ROBOT ROSAK 271 cerita2 kontot (Kalau tak silap kira la.)
Tok Rimau
R CAKARAMA MEDIA
i
ii
DEDIKASI KHAS UNTUK PESAKIT-PESAKIT BARAH

iii 
ROBOT ROSAK 271 cerita2 kontot Edisi Pertama Cetakan Pertama 2012 TOK RIMAU Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada terbitan ini dalam apa-apa juga bentuk dengan apa-apa cara juga sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit dan penulis berkenaan. Penulis: @tokrimau tokrimau@gmail.com Rekabentuk Kulit: Grafik Asal Twitter dan diubah sikit-sikit oleh Jimbo Tiram penerbit: CAKARAMA MEDIA Dengan kerjasama: Sindiket Sol-jah Disahkan oleh
V Kelab Kelahi Selatan
iv
Tweet Pengantar “Saya baca #RobotRosak sikit-sikit kerana saya tidak mahu cerita-cerita ini cepat habis.” @TaufiqAfi
“Saya bagi #RobotRosak satu bintang. Tapi bintang itu sebesar matahari.” @Sabrina
"Saya simpan buku #RobotRosak dalam almari berkunci agar tidak dicuri orang.” @SarahG
"Dari #certwit jadi antologi cerita-cerita kontot. Takjub. #RobotRosak " @HartiniD
“Gua bayar orang-orang di atas untuk puji gua. #RobotRosak ” @tokrimau
1
1
Jika engkau dapat benda percuma, engkau akan jadi
malas
adalah
satu
mitos.
Adakah
gelas
percuma bila membeli colgate buat engkau malas gosok gigi?
2 “Padah bilal lambat laung azan, orang kampung lewat buka puasa 2 minit,” gossip tukang gunting. 3 Nasib
baiklah
peminjam
engkar
PTPTN
tidak
dibenarkan ke luar negara. Kalau boleh, dah lama Raju jadi keldai dadah. 4 Patut la bangun setiap kali tidur terasa penat. Saya baru dapat tahu saya berada dalam mimpi tiga gadis berasingan. 5 Sepandai-pandai buaya belajar jawi, dia baca merangkak-rangkak juga.
6
2 

Mesin basuh adalah mesin yang paling berdikari. Engkau tinggalkan keluar pun, dia tidak mengular. Bukan macam engkau. 7 Orang cantik mencarut dikata comel, orang buruk bersyair dikata mengada-ngada. Dunia. 8 Ai mis yu tu. Tri. Por. Pai. Sik. Seben. Et. Nain. Ten. :-* 9 Kita makan makanan hospital tadi. Habis, orang sakit yang kita lawat itu tak ada selera. Kita pulak lapar. 10 Kalau lumba lari dengan kura-kura, saya boleh menang kerana saya boleh tidur sambil berlari. 11 Saya pernah doa awak dan dia ke jinjang pelamin. Separuh doa saya makbul. Awak sekarang tinggal di Jinjang, Kuala Lumpur. 12
3 

Dia pesan suruh datang masuk dalam mimpinya. Tetapi, bila saya sampai dia belum tidur lagi. Kelam kabut saya tidak tahu mahu buat apa. 13 Saya pesan dgn dia, kalau ke Nilai, belikan t-shirt Saya Sayang Mak Saya. Tetapi, dia belikan Saya Sayang Mak Awak. 14 Demo la ni tak serupo mulo, tak berani kawe nak tego. Demo la ni kena bawok khemah camping pulok. #OccupyDataran 15 Hafizi dan Ghazali ke pejabat FAMA untuk hantar cadangan
ternak
anjing
telur
untuk
pasaran
Vietnam. 16 It’s cute when, though we are thousand miles apart, you and I wore the same t-shirt that day. 17 Pak Long pesan semangat juang jangan macam astro. Bila hujan je hilang signal.
4 
 18
Hi, this is Jane twitjacking Dato’. He's in the shower now. That old man is so adorable. 19 Pengantin cuba bangun bila mendapati pesilat di depannya adalah duda isteri barunya. Terlambat sedetik, kaki sudah singgah ke muka. 20 I bagi you flying kiss, you balas flying kick. Sampai hati you. 21 Izah gugup untuk temujanji pertama itu. Dia siap berdandan dan sembur pewangi. Dia terlupa itu hanya temujanji di Skype. 22 Kau masuk TL. Dia baru keluar TL. Selisih 5 saat. 23 "Datuk, bangun datuk. Semua orang sudah ke dewan jamuan," pengawal balai rong mengejutkan pembesar yang tertinggal. #PertabalanAgung 24
5 

Yang bertwitter sibuk bertwitter, Yang berfesbuk sibuk
bertagging.
Yang
berfoursquare
sibuk
checkin. 25 Pak-pak menteri tu bukan mati tapi dalam sleep mode, goyang mouse terjaga la mereka. 25 Satu rompakan kiss telah dilakukan di sebuah rumah di Jalan Gambier. Perompak masih bebas berkeliaran. Perompak kiss bersiri. 26 "Satu2nya cara utk kita kalahkan MUFC adalah dengan menentang dia di padang kita," kata penghulu. "Kan kita ni jaguh kampung." 27 Toyol Pak Dawam dihantar utk mencuri duit ATM tapi kesiangan dia menunggu giliran belakang tiga Bangla cuba keluarkan duit. 28 Kau boleh bawa keluar tikus dari bawah tanah tetapi kau tidak boleh bawa keluar bawah tanah dari tikus.
6 
 29
Ah hujan. Wak Parodi pun turun menyelam ke parit agar tidak ditimpa hujan. 30 I shot the sheriff but I didn't make a parody account. 31 Terlalu banyak Ajib mengayat, sampai dia lupa mana satu ayat dia. 32 Nasib baik la twitter ni tidak ada voice feature. Kalau
ada,
penat
juga
dengar
kawan-kawan
membebel. 33 Atas TL kau, kau melihat kawan kau dari A mula berkenalan dgn kawan kau dari B. kemudian kedua-duanya tidak pedulikan kau lagi. Alahai. 34 "Kebenaran
tidak
perlukan
Papazola kepada Boboyboi.
televisyen,"
jerit
7
35 "Cara
pegang
kayu
golf
dan
pegang
pedang
samurai berbeza. Patut la musuh itu tak putus kepala," tegur Sang Jeneral. 36 Siapa nak main Drawsomething dengan aku mesti sekurang-kurangnya
dapat
kredit
dalam
Seni
Lukis. 37 “Bodoh! Kalau lari dari polis, jangan lari slow motion,” jerit Mak Peah yang sedang menonton Hindustan. 38 Jangan sampai gua tumbuk muka lu keluar darah. Kemudian gua instagram set lomofi. Dah hashtag #Amekaw! 39 Rokok habis tapi terlalu malas untuk ke kedai. Kemalasan
inilah
yang
buat
merokok. Untuk satu malam. 40
Gopi
berhenti
8
"Tak baik guna avatar orang dedah aurat," nasihat Haji Amin kpd Minah. "Yelah, nanti saya tukar," jawab ustazah Hawa. 41 "Proton unveils the Prevé," aku membaca kuat tajuk akhbar. "Sesuai untuk prevét sapu," jawab Pak Long. 42 Banyak games dah jadi filem. Bila la depa nak buat Dam Haji The Movie? 43 Sinopsis Dam Haji The Movie : Filem mengisahkan haji tidak mabrur akibat niat dapatkan ilmu hitam yang membolehkan Pak Haji membunuh orang ramai dengan sekali lenting. 44 Aku pernah kenakan Mat Salleh, aku ajar Good Morning = barua. Sekarang tiap kali jumpa aku dia angkat tangan dan kata barua. :-( 45 Orang Malaysia patut boleh maki dalam 3 bahasa. Pukimak, cibai, pundek. Baru harmoni.
9
46 Kita negara demokrasi. Kita patut ada pilihanraya memilih pembesar-pembesar Twitterjaya. 47 Meow. Bunyi itu sungguh menyeramkan. Anjing itu mengiau lagi. Meow. 48 Sesapa kawan dengan Man Kunang, akan dapat title arwah. Bila dia cerita pasal kawan dia semua ada arwah depan nama. 49 "Di rumah ini terlalu banyak gangguan," kata Dukun Jan. "Tetapi gangguan bekalan air bukan bidang saya." 50 “Makcik tak pernah logout twitter. Makcik takut nak logout sebab cik tak ingat password nak login.” 51 Tadi gua tertidur masa bercakap dengan orang. Mimpi pulak tu. Ngigau lagi Buruk bebeno.
10
52
Semalam Earth Hour, hari ini Mars Hour pulak. 53 “Gua nak clone menu book mamak, tambah lauk tenggiling goreng,” Jim membuat perancangan. 54 Batu Istinjak Doa for sale. 55 Panggilan anda sangat penting bagi kami, sila tunggu. - Unipie Call Centre (Suara ni loop 5 minit dah) 56 In social media, everybody is a sage, a philosopher and a mufti. 57 Di asrama, piranha boleh makan biskut. Mak aku bagi satu tong pun boleh segera habis. 58 Kita patut kenalkan konsep "anak keladi" dalam liga super.
11 
 59
Hensem kalau macam gajah kata lagu tu. Gajah zaman P Ramlee hensem kot. 60 Gua jual debu tayamum. Murah. Harga kawankawan. 61 Kepapaan
tidak
boleh
berlaku
jika
tiada
kemamaan. 62 Fakta: 90 % banduan adalah bekas pelajar tadika. Maka, jangan hantar anak ke tadika. 63 "Bila ex-gf yg lu tinggalkan dapat bf baru, lega rasanya.
Hilang
rasa
bersalah,"
cerita
Leman
Kasanoba. 64 "Wahai cermin di dinding, siapakah yang paling tampan?" tanya aku. Seperti biasa cermin tidak ajaib ni terlalu jujur. Aku pecahkan juga nanti.
12 
 65
"I malas bercukur bila kita berjauhan," kata Habib. "Eh, samalah," jawab Bibah. 66 Aku tak percaya ramalan zodiak kerana aku lahir tahun monyet. 67 Aku ayam kampung, kuli-kuli sahaja. Reban pun tiada, ada pun bapak punya. 68 Airasia: Sir, no outside food allowed. Passenger: Kindly open the door for me to eat outside. Please. 69 Budak
ni
tidur
berbantalkan
pinggan
dan
berselimutkan dulang. Bangun dik, gi basuh muka sebelum sahur. 70 If I sleep alone and snore in a forest and no one is around to hear it, do I make a sound? 71
13 
 Syaitan well trained independently
without
some his
people
to operate
supervision
during
Ramadhan. 72 Imam Tanya di surau, " lama kawan tak nampak awak. Ingatkan dah pindah." Jawab berhelah, "Imam kena beli spek baru la gini." 73 Jalan cerita kebanyakan lomokino films adalah cerita jalan-jalan. 74 1 biri2. 2 biri2. 3 biri2. 4 biri2. 5 biri2. 6 biri2. 7 serigala. 8 biri2. 9 oiiii serigala sila main jauh2. Kan dah lost count. 75 Pelajar boleh bawa telefon ke sekolah. Aku hanya mampu bagi dia bawa telefon rumah agar dia setaraf dgn kawan-kawan. 76 Tak sangka rusuk kiri yang dipuja-puja membuat mata kanan lebam dan rusuk kanan patah.
14 
 78
Bila aku tutup mata, aku masih boleh nampak. Nampak hitam gelap belakang kelopak mata. 79 Bumi
berputar
macam
threadmill.
Aku
berlari
setempat. Laju tidak ke mana-mana. 80 "Mekbuk gapo dio nate beruk? Mek ambo namo Mekyah!" bantah Wan Embung bila ditanya pasal MacBook. 81 Lelaki macam puppy. Kau dok diam dia buat bodoh. Kalau kau lari dia kejar. Kalau dia dapat, dia gigit. Ngap! 82 Soalan: "FYI tu apa?" Jawapan: "Sila google FYI. Terlanjur tu google juga GTG." 83 Hidup
ini
macam
takraw,
tanggung, jangan tak sebat.
kalau
dapat
bola
15 
 84
Abang dipondok telefon cuba MMS sama kamu. Tak tau mana punat mahu tekan ni. 85 Suatu hari pihak promosi akaun @NajibRazak akan buat promo, follow dan dapat set mainan percuma. Kumpulkan kesemuanya. 86 "Mungkin tiada kimia antara kita. Tapi kita belum cuba biologi," pujuk Zen Zakaria.
87 Jika dia maafkan kita, kita maafkan dia. Jika dia tidak maafkan kita, kita tidak maafkan dia. Adil kan? 88 Senin
simpan
wudu'
utk
asar.
Apabila
azan
berkumandang, Senin terkentut. Sabarlah Senin, esok lusa mungkin tiada catuan air lagi. 89
16 

Hari ini hantu itu tak kacau aku. Aku tunggutunggu tapi dia tak kacau. Aku rasa tidak penting. Tidak dihiraukan lagi. 90 You are nowhere but everywhere. I am constantly being reminded of you by the sun, the cloud, the wind and the smell of rain. 91 Eureka! Gua baru cipta tuala berpelekat lelaki. 92 Selamat
pagi
cemburu,
selamat
pagi
marah,
selamat pagi rindu. Gaul semua jadi sarapan. :-) 93 #ToMyFutureKids You are already here. Your dad invented the time machine. 94 Dia kata, "Damn!" Aku kata, "Damn.� Itu tanda kami setuju." 95 Awak kena faham saya tidak boleh mengawal dengkur saya. Saya tidur masa tu.
17 
 96
Tak, aku tak melihat bulan yang sama bila kau datang bulan. 97 Tiga perkataan, Math aku gagal lagi! 98 Satu
Telipot
Kelantan
dan
satu
Telipot
lagi
Trengganu. Nampak tak konsep teleport ciptaan siapa? 99 Kereta-kereta terlalu laju di highway Pasir Gudang. Kerajaan
terpaksa
buat
beberapa
lubang
utk
memperlahankan kenderaan. 100 Kau lihat tong kaca, plastik dan kertas. Tiada yang sesuai. Lantas kau buang hati ku ke longkang. 101 Dia
kata
ketika
keretanya
berpusing-pusing
hayatnya mengimbas. Aku dilihat sedang memberi kucupan terbang. Manisnya.
18 
 102
#AwkwardMoment Kau tengah berangan2, salah satu watak dalam angan kau memanggil menyebut nama kau. 103 #AwkwardMoment Kau belum tidur, mimpi dah mula. Tak menyempat-nyempat. 104 "Kolej aku dah ada wifey." "Wi-fi tu sebutannya wai-fai la bongok." "Ye ke? Abis aku tengok orang tulis wifey tu apa?" #ohMyEnglish 105 Nama lain. Tweethandle lain. Avatar lain. Sah, multiple personality disorder. 106 Dulu, aku dengar Cambodia sebagai Kemboja. Dan Vietnam sebagai Jet 6. Rasanya ramai yg begitu. 107 Setelah
2
minggu
tidak
hujan,
penghulu
memanggil Jali untuk berkaraoke di bendang. Jali tidak tahu mahu bangga atau mahu marah.

19 
108 Each time you tweet #MalaysiaMiskinBudaya , a maid is being ironed. 109 Tengku Daniel masuk ke hutan. Berdiri depan buluh betong. Dan berkata,"Selamat hari ayah." 110 Setiap kali dating Jan mesti periksa kuku makwe. Sebenarnya itu alasan nak pegang tangan. Esok lusa dia cadang periksa stokin pulak. 111 Rupanya hari ni Kiss Day. What the heck! Mwah! :* Sorry ada bau durian. 112 Pasang jebak tak kena. Pasang getah tak lekat. Sekali Jali lastik jatuh seribu kucupan terbang. 113 "Asal boleh terbang je, kau ingat hantu. Tak terfikirkah kau, aku ini mungkin malaikat?" sapa makhluk terbang itu.
20 
 114
#awkward Anak perkenalkan bf dia yg lebih tua dari anda. 115 Aem: Hello, aku sini. Kau dah kat sana? Aku: Hello, tak aku kat sini. Bukan kat sana. 116 Ahmad Kutty dalam Bahasa Melayu adalah Ahmad Kiut. 117 Undang2 rumah ini siaran tv adalah hak milik pelipat kain. Kalau nak tengok Disney Channel, sila volunteer lipat kain. 118 Polis Trafik: Jangan perlahankan kenderaan anda semata-mata untuk menonton kemalangan. Saksi Kemalangan: Sebenarnya Encik, mangsa tadi pandu laju bila nampak kemalangan! 119 Apasal tv3 tak siar polis tangkap illegal money lender? Susah ke nak cari mereka? Kan nombor mereka tampal merata?
21 
 120
"Makwe saya hilang. Dah 3 jam dia tak tweet," lapor Jalal depan pegawai polis bertugas. 121 If women rule the world, warna traffic light akan sedondon. 122 I should buy smtg. Wrap it. Give it to myself. 123 #SeringBerlaku Kau tahu mimpi kau best sangat tapi kau tak ingat cerita dalam mimpi tu. Kau tahu ia best sahaja. 124 Ukuran bandar maju adalah bilangan McD dalam bandar itu. 125 #SeringBerlaku
Kau
pastikan
barang
berharga
disorok di tempat rahsia agar tak hilang. Kemudian kau lupa tempat rahsia tu. 126
22 

Kalaulah mesin inception ada. Aku ingin terus kekal dalam mimpinya. Jangan kejut. 127 "Pepagi buta komplen sana sini. Tak bersyukur langsung," komplen seorang kaki komplen. 128 Raja sehari adalah raja boneka. Yang berkuasa dalam majlis perkahwinan adalah mak andam. 129 Aku belum keluar LRT, kau dah serbu masuk memang aku body contact dengan siku. Tak kira jantan betina. 130 Orang kampung bagi durian 3 biji. Baru cakap semalam, hari ni dapat. Masin mulut gua. Hari ni gua cakap pasal kueh pavlova pulak. Tengok bagaimana dia pergi. 131 Masa Tok umur 9 tahun, dalam borang Data Murid, bahagian cita-cita, Tok tulis SUPERMODEL. Ya, dengan huruf besar.
23 
 132
“Pak Mat nak surprise Mak Minah besday ni. Tudung tenggiri satu!" minta Pak Mat dgn peniaga. "Tudung bawal ada la cik." 133 Pakcik ni tangan panas, tanam pokok semua mati. Jadi
penggali
kubur
ni
takpe,
tanam
orang
memang dah mati. 134 "Masalah jadi skandal adalah bila bf2 ajak tonton wayang yang dah ditonton dgn bf1," keluh Mona. "I tertidur dalam pawagam." 135 Makan kiss-miss satu kilo agar tidak lupa. 136 Stalker saya mula stalks orang lain juga. Saya jadi cemburu. 137 Sebenarnya, dia tidak perlu beli plet WWW. Kalau dia tampal XXX pun tiada siapa berani tahan.
24 
 138
Aku flirt dengan Aishah sehingga dapat. Kemudian aku tinggalkan. Dia gagal dalam percintaan. Aku Hadir Lulus. 139 Tajuk buku saya yang berikutnya adalah Error 404. 200 halaman kosong. Siap. 140 Katalah
sesuatu
sayang.
Kesunyian
ini
membingitkan. 141 Melayu tumpang bangga plet kereta WWW1 milik seorang Melayu. Tumpang bangga je la, nak tumpang kereta tu jauh sekali. 142 Sejak ayah kau pergi, ibu rasa sunyi. Biasanya malam
sejuk
begini
kita
boleh
dengar
dia
berdengkur. 143 Bapak, kalau hilang barang, dia pejam mata. Kemudian kata "Wallet kau dekat dgn laluan orang."

25 
Kalau bapak bagi lokasi GPS membantu la juga. 144 Masalah beli tempah tiket kapalterbang setahun awal ni, makwe sempat lari. Date kena teruskan. Sendirian. 145 Akak, kalau ada orang kacau guna telefon, akak tulis nombor dia di dinding tandas awam, "For good time call.." 146 "Ai cintakan yu bagai nak rak," kata dia. Aku pun ke Ikea belikan dia satu rak buku. 147 Untuk menyerikan majlis, kita jemput Hellexist untuk naik ke pentas untuk mendendangkan lagu mereka. Dipersilakan. 148 Nah ambil ni garam yang aku ekstrak dari air mata ku sendiri. Semoga beriani kau tidak tawar. 149
26 

Asyik-asyik rock the youth. Oiii orang tua pun nak rock juga! 150 Debat isu semasa antara ahli politik ni sihat. Esok kalau kita semua sudah matang, kita bikin gusti pula. 151 Nothing surprises us anymore. We are used to bad news. 152 Kau kalau gaduh je, campak telefon. Kalau Tok dulu buat gitu, pasti telefon tu hayun balik hentam muka sendiri. Dulu takde cordless mobile. 153 Isteri Nik tengok konsert Mania di TV. Demi Piala FA, Nik jalan kaki ke mamak di pekan. Malangnya, mamak pun layan Mania. 154 2012, dia sokong MU, MU kalah. Sokong Bayern, Bayern kalah. Tadi PKR hantar borang minta dia jadi ahli UMNO untuk tahun ni sahaja.
27 
 155
Cantiknya baju di badan patung di depan kedai, tak semestinya cantik di badan awak. Badan awak dan patung banyak bezanya. 156 Scorpios are early generation of C3PO robots. 157 Capricorns are corn juice in cans. 158 Geminis are very small valuable stones. 159 Leos are short leotards. 160 Virgos are male virgins. Ha ha ha. 161 Pendekar
Awang
membunuh
Sir
Drake
tetapi
namanya tidak tercatat dalam buku sejarah. Satusatunya pencatat sejarah pada zaman itu adalah Sir Drake. 161
28 

Rupanya cahaya di hujung terowong itu adalah lampu lori bergerak ke arah aku 200 km/j. 162 "Pulangkan. Pulangkan," kata hantu yang mengaku dirinya dibunuh dan organnya dicuri. Mana aku tahu hati ini hati curi. 163 Masa kena tampar dgn Ustaz Fadhil, aku budak lagi. Mana aku tau itu idgham jenis apa. Cenggini ke dakwah? 164 Bosan lalu Endau-Mersing waktu mlm, Amin pun hidupkan radio. "...Saya tujukan lagu ini kepada Pak Ngah yang meninggal tahun lepas." 165 Di sekolah sains berasrama kami mandi telanjang petak. 166 Malam itu di belakang tandas RnR, dia muncul. Gua
tonggeng,
tak
nampak
kaki.
Gua
tunjukkan tandas OKU di hujung bangunan.
pun
29
167
Kat asrama dulu, nama makwe gua Azlina, posmen gua
Ali.
Gua
dah
maafkan.
Semoga
mereka
bahagia ke anak cucu. 168 Malam itu, Naufal culik spender budak senior yang buli dia dari ampai aspura. Dia sidai di ampai aspuri. Ada tulis nama budak tu lagi. 169 Cikgu tampal “Dilarang buat buckle dan buku lima di bengkel.” Kreativiti kami terus bantut selepas itu. 170 Habis SPM, kami sauk ikan dari kolam kelas pertanian. BBQ guna seterika. 171 Naufal biasanya cuci baju sekolah senior dengan air, sabun dan kahak. 172 Aku ingat bila masuk Sekolah Henry Gurney , aku akan pandai Bahasa Inggeris. Tidak juga.
30 
 173
Sejak kena tomoi kat hidung hingga berdarah, tidur saya tidak berdengkur lagi. 174 Bawa bertunang dan cepat nikah. 175 Cikgu Syed tahu Fizi adalah cucu Ustaz Fadel yang pernah merotannya kerana mandi parit. Cikgu Syed pun mengajar Fizi cara berenang di parit 176 Awak. Awak. Nama manja untuk jangkitan cirit birit adalah cherry berry. Cute kan awak? 177 Katil punya bunting, pelamin dapat nama. 178 Banyak kereta slow. Eza capai telefon. Tengok skrin. Eza tuit, "xcden di jln Tampoi. Kancil remuk." Gedegang! Eza telanggar kereta depan. 179
31
"April fool!" jerit Ita setelah berjaya memperdaya Mat. "Tapi ini bulan Mei!" bentak Mat. "Kalau sambut April Fool bulan April haram," Ita. 180 Bawa bertenang dan banyakkan istighfar. 181 Angin
bersiul
panjang
di
luar,
sedang
hujan
mengendang bumbung. Aku di sini terkenangkan kamu. 182 You can't block people who block you. It's like a sudden death gun draw. 183 “Kata nak exercise?” “Pagi Ahad. Dah 5 km gua golek-golek setempat atas katil ni.” 184 Siapa nak facetime, silakan cepat. Gua tengah berlegging ni. :-) 185
32 

Jika kawan anda twit update dia berak, reply minta dia lapor warna dan kadar kekerasan najis. Twitpic sekali. 186 Datang tidak difollow, pergi tak diblocked. 187 Gua fikir nak beli bot ikan second hand, park kat Senibong. Nama kan Love Boat. Boleh orang sewa. 188 Bayang-bayang yang paling besar adalah milik orang yg paling dekat dgn api. 189 "Untuk memerintah, perlu ada yang diperintah," tertulis
di
nota
terakhir
sebelah
tengkorak
peneroka solo planet Marikh yang gersang. 190 Kalau hujan itu kesedihan, nescaya kesedihan itu sepanjang masa di Malaysia lebih-lebih lagi bulan 12. 191

33 
Jurugambar itu beritahu Mirul, "Photoshop pun, gambar awak tetap sama. Tunggu Photoshop versi baru." Timi rasa terhina. 192 Kalau pejabat POS tak ubah sikap, percintaan gaya pos kita akan gagal. 193 Marah boleh tapi jangan marah-marah. 194 Cara parkir melambangkan keperibadian seorang lelaki. Ya, cara parkir kereta juga begitu. 195 Bila marah sahaja BI jadi lancar siap pandai mencarut. Sir nasihat students agar marah macam Hulk sebelum jawab soalan BI. 196 Kalau hari hujan je rumah aku bocor. Hari panas tak pulak. 197
34 

"Saudara kahwin pun gua tak tunjuk muka, inikan pula kawan fesbuk," Cabie bagi alasan untuk tidak keluar rumah. 198 "Memang I cari anak ikan. Tapi I tak mahu anak ikan paus," Datin Emma tolak pujukan permintaan Bob dengan molek. Bob tertunduk kalah. 199 Nak suruh mandi kemain liat. Bila dah mandi khayal main air. Dah kecut baru dia nak keluar. 200 Jangan risau followers. aku tak unfollow sesiapa. Minggu ini tiada penyingkiran. :-) 201 Dalam dunia ni ada 7 orang muka serupa, UMNO boleh cari 8. 202 Rumah
tinggal
akan
dimasuki
jugalah saya bila awak tinggalkan. 203
hantu.
Begitu
35 

Sebenarnya, aku dua langkah ke hadapan dari dia. Sebelum dia merajuk aku dah pujuk. 204 Bos ni, Hari Secretary kemain belanja secretary dinner. Hari buruh tak pula belanja buruh. 205 Non-chinese Ping Pong Tournament- racist ke idak? 206 Wanita makin tua makin keras hati. Lelaki makin tua makin lembut hati. 207 Aku luahkan tentang dia yang perlu dirahsiakan. Kemudian,
aku
ucap
terimakasih
dan
bunuh
sipendengar. 208 "Cantik
gak,"
getus
hati
Shafiq
apabila
dia
merenung avatar. Tanpa Shafiq sedari, Leman menggunakan gambar Siti Nurhaliza. 209
36 

Muzik intro main kat radio. Gua tetiba rasa ingin sing along out loud. Gua nyanyi. Tiba-tiba lagu lain. Salah lagu daaa. 210 Saya bukan ponteng encik. Saya selalu diganggu bisikan menghalang saya pergi kuliah. 211 Orang yg kuat adalah orang yg boleh tahan kencing. 212 Sekarang kalian kata sehati sejiwa. Tunggulah nanti bila kalian mula renovate decorate rumah kalian. Semua orang pun kreatif. Goodluck. 213 "Saya perlukan sample air liur awak," kata pegawai CSI kepada gadis saksi langgar lari di MRR2. 214 Tanda-tanda
majlis
hambar,
Dijemput Hadir." 215
"Orang
Ramai

37 
Siulan cerek apabila air dijerang mendidih persis runut bunyi sebuah kisah seram. 216 Struktur cerita yg baik macam buaya. Dia mula dengan gigitan tak lepas, dan hujungnya ekor melibas buat khalayak tidak lupa. 217 #pikapLineWaitress Yang abang nak takde dik. Kenapa takde nama adik dalam menu ni? 218 Setiap rumah perlu ada kotak penalti depan tv. Sapa tengok dekat sangat kita tendang dia. 219 "Saya tweet K, dia pun tweet K. Tapi saya yang tweet dulu," terang plaintif dalam perbicaraan kes hakcipta. 220 "Doktor, ada baby dalam perut saya," adu Shila. "Bukan perut, rahim," jawab doktor. "Bukan rahim, perut. Saya baru sahaja makan baby saya." 221
38 

Raj tanya Hwa Mei, "Ada diskaun?" Hwa Mei jawab, "20% tapi kena layan diri." "Ibu ayam sekarang niaga atas angin," keluh Raj. 222 Dalam kereta kipas speed 2. Hawa sejuk 3 hun. Luar panas sahara. Aku tidur mimpi aiskrim. Tibatiba hon dari lori arah bertentangan mengejutkan aku. 223 Taufiq
tulis
nota
doa,
"Semoga
cacat
tuan
sembuh." Dia kepit atas wiper Merc yang parkir di tanda OKU. 224 Anak: LGBT ni apa pak? Bapak: Liga Gusti Bawah Tanah. Bila engkau sudah tiada, semuanya akan okay. Pernah rasa gitu?
225 Kenapa awak begitu kejam. Tikam sahaja saya ini lebih berperikemanusiaan. Jangan la heret saya shopping langsir di Angsana Mall.

39 
226 Selalu sangat beli jeans lusuh bundle, raya ni I deserve a brand new jeans yang nampak lusuh macam dari bundle.
227 Frasa janji Melayu tidak relevan kerana Melayu amat menepati masa pada waktu berbuka.
228 "Tak payah beli mahal2. Rehal yang bersawang tu kan boleh buat ipad stand," tegur mak.
229 Seorang lelaki perlu menghafal sekurang2 satu lagu. Akan sampai satu waktu dia dipaksa nyanyi.
230 Jangan cat bahagian dinding rumah di mana adik beradik menanda ketinggian. Suatu hari itu sahaja bukti kenangan yg kalian pernah sebumbung.
231 Tahun ni adik tak perlu pakai baju abang tahun lepas utk raya. Kita akan shopping bundle.
40 
 232
Senyuman saya hanyalah satu layer dengan style shadow di atas photoshop.
233 Aku kata padanya, aku ada diabetis, darah tinggi dan jantung berlubang. Sejak itu dia tidak cuba jual insuran kepada aku lagi.
234 I baru balik dari Singapore ya'll. Raya ni bergaya dgn bubis baru nok. 235 Semalam saya travel tak bawa charger. 1pm bateri dah kong. Dan siang semakin panjangggggggg. 236 Kalau gonen buat duit kertas 50sen, jimat sikit belanja duit raya untuk budak-budak. 237 Masa buka dia makan aiskrim vanilla. Aku, root beer. Bila kamu bercumbu, bibir kami berperisa root beer float.

41 
238 Masa buka dia minum susu. Aku, minum sirap. Bila kamu bercumbu, bibir kami berperisa bandung. 239 Doktor, masalah saya, saya minum kopi tongkat ali, punai naik tak turun-turun. Dah 48 jam dah ni. 240 Seram sungguh, Ramzi jumpa hidung khinzir dlm sup gear box. 241 Seram sungguh, pocong itu bergolek keluar dari bawah katil dan menegur, "Tolong jangan dengkur, aku nak tidur!" 242 Dalam mimpi ngeriinya, dia beratur panjang di Baskin Robin. Dia sampai depan, kaunter tutup. Sila beratur di kaunter sebelah. 243 Dalam mimpi ngerinya, kredit touch n go kurang 10 sen. Belakang, kereta lain dah banyak tunggu.
42 
 244
Kat surau mall kau paling tua, selebihnya 20 budak tahfiz Maahad minta kau jadi imam Maghrib. 245 "Hari ni kita ada coach jemputan dari FINAS utk latihan berlakon sakit apabila dijatuhkan pihak lawan." 246 Patut ada audit kira-kira untuk kerja-kerja yang berkira. 247 Elok-elok duduk jauh, hari raya kami bertandang setahun sekali untuk perbahurui sengketa lama. 248 "Ni antara kita berdua sahaja. Jangan bagitau orang tau." 249 Esok cerita dah keluar kat twitter. Twitter bukan orang. 250

