2 minute read

HOTEL/ LOTUS DESARU

Resort ini menawarkan lebih kurang 749 buah bedroom apartments yang terdiri daripada One Bedroom, Two Bedroom, Three Bedroom, Four Bedroom dan yang paling mewah adalah Pent House yang khas untuk para VIP. Dari pandangan luar bangunan resort ini kelihatan seperti sebuah Istana dari kisahFairy Tales yang akan membuatkan pengunjung rasa santai sepanjang menginap di sini

Bukan itu sahaja, malah sebaik sahaja anda masuk ke resort ini, anda akan disambut dengan senyuman mesra petugas hotel yang sentiasa mesra menyambut tetamunya. Selain itu pelbagai jenis burung seperti burung merak, burung kakak tua, angsa, itik dan pelbagai spesis burung turut sama menyambut mesra kunjungan anda di kawasan sangkar burung besar yang tersedia di halaman hotel.

Advertisement

Lotus Desaru Beach Resort & Spa ini

PErcuTian imPian LOTus DEsaru

Bagi anda yang sering ke Johor atau menetap di sana, Lotus Desaru Beach Resort & Spa bukan sesuatu yang asing lagi bagi mereka. Antara faktor utama Lotus Desaru menjadi pilihan pelancong adalah kerana panoramanya yang menarik dan juga kemudahan serta hospitaliti yang mereka tawarkan.

juga menawarkan pelbagai kemudahan yang menarik untuk tetamunya seperti Waterpark, Spa, Sea Sport, Meeting Room dan juga Wedding Ballroom. Untuk keluarga yang mempunyai anakanak kecil, anda tidak perlu risau kerana dengan adanya taman air yang terletak tidak jauh dari resort ini anda sekeluarga boleh meluangkan masa bersama dengan pakej penginapan yang berbaloi. Taman air Lotus Desaru Beach Resort & Spa ini merupakan taman hiburan yang merangkumi kawasan bermain air, seperti water slides, splash pads, spray grounds (water playgrounds), lazy river, dan lain-lain. menjamu selera di syurga makanan Lotus Desaru Tidak dinafikan, di Lotus Desaru Beach Resort & Spa ini juga terdapat pelbagai tempat makanan yang ditawarkan. Antaranya Teratai Coffee House, Rhu Seafood Restaurant, Indian Restaurant dan Beach Hut Bar.

Teratai Coffee House merupakan sebuah kafe yang berkonsepkan restoran dan datang dengan menu hidangan tempatan dan juga Barat. Apa yang menarik dan significant disini adalah Teh Tarik dan Aglio Olio Udang mereka.

Jika ingin menukar selera kepada makanan india, anda juga boleh menjamu selera di Indian Res-taurantdi mana anda akan dihidangkan dengan chicken briyani yang disajikan bersama dengan raita dan spicy chicken curry.

Dinamakan sempena pokok Rhu yang berdiri di tengah-tengah restoran dan dengan panorama indah pantai Desaru, Rhu Seafood Restaurant adalah salah satu restoran terbaik di Desaru yang menyajikan hidangan Cina yang kebanyakannya di Malaysia dengan rasa Thai. Akhir sekali, Beach Hut Bar Lotus Desaru yang bukan sahaja bar yang mempunyai pemandangan laut yang cantik, malah ia juga mempunyai menu minuman yang pelbagai dan makanan yang lazat. Tidak dilupakan juga konsep unik BBQ by the table yang ditawarkan untuk anda disini.

Boleh dikatakan Lotus Desaru Beach Resort & Spa ini cukup lengkap dan perfect. Bukan sahaja memiliki sebuah resort tepian pantai yang gah dan indah bersama dengan pelbagai kemudahan, malah Lotus Desaru Beach Resort ini juga memiliki pelbagai pencapaian sampai ke tahap antarabangsa.

This article is from: