PANDUAN ADMIN FROGVLE 2017
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
PANDUAN MODUL INTERAKTIF PERKARA 1. Pergi ke muka surat seterusnya 2. Muka surat sebelum ini 3. Kembali ke menu utama/isi kandungan 4. Muat turun modul / cetak modul
SIMBOL/ KEKUNCI
ISI KANDUNGAN PERKARA
MUKA SURAT
1. Siapa Admin Frog ?
1
2. Tanggungjawab dan peranan
2
3. Kemahiran dan skil
3
4.Tugasan Admin di sekolah 4.1 Mengedarkan Id dan kata laluan pada semua pengguna. 4.2 Melatih guru2 dan murid2 di sekolah 4.3 Mengurus akaun Frog sekolah ( administrator ) 4.4 Mengurus dashboard sekolah 4.5 Menjadi pakar rujuk dan jurulatih utama di sekolah 4.6 Menjadi motivator dan tauladan di sekolah
4 5-7
5.Kalendar admin / carta gantt / perancangan strategik.
13-17
8 9 10 11 12
ISI KANDUNGAN PERKARA
MUKA SURAT
6.Tugasan hakiki admin di dalam akaun frog di sekolah : 6.1 Mengeluarkan / muat turun keseluruhan data pengguna ( setiap bulan ) dan difailkan bagi tujuan rekod dan rujukan. 6.2 Menyemak pengguna2 di dalam Frog VLE sekolah ( enabled/disabled user ). Seeloknya setiap bulan.
18
7. Tugasan mengikut masa dan kedaan : 7.1 Melakukan proses muat naik data apdm ( setiap awal tahun persekolahan ) bagi tujuan penyelarasan data2 murid. 7.2 Melakukan proses transfer out ( user berpindah keluar / berhenti sekolah )
19-20
21-24
25
26-28
ISI KANDUNGAN PERKARA
MUKA SURAT
7.3 Melakukan proses transfer in ( user berpindah masuk ) 7.4 Melaksanakan prosedur enabled/disabled user ( user tamat perkhidmatan / tamat persekolahan )
29-31
8. Cadangan aktiviti-aktiviti bagi peningkatan penggunaan frog di sekolah : 8.1 Anugerah Khas Frog VLE 8.2 Minggu / Bulan Frog 8.3 Minggu / Bulan Panitia melalui frog
32-34
35-37
Siapa Admin Frog ?
1. Siapa Admin Frog ? Bermula dari tahun 2012 dan selaras dengan projek 1 Bestarinet, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mula memperkenalkan Frog VLE. Frog VLE adalah pelantar pembelajaran maya yang menyokong penuh pembelajaran secara interaktif di atas talian 1bestarinet yang dibekalkan oleh pihak YTL . Pihak Frogasia ditugaskan untuk mengurus dan mengelolakan pelantar ini dengan kerjasama beberapa bahagian di dalam kementerian pendidikan. Antaranya ialah Bahagian Teknologi Pendidikan . Jurulatih utama bagi pelantar pembelajaran maya Frog VLE adalah terdiri daripada pegawai-pegawai teknologi pendidikan yang berkhidmat di Bahagian Teknologi Pendidikan , Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan juga Pusat Kegiatan Guru. Admin Frog VLE adalah individu yang bertanggungjawab secara penuh berkaitan pelaksanaan , latihan dan tadbir urus Frog VLE di sekolah. Admin dilantik di kalangan guru-guru yang mahir di dalam bidang ICT . Namun begitu, pelantikan admin di sekolah adalah di bawah kuasa dan bidang tugas pentadbir ( Guru Besar dan Pengetua ). Tidak mengambil kira guru tersebut adalah guru ICT mahupun Guru Penyelaras Bestari, pihak pentadbir layak melantik sesiapa sahaja guru yang dirasakan bersesuaian untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai admin.
1
Tanggungjawab dan peranan
2. Tanggungjawab dan peranan 1.
2.
3.
4.
5.
