBE SETTLERS AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT NORTH HUMMOCK WTP
9.
AIS/PCW/T14/1/2019
SLOPE IMPROVEMENT AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT NORTH HUMMOCK WTP
17 - 23 JANUARI 2019 11 - 17 JAMADILAWAL 1440H
17 Khamis 18 Jumaat 19 Sabtu 20 Ahad 21 Isnin 22 Selasa 23 Rabu
5:55 5:55 5:56 5:56 5:56 5:57 5:57
6:05 6:05 6:06 6:06 6:06 6:07 6:07
7:23 7:23 7:23 7:23 7:24 7:24 7:24
1:26 1:26 1:27 1:27 1:27 1:27 1:28
4:48 4:48 4:49 4:49 4:49 4:49 4:50
7:23 7:24 7:24 7:25 7:25 7:25 7:26
8:37 8:37 8:37 8:38 8:38 8:38 8:38
17 Khamis 18 Jumaat 19 Sabtu 20 Ahad 21 Isnin 22 Selasa 23 Rabu
5:58 5:58 5:59 5:59 5:59 6:00 6:00
6:08 6:08 6:09 6:09 6:09 6:10 6:10
7:25 7:25 7:25 7:26 7:26 7:26 7:26
1:29 1:29 1:29 1:30 1:30 1:30 1:30
4:51 4:51 4:51 4:52 4:52 4:52 4:52
7:25 7:26 7:26 7:26 7:27 7:27 7:27
8:39 8:39 8:39 8:40 8:40 8:40 8:40
17 Khamis 18 Jumaat 19 Sabtu 20 Ahad 21 Isnin 22 Selasa 23 Rabu
5:55 5:55 5:56 5:56 5:56 5:57 5:57
6:05 6:05 6:06 6:06 6:06 6:07 6:07
7:23 7:24 7:24 7:24 7:25 7:25 7:25
1:26 1:27 1:27 1:27 1:28 1:28 1:28
4:49 4:49 4:50 4:50 4:50 4:50 4:50
7:24 7:25 7:25 7:25 7:26 7:26 7:26
8:38 8:38 8:38 8:39 8:39 8:39 8:39
KETERANGAN
10. AIS/PCW/T15/1/2019
UPGRADING WORKS OF CHEMICAL DOSING SYSTEM, INDICATIVE INSTRUMENTATION AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT SG LANGAT WTP AND SG PANGSOON WTP
11. AIS/PCW/T16/1/2019
SUPPLY AND LAY 2 NOS OF 500MM DIAMETER MILD STEEL RAW WATER PIPELINE COMPLETE WITH SUPPORTS AND ACCESSORIES FROM INTAKE TO WTP AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT SG PANGSOON WTP
12. AIS/PCW/T17/1/2019
IMPROVEMENT WORKS FOR STF PROCESS AND UPGRADING CHLORINATION SYSTEM AND OTHER ASSOCIATED WORKS AT SG LABU WTP
13. AIS/PCW/T18/1/2019
REPLACEMENT, REFURBISHMENT AND UPGRADING OF CIVIL AND M&E WORKS AT SG SEMENYIH WTP
14. AIS/PCW/T19/1/2019
IMPROVEMENT WORKS AT TREATMENT TANKS, TREATED WATER PUMP STATION AND SLUDGE TREATMENT FACILITY AT BERNAM RIVER HEADWORKS WATER TREATMENT PLANT
15. AIS/OS/T2/1/2019
PURCHASE OF NEW PUMPS AS SPARE UNIT FOR CRITICAL PUMP HOUSES IN SELANGOR STATE, FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA 2019
16. AIS/OS/T3/1/2019
PURCHASE OF NEW MOTORS AS SPARE UNIT FOR CRITICAL PUMP HOUSES IN SELANGOR STATE, FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA 2019
Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https:// www.syabas.com.my/business/current-tender#1 atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk mendaftar dengan Air Selangor. Untuk mendaftar, sila ke pautan berikut:- https://www.syabas.com.my/business/ supplier. Emel kelulusan atau sijil pendaftaran kontraktor/pembekal hendaklah dibawa semasa membeli dokumen tender.
