9 minute read
CUTI-CUTI MALAYSIA
from Santai Travel
by Santaidesign
RINdu uNTuk mElANcoNg?
INI IdEA dESTINASI PElANcoNgAN domESTIk !
Advertisement
Oleh: Nurul husNa Mat rus
Itu antara perkara yang IngIn dIlakukan oleh ramaI rakyat malaysIa jIka dapat merentas negerI setelah hampIr beberapa bulan tIdak dIbenarkan berbuat demIkIan.
Ini susulan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan kembali selepas penularan pandemik COVID-19 di negara semakin meningkat. sebarang 'perjalanan' merentas negeri untuk melancong, bercuti atau bersiar-siar di dalam negara mahupun luar negara tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh tersebut. Ini menyebabkan industri pelancongan tanah air berhadapan kerugian yang sangat besar. apabila perjalanan rentas negeri kembali dibenarkan, ini adalah masa terbaik untuk keluar melihat 'dunia' kembali. aktiviti pelancongan juga dijangka kembali rancak dan orang ramai akan mula membawa keluarga keluar bercuti dalam negara,
Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian kaum yang hidup dengan harmonu dan kekayaan budayanya. Negara ini juga mempunyai pelbagai destinasi yang menarik sehingga memukau mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di Malaysia. Kaya dengan sejarah peradaban sehingga ke rekabentuk yang unik, aktiviti malam yang tidak pernah kenal erti tidur sehingga ke pantai yang bersih dengan pasir selembut tepung dan pulau-pulau peranginan. Malaysia pastinya akan membawakan anda pengalaman yang penuh keceriaan dan kegembiraan. Jom cuti-cuti dalam Malaysia! Pastikan lokasi-lokasi ini tersenarai dalam ‘list’ percutian anda :
guA kElAm, PERlIS salah satu gua istimewa di Malaysia. Gua batu kapur sepanjang 370 meter ini terletak di pekan kecil yang diberi nama sebagai sebagai Kaki Bukit. Gua Kelam terletak sejauh 33 kilometer dari ibu negeri Perlis iaitu Kangar. Gua ini dahulunya digunakan oleh pelombong-pelombong bijih dan suasananya amat kelam sehingga diberi nama Gua Kelam. anda boleh berjalan dari pintu masuk gua sehingga ke penghujung gua. anda pasti terpesona dengan pemandangan hutan nan menghijau selepas keluar dari laluan gua ini. anda juga boleh melawat ke Gua Kelam II yang tidak jauh dari lokasi ini. sebelum pulang, pastikan anda melawat ke View Point, Wang Kelian.
PulAu lANgkAWI Diberi nama jolokan Permata Kedah, Pulau langkawi merupakan syurga tropika untuk pencinta pulau. langkawi sebenarnya merupakan gugusan 99 buah pulau semulajadi dan dua buah pulau buatan. terkenal dengan pantai-pantai yang indah dan suasana yang tenang, pulau ini merupakan tempat percutian yang sempurna untuk percutian impian yang tidak dapat dilupakan yang selalu diinginkan oleh hati anda. Pulau langkawi juga boleh dilawati sepanjang tahun dan merupakan sebuah pulau bebas cukai. sediakan wang yang mencukupi
untuk membeli-belah di sini.
kEllIE’S cASTlE, PERAk terletak di Batu Gajah, Perak, Kellie’s Castle merupakan sebuah istana yang dibina oleh warga scotland, William Kellie-smith. Istana ini dibina khas oleh William Kellie untuk isteri dan anak-anaknya.Namun istana ini tidak sempat disiapkan pembinaannya dan akhirnya terbengkalai. ambil masa anda untuk bersiar-siar menikmati keindahan istana yang separuh siap ini. Jangan lupa untuk mengabdikan gambar-gambar menarik di beberapa lokasinya yang cukup instagram-able.
Sky mIRRoR, kuAlA SElANgoR sky Mirror di Daerah Kuala selangor juga dikenali sebagai “salar de uyuni” Malaysia kerana menampilkan fenomena semula jadi seperti yang terdapat di negara Bolivia. terletak di tengah-tengah selat laut Melaka, lokasi ini merupakan salah satu permata tersembunyi yang boleh dijumpai di Negeri selangor namun tidak ramai yang tahu. tarikan ini hanya mampu muncul pada tarikh dan waktu-waktu tertentu sahaja dalam bulan lunar iaitu semasa air surut dan air tenang dari pukulan ombak. anda perlu menaiki bot laju dari Jeti sky Mirror yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke lokasi ini. Jangan lupa untuk datang dengan pakaian berwarna-warna untuk gambar yang lebih menarik.
guA dAmAI EXTREmE PARk, SElANgoR uji ketangkasan dan cabar ketakutan anda di taman ekstrim Gua Damai. terletak di Batu Caves, selangor, taman ekstrim Gua Damai membawa pelbagai aktiviti berasaskan pendidikan eko-rekreasi untuk mereka yang mempunyai semangat petualang. Nikmati aktivit trekking sambil menghargai pokok-pokok herba di sekeliling anda dan cuba lepasi aktiviti tali halangan. Ingatlah untuk kekal selamat semasa anda melakukan aktiviti mendaki atau meluncur melalui Zip line yang disediakan.
PoRT dIckSoN, NEgERI SEmBIlAN lebih dikenali dengan panggilan PD, Port Dickson merupakan sebuah bandar pesisir pantai di Negeri sembilan. Dahulunya ia merupakan tempat perlombongan arang batu. selain terkenal dengan pantainya yang bersih, terdapat deretan hotel yang bersesuain dengan bajet pengunjung, dari hotel bajet sehingga hotel bertaraf lima bintang. Jangan lepaskan peluang untuk melawat Muzium tentera Darat di sini. sebuah rumah api juga terletak di tanjung tuan, tidak jauh dari Port Dickson.
PETAlINg STREET, kuAlA lumPuR Jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di Petaling
street atau juga dikenali sebagai Chinatown. Pastikan anda bersedia untuk tawar-menawar dengan peniaga sebelum membeli apa-apa barangan di sini. terdapat juga gerai-gerai dan restoran yang menjual makanan dan minuman pada harga yang berpatutan.
BANguNAN SulTAN ABdul SAmAd Bangunan dengan senibina Moorish ini terletak di hadapan Dataran Merdeka dan Kelab Diraja selangor. Ia dibina pada tahun 1897 dan dinamakan bersempena dengan nama sultan yang memerintah ketika itu. Dahulunya ia digunakan sebagai bangunan pentadbiran British dan pernah menjadi bangunan mahkamah tinggi.
mENARA BERkEmBAR PETRoNAS Dengan ketinggian 451.9 meter, menara berkembar 88 tingkat ini adalah permata Kuala lumpur. tidak kira siang atau malam, rekabentuk unik menara berkembar ini pasti menarik perhatian anda. Idea untuk membina menara berkembar ini adalah dari buah fikiran tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang kelima.
JoNkER STREET, mElAkA Jonker street atau Chinatown ini terletak di Melaka Bandaraya Bersejarah. Dahulunya ia terkenal dengan deretan kedai antic namun lama-kelamaan ia bertukar menjadi lokasi yang menjual kraftangan dan pakaian serta restoran dan hotel-hotel butik. Pasar Malam Jonker street hanya dibuka pada hari Jumaat dan sabtu sahaja.
gENTINg HIgHlANdS, PAHANg terkenal sebagai Bandar hiburan atau las Vegas Malaysia. Genting highlands yang terletak di Pahang merupakan sebuah destinasi peranginan tanah tinggi yang hanya mengambil masa dalam 45 minit perjalanan dari Kuala lumpur. terkenal dengan hotel-hotel mewah, kasino, taman tema dan destinasi membeli-belah, Genting highlands sering menjadi tumpuan pelancong yang ingin menikmati udara segar dan dingin.
PulAu PERHENTIAN Pulau Perhentian dikatakan pulau yang terindah di Malaysia. alami dunia hidupan marin di dalam lautnya yang jernih dan pantainya yang putih bersih. anda boleh memilih untuk menginap di Pulau Perhentian Kecil atau Pulau Perhentian Besar.
lEgolANd, JoHoR Jika anda merupakan peminat tegar leGO, jangan lupa untuk melawat legoland yang terletak di Johor. Ia merupakan
legoland pertama yang dibina di asia dan yang terbesar, mempunyai taman tema, taman air dan hotel yang semuanya bertemakan leGO.
