W
PAUS GAGAL 166 cerita2 kontot
Tok Rimau
R CAKARAMA MEDIA
i

ii

W
DEDIKASI KHAS UNTUK PAUS-PAUS DI LAUT YANG SEMAKIN PUPUS
W
iii 
PAUS GAGAL 166 cerita2 kontot Edisi Kedua Cetakan Pertama 2012 TOK RIMAU Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada terbitan ini dalam apa-apa juga bentuk dengan apa-apa cara juga sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit dan penulis berkenaan. Penulis: @tokrimau tokrimau@gmail.com Rekabentuk Kulit: Grafik Asal @YiyingLu penerbit: CAKARAMA MEDIA Dengan kerjasama: Sindiket Sol-jah Disahkan oleh
V Kelab Kelahi Selatan
iv
W W
“Saya suka sebab himpunan ni mempunyai segala emosi, sama ada lucu, marah, sedih atau bahagia dan cinta.” @Shahzere
W “Tiada alasan untuk tidak membaca.” @FikriKacak
W "#PausGagal sangat epik. Saya ulat buku. Saya bagi tok 10/10 :D sangat." @LiyanaZin
W " #PausGagal sangat mudah dan seronok utk dibaca. Nasib baik sempat beli semalam :) GOGOGO! TokGhimauuuu :P" @MyNameIsFatilah
W "#Pausgagal by @tokrimau sangat lawak dan ianya bukan #lawakhambar okay! Tahniah tok!" @Yatrehayati
W
1 
W 1
“Kau bukan tak tahu, apa orang kata tentang jantan berkaki besar,� bisik Bigfoot menggoda Pontianak.
2 Bila kakak marah, dia akan menyendiri sental bilik air. Itu pasal, bila kakak datang rumah saya, saya sering buat dia marah.
3 Sebaik
sahaja
keluar
dari
panggung,
Taufiq
bertanya kepada ayahnya, "Werewolf itu najis mughalazah ke?"
4 "#SayaSukaBau darah orang baru mati dibunuh," twit rakan serumah baharunya. Malam itu dia tidak boleh tidur.
2 
W 5
"#SayaSukaBau darah orang baru mati dibunuh," twit
rakan
serumah
baharunya.
Fikri
pun
membalas, "#ehSamalah."
6 Apabila saya lihat tanda "Tandas VIP," saya terus terfikir bahawa bontot kita pun berkasta-kasta.
7 "Siapa paling banyak followers dalam twitter, kita lantik dia jadi ketua kelas," umum Cikgu Hamizah.
8 “Jika dengan cara baik awak tak dapat, buatlah dengan cara yang lebih baik,� pesan veteran daripada sel penjara sebelah kepada Jasni.
W
3 
9 Aku bayangkan rindu tu macam hantu, boleh rasuk orang. Boleh hempap orang tidur. Malam tadi dia cekik aku.
10 Setiap tahun cikgu kau minta slip gaji bapak. Tahun ni bapak nak minta slip gaji dia pulak.
11 Aku fikir rindu itu hilang bersama mimpi ku, rupanya dia masih di hujung katil merenung ku hingga jaga.
4
W 12
“Teman baik wanita adalah berlian, teman baik lelaki adalah anjing. Bodoh gak pepatah omputih ni,” rungut Pak Long.
13 “Bagi tau dia, lu ada tumor. 6 bulan je boleh hidup. Lepas 6 bulan kata cintanya menyembuhkan lu,” Sompek memberi petua mengorat kepada Ajin.
14 “Masa lafaz akad nikah kau lontar suara macam command
kawad,
baru
orang-orang
tua
tu
dengar,” nasihat Dino yang masih bujang.
15 Orang
yang
kau
bunuh
dgn
unfollow,
menghantui kau daripada RT orang lain.
akan
5
W 16
“Awak comel tapi tak buat perut kenyang,” Bob memberi alasan menolak cinta Mimi.