43 
Bingkai cermin mata yg baik boleh lekat di muka walaupun pemakainya berhidung kemek. 251 Kalau kena kejar helikopter, lari ke arah airport. Helikopter tak boleh masuk kawasan airport tanpa kebenaran. 252 Pak Long nak join kita orang karaoke. Kita pekena dia, pasang CD azan. 253 Mula-mula bos marah-marah je. Kemudian dia dipecat. Ini semua padah dia tanya, "Bos, marah2 sayang kan?" 254 Perlu rakam kuliah ni. Dengar balik malam nanti untuk ubat insomnia. 255 Habis je Jamal bercerita tentang isu ubah bendera, isterinya pun menyambut, "I pun ada bendera, bendera Jepun." 256
44 

Selepas pembedahan, matanya sembuh. Barulah dia sedar betapa buruknya wajah suaminya. 257 Mail
perintah,
"Tulis
ni
username
gmail
gua
mail_hot." Aku pun tulis, "mailunderscorehot." 258 I miss her very much. She left me for the toilet a minute ago. 259 Perempuan
di
Malaysia
dan
beberapa
lelaki;
hatinya berada di Bombay, dicuri Shah Rukh Khan. 260 Bila Doel nampak mat mengorat isterinya di TL, dia sedar pancaran TL twitter ahli keluarga di dinding penjara adalah itu satu seksaan. 261 Dialog orang Johor kat KL: Kita boleh masuk no entry ni. Plate J. Nanti kita katalah kita tak familiar jalan KL. 262

45 
Ani baca iklan, "Pelakon video karaoke dicari. Tidak perlu lawa." Ani dalam dilema mahu mohon atau tidak. 263 Sedang Pak Ali melipat kain sebakul, dia terjumpa coli asing. Bukan jenama biasa Mak Minah ni. Pak Ali berkerut dahi. 264 "Orang banyak habiskan baca novel dalam toilet," pengakuan adik aku. 265 "Mana encik tau saya ni orang Islam?" tanya orang yang kena saman makan di tempat awam di Kota Kinabalu. "Kami dengar awak baca doa makan." 266 Jangan nak gurau sangat dengan saya. Saya melatah. Dan saya pegang pisau. 267 "Orang lain kencing manis, Tok kena berak manis," cerita datuk saya seminggu sebelum dia pergi.
46 
 269
Hari Raya tiada sarkis. Merdeka pun tiada. Tapi, badut banyak. 270 "Tiap tahun kuih bulan, wa bosan. Tahun ni wa nak laksa Johor," kata Hungry Ghost yang berdiri di meja buffet rumah terbuka Fik. 271 "Tunjukkan kad pengenalan," jerit polis. Lelaki itu mengeluarkan sehelai kad putih kosong. Katanya, "Aku malaikat yang engkau tidak kenal."
Tamat
47
Kamus Dewan Noob dan Pustwitika Draf awal cerita‐cerita dalam buku ini diterbitkan melalui twitter dengan hashtag #certwit. Oleh itu ada baiknya diterangkan serba sedikit frasa‐ frasa biasa pengguna twitter. BF: Boyfriend Certwit: Cerpen Twitter, Cerita Twitter GF: Girlfriend Hashtag: The # symbol is used to mark keywords or topics in a Tweet. It was created organically by Twitter users. Profile Picture: The personal image uploaded to your Twitter profile in the Settings tab of your account. Reply: A Tweet posted in reply to another user's message, usually posted by clicking the "reply" button next to their Tweet in your timeline. Always begins with @username. RT: Retweet. Retweeting. Retweeted. The act of forwarding another user's Tweet to all of your followers. TL : Timeline. A real‐time list of Tweets on Twitter. Twitjack: Gaining unauthorized access to an account via phishing, password guessing, or session stealing. Usually this is followed by unauthorized posts from the account. Twitter: An information network made up of 140‐character messages from all over the world. A form of microblogging. TT: Trending Topic. A subject algorithmically determined to be one of the most popular on Twitter at the moment. Unfollow: To cease following another Twitter user. Their Tweets no longer show up in your home timeline.
48 
 PENULIS
"Setengah pengendali weblog di negara ini, seperti Tok Rimau, tidak lagi membataskan penulisan mereka kepada catatan kehidupan peribadi, malah meluaskannya sebagai komentar sosial." Weblog Pesaing Terbaru Media Tradisional. Ruang Siber. Majalah Jelita. Mei 2002. Muka 124.
Tok Rimau juga menulis dalam buku: Tsunami Rindu (2012), Gasak (2012), Gangguan (2011), Cerkas (2010), Siapa Kekah Bidan Sepiah (2010), Romlah: The Untold Stories (2008), Gangguan Teksual (2008), Sabotaj 3 (2008), K-Eight (2007), Kalshnikov (2007), Ayah Kita Bos (2006), Masuk Barisan (2006) , Jiwa Kacau (2005)