5 minute read
DESTINASI REGATTA LEPA-LEPA
from Santai Travel
by Santaidesign
Perarakan masuk lepa-lepa
Terumbu karang, paya bakau dan lambaian pepohon kelapa menyerikan lagi panorama ini. Ia masih tidak terganggu, tidak terusik dan asli, bagaikan masa tidak pernah berdetik walau sesaat tatkala kebanyakkan tempat sudahpun membangun pesat.
Advertisement
Untuk ke Semporna, perjalanan dari Tawau mengambil masa antara 45 minit hingga satu jam.
Sebaik turun dari kenderaan, bayu laut menyapa lembut ke muka cukup mengasyikkan. Dalam pekan ini, terlihat percampuran pelbagai budaya, bahasa dan bangsa – Bajau, Suluk, Melayu, Cina, Kadazan dan ‘Palauh’ yang hidup harmoni sejak dahulu lagi. Deretan bot-bot penambang, kapal-kapal besar dan perahu-perahu layar tradisional memenuhi ruang gigi airnya. Mungkin ramai yang tidak tahu, nama asal Semporna adalah Tong Talun. Nama ini membawa maksud hujung hutan dalam istilah suku Kaum Bajau. Menurut lagenda, orang yang bertanggungjawab untuk menamakan Tong Talun ialah Panglima Uddang, Panglima
Pemandangan dari puncak Boheydulang
REgATTA LEpA-LEpA SEmpoRNA pENuh WARNA-WARNI
Jika dahulu, ramai yang menjadikan Pekan Semporna sebagai transit untuk bercuti di Pulau Mabul, Kapalai, Mataking atau Sibuan. Saya juga dahulu hanya bermalam di Semporna atau Tawau sahaja. Namun kini sebaliknya berlaku. Semporna, makin dikenali di kalangan pelancong kerana air laut yang jernih, cahaya matahari yang muncul di sebalik horizon dan keputihan pepasir yang mengelilingi pulau-pulaunya.
Rumah atas air di Semporna
Sambu Layang dan Kapi-Kapi pada Lepa
Sallehangni dan Panglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang. Nama ini kemudian ditukar kepada Semporna.
Dahulu, Daerah Semporna berada di bawah jajahan takluk Kesultanan Sulu,sebuah kuasa politik yang dominan. Jajahan takluknya meliputi sebahagian Filipina (sebelah selatan) dan Borneo Utara. Pada 1876 kawasan yang dikenali dengan Borneo Utara ini telah diperintah oleh Syarikat ‘British North Borneo Chartered Company’ yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan British. Bermula dari itu, Sultan Sulu telah menyerahkan Sabah kepada syarikat ini sebagai wilayah kuasa urustadbir mereka. Pada tahun 1963, Sabah telah bersatu dengan Persekutuan Malaya untuk membentuk Malaysia. Sehingga kini Malaysia masih lagi membayar wang tahunan kepada waris Sultan Sulu.
Pulau Umaral (omadal), sebuah pulau kecil di perairan Semporna merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. orang Bajau Pulau omadal merupakan pelaut/ nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Selain itu terdapat juga suku kaum nomad (orang-asli) laut yang dikenali dengan ‘Palauh’. Kaum ini masih wujud di Semporna hingga kini dan boleh dilihat di perairan Semporna. Mereka tinggal di bot-bot tradisi di laut dan sentiasa berpindah-randah dari satu pulau ke pulau yang lain. Kaum palauh hanya akan singgah ke tanah besar Semporna jika memerlukan barangan harian atau sebab kematian.
Semporna atau dalam bahasa melayu sempurna (pefect) terkenal dengan satu perayaan setiap tahun. Pada bulan april, Pekan Semporna akan berubah wajah. Warga Semporna akan keluar menyambut Pesta regatta lepa-lepa. Perayaan ini bukan sahaja meriah di kalangan penduduk tempatan malah saban tahun ia berjaya menarik ribuan pelancong dari luar. Sepanjang jalan menuju ke Pekan Semporna akan dihiasi dengan hiasan pemidang layar atau lebih dikenali sebagai sambu layang. Malah sekolah-sekolah, premis perniagaan dan rumah persendirian turut sama memasang sambu layang yang berwarna-warni ini. Pesta regatta lepa-lepa ini diperkenalkan pada tahun 1994 oleh Majlis Daerah Semporna bagi meraikan warisan sejarah etnik Bajau laut agar tidak luput ditelan zaman. lepa dalam bahasa Bajau bermaksud perahu. Ia merupakan sejenis
Pemandangan Pekan Semporna
pada bulan April, pekan Semporna akan berubah wajah. Warga Semporna akan keluar menyambut pesta Regatta Lepa-Lepa. perayaan ini bukan sahaja meriah di kalangan penduduk tempatan malah saban tahun ia berjaya menarik ribuan pelancong dari luar.
