RM 8 00 14 September – 20 September, 2023 PP19711/06/2022 (035324) No 48 9 772990 951006 ISSN 2990-9511 00048 > Memartabatkan tradisi seni warisan Sabah & Sarawak Hasrul Syafiq bina aplikasi kewangan mudah alih untuk penuhi keperluan konsep perniagaan B2B - 9 Scha Alyahya lewati karpet merah di Venice bersama penggiat seni perfileman antarabangsa - 15 Effendi Rashid cipta sejarah tunggang motosikal dari London ke Kuala Lumpur, rentas 18 negara - 37 Z U L A Z H A R S H E B L E E
20
Acara fesyen
Minggu KLFW meninggalkan banyak kenangan dalam kalangan para peminat fesyen tempatan Pertunjukan Rizman Ruzaini dan Mimpikita antara yang paling meriah dengan kehadiran ramai personaliti popular
Usaha
menghidupkan seni tradisi
Borneo
“Kesedaran masyarakat
terhadap kualiti dan
kreativiti seni warisan
tradisional perlu
dipertingkatkan menerusi
pendedahan dan
pendekatan seperti
penganjuran bengkel
interaktif Pengiktirafan
seperti penganugerahan
juga dapat memangkin
semangat mereka untuk
meneruskan usaha
penting ini Pemberian
insentif kepada karyawan, penyelidik dan individu yang terbabit dalam
pemuliharaan seni warisan
tradisional juga dapat
membantu meneruskan
kelangsungan kajian yang lebih menyeluruh”
Dr Tania Maria Tangit, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Hotel dan
Pelancongan di Universiti
Teknologi Mara (UiTM)
Sabah, Kota Kinabalu.
30 Blogger makanan
Azie’s Kitchen antara blogger terawal yang menyediakan 1001 resipi dan sampai ke hari ini, masih aktif berkongsi menu baharu berserta pelbagai tip masakan berguna
35
Bandar purba
Jika berkunjung ke Turkiye, jangan lupa singgah ke kota lama Turkaegean yang menjadi tempat berdirinya seni bina lama hasil tinggalan tamadun terdahulu
22
Kembara seni Kide
Pameran Kulu-Kilir hasil karya Kide Baharudin membawa penonton menjejaki nostalgia zaman dahulu, evolusi corak kehidupan masyarakat di bandar dan kampung
26
Filem patriotik
Sempena cuti Hari Malaysia nanti, nikmati maraton filem patriotik bersama keluarga dan ikuti senarai filem terbaik yang pernah dihasilkan oleh produksi tempatan
38 Lompat tali
Walau sekadar lompat tali, aktiviti sukan intensif ini telah pun mengumpul ramai peminat sehingga mewujudkan sebuah komuniti tersendiri
40 Skuad bola wanita
36
Port nasi lemak
Di manakah lokasi terbaik untuk menikmati nasi lemak di malam hari?
Kolum Neon menyenaraikan beberapa tempat dengan hidangan terbaik
Kumpulan pemain bola sepak profesional wanita Malayan Tigress kian menunjukkan prestasi membanggakan dan kini semakin yakin untuk bersaing di gelanggang lawan luar negara
Adznam Sabri
Nurul Amni Mat Ariffin
Mohd Khairul Muhamad
Asharah Kamarul
Zulhaimi Baharuddin
Mohd Hariz Abdul Rani
PENGIKLANAN, PRODUK & INOVASI
PENGURUS BESAR KANAN Chung Eng Lee
PENOLONG PENGURUS BESAR Hazel Lee
EKSEKUTIF PEMASARAN
KANAN Nurul Ariessa Razali
UNIT PEMASARAN & JENAMA PELANGGAN
KETUA PEGAWAI
PEROLEHAN
EDITORIAL PEMIMPIN REDAKSI Suzie Adnan PENOLONG PENGARANG Izyan Liyana Mohd Darif SUB EDITOR Najibah Hassan
menjadi hak milik Impian Ikon (M) Sdn Bhd (200801014479) (815768-T) Diterbitkan oleh: IMPIAN IKON SENDIRIAN BERHAD; Menara Star, 15, Jalan 16/11 46350 Petaling Jaya Selangor PENULIS Mustakim Ramli Fatin Shahar Aziah Noh KREATIF & REKA LETAK PENGARANG EKSEKUTIF Tung Eng Hwa PEREKA GRAFIK Mohd
Hak
cipta terpelihara Semua bahan yang diterbitkan kekal
Lydia Wang
UNIT PENGEDARAN & PERCETAKAN PENGURUS BESAR KANAN CETAK Goh Kok Soo
Untuk maklum
editorial anda boleh hubungi 03-79671388 (general line) samb 1192 atau emel: editorial@majoriti7 com my Bagi
com my
1-300-88-7827 atau khidmatpelanggan@majoriti7.com.my 2 KANDUNGAN MAJORITI 7 14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023
PENGURUS PENGEDARAN Karthigesu Muniyandi Shalini Gunnasan
PENOLONG
PENGURUS, OPERASI PERCETAKAN Khairul Nizam Ya’akub
balas
tujuan pengiklanan sila hubungi hazellee@majoriti7
sementara urusan langganan anda boleh mendail
6 3
Oleh FATIN SHAHAR
BERUSAHA memupuk kesedaran kepada golongan muda, pelukis ilustrasi berdarah Bidayuh, Kendy Mitot, 36, tidak kisah jika beliau terpaksa mengambil masa agak lama untuk dikenali
Boleh dikatakan, hampir kesemua karya daripada air tangannya sejak enam tahun lalu menumpukan kepada kepercayaan dan upacara etnik masyarakat Bidayuh Menurut Kendy, ritual yang menjadi amalan di kampung halamannya di Bau, Kuching, Sarawak sejak berabad lamanya kian lenyap
Antara karyanya yang pernah dipamerkan di Galeri Petronas, Kuala Lumpur menerusi pameran Manah: Living Legacy pada 2017, Bilayar Simonggi I’eng D’e Piobuo (The Last Voyage of the Souls/Spirits) adalah sebuah karya mengenai penghormatan kepada upacara Bidayuh.
Karya terbabit turut diteruskan dengan penghasilan Bilayar Simonggi I’eng
D’e Piobuo II dan Bilayar Simonggi I’eng
D’e Piobuo III untuk terus menyelami budaya Bidayuh dalam kajian beliau Pembabitannya dalam dunia seni visual tanpa dirancang telah mengubah
Perjuangan penuh liku hidupkan legasi
haluan hidupnya 360 darjah
“Pada saya, seni adalah bahasa visual kreatif yang mencipta, meneroka, mengekspresikan diri melibatkan fikiran, perasaan, imaginasi, budaya dan pengalaman setiap individu untuk berkomunikasi dengan cara tersendiri
“Seni juga menjadi alat dokumentasi masa lalu sebagai salah satu cabang ilmu untuk merapatkan jurang dua zaman,” katanya kepada Majoriti 7
Bekas graduan jurusan Sarjana
Muda Seni Halus di Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor itu berpendapat, seni tradisional adalah unsur kesenian yang menjadi sebahagian hidup masyarakat sesebuah etnik
Sebagai pengkaji dan pensyarah di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Setapak, Kuala Lumpur, beliau mengakui perjuangannya masih panjang, namun menganggap dirinya sebagai ‘insan terpilih’ untuk mendidik generasi hari ini tentang sejarah warisan etniknya
“Kehadiran teknologi banyak memberikan impak kepada perjalanan sejarah warisan dan budaya kebanyakan etnik di Sabah dan Sarawak
“Namun, pada saya kehadiran teknologi dan kemudahan perlu diguna pakai sebaiknya untuk memberi nilai tambah pada kaedah penyampaian keindahan seni kreatif, kraf tangan dan budaya masyarakat Borneo.
