Lambaian Tanah Suci MADINAH

Page 1

LAMBAIAN TANAH SUCI

MADINAH


Lambaian Munawwarah: Kenangan manis di Madinah Catatan Abdul Halim Abdullah bminggu@bharian.com.my

Madinah adalah kota suci kedua Islam selepas Makkah

MADINAH


KEMBARA KE TANAH SUCI

Perjalanan dari King Abdul Aziz International Airport (KAAIA) Jeddah ke Madinah mengambil sekitar enam jam

Sepanjang perjalanan melalui lebuh raya, terbentang pemandangan padang pasir, gunung ganang dan ladang unta di kiri dan kanan laluan

Sesekali bas yang dinaiki jemaah berhenti di beberapa lokasi untuk mengisi perut dan menunaikan solat


MASJID AN-NABAWI

Ziarah ke Masjid an-Nabawi atau Masjid Nabi. Dibina pada 622 Masihi atau selepas Hijrah


PERSEKITARAN DALAMAN

Dalam masjid ini, setiap amalan yang dilakukan akan digandakan 1,000 kali.


MAKAM NABI MUHAMMAD

Makam junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab.

Raudhah Satu kawasan dalam masjid ini yang sangat mulia, dikenali sebagai Raudhah yang bermaksud taman.

Satu kawasan sangat mustajab untuk berdoa.


TANAH PERKUBURAN BAQI

Kawasan makam untuk penduduk Madinah sejak zaman jahiliah sehingga kini. Di sini ada makam Saidina Uthman Bin Affan, isteri Rasulullah iaitu Siti Aisyah, Ummu Salamah, Zainab, Hafsah, Safiah dan Mariyah al-Qibtiyah. Selain itu, putera puteri Rasulullah juga dikuburkan di sini.


MASJID QUBA’

Jarak masjid ini dari kota Madinah hanya 3 kilometer

Masjid Quba’, masjid pertama didirikan oleh Nabi Muhammad SAW

Penduduk Quba’ adalah kumpulan pertama menyambut ketibaan Rasulullah di Madinah ketika penghijrahan baginda dari Makkah


LADANG KURMA

Lawatan ke ladang kurma dan menikmati jus kurma asli secara percuma.

Pertama kali melihat pokok kurma, ia kelihatan seperti pokok kelapa sawit

Ada pelbagai jenis kurma termasuk kurma nabi atau kurma Ajwa yang tinggi khasiatnya. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Pelbagai jenis kekacang, kismis dan coklat turut dijual.


BUKIT UHUD

Berlaku Perang Uhud di antara orang Islam seramai 700 orang dengan kafir Quraisy seramai 3,000 orang. Bukit Uhud, bukit paling penting dalam sejarah Islam.

Makam pahlawan Islam yang juga bapa saudara nabi, Hamzah Abdul Mutalib.

Seramai 70 sahabat nabi yang syahid dalam peperangan berkenaan turut dikebumikan di sini. Berada di bukit ini, terbayang betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dan pengikutnya untuk menegakkan syiar Islam.


MASJID QIBLATAIN

Masjid Qiblatain yang mempunyai dua kiblat.

Kiblat pertama menghadap Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis sebelum diperintahkan Allah SWT untuk menukar kiblat ke arah Kaabah sehinggalah hari ini.


PASAR CENDERAHATI

Cenderahati dan pakaian pada harga berpatutan. Khidmat pengurup wang mudah dijumpai di kota ini.


SATU MEMORI INDAH


PENUTUP

Pengalaman Madinah yang pasti tidak akan dilupakan. Sentiasa berazam untuk kembali lagi dan lagi ke kota suci.


PENGHARGAAN

Sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Abdul Halim Abdullah penulis Kenangan manis di Madinah, bminggu@bharian.com.my Para pemblogger yang menulis serta berkongsi gambar kenangan di Madinah.

Jurufoto internet yang sudi berkongsi foto mereka Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Salam Takzim dari Penyusun Sidek Ab Aziz Taman Universiti Indah Seri Kembangan, Selangor, Malaysia. drsidekaziz@gmail.com 22022014/PSSAH/1915



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.