PulAu SIPAdAN, SABAH Pulau sipadan, adalah salah satu lokasi selam skuba terbaik di dunia. Ia merupakan sebuah pulau yang terhasil 600 meter dari dasar laut. terletak di laut sulawesi berhampiran sabah, ia merupakan rumah kepada pelbagai jenis hidupan laut. Jika anda merupakan penyelam skuba, ini adalah ‘bucketlist’ wajib.
koTA kINABAlu, SABAH Kota Kinabalu merupakan ibu negeri sabah. Bandar pesisir pantai ini merupakan pintu utama untuk ke Gunung Kinabalu, selain pasarnya yang terkenal, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk bercuti di pantai-pantai dan pulau-pulau yang berada di berdekatan perairan Kota Kinabalu. Jangan lupa untuk menikmati makanan laut yang segar dan murah di KK. Boleh bah kalau kau….
kAmPuNg BudAyA SARAWAk sebuah muzium hidup dengan keluasan 17 ekar, berhadapan dengan Pantai Damai, Kuching, sarawak, Perjalanan ke sini mengambil masa hampir 45 minit dari Bandaraya Kuching. Jangan lepaskan peluang untuk belajar dan melihat sendiri keunikan budaya kaum-kaum utama di sarawak seperti Iban, Bidayuh, Orang ulu, Penan, Melanau, Melayu dan Cina.
kucHINg, SARAWAk Ibu negeri sarawak ini adalah sebuah bandar yang penuh dengan bangunan kolonial lama dan menara moden. Pastikan anda melawat Kuching Watefront di mana sepanjangnya, anda akan menemui pelbagai jenis penjual makanan, rumah-rumah kedai yang menjual kraftangan dan sebuah esplanade dengan pemandangan mercu tanda abad ke-19; astana, bekas istana rajah Putih dan Benteng Margherita yang dibina untuk menghalang lanun.
TAmAN NEgARA BAko, SARAWAk Merupakan taman Negara sejak 1957, Bako merupakan pengenalan tepat kepada hutan dan hidupan liar disarawak. taman ini merangkumi hujung utara semenanjung Muara tebas, dengan keluasan 27 km persegi. Walaupun ukurannya nampak kecil, Bako memiliki pelbagai macam tumbuhtumbuhan, berbagai jenis satwa liar dan garis pantai yang ditutup dengan teluk kecil dan pantai.
PuTRAJAyA WETlANdS Wetland Putrajaya dianggap sebagai buah pinggang Putrajaya yang memainkan peranan penting dalam memastikan
TAmAN WETlANd mERuPAkAN WETlANd AIR TAWAR BINAAN mANuSIA TERBESAR dI mAlAySIA dAN TRoPIkA. WETlANd BERmAkNA TANAH lEmBAP ATAu TANAH BENcAH dI mANA AIR mENJAdI fAkToR kEPAdA kEWuJudANNyA. coNToH WETlANd AdAlAH SuNgAI, TASIk, PAyA, RAWANg, PAyA BAkAu, PESISIR PANTAI, HuTAN AIR TAWAR, SAWAH PAdI, TERuSAN dAN PElBAgAI lAgI.
ekosistem di Putrajaya seimbang melalui penapisan air semulajadi dari 2 buah sungai utama yang mengalir masuk ke Putrajaya iaitu sungai Chua dan sungai Bisa serta 3 anak sungai lain. Penapisan bahan cemar, mendapan serta nutrien dilakukan secara semulajadi melalui lebih dari 70 spesies tumbuhan rawang yang ditanam di dalam 24 sel rawang. taman Wetland merupakan wetland air tawar binaan manusia terbesar di Malaysia dan tropika. Wetland bermakna tanah lembap atau tanah bencah di mana air menjadi faktor kepada kewujudannya. Contoh wetland adalah sungai, tasik, paya, rawang, paya bakau, pesisir pantai, hutan air tawar, sawah padi, terusan dan pelbagai lagi. Di taman Wetland terdapat Pusat Penghayatan alam sebagai pusat maklumat dan pendidikan mengenai wetland bagi memupuk kesedaran masyarakat tentang fungsi dan kepentingan wetland.
BAN PEcAH, PERAk Ban Pecah terletak di tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak memiliki kawasan sawah padi yang begitu unik. lokasi ini antara port sawah padi yang ada di Malaysia untuk anda terokai melengkapkan percutian indah anda. uniknya Ban Pecah jika pemandangan dari udara memaparkan Kawasan sawah padi terbentang bersebelahan pemandangan laut. Di sepanjang laluan pesisiran laut itu, kelihatan bongkah batu dijadikan banteng sepanjang laut yang berfungsi menghalang air laut melimpah ke kawasan sawah. Pada hujung minggu, lokasi ini sangat meriah dengan aktiviti memancing dan juga beriadah melihat pemandangan indah terutama pada waktu senja. Jangan lupa juga untuk mencuba sajian istimewa sekitar Kawasan Ban Pecah iaitu Mi udang yang sangat lazat.