Bertindak sebagai pengurus program-program berkaitan penggunaan, peningkatan Frog VLE diperingkat sekolah. Memastikan setiap pengguna Frog VLE di sekolah ( Guru, ibu bapa,murid ) mendapat ID dan kata laluan. Memastikan setiap pengguna terlatih dan mahir menggunakan pelantar pembelajaran maya Frog VLE di sekolah. Menjadi jurulatih kepada program-program dan siri latihan penggunaan Frog VLE di sekolah. Menjadi pakar rujuk level 1 kepada segala permasalahan yang berkaitan dengan penggunaan Frog VLE di sekolah.
2
Kemahiran dan skil
3. Kemahiran dan skil Setiap admin yang telah dilantik oleh pentadbir semestinya perlu meningkatkan skil dan kemahiran pada diri sendiri. Antaranya ialah : 1. 2. 3. 4. 5.
Kemahiran pedagogi dan kejurulatihan yang baik . Kemahiran sosial dan kemahiran berinteraksi. Kemahiran membimbing dan melatih. Kemahiran ICT dan administrator. Kemahiran menggunakan Frog VLE ( sebagai admin, guru, pelajar dan ibu bapa )
3
Tugasan Admin di sekolah
4. Tugasan Admin di sekolah Terdapat beberapa tugasan penting yang perlu dilaksanakan oleh seorang admin Frog VLE di sekolah. Admin perlu : 4.1 Mengedarkan Id dan kata laluan pada semua pengguna. 4.2 Melatih guru-guru dan murid-murid di sekolah 4.3 Mengurus akaun Frog sekolah ( administrator ) 4.4 Mengurus dashboard sekolah 4.5 Menjadi pakar rujuk dan jurulatih utama di sekolah 4.6 Menjadi motivator dan tauladan di sekolah
4
4.1 Mengedarkan Id dan kata laluan pada semua pengguna. Pengedaran ID dan kata laluan bagi Frog VLE adalah WAJIB tanpa perlu mengira pengguna itu log masuk atau tidak. Berikut adalah tatacara proses kerja bagi tugasan ini : 1. Log masuk dengan akaun admin anda :
5
2. Klik pada frogdrive :
3. Lihat pada bahagian kiri paparan, klik Application :
4. Cari User dan klik dua kali :
5. Paparan User murid akan muncul, untuk muat turun keseluruhan data pengguna ( menggunakan format CSV dan boleh dibuka dengan perisian MS Excel ). Klik Export dan salin kata laluan. Buka fail tadi dengan kata laluan, maklumat setiap pengguna ada pada tab yang berbeza.
6. Cetak maklumat tersebut bagi tujuan pengedaran ID dan kata laluan.
6
Terdapat beberapa kaedah pengedaran yang sesuai untuk dilaksanakan. Berikut adalah beberapa contoh yang boleh dilaksanakan : â—? â—? â—?
Mencetak kad ID untuk murid dan guru Melalui surat rasmi kepada ibu bapa dan diedarkan semasa Mesyuarat PIBG. Mencetak keseluruhan ID dan ditampalkan di dalam kelas bagi rujukan murid.
7
4.2 Melatih guru-guru dan murid-murid di sekolah Tanggungjawab admin untuk melatih setiap pengguna di sekolah ( murid , guru dan ibu bapa ) adalah sangat diperlukan bagi memastikan setiap pengguna mahir dengan penggunaan Frog VLE di sekolah. Hal ini akan menjamin keberkesanan dan kejayaan sekolah dalam membudayakan pelantar pembelajaran secara maya . Beberapa kaedah dan teknik latihan boleh dijalankan mengikut kesesuaian dan kemampuan para peserta. Antaranya dicadangkan : 1. 2. 3.
4. 5. 6.
Latihan bersiri secara berkala Peserta latihan dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Peserta dikumpulkan mengikut beberapa kriteria dan faktor ( kemampuan , usia , kemahiran menggunakan komputer dan melayari internet ) Melantik beberapa orang guru pembantu yang berkemahiran di dalam penggunaan Frog VLE. Mewujudkan kumpulan murid yang boleh membimbing rakan-rakan mereka sendiri. Menjemput Jurulatih Utama Frog VLE bagi siri-siri latihan tertentu.
