2 minute read

HOTEL/ 1108 TEKEK TIOMAN

Advertisement

tenang di 1108 tekek, tioMan

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia begitu mencabar sehingga memberi kesan kepada aktiviti pelancongan dalam Malaysia. Hotel-hotel tidak dapat beroperasi sepenuhnya dek kerana larangan rentas negeri yang masih dikenakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Rakyat Malaysia nyata memerlukan percutian untuk melepaskan tekanan kerana terkurung di rumah. Destinasi yang akan menjadi pilihan rakyat Malaysia tentulah pulau-pulau yang terdapat di Malaysia. Salah satu pulau yang boleh dijadikan destinasi untuk membawa keluarga atau bersama rakan-rakan adalah Pulau Tioman.

Pulau yang terletak di Pahang ini boleh diakses melalui jalan darat sahaja. Dahulunya ada syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Kampung Tekek, Pulau Tioman. Pulau Tioman adalah pulau terbesar di antara gugusan kepulauan yang terdapat di Laut Cina Selatan. Untuk mereka yang pertama kali ingin berkunjung ke Pulau Tioman, perkara pertama yang wajib anda tahu adalah terdapat dua jeti yang boleh digunakan untuk ke pulau ini. Anda boleh menggunakan Jeti Tanjung Gemuk yang terletak di Kuala Rompin, Pahang ataupun Jeti Mersing yang terletak di Johor. Anda juga perlu tahu penginapan yang anda tempah terletak di perkampungan mana di dalam pulau. Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak kampung di Tioman seperti Kampung Tekek, Kampung Paya, Kampung Genting, Kampung Salang, Kampung Air Batang atau Kampung Juara. Setiap kampung mempunyai jeti masing-masing.

Jadi, jika anda berhasrat untuk bercuti ke Tioman, anda boleh mencuba untuk menginap di 1108 Tekek. Resort ini dimiliki oleh Encik Zamari bin

Muhyi, yang turut memiliki 1108 Hotel Tapah dan 1108 Hotel Sungkai. Apa istimewanya resort ini adalah ia terletak berdekatan dengan jeti, jadi anda tidak perlu berjalan jauh jika turun dari feri. Tekek juga merupakan kampung paling besar di Tioman dan pusat pentadbiran pulau ini. Terdapat beberapa jenis kategori chalet yang boleh dipilih jika anda menginap di sini. Antara jenis-jenis chalet adalah garden view, middle view, seaview, family seaview dan executive seaview.

Deretan chalet-chalet berwarna putih kelihatan dari jauh, tampak kemas dan teratur. Setiap bilik dilengkapi dengan katil dan tilam, mandian air panas, pendingin hawa serta kemudahan membuat teh dan kopi. Apa yang pasti, menurut Encik Zamari, dia mementingkan kebersihan di setiap biliknya dan juga tandas. Dia akan memastikan para pekerjanya untuk sentiasa menyanitasi bilik-bilik serta kemudahan yang ada di sini.

Selain bilik, 1108 Tekek turut mempunyai sebuah restoran yang menawarkan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Jika anda tidak mahu makan di restoran, anda boleh mencari makan di geraigerai yang terdapat banyak di Kampung Tekek. Untungnya jika anda memilih untuk menginap di sini, pantai terletak di depan bilik. Tidak perlu jalan jauh untuk mandi laut. Malah lokasi di sini juga antara tempat terbaik untuk menyaksikan panorama matahari terbenam. Jadi apa tunggu lagi. Anda boleh rancang percutian anda seterusnya di sini. Harga bilik bermula dari RM118 (tidak termasuk sarapan pagi).

1108 Tekek Tioman No. Telefon : +6019 3481108

This article is from: