Pedagogi Pendidikan Islam

Page 1

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

MODUL (PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH) (PIM 3102)

(PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011


Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Falsafah Pendidikan Islam Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i


ii


MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii


KANDUNGAN

MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

i

Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar

v

Pengenalan

vii

Agihan Pembelajaran

ix

UNIT 1 : STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH.

1

1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5

Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Strategi Pendekatan Rumusan

3 8 14

UNIT 2 : KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4

Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Definisi Objektif Ayat Bacaan, Ayat Hafazan dan Ayat Kefahaman 2.5 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat Tilawah / Bacaan) 2.6 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat Hafazan) 2.7 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (Ayat Kefahaman) 2.8 Rumusan

iii

17

19 20 21 23 26 28


UNIT 3 : KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ULUM SYARIYYAH, ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH DAN PELAJARAN JAWI 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4

Sipnosis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kaedah dan Teknik Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asas Ulum Sya’yyah 3.4.1 Kaedah dan Teknik Pengajaran Akidah 3.4.2 Kaedah dan Teknik Pengajaran Ibadah 3.4.3 Kaedah dan Teknik Pengajaran Sirah 3.5 Kaedah dan Teknik Pengajaran Adab dan Akhlak Islamiah 3.6 Kaedah dan Teknik pengajaran Jawi 3.7 Rumusan UNIT 4 : PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN DALAM SEMUA BIDANG PENDIDIKAN ISLAM 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Definisi isi pelajaran Cara menyusun isi pelajaran Kriteria-kriteria pemilihan isi pelajaran Prinsip-prinsip isi pelajaran Pendidikan Islam Rumusan

UNIT 5 : PANDUAN PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BAGI SEMUA BIDANG 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7

Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Perancangan Pengajaran Pelaksanaan Pengajaran Penilaian Refleksi Kendiri Rumusan

30

31 33 33 39 46 51 59 63 64

66 67 68 69 71 73

75 83 84 89 91

Bibliografi

95

Panel Penulis Modul

97

Ikon Modul

98

iv


iv


PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

v


PENGENALAN MODUL ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH‌! Selamat berinteraksi dengan modul PIM 3102

Modul ini disusun berdasarkan Sukatan Pelajaran Pedagogi Pendidikan Islam Sekolah Rendah (KBSR) untuk Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh(PJJ). Modul ini dihasilkan Berdasarkan Pro Forma Kursus bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Kursus Pedagogi Pendidikan Islam ini merupakan kursus major yang mengandungi dua bahagian iaitu teori dan amali yang melibatkan 30 jam interaksi dan 30 jam amali.Dalam modul ini 30 jam amali diberikan tugasan seperti yang terdapat di dalam nota bahagian Agihan Tajuk.Modul ini ditulis sebagai bahan pembelajaran untuk membantu anda mendapatkan maklumat dan menguasai kemahiran di dalamnya berasaskan konsep pembelajaran kendiri. Modul ini dibina dalam bentuk tajuk, di mana setiap tajuk dipecahkan kepada sub tajuk bagi memudahkan pembelajaran kendiri . Dalam modul ini anda akan mempelajari: Unit 1:

Analisis strategi dan pendekatan pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. 1.1 Jenis-jenis strategi dan pendekatan 1.2 epentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan Yang sesuai dalam pengajaran

Unit 2:

Kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran. 2.1 Ayat Bacaan 2.2 Ayat Hafazan 2.3 Ayat Kefahaman

Unit 3:

Kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran : 3.1 Asas Ulum Syar’iyyah 3.2 Adab dan akhlak Islamiyyah 3.3 Pelajaran Jawi

Unit 4:

Prinsip perkembangan isi pelajaran dalam semua bidang Pendidikan

viii


Islam. 4.1 Mudah kepada susah 4.2 Diketahui kepada belum diketahui 4.3 Maujud kepada mujarrad 4.4 Khusus kepada umum 4.5 Dekat kepada jauh Unit 5: Panduan pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi semua bidang. 5.1 Perancangan 5.2 Pelaksanaan 5.3 Penilaian Modul ini dihasilkan dengan merujuk buku-buku muktabar sebagaimana Dinyatakan

dalam bibliografi. Di dalam setiap unit ,disediakan beberapa

soalan penilaian untuk mengukur sejauh mana kefahaman anda terhadap isi modul,seterusnya memantapkan ilmu pengetahuan anda dalam pedagogi bagi semua bidang Pendidikan Islam jawapan kepada soalan-soalan

Anda dikehendaki menyediakan

tersebut yang mana akan dibincangkan

bersama dengan pensyarah dan rakan pelajar yang lain. Selain daripada merujuk kepada bahan modul ini, anda digalakkan mencari dan mendapatkan maklumat tambahan bagi menambahkan kefahaman terhadap tajuk yang disediakan.

Harapan panel penulis kursus ini dapat melahirkan guru-guru yang berkaliber dan berpengetahuan luas,berkemahiran tinggi serta mampu mengaplikasikan

pedagogi

Pendidikan

pembelajaran di sekolah.

Selamat berjihad Panel Penulis Jun 2011

viii

Islam

dalam

pengajaran

dan


AGIHAN TAJUK Kod & Nama Kursus: PIM 3102 / PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. INTERAKSI

1

2

TAJUK/TOPIK ANALISIS STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH  Difinisi Strategi  Jenis-jenis Strategi  Kepentingan dan kesan pemilihan strategi yang sesuai dalam pengajaran  Definisi Pendekatan  Jenis-jenis pendekatan  Kepentingan dan kesan pemilihan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN  Definisi Kaedah  Definisi Teknik Pemilihan kaedah dan teknik  Ayat Bacaan  Ayat Hafazan  Ayat Kefahaman

JUMLAH JAM MENGIKUT PRO FORMA KURSUS

4

8

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PEMBELAJARAN:

3

 ASAS ULUM SYAR’YYAH  ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH  PELAJARAN JAWI Pemilihan kaedah dan teknik  Akidah  Ibadah  Sirah  Adab dan Akhlak Islamiah  Pelajaran Jawi ix

8


4

PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN DALAM SEMUA BIDANG PENDIDIKAN ISLAM Menyesuaikan prinsip dengan semua bidang dalam sukatan  Mudah kepada susah  Diketahui kepada belum diketahui  Maujud kepada mujarrad  Khusus kepada umum  Dekat kepada jauh

5

PANDUAN PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BAGI SEMUA BIDANG  Perancangan  Pelaksanaan  Penilaian

5

Konsep, prinsip-prinsip dan format perancangan

5

 Semester  Mingguan  Harian Kaedah pelaksanaan dan penilaian pengajaran (Pemurnian rancangan pengajaran)

JUMLAH

30

Nota: Amali 30 jam 1. Pelajar dikehendaki menyediakan tugasan dalam bentuk RPH bagi satu sesi P&P 2. (Pensyarah akan tentukan mata pelajaran, bidang dan tajuk) 3. Pelajar dikehendaki membuat rakaman P&P di dalam bilik darjah semasa di sekolah berdasarkan RPH tersebut. 4. Pelajar dikehendaki menghantar rakaman kepada pensyarah berkenaan pada interaksi ke lima. x


xi


xii


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

UNIT 1

STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH.

1.0. Sinopsis Bab ini memaparkan strategi dan pendekatan yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebijaksanaan guru memilih strategi dan kaedah akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan terhadap murid. Justeru itu guru harus memilih kesesuaian tajuk dengan strategi dan pendekatan. Unit ini mengandungi: 1. Analisis Strategi dan Pendekatan Pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah 1.1. Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat: 1. Membanding beza di antara strategi dan pendekatan pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. 2. Membanding beza di antara strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. 3. Membanding beza di antara pendekatan bersepadu, induktif, deduktif, elektif, berpusatkan murid, tematik dan qudwah hasanah. 4. Mengaplikasi pedagogi Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran. 5. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan panduan yang betul. Arahan 1. 2. 3. 4.

Baca dan fahami objektif modul. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan. 5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan.

1


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya. 7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

1.2. Kerangka Tajuk

BERPUSATKAN GURU

strategi BERPUSATKAN BAHAN

BERPUSATKAN MURID

Rajah 1 : Strategi P&P Dalam Pendidikan Islam

2


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

INDUKTIF PEMUSATAN MURID

DEDUKTIF

PENDEKATAN DALAM P&P PENDIDIKAN ISLAM

EKLEKTIK

BERSEPADU

QUDWAH HASANAH

TEMATIK

Rajah 2 : Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Islam Nota : 1.3. STRATEGI 1.3.1 Definisi Strategi Strategi pengajaran ialah pelaksanaannya

terhadap

kepandaian guru semua

membuat perancangan dan

aspek pengajaran dan

pembelajaran. Ini

termasuklah pemilihan dan pelaksanaan kaedah, teknik, akitiviti, bahan dan masa yang digunakan . 1.3.2 Jenis Strategi Antara jenis-jenis strategi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam ialah : 

Strategi berpusatkan guru

Strategi berpusatkan murid

Strategi berpusatkan bahan

1.3.2.1 Strategi berpusatkan guru 3


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Strategi ini melibatkan guru yang memainkan peranan yang utama. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengurus dan mengawal kelas, memberi penerangan, manakala murid hanya bertindak sebagai pendengar. Terdapat beberapa ciri di dalam strategi ini, iaitu; 1. Komunikasi antara guru dan murid adalah sehala. 2. Kepimpinan guru adalah bersifat autokratik.

Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan berbanding penyebaran nilai murni dan perkembangan emosi. Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan dan ujian serta teknik pengajaran guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafaz. Oleh yang demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi sendiri dan mereka menjadi kurang pasif serta sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk. Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut; 

Demontrasi.



Syarahan/ Kuliah.



Bercerita.



Penerangan.

1.3.2.2 Strategi berpusatkan murid

4


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Murid memainkan peranan penting dan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P&P dan guru hanya sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama ada secara berkumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih banyak masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran murid. Isi kandungan yang disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan dan kontektual murid. Aktiviti-aktiviti perlulah melibatkan murid secara aktif.

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut; 

Kumpulan.

Inkuiri penemuan.

Perbincangan.

Penyelesaian masalah.

Bermain.

Simulasi.

Sumbangsaran.

Projek.

Main peranan.

Penyoalan.

5


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami maklumat yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

1.3.2.3 Strategi berpusatkan bahan Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan BBM tersebut ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia bertujuan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan penyampaian maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan BBM yang sesuai. BBM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan berkesan. Murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakan serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara

6


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

individu datau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan-bahan yang digunakan perlulah memenuhi ciri-ciri seperti berikut; 

Ketepatan

Kejelasan

Keluasan

Kepelbagaian

Strategi yang dirancang perlulah: 

Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras kebolehan

Berpusatkan murid.

Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna, kreatif dan inovatif.

Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.

Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut; 

Audio-visual.

Pengajaran terancang.

Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Modul.

Penggunaan buku teks dan rujukan. 7


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

1.4. PENDEKATAN 1.4.1 Definisi Pendekatan Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya objektif jangka panjang dapat dicapai . Ia adalah satu bingkai yang besar di dalamnya mengandungi strategi, kaedah dan teknik. Dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam anda boleh menggunakan apa jua jenis pendekatan asalkan ia mengandungii ciri-ciri berikut : 

Memberi ilmu - kognitif

Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif

Membina kemahiran dan amalan - psikomotor

Memupuk dan menanam penghayatan – afektif

Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif

Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid

Menyepadukan faktor dan nilai

Merentas kurikulum

Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai

Memotivasikan murid dalam pembelajaran

1.4.2 Jenis-jenis Pendekatan Berikut adalah jenis pendekatan yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam.

8


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

INDUKTIF PEMUSATAN MURID

DEDUKTIF

PENDEKATAN DALAM P&P PENDIDIKAN ISLAM

EKLEKTIK

BERSEPADU

QUDWAH HASANAH

TEMATIK

Rajah 3 : Pendekatan Dalam P&P Pendidikan Islam

1.4.2.1 Pendekatan Bersepadu Dalam pendekatan ini, guru melaksanakan semua unsur-unsur yang terdapat di dalam kurikulum secara bercantum atau bersatu. Semua ilmu diajar dengan cara saling berkaitan di antara satu sama lain. Di bawah rancangan KBSR konsep kesepaduan

diamalkan

mengggunakan

strategi

penggabungjalinan

penyerapan. Ianya bertujuan untuk menjalin dan mengadunkan ilmu, nilai, kemahiran belajar dan penggunaan bahasa yang baik.

