PPPM PI TH1

Page 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1


MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk melahirkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan di akhirat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Murid yang mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran melalui kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam berkebolehan: i.

Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul, dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian;

ii.

Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian;

iii.

Memahami maksud beberapa surah terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya;

iv.

Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya;

v.

Memahami dan meyakini asas-asas akidah sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan beragama;

vi.

Memahami dan mengamalkan asas-asas ibadat sebagai memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah;

vii.

Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah SAW bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda.

viii.

Memahami, mengamalkan dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan

ix.

Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1


BAND

PERNYATAAN STANDARD

1

Mengetahui asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, mengetahui asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan asas jawi.

2

Memahami asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW, dan asas jawi.

3

Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, asas akidah, melakukan asas ibadah dan adab, memahami sirah Rasululllah SAW serta boleh membaca dan menulis asas jawi.

4

Mempamerkan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, menghayati asas akidah, melaksanakan ibadah, adab tertentu, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mampu membaca dan menulis jawi.

5

Mengaplikasikan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu dengan betul, menghayati hadis pilihan dan asas akidah, mengaplikasikan ibadah dan adab tertentu dalam kehidupan, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mampu membaca dan menulis jawi dengan baik.

6

Mahir membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu dengan sempurna, menghayati hadis pilihan dan akidah, mengamalkan ibadah dan adab dalam kehidupan harian, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mahir membaca dan menulis jawi.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1


BIDANG / TAJUK

BAND

MODUL AL-QURAN 

Membaca dan menghafaz surah Al-Fatihah, surah Al-Nas, surah AlFalaq dan surah Al-Ikhlas

Ayat pelbagai baris dan tanda

1

Menyebut dengan bimbingan :  Huruf hijaiyah tunggal dan bersambung yang berbaris satu di atas  Bunyi huruf yang hampir sama  Kalimah yang mengandungi huruf dan tanda bacaan mad.

Menyebut kalimah dan membaca potongan ayat satu daripada surah-surah tertentu dengan bimbingan.

2

Membaca ayat-ayat satu daripada surah-surah tertentu dengan bantuan.

3

Menghafaz surah al-Fatihah dan satu daripada surah-surah tertentu dengan betul.

4

Menghafaz surah al-Fatihah dan satu daripada surah-surah tertentu dengan betul dan beradab.

5

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1

DESKRIPTOR

Mampu membaca potongan ayat dan ayat-ayat pendek yang mengandungi pelbagai baris dan tanda dengan betul:  nun dan mim sakinah  bacaan mad  bacaan qalqalah  tanda waqaf  huruf muqattaah


BIDANG / TAJUK

BAND

AKIDAH Menghayati: 

Rukun Iman

Beriman Kepada Allah SWT

Rukun Islam

Kalimah Syahadah IBADAH

DESKRIPTOR

1

Mengetahui pengertian Rukun Islam dan Rukun Iman serta dalil aqli tentang kewujudan dan kebesaran Allah SWT dengan bimbingan.

2

Menghafaz lafaz Dua Kalimah Syahadah serta pengertiannya dengan betul.

1

Mengetahui pengertian bersuci serta hukumnya dengan bimbingan.

Mengamalkan Konsep: 

Bersuci

Beristinjak

Berwuduk

Menyatakan cara bersuci dengan betul. 2 Menyenaraikan alat-alat beristinjak dengan betul. Menyatakan cara beristinjak dengan betul. 3 Menyatakan cara berwuduk dengan betul. 4

Melakukan rukun wuduk dengan betul dan tertib.

5

Melakukan rukun wuduk dengan sempurna.

6

Menyatakan adab-adab sebelum, semasa dan selepas qadha’ hajat dengan betul dan sempurna. Mampu menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan wuduk dengan betul.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1


BIDANG / TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

SIRAH Memahami dan mengambil iktibar daripada : 

Salasilah Keturunan Nabi Muhammad SAW dan Tanda-Tanda Kenabian Baginda SAW Kisah Penyusuan Nabi Muhammad SAW ADAB

1

Mengetahui salasilah keturunan nabi Muhammad SAW dan tanda-tanda kenabian baginda dengan bimbingan.

2

Menyatakan keistimewaan salasilah nabi Muhammad SAW dengan betul.

3

Menyatakan sebab-sebab penyusuannya.

1

Mengetahui satu daripada adab-adab tertentu dengan bimbingan.

2

Menyatakan satu daripada adab-adab tertentu dengan betul.

Mengamalkan Adab: 

Makan dan Minum

Terhadap Ibu Bapa

Bergaul dengan Rakan

3

Melakukan satu daripada adab-adab tertentu dengan betul.

Terhadap Guru

4

Melakukan satu daripada adab-adab tertentu dengan betul dan beradab.

5

Mampu melakukan satu daripada adab-adab tertentu dengan istiqamah.

6

Mampu melakukan satu daripada adab-adab tertentu serta boleh dicontohi.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1


BIDANG / TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

1

Menyebut huruf jawi tunggal, huruf yang hampir sama bentuk dan bunyi dengan bimbingan.

JAWI Menyebut dan Menulis : 

Huruf-Huruf Jawi Tunggal

2

Huruf-Huruf Jawi Bersambung

3

Suku Kata Terbuka

Suku Kata Tertutup

Rangkai Kata

Kata Majmuk

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1

Menulis huruf jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung dengan bantuan.

Membaca perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul. Menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.

4

Membaca rangkaikata dan kata majmuk daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.

5

Menulis rangkaikata dan kata majmuk daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan betul.

6

Membaca dan menulis rangkai kata dan kata majmuk daripada suku kata terbuka dan tertutup serta boleh dicontohi.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.