8
4.3 Mengurus akaun Frog sekolah ( administrator ) Akaun bagi administrator Frog VLE mempunyai beberapa ciri yang berlainan sekiranya dibandingkan dengan mana-mana akaun pengguna yang lain ( guru, murid dan ibu bapa ). Ciri-ciri ini bertujuan bagi admin melaksanakan tanggungjawabnya seperti : 1.
2.
3. 4. 5.
6. 7. 8.
Mengeluarkan / muat turun keseluruhan data pengguna ( setiap bulan ) dan difailkan bagi tujuan rekod dan rujukan. Menyemak pengguna-pengguna di dalam Frog VLE sekolah ( enabled/disabled user ). Seeloknya setiap bulan. Menyemak dan membuat analisa penggunaan frog di sekolah ( data analitik ). Mengemaskini dashboard sekolah ( aktiviti sekolah , hebahan dan forum sekolah ). Melakukan proses muat naik data apdm ( setiap awal tahun persekolahan ) bagi tujuan penyelarasan data-data murid. Melakukan proses transfer out ( user berpindah keluar / berhenti sekolah ) Melakukan proses transfer in ( user berpindah masuk ) Melaksanakan prosedur enabled/disabled user ( user tamat perkhidmatan / tamat persekolahan )
9
4.4 Mengurus dashboard sekolah Dashboard sekolah merupakan portal sekolah yang rasmi melalui Frog VLE. Paparan Dashboard sekolah adalah terbuka dan boleh dilihat oleh semua pengguna ( guru, murid dan ibu bapa ) . Dashboard sekolah adalah sangat penting untuk dikemaskini oleh admin kerana di sini adalah tempat di mana setiap pengguna Frog VLE di dalam sekolah boleh mendapatkan maklumat-maklumat terkini dan penting berkaitan persekolahan, pentadbiran dan maklumat-maklumat am yang lain seperti jadual persekolahan, peperiksaan, peraturan sekolah dan lain-lain. Antara cadangan perkara yang boleh di paparkan di dalam dashboard sekolah adalah : 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Logo sekolah , visi dan misi sekolah Piagam pelanggan Lagu sekolah ( lirik dan audio ) Gambar-gambar sekolah, aktiviti dan program yang telah dilaksanakan ( terkini ) Peraturan sekolah, jadual waktu persekolahan, jadual kelas tambahan, jadual peperiksaan Takwim sekolah
* ADMIN BOLEH BEKERJASAMA DENGAN GURU DAN PENTADBIR BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT SEPERTI DI ATAS.
10
4.5 Menjadi pakar rujuk dan jurulatih utama di sekolah Peranan admin yang paling utama di sekolah adalah menjadi jurulatih seterusnya pakar rujuk kepada pengguna-pengguna lain di sekolah. Justeru itu, adalah sangat penting untuk admin sentiasa memastikan setiap ilmu dan kemahiran penggunaan Frog VLE sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Di samping itu, admin juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran ICT terkini bagi kerja-kerja Trouble shooting sekiranya diperlukan. Sekiranya sekolah menggunakan Chromebook bersama peralatan yang dibekalkan, adalah wajib untuk admin mengetahui secara menyeluruh bagaimana Chromelab berfungsi dan beroperasi. Admin disarankan untuk selalu menghubungi Jurulatih Utama diperingkat daerah untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran terkini berkaitan penggunaan Frog VLE di sekolah. Selain itu, admin perlu sentiasa menghubungi Helpdesk Frogasia sekiranya menghadapi sebarang kesulitan semasa menggunakan Frog VLE.
11
4.6 Menjadi motivator dan tauladan di sekolah Bagi memastikan setiap pengguna di sekolah ( terutamanya guru ) menggunakan Frog VLE dengan sebaik mungkin, admin juga perlu menunjukkan kesungguhan dan minat yang tinggi dalam menggunakan Frog VLE di sekolah. Admin juga adalah seorang guru ( memegang dua akaun yang berbeza ). Oleh hal yang demikian, admin perlu memainkan 2 peranan yang berbeza sebagai admin dan juga sebagai guru. Guru yang menjadi admin wajib memperlihatkan contoh dan tauladan yang baik semasa melaksanakan tanggungjawab sebagai pengguna biasa ( guru ). Jika admin tidak dapat menunjukkan contoh yang baik, bagaimana pula guru lain dapat mengikut jejak langkah admin ? Admin juga perlu bijak mengawal keadaan dan sentiasa bersabar dengan segala macam kerenah dan cabaran semasa menguruskan Frog VLE. Dengan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi, admin mampu memikul dan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sangat baik.
