2 minute read
HOTEL/ HILTON GARDEN INN KL
from Santai Travel
by Santaidesign
Advertisement
Awesome Hilton GArden inn KuAlA lumpur soutH
Privasi dan kebolehcapaian, dua benda wajib yang akan terlintas di fikiran pelancong bila membuat pertimbangan untuk memilih dan menempah hotel penginapan. Berita baiknya pula adalah, Hilton Garden Inn Kuala Lumpur South menawarkan dua benda
Di zaman yang penuh dengan cabaran pandemik Covid-19 di mana setiap sen yang dibelanjakan adalah amat bernilai, hilton garden inn Kuala lumpur south menawarkan harga bilik yang tidak membebankan. ini boleh memberi peluang kepada mereka yang kurang mampu untuk keluar dari rumah dan bercuti di hotel setelah lama terkurung.
Jenama hotel bertaraf antarabangsa ini terletak di Jalan Tuanku Abdul rahman, hanya lima minit berjalan kaki untuk ke stesen monorel Chow Kit. selain itu, perkhidmatan bas, teksi dan e-hailing juga mudah didapati di sini. malah perkhidmatan bas percuma go Kl dan bas hop On hop Off juga berhenti di sini. Jadi buat mereka yang ingin bercuti di Kuala lumpur dan tidak mahu memandu, hotel ini adalah lokasi yang tepat. Dengan harga penginapan yang rendah dan kualiti penginapan yang terbaik, kenapa anda mahu bayar lebih. Dari sini sangat mudah untuk melawat ke destinasi-destinasi popular seperti pusat membeli-belah sOgO, Central market, Taman Burung Kuala lumpur, Bukit Bintang ataupun KlCC. setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti televisyen 40” hDTV, akses wi-Fi percuma, produk mandian premium, mini bar serta kemudahan membuat kopi dan teh. hotel ini juga mematuhi operasi standard hilton Cleanstay di mana setiap bilik akan disanitasi sepenuhnya untuk memastikan keselamatan tetamu. Chow Kit dan Kampung Baru memang terkenal dengan pelbagai pilihan makanan namun anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari makanan di luar. restoran rooftop 25 menawarkan ruang makan paling ekslusif di Jalan Tuanku Abdul rahman. Bukan sahaja anda akan menikmati makanan yang sedap malah harga yang ditawarkan juga cukup berbaloi. Bak kata orang perut kenyang hati pun senang. Pemandangan di atas restoran ini juga cukup mengagumkan tambahan pula jika di waktu malam anda akan dapat lihat mercutanda Kuala lumpur seperti menara Berkembar Petronas dan menara Kuala lumpur.