Santai Travel

Page 18

DESTINASI//REGATTA LEPA LEPA

Perarakan masuk lepa-lepa

T

erumbu karang, paya bakau dan lambaian pepohon kelapa menyerikan lagi panorama ini. Ia masih tidak terganggu, tidak terusik dan asli, bagaikan masa tidak pernah berdetik walau sesaat tatkala kebanyakkan tempat sudahpun membangun pesat. Untuk ke Semporna, perjalanan dari Tawau mengambil masa antara 45 minit hingga satu jam. Sebaik turun dari kenderaan, bayu laut menyapa lembut ke muka cukup mengasyikkan. Dalam pekan ini, terlihat percampuran pelbagai budaya, bahasa dan bangsa – Bajau, Suluk, Melayu, Cina, Kadazan dan ‘Palauh’ yang hidup harmoni sejak dahulu lagi. Deretan bot-bot penambang, kapal-kapal besar dan perahu-perahu layar tradisional memenuhi ruang gigi airnya. Mungkin ramai yang tidak tahu, nama asal Semporna adalah Tong Talun. Nama ini membawa maksud hujung hutan dalam istilah suku Kaum Bajau. Menurut lagenda, orang yang bertanggungjawab untuk menamakan Tong Talun ialah Panglima Uddang, Panglima KDN : PPI9083/08/2016(034564)

18 /

EDISI 71 2017 RM 8.00

/ INSPIRASI PERCUTIANKU

Pemandangan dari puncak Boheydulang

Regatta Lepa-Lepa Semporna Penuh Warna-Warni Jika dahulu, ramai yang menjadikan Pekan Semporna sebagai transit untuk bercuti di Pulau Mabul, Kapalai, Mataking atau Sibuan. Saya juga dahulu hanya bermalam di Semporna atau Tawau sahaja. Namun kini sebaliknya berlaku. Semporna, makin dikenali di kalangan pelancong kerana air laut yang jernih, cahaya matahari yang muncul di sebalik horizon dan keputihan pepasir yang mengelilingi pulau-pulaunya. Foto : Sabah Tourism Board & Nurul Syazana Rose

EDISI 71 SAN TAI T RAVEL INSPIRASI PERCU


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.