17 “Setiap bukit mempunyai lembah,” hujah Corleone. “Tapi tak semua boobs ada cleavage,” balas Mobius.
18 Tiba-tiba
dia
mengingatkan
terfikir, dia
orang
tentang
mati
paling adalah
selalu ejen
insuran, bukan ustaz. Sejak hari itu dia tidak pergi usrah lagi.
19 Jangan bagi kucing anda nama Iskandar Muzaffar Hamka bin Tompok. Berat nama tu.
6 
W 20
Maaf, aku bukan pemaaf.
21 Pandai-pandai la kau berpusing wahai dunia. Aku nak tidur dulu.
22 Lihatlah pasangan urban berjalan menjinjing bag kertas Armani dan Coach. Mereka diikuti seorang amah yang selekeh, mengendong anak mereka dalam kain batik.
23 "Serba salah juga bila Ustaz ngorat awek gua," keluh Jef. "Gua tahu ustaz tu lebih baik dari gua."
ď š
7 
W 24
Tidak ada kereta nak bawa kami adik-beradik ke bandar, abah bawa tali rapia ukuran kaki kami sahaja untuk beli kasut sekolah.
25 Cita-cita aku tinggi untuk menyiapkan tugas tetapi sudahnya
kertas-kertas
itu
menjadi
bantal
mengalas mimpiku.
26 Di hadapan aku, engkau menjawab pesanan yang bertalu-talu masuk ke telefon. Aku tidak berasa istimewa lagi.
27 "You are my late nights and you are my early mornings," said the grass to the white moon.
28 I might be a fool, but I am not stupid.
8 
W 29
I just became the mayor of Perkuburan Cahaya Masai on 4 square.
30 I am willing to be your man, but not your boy.
31 Tidak rugi dibuat Isteri kerana orangnya cergas, jalan pun macam bersukan. Yang penting kaki sama panjang.
32 “Laaa hai.. tak payah la bersaya-awak, bercucudatuk segala. Lu-gua dah lah. Baru mesra,� kata Dukun Eton dalam suara garau. Sah la dia sedang menurun.
33 Bara dalam dada ini perlu minyak. Bukan air.
W
9 
34 "DVD lu semua stok lama, lebih baik lu berhenti jadi Cina," marah seorang pelanggan.
35 "Minggu depan gua bawak DVD stok baru. Kalau lu tak beli, lebih baik lu berhenti jadi Melayu," marah seorang tauke.
36 Pasar Malam. Lupalah bini aku suruh beli bayam ke sawi? Rupa bayam dan sawi pun aku tak tau.
37 Buang seluar dalam lama yang berlubang-lubang seperti jaring ikan itu. Mana la tahu, kamu ditahan kastam dan diarah menanggal seluar. Tidaklah malu sangat jika berseluar dalam baru.
10 
W 38
Aku buat mykad. Amik gambar mesti pakai kot. Saiz kecik pulak. Mungkin nampak macam beruang sarkas. Cobaan.
39 Aku berselipar kerana aku tahu di restoran itu kami mesti buka kasut dan makan bersila di meja Jepun. Malangnya, kawan-kawan aku guna selipar itu setiap kali mahu ke tandas.
40 Bila air bah semakin naik, aku bertenggek di atas gerobok. Tiba-tiba seekor buaya masuk bilik aku. Menyesal aku beli gerobok murah dari chipboard yang mula lunyai bila terkena air.
1A
W
11 
41 Bangunan Majlis Perbandaran pastinya tersergam hebat, bercat indah dan bertaman cantik. Di depannya tiang-tiang lampu berkerawang. Ke sini rupanya pergi duit cukai pintu engkau.
42 Lalu beberapa kereta mewah VVIP dengan cermin hitam diiringi motor polis. Murid-murid berdiri di tepi jalan melambai-lambai bendera. Mereka tidak kenal pun siapa di dalam kereta itu.