9

dan

unsur-unsur


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Kecintaan terhadap ilmu

Kesinambungan Di Peringkat Rendah

Kepelbagaian Aktiviti

BBMK Perkembangan Potensi

Pelaksanaan Konsep Bersepadu Dalam P&P Pendidikan Islam

Gabungjalin Perentasan

Mengaitkan Dengan Masyarakat

Penerapan Nilai

Kurikulum Dengan Kokurikulum

Rajah 4 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pendekatan Bersepadu

1.4.2.2 Pendekatan Induktif Pendekatan ini menggunakan cara

pengajaran dengan memperlihatkan

bahagian-bahagian kecil (khusus) sampai kepada

perkara-perkara besar atau

umum. Contohnya : Guru akan meminta murid- murid menyenaraikan jenis air yang mereka tahu. Kemudian meminta mereka untuk mengkategorikannya pula mengikut jenis-jenis yang asli dengan yang tidak. Contoh air milo dengan air paip.

Kemudian kita membimbing murid mengaitkan air yang asli dengan air

mutlak dan hukumnya.

10


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Contoh-contoh khusus

Memerhati, mengkaji, mengenalpasti, mentafsir.

Membuat generalisasi

Rajah 5 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pendekatan Induktif

Ciri-ciri pendekatan induktif: 1. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan 2. Mengutamakan pengaantaraan deria untuk mendapatkan pengetahuan 3. Kekerapan ulangan diperlukan dalam pelbagai konteks bagi menguasai sesuatu kemahiran 4. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit 5. Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah bimbingan guru 6. Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan 7. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.

1.4.2.3 Pendekatan deduktif Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif. Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang berkaitan contoh hukum halal, haram, rukhsah, azimah

dan kemudiannya murid-murid dikehendaki memberikan contoh atau

huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.

11


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Memperkenal teori/rumus, prinsip, hukum atau peraturan barui

Pilih teori/rumus, prinsip, hukum atau peraturan yang telah diketahui

Murid mengukuhkan pemahaman tentang konsep

Gunakan contohcontoh berkaitan

Rajah 6 : Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Melalui Pendekatan Deduktif

Ciri-ciri pendekatan deduktif: 1.

Mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi

2.

Menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu

3.

Memulakan penyusunan isi daripada keseluruhan yang lebih kompleks

4.

Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal

1.4.2.4 Pendekatan Eklektik Pendekatan eklektik ialah cara pengajaran dengan menggunakan kedua-dua pendekatan (induktif dan deduktif) secara serentak. Ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan pengajaran

dan

yang

pembelajaran.

digunakan

untuk

melaksanakan

Dalam

pendekatan

ini

sesuatu

pengajaran

dan

pembelajran boleh bermula menggunakan pendekatan induktif iaitu dengan mencari contoh ataupun huraian, kemudiannya diikuti dengan pembinaan konsep dan seterusnya membuat huraian atau contoh yang berkaitan. Pendekatan eklektik ini amat sesuai digunakan dalam situasi pelajar yang mempunyai ragam belajar yang berbeza.

12


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 1.4.2.5 Pendekatan Pemusatan Murid Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran–pembelajaran.

Murid aktif menyertai aktiviti pembelajaran.

Komunikasi berbentuk dua hala . Guru menyoal dan murid menjawab dan sebaliknya. Suasana kepimpinan bersifat demokratik. Dalam pendekatan ini, pencapaian objektif pembelajaran murid diutamakan.

1.4.2.6 Pendekatan Tematik Pengajaran tematik bermaksud suatu pengajaran yang disampaikan melalui ideayang besar. Contoh tema-tema seperti solat, perkara –perkara yang berkaitan dengan bersuci dan lain-lain. satu-satu tema kemudian dipecahkan kepada komponan-komponan yang kecil dalamm setiap komponan terdapat lagi topik kecil yang boleh dibincangkan.Dalam pendekatan ini guru mengenal pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu jangka masa. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umur pelajar. Daripada tema yang dipilih, guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema tersebut.

1.4.2.7 Qudwah hasanah Guru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan mendidik bakal-bakal pemimpin negara malah mereka juga merupakan model bagi para pelajarnya (role model). Pelajar akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya (Najib, 2005). Sikap guru memainkan peranan yang sangat penting bagi menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah sentiasa mempamerkan perilaku yang baik.

13


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

1.5 RUMUSAN

STRATEGI

Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif

Lebih mengambil kira objektif jangka panjang

Mengambil kira segala aspek pembelajaran

PENDEKATAN

Cara mengajar berdasarkan objektif

berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu

Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan

14

Mendokong sesuatu teori


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

LATIHAN Pemilihan strategi dan pendekatan yang sesuai memberi kesan kepada hasil pembelajaran. Berdasarkan

kefahaman anda mengenai

strategi dan

pendekatan, jelaskan: 1. Kepentingan dan kesan pemilihan strategi dan pendekatan

yang sesuai

dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Kesan pemilihan strategi dan pendekatan pemusatan murid

dalam

pengajaran dan pembelajaran dengan menyertakan kekuatan dan kelemahan pendekatan tersebut. Aktiviti Pembelajaran :

A

Air Hujan

Air Laut

Air Sungai

Laut Salji

Air Mata Air

Air Embun

Air Air Paip /Perigi Air

1. Berpandukan gambar-gambar di atas, cuba anda jelaskan apa yang dimaksudkan dengan pendekatan deduktif. 2. Perhatikan gambar di bawah ini, apa yang anda faham tentang pendekatan Qudwah hasanah. 15


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Perlakuan guru sering menjadi ikutan murid-murid

Sebagai ‘role model’ perlakuan begini amat tidak sesuai dilakukan oleh guru

Guru hendaklah sentiasa mengamalkan kebersihan

Guru perlu Cuba kita fikirkan, mengapa guru perlu menggunakan strategi Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan menarik? kebersihan setiap masa

Guru perlu Mengamalkan kebersihan setiap masa

16


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

UNIT 2

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN :  AYAT BACAAN  AYAT HAFAZAN  AYAT KEFAHAMAN

2.0. Sinopsis Bab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan pelaksanaan kaedah dan teknik yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran. Kebijaksanaan guru memilih kaedah dan teknik akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Unit ini mengandungi: Analisis kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Quran. 2.1. Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat: 1. Membanding beza di antara kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. 2. Membanding beza di antara kaedah-kaedah yang digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilwah al-Quran seperti talaqqi, musyafahah, tasmik, gerak kerja, sambung bacaan, cuba jaya dan lain-lain. 3. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan panduan yang betul. Arahan 1. 2. 3. 4.

Baca dan fahami objektif modul. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan. 5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan. 6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar 17


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) pada sesi berikutnya. 7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana- mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

2.2. Kerangka Tajuk

KAEDAH P&P AYAT BACAAN KAEDAH DAN TEKNIK P&P ASUHAN TILAWAH AL-QURRAN

KAEDAH P&P AYAT HAFAZAN

KAEDAH P&P AYAT KEFAHAMAN

Nota Anda pernah mendengar perkataan kaedah dan teknik? Tahukah anda dengan kebijaksanaan guru membuat pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai akan membawa kepada pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Dapatkah anda menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kaedah dan teknik?

18


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 2.3. Definisi 2.3.1 Definisi Kaedah Satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkatperingkat pengajaran yang tersusun rapi dan berurutan bagi mencapai objektif pengajaran

dan

pembelajaran.

Dalam

menerangkan

sesuatu

prosedur

pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan kaedah yang sesuai terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan murid. Perancangan prosedur tersebut boleh dilakukan dengan cara-cara seperti berikut: 

Kenalpasti terlebih dahulu apa yang akan digunakan.



Tentukan bahan yang hendak disampaikan mengikut peruntukan masa.



Tetapkan langkah-langkah mengikut aktiviti yang diperkenalkan.



Susun langkah secara berperingkat

2.3.2 Definisi Teknik Teknik merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah atau cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran.Ia merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran. Ia juga ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelolakan kaedah dan cara menjalankan pelbagai langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia memberi penekanan bagaimana

menggunakan

sumber-sumber

pengajaran

serta

menimbang

langkah-langkah pengajaran.

Dalam menjalankan apa sahaja kaedah / teknik prinsip-prinsip di bawah boleh dijadikan panduan: 19


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 

Melibatkan murid secara aktif.

Menggalakkan pengalaman secara langsung.

Menekankan amalan dan penghayatan.

Mengambil kira kebolehan dan kemampuan murid.

Menyampaikan pengetahuan dan pengalaman secara bersepadu

2.4. Objektif Ayat Bacaan, Ayat Hafazan dan Ayat Kefahaman 2.4.1 Ayat Bacaan Objektif pengajaran dan pembelajaran ayat bacaan dal;am bidang Asuhan Tilawah al-Quran supaya murid dapat menguasai kemahiran membaca sesuatu ayat atau surah al-Quran dengan betul, fasih dan bertajwid. 2.4.2 Ayat Hafazan Objektif pengajaran dan pembelajaran ayat hafazan pula ialah supaya murid dapat menghafaz surah-surah tertentu/ ayat-ayat terpilih dengan betul, fasih dan bertajwid untuk dibaca dalam solat dan ibadat harian. 2.4.3 Ayat Kefahaman Objektif pengajaran dan pembelajaran ayat kefahaman ialah supaya murid dapat memahami maksud beberapa ayat-ayat atau surah terpilih dengan menghayati pengajarannya sebagai rujukan petunjuk Allah. Objektif pengajaran dan pembelajran Asuhan Tilawah al-Quran adalah bertujuan secara umumnya supaya murid dapat mengetahui adab membaca al-Quran dan mengamalkan tuntutan al-Quran dalam kehidupan seharian

20


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 2.5 Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah alQur’an (Ayat Tilawah / Bacaan) Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat bacaan) ini. Di antaranya seperti yang ditunjukkan dalam grafik berikut:

TIKRAR

TATBIQI

TALAQQI

MUSYAFAHAH

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Ayat Tilawah/ Bacaan

HALAQAH/ TADARUS

GERAK KERJA INDIVIDU

TASMIK

GERAK KERJA KUMPULAN

Rajah 7 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Ayat Tilawah/Bacaan 2.5.1 Talaqqi Dalam melaksanakan kaedah talaqqi ini, murid-murid dikehendaki mendengar pembacaan guru dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru. Kemudian secara beramai-ramai murid-murid membaca mengikut bacaan guru dan diteliti oleh guru sehingga guru berpuas hati.

21


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

2.5.2 Musyafahah Kaedah musyafahah dilaksanakan dengan guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikuti bacaan guru secara individu. Guru membaca dan kemudian seorang murid mengikuti bacaan guru.

2.5.3 Tikrar Kaedah ini adalah serupa dengan kaedah latih-tubi. Guru memperdengarkan bacaan kepada murid berulang-kali supaya murid dapat menanggapi sebutan dan bacaan guru dengan baik. Murid pula berulang-kali mengulangi sebutan dan bacaan di bawah bimbingan guru dengan betul sehingga guru berpuas hati dengan sebutan dan bacaan murid. Kaedah tikrar dilaksanakan dengan cara; 1. Murid mengulangi bacaan guru. Selepas guru membaca, murid-murid ikut. 2. Murid mengulangi bacaan murid. Selepas seorang murid membaca, murid-murid lain ikut. 3. Murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja. 4. Seorang murid membaca, murid lain mendengar sahaja. Peringatan: Kaedah bacaan secara talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah yang paling praktikal digunakan dalam pengajaran al-Qur’an. Kaedah ini bertepatan dengan peristiwa Nabi Muhammad SAW. menerima wahyu pertama di Gua Hira`. Nabi Muhammad SAW.

mengambil al-Qur’an daripada malaikat Jibril AS. secara

talaqqi dan musyafahah; iaitu malaikat Jibril membacanya dahulu dan didengar 22


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) oleh Nabi Muhammad SAW. Kemudian Nabi Muhammad SAW. membacanya dengan didengari oleh malaikat Jibril atau mengikut bacaan malaikat Jibril a.s.

Aktiviti : Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru Pendidikan Islam di sekolah. Jelaskan secara terperinci langkah-langkah bagaimana melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Qur’an (Ayat Tilawah) dengan menggunakan kaedah-kaedah tersebut di atas. 2.6

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah alQur’an (Ayat Hafazan)

Hafazan al-Qur’an merupakan suatu proses mengingati ayat-ayat suci al-Qur’an yang dilakukan secara sistematik dan berulang-ulang berdasarkan panduanpanduan tertentu (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Di antara beberapa panduan atau tatacara menghafaz al-Qur’an yang penting ialah seperti berikut: -

ikhlas dalam niat dan amalan,

-

menggunakan satu mushaf,

-

memahami apa yang dihafaz,

-

meninggalkan maksiat,

-

hafaz secara berperingkat-peringkat,

-

kerap mendengar bacaan al-Qur’an dan

-

kerap tasmi` hafazan al-Qur’an di hadapan orang lain yang berkemahiran.

Pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat hafazan) ini. Di antaranya seperti yang ditunjukkan dalam grafik berikut:

23


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

TIKRAR

CUBA JAYA

SAMBUNG BACAAN

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Ayat Hafazan

TASMIK

GERAK KERJA INDIVIDU

GERAK KERJA KUMPULAN

Rajah 8 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Ayat Hafazan

2.6.1 Cuba Jaya Dalam melaksanakan kaedah cuba jaya ini, murid-murid diberi masa yang terhad (10 hingga 15 minit) untuk menghafaz ayat-ayat tertentu. Selepas tempoh itu, murid diminta membaca ayat secara hafaz di hadapan guru. Jika murid belum hafaz, guru meminta murid itu cuba hafaz ayat tersebut sekali lagi. Kaedah ini boleh dilaksanakan dalam bentuk kumpulan atau individu. 2.6.2 Sambung Bacaan Kaedah sambung bacaan dilaksanakan dengan guru membaca satu ayat dan meminta murid-murid menyambung secara hafaz. Kumpulan A membaca ayat pertama secara hafaz, kumpulan B menyambung ayat ke dua secara hafaz, kumpulan C menyambung ayat ke tiga secara hafaz juga dan begitulah seterusnya sambung-menyambung bacaan secara hafaz antara beberapa kumpulan murid. Kemudian guru meminta seorang murid membaca ayat pertama dan meminta seorang murid lain menyambung bacaan ayat ke dua secara hafaz. Begitulah seterusnya sambung-menyambung bacaan hafazan dalam kalangan murid. 24


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

2.6.3 Tasmik Kaedah tasmik dilaksanakan dengan murid diberi tugas menghafaz ayat tertentu di rumah atau di luar waktu sekolah. Pada hari yang ditetapkan, murid membaca ayat yang sudah dihafaz di hadapan guru untuk ditasmik. Guru tasmik hafazan murid tersebut. Murid yang sudah hafaz dicatat sebagai sudah hafaz, manakala murid yang belum hafaz diminta menghafaz lagi. Setiap guru al-Qur’an wajib mengetahui dan memahami panduan dan teknik menghafaz al-Qur’an dengan betul supaya mereka dapat mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan mencapai hasil yang diharapkan. Teknik menghafaz al-Qur’an: -

Membaca ayat berkenaan dengan sebutan yang betul dan perlahan-lahan (tartil). Jika ayat panjang ambil sebahagiannya sahaja. [Bacaan berpandukan mashaf]

-

Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.

-

Setelah lancar baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir).

-

Ulang beberapa kali dengan bacaan tadwir

-

Cuba mengingati ayat-ayat berkenaan tanpa melihat mushaf. Kalau tersangkut barulah lihat mushaf. Kemudian teruskan bacaan secara hafazan.

-

Setelah dapat ingat tanpa lihat mushaf, baca pula ayat sambungannya mengikut langkah-langkah di atas.

-

Setelah dapat mengingati ayat kedua ini, mula balik membaca ayat pertama dan ayat kedua secara hafaz, kecuali kalau tersangkut bolehlah merujuk sekejap kepada mushaf.

-

Ulang bacaan beberapa kali secara tadwir supaya lancar tanpa merujuk mushaf.

-

Baca ayat-ayat yang dihafaz itu dalam solat. 25


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Peringatan: Metodologi dan Psikologi Pendidikan Tilawah al-Qur’an hendaklah diterapkan secara maksimum dan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar tidak mudah jemu, cepat ingat dan tidak mudah lupa, belajar dalam keadaan tidak tertekan dan berlumba-lumba untuk menghafaz. Tanamkan semangat ukhuwah dan kasih sayang di antara guru dan murid. Guru-guru al-Qur’an hendaklah menjaga personaliti mereka. Antaranya ialah boleh membaca dengan baik, fasih dan bertajwid serta menjadi contoh bacaan kepada anak-anak didiknya. Selain itu, mereka mestilah ikhlas dan mempunyai keperibadian yang luhur.

Aktiviti Pembelajaran: Berdasarkan kepada panduan dan teknik hafazan di atas, cuba anda susun langkah-langkah secara terperinci bagaimana anda hendak mengajar manamana ayat dari ayat-ayat hafazan yang anda mengajar di sekolah.

2.7

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Qur’an (Ayat Kefahaman)

Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk

pengajaran dan pembelajaran

Asuhan Tilawah al-Qur’an (ayat kefahaman ini). Antaranya seperti yang ditunjukkan dalam grafik berikut:

26


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

TERJEMAH

HURAIAN

PERBINCANGAN KELAS

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Ayat Kefahamaan

PERBINCANGAN KUMPULAN

GERAK KERJA INDIVIDU

GERAK KERJA KUMPULAN

Rajah 9 : Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Ayat Kefahaman

2.7.1 Terjemahan Kaedah ini adalah dimulakan dengan guru membaca keseluruhan ayat yang telah ditentukan. Selepas itu, guru menterjemahkan kalimat-kalimat penting di dalam ayat tersebut. Kemudian guru menterjemahkan keseluruhan ayat. Setelah itu, guru meminta murid menterjemahkan ayat tersebut bergilir-gilir. 2.7.2 Huraian Kaedah huraian dilaksanakan dengan guru memberi tugasan kepada dua orang murid (mengikut kesesuaian) untuk menghuraikan maksud ayat. Tugasan ini telah diberi kepada mereka satu minggu lebih awal beserta dengan buku rujukan. Pada hari pengajaran dan pembelajaran, murid yang beri tugas menghuraikan maksud ayat di hadapan kelas. Huraian tersebut hendaklah disokong dengan ayat al-Quran, hadith, pendapat ulama, ahli sains, ahli sejarah dan lainnya.

27


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 2.7.3 Perbincangan Kaedah perbincangan dilaksanakan dengan guru dan murid berbincang mengenai intinbat (rumusan) hukum atau pengajaran yang boleh diambil dari maksud ayat yang telah dihuraikan. Kaedah ini boleh dilaksanakan secara kelas atau kumpulan kecil.

Aktiviti: Cuba anda berikan penjelasan beserta contoh-contoh yang sesuai untuk kesemua kaedah di atas. Contoh-contoh hendaklah menggunakan ayat-ayat kefahaman sekolah rendah. 2.8 RUMUSAN

KAEDAH

Lebih bercorak jangka pendek

Merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang dipilih

Mendokong pendekatan dipilih

28

Siri tindakan guru yang sistematik


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

TEKNIK

Merujuk kemahiran guru melaksanakan kaedah mengajar yang dilaksanakan berdasarkan objektif

Pengendalian yang benarbenar berlaku dalam bilik darjah

Digunakan dalam langkah pengajaran

Perlu ambil kira faktor latar belakang murid dalam menentukan teknik yang dipilih

LATIHAN Pemilihan kaedah dan teknik adalah untuk mencapai hasil pengajaran yang paling maksima. Ianya hendaklah sesuai dengan tajuk, tahap kebolehan murid dan situasi bilik darjah. Berdasarkan kefahaman anda mengenai kaedah-kaedah dan teknik yang telah dijelaskan. 1. Senaraikan kelebihan dan kelemahan kaedah tikrar. 2. Berikan satu contoh pengajaran ayat kefahaman bagi tahun satu hingga tahun enam menggunakan kaedah yang disarankan.

29


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

UNIT 3

3- Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran ( Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi )

3.0.Sinopsis Bab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan kemahiran dalam melaksanakan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi. Unit ini mengandungi: 1.Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran Asas Ulum Syar’yyah (Ibadah,Aqidah dan Sirah) 2.Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran Adab dan Akhlak Islamiah 3.Kaedah dan Teknik Pengajaran Pembelajaran Pelajaran Jawi 3.1.Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan kaedah dan teknik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi 2. Merancang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi 3. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut kaedah dan teknik yang sesuai bagi setiap bidang Arahan Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat: 1.Baca dan fahami objektif modul. 2.Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada. 3.Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit. 4.Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan. 30


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 5.Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan. 6.Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya. 7.Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit. Peringatan: Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

3.2. Kerangka Tajuk

KAEDAH PENGAJARAN ULUM SYAR’YYAH

AKIDAH IBADAT SIRAH

KAEDAH DAN TEKNIK

KAEDAH PENGAJARAN ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH KAEDAH PENGAJARAN ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH

31


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Nota 3.3. Kaedah dan Teknik Kita sebagai guru perlu merancang dengan baik apakah kaedah yang hendak kita gunakan bagi satu-satu pengajaran. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan kaedah? Kaedah merupakan kaifiyat atau prosedur yang dirancang oleh guru bagi melaksanakan sesuatu pengajaran. Prosedur perlulah teratur, kemas dan sistematik. Ia juga merupakan langkah-langkah / peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun dan ada kesinambungan yang perlu diikuti bagi mencapai sesuatu objektif spesifik sesuatu pelajaran. Pelaksanaan kaedah adalah sebagai suatu langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka. Ia melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, ketrampilan, nilai-nilai dan kemahiran yang ingin disampaikan kepada murid. Antara kaedah-kaedah yang sering digunakan dalam

pengajaran dan

pembelajaran Asas Ulum Syar’iyyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi ialah; 

Tunjukcara / demonstrasi

Simulasi

Syarahan / kuliah

Projek

Bermain

Bercerita

Perbincangan

Latihtubi

32


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 

Kuiz

Soal jawab

Dialog

Lawatan

Ulangan

Lakonan

3.4. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASAS ULUM SYAR’YYAH KAEDAH PENGAJARAN ULUM SYAR’YYAH

PENGAJARAN AKIDAH

PENGAJARAN IBADAT

PENGAJARAN SIRAH

3.4.1 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN AKIDAH

Pengajaran akidah amat penting kepada pelajar kerana ia merupakan asas kepada pendidikan Islam. Oleh itu guru perlu berusaha menyampaikan isi pengajaran, pendekatan, kaedah dan strategi yang betul supaya pengajaran tersebut lebih menarik dan berkesan. Guru perlu menghayati objektif utama pengajaran akidah sebelum menyampaikan kepada pelajar. Antara objektif utama pengajaran akidah ialah: 1. membentuk akidah Islam yang betul di kalangan pelajar 2. membekalkan pelajar dengan ilmu akidah yang lengkap dan mendalam 3. menanamkan keyakinan dan roh keislaman yang jitu ke jiwa pelajar 4. membentuk pekerti mulia berlandaskan tuntutan akidah 33


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 3.4.1.2 Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran akidah;  Soal jawab  Perbincangan  Kuliah  Bercerita  Sumbangsaran  Anologi  Kajian Perpustakaan  Akhbar dalam darjah (ADD)  Projek  Menulis rencana  Forum  Lawatan a.Kaedah soal jawab Kaedah soal jawab merupkan kaedah dimana guru mengemukakan soalan , manakala pelajar pula memberi jawapan. Kaedah soal jawab juga

biasanya

berdasarkan kepada dialog dan perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau dikritik lagi. Proses pangajaran dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah perbincangan kerana ia dapat menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping membantu meningkatkan kecerdasan otak, mencongkil bakat dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran. Oleh itu guru digalakkan mempraktikkan kaedah ini semasa proses P&P kerana ia merupakan kaedah interaksi dua hala yang melibatkan pelajar dan guru, di samping itu ia turut menyumbang kepada kesan yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada kepada pelajar.

34


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) b.Kaedah Perbincangan

Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran, berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan mencari penyelesaian. Tujuan Perbincangan 

Menggalakkan perkembangan mental.

Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif.

Menggalakkan perkongsian pendapat.

Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang lain.

Membolehkan kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna.

Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.

Menajamkan kemahiran untuk

mengemukakan

satu-satu pandangan

dalam kumpulan. Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan.