“Jika diberi peluang, saya tidak ingin berhenti berkarya demi memastikan budaya peribumi terutamanya Bidayuh, tidak dilupakan,”ujarnya
Saran dokumentasikan seni warisan untuk elak khazanah berharga pupus
Ilustrasi cerita rakyat
Sebagai seorang berjiwa seni, beliau cuba pendekatan kreatif untuk mendokumentasi, memelihara, mempromosi dan mendidik masyarakat mengenai masyarakat Bidayuh dahulu terutamanya kepada generasi muda sekarang.
“Hasrat saya adalah untuk menggunakan seni kontemporari dalam lukisan untuk menyebar, menyesuaikan semula dan berkongsi pengetahuan bagi membolehkan masyarakat bersama-sama mengekalkan tradisi lama
“Seni adalah subjektif Tidak salah jika menggunakan kecanggihan teknologi untuk menyampaikan mesej budaya masyarakat
“Saya cuba menggabungkan lukisan menggunakan bahan kontemporari dengan bahan tradisional atau alam mengekalkan identiti Bidayuh iaitu berkaitan budaya, tradisi, mitos, simbol dan upacara penyembahan,” ujar pemegang Sarjana Sejarah Seni dan Pengurusan Budaya itu
Aktif membuat kajian dan jurnal mengenai etnik Bidayuh, Kendy mengakui dirinya seperti anak muda lain pada mulanya tidak begitu endah dengan sejarah dan latar belakang etnik Berkongsi harapan, katanya untuk mengangkat seni warisan, semua pihak berkaitan termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat perlu bekerjasama dalam membantu meningkatkan kesedaran mengenai seni, budaya dan warisan negara
Sokongan menerusi peruntukan juga diperlukan daripada pelbagai pihak untuk membantu mendokumentasikan penyelidikan seperti penulisan, fotografi, videografi dan yang berkaitan
“Selain itu, memperbanyakkan lagi program atau aktiviti mengenai masyarakat peribumi sama ada di peringkat sekolah, bandar ataupun luar bandar
“Agar sejarah seni kita khasnya di Sarawak dapat diterapkan dengan lebih mendalam terutamanya seni tradisi peribumi dan kontemporari, kita juga perlu memberi galakan dan pendedahan kepada golongan belia untuk aktif dalam subjek seni visual,” katanya Beliau juga mahu generasi muda terutamanya mereka yang berminat terhadap seni visual sama ada dalam bentuk lukisan atau hasil karya yang meluas berani mengambil pelbagai peluang berkongsi pengalaman dan hasil idea “Tidak perlu takut untuk meluahkan idea atau pendapat anda menerusi seni
4 METROPOLITAN MAJORITI 7 14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023
Alex
Kendy Mitot
Penari Kampung Budaya Sarawak membuat persiapan untuk perayaan Gawai di rumah panjang Iban sempena Hari Gawai yang disambut pada 1 dan 2 Jun setiap tahun
kreatif atau apa saja seni pada pandangan anda,” jelasnya
Sementara itu, pelakon dan pengacara kelahiran Kota Marudu, Sabah, Alex Alexander, 27, memberitahu, dokumentasikan seni tradisi seperti tarian, kraf tangan dan budaya dapat memanjangkan hayat sesuatu seni warisan
Beliau yang juga guru bahasa
Inggeris berpendapat, Sabah adalah negeri pelbagai etnik yang kaya dengan sejarah dan geografi indah untuk diterokai
“Setiap etnik mempunyai kemahiran tertentu seperti seni kraf tangan yang mempunyai corak tersendiri dengan
penyampaian mesej tersirat
“Penting untuk melibatkan komuniti tempatan dalam pemuliharaan dan pemeliharaan seni budaya dan warisan memandangkan mereka lebih tahu tentang seni dan budaya masing-masing,” katanya yang turut menambah masyarakat perlu sedar bahawa seni tradisional adalah identiti sesebuah komuniti
Setiap seni dihasilkan adalah berdasarkan pengetahuan tradisi dan pengalaman kolektif generasi terdahulu
Pengetahuan mengenai gaya hidup lalu, kepercayaan, corak pemikiran dan seni budaya dihimpunkan menjadi sejarah setiap etnik.
Promosi Sabah
Bagi memartabatkan seni tradisional, selepas memenangi pertandingan Unduk Ngadau
Daerah Kota Marudu pada 2016, Alex bergiat aktif dalam bidang pengacaraan
“Semua filem atau rancangan yang saya kendalikan bertujuan promosi keunikan Sabah dan kemewahan budaya negeri ini.
“Antara produksi yang pernah saya terlibat ialah Scubazoo Borneo Jungle Diaries 2 dan Borneo Ocean Diaries, RTM; Mansau-Ansau dan Best of Sabah, ” ujarnya
Bak kata pepatah, sekeping gambar membawa 1,001 cerita Generasi muda belajar menghargai, memahami dan mungkin menyemai rasa terima kasih untuk budaya, tradisi, gaya hidup, ritual dan banyak lagi yang indah melalui kepingan foto
“Warisan negara mempunyai nilai sangat tinggi dan unik, mencerminkan nilai rakyat dan membentuk identiti serta memelihara dan menyebarkan pengetahuan yang relevan kepada kumpulan etnik dari segi sosial dan ekonomi
Beliau berkata, bagi memastikan warisan terus hidup masyarakat perlu memainkan peranan bersama-sama
“Sejarah, tradisi dan budaya yang mentakrifkan kita harus diamalkan dan dipelajari secara konsisten bagi memastikan penyampaian ilmu, kemahiran dan makna berterusan,” jelasnya.
Trivia
Sarawak
Sarawak negeri terbesar di Malaysia
Terdiri daripada 27 kumpulan etnik besar dan 45 dialek dituturkan oleh masyarakat setempat
Senarai etnik:
Iban
Cina
Melayu
Bidayuh
Orang Ulu
Melanau
Murut
Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pedalaman dan kawasan tanah tinggi
Kawasan paling padat dengan penduduk adalah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching dan kawasan antara Sungai
Kayan dengan Sungai Mukah
Fakta menarik
Terdapat kira-kira 25 lapangan terbang
Kepadatan penduduk rendah
Negeri pertama direkodkan dalam senarai UNESCO menerusi Taman Negara Mulu bersama Taman Negara Gunung Kinabalu
Terkenal dengan flora dan fauna dan destinasi menarik
Tarikh cuti umum berbeza dengan Semenanjung
Hari Malaysia
Sarawak bakal menjadi tuan rumah bagi sambutan peringkat kebangsaan
Cogan kata dalam bahasa Iban Segulai Sejalai digunakan yang membawa maksud berjalan seringan, menambahkan keunikan sambutan tahun ini
Segulai membawa maksud bersatu dan bekerjasama manakala Sejalai pula berjalan atau melangkah bersama ke hadapan menyemarakkan lagi sambutan untuk tahun 2023
Cogan kata dipilih itu kerana ia melambangkan kesatuan, perpaduan serta semangat kerjasama dalam kalangan rakyat di negara ini
Sabah
Masyarakat terdiri daripada 41 kumpulan etnik dan sub kumpulan etnik dikelaskan sebagai bumiputera dan bukan bumiputera
Etnik di Sabah menggunakan hampir 50 bahasa dan menuturkannya dalam 80 dialek masing-masing
Senarai etnik
Kaum Kadazandusun
Bajau
Rungus
Samah
Brunei
Tagahas
Kagayan
Murut
Fakta menarik
Sabah negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak
Banjaran Crocker adalah banjaran terpanjang dan gunung tertinggi, Gunung Kinabalu dan Gunung Tambuyukan terletak di Sabah
Hutan Hujan di Sabah adalah hutan tertua di dunia
Sumber: I love Borneo
14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 METROPOLITAN 5
duk Sabah memakai pakaian tradisional sempena sambutan Kaamatan
Lukisan ilustrasi Kendy Mitot, berkisahkan kepercayaan masyarakat Bidayuh, Sarawak
Pakaian tradisional masyarakat Kadazandusun
Gunung Kinabalu di Sabah sentiasa menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara
MASYARAKAT moden lebih gemar menikmati seni dan hiburan luar jika dibandingkan dengan produk tempatan. Berbeza dengan zaman dahulu bentuk hiburan lebih bersifat setempat
Antaranya termasuklah persembahan kebudayaan, nyanyian, tarian di samping kepelbagaian aktiviti kraftangan yang menjadi salah satu sumber pendapatan
Apatah lagi, kecenderungan generasi hari ini pada seni budaya tempatan semakin menipis kerana beranggapan ia tidak relevan dan ketinggalan zaman
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Kota
Kinabalu, Sabah, Dr Tania Maria Tangit menjelaskan, persepsi bahawa seni warisan itu lapuk seharusnya diubah
Ujarnya, seni warisan tradisional mempunyai nilai dan tarikan bertaraf global, sekiranya ia dikemas kini mengikut permintaan aliran semasa.
“Seni warisan dan budaya tradisional mempunyai nilai tinggi, unik, kreatif, bahkan mula diberi sentuhan kontemporari sejajar dengan aliran semasa
“Kesedaran masyarakat terhadap
kualiti dan kreativiti seni warisan tradisional perlu dipertingkatkan menerusi pendedahan dan pendekatan seperti penganjuran bengkel interaktif,” katanya ketika dihubungi
Beliau yang aktif mengetengahkan jurnal tentang budaya dan warisan
Sabah berkata, antara inisiatif boleh dilakukan adalah simpanan dokumentasi di pusat penyimpanan dan penyelenggaraan data secara elektronik
“Simpanan data turut dikenali sebagai repositori komprehensif berguna untuk generasi masa depan memiliki akses kepada pencarian berkaitan warisan budaya.
“Data elektronik yang disimpan juga boleh bertahan lebih lama dan mudah diakses oleh semua,” ujarnya
Inisiatif rapatkan jurang seni warisan
Pelbagai usaha
proaktif perlu diambil bagi memastikan survival seni warisan yang menjadi kebanggaan masyarakat Borneo.
Tuturnya, antara langkah lain untuk memberikan pendidikan tentang nilai sejarah warisan adalah menerusi integrasi kurikulum dan penganjuran lawatan ke tapak budaya warisan
“Pendekatan ini dapat mendorong pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti praktikal dan lebih memahami tentang sejarah,” katanya
Beliau memberitahu, penerapan ganjaran menerusi e-dompet dan pembayaran melalui kod QR juga antara langkah pemuliharaan disarankan
Katanya, penglibatan aktif masyarakat setempat juga penting bagi memastikan sumber warisan terpelihara.
“Antaranya, penggiat seni dan pakar budaya berganding bahu untuk berkongsi pengetahuan menerusi kempen kesedaran awam kepada umum
“Langkah proaktif diambil The Sabah Society dan Sarawak Heritage Society, Persatuan Budaya Kadazan Dusun (KDCA) yang bertindak untuk memelihara dan mempromosikan seni budaya warisan wajar dijadikan contoh,” jelasnya
Elak pupus
Baginya, kerajaan dan organisasi swasta disarankan menawarkan sokongan kewangan, geran dan biasiswa kepada individu mahupun organisasi berdedikasi dalam pemeliharaan budaya.
“Pengiktirafan seperti penganugerahan juga dapat memangkin semangat mereka untuk meneruskan usaha penting ini
“Pemberian insentif kepada karyawan, penyelidik dan individu yang terbabit dalam pemuliharaan seni warisan tradisional juga dapat membantu meneruskan kelangsungan kajian yang lebih menyeluruh,” ujarnya
Sementara itu, Ketua Program
Persuratan Melayu dan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff mengakui seni tradisi dan
Kesedaran masyarakat terhadap kualiti dan kreativiti seni warisan tradisional perlu dipertingkatkan
menerusi pendedahan dan pendekatan seperti penganjuran
bengkel interaktif”
Dr Tania Maria
budaya Borneo memiliki kekuatan tersendiri
Ini adalah kerana pegangan masyarakat Borneo yang kuat terhadap kepercayaan dan adat menjadi teras kepada identiti warisan mereka
Meskipun seni warisan sudah sebati dalam diri, namun pemodenan boleh mengakibatkan seni warisan ini terkubur andai tiada usaha memulihara dilakukan
Justeru, antara inisiatif yang boleh dilakukan termasuklah menganjurkan ekspo atau pameran secara besar-besaran
“Misalnya, Hari Kraftangan wajar dibuka kepada sektor seni jadi setiap daripada mereka boleh membawa produk seni tersebut untuk tatapan pengunjung,’’ jelasnya.
Secara tidak langsung, pendedahan sebegini dapat memberi sedikit sebanyak kefahaman kepada golongan muda tentang seni warisan yang menjadi kebanggaan negara.
Katanya, seni warisan kreatif seperti lukisan, anyaman bakul, batik, sulaman dan arca perlu diketengahkan
“Platform khusus bertujuan memeli-
Kumpulan Penari
Era Budaya mempersembahkan upacara Magavau etnik Kadazan Dusun sempena Sambutan Pesta Kaamatan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2023
hara seni dan kraf tangan dan bimbingan dari aspek pemasaran, pameran dan membawa produk tempatan ke pasaran global perlu diperkenalkan
“Usaha ini dapat membantu artis tempatan memasarkan produk kraftangan dan seni warisan di bawah satu bumbung menggunakan kelebihan e-dagang sebagai salah satu kaedah pemasaran dan jualan semasa,” katanya
Pua kumbu ke London
Penenun pua kumbu, Shirley Vilin Ikok, berbangga kerana menjadi individu mewakili Yayasan Tun Jugah, Sarawak untuk pameran Minggu Kraf London 2023 di London pada Mei lalu.
Pembantu Penyelidik Bahagian Sejarah yayasan itu memberitahu, pada pameran tersebut pihaknya memperkenalkan seni tekstil Iban atau pua kumbu dengan membawa pelbagai peralatan berkaitan untuk demonstrasi tenunan
Penyertaan julung kali itu, secara tidak langsung mengangkat seni warisan ke mata dunia meskipun berdepan pelbagai cabaran Beliau tidak menafikan seni warisan bakal pupus andai kesinambungan ini terhenti.
Sehubungan itu, pelbagai usaha sedang dilakukan untuk menarik lebih ramai anak muda mendekati seni warisan
“Di yayasan, kami membuka satu galeri khas untuk orang ramai yang berminat mencuba melakukan proses tenunan pua kumbu,’’ ujarnya.
Pada masa sama, pihaknya juga menganjurkan pameran pelbagai jenis fabrik Sarawak yang sudah mencecah usia ratusan tahun
Beliau juga mencadangkan supaya subjek seni tradisional diterapkan dalam silibus pendidikan sejarah atau seni peringkat sekolah di seluruh negara
6 METROPOLITAN MAJORITI 7 14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023
Oleh FATIN SHAHAR Foto ZULAZHAR SHEBLEE
Shirley Dr Tania Maria Dr Mohd Yuszaidy
Kekayaan demografi Borneo
Penyatuan antara masyarakat
Oleh FATIN SHAHAR
KEPELBAGAIAN budaya dan keindahan alam semula jadi di Sabah dan Sarawak sering menjadi faktor tarikan pelancong baik dari dalam mahupun luar negara untuk meneroka kedua-dua negeri itu Seni kraftangan warisan nenek moyang suku kaum
yang diketengahkan turut memberi nilai tambah Pada masa sama, muzik, produk hasil bumi, tekstil termasuk kulinari kedua-dua negeri tersebut secara tidak langsung mengangkat Sabah dan Sarawak di mata dunia.
Demografi Borneo kaya dengan seni warisan tradisional berusia ratusan tahun turut mendorong pelbagai pihak terutamanya kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan individu terus proaktif berjuang mempertahankan seni warisan agar tidak lapuk ditelan zaman
Sokongan dan promosi diberikan terhadap keindahan
Borneo melalui pelbagai aktiviti menyumbang kepada pembinaan kapasiti dalam sektor warisan, seni dan budaya membuka peluang ekonomi mantap untuk semua pihak
“Menceburi bidang pembuatan manik sejak 2015 ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diteroka kerana memerlukan minat dan kemahiran seni yang tinggi.
“Kebanyakan produk kraf tangan manik yang saya usahakan diinspirasi dari motif dan corak suku kaum etnik di Sarawak Bahkan, koleksi saya pernah dipakai Yang di Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib
“Seni kraf tangan manik Sarawak turut mendapat permintaan tinggi di peringkat antarabangsa kerana rekaannya yang istimewa dan mengangkat seni warisan dan kebudayaan Borneo
“Sebagai etnik Bidayuh saya turut berbangga apabila berkarya menghasilkan koleksi yang menerapkan rekaan identiti pelbagai etnik khususnya masyarakat peribumi
“Selain itu, saya juga menganjurkan kelas manik untuk menyuntik kesedaran masyarakat dalam usaha memelihara kekayaan tradisi masyarakat peribumi di Bumi Kenyalang ”
1.
“Kepelbagaian etnik memberi keunikan dari pelbagai aspek kehidupan masyarakat baik di Sabah, Sarawak mahupun Semenanjung
“Perbezaan budaya, pakaian atau dialek sedikitpun tidak menghalang masyarakat untuk hidup harmoni, malah budaya saling menghormati sentiasa diterapkan dalam diri masyarakat
“Etnik yang pelbagai juga membuka ruang perkongsian dan pertukaran ilmu antara komuniti bukan hanya di Borneo, tetapi di seluruh negara
“Justeru, sebagai usaha mengekalkan tradisi dan budaya warisan, pendekatan interaktif antara medium efektif untuk menarik generasi muda
“Program pendidikan awal di sekolah boleh diterapkan agar generasi muda lebih menghargai sejarah ”
3. Normawati Mohamad Hamden, Pengarah Urusan Zueema
Food Industry
“Pengiktirafan Kuching sebagai Bandar Gastronomi Kreatif Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNESCO) perlu dimanfaatkan agar Sarawak menjadi destinasi pelancongan makanan
“Semua pihak perlu terus berinovasi dan memastikan ekosistem gastronomi di negeri berkenaan dinamik dan bertenaga agar sentiasa maju.
“Industri makanan dan minuman penting sebagai salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negeri dan rakyat Maka, adalah penting untuk memastikan persekitaranya sentiasa bersemangat, kreatif dan menyeronokkan
“Lebih banyak usaha dan inisiatif juga perlu diketengahkan dalam usaha membantu usahawan makanan di Sarawak membangunkan ekosistem makanan lebih berdaya saing
“Selain hidangan unik, budaya dan tradisi etnik di Sarawak juga seharusnya dipamerkan kepada generasi muda agar dapat dipelihara dan diwarisi generasi akan datang ”
14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 EKSPRESI 7
2. Priscilla Michael, Pengasas P.M.Y Collections
Azmal Lamal, Jurulatih seni pertahankan diri
Oleh AZIAH NOH
SLOGAN Malaysia MADANI menjadi
ungkapan semakin popular dan bermakna dalam konteks negara moden dan sedang membangun Ia mewakili satu aspirasi untuk membina masyarakat yang harmoni dan progresif
Gagasan Malaysia MADANI diperkenalkan Kerajaan Perpaduan adalah sebagai sebahagian daripada komitmen dan usaha dalam mengukuhkan imej negara di peringkat antarabangsa
Slogan itu mula diperkenalkan
sebagai salah satu dasar kepemimpinan negara yang diusulkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilancarkan Januari tahun ini
Dalam konteks negara, Malaysia
MADANI merujuk kepada ikhtiar secara
bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan negara lebih bersifat manusiawi
Berpaksikan enam teras iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan, timbul persoalan sama ada pendekatan manusiawi yang ditekankan itu mampu memacu negara ke arah perpaduan masyarakat majmuk
Mengupas persoalan tersebut Majoriti 7 menemubual Pensyarah Jabatan
Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Profesor
Madya Dr Mohd Mahadee Ismail
Beliau menyifatkan bahawa gagasan berkenaan satu permulaan baik ke arah masyarakat bertamadun tinggi
Adakah negara telah mencapai tahap perpaduan majmuk?
Apa yang dicapai setakat ini adalah kesepaduan sosial, individu dalam komuniti saling bergaul, bersatu, bekerja bersama dan berkongsi selera sebagai sebuah masyarakat Kepelbagaian itu sudah dicapai cuma masih terdapat jurang-jurang tertentu yang perlu dipenuhi
Disebabkan era kesepaduan sosial dicapai hari ini, hala tuju ke era perpaduan perlu melalui satu lagi proses yang disebut penyatupaduan.
Oleh itu, dalam proses penyatupaduan berkenaan diselitkan konsep Malaysia MADANI dalam usaha mencapai tahap ketamadunan yang tinggi
Dalam erti lain, kita ingin membina sebuah negara dan bangsa bertamadun Jadi pendekatan Malaysia MADANI berteraskan pendekatan bersifat manusiawi membantu untuk mencapai keamanan dan keharmonian berterusan dalam kehidupan masyarakat pelbagai etnik
Apakah signifikan pendekatan kemanusiaan?
Pendekatan manusiawi adalah untuk semua rakyat Malaysia tanpa melihat kumpulan etnik, agama dan kepercayaan Ia berbalik kepada pokok pangkalnya iaitu menjadi insan berjiwa
Aspirasi bina masyarakat bertamadun
Malaysia MADANI suatu ikhtiar untuk mengharmonikan masyarakat berbilang agama, kaum dan kepercayaan melaui proses penyatupaduan
Mengikut Perlembagaan Malaysia terdapat lebih 40 kumpulan etnik, sementara Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional (JPNIN) pula merekodkan sebanyak 216 suku etnik di negara ini Justeru, untuk mencapai perpaduan sepenuhnya pasti punya cabaran tertentu Oleh demikian, masyarakat perlu kembali kepada lima prinsip Rukun Negara selain berpegang pada elemen kemanusiaan yang ditekankan pihak kerajaan.
Apakah faktor yang wujud dalam usaha membentuk perpaduan?
Terdapat tiga faktor asas perlu diperbaiki iaitu perbezaan etnik, kepelbagaian anutan agama dan fahaman politik Perbezaan etnik dan kepelbagaian agama adalah dua faktor masyarakat perlu terima dan mengiktiraf perbezaan yang wujud dalam masyarakat Kita harus menjalani kehidupan lebih bermuafakat Bagi fahaman politik pula kita perlu sentiasa berfikiran terbuka, selain elak mengaitkan politik dalam semua isu kehidupan baik agama mahupun kaum. Pendekatan dan langkah untuk meredakan perbezaan itu perlu diberi fokus utama
Apakah perkara yang perlu dititikberatkan bagi membentuk Malaysia
MADANI?
Jika dilihat hari ini, sebahagian besar masyarakat terlalu leka dan taksub dengan penggunaan media sosial seperti Facebook dan Instagram termasuk aplikasi pesanan WhatsApp bagi menularkan informasi kurang tepat.
6 nilai teras Malaysia
MADANI
Kemampanan - Mutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan
Misalnya, masalah perpaduan antara masyarakat hanya mencatatkan peratusan kecil Pun begitu, terdapat individu tidak bertanggungjawab cuba membesar-besarkan isu ini (masalah perpaduan) di media sosial
Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kerana bimbang menjejaskan semangat permuafakatan dan bersatu-padu dalam diri rakyat Malaysia
manusia
Kehidupan individu dalam masyarakat haruslah berteraskan nilai-nilai murni dari sudut agama, kemasyarakatan dan nilai yang membawa kesejahteraan
Jika sesuatu perkara itu hendak dibina ia perlu dilaksanakan dengan kekuatan insan terlebih dahulu Konsep kemanusiaan itu bagi menghapus jurang yang sedia ada supaya negara mampu mengekalkan keamanan dan bukan tidak tertumpu pada satu aspek sahaja
Bagaimana enam nilai teras Malaysia MADANI berupaya mengekalkan perpaduan rakyat?
Secara dasarnya, negara mempunyai masyarakat bersifat kepelbagaian
Kesejahteraan - Kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan
Daya Cipta - Pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi menjelmakan daya cipta manusia
Hormat - Perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, merayakan kemajmukan dan meraikan perbezaan pandangan dunia
Keyakinan - Menghidupkan harapan terhadap perubahan seiring sikap amanah melakukan perubahan ke arah kebaikan
Ihsan - Belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan
Masyarakat juga perlu memahami konsep S U R E yang mana S merujuk pada sumber, U (understand) difahami dan diselidik terlebih dahulu bagi membuktikan kesahihan maklumat, R (research) dengan menyelidik asal usul informasi sebelum disebarkan manakala E (evaluate) iaitu menilai menggunakan kebijaksanaan
Sementara itu, elak mengeluarkan kata-kata atau ucapan berunsurkan kebencian supaya tidak timbul provokasi dalam masyarakat
Oleh demikian, rakyat harus menjadi pengguna media sosial yang bijak dengan menyebarkan mesej sahih atau positif
Jika semua rakyat Malaysia berada di landasan yang betul kita tidak akan ada berdepan masalah untuk mengekalkan keamanan negara, sekali gus membentuk perpaduan dalam masyarakat seiring visi Datuk Seri Anwar
8 INSPIRASI MAJORITI 7 14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023
Dr Mohd Mahadee
“Salam Perpaduan dan Salam
Malaysia Madani
“Saya mengucapkan
Selamat Hari Malaysia 2023
kepada seluruh warganegara
Malaysia yang bertuah kerana
sehingga saat ini kita masih
hidup dalam suasana
harmoni dalam kepelbagaian
kaum, bangsa dan agama
“Ayuh! Kita kekalkan
semangat Malaysia Madani
dengan sentiasa menjunjung
budaya unik Malaysia di samping menghormati undang-undang yang menjadi tunjang terpeliharanya keamanan negara dan ketenteraman masyarakat”
Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Negara
Rakyat berdaulat, negara MADANI
SAMBUTAN Hari Malaysia menandakan peringatan penting dalam sejarah negara kita. Ia bukan sekadar satu tarikh, tetapi juga peringatan tentang kepelbagaian budaya, etnik, dan agama yang menjadi mercu tanda negara ini Hari Malaysia pada tahun ini turut menekankan prinsip MADANI yang menggambarkan kesetiaan rakyat terhadap amalan keharmonian, perpaduan
“Bersamalah kita menggerakkan Malaysia Madani dengan meraikan kepelbagaian budaya dan agama untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum di negara tercinta ini”
Tony Paridi Bagang, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Sabah
dan pembangunan lestari
Ia adalah panggilan kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang, status, agama dan bangsa untuk bersama-sama mewujudkan masyarakat yang adil, inklusif dan progresif untuk negara
Majoriti 7 dapatkan pandangan makna perpaduan bagi setiap lapisan masyarakat
“Sebagai rakyat, kita seharusnya menghayati konsep Malaysia MADANI dan meluahkan nilai asasnya terhadap perpaduan dan alam sekitar
“Di Malaysia, kita mempunyai hutan rimba luas, sarat identiti sendiri dengan kekayaan khazanah sehingga boleh menjadi satu simbol kebanggaan rakyat
“Raikanlah perbezaan dan kepelbagaian dalam kalangan kita agar ia tidak menjadi penghalang kepada kesepaduan sebuah bangsa yang aman, makmur dan harmoni dalam negara berdaulat ini Selamat Hari Malaysia 2023!”
Asmidar Zainol, penjawat awam
“Sebagai rakyat Malaysia, saya amat bersyukur dan berbangga kerana negara ini mempunyai keamanan, perpaduan dan keharmonian yang berbilang bangsa Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat yang disayangi”
Nikki Palikat, penyanyi
“Jadikan pusaka bersama itu sebagai ejen perpaduan seiring visi Malaysia MADANI”
Teckwyn Lim, Pengarah Teknikal Resource Stewardship Consultants Sdn Bhd (RESCU)
14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 INSPIRASI 9
MYFutureJobs beri peluang kepada semua pihak khususnya
golongan wanita yang mencari pekerjaan termasuk melindungi suri rumah melalui
Skim Keselamatan
Sosial Suri Rumah (SKSSR)
Peluang pekerjaan perkasa rakyat
Oleh ATHIRAH ASRI
KOS sara hidup yang semakin tinggi memaksa ramai wanita terutamanya suri rumah mencari peluang pekerjaan baik boleh dilakukan di rumah atau keluar bekerja
Bagi merealisasikan hasrat golongan tersebut Kementerian Sumber
Manusia, Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO) dan Majlis Hal
Ehwal Wanita dan Keluarga
Malaysia (Hawa) melancarkan
Karnival Kerjaya MyFutureJobs di Pulau Pinang pada Ogos lalu
Hadir sama ialah Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi dan Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz
Mohammed.
Acara tersebut menawarkan 45 kios kerjaya meliputi aktiviti temu duga dan maklumat berkaitan pekerjaan kepada pengunjung
Pada masa sama, para pengunjung berpeluang berinteraksi dengan 30 majikan sambil mengisi 3,974 jawatan kosong daripada pelbagai sektor
“Ini merupakan salah satu usaha murni bagi menggalakkan masyarakat khususnya wanita menyertai pasaran kerja, sekali gus memberi peluang meningkatkan taraf hidup keluarga dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” kata Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar
Sementara itu, turut diperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) iaitu caruman untuk
melindungi suri rumah
SKSSR bertujuan melindungi suri rumah daripada bencana domestik dan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga seperti menghantar dan mengambil anak sekolah, menemani ibu bapa untuk temu janji doktor ataupun membeli barangan keperluan rumah
“Disebabkan bayaran caruman SKSSR boleh dibuat oleh suami atau pihak ketiga, jadi saya menyeru mereka mencarum bagi pihak isteri
“Skim ini juga boleh dijadikan hadiah kepada isteri masing-masing atas jasa dan pengorbanan mereka dalam memupuk kestabilan rumah tangga dan memastikan anak-anak membesar dengan sempurna
“Pihak ketiga seperti badan bukan
kerajaan (NGO), majikan, syarikat swasta, agensi kerajaan dan seumpamanya amat digalakkan menaja caruman SKSSR bagi golongan suri rumah sebagai satu tanggungjawab sosial,” ujar Sivakumar Selaras fokus kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat sambil mencipta pembangunan inklusif dan menoktahkan kemiskinan, karnival MYFutureJobs merupakan salah satu inisiatif memberi peluang pekerjaan buat semua pihak khususnya golongan wanita
Menurut Ahmad Zahid portal pekerjaan negara iaitu MYFutureJobs adalah penting dalam memberikan perkhidmatan pekerjaan kepada semua pihak bagi melahirkan tenaga terlatih dan berdaya saing
Menerusi portal MYFutureJobs, ia membantu masyarakat memperoleh pekerjaan dan membantu memasarkan potensi diri.
Bagi rakyat tempatan yang sedang mencari peluang pekerjaan, anda boleh mendaftar di portal MYFutureJobs www myfuturejobs gov.my.
Maklumat lanjut, layari laman web PERKESO www perkeso gov my, hubungi Careline PERKESO di 1-30022-8000 atau e-mel kepada perkeso@ perkeso gov my
Menerusi portal MYFutureJobs, membantu masyarakat memperoleh pekerjaan dan memasarkan potensi diri
10 KA-CHING$ MAJORITI 7 14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023
Kuasa biaya kewangan cepat & mudah
LULUS aplikasi mesra pengguna pertama semak status kewangan individu dan syarikat
PROSES semakan kewangan yang panjang memberi kesan kepada sesetengah individu membuat pinjaman sama ada untuk kenderaan, rumah ataupun peribadi
Menyedari kekangan tersebut bekas pegawai bank, Mohd Hasrul Syafiq Mohd Ismail, 31, mengambil inisiatif membina aplikasi kewangan mudah alih LULUS
Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi
LULUS itu menjelaskan bahawa
mengambil masa hampir tiga tahun untuk menyiapkan aplikasi berkenaan.
LULUS menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan komprehensif pelbagai segmen bagi memenuhi keperluan baik individu mahupun pihak syarikat
Menurut Mohd Hasrul Syafiq, pendekatan itu secara tidak langsung memberi kuasa kepada pengguna
mendapatkan pembiayaan dan produk kewangan dengan lebih cepat
“Perbankan sebagai Perkhidmatan (BaaS) adalah inti pati misi kami
Melalui model BaaS, selain perkhidmatan perbankan berpatutan ia juga mudah diakses
“Dengan kerjasama 21 bank, lima bank digital, koperasi kredit dan syarikat pinjaman para pengguna berpeluang memperoleh pelbagai manfaat melalui BaaS LULUS
“Pendekatan itu memberi kuasa kepada pelanggan mendapatkan pembiayaan dengan lebih cepat dan mudah, menguruskan kewangan berkesan dan mengakses produk serta perkhidmatan kewangan di luar jangkauan peribadi,” katanya kepada
Majoriti 7
Beliau berkata demikian selepas majlis perjanjian strategik bersama CelcomDigi, dan CTOS di Putrajaya baru-baru ini
Aplikasi kewangan
mudah alih pertama
Graduan Ijazah Pentadbiran
Perniagaan (Pemasaran) Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Puncak
Perdana, Shah Alam, Selangor itu menjelaskan, aplikasi kewangan mudah alih pertama terbabit bakal menjadi revolusi landskap perkhidmatan
kewangan di negara ini
Tambahnya, kerjasama dengan peneraju utama seperti CelcomDigi dan CTOS memperkuatkan kebolehupayaan aplikasi itu secara efisien
“Aplikasi LULUS menjadi penghubung kepada orang ramai untuk membuat pinjaman kewangan di semua institusi perbankan di negara ini
pendekatan itu secara tidak langsung memberi kuasa kepada pengguna mendapatkan pembiayaan dan produk kewangan dengan lebih cepat”
Mohd Hasrul Syafiq, Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi LULUS
“Pemohon tidak perlu ke bank dan proses permohonan boleh dilakukan di mana sahaja
“Bagi sesetengah pinjaman kelulusan diberikan dalam tempoh sehari sahaja,” jelasnya Menetapkan sasaran sebanyak 0 5 peratus daripada 33 juta rakyat Malaysia akan menggunakan aplikasi berkenaan, Mohd Hasrul Syafiq yakin LULUS dapat memupuk kesedaran literasi kewangan khususnya dalam kalangan generasi muda
“Sebanyak 10 juta transaksi disasarkan menerusi aplikasi ini Tambahan pula, LULUS direka bentuk untuk memenuhi keperluan konsep perniagaan ke perniagaan (B2B)
“Dari segi sekuriti anda tidak perlu bimbang kerana keselamatan data adalah perkara pertama dititikberatkan. Disebabkan itu, kami menjalinkan kerjasama dengan pihak CTOS sebagai penyimpan data utama,” ujarnya
Beliau berkata, menerusi LULUS pengguna boleh melakukan semakan pinjaman menerusi data yang boleh dipercayai dan antara muka
“Bukan itu sahaja, perkhidmatan ini juga direka untuk memenuhi keperluan individu dan perniagaan dalam menyediakan laporan kelayakan pinjaman yang cepat, tepat dan mudah diakses.