12
Kalendar admin / carta gantt / perancangan strategik
5.Kalendar admin / carta gantt / perancangan strategik. Menjadi seorang admin memerlukan perancangan tugasan yang lebih sistematik dan teratur. Disarankan kepada admin untuk merancang : 1. 2. 3.
Kalendar admin ( mengandungi takwim dan perancangan aktiviti ) Carta Gantt Perancangan Strategik ( Kredit buat SK Sungai Lesong )
13
Contoh Kalendar / Takwim Admin Frog VLE
14
15
Contoh Carta Gantt Frog VLE
16
Contoh Perancangan Strategik Frog VLE
17
Contoh Perancangan Strategik Frog VLE
Tugasan hakiki admin di dalam akaun frog di sekolah
6.Tugasan hakiki admin di dalam akaun frog di sekolah Admin melaksanakan tanggungjawab di bawah setiap bulan bagi memastikan Frog VLE sekolah sentiasa dikemaskini : 6.1 Mengeluarkan / muat turun keseluruhan data pengguna ( setiap bulan ) dan difailkan bagi tujuan rekod dan rujukan. 6.2 Menyemak pengguna-pengguna di dalam Frog VLE sekolah ( enabled/disabled user ). Seeloknya setiap bulan. 6.3 Menyemak dan membuat analisa penggunaan frog di sekolah ( data analitik ). 6.4 Mengemaskini dashboard sekolah ( aktiviti sekolah, hebahan dan forum sekolah ).
18
6.1 Mengeluarkan / muat turun keseluruhan data pengguna ( setiap bulan ) dan difailkan bagi tujuan rekod dan rujukan. ID dan kata laluan bagi Frog VLE adalah SULIT bagi setiap pengguna. Masalah lupa ID dan kata laluan adalah hal biasa yang terjadi. Untuk memudahkan admin, admin perlu memuat turun data keseluruhan pengguna dan disimpan di tempat yang selamat . Berikut adalah proses kerja : 1. Log masuk dengan akaun admin anda :
19
2. Klik pada frogdrive :
3. Lihat pada bahagian kiri paparan, klik Application :
4. Cari User dan klik dua kali :
5. Paparan user murid akan muncul, untuk muat turun keseluruhan data pengguna ( menggunakan format CSV dan boleh dibuka dengan perisian MS Excel ). Klik Export dan salin kata laluan. Buka fail tadi dengan kata laluan, maklumat setiap pengguna ada pada tab yang berbeza.
6. Cetak maklumat tersebut untuk di simpan di dalam fail.
20
6.2 Menyemak pengguna-pengguna di dalam Frog VLE sekolah Perpindahan, pertukaran dan pencen adalah hal biasa yang terjadi di dalam sesebuah institusi. Begitu juga dengan sekolah. Admin perlu melakukan beberapa prosedur bagi hal sebegini. Antaranya ialah: 1. Disable User = Proses ini penting supaya pengguna yang tidak lagi berkhidmat / berada di dalam komuniti sekolah tidak boleh log masuk lagi ke akaun Frog VLE sekolah. 2. Enabled User = Proses sebaliknya jika terdapat pengguna baru yang berpindah masuk ( guru dan murid ). NAMUN, PROSES INI HANYA BOLEH DILAKSANAKAN SEKIRANYA PROSEDUR TRANSFER IN TELAH DILAKSANAKAN TERLEBIH DAHULU. 3. Transfer Out = Mengeluarkan pengguna bagi kes perpindahan keluar. 4. Transfer In = Memasukkan pengguna yang terapung bagi kes perpindahan masuk ( sekolah lama telah transfer out )
21
Berikut merupakan prosedur dan langkah untuk DISABLED/ ENABLE USER : 1. Log masuk sebagai admin . 2. Lihat pada bahagian frog bar ( atas ), klik frogdrive:
3. Lihat pada paparan sebelah kiri, dan klik pada Applications:
4. Cari User dan klik dua kali :
5. Paparan user murid akan muncul. Lihat pada tab di atas, pilih pengguna ( samaada guru atau murid ):
.