Perlaksanaan Sesi Perbincangan Sebelum 

Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan perbincangan

Agih tugas kepada ahli kumpulan

Guru bombing perlantikan pengerusi dan pencatat

Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan

35


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) Semasa Bantu murid bincang pandangan/idea yang dikemukakan 

Awasi perbincangan agar tidak terpesong dari tajuk

Bantu murid beri idea

Betulkan kesilapan

Bari galakan kepada setiap ahli supaya mengambil bahagian

Selepas 

Guru boleh tamatkan perbincangan setelah setiap kumpulan mempunyai bahan yang mencukupi

Hasil perbincangan boleh disusun, disunting dan dicetak untuk diedarkan kepada semua murid

Beri ulasan dan rumusan

Prinsip Perbincangan 

Tajuk yang sesuai

Maklumkan tujuan perbincangan

Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor

Pastikan pelajar tahu cara perbincangan

Guru sebagai fasilitator

Penglibatan pelajar perlu aktif

Pelajar digalakkan catat idea yg disarankan

Adakan rumusan akhir

Peruntukkan masa untuk guru buat ulasan

Beri pujian dan galakan

Jenis-jenis Perbincangan 

sesi buzz,

sumbangsaran

seminar

forum

Perbahasan

36


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) c. Kaedah Syarahan Kaedah syarahan merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi penerangan, huraian dan penjelasan kepada pelajar. Ia juga merupakan

satu bentuk

penyampaian atau penerangan

mengenai statu isi pengajaran secara lisan oleh guru. Pembelajaran mengenai kaedah ini

merupakan kebergantungan pelajar kepada

guru,

secara tidak

langsung ia boleh melahirkan rasa hormat dan sanjungan pelajar terhadap guru. Tujuan kaedah syarahan untuk : a) merangsang pelajar meneruskan pembelajaran b) menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran c) membuat penelitian dan ulangkaji d) mengembangkan isi pelajaran e) menyampaikan maklumat yang telah dirancang. Dalam melaksananakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan pelajar dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan mendengar percakapannya dengan jelas. Guru juga perlu bertutur dengan jelas dan terang serta menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar. Terdapat

bebrapa

langkah

yang boleh

dilaksanakan

oleh

guru

untuk

mengaplikasikan kaedah ini supaya ianya lebih berkesan. Antaranya ialah: a) Syarahan hendaklah diberi pada masa yang seauai seperti hendak mengenalkan tajuk atau isi pelajaran baru. b) Guru hendaklah menyampaikan syarahan yang ringkas dan bernas c) Guru perlu menyampaikan syarahan dengan menggunakan intonasi suara yang sesuai supaya dapat pelajar memahami dengan mudah dan jelas d) Syarahan perlu diikuti dengan ujian bertulis untuk mengukur kefahaman dan tumpuan pelajar

37


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) e) Syarahan juga perlu digabungjalinkan dengan teknik-teknik lain seperti soaljawab,

perbincangan dan sebagainya supaya ianya lebih menarik

dan tidak membosankan. Rasulullah SAW sebagai Rasul, pendidik dan contoh utama umat Islam sentiasa mengambil contoh dan roh al-Quran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan. Baginda juga telah telah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan fitrah manusia. Antara kaedah yang diamalkan baginda termasuklah kaedah syarahan. Sebagai contoh yang boleh dilihat ketika baginda menyampaikan pengajaran di rumah Arqam bin Abi Arqam, di Masjid Nabawi dan di tempat-tempat lain. Baginda telah memanggil orang-orang Quraisy ke Bukit Safa dan menyampaikan syarahan baginda di sana. Rumusan Kaedah P&P akidah merupakan satu cara atau jalan dalam menyampaikan pendidikan akidah kepada murid. Kaedah yang digunakan berdasarkan kepada method yang digunakan oleh Rasulullah ketika mengajar para sahabat mengenai akidah. Selain itu terdapat juga kaedah baru yang boleh digunakan. Kaedah ini dikenal pasti dapat memberikan kefahaman kepada murid dengan lebih mendalam terhadap pelajaran yang disampaikan.\Kaedah P&P akidah ini tidak terhad kepada apa yang dibincangkan. Terdapat perbagai kaedah yang boleh didedahkan kepada murid mengikut kesesuaian di dalam kelas bergantung kepada guru itu sendiri. Namun dengan perbincangan dalam unit ini sudah mencukupi sekadar memberi panduan kepada guru Pendidikan Islam.

Latihan 2 1. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah soal jawab? 2. Nyatakan elemen-elemen penting kaedah soal jawab yang anda fahami berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh Jibril a.s. 38


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 3.4.2. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN IBADAH Pengajaran

ibadah

yang

berkesan

membolehkan

pelajar dididik

untuk

menghayati hukum dan peraturan Islam. Ia juga melatih pelajar menunanikan kewajipan menunaikan ibadah khusus seperti solatt, puasa, zakat, haji, sembelihan dan ibadah lain. Oleh itu, proses pengajaran ibadah secara berkesan memerlukan kaedah dan strategi pengajaran secara betul dan menarik. Antara objektif utama pengajaran ibadah ialah: 1. Pelajar mengetahui hukum dan peraturan dalam syariat Islam 2. Pelajar memahami rahsia, keistimewaan, hikmah dan tujuan sesuatu hukum 3. Pelajar dapat menghayati ibadah khusus yang diperintahkan allah swt 4. Pelajar dapat menghayati keindahan sistem dan perundangan Islam 5. Pelajar dapat berpegang dan beramal dengan syariat Islam Kaedah dan teknik pengajaran ibadah melibatkan aktiviti berbentuk teori dan amali. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan pendekatan supaya pengajaran tersebut menarik dan berkesan. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam pengaajaran ibadah antaranya ialah:  Tunjuk cara atau demonstrasi  Simulasi  Amali  Soal jawab  Latih tubi  Kuliah atau penerangan  Bercerita  Projek  Pengurusan Grafik 39


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) a.Kaedah Tunjuk Cara

Tahukan anda apa yang dimaksudkan kaedah tunjukcara?

Perkataan tunjukcara membawa maksud ‘menunjukkancara bagaimana sesuatu perlakuan itu seharusnya dilakukan’. Kaedah tunjukcara merujuk kepada seorang guru/individu melakukan sesuatu perbuatan /perlakuan /prinsip di hadapan muridmuridnya untuk menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan/ perlakuan / prinsip itu seharusnya dilakukan. Proses ini mempunyai prosedur dan memerlukan emahiran guru untuk melaksanakannya, mendemonstrasikan cara atau langkah – langkahnya dihadapan murid-murid.

Perlakuan solat boleh dilakukan tunjukcara oleh guru

Guru boleh menunjukcara bagaimana kedudukan saf dalam solat berjamaah

Kaedah ini sangat memerlukan kemahiran guru untuk mendemonstrasikan langkah-langkah aktiviti bersama pelajar. Biasanya ia melibatkan aktiviti penerangan,demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran dan penglihatan, amali serta percubaan pelajar. Kaedah ini menuntut pemerhatian yang lebih dari murid

terhadap sesuatu proses.

Sebenarnya kaedah ini memberi peluang

kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan isi dan situasi pembelajaran yang akan memberikan mereka pengalaman, pengetahuan dan kemahiran.

40


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) Bagi pembelajaran ibadah, kaedah ini sangat praktikal dilakukan kerana ia melibatkan ibadah amali, dengan ini pelajar mampu mempraktikkan ibadah tersebut di luar waktu pengajaran. Antara contoh tajuk memerlukan kaedah tunjuk cara ialah:

1. Cara menyucikan najis 2. Jenis solat 3. Tayammum 4. Haji 5. Mandi Wajib 6. Wudhu’ Kaedah ini telah dilakukan oleh malaikat Jibril ke atas nabi Muhammad saw ketika baginda diajar berwudhu’ dan melakukan solat. Tujuan kaedah ini dilaksanakan ialah: -

Pelajar dapat melihat dengan jelas perkara yang belaku

-

Pelajar dapat melakunkan semula dengan cara yang betul dan sah

-

Memotivasikan pelajar melakukan ibadah di luar waktu sekolah

Langkah-langkah Pengajaran ibadah dengan kaedah Tunjuk Cara Sebelum Sesi Pengajaran 

Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara

Berikan penerangan tentang tunjuk cara

Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar

Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah tersebut

Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin 41


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) Semasa sesi Pengajaran 

Jalankan kaedah tunjuk cara apabila murid telah bersedia

Perhatikan tindak balas pelajar

Galakkan penyertaan murid

Tarikkan perhatian murid mengenai aspek penting dalam ibadah

Demonstrasi itu dapat dilihat seluruh pelajar

Libatkan pelajar secara bersama dalam demonstrasi tersebut

Selepas sesi Tunjuk cara 

Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari

Adakan sesi perbincangan untuk mengean tahap kefahaman

Berikan mereka aktiviti susulan

b.Kaedah simulasi Kaedah simulasi ialah melakukan satu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar Tujuan kaedah simulasi 

Meningkatkan kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep tertentu dalam menjalankan latihan menyelesaikan maslah.

Menilai pendapat atau pandangan orang lain

Membolehkan mereka berinteraksi sesame sendiri untk menyelesaikan masalah

Jenis simulasi yang biasa dilakukan ialah sosio-drama dan main peranan. Bagi kaedah main peranan ia sangat mudah dilakukan guru untuk mengajar, ia tidak memerlukan skrip. Guru hanya memainkan peranan dan menimbulkan situasi pelajar melakonkannya secara spontan. Antara pengajaran ibadah yangs esuai untuk kaedah ini ialah: 42


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 

Ibadah Haji

Sembelihan dan aqiqah

Peranan Hakim menjatuhkan hukuman

Perkahwinan

Jenis-jenis solat

Kaedah ini merujuk kepada guru mewujudkan satu situasi yang hampir sama dengan yang sebenarnya bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya, di dalam keadaan terkawal dan selamat. Contohnya masalah disiplin, adab sopan, peraturan-peraturan, persitiwa-peristiwa yang berlaku samada di sekolah, jalanraya, pasaraya dan sebagainya. Penggunaan

kaedah

ini

melibatkan

murid-murid

menjalankan

aktiviti

pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam keadaan yang terkawal. Melalui lakonan murid-murid dapat menunjukkan cara bagaimana sesuatu masalah diselesaikan. Secara spesifik kaedah ini membantu / melatih murid-murid menguasai 

Kemahiran komunikasi dan bersosial

Mengubah sikap negatif dan membina sikap positif,

Kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif

Perkaitan isi pelajaran dengan aspek afektif (emosi)

Langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah simulasi Sebelum sesi pengajaran 

Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara

Berikan penerangan tentang tunjuk cara

Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar

43


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 

Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah tersebut

Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin

Semasa Sesi Pengajaran 

Mulakan dengan set induksi yang menarik untuk merangsang mereka

Pilih pelajar secara sukarela dan menunjukkan komitmen yang baik

Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian dan peranan mereka dalam simulasi tersebut

Murid diminta memahami tugas yang diberikan kepada mereka

Berikan tugasan kepada murid lain yang tidak mengambil bahagian

Selepas sesi Pengajaran 

Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari

Adakan sesi perbincangan untuk mengesan tahap kefahaman

Beri peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan dan soalan

Berikan mereka aktiviti susulan

Guru membuat penilaian sama ada objektifnya tercapai atau tidak

c.Kaedah Amali Menyediakan bahan pembelaajaran secara langsung melalui proses atau cara melakukan sesuatu. Ciri-ciri yang terkandung dalam kaedah amali ialah merangsang daya ingatan murid melalui perlakuan dan latihan kemahiran, murid berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran, pengalaman secara langsung terhadap proses dengan bimbingan guru dan ianya sesuai dengan tajuk-tajuk tertentu sahaja. 44


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Amali 

Melengkapkan murid dengan ilmu berkaitan tajuk



Melibatkan beberapa orang murid sebagai penunjukcara



Murid membuat amali berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan teori

Rumusan Pelbagai kaedah dan teknik boelh diaplikasikan dalam proses p&p berkaitan ibadah supaya objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai sama ada dalam jangka masa panjang atau jangka masa pendek. Perkara ini perlu dilaksanakan kerana Islam amat menitikberatkan Pendidikan Islam supaya dengan itu murid dapat merealisasi dan menghayatinya dalam kehidupan mereka seharian. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan ibadah ini, guru perlu bijak memilih dan merancang dalam menentukan pendekatan, kaedah ,teknik dan aktiviti yang hendak digunakan dalam sesuatu pengajaranun tuk mencapai objektif yang ditetapkan.

Latihan: 1. Jelaskan kelebihan kaedah simulasi sehingga ia dikatakan sangat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran ibadah 2. Apakah persediaan guru sebelum kaedah simulasi dijalankan dalam P&P 3. Berikan pandangan anda tentang kebaikan kaedah simulasi untuk pengajaran berkesan.