Gadis manis Semporna
Lepa yang telah dihias
Bayangkan lepa yang tidak berapa besar ini mampu memuatkan sekeluarga. Lepa yang biasanya diperbuat daripada kayu ini tahan lama. Antara jenis kayu yang biasa digunakan adalah bulian, seraya merah, tambu, gagil dan banyak lagi. Lepa biasanya dibina pada bentuk satah dan ada lima binaan pada bahagian badannya. Bahagian yang paling penting iaitu bahagian bawah dikenali sebagai ba’ul.
Pakaian tradisional Beberapa lepa yang boleh dilihat
pengangkutan air yang memainkan peranan utama untuk memudahkan kehidupan masyarakat Bajau yang tinggal di pulaupulau berdekatan Semporna. Malah perahu juga digunakan untuk mencari hasil laut dan berdagang. Jangan terkejut melihat lepa ini juga digunakan sebagai tempat berteduh mereka. Bayangkan lepa yang tidak berapa besar ini mampu memuatkan sekeluarga. lepa yang biasanya diperbuat daripada kayu ini tahan lama. antara jenis kayu yang biasa digunakan adalah bulian, seraya merah, tambu, gagil dan banyak lagi. lepa biasanya dibina pada bentuk satah dan ada lima binaan pada bahagian badannya. Bahagian yang paling penting iaitu bahagian bawah dikenali sebagai ba’ul. Tingkat kedua dikenali sebagai penghapit, tingkat ketiga sebagai kapikapi, tingkat empat sebagai duringduring dan yang terakhir sebagai dinding angin. lepa-lepa atau perahu etnik ini akan dihiasi dengan sambu layang dan pelbagai bentuk hiasan yang berwarnawarni. Selain pemasangan sambu layang, lepa juga turut dihiasi kapi-kapi. Ianya lebih mirip kepada bendera kecil dengan bentuk segiempat dan hiasan kain kecil yang dikenali sebagai kipas-kipas. acara kemuncak adalah dengan kedatangan pelbagai jenis lepa dari seluruh pelusuk kampung yang terdapat di Semporna. Mereka ini dipimpin oleh ketua kampung masingmasing. Pengunjung yang datang bakal menyaksikan perarakan lepa berhias serta tarian tradisi masyarakat Bajau Semporna yang diiringi dengan muzik di atas lepa. regatta lepa-lepa umpama perayaan tahunan buat masyrakat Bajau. Malah pesta ini juga adalah sambutan pesta air tahunan dalam Kalendar Pesta air Malaysia. antara aktiviti-aktiviti sampingan seperti beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti lumba perahu, tarik perahu, renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut diadakan untuk memeriahkan lagi perayaan ini. Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai suku Kaum Bajau, Muzium Galeri Tun Sakaran wajib dilawati. Muzium dua tingkat yang berkonsepkan rumah tradisional masyarakat Bajau menempatkan sudut pameran dan khazanah warisan daerah pantai timur Sabah. Jadi, jika anda merancang untuk melawat Semporna, datanglah semasa Perayaan regatta lepa-lepa sedang diadakan.
perihal Lepa l Bahagian tengah lepa direka bagi memuatkan hasil tangkapan dan dalam masa yang sama mampu menempatkan ruang tamu l Kebiasaannya bahagian depa lepa direka seperti seekor ikan sedang menganga mulut l Corak dominan berbentuk udang galah atau ikan ambiran sering digunakan pada bahagian badannya l Corak sekunder biasanya bermotifkan tumbuhan seperti kiraikirai, kabuki-kabuk, sumping dulau atau magsulap l Selain lepa, boggo adalah sejenis perahu yang digunakan untuk menangkap ikan di air yang cetek
Regatta Lepa-Lepa umpama perayaan tahunan buat masyrakat Bajau. malah pesta ini juga adalah sambutan pesta air tahunan dalam Kalendar pesta Air malaysia.