43 Resume mestilah mempromosi kita. Jika muka hensem atau lawa, kita letak dalam resume. Jika muka kita hodoh, kita tidak perlu letak dalam resume.
44 Esok engkau akan pergi. Aku mesti biasakan diri dengan kesepian ini.
12 
W 45
Tertulis dengan tulisan tangan yang buruk di dalam surat permohonan kerja Samad, “Saya menguasai Microsoft Office Word, Powerpoint dan Excel.�
46 Rumah Datuk Z besar. Ada tandas kat atas, kat bawah, kat depan dan kat belakang. Agaknya, Orang berak merata-rata dalam rumah Datuk Z.
47 "Usai menulis, saya simpan diari itu di dalam satu bekas kedap air dan mudah terapung," kata nakhoda yang tidak yakin dengan bahteranya.
48 Jangan cakap macam kapal terbang, berlegar-legar di ruang udara hanya untuk mencari satu tempat mendarat.
13 
W 49 Untuk
hari
makanan
keusahawanan, dari
rumah.
murid-murid Murid-murid
jual lain
membelinya. Keuntungan akan digunakan untuk membina astaka di sekolah. Ini sistem kapitalis komunis agaknya.
50 Diri aku ini pun bukan milik aku.
51 Saya bukan tidak tahu jawapannya cikgu. Saya tidak mahu angkat tangan kerana hari ini saya tidak pakai deodoran.
52 Antara lelaki berselipar dengan berkasut, bagus lagi yang pakai selipar. Orang pakai kasut takut masuk masjid. Takut kasut hilang.
14 
W 53
Bilik interogasi suram berbalam2. "Kau dah ada twitter kan? Kau nak kebebasan suara macam mana lagi?" tempik pegawai penyiasat.
54 Ramai budak-budak bermain di padang. Naufal tanya apa mereka buat. Permainan itu namanya kami tidak mahu main dengan kau.
55 Bangkit dari tidur, aku mendapati semut bersarang dalam mulut ku. Aku perlu berhenti menabur janji manis.
56 Setelah 5 tahun berkerja di KL, ayahnya sms kata mahu ziarah. Akmal segera ketuk pintu jirannya untuk tanya arah kiblat.
15 
W 57
Generasi X tidak faham generasi Y. Y juga tidak faham X. Adik aku tanya masa zaman abang dulu, ada dinosaur tak di kampung.
58 Saya baru sahaja upgrade kelajuan Internet. Atok boleh download apa sahaja. Atok senyum dan minta saya download ayam penyet.
59 “Tak
perlu
takut
dengan
JAIS,
mereka
pun
makhluk seperti kita,� Roy memujuk Atiqah sambil membelai rambutnya.
60 Zombies tidak peduli peluru yang menembusi kepalanya tetapi mereka sering tertanya, "Kenapa mereka sampai hati memetik picu?"
16 
W 61
Dia yang melukakan telah berpindah. Ke manakah hendak aku alamatkan tuju-tuju aku ini?
62 Emak beli meja makan baharu. Besar muat 10 orang. Di hari raya pertama emak makan sendirian kerana kami adik-beradik terlalu sibuk untuk balik.
63 Asid lawannya alkali. Bila dia simbah aku dengan asid, perlukah aku balas dengan alkali?
64 Ini hari pertama dari saki-baki umur aku.
65 Ustaz Badrul jatuh tersadung ketika mengejar dua pasangan di kebun bunga. Dia terlanggar satu pasangan lain yang sedang berbaring.
W
17 
66 "Abang, #BFF dan #KKS samakan? Kawan Karib Selamanya kan?" Presiden Kelab Kelahi Selatan terus tumbuk yang bertanya soalan.
67 Musim tengkujuh adalah bumi sedang mandi wajib.
68 "Kalau benar aku anak tabung uji, sudah tentu nama aku Azlina Bte Tabung Uji," getus Azlina yang ragu-ragu dengan kenyataan.
