Vol 1 MMXIV
Sidek Tokoh Pekerja
UPM 2012
Google Scholar Google Scholar provides a simple way to broadly search for scholarly literature. From one place, you can search across many disciplines and sources: articles, theses, books, abstracts and court opinions, from academic publishers, professional societies, online repositories, universities and other web sites.
Google Scholar is an online, freely accessible search engine that lets users look for both physical and digital copies of articles. It searches a wide variety of sources, including academic publishers, universities, and preprint depositories looking for: Peer-reviewed articles Theses Books
Technical reports Abstracts Reprints
While Google Scholar does search for print and online scholarly information, it is important to understand that the resource is not a database. A database, such as those on the Undergraduate Library Find Articles page, is a subscription-based resource that searches for articles that have been published.
A blog (a truncation of the expression weblog) is a discussion or informational site published on the World Wide Web and consisting of discrete entries ("posts") typically displayed in reverse chronological order (the most recent post appears first). Until 2009 blogs were usually the work of a single individual, occasionally of a small group, and often covered a single subject. More recently "multi-author blogs" (MABs) have developed, with posts written by large numbers of authors and professionally edited. MABs from newspapers, other media outlets,
universities, think tanks, advocacy groups and similar institutions account for an increasing quantity of blog traffic. The rise of Twitter and other "microblogging" systems helps integrate MABs and single-author blogs into societal newstreams. Blog can also be used as a verb, meaning to maintain or add content to a blog. The emergence and growth of blogs in the late 1990s coincided with the advent of web publishing tools that facilitated the posting of content by non-technical users. (Previously, a knowledge of such technologies as HTML and FTP had been required to publish content on the Web.)
Prof. Dr. Sidek Tokoh Pekerja UPM 2012
Oleh Sabri Bin Omar , InfoSains FS
SERDANG - Pensyarah Jabatan Fizik Fakulti Sains UPM, Prof. Dr. Sidek Ab. Aziz telah di anugerahkan tokoh pekerja Universiti Putra Malaysia 2012 katagori Pengurusan dan Profesional (P&P) Akademik pada majlis sambutan hari pekerja mperingkat UPM yang telah diadakan pada 8 Mei 2012 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul Aziz Shah (PKKSAAS) UPM. Profesor Dr. Sidek yang telah berkhidmat di Jabatan Fizik Fakulti Sains UPM selama 23 tahun sebelum ini pernah menerima anugerah besar peringkat kebangsaan antaranya anugerah Saintis Muda Negara (1997) dan Tokoh Pekerja Lelaki Peringkat Kebangsaan (2006). Beliau juga adalah penerima pertama Anugerah Fellowship Naib Canselor (cemerlang dalam pengajaran) yang mula di perkenalkan di UPM pada tahun 2004.
Anugerah tokoh pekerja dan anugerah PTJ sempena sambutan hari pekerja peringkat UPM 2012 adalah yang julung kali diadakan bagi menghargai sumbangan staf UPM bersesuaian dengan tema sambutan hari pekerka tahun ini iaitu ‘Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi’. Bagi anugerah tokoh pekerja katagori P&P bukan akademik di menangi oleh Tuan Haji Mohamad Ghazali Haji Ali dari Pusat Islam UPM sementara En. Tajuddin Abd Manap dari Institut Biosains meraih anugerah tokoh pekerja katagori kumpulan pelaksana. Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) meraih tempat pertama anugerah PTJ terbaik, Pusat Asasi Sains Pertanian (kedua) dan Institut Biosains (ketiga). Anugerah-anugerah di sampaikan oleh Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Radin Umar Radin Sohadi. Hadir sama di majlis ini ialah Pendaftar UPM, Dato’ Wan Azman Wan Omar, Presiden CUEPACS Dato’ Hj. Omar Osman dan pegawai-pegawai kanan Universiti.
Lawatan Kerja Ke FMIPA
JAKARTA - Dekan Fakulti Sains, Prof Dr Sidek Ab Aziz beserta delegasi Fakulti Sains UPM iaitu wakil Ketua Jabatan Biologi, Cik Shahrizad Yusof telah membuat lawatan kerja ke Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam (FMIPA), Universitas Indonesia (UI) di Kampus UI Depok di sini pada 23 Jun 2010 sejurus selepas majlis memeterai MoU antara UPM dan UI.
Beliau telah disambut oleh Dekan FMIPA, Dr Adi Basukriadi beserta Dr Abdul Haris, Sekretaris FMIPA dalam satu majlis yang sederhana tetapi penuh kemesraan antara kedua pihak. Delegasi FS UPM telah diberi taklimat mengenai perkembangan FMIPA disamping membuat lawatan ke beberapa buah jabatan di sana. Mereka berkesempatan melawat makmal biokimia dan mikrobiologi di Jabatan Farmasi, serta makmalmakmal di Jabatan Fizik FMIPA. Satu perbincangan sewaktu jamuan teh dengan Ketua Jabatan Fizik, Dr Santoso Soekirno telah diadakan dengan skop perbincangan menjurus kepada kerjasama penyelidikan, pertukaran pelajar serta aktiviti ilmiah yang lain. Delegasi UPM berkesempatan melihat hasil kerja projek tahun akhir yang dipamerkan di ruang legar Jabatan Fizik FMIPA UI.