22
6. Lihat paparan Students list atau Teachers list, pada bahagian paling kiri terdapat kotak-kotak kecil. Tandakan kotak kecil ( pengguna yang akan dipilih ). Anda boleh memilih seberapa banyak pengguna.
7.Setelah semua pengguna terbabit dipilih, klik pada butang Enable/Disable:
8. Anda boleh memilih samaada untuk Enable atau Disable pengguna yang anda telah pilih sebelum ini:
23
9. Klik submit bagi prosedur akhir proses Enable atau Disable pengguna di dalam Frog VLE.
10. Tunggu sehingga proses di atas selesai.
*PENGGUNA YANG TELAH BERJAYA DI DISABLE SECARA AUTOMATIKNYA TIDAK LAGI BOLEH LOG MASUK KE DALAM AKAUN Frog VLE SEKOLAH ANDA.
24
Tugasan mengikut masa dan keadaan
7.1 Panduan Video ( Muat naik data APDM ke dalam Frog VLE )
Panduan video : Kredit untuk En Mohd Fadzil Bin Abd Hanid , Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bandar Baru Uda.
25
7.2 Melakukan proses transfer out ( user Berpindah keluar ) Berikut merupakan prosedur dan langkah untuk Transfer Out User : 1. Log masuk sebagai admin . 2. Lihat pada bahagian frog bar ( atas ), klik frogdrive:
3. Lihat pada paparan sebelah kiri, dan klik pada Applications:
4. Cari “User� dan klik dua kali :
.
26
5. Paparan user murid akan muncul. Lihat pada tab di atas, pilih pengguna ( samada guru atau murid ):
6. Pilih user yang ingin dikeluarkan. Paparan contoh di bawah adalah bagi seorang guru ( prosedur kerja bagi mengeluarkan murid juga adalah sama ). Tandakan user yang ingin dikeluarkan seperti rajah di bawah :
7. Klik Transfer Out
8. Pilih Yes bagi meneruskan proses Transfer Out
27
9. Proses kerja telah berjaya
Guru yang telah berjaya dikeluarkan TIDAK lagi boleh mengakses ke dalam akaun Frog VLE sekolah. Admin di sekolah baru boleh melaksanakan prosedur Transfer In ID guru terbabit ke dalam akaun sekolah yang baru.
28
7.3 Melakukan proses transfer in ( user berpindah masuk ) Berikut merupakan prosedur dan langkah untuk Transfer In User : 1. Log masuk sebagai admin . 2. Lihat pada bahagian frog bar ( atas ), klik frogdrive:
3. Lihat pada paparan sebelah kiri, dan klik pada Applications:
4. Cari User dan klik dua kali :
.
29
5. Pilih tab Transfer :
6. Paparan seperti di bawah akan di pamerkan sekiranya anda telah berjaya ke bahagian tab Transfer
Action : Terdapat beberapa pilihan kerja antaranya Transfer In , Transfer Out dan Transfer Out Request. Add More Rows : Sekiranya ingin melakukan kerja terhadap beberapa ID @ pengguna secara serentak. YES ID / NRIC : Anda perlu memasukkan salah satu maklumat ini untuk memasukkan ID ke dalam akaun Frog VLE sekolah.
30
Verify All : Untuk memastikan kesahihan data ID Save All : Untuk menyimpan semua kerja yang telah ditetapkan 7. Langkah kerja Transfer In : 1. Tetapkan Action kepada Transfer In 2. Masukkan YES ID atau Nombor Kad Pengenalan 3. Jika ingin melakukan prosedur Transfer In lebih kepada satu user , pilih Add More Rows dan ulang langkah 1 dan 2. 4. Klik Verify All. 5. Setelah memastikan kesahihan data, pilih Save All. Tunggu sehingga proses selesai.