69 Hari-hari Linda turun naik mahkamah sampai hakim pun dah meluat tengok dia. Ilham untuk novel jenayahnya masih samar.
18 
W 70
Wan nekad berhenti bina badan. Dia kena gemuk semula agar dia boleh kata dia bukan pelakon 3gp yang tersebar luas itu.
71 "Setiap kali basuh kereta je, hujan," keluh Dean. “Berhenti basuh kereta. Kau boleh selesaikan masalah banjir di tiga negeri," jawab aku.
72  Naufal
pulang
Setibanya
di
menjinjing rumah,
sate
satenya
dan
air
sudah
soya. basah
bermandi air soya kerana lidi sate mencucuk plastik air soya.
73 Aku mengucup mayat ibu buat kali terakhir. Barulah aku sedar, itulah juga kali pertama aku mengucup ibu.
19 
W 74
Setiap kali merokok, Din Stereng akan tanggal baju. Dia tidak mahu bajunya berbau rokok.
75 Kalau
hujan
engkaulah
itu
membersihkan
orang
pertama
noda
perlu
dunia,
bersiram
sepanjang tengkujuh.
76 Nenek
orang
meninggal
tingkat
siang
tadi.
atas
rumah
gua
Lu
fotokopi
je
baru report
kematian dia. Esok tak perlu kerja.
77 Kami ambil gambar dengan pakaian tebal di waktu malam dalam kebun kelapa. Kemudian kami e-mel ke
ucapanperantau@akhbar.com
Salam Raya dari Sweden.
dengan
tajuk
20
W 78
Orang tua itu tidak mahu mengajar kami silat. Dia cuma beri nasihat, “Kalahkan diri sendiri dahulu sebelum mengalahkan orang lain.”
79 Pada hari guru, Ain belikan semua gurunya kotak pensil. Dia kepilkan kad bertulis, “Cikgulah guru yang paling saya suka.”
80
qwertyuipasdfgjkl;c Apa yang kami tahu cuma salah satu dari kuburkubur itu adalah milik atok. Yang mana satu? Tidak seorang pun antara kami pernah mencatat nombor kubur atok.
W
21 
81 Dua jam kereta mengesot mengharung kesesakan trafik raya. Sesampainya di destinasi seorang penumpang terjaga dari tidur dan berkata, "Eh! Cepatnya kita sampai."
82 Aku flat bukan kondo. Aku pencakar langit yang berpenyakit mengada-ngada menjadi mercu tanda pemedih mata warga kota.
83 Pendekar Harimau Berantai mengelupur di tempat persembunyiannya. "Arghhh! Semut api! Semut Api!" jeritnya.
84 Line clear. Jimbo pun keluar daripada gerobok. Budak-budak tabligh yang menziarah dari kamar ke kamar sudah beredar.
22
W 85
“Kalau belajar sejauh mana pun jangan lupa solat,” pesan Pak Ngah. “Tuhan di Amerika sama dengan Tuhan di Malaysia ni.”
86 “Awak pegang telefon awak lebih kerap dari awak pegang saya,” keluh Datin Junaidah.
87 w Walaupun rumah kampung ku sudah lama roboh, aku masih lagi ke sana. Entah apa yang aku cari, aku pun tidak tahu. Mungkin aku mencari diri sendiri.
88 "Sekarang dah ada sticker Ralliart ni, kancil ni boleh pecut laju ke?" Pak Long melontar soalan sebaik sahaja aku keluar kereta.
W
23 
89 Kalau awek pakai baju terdedah cleavage, orang lelaki tenung cleavage tu, dia marah tak?
90 "Dulu, kalau rasa rindu seseorang, aku baca jampi Kasihan Rindu dan tepuk bantal tiga kali," cerita Pak Long. “Sekarang, aku call je.�
91 "Beli baju bang?" tegur Fatin. "Mana ada. Abang beli beg plastik dan dapat baju percuma," aku bergurau.
92 b Syaitan itu bodoh. Kalau kau fikir-fikirkan misi dia, tentu kau boleh buat kesimpulan bahawa kau boleh buat kerja dia dengan jauh lebih efektif.