UPM—Universitas Indonesia Jalin Kerjasama Penyelidikan JAKARTA – Universiti Putra Malaysia (UPM) mengorak langkah ke rantau Asia Tenggara dengan memetrai Memorandum Persefahaman antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Universitas Indonesia (UI) pada 23 Jun 2010 di Kampus UI Depok, Jakarta. UI diketuai oleh Prof Dr Der Soz Gumilar Rusliwa Somantri, Rektor Universitas, manakala delegasi UPM dipimpin oleh Profesor Tan Sri Dr Nik Mustapha R Abdullah, Naib Canselor UPM.
Sewaktu berucap dalam majlis MoU tersebut, Tan Sri Dr Nik Mustapha berkata “Saya percaya dengan permulaan ini kedua-dua universiti akan dapat memunafaatkan kerjasama yang terjalin demi usaha mempertingkatkan penyelidikan, serta pengajaran pembelajaran kedua-dua Universiti. “Cabaran yang dihadapi pada hari ini amat kompleks dan hanya mereka yang dapat mengekalkan daya saing akan terus maju ke hadapan. Oleh itu, penerokaan dan penjanaan ilmu serta pendidikan sepanjang hayat merupakan faktor penting dan perlu dimantapkan bagi membolehkan kita terus menghadapi cabaran masa kini”, katanya lagi. Universitas Indonesia yang berada dalam kedudukan 201 di dunia (34 di Asia dan 5 di Asia Tenggara) berdasarkan Times Higher Education-QS World Universiti Ranking pada tahun 2009 merupakan sebuah institusi yang paling terkenal di Indonesia. Menurut Tan Sri Datuk Naib Canselor, UPM meneruskan usaha serta pencarian menerusi kerjasama yang boleh dijalin antara dua Universiti, agensi mahupun badan korporat kerana kita percaya, untuk cemerlang kita juga boleh belajar menerusi kejayaan orang lain.
Selanjutnya beliau berkata “Saya amat berharap agar kerjasama yang erat antara kedua- dua pihak dapat direalisasi dan mampu untuk menjalinkan penyelidikan dan sekaligus dapat menyumbangkan sesuatu yang amat berharga kepada pembangunan kedua-dua negara. “Saya amat optimis kerjasama ini bukan sahaja terfokus antara peneraju MoU ini iaitu Fakulti Sains UPM dengan Fakultas Matematika dan Imu Alam UI, akan tetapi dapat dimanafaat oleh entiti lain. Menjadi harapan saya juga, agar kerjasama yang telah terjalin ini akan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan manfaat sepenuhnya.
Sementara itu Prof. Dr. Der. Soz Gumilar Rusliwa Somantri yang berkesempatan memperkenalkan perancangan strategik masa depan UI juga berharap agar lebih banyak output kerjasama tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya. Turut hadir dalam majlis MoU tersebut termasuklah Dr. Adi Basukriadi, Dekan Fakultas Matematika dan Ilmu Alam (FMIPA) dan Prof. Dr. Sidek Abdul Aziz, Dekan Fakulti Sains, serta delegasi dari UPM serta barisan pengurusan tertinggi Universitas Indonesia. Petikan Berita dari Laman Web Universitas Indonesia | pdf (153 KB)
Universitas Nasional Destinasi Promosi FS UPM
JAKARTA - Universitas Nasional (UNAS) yang terletak di Pasar Minggu, Jakarta Selatan merupakan institusi pengajian tinggi swasta pertama di Indonesia menjadi destinasi kedua selepas Universitas Indonesia (UI) bagi delegasi Fakulti Sains UPM dalam usaha memperkembangkan serta mempromosikan UPM di sini. Dekan Fakulti Sains, Prof Dr Sidek Ab Aziz beserta wakil Ketua Jabatan Biologi, Cik Shahrizad Yusof telah berkunjung ke UNAS pada 24 Jun 2010. Fakultas Teknik dan Sains yang diketuai oleh Ir Ajat Sudrajat, selaku Dekan dan dibantu oleh seorang Wakil Dekan(Deputy Dean), Ir Novi Azman menyambut kedatangan delegasi Fakulti Sains UPM, sebelum dibawa ke bilik mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan serta Profesor-Profesor di Fakultas tersebut. Ir Ajat telah memberikan satu taklimat mengenai UNAS secara umum serta skop peranan Fakultas dalam mendidik anak bangsa dalam jurusan teknikal dan sains. Ketua Jurusan Fisika (Jabatan Fizik) iaitu Drs Muzilman Musli, turut berkongsi pengalaman pengajaran di bidang Fizik di sana. Walaupun UNAS merupakan universiti swasta namun sebahagian besar siswanya berasal dari masyarakat yang kurang berada. Sebelum itu, delegasi Fakulti Sains UPM telah dibawa melawat pejabat pentadbiran dan makmal pengajaran di Fakultas yang beroperasi berdasarkan sistem ISO. Tumpuan mereka lebih kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan dibantu oleh aktiviti penyelidikan. Menurut pihak UNAS ramai kalangan pembesar serta pentadbir Inonesia merupakan alumni UNAS. Hasil perbincangan yang penuh kemesraan dalam suasana yang cukup harmoni, kedua-dua pihak Fakulti Sains UPM dan Fakultas Teknik dan Sains UNAS secara dasarnya bersetuju membuat hubungan kerjasama serantau terutama bagi skop mobiliti pelajar, pertukaran pelajar serta kerjasama pengajaran, penyelidikan dan pengembangan. Hubungan kerjasama ini dimantapkan lagi dengan adanya MoU antara UPM menerusi Akademik Sukan dengan pihak UNAS.