Dim a n a s u k a n d a n im a n be r t em u
Testimoni Atlet
Testimoni Atlet
Shelly-Ann FraserPryce
Michael Chang
Kehidupan yang sibuk juara dunia Olimpik, dan olahraga dan balapan Shelly-Ann Fraser-Pryce telah mendorong warga Jamaica ini untuk menyedari bahawa ketenangan hanya boleh ditemui dalam Yesus
Atlet Olimpik Michael Chang memuridkan orang lain melalui talenta beliau
Ketenangan tidak diperolehi juara dunia balapan 100 meter Shelly-Ann Fraser-Pryce walaupun selepas beliau menjadi seorang yang percaya kepada Kristus, tetapi kini dia mempunyai iman yang kuat yang mendalam, di sebalik kekayaan dan kejayaan beliau di trek dan litar padang di seluruh dunia. Fraser-Pryce, pemegang pingat emas Olimpik sebanyak dua kali dan juara balapan di kawasan tertutup dari Jamaica ini, sedang berlari di trek dan litar padang di seluruh dunia. Walaupun jadual sibuk beliau dan berada jauh dari tempat tinggalnya di Kingston, Jamaica, dia menjadikannya satu keutamaan untuk menghabiskan masa dengan Tuhan pada setiap peluang yang dia mendapat. "Satu benda yang saya selalu bawa bersama saya ialah buku ‘Daily Bread’ (bacaan kebaktian) di mana-mana saya pergi," kata Fraser-Pryce. "Dalam telefon saya terdapat Alkitab saya. Saya mempunyai jadual dalam telefon saya, dan ia mengingatkan saya untuk membaca Alkitab setiap hari. Apabila saya berada di Itali, saya pergi ke gereja dekat jalan kami. Dan di Itali, mereka tidak bercakap Bahasa Inggeris, tetapi saya duduk di sana." Walau dengan semua kejayaannya, dia memahami bahawa kemashyuran dan kekayaan dunia tidak akan memberi apa yang dia sangat ingini. "Anda pernah dengar tentang ketenangan? Ketenangan yang melangkau segala pemahaman? Itulah apa yang saya sedang usahakan" dia bicara sambil merujuk kepada Filipi 4:7.
Ia memerlukan sebuah keluarga untuk membesarkan seorang bintang tenis, tetapi bukan semua keluarga boleh melakukannya sehandal keluarga atlet Olimpik Amerika Syarikat, Michael Chang. " Ibu bapa saya selalu memberitahu saya bahawa tak kira apa yang saya nak jadi, selagi saya menikmatinya dan melakukan yang terbaik dalamnya, "kata Chang." Apabila mereka menyedari bahawa saya menikmati tenis, mereka membimbing saya dan menggalakkan saya dan telah melakukan semua yang mereka boleh lakukan untuk membantu saya menjadi lebih baik." Keluarga Chang bertumbuh menjadi lebih kukuh dan rapat dengan bekerjasama untuk membantu Michael mencapai matlamatmatlamatnya, dan mereka tahu bahawa kejayaannya telah membuka peluang untuk menyentuh kehidupan orang lain. Bagi Michael, bermain tenis bermakna lebih daripada sekadar untuk menang. Dia memanggilnya sebuah peluang untuk "menyebar Firman". "Jika saya berupaya untuk menarik orang kepada Tuhan, maka mereka akan sentiasa mempunyai kegembiraan dan kasih kepada Kristus, " kata Chang. "Kemasyhuran dan kedudukan tidak dapat dibandingkan dengan menyentuh kehidupan orang dan menggalakkan mereka dalam Tuhan, kerana itulah sesuatu yang bertahan seumur hidup dan seterusnya."
Nilai Jiwa
Nilai Jiwa
Meskipun jadualnya sibuk, FraserPryce setia kepada Firman Tuhan, serta sentiasa meluangkan masa untuk belajar lebih lanjut mengenai Injil dan bagaimana dia boleh melayani Kristus.
Semasa bermain tenis, tumpuan Michael Chang adalah untuk menarik orang lain kepada Yesus.
Mentaati Alkitab
Pemuridan