24 
W 93
"Astaga! Cikgu suruh lukis gambar kucing, bukan gambar orang baring-baring atas lecak darah," keluh Cikgu Dipah, Tadika Kemas.
94
a Aku
mengambil
cangkul
dan
memilih
tanah
sekangkang kera di bawah pohon beringin. Aku mahu kuburkan blog aku di situ.
95 Kehadapan bekas kekasih, Kita berdua, orang yang sama-sama kalah, cuba menulis sejarah seadil mungkin.
W
25 
96
T Aku dengar pakar pemadam minda itu berkata, "ada lima parut hirisan lama atas ubun-ubunnya." Ini bermakna minda aku telah dipadam lima kali sebelum ini.
97 Aku ingin ambil hati dengan membawa sebalang kuih raya kepada pensyarah aku. Bila dia buka pintu, aku dapati sudah ada lima hampers atas mejanya.
98 Pada malam berinai, Zura tertidur dengan inai penuh di jari. Dalam separuh sedar Zura menepuk seekor nyamuk yang hinggap di hidungnya.
26 
W 99
Semalam masa main basketball, kepala Steven terhantuk testikel Raj yang melompat tinggi. Aku bilang
sama
mereka
petua
orang
tua,
kalau
terhantuk kita kena ulang hantuk sekali lagi.
100 "Kena balik sekarang. Nanti bini gua mangga pintu, naya." "Lain kali buat la spare key." "Pernah ada spare key tapi bini gua ada spare mangga."
101 Tertinggal 1 mata atau 10 mata, kalah tetap kalah. Tidak perlulah nak sedapkan hati dengan mereka menang tipis.
ď ?
27 
W 102
Kau ingat kau bayar bil Astro, kau berhak tentukan saluran? Anak kecil yang menangis dlm baring hentak kaki sambil berputar2 juga menang.
103 Mula-mula dulu Maznah duduk di pintu menunggu surat kekasihnya yang dibawa oleh posmen. Akhirakhir
ini
Maznah
menunggu
posmen
yang
membawa surat kekasihnya.
104 Antara perkara yang membatalkan raya adalah tapau makanan open house sedang ramai lagi belum datang.
28 
W 105
"Jom bergambar Man." "Malu ah! Gua pakai baju pagoda je pulak." Aku pun tanggal baju raya aku. Tinggal singlet sahaja. "Sekarang kita sama." "Lu memang brader."
106 Dengan
bangganya
diumumkan,
pemenang
follower @NajibRazak ke 500k adalah @folobot. Sila tuntut hadiah minum petang 1Malaysia anda.
107 Pada tarikh ulangtahun kelahiran aku kali ini, aku sedar bahawa adalah agak terlambat bagi aku untuk mati muda.
W
W
29 
108 "Kau main bongo memang macam orang kurang upaya. Tapi bukan macam orang buta. Lebih macam orang pekak," komen Azlan.
109 Mula-mula dulu dia main bola sepak, kemudian tennis dan sekarang golf. Makin kaya seseorang itu makin kecil bola mainannya.
110 Dua orang yang mengakhiri perbualan dengan perkataan yang sama tidak semestinya setuju antara satu sama lain.
111 Dia jerit, "fine!" Aku pun balas "fine!"
112 Megan Fox membalas cinta saya dengan syarat saya mesti ke Amerika. Saya mana ada duit.
30 
W 113 1P
Tiba-tiba gua terasa nak membela penguin dalam reban terbuka. Ada pasaran tak untuk daging atau telur penguin?
114 Kalau bergaduh adik beradik, jangan maki sebut pukimak kerana puki mak dia adalah puki mak engkau juga.
115 Kata kempen pertanian adalah perniagaan. Gua tanam pokok ketum, kena tangkap pulak.
116 B Siapa kata malang tidak berbau? Masa aku hiking kat Taman Negara Endau-Rompin aku terpijak tahi orang. Malang itu berbau.
