Hotel//1108 TEKEK, TIOMAN
Tenang di 1108 Tekek, TIOMAN Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia begitu mencabar sehingga memberi kesan kepada aktiviti pelancongan dalam Malaysia. Hotel-hotel tidak dapat beroperasi sepenuhnya dek kerana larangan rentas negeri yang masih dikenakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Rakyat Malaysia nyata memerlukan percutian untuk melepaskan tekanan kerana terkurung di rumah. Destinasi yang akan menjadi pilihan rakyat Malaysia tentulah pulau-pulau yang terdapat di Malaysia. Salah satu pulau yang boleh dijadikan destinasi untuk membawa keluarga atau bersama rakan-rakan adalah Pulau Tioman.
P
ulau yang terletak di Pahang ini boleh diakses melalui jalan darat sahaja. Dahulunya ada syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Kampung Tekek, Pulau Tioman. Pulau Tioman adalah pulau terbesar di antara gugusan kepulauan yang terdapat di Laut Cina Selatan. Untuk mereka yang pertama kali ingin berkunjung ke KDN : PPI9083/08/2016(034564)
84 /
EDISI 71 2017 RM 8.00
/ INSPIRASI PERCUTIANKU
Pulau Tioman, perkara pertama yang wajib anda tahu adalah terdapat dua jeti yang boleh digunakan untuk ke pulau ini. Anda boleh menggunakan Jeti Tanjung Gemuk yang terletak di Kuala Rompin, Pahang ataupun Jeti Mersing yang terletak di Johor. Anda juga perlu tahu penginapan yang anda tempah terletak di perkampungan mana di dalam pulau. Untuk pengetahuan
anda, terdapat banyak kampung di Tioman seperti Kampung Tekek, Kampung Paya, Kampung Genting, Kampung Salang, Kampung Air Batang atau Kampung Juara. Setiap kampung mempunyai jeti masing-masing. Jadi, jika anda berhasrat untuk bercuti ke Tioman, anda boleh mencuba untuk menginap di 1108 Tekek. Resort ini dimiliki oleh Encik Zamari bin
EDISI 71 SAN TAI T RAVEL INSPIRASI PERCU