Wanita & Kebajikan
22
SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
Ekspo barang kemas eksklusif
Tengku Permaisuri Selangor rasmi OLEH NADIAH ZAMLUS KUALA LUMPUR - Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan merasmikan Pameran Barang Kemas Eksklusif Malaysia (MIJF), di Kuala Lumpur Convention Centre, pada 11 Januari lalu. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Elite Expo Sdn Bhd, Johnson Lim dan Pengarah Bahagian Gaya Hidup Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Abu Bakar Yusof. Acara yang dianjurkan Elite Expo Sdn Bhd bermula 11 Januari hingga 13 Januari lalu dengan membawa 100 jenama barangan kemas dari Malaysia, Kemboja, Dubai, Hong Kong, India, Jepun, Belgium dan Itali. Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan melawat tapak pameran yang menempatkan 100,000 koleksi barangan kemas eksklusif.
Sementara itu, Johnson berkata, MIJF adalah syurga barangan kemas bertaraf dunia yang tidak patut dilepaskan peminatnya. “Terdapat banyak aktiviti me-
ADVERTORIAL
Perkasa program CSR
narik sepanjang acara berlangsung termasuk cabutan bertuah ‘spend and win’ dengan pengunjung berpeluang memenangi subang bernilai RM10,000,” katanya.
Syor lantik wanita dalam Parlimen dan DUN tanpa pilihan raya PETALING JAYA - Kepimpinan wanita KEADILAN mencadangkan kerajaan melantik golongan wanita dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perlu melalui proses pilihan raya. Ketua Wanitanya, Haniza Talha berkata, ia bagi memenuhi sasaran pembabitan 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dalam kerajaan. “Pertemuan bersama Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sedang diatur untuk mengemukakan cadangan ini. “Ini antara ‘electoral reform’ yang kita mahu syorkan iaitu melantik wanita dalam Dewan Rakyat tanpa perlu memegang mana-mana kawasan, sekali gus golongan ini boleh mewakili suara wanita apabila berada, di Dewan Rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Konvensyen Wanita KEADILAN 2019 Selangor dan Wilayah Persekutuan serta Pelancaran Kempen Membanteras Keganasan Terhadap Wanita, di
Auditorium Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, pada 13 Januari lalu. Turut hadir, Naib Presiden KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Dr Daroyah Alwi dan Ketua Wanita Wilayah Persekutuan, Idawate Pariman. Haniza berkata, Jerman dan Afrika adalah contoh negara yang sudah melaksanakan kaedah sedemikian dan jika dilaksanakan di Malaysia, maka ia mampu memberi impak terhadap dasar kerajaan. Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya komited pembabitan wanita diperkasa dengan konsisten. “Kita akan menghantar satu surat peringatan kepada semua pengerusi majlis pimpinan negeri untuk melantik wanita dalam pelbagai peringkat jawatan politik untuk mencapai hasrat 30 peratus pembabitan wanita. “Satu jawatankuasa bertindak khas akan dibentuk berperanan mengaudit pencapaian dasar itu sama ada tercapai atau masih jauh daripada sasaran,” katanya.
Sukan SelangorKini 17 - 23 Januari 2019
Azizulhasni raih emas Xu Chao, pada perlumbaan ketiga dengan catatan masa 10.154 saat (s), manakala Xu ketinggalan 0.004s. Untuk rekod, Xu memenangi perlumbaan pertama dengan catatan 10.307s, sebelum Azizulhasni meraih kemenangan pada perlumbaan kedua dengan catatan 10.270s. Seorang lagi wakil negara, Mu-
MUAT TURUN
di jari anda
APLIKASI
Terkini
PERCUMA
Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS kembali
Tamat kemarau pingat negara pada Kejohanan Trek Asia ke-
KUALA LUMPUR - Jaguh berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang, berjaya menamatkan kemarau pingat pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia ke-39 selepas meraih pingat emas dalam acara pecut individu, di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia, pada 12 Januari lalu. Pelumba kelahiran Terengganu itu meraih pingat emas kelima dalam kerjayanya selepas memenangi emas dalam acara berkenaan, pada edisi 2008, 2009, 2014 dan 2017. Pada pentas final, Azizulhasni yang diberi jolokan ‘The Pocketrocketman’, menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengetepikan cabaran pelumba China,
23
Informasi
SHAH ALAM - Kejuaraan Cub Prix AAM MAlaysia PETRONAS secara rasmi mengumumkan kalendar perlumbaan bagi musim 2019 dengan memperkenalkan satu lokasi baharu dan juga kembalinya Litar Sepang ke dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix. Sama seperti musim terdahulu, kejuaraan kebangsaan yang terbuka kepada semua pengeluar (kelas terbuka) akan berlangsung 10 pusingan, semusim. Perlumbaan pembukaan musim akan berlangsung di Jasin, Melaka, pada 23 dan 24 Mac ini. Litar Sepang akan kembali ke dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix musim ini sebagai lokasi
hammad Shah Firdaus Sahrom yang meraih pingat perak dalam acara keirin sebelum ini menambah koleksi pungutan pingat apabila menewaskan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe, pada aksi penentuan pingat gangsa. Muhammad Shah memenangi perlumbaan pertama dan kedua, masing-masing dengan catatan 10.380s dan 10.449s.
ADVERTORIAL
Memasuki tahun ketiga, penyertaan dalam Liga Sukan KSSB semakin menggalakkan dan ia menjadi medan bagi kakitangan bergiat aktif,dalam lapangan sukan
penutup tirai, pada 7 dan 8 Disember ini. Manakala perlumbaan pada 7 dan 8 September ini akan dilangsungkan di litar yang ditentukan kemudian. Lokasi lain seperti di Batu Kawan akan diadakan pada 13 dan 14 April, Tangkak (3-4 Mei), Teluk Intan (20-21 Julai), Kuala Terengganu (23-24 Ogos), Kangar (5-6 Oktober), Johor (19-20 Oktober) dan Jempol (16-17 November). Peminat diharap terus memberi sokongan kepada pelumba tempatan dan pelumba kegemaran di setiap lokasi, sepanjang musim 2019.
Berpotensi bina kerjaya dan jaringan perniagaan
Kerajaan Negeri komited terus e-sukan Potensi untuk mengembangkan e-sukan amat luas, malahan ia boleh mencipta kerjaya, jaringan perniagaan, sekali gus mengisi masa lapang kepada penggiat sukan berkenaan.
ngan perniagaan, sekali gus mengisi masa lapang kepada penggiat sukan berkenaan. SHAH ALAM - Kerajaan Negeri “Pada masa sama, ia boleh mekomited meneruskan sukan eleknepis persepsi buruk segelintir tronik (e-sukan) di Selangor, pada masyarakat yang mengganggap masa akan datang. bahawa permainan video (e-suDato’ Menteri Besar, Amirudin kan) terbabit membazir dan tidak Shari berkata, e-sukan berpotenproduktif,” katanya. si untuk pergi lebih jauh selepas Beliau berkata demikian ketika lima kali penganjuran Selangor bersiaran secara langsung dalam Cyber Games dilaksanakan desesi temubual khas bagi mengan mendapat sambutan memngulas berkenaan #MajuBersama berangsangkan. dan Belanjawan Selangor 2019 “Potensi untuk mengembangdi salah sebuah siaran televisyen kan e-sukan amat luas, malahan tempatan, pada 9 Januari lalu. ia boleh mencipta kerjaya, jariBagaimanapun, katanya, potensi e-sukan amat besar, namun jika diukur daripada sudut kesukanan ia belum membuat kitaran sempurna dan perlu dikaji lagi. Terdahulu, pada Belanjawan Selangor 2019, Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan Selangor sebagai peneraju e-sukan dengan mencadangkan peruntukan RM400,000 bagi tujuan pembangunan dan penganjuran, pada tahun ini. Malah, Kerajaan Negeri turut menyasarkan peruntukan RM1 juta daripada Kerajaan PersekutuSelangor Cyber Games menempah kejayaan sejak dimulakan, an bagi melonjakkan pembangupada 2014 nan e-sukan ke peringkat serantau. OLEH SHEEDA FATHIL
FAS galak remaja bina kerjaya selaku pengadil SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menggalakkan remaja membina kerjaya dengan memilih pengadil bola sepak sebagai kerjaya. Setiausaha Agungnya, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, ia bertujuan mengelakkan golongan berkenaan daripada terjebak dengan gejala kurang sihat. “Bidang pengadilan bola sepak juga adalah kemahiran yang menyediakan landasan kerjaya, sekali gus mampu menjana pendapatan munasabah kepada golongan remaja. “Apabila mereka menceburi bidang ini, ia secara tidak langsung dapat menyelamatkan remaja daripada terjebak dengan aktiviti kurang berfaedah,” katanya.
Selangor cemerlang atasi Puchong Fuerza 6-� SHAH ALAM - Selangor mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan persahabatan pra musim apabila menundukkan Juara Selangor Champions League (SCL) 2018, Puchong Fuerza FC 6-0, di Stadium Mini 3K Subang, di sini, pada 11 Januari lalu. Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan B Sathianathan berada pada landasan terbaik untuk memulakan kempen Liga Malaysia, musim ini. Menurunkan kesebelasan utama, The Red Giants turut menampilkan penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Rufino Segovia, yang kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan. Sebaik wisel permainan dibunyikan, Selangor bermula dengan langkah garang apabila melancarkan serangan bertali arus terhadap kubu pertahanan pasukan lawan bagi memastikan gol awal. Kesilapan penjaga gol Puchong Fuerza, Gabriel Sunday Aloysius, yang gagal menepis bola dengan sempurna membolehkan tirai jaringan dibuka pada minit ke-10 melalui sepakan K Prabakaran, sekali gus meletakkan Selangor, di hadapan. Pada minit ke-21, pemain tengah, Wan Zack Haikal pula menguji pertahanan Puchong, namun percubaan sedikit tersasar ke bahagian kiri penjaga gol lawan. Walaupun baru sahaja menyertai sesi latihan, namun kualiti yang ada pada Rufino sukar dinafikan selepas mudah menjaringkan gol kedua Selangor berselang 11 minit,
selepas gol pertama. Jaringan itu jelas memberi suntikan semangat kepada pemain import baharu Selangor, Antonio German, yang turut mencatatkan nama selaku penjaring selepas percubaan Wan Zack Haikal terkena palang dan jatuh tepat di hadapannya, pada minit ke-39. Beberapa minit selepas itu, Rufino sekali lagi membuktikan beliau adalah penyerang paling berbisa pada musim lalu apabila menyumbat gol keempat Selangor, pada minit ke-41. Bersambung babak kedua, beberapa pertukaran dilakukan B Sathianathan yang menyaksikan Faiz Nasir, Sean Selavaraj, K Sarkunan dan beberapa pemain dibawa masuk untuk memperkemas jentera pasukan walaupun sudah selesa dengan empat gol terkumpul. Faiz Nasir yang masuk pada separuh masa kedua berjaya memberikan impak awal selepas berjaya menghadirkan gol kelima Selangor, manakala Sean Selavaraj melengkapkan pesta gol Selangor selepas menjaringkan gol keenam ketika perlawanan berbaki tujuh minit. Perlawanan persahabatan itu adalah yang terakhir buat Selangor sebelum berangkat ke Bangkok, Thailand bagi siri jelajah pra-musim.
Sebahagian peserta mengikuti Seminar Pengadil dan Penilai Pengadil FAS 2019, di Kompleks Akademi Bolasepak Merah Kuning, baru-baru ini Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Pengadil dan Penilai Pengadil FAS 2019, di Kompleks Akademi Bolasepak Merah Kuning, di sini, baru-baru ini. Katanya, FAS komited meneruskan usaha melahirkan pe-
ngadil kebangsaan yang berkualiti. “Hanya dengan melahirkan pengadil ke peringkat FAM, maka Selangor dapat melahirkan calon pengadil FIFA yang berpeluang ke peringkat Piala Dunia,” katanya.
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985