31 
W 117
Dulu aku chemo, Addy sokong dengan botakkan kepala. Bila Addy mula pakai pendakap gigi, aku sokong dengan pakai klip kertas di gigi.
118 Mizah bosan dengan gangguan telefon dari Harris. Lantas, Mizah berpindah ke kawasan yang tiada signal telefon.
119 "Orang-orang
besar
ni
sama
dgn
ikan
paus,
walaupun besar jarang kita nampak," keluh seekor bilis kebanyakan.
120 Roti telur lebih mahal dari roti kosong. Ghulam pun kata kepada pelanggannya, “Roti kosong habis, tinggal roti telur sahaja�
32 
W 121
"Guru mengorban diri utk anak bangsa. Guru boleh diibaratkan membakar di sebagai apa?" "Rokok?"
122 "Awak @polan kan? Saya peminat awak!" Tengok nametag. "Lihat ni pakej insuran yang saya jual."
123 Dalam dunia ini banyak patut. Patut ini dan patut itu. Patut yg paling patut adalah patut siapkan kerja.
124 Harris tebalkan bukunya dgn membesarkan font. Kemudian dia letak label "Buku Mesra Mata" di atas kulit.
33 
W 125
Awak tak boleh buat rumah atas pokok ni. Ini pokok milik majlis bandaran.
126 Walaupun kekasih ku sudah lama pergi, aku masih DM
(direct
message)
dia
goodnight
dan
goodmorning setiap hari, tidak pernah gagal.
127 "Aku dah pakai baju band ni. Takkan tak boleh ikut lagi?" rayu Abang Misai. "Baju The Teruna ni."
128 "Cukup-cukup la bertwitter di opis tu Midah," bisik hati Midah. "Aku nak balik dan bertwitter di rumah pulak."
34 
W 129
Tiba-tiba dia tahu apa yang nak dikatakan tapi, tiada telinga
yang
mahu
terpotong
mendengar. di
atas
lantai
Cuping-cuping bukan
boleh
mendengar.
130 Din Catering tekun menanti kredit namanya keluar di hujung filem. Tiba2, tukang projektor matikan filem dan budak jaga buka pintu panggung.
131 Dia: Hari ini International Women's Day. Aku: Kena bagi hadiah lagi ke?
132 Pak Haji kepala keras setiap hari Jumaat. Dengan selambanya dia merempit tanpa helmet ke Masjid.
35 
W 134
Semua wanita mimpikan seorang lelaki yg setia mendengar leterannya.
135 Nani: semua lelaki impikan perempuan pendiam" Harris: Kahwinlah dgn orang bisu!
136 Unmensi
ini
bukan
utk
awak.
Tolong
jangan
perasan.
137 "Macam berjimat air di gurun, itu pasal saya tak sms awak," Romi memberi alasan. "Bateri hampir kong."
138 Kereta saya bunyi gruk gruk gruk waktu pagi dan geduk geduk geduk bila masuk gear satu, kenapa ek?" Peah tanya pomen melalui telefon.
36 
W 139
Mobius bawa telefon ke luar rumah. Signal kuat sikit. Mungkin mms yang dijanjikan oleh Hot Diana akan sampai lebih cepat.
140 Air guitar is nothing. You got to admire a kid who kung fu fights air enemies.
141 Ida sudah mandi dan wangi tapi dia pakai baju bau gerobok.
142 Pagi tadi saya suruh pelajar buat business plan. 50% nak buat business makan. Mereka belum sarapan agaknya.
W
37 
143 Akhirnya, nama Dol tercatat dlm 100 pemilik Friendster terpopular. Masalahnya, Friendster pun kawan-kawan dia tidak tahu wujud.
144 Jimbo arahkan Cabi cover wedding di Kulaijaya. Sentap dia bila mendapati itu wedding makwe lamanya.
145 Ku titip rindu peluk cium ku kepada angin lalu untuk menyeberang samudera biru. Sayang sekali lanun somalia memintasnya.
y
38 
W 146
Kita adalah hamba kepada orang yang kita sayang.