“Perancangan fasa kedua dijadualkan tahun depan akan memperkenalkan LULUS sebagai platform e-dompet manakala fasa ketiga membabitkan perniagaan pelaburan melalui aplikasi sama,” ujarnya
Oleh FATIN SHAHAR
14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 SUKSES 11
Peralihan dapur kayu ke dapur pintar
DAPUR ditakrifkan sebagai salah satu bahagian di dalam rumah yang mana fungsi utamanya untuk aktiviti memasak Pun demikian, seiring dengan peredaran zaman pelbagai produk canggih kini dihasilkan bagi memudahkan tugas manusia di dapur
Seperti ruang kediaman lain, dapur juga sentiasa berevolusi berubah mengikut zaman Ketika era nenek moyang mereka menggunakan dapur arang atau dapur kayu Seandainya tidak mahir menyalakan dapur jenis berkenaan, maka tidak berasaplah dapur dalam menyediakan masakan untuk seisi keluarga
Bagaimanapun, hari ini peralihan masa menyaksikan generasi moden beralih kepada penggunaan gas dan perlahan-lahan, tenaga elektrik mula menggantikan dapur gas untuk kerja-kerja memasak.
Internet
Ruang paling penting dalam kediaman turut terkena tempias susulan penggunaan internet secara meluas Bertambah menarik, pelbagai perkakasan dapur kini boleh dikawal di hujung jari antaranya melalui penggunaan telefon pintar, tablet atau peranti lain
Drama komedi Man Vs Bee lakonan Rowan Atkinson yang disiarkan di Netflix misalnya, contoh terbaik untuk orang ramai melihat dan memahami secara jelas teknologi yang terdapat di dapur pintar
Perkakas berkenaan menggunakan teknologi canggih seperti penderia, kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin untuk memberikan pengguna lebih kemudahan serta kawalan ke atas peralatan di rumah.
Salah satunya peti sejuk pintar yang mempunyai sambungan internet membolehkan individu mengawal tetapan suhu dari jauh, pintu lut sinar membolehkan melihat isi dalam tanpa perlu membukanya serta berupaya memesan barangan runcit secara dalam talian Selain itu, perkasasan seperti ketuhar juga boleh dikawal dari jauh dengan
Perkembangan teknologi menyaksikan ruang dapur turut mengalami evolusi
penetapan cadangan masa dan suhu memasak berdasarkan jenis makanan Pendek kata, peralatan yang mempunyai kemudahan sambungan internet mudah dikawal menggunakan telefon pintar
Dalam pada itu, dapur pintar turut merangkumi mesin pencuci kelengkapan dapur secara automatik. Isi rumah hanya perlu menyusun pinggan, mangkuk, gelas ataupun sudu yang kotor di dalam mesin berkenaan lalu proses mencuci akan selesai dalam tempoh waktu ditetapkan.
Mesin masak ajaib
Dengan adanya dapur pintar bukan lagi alasan untuk anda tidak ke dapur memasak sajian kegemaran
Buat golongan yang belum arif memasak atau bimbang dengan percikan minyak panas usah bimbang Alat memasak bernama Thermomix berupaya menyediakan makanan dengan cepat dan mudah, malah turut membantu menyajikan pelbagai menu dalam tempoh singkat seperti nasi goreng, kari ayam, pasta, kek atau teh tarik
Anda hanya perlu mengikut resipi dan langkah demi langkah seperti mana disarankan
Dianggap sebagai mesin ajaib, Thermomix menggabungkan semua peralatan memasak dalam satu peranti tunggal Secara tidak langsung, ia dapat menjimatkan ruang dapur dan kelihatan lebih kemas
Alat memasak moden itu bukan sahaja mempunyai fungsi memasak, malah boleh mengisar, mengukus, memotong, menguli, menimbang dan bermacam-macam lagi
Ia mendorong pemakanan sihat dengan menggalakkan penggunaan bahan-bahan masakan yang berkhasiat
Secara umum, dapur pintar menawarkan beberapa faedah termasuk kemudahan, kecekapan dan penjimatan tenaga Namun, teknologi itu harganya lebih mahal daripada peralatan konvensional
Pada masa sama, penggunaan peralatan berteknologi tinggi memerlukan pengguna mempunyai pengetahuan cara-cara mengendalikan dan mengawal semua peralatan berkenaan
12 INOVASI MAJORITI 7 14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023
Oleh MUSTAKIM RAMLI
Zaman modenisasi membolehkan perkakasan dapur dikawal di hujung jari sahaja
F o t o F R E E P I K
Antara babak dalam drama komedi Man Vs Bee memaparkan keadaan dan kecanggihan dapur pintar
Komputer riba edisi khas BAPE
ASUS mengumumkan produk pertama dihasilkan dengan kerjasama jenama pakaian popular Jepun, BAPE (A Bathing Ape) menerusi komputer riba, Vivobook S 15 OLED BAPE
Komputer riba edisi khas itu menampilkan rekaan diinspirasikan daripada ciptaan penyamaran BAPE yang popular Pilihan disediakan untuk pengguna adalah warna biru cameo dengan perak dan hijau cameo bersama hitam
Ia memiliki rupa fizikal sama seperti model Vivobook S 15 OLED, namum Asus memberikan perkakas terbaik dalam komputer riba edisi BAPE
Fon telinga ringan generasi kedua
Asus memasang cip Intel Core i9-13900H yang mampu beroperasi dengan kelajuan hingga 5 4Ghz Kuasa itu dipadankan bersama RAM LPDDR5 sebanyak 16GB dan storan SSD PCIe
4.0 seluas 1TB. Grafik pula digerakkan oleh GPU Intel Iris Xe
Kehebatannya turut terserlah dengan paparan OLED yang sangat menawan Ia seluas 40 sentimeter (sm) dengan resolusi WQHD+ 2 8K, serta kadar penyegaran 120Hz Tahap kecerahannya tinggi mencecah 600 nits
Produk: Vivobook S 15 OLED BAPE
Harga: RM6,499
Hayat bateri lebih lama
JENAMA telefon pintar permainan popular, Black Shark kini melancarkan produk baharu iaitu jam pintar
Tiga model jam pintar tersebut
ialah Black Shark GT, Black Shark GT
Neo dan Black Shark S1 Malaysia adalah pasaran pertama yang menjual jam pintar itu
Antara spesifikasi asas ketiga-tiga jam pintar berkenaan adalah memiliki fungsi panggilan Bluetooth dengan penyaring hingar (ENC) Jangka hayat bateri pula hingga 10 hari bagi kegunaan biasa dan 20 hari dalam mod bersedia
Antara ciri-ciri peranti tersebut bantu mengesan degupan jantung selama 24 jam, pemantau tahap oksigen dalam darah (SpO2), analisis waktu tidur dan penjejak haid
Untuk aktiviti kecergasan ia memiliki lebih 100 mod sukan Selain itu, terdapat penjejak lokasi GPS terbina di dalamnya
Produk: Black Shark
Harga: RM149 hingga RM299
HUAWEI kembali dengan fon telinga generasi kedua, FreeBuds SE 2 Rekaan kali ini hadir dengan konsep mudah disimpan secara menegak di dalam bekas
Perbezaan terbaharu hayat bateri yang mampu memainkan lagu hingga sembilan jam. Bersama bekas pengecas, ia boleh digunakan hingga 40 jam termasuk berkeupayaan mengecas pantas selama 10 minit di dalam bekas terbabit
Fon telinga itu ringan dengan berat hanya 3 8 gram manakala bekas pengecas pula seberat 35 6 gram. Ia juga boleh dihubungkan dengan peranti EMUI, Android, iOS dan banyak lagi Sambungan Bluetooth 5 3 menjadikan sambungan ke peranti lebih mudah dan stabil.