45


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 3.4.3. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN SIRAH Kaedah pembelajaran sirah biasanya adalah berorientasikan sejarah. Oleh kerana sejarah berhubung erat dengan fakta maka guru perlu menguasai bebebrapa klemahiran mengajar supaya ia lebih menarik dan berkesan. Kesan pengajaran sirah terhadap pelajar ialah mereka dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah-kisah yang dipelajari. Antara objektif utama pengajaran sirah ialah: 1. Menyedarkan pelajar tentang kisah hidup dan perjuangan Nabi saw dalam menegakkan agama Islam 2. Mengambil iktibar dan pengajaran yang telah berlaku terhadap umat dahulu 3. Menjadi nabi saw sebagai contoh ikutan yang baik 4. Menanam semangat cintakan agama Terdapat beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang biasa digunakan oleh guru untuk pelajaran sirah. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam pengaajaran sirah antaranya ialah:  Bercerita  Projek  Lawatan  Latih tubi  Perbincangan kumpulan  Kuliah atau penerangan  Simulasi  Pengurusan grafik  Forum  Soal jawab  Sumbang saran

46


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) a.Kaedah Bercerita Dalam konteks pendidikan kaedah bercerita ialah seorang guru menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran secara bercerita dalam suasana menghiburkan. Bagaimapun, guru perlu mematuhi perinsip bercerita supaya ia sesuai dengan murid yang mendengar cerita tersebut. Antara prinsip bercerita ialah: 1. Cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan umur, latarbelakang dan pengalaman murid 2. Mestilah menggunakan bahasa yang sesuai, mudah, tepat dan jelas 3. Plotnya hendaklah disusun atur dari permulaan hingga kesudahannya 4. Penyampain menarik, jelas dengan intonasi yang sesuai 5. Gerak badan dan ekspresi wajah mesti sesuai dengan suasana dan mood cerita seperti riang, sedih atau marah

Ketika sesi pengajaran dijalankan, guru hendaklah bercerita secara ikhlas dan ada unsur dakwah dengan tujuan mendidik murid supaya berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah swt. Justeru itu, cerita yang dipilih hendaklah mempunyai unsur didikan dan pengajaran. Elakkan membawa cerita berunsur khayalan, seks,karut dan khurafat. Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Bercerita ďƒ˜ ďƒ˜ ďƒ˜ ďƒ˜

Sediakan senarai tajuk yang sesuai Tentukan penyelidikan secara individu atau kumpulan Menerangkan dengan jelas cara menjalankan penyelidikan Memastikan murid menyediakan soalan sekiraanya melibatkan temubual atau pemerhatian

47


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) Bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai, guru perlu terlebih dahulu merangka langkah-langkah bercerita iaitu: 1. Sebelum sesi bercerita 

Memilih cerita sesuai dengan tema dan isi pelajaran

Wujudkan suasana memberangsangkan dan sesuai dengan isi cerita

Menyediakan soalan yang sesuai untuk sesi bercerita

Sediakan bahan bantu mengajar yang sesuai

2. Permulaan Pengajaran 

Gunakan set induksi yang sesuai

Kemukakan beberapa soalan

Tunjukkan gambar, rajah dan peta.

Membuat kuiz dan teka teki

3. Semasa sesi bercerita 

Gaya dan nada suara yang sesuai

Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata

Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan

Gunakan soalan apabila pelajar mula bosan

Libatkan murid dalam aktiviti bercerita

Terapkan nilai-nilai keIslaman dalam cerita

4. Selepas sesi bercerita 

Beri peluang murid bertanya soalan

Menyoal pelajar tentang pengajaran cerita

Melakukan aktiviti sesuai sebagai tugasan susulan

48


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) b. Kaedah Projek Satu kaedah di mana murid-murid menjalankan sesuatu aktiviti atau kegiatan dalam situasi yang sebenar. Ia juga melibatkan penyelidikan atau kajian yang terperinci tentang sesuatu tajuk yang dilakukan oleh murid secara individu atau berkumpulan di dalam atau di luar bilik darjah. Contohnya projek gotong royong membersihkan kawasan surau sekolah, membuat buku skrap salasilah keluarga dan lain-lain.

Projek

dapat

meningkatkan

penglibatan

pelajar

dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain Muridmurid

mendapat pengetahuan yang baharu

dan

dapat mennggunakan pengetahuan sedia ada kepada Projek gotongroyong bersih kawasan

situasi kehidupan seharian,

Ciri-ciri ; ďƒ˜ Garis panduan merangkumi maklumat tentang tujuan, hasil yang akan diperolehi, prosedur-prosedur dan tarikh projek hendaklah disediakan terlebih dahulu ďƒ˜ Peranan utam aguru sebagai pembimbing dan pendorong ďƒ˜ Murid bebas mengemukakan pendapat dan memilih projek

49


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) c. Kaedah Lawatan Kaedah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara melakukan kunjungan atau lawatan sambil belajar di luar kelas biasa. Murid memperoleh pengertian yang jelas dengan apa yang dilihat dan dialami. Melalui kaedah lawatan boleh menimbulkan minat murid untuk mengetahui denganlebih lanjut lagi mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat dengan kjelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas. Ciri-ciri  Mempelajari sesuatu yang tidak boleh dibawa atau dipindahkan ke bilik darjah  Menarik minat dan menumpukan kepada situasi atau masalah yang memerlukan kajian  Mendapat gambaran yangsebenar tentang amalan dan tindakan operasi kerja secara realistik  Menghubungkan teori dengan praktikal Langkah-langkah  Sediakan senarai tempat lawatan yang sesuai  Tentukan tugasan secara individu atau kumpulan  Menerangkan dengan jelas aktiviti semasa lawatan  Pastikan murid membuat laporan /menghantar tugasan selepas lawatan Rumusan Dalam pengajaran dan pembelajaran sirah beberapa kaedah pengajaran dikenal pasti dapat menyumbang kepada keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitukeberkesanan ini banyak bergantung kepada keupayaan guru dalam melaksanakannya. Setiap kaaedah yang digunakan 50


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) dalam pengajaran sirah mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Justeru, diharapkan guru dapat mengaplikasikan kaedah yang dicadangkan dalamunit ini bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah masing-masing.

Latihan: 1. Apakah kriteria yang diperlukan seorang guru untuk mengaplikasikan kaedah bercerita dalam sesi pengajaran? 2. Nyatakan langkah-langkah pengajaran dengan menggunakan kaedah bercerita 3. Bagaimanakah cara guru melibatkan pelajar dalam sesi bercerita?

3.5.

KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN

ADAB DAN AKHLAK

ISLAMIAH Menurut bahasa akhlak bermaksud tindak-tanduk, tingkah laku atau kebiasaankebiasaan. Sedangkan menurut istilah, akhlak adalah suatu bentuk (naluri) dalam jiwa seseorang manusia yang dapat melahirkan sesuatu tindakan dan kelakuan dengan mudah dan spontan tanpa fikiran. Oleh itu,akhlak bermaksud perilaku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun. Akhlak mulia bermaksud seluruh perilaku manusia yang sesuai dengan tuntunan al-Qur’an dan al-Hadith sebagaimana

yang dicontoh dan diajarkan oleh

Rasulullah SAW kepada kepada seluruh manusia. Akhlak baginda adalah AlQur’an. 51


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Asas pengajaran akhlak adalah berorientasikan ‘qudwah hasanah” atau menunjukkan contoh teladan yang baik daripada guru untuk ditiru oleh muridmurid dalam kehidupan harian. Di samping guru sebagai role model, guru juga perlu menguasai beberapa kaedah, teknik serta kemahiran mengajar supaya pengajaran akhlak menjadi menarik dan lebih berkesan. Kesan daripada pembelajaran akhlak yang menarik, pelajar dapat mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akhlak merupakan sesi yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh guru pendidikan Islam. 3.5.1. Antaranya kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran adab dan akhlak;  Perbincangan  Lakonan  Simulasi  Soal jawab  Kuliah  Penerangan  Tunjuk cara atau demonstrasi  Latih tubi  Bercerita  Sumbang saran  Simulasi  Akhbar dalam darjah (ADD)  Menulis rencana  Projek  Uswah Hasanah  Seminar

52


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

a. Kaedah Perbincangan Perbincangan sebagai satu kaedah yang melibatkan beberapa aktiviti seperti perbualan, mengeluarkan idea dan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan saling berkongsi maklumat mengenai sesuatu topic atau masalah dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Tujuan kaedah ini ialah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik. Secara langsung kaedah ini dapat menarik minat dan merangsang pelajar serta guru dapat

membimbing

mereka

mendapatkan

pengetahuan

baru.

Kaedah

perbincangan ini terbahagi kepada dua iitu: 1. Perbincangan formal 2. Perbincangan Tidak Formal Perbincangan Formal Biasanya dilakukan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dan sebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut: 

Penentuan penglibatan pelajar Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang mengambil bahagian seperti menentukan nama-nma panel dalam forum yang akan diadakan. Begitu juga dengan tugasan lain semasa forum seperti pengerusi, pencatat dan penjaga masa.



Masa yang mencukupi Murid perlu diberi masa untuk mencari bahan-bahan seperti sumber surat khabar, majalah, internet dan sebagainya



Penglibatan keseluruhan pelajar Guru hendaklah berusaha melibatkan semua pelajar dalam forum supaya mereka boleh saling mengeluarkan hujah dan menyetakan pendapat 53


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) mereka, semakin ramai penglibatan pelajar pengajaran guru akan lebih berkesan 

Aktiviti susulan Setiap aktiviti perbincangan perlu diikuti dengan aktiviti lain. Dalam pengajaran akhlak, tajuk forum boleh juga dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan cara ini pelajar akan lebih memberi tumpuan mereka terhadap perkara itu

Ulasan guru Apabila perbincangan telah selesai, guru perlu memberi ulasan dan pandangan. Isi perbincangan perlu ditambah begitu juga dengan aspek ulasan guru.

Perbincangan Tidak Formal Perbincangan seperti ini tidak memerlukan persiapan rapi sebagaimana situasi formal. Ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah: 

Guru selaku pengerusi Guru membuka tajuk perbincangan dan memberi peluang kepada semua murid memberikan pandangan mereka secara bebas, sebaik-baiknya guru tidak memberikan peluang tersebut kepada beberapa orang murid sahaja dan pastikan murid pasif ikut serta memberi pandangan

Kawalan Kelas Guru yang tegas dan bijak mengawal situasi amat diperlukan supaya murid tidak berebut dan berlaku pertentangan idea secara serius. Guru perlu menjadikan perbincangan lebih berdisiplin dan teratur.

Pembahagian Kumpulan 54


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) Selain secara kelas, murid juga boleh dipecahkan kepada kumpulankumpulan kecil untuk membincangkan sesuatu sub topik dan mereka diminta memberi laporan hasil perbincangan kumpulan tersebut. Kaedah ini amat sesuai dijalankan dalam bidang akhlak. Mereka diajar bagaimana cara menyatakan pendapat dan menerima pandangan orang lain. Seterusnya memupuk sikap saling menghormati pendapat sendiri dan pendapat orang lain. Mereka juga berpeluang berkerjasama dalam merancang sesuatu sebelum membuat keputusan. Langkah Pengajaran Akhlak Melalui Kaedah Perbincangan 1. Permulaan Pengajaran 

Guru mengaitkan masalah semasa yang berlaku dalam masyarakat berpunca dari akhlak

Guru perlu memastikan sejauh mana pengetahuan pelajar tentang tajuk yang akan dibincangkan.

2. Sesi Perbincangan 

Lantik Pengerusi, pencatat dan pelapor

Pastikan pelajar tahu cara perbincangan dijalankan

Galakkan pelajar mencatat idea yang disarankan

Fokus perbincangan kepada tajuk

Kemukakan persoalan perbincangan

Minta murid mengemukakan hasil perbincangan

Membuat rumusan idea-idea perbincangan

3. Penutup 

Guru perlu memberikan aktiviti lanjutan ulangkaji untuk kefahaman murid

55


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 

Guru membuat penilain lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi mempastikan pengajaran akhlak lebih bermakna.

b. Kaedah Lakonan Kaedah lakonan merupakan kaedah pengajaran berbentuk drama pendek atau sketsa melibatkan lebih dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran akhlak, pelajar diminta melakonkan watak Imam Ghazali dengan penyamun semasa beliau mengembara menuntut ilmu pengetahuan. Pelajar terpilih melakonkan watak tersebut dan murid lain memerhatikannya. Dalam

kaedah ini, murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang

merasai sendiri situasi dan masalah. Murid juga digalakkan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan semasa sesi lakonan dijalankan. Pada akhir pelajaran guru dan murid akan memberi ulasan. Melalui kaedah ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, membuat nota dan catatan, menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan ialah: 1. Peristiwa yang sesuai 2. Pelakon hendaklah memahami situasi 3. Penjelasan kepada penonton tentang apa yang akan mereka saksikan nanti 4. Pelakon yang sesuai 5. Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip. 6. Guru perlu membimbing mereka supaya tidak tersasar.