147 Suraya teruja bila Jono kata dia ada small Jusco di Lombok. Apa yang Suraya tidak tahu, small Jusco itu adalah kedai jajan kecil depan rumah.
148 Hujan-hujan ni asyik nak ulang-alik tandas je. Baik sediakan botol je la dalam pejabat.
149 :-***************************** tarik nafas :-*****************************
tarik nafas
:-***************************** tarik nafas :-* lemas?
150 Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pakai bikini tinggal dalam air bersama Sponge Bob.
W
39 
151 Petang tadi idea certwit (cerita twitter) masuk. Gua ketawa sendiri. Malangnya tak cepat twit dan sekarang sudah lupa akan idea itu.
152 Bila gua cakap, kawan gelak. Gua pun audition Raja Lawak. Gagal. Taubat tidak percaya gelak Mat Ganja lagi
153 Watak jahat boleh dapat award Pelakon Pembantu terbaik tak? Takkan nak bagi watak jahat terjahat.
Q
40
W 154
"Tidak
logic
dia
itu
manusia
biasa.
Secara
rasionalnya kita tahu dia jin sebab suara dia garau," Tok Pa berbicara secara saintifik.
155 Hari ni saya berusaha menyelesaikan masalah kesesakan trafik pagi. Saya tidak pergi kerja.
156 “Kalian berdua kahwin je la,” nasihat Pak haji kepada pasangan yang tertangkap. “Tak ada cinta takpa.
Yang
penting
dapat
pahala
berganda.”
157 Aku rindu setengah hidup dengan kamu.
ibadah
41 
W 158 Mak
kat
Kuching,
jalan-jalan
ikut
rombongan
wanita UMNO. Mak punya hidup lebih happening dari aku.
159 Kenapa pencuri tak curi selipar yang ada tulis Facebook? Sebab dia tak ada password.
160 Lelaki
dipanggil
jantan
jadi
bangga.
Wanita
dipanggil betina jadi marah. Emo betul.
161 This tweet is not a legal advice and should not be construed as a legal advice.
162 Padeli berhenti main besi di gym. Badan dia mula naik. Aku nasihatkan dia agar pakai bra.
42 
W 163
Zen Zakaria biarkan saku depan seluarnya koyak besar. Dia amat berharap jadi mangsa penyeluk saku.
164 Kalaulah hantu itu makan muntah dia sendiri, tentu dia boleh kalahkan Badang.
165 Lapar.
Tiba-tiba
kedengaran
bunyi
cengkerik.
Ngap. Tiba-tiba sunyi tanpa bunyi cengkerik.
166 Aku gulingkan satu titik hitam di penghujung katakata ku. Aku tekan mata pena biar berlubang surat biru ini. Noktah.
Tamat
W PENULIS
tok rimau a.k.a. toqreemaow
t twitter.com/tokrimau tokrimau.blogspot.com tokrimau.tumblr.com youtube.com/tokrimau ahli Sindiket Sol-jah sol-jah.blogspot.com
43 
44 
W
"Setengah pengendali weblog di negara ini, seperti Tok Rimau, tidak lagi membataskan penulisan mereka kepada catatan kehidupan peribadi, malah meluaskannya sebagai komentar sosial." Weblog Pesaing Terbaru Media Tradisional. Ruang Siber. Majalah Jelita. Mei 2002. Muka 124.
Tok Rimau juga menulis dalam buku: Gasak (2012), Gangguan (2011), Cerkas (2010), Siapa Kekah Bidan Sepiah (2010), Romlah: The Untold Stories (2008), Gangguan Teksual (2008), Sabotaj 3 (2008), K-Eight (2007), Kalshnikov (2007), Ayah Kita Bos (2006) ,Masuk Barisan (2006) , Jiwa Kacau (2005)