31
7.4 Melaksanakan prosedur enabled/disabled user Berikut merupakan prosedur dan langkah untuk DISABLED/ ENABLE USER : 1. Log masuk sebagai admin . 2. Lihat pada bahagian frog bar ( atas ), klik frogdrive:
3. Lihat pada paparan sebelah kiri, dan klik pada Applications:
.
32
4. Cari User dan klik dua kali :
5. Paparan user murid akan muncul. Lihat pada tab di atas, pilih pengguna ( samada guru atau murid ):
33
6. Lihat paparan Students list atau Teachers list, pada bahagian paling kiri terdapat kotak-kotak kecil. Tandakan kotak kecil ( pengguna yang akan dipilih ). Anda boleh memilih seberapa banyak pengguna.
7.Setelah semua pengguna terbabit dipilih, klik pada butang Enable/Disable:
8. Anda boleh memilih samaada untuk Enable atau Disable pengguna yang anda telah pilih sebelum ini:
34
9. Klik submit bagi prosedur akhir proses Enable atau Disable pengguna di dalam Frog VLE.
10. Tunggu sehingga proses di atas selesai.
*PENGGUNA YANG TELAH BERJAYA DI DISABLE SECARA AUTOMATIKNYA TIDAK LAGI BOLEH LOG MASUK KE DALAM AKAUN Frog VLE SEKOLAH ANDA.
35
Cadangan aktiviti bagi peningkatan penggunaan frog di sekolah
8. Cadangan aktiviti bagi peningkatan penggunaan frog di sekolah 8.1 Anugerah Khas Frog VLE - Log masuk tertinggi pelajar - Log masuk tertinggi guru - Penghasilan laman terbanyak - Kelas paling aktif - Ibu bapa paling aktif - Panitia / bidang / unit paling aktif 8.2 Minggu / Bulan Frog - Kuiz mingguan - Mesyuarat / perbincangan melalui Forum di dalam Frog VLE - Acara / pertandingan melalui Frog VLE - Pelancaran program Frog VLE 8.3 Minggu / Bulan Panitia melalui frog - Kuiz melalui Frog VLE - Pembudayaan PDP melalui Frog VLE
36
Anugerah Khas Frog VLE SK KG Baru Rasau Kerteh.
37
Pelancaran FrogVle di Sk Seri Kundang
38
Sharing Is Caring PERKARA TUTORIAL BERGAMBAR : Cara Mudah Untuk Membuat Kad ID Frog / Label Buku Murid
PAUTAN http://gg.gg/buatkadfrog
Tutorial Pengaktifan ID Frog VLE
http://gg.gg/aktifidfrog
11 Tips Untuk Melonjakkan Peratus Penggunaan Frog VLE di Sekolah
http://gg.gg/lonjakfrog
VLE-FROG – CARA MUAT TURUN DATA APDM UNTUK IMPORT ID FROG PELAJAR VLE-Frog : Koleksi Kamus (Widget Embed Website)
http://gg.gg/importapdm
http://gg.gg/kamusfrog
VLE-Frog : Menyemak Latihan (Widget Frog Form)
http://gg.gg/frogsemaklatihan
VLE-FROG : Tugasan 10 minit (Media + Text Activity)
http://gg.gg/4i9hv
VLE-Frog : Membina soalan ringkas dalam 10 minit
http://gg.gg/soalan10min
Sharing Is Caring PENULIS/BLOGGER 1.
2.
LAMAN
Puan Raihan Hamiza Binti Jalaludin. SK Rapat Jaya , Ipoh Perak.
https://raihanjalaludin.blogspot.my
Puan Normie Azura Binti Abd Jamil. Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat , Kuala Lumpur
https://normsuperb.com
KREDIT BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI JOHOR PUSAT KEGIATAN GURU NEGERI JOHOR BAHAN-BAHAN CONTOH / VIDEO / DOKUMEN DARI SEKOLAH-SEKOLAH TERSENARAI PROOF READING Cikgu Raihan Hamiza Binti Jalaludin Cikgu Sabarina Binti Abu Bakar Puan Hajah Ummu Aiman
MUAT TURUN MODUL VERSI CETAK