56


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 7. Perbincangan selepas lakonan supaya pelajar benar-benar memahami peristiwa yang mereka pelajari. Langkah-langkah Kaedah Lakonan dalam pelajaran Akhlak

Guru mewujudkan satu situasi bermasalah – sebagai contoh murid tidak berminat menuntut ilmu, guru mengaitkan dengan kisah pengorbanan Imam Ghazali ketika mengembara menuntut ilmu

Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi tersebut, peranan watak-watak dan tempat lakonan

Berdasarkan watak-watak yang ditentukan, pelajar memainkan peranan mereka dalam sesi lakonan

Guru berbincang dalam kelas tentang situasi dan peristiwa dalam lakonan tersebut

Guru membimbing pelajar membuat rumusan

c. Kaedah simulasi Suatu aktiviti yang menggambarkan situasi yang sebenar untuk menjelaskan konsep atau isi pelajaran. Murid mengambil bahagian secara langsung serta memperolehi pengetahuan dan pengalaman daripada aktiviti tersebut. Ciri-ciri  Tajuk ditentukan terlebih dahulu  Dialog tidak disediakan - dilakukan secara spontan berdasarkan pengetahuan pelajar  Aktiviti ini tidak memerlukan masa yang panjang  Di bawah pengawasan dan bimbingan guru  Aktiviti mengandungi pengajaran dan pengukuhan kemahiran Langkah-langkah :

57


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)      

Memilih situasi yang sesuai dengan kemahiran Menentukan tempat yang sesuai Memberi penerangan tentang situasi yang perlu diwujudkan Memberi masa murid melakukan simulasi Mengadakan perbincangan tentang kesan simulasi yang telah dijalankan Membuat rumusan secara lisan atau bertulis

Rumusan Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai kaaedah dan teknik yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Adab dan Akhlak Islamiah. Kaedah-kaedah ini perlu diaplikasikan di dalam bilik darjah mengikut kesesuaian tajuk dan tahap keupayaan murid-murid . Kaedah yang efektif memudahkan murid-murid memahami, mengingati dan menguasai tajuk yang disampaikan oleh guru. dapat

Pembelajaran akan berkesan apabila sesuatu sesi pembelajaran

mencapai

objektifnya

dan

murid-murid

mengubah

tingkah

laku

berdasarkan ilmu yang dibina. Seterusnya mereka dapat mengamalkannya di dalam kehidupan seharian .

Latihan : 1. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah perbincangan? 2. Nyatakan perbezaan antara perbincangan formal dan tidak formal. 3. Bandingbezakan kaedah lakonan dan kaedah simulasi dalam Pendidikan Akhlak Islamiah.

58


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 3.6.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN JAWI

Guru yang mengajar pelajaran jawi hendaklah mementingkan keberkesanan pelajaran ini sama dengan mata pelajaran yang lain . Guru perlu berusaha untuk memperolehi pengetahuan asas tentang cara mengajar jawi di samping mempunyai sikap sedia mengajar dan melaksanakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai dan menarik. Program jawi yang dirancang dengan baik mengandungi

ciri-ciri

kepelbagaian

kaedah

dan

cara

pengajaran

dan

pembelajaran yang berkesan.

3.6.1. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Jawi Kaedah Huruf

Kaedah Mengeja

KAEDAH

Kaedah pandang sebut

Kaedah bunyi a. Kaedah Huruf Satu kaedah yang memberi penekanan kepada murid-murid mengenal nama dan bunyi huruf. Aktiviti yang boleh dijalankan:

 Menunjukkan huruf

‫ا‬, ‫ب‬, ‫ت‬

dan sebagainya dengan bahan bantu

seperti manila kad atau flash kad 59


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)  Guru memperkenalkan dan menyebut huruf tersebut  Murid-murid diminta menyebut huruf tersebut berulang-ulang secara individu, kumpulan, berpasangan atau secara kelas  Guru memperkenalkan huruf vokal dan menggabungkannya dengan huruf-huruf tersebut iaitu ‫ ﺑﺎ‬,

‫ﺑﻲ‬, ‫ﺑﻮ‬

dan sebagainya.

 Kemudian bunyi-bunyi itu disambung menjadi suku kata, perkataan dan rangkaikata  Guru hendaklah melakukan aktiviti secara latih tubi  Guru meminta murid menulis menulis perkataan-perkataan yang dibentuk.

b. Kaedah Mengeja Kaedah ini menghendaki murid-murid menyebut huruf dan mengeja serta membina suku kata tersebut. Selain itu, murid-murid juga boleh mengeja terus sesuatu perkataan. Aktiviti yang dicadangkan:  Guru menunjukkan huruf-huruf seperti ‫ب‬,

‫ا‬, ‫ج‬, ‫و‬.

 Guru meminta murid mengeja atau membunyikan huruf tersebut secara individu, kumpulan dan kelas  Guru menggabungkan suku kata yang dieja supaya menjadi perkataan dan meminta murid mengejanya seperti

‫ ﺑﺎ‬+ ‫ﺑﺎﺟﻮ = ﺟﻮ‬

 Guru meminta menulis perkataan yang dibentuk  Murid juga boleh mengeja terus dengan menyebut

60

‫ب‬, ‫ا‬, ‫ج‬, ‫ﺑﺎﺟﻮ = و‬


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) c. Kaedah Bunyi Kaedah yang membunyikan suku kata dan menyambungkannya dengan suku kata lain. Aktiviti yang dicadangkan ialah;  Guru

menunjukkan

suku

kata

pertama

dan

meminta

murid

membunyikannya suku kata tersebut tanpa mengeja  Murid diminta membunyikan suku kata tersebut berulang kali secara individu, berpasangan, kumpulan atau kelas.  Guru menunjukkan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan suku kata tersebut  Guru mencantumkan suku kata pertama dengan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan kedua-dua suku kata tersebut dan membentuk perkataan Kaedah ini lebih berkesan sekiranya perkataan-perkataan yang dibentuk peringkat permulaan pengajaran terdiri dari suku kata yang sama bunyinya kemudian diikuti dengan perkataan yang berlainan bunyi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Contoh perkataan yang sama bunyi ialah;

‫ﺑﺎﺑﺎ‬, ‫ﺑﻮﺑﻮ‬, ‫ﺗﯿﺘﻲ‬, ‫ﺧﻮﺧﻮ‬. Dari perkataan yang sama bunyi itu kemudian dibentuk pula perkataan yang berlainan bunyi dari suku kata yang telah dipelajari, contohnya;

=

‫ ﺧﻮ‬+ ‫ ﺑﻮ‬، ‫ ﺑﺎ = ﺧﻮﺑﺎ‬+ ‫ ﺧﻮ‬، ‫ ﺗﻲ = ﺧﻮﺗﻲ‬+ ‫ ﺧﻮ‬، ‫ ﺑﺎ = ﺗﯿﺒﺎ‬+‫ﺗﻲ‬ ‫ﺑﻮﺧﻮ‬

Melalui cara ini, murid dapat membentuk perkataan walaupun tanpa mengeja terlebih dahulu. Di samping itu, murid juga dapat menguasai kemahiran membaca atau membunyikan perkataan dengan cepat.

61


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Latihan : Berpandukan kaedah penulisan jawi, senaraikan beberapa bentuk perkataan yang sama bunyi dari suku kata terbuka atau tertutup serta bina seberapa banyak perkataan lain dari suku kata atau perkataan tersebut.

d. Kaedah Pandang Sebut Pelaksanaan kaedah ini sangat bergantung kepada bahan bantu seperti kad gambar kerana kaedah ini hanya dapat dilaksanakan

dengan membunyikan

perkataan atau rangkaikata melalui gambar atau membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Cadangan aktiviti:  Guru menunjukkan gambar-gambar bagi perkataan yang akan diajar  Guru meminta murid menyebut gambar-gambar tersebut  Guru menunjukkkan perkataan bagi gambar-gambar tersebut dan meminta murid menyebutnya  Guru meminta murid mengecam perkataan-perkataan dan menyebutnya berulangkali  Murid diminta menyebut perkataan berserta gambar e. Kaedah Bermain Bermain sambil belajar merupakan satu kaedah atau teknik yang baik untuk melatih murid sebagai seorang manusia dan menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan akan memperolehi pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan berfaedah kepada mereka.

62


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) Di antara permainan yang biasanya digunakan dalam bilik darjah ialah teka silangkata, teka-teki, sahibba, domino, kad-kad bergambar, kad perkataan, membentuk perkataan dari kad-kad huruf, menyambung titik-titik, cantuman gambar, kad nombor, dam ular dan sebagainya.

RUMUSAN Matlamat pengajaran jawi adalah melahirkan murid yang dapat mengenal, membaca dan menulis jawi dengan baik. Tujuan ini dapat dicapai sekiranya guru berjaya memainkan peranan mereka secara berkesan. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dan tepat. Apabaila murid dapat menguasai

jawi pada peringkat permulaan maka sudah tentu mereka akan

mencintai tulisan jawi serta menghayatinya. Secara tidak langsung akan lahirlah generasi yang akan terus memperjuangkan tulisan jawi. Justru, warisan bangsa yang unik ini akan terus diperkasakan dan tidak mungkin akan luput ditelan zaman.

Latihan : Cuba anda senaraikan jenis-jenis permainan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran jawi

63


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

UNIT 4

PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN DALAM SEMUA BIDANG PENDIDIKAN ISLAM.

4.0. Sinopsis Bab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan pelaksanaan prinsip perkembangan isi pelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam. Kebijaksanaan guru memilih prinsip dalam menyampaikan isi pelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan terhadap murid. Unit ini mengandungi: Prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam. 4.1. Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat: 1.Menghuraikan prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam semua bidang pendidikan Islam . 2.Membanding beza antara prinsip mudah kepada susah, diketahui kepada belum diketahui, maujud kepada mujarrad, , khusus kepada umum dan dekat kepada jauh. 3.Mengaplikasi prinsip-prinsip tersebut dalam semua bidang Pendidikan Islam. 4.Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip perkembangan isi pelajaran yang betul. Arahan 1. 2. 3. 4.

5. 6.

Baca dan fahami objektif modul. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar 64


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

7.

pada sesi berikutnya. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

Peringatan: Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

4.2. Kerangka Tajuk

Dari mudah kepada susah

Dekat kepada jauh

perkara diketahui kepada yang belum diketahui

PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN

khusus kepada umum

maujud kepada mujarrad

Rajah 10 : Prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran Pendidikan Islam.

65


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) Nota : Dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pemilihan dan pelaksanaan kaedah, teknik, akitiviti, bahan dan masa yang digunakan,

prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran

berikut perlulah kita

ikuti : i.

Dari mudah kepada susah – mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah.

ii.

Dari perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui dengan memanipulasi pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baru.

iii.

Dari maujud kepada mujarrad - menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokus kepada benda yang maujud.

iv.

Dari khusus kepada umum – memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi.

v.

Dari dekat kepada jauh – memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan perkara yang hampir sama dengan contoh yang diberi.

4.3. Definisi isi pelajaran Isi pelajaran ialah kandungan pelajaran yang terdapat di dalam sukatan pelajaran dan dihuraikan di dalam huraian sukatan pelajaran.

Kedua-dua

dokumen penting ini hendaklah dirujuk oleh guru-guru dengan teliti kerana ia merupakan kurikulum pelajaran yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, seimbang dari segi fizikal, mental, spritual, emosi dan keperluan negara bagi membina generasi yang berilmu, beriman daan beramal.

66


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) Isi kandungan pelajaran ini juga diperjelaskan lagi melalui Buku Panduan Guru supaya guru dapat menyampaikan pelajaran bertepatan dengan kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran. Seterusnya isi kandungan pelajaran ini dimantapkan lagi melalui buku teks dan buku kerja murid. Guru berperanan melaksanakan tanggungjawab untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran tersebut.

4.4. Cara Menyusun Isi Pelajaran Isi Pelajaran hendaklah disusun bersesuaian dengan;  Objektif pelajaran  Sukatan pelajaran mengikut tajuk  Peruntukan masa  Urutan bagi mencapai objektif  Minat dan kebolehan murid  Kefahaman murid  Aras yang dirancang

67


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 4.5. Kriteria-kriteria pemilihan isi pelajaran

Objektif yang ditentukan Pengetahuan sedia ada

Berdasarkan fakta yang sahih

Daripada bahan yang pelbagai

Tahap pencapaian murid

Pemilihan Isi Pelajaran Mengambil kira kemahiran yang berkaitan

Bersifat mencabar

Murid berpeluang menggunakan pengalaman mereka

Bersepadu

Murid berpeluang melibatkan diri

Rajah 11 : Kriteria pemilihan isi pelajaran 68


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 4.6. Prinsip-prinsip Perkembangan Isi Pelajaran dalam Pendidikan Islam Guru perlu mematuhi prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam merancang pengajaran dan pembelajaran supaya mudah difahami oleh murid serta mencapai objektif yang dirancang. Prinsip-prinsip tersebut ialah mudah kepada susah, perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui, maujud kepada mujarrad, khusus kepada umum dan dekat kepada jauh. 4.6.1 Mudah kepada susah Mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah. Contoh 1: Bidang Asuhan Tilawah al-Quran Menyebut potongan kalimah dengan makhraj yang betul kepada membaca ayat dengan fasih dan bertajwid. Contoh 2: Bidang Ulum Syar’yyah: Ibadah Pengenalan konsep iaitu pengertian najis, kemudian kepada perkembangan isi yang merangkumi jenis-jenis najis dan cara menyuci najis. 4.6.2 Perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui Memanipulasikan pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baharu. Ini bermakna pengetahuan yang lepas bagi seseorang murid berperanan sebagai asas yang

membolehkan pengatahuan yang baharu bergantung

kepadanya. Oleh itu, jika guru ingin pengetahuan baharu diterima oleh murid, guru perlu mempastikan pengetahuan lepas murid mempunyai kaitan rapat dengan pengetahuan yang baharu. Contoh 1: Bidang Ulum Syr’yyah: Ibadah. Murid

telah

pun

tahu

apakah

erti

wudhu’

atau

cara

berwudhu’(meniru perbuatan ibu bapa mereka), seterusnya guru memperkenalkan anggota wudhu’ yang wajib dan sunat serta 69


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) sempadan setiap anggota wudhu’ tersebut dan cara mengambil wudhu’ yang betul. 4.6.3 maujud kepada mujarrad Menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokuskan kepada benda yang maujud. Sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang , dilihat dan dirasa kepada sesuatu yang abstrak yang merangsang pemikiran untuk mengetahuinya dengan bukti yang wujud di sekitar murid. Isi pengetahuan yang dikembangkan hendaklah berasaskan pengetahuan sedia ada murid. Contoh: Bidang Ulum Syar’yyah: Akidah. Guru mengajar bahawa Allah SWT itu wujud dan tanda wujudnya Allah ialah dengan wujudnya alam ini. Pengetahuan murid yang sedia ada ialah meraka tahu bahawa setiap benda ada penciptanya begitu juga dengan alam ini kerana ianya tidak akan terjadi dengan sendirinya. Penggunaan prinsip ini ia dapat mencapai objektif dan pengajaran dapat berjalan dengan berkesan dan baik.

4.6.4 Dari khusus kepada umum Memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi. Perkembangan isi pelajaran yang berkesan hendaklah di susun dari sesuatu yang khusus kepada umum. Guru hendaklah memilih isi pelajaran yang tersusun dari ciri-ciri khusus isi pelajaran. Contoh: Bidang Ulum Syar’yyah: Ibadah. Guru mengajar tentang hadas kecil atau hadas besar, guru hendaklah menjelaskan dulu tentang ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas besar sebelum membuat satu pengertian umum tentang ciri yang telah diterangkan. Prinsip ini akan merangsang murid untuk mengetahui perkembangan isi. 70


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 4.6.5 Dari dekat kepada jauh Memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan perkara-perkara yang hampir sama dengan perkara yang diberi. Contoh: Bidang Adab dan Akhlak Islamiah. Adab terhadap ibu bapa dikaitkan dengan adab kepada pemimpin RUMUSAN Pemahaman terhadap prinsip-prinsip isi pelajaran dan pembelajaran Pendidikan

Islam

pembelajaran

akan

Pendidikan

memperkembangkan Islam

dengan

lebih

proses

pengajaran

tersusun.

dan

Dengan

ini

perkembangan isi pelajaran secara berperingkat-peringkat adalah perlu diambil kira dalam memahamkan sesuatu isi pelajaran supaya dapat dikekalkan dalam ingatan

dan

penghayatan

murid

secara

berterusan.

Prinsip-prinsip

perkembangan isi pelajaran tersebut dapat dirumuskan melalui rajah dibawah Dari mudah kepada susah Dekat kepada jauh

perkara diketahui kepada yang belum diketahui

Prinsip-prinsip Perkembangan isi pelajaran

khusus kepada umum

maujud kepada mujarrad

71


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Latihan : 1. Pilih satu tajuk bagi setiap bidang Pendidikan Islam dan jelaskan prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran yang sesuai beserta contoh a. Asuhan Tilawah al-Quran b. Ulum Syar’yyah c. Adab dan akhlak Islamiah d. Pelajaran Jawi

72


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

UNIT 5

PANDUAN PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BAGI SEMUA BIDANG

5.0. Sinopsis Bab ini memberi penekanan kepada kefahaman dan kemahiran bagi membuat perancangan pengajaran, pelaksanaan dan penilaian dalam pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi semua bidang. Unit ini mengandungi: 1.Perancangan pengajaran semester, mingguan dan harian 2.Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran 3.Penilaian proses pengajaran dan pembelajaran 5.1. Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran ini, anda diharap dapat: 1. Memahami serta membuat jadual perancangan semester, mingguan dan harian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam 2. Melaksanakan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai objektif yang telah dirancang 3. Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan garispanduan yang betul. 4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan bagi merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Arahan 1. Baca dan fahami objektif modul. 2. Jawab soalan berdasarkan pengalaman sedia ada. 3. Sila baca arahan dan isi kandungan dalam unit. 4. Setelah menyempurnakan bacaan dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan bagi setiap unit, anda dikehendaki menjawab semula soalan yang diberikan. 5. Semak jawapan anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pensyarah dan buat perbandingan. 6. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah semasa mendaftar pada sesi berikutnya. 73


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 7. Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan dengan tajuk ini bagi meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan manamana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit. Peringatan: Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendalami setiap unit.

5.2. Kerangka Tajuk

P&P Berkesan

Perancangan

+

Pelaksanaan

+

Penilaian

Rajah 12 : Pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

Nota : Guru perlu merancang dan menyediakan persediaan/ rancangan mengajar sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Persediaan mengajar melibatkan tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian .

74


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 5.3. PERANCANGAN PENGAJARAN Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Tujuan utama penyediaan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.

ILMU PENGETAHUAN

Apakah pengajaran?

KEMAAHIRAN PENGAJARAN

PROSES PENYAMPAIAN SIKAP

NILAI

Rajah 13 : Proses penyampaian pengajaran  ILMU PENGETAHUAN : yang berkaitan dengan mata pelajaran  KEMAHIRAN

:penentuan objektif, pemeringkatan dan pemilihan isi pelajaran, cara penyampaian dan lain-lain.

 SIKAP

: Perubahan tingkahlaku

 NILAI

: Nilai murni

75


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) Apakah pembelajaran? Proses perubahan tingkahlaku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman dan latihan yang diteguhkan

PEMBELAJARAN

Rajah 14 : Proses pembelajaran

Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. PENGAJARAN + PEMBELAJARAN

BERKAIT RAPAT DENGAN PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK Rajah 15 : Proses Pengajaraan dan Pembelajaran

Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Semasa merancang, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif pengajarannya. Menurut Atan Long (1982), seorang guru perlu mengetahui secara mendalam apa yang hendak

disampaikan kepada murid kerana pengetahuan dan

kemahiran guru akan menimbulkan rasa percaya dalam dirinya. Kepercayaan murid juga akan bertambah terhadap guru. Manakala Kauchak dan Eggen (1998) pula berpandangan bahawa guru mesti mengetahui isi kandungan yang mereka hendak sampaikan dan tahu cara untuk memindahkan ilmu tersebut dalam bentuk yang boleh diterima oleh pelajar nya. 76


‫)‪(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM‬‬ ‫‪5.3.1 Rancangan Tahunan/ Semester‬‬ ‫‪Satu jadual perancangan yang dibuat dengan mengagihkan sukatan pelajaran‬‬ ‫‪mengikut tahun atau semester.‬‬

‫راﻧﺨﻐﻦ ﺳﯿﻤﯿﺴﺘﺮ ﻓﻨﺪﯾﺪﯾﻘﻦ اﺳﻼم ﺗﺎھﻮن‬

‫ﻣﯿﻐﻀﻮ‬

‫ﺑﯿﺪغ‬

‫ﺗﺎﺟﻮق‬ ‫‪/‬اﯾﺴﻲ‬ ‫ﻛﺎﻧﺪوﻏﻦ‬

‫‪5‬‬

‫ﺧﺎدﻏﻦ‬ ‫ﺳﻮﻣﺒﺮ‬ ‫ﻓﻐﺎﻟﻤﻦ‬ ‫ﺣﺎﺻﯿﻞ‬ ‫ﻓﻐﺎﺟﺮن‬ ‫ﻧﯿﻼ‬ ‫ﻓﻐﺎﺟﺮ‬ ‫ﻓﻤﺒﻼﺟﺮ‬ ‫دان‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫ن‬ ‫ﻓﻤﺒﻼﺟﺮن‬

‫ﺧﺎﺗﺘﻦ‬

‫ﺗﻼوة ﺳﻮرة اﻟﺒﻠﺪ‬ ‫اﻟﻘﺮءان )اﯾﺔ ‪(5-1‬‬ ‫)ﺑﺎﺧﺎءن‬ ‫(‬ ‫ﺗﻼوة ﺳﻮرة اﻟﻌﻠﻖ‬ ‫اﻟﻘﺮءان‬ ‫‪1‬‬

‫ﻋﺒﺎدة‬

‫ﺟﺎوي‬

‫‪5.3.2 Rancangan Mingguan‬‬ ‫‪77‬‬


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) Satu perancangan yang dibuat untuk satu minggu.

‫راﻧﺨﻐﻦ ﻣﯿﻐﻀﻮان‬ 05/09/2011

‫ﺧﺎﺗﺘﻦ‬

‫ﺗﺎﺟﻮق‬

‫ھﯿﻐﺾ‬

09/09/2011

(‫ﻣﺎت ﻓﻼﺟﺮن )ﺑﯿﺪغ‬

‫دري‬

‫ﻣﺎس ﺗﺎھﻮن‬ 05/09/2011

06/09/2011

07/09/2011

‫راﺑﻮ‬

08/09/2011

09/09/2011

‫ﺟﻤﻌﺔ‬

5.3.3 Rancangan Pengajaran Harian

78


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) Rancangan mengajar

untuk

satu-satu masa/ setiap hari persekolahan.

Rancangan pengajaran harian disediakan berdasarkan rancangan mingguan. Ia merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan oleh guru melalui proses penyampaian sesuatu tajuk pelajaran dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai. Ringkasnya, rancangan pengajaran harian merupakan rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru murid yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap. Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu memikirkan perkara berikut: • Apakah perkara yang perlu dipelajari murid? • Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid? • Apakah kaedah pengajaran yang paling sesuai digunakan supaya objektif tercapai dengan berkesan? • Bagaimanakah cara terbaik menilai pengajaran dan pembelajaran?

Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama: i. Objektif ii. Isi pelajaran iii. Aktiviti murid dan guru.

79

      

Butiran am Pengetahuan lepas Kemahiran Hasil Pembelajaran Penggabungjalinan Penyerapan kurikulum Penerapan nilai


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Perancangan

 Set induksi  Perkembangan isi pelajaran  Kemahiran  Strategi pengajaran  Penggabungjalinan  Penyerapan kurikulum  Penerapan nilai  PenggunaanSumber P&P

Penyampaian

 Aktiviti susulan  Penilaian hasil pembelajaran  Rumusan / kesimpulan  Pengubahsuaian

Penutup

Rajah 16 : Perancangan Proses Pengajaran

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran

: 80


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Tahun / Kelas

:

Tarikh

:

Masa

:

Bilangan Pelajar

:

Bidang

:

Tajuk

:

Kemahiran

:

Pengetahuan Sedia Ada

:

Hasil pembelajaran

:

Aras 1 : Aras 2 : Aras 3: Kemahiran berfikir

:

Penerapan Nilai

:

Gabungjalin

:

Penyerapan / rentasan

:

Bahan Bantu Mengajar

:

Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P 81

Catatan


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Muqaddimah (1 minit)

Set Induksi (3-5 minit)

Langkah 1 (5-7 minit)

Langkah 2 (10 -15 minit)

Doa Syahadatain

Murid Guru

Isi Soalan Tajuk

Guru Murid Guru

Isi Soalan

Guru

Isi Gabungjalin Penyerapan Soalan

Guru Murid

GJ Penyeraran Nilai BBM

Soalan

Murid Guru

KB GJ Penyerapan Nilai BBM

Isi Kerja lanjutan

Guru Murid

Langkah 3 (12-15 minit)

Penutup (5 minit)

Catatan Refleksi

5.4

GJ Penyeraran Nilai BBM

PELAKSANAAN PENGAJARAN 82


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) Setiap proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tiga peringkat, iaitu; pengenalan, penyampaian dan penutup. Tumpuan utama dalam setiap peringkat ini adalah mengarah kepada pencapaian objektif yang dirancang. 5.4.1 Set Induksi Set induksi berperanan sebagai montaj dalam sesuatu persembahan. Manarik atau tidaknya sesuatu pengajaran bergantung kepada cara guru menggunakan (kira-kira) 5 minit pertama pengajarannya. Bahagian set induksi

memainkan

peranan penting untuk menarik dan mengekalkan minat murid, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum menyampaikan konsep atau fakta, guru perlu melibatkan fikiran atau menarik minat murid terlebih dahulu. Pengajaran berbentuk stereotaip, di mana guru terus menulis tajuk dan mengajar apabila masuk ke dalam bilik darjah, biasanya membosankan kerana murid masih belum bersedia untuk mengikuti pelajaran. Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru untuk melibatkan fikiran dan menarik minat murid terhadap tajuk yang akan diajar. Misalnya, memulakan pengajaran dengan membuat cerita ringkas atau membincang isu semasa yang berkaitan. 5.4.2 Penyampaian Penyampaian merangkumi segala langkah yang perlu diambil atau dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran. Penyampaian merupakan pengajaran sebenar. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru mengaplikasikan segala kemahirannya, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan tertentu untuk menyampaikan bahan pengajaran. Semasa proses ini guru perlu melibatkan murid secara aktif, membimbing dan menilai pembelajaran mereka, selaras dengan objektif pengajaran. 5.4.3 Penutup Pengajaran

83


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) Pada peringkat akhir sesuatu pengajaran, guru perlu memberi pengukuhan terhadap pembelajaran murid, di samping mendapatkan maklumbalas mengenai prestasi murid ke arah pencapaian objektif yang dirancang. Segala konsep, prinsip, fakta atau kemahiran penting yang telah dibincang hendaklah dinyatakan kembali. Terdapat dua jenis penutup pengajaran iaitu: Penutup Kognitif Merumus dan mengulang segala fakta penting. Aktiviti yang dicadangkan ialah: pemetaan konsep, melukis gambarajah dan sebagainya. Penutup Sosial Menimbulkan perasaan pencapaian murid-murid. Aktiviti yang dicadangkan ialah peneguhan positif, mewujudkan perasaan ingin tahu dan sebagainya. 5.5. PENILAIAN Penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. 5.5.1 Tujuan Penilaian Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Penilaian dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dan membantu guru memperkukuhkan kekuatan murid. 5.5.2 Kaedah penilaian 84


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) 1. Hasil pembelajaran yang telah

dikenal pasti boleh

dinilai dengan

menggunakan kaedah:  pemerhatian  lisan  penulisan 2. Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:  hasil pembelajaran yang hendak dinilai.  kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai. 3. Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenaii kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid. Ketiga-tiga kaedah inii boleh digunakan untuk :  Mengesan serta-merta hasil pembelajaran dalam pengajaran harian dan tidak memerlukan instrumen yang khusus  Mengesan kemajuan (kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran - perlu dirancang secara individu atau kumpulan - menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis  Mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program - perlu dirancang secara teratur - dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan A. Penilaian secara pemerhatian  Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti: - sikap - perlakuan/amalan - amali 85


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) - kemahiran manipulatif - kemahiran bersosial - kemahiran belajar - kemahiran kinestetik - kemahiran literasi komputer - kemahiran mereka cipta  Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.  Maklumat

daripada

pemerhatian

boleh

membantu

guru

melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.  Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar. B. Penilaian secara lisan.  Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara: - murid dengan guru - murid dengan murid - murid dengan bahan pembelajaran  Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah: - kefahaman konsep - pengetahuan fakta - kecekapan mendengar - penggunaan bahasa yang tepat - kefasihan menghafaz - sebutan dalam berbahasa - kecekapan mencongak - gaya persembahan - pertuturan dan sikap Instrumen Penilaian Lisan 86


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) ďƒ˜ Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut: - bacaan kuat - syarahan - perbahasan - bercerita - perbincangan - hafazan - temu bual - soal jawab - nyanyian - deklamasi sajak - mendengar dan memberi respon secara lisan ďƒ˜ Penilaian lisan membolehkan guru : - mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. - mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. - mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz. - mengesan kelancaran dalam sebutan. - mengesan amalan dan sikap murid secara sertamerta. ďƒ˜ ď€ Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen guru perlu dipastikan: - soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami. - aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea. - pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. - aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid. C. Penilaian secara penulisan. 87


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) ďƒ˜ Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut: - karangan - laporan projek/kerja kursus/folio - latihan dan ujian bertulis - huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta. Instrumen Penilaian Penulisan ďƒ˜ Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut: - kemahiran menulis - menyusun idea - penggunaan tanda baca - perbendaharaan kata - mengaplikasi - mentafsir - menilai ďƒ˜ Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira: - soalan menepati kemahiran yang akan diuji - bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami - bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan - aras kesukaran soalan dipelbagaikan - skema pemarkahan disediakan ďƒ˜ Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah: - soalan subjektif - soalan objektif

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang 88

berperingkat dapat menilai


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif. 5.6 Refleksi Kendiri Refleksi adalah suatu usaha secara sedar dan rasional mencari penyelesaian kepada suatu masalah. Proses refleksi mengarahkan pemikiran yang positif bagii menjana amalan pengajaran guru yang berkesan. Refleksi didefinisikan sebagai inkuiri yang sistematik pada amalan pengajaran sendiri bagi membaiki amalan pengajaran serta meningkatkan kefahaman mengenai sesuatu perkara. Refleksi dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagaii penilaian kendiri atau muhasabah berkenaan pengajaran guru.

89


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

Mengesan masalah

Memahami masalah melalui pemikiran kognitif

Memproses dan menganalisis data dengan pemikrian secara kritis

Mengingat kembali perhubungan pengalaman yang sedia ada dengan penyelesaian masalah

Mencadang pelbagai penyelesaian dengan pemikiran kritis dan kreatif

Menilai penyelesaian dengan penggunaan pemikiran refleksi untuk membuat keputusan atau menetap tindakan

Rajah 17 : Langkah-langkah Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

5.7 RUMUSAN

90


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM) Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam yang berkesan merupakan isu yang sangat penting dan mencabar kepada semua guru Pendidikan Islam. Istilah “berkesan” dan “menarik” adalah sesuatu yang amat sukar didefinasikan secara tepat kerana kedua-duanya bersifat “relatif” dan berbeza mengikut keadaan dan presepsi seseorang (Kamarul Azmi Jasmi & Ab.Halim Tamuri, 2007) Terdapat beberapa kriteria dalam menentukan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid yang boleh diterima dan diakui bersama, antaranya; 5.7.1 Tercapainya objektif pembelajaran a. Objektif pembelajaran sesuai dengan tajuk dan isi pelajaran. b. Objektif pembelajaran tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. c. Objektif yang dipilih hendaklah mudah, sesuai, realistik, jelas, tepat dan disusun mengikut urutan. 5.7.2 Penyampaian isi secara sistematik dan lancar a.Isi pelajaran disampaikan secara tersusun bermula dari konsep yang asas. b. Mengemukakan contoh-contoh yang sesuai dengan isi pelajaran. c. Penyampaian isi pelajaran merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, peringkat perkembangan dan peringkat penutup. 5.7.3 Menggunakan bahasa yang berkesan a. Menggunakan bahasa persuratan. b. Bertutur dengan lancar dan fasih. c. Memberi arahan yang jelas dan dapat didengari oleh murid

5.7.4 Penggunaan bahan bantu mengajar 91


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

a. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran secara berkesan. b. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat membantu murid memahami penyampaian guru. c. Menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi terkini 5.7.5.Pengajaran dan Pembelajaran interaktif Proses P&P akan menjadi lebih menarik jika ada P&P interaktif dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran interaktif ini boleh dibahagikan kepada beberapa suasana: a. Interaktif antara guru dengan murid b. Interaktif guru dengan bahan pengajaran c. Interaktif murid dengan bahan pengajaran d. Interaktif murid dengan murid 5.7.6. Penguasaan Ilmu Menurut Kamarul Azmi Jasmi (2007) guru perlu menguasai ilmu kerana dengan ilmu yang luas dan mendalam sahaja mereka dapat menghuraikan sesuatu topik pengajaran dengan baik dan mantap. Pendidikan Islam akan menjadi menarik dan relevan kepada pelajar sekiranya guru boleh mengaitkan apa yang dipelajari dengan realiti dengan isu semasa yang berlaku. Relevannya ilmu wahyu dengan kehidupan seharian menjadikan Pendidikan Islam itu sesuai sepanjang zaman.

PENGELOLAAN SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN 92


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

(1) PERANCANGAN (2) PELAKSANAAN (3) AMALAN REFLEKSI (4) SIKAP & SAHSIAH

Hasil Pembelajaran Isi Pelajaran Perancangan

Strategi P & P Sumber P&P Penerapan nilai (nilai murni/nilai PAS) Unsur Kemahiran Berfikir Permulaan Perkembangan Pengajaran Pengurusan Bilik Darjah

Pelaksanaan

Komunikasi Kualiti Pembelajaran Penutup Pencapaian Hasil Pembelajaran Aplikasi Nilai

Amalan Refleksi

Pemikiran Reflektif Penampilan Diri

Sikap & Sahsiah

Keprihatinan Pekerti Sifat Profesional

Latihan 93


(PIM 3102 : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM)

1.

Bina satu rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan laksanakan di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran anda.

2.

Selepas pengajaran di dalam kelas anda, buat satu refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah anda laksanakan.

94


PIM3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM SR

Abdurrahman An Nahlawi (1992) Prinsip-prinsip dan Metode Pendidikan Islam. Bandung: CV Diponegoro. Abdul Qadir Ahmad, 1980,Turuq Ta’alim Al-Tarbiyah Al-Islamiyah, Maktabah an-Nahdhah AlMisriyyah. Ahmad

Mohd Saleh, 1997,Pendidikan Alam,Selangor:Fajar Bakti Sdn Bhd.

Islam,falsafah,pedagogi

dan

metodologi,Shah

Al-Nu’my, Abdullah Amin. (1994). Kaedah Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibnu Khaldun AlQabasi. Terjemahan Mohd Romzi Omar. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Haji Abdullah Ishak (1995) Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia . Dewan Bahasa Dan Pustaka . Kuala Lumpur. Hasan Langgulung, Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigma. Pustaka Aman. Hassan Langgulung, (1991) Asas-Asas Pendidikan Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka. Jamaluddin Bin Abdul Jabbar (2001). Metodologi Dan Psikologi Pendidikan Tilawatil Quranil Karim. Pahang: Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran, Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 1– 6 Mohd. Kamal Hassan Dr, (1988), Pendidikan Dan Pembangunan Suatu Perspektif Bersepadu. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise Mohd

Yusuf Ahmad ( 2004). Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Qur’an. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mok Soon Sang (1996) Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Rashidi Azizan dan Abd.Razak Habib (1995), Pengajaran dalam Bilik Darjah, Kajang : Masa Enterprise.

95


PIM3102 PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM SR Shabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad (2003) Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Berkesan. PTS Publication & Distri butors Sdn Bhd. Zawawi Hj. Ahmad. (1984). Pendidikan Islam Kaedah Dan Teknik Pengajaran. Petaling Jaya : International Book Service

96


PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH) NAMA NAMA

: JAMILAH BINTI MOHD NOOR

JAWATAN :PENSYARAH EMEL

: jamilahnoor@ymail.com

KELAYAKAN Kelulusan: Sarjana Syariah UM Sarjana Muda Pengajian Islam UKM 1999 Sijil Perguruan Asas Pengajian Islam(Pengajian Rendah)MPI 1988 Pengalaman : Guru Pendidikan Islam di sekolah rendah 8 tahun Guru Pendidikan Islam di sekolah Menengah 7 tahun Pensyarah IPG 4 tahun

NAMA

: RUHAYATI BINTI RAMLY

JAWATAN :PENSYARAH EMEL

: ruhihayati_iptaa@hotmail.com

Kelulusan: Sarjana Pendidikan UM 2005 Sarjana Muda syariah UM 1994 Pengalaman : Guru Pendidikan Islam di sekolah Menengah 7 tahun Pensyarah IPG 7 tahun

NAMA JAWATAN EMEL

(NAMA)

(KELULUSAN)

(JAWATAN)

PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL

(EMEL)

(PENGALAMAN KERJA)

97


IKON Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

98


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.