Kawalan di fon telinga menggunakan fungsi sentuh Pengguna boleh mengetuk putik untuk mengawal lagu dimainkan, menjawab panggilan dan lain-lain kawalan yang boleh diubah tetapan
Produk: FreeBuds SE 2
Harga: RM199
TELEFON pintar, iQoo memperkenalkan warna oren bagi produk terkini
iQoo Z7 yang dilancarkan pada awal bulan ini
iQoo Z7 dikuasakan cip Snapdragon
782G 6nm dan menyokong rangkaian
5G Ia datang bersama RAM hingga
12GB dan storan 256GB Skrinnya jenis
LCD berukuran 16 9sm HD penuh
Ia mempunyai kamera hadapan
16MP F2 45 manakala bahagian
belakang terdapat dua kamera iaitu
kamera utama 64MP F1 79 dan kamera
potret 2MP F2 4 Kamera itu dilengkapi penstabil imej optikal (OIS) dan elektronik (EIS)
Tarikan utama iQoo Z7 adalah pengecasan pantas USB-C 120W dan mempunyai kuasa mengecas bateri
5,000mAh dalam tempoh 18 minit
sahaja
Sistem bunyi telefon itu adalah stereo dengan speaker terletak di atas dan bawah telefon Terdapat juga jek audio 3 5mm jika menyambung fon kepala berwayar
Produk: iQoo Z7
Harga: RM1,499
Peranti
mudah alih untuk penggemar permainan video
SONY pada penghujung Ogos lalu memperkenalkan peranti permainan, PlayStation Portal Peranti berkenaan memudahkan pengguna strim permainan dan boleh dimainkan secara mudah alih
Ia hadir dengan skrin 20sm LCD pada resolusi 1080p dan boleh berhubung ke konsol PlayStation 5 secara WiFi
Dengan adanya PlayStation
Portal, pemain boleh menyambung permainan dari kaca televisyen terus secara mudah alih
Setakat ini, pihak Sony memaklumkan PlayStation Portal hanya akan mula dijual di pasaran tempatan dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Produk: PlayStation Portal
Harga: Dianggarkan lebih RM900
14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 E-TEKNO 13
Telefon pintar serba oren
Kediaman ideal di residensi Park One
RASAI pengalaman memiliki kediaman dikelilingi alam semula jadi pada masa sama terletak berhampiran pusat bandar bagi memudahkan rutin harian di residensi Park One.
Terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur apartmen servis itu dikelilingi kehijauan semula jadi Bukit Tabur dengan pemandangan indah
Dibangunkan oleh Sime Darby
Property, residensi di pinggir bandar itu berhampiran ruang perniagaan, tempat tumpuan runcit dan sekolah antarabangsa
Selain itu, Park One dengan keluasan antara 95 hingga 141 meter persegi menawarkan pilihan kediaman tiga atau empat bilik tidur
Setiap unit kediaman dibangunkan mempunyai tiga rekaan dalaman berbeza. Ruangnya yang luas sesuai untuk isi keluarga ramai
Residensi Park One turut menyediakan variasi fasiliti bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan dan komuniti setempat
Antaranya lounge taman dan sky lounge iaitu tempat istirahat di puncak sebagai lokasi ideal bersantai sambil menghirup udara segar Ruang barbeku juga menjadi port pertemuan bersama teman yang di kelilingi persekitaran alam semula jadi
Kemudahan lain disediakan adalah seperti kolam renang, jakuzi dan gimnasium yang memberi nilai tambah buat residen untuk beriadah.
Malah, ibu bapa juga boleh mengam-
bil peluang membawa anak-anak ke zon permainan deria yang direka khas untuk mendidik pembangunan, kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak
Pergerakan penduduk untuk ke bandar juga mudah kerana Park One terletak berhampiran Lebuhraya Lingkaran
Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Duta-Ulu
Kelang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat
Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi- Ulu Kelang (SUKE).
Sebanyak 234 unit kediaman dijangka siap sepenuhnya menjelang 2026 dan ditawarkan bermula dari
RM760,000
Residensi Park One menyediakan pelbagai kemudahan
Apa itu cukai pendapatan sewa rumah?
CUKAI pendapatan sewa rumah merupakan jenis cukai dikenakan ke atas keuntungan hasil hartanah yang disewakan.
Cukai itu dilaksanakan terhadap hartanah jenis kediaman dan komersial Dalam e-Filing, ia disenaraikan di bawah Pendapatan Berkanun
Daripada Sewa manakala untuk pemfailan cukai pendapatan secara manual terletak di bahagian B2 (borang BE) atau bahagian B7 (borang B).
Pendapatan sewa individu merupakan kategori pendapatan yang akan dikenakan cukai
Kebanyakan pemilik rumah yang dikenakan cukai pendapatan sewa pasti runsing kerana ramai kurang pengetahuan berhubung cukai tersebut.
Selain itu, pemilik rumah perlu
membayar ansuran bulanan rumah, insurans dan kos penyelenggaraan rumah di bawah cukai berkenaan
Justeru, penolakan daripada perbelanjaan dibenarkan bagi rumah sewa yang diuruskan perlu dilaksanakan
Antara syarat-syarat mendapat pelepasan pendapatan daripada sewa rumah adalah seperti berikut:
1) Pendapatan sewa tidak lebih RM2,000 sebulan untuk setiap rumah kediaman oleh individu yang merupakan pemastautin Malaysia Pengecualian itu juga tidak terhad kepada satu kediaman sahaja
2) Hartanah kediaman perlu disewa berdasarkan Perjanjian Penyewaan Rumah yang sah di sisi undang-undang Perjanjian tersebut perlu mempunyai setem Lembaga Hasil Dalam Negeri
14 RESIDENSI MAJORITI 7 14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023
Park One terletak berhampiran Melawati Mall, Kuala Lumpur
Oleh AZIAH NOH
Scha Alyahya glamor di karpet merah Venice 14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7
Alia Bastamam
bercerita mengenai
adibusana rekaanya yang disarung Scha
Alyahya sewaktu
menghadiri Festival
Filem Venice barubaru ini
Adibusana serlah gaya bintang
Scha Alyahya
DI pentas antarabangsa, Festival Filem
Venice adalah antara acara anugerah perfileman paling prolifik Meraikan ulang tahun penganjurannya yang ke-80, festival filem itu menjadi tumpuan penggiat seni dari seluruh pelusuk dunia termasuk
Malaysia
Mewakili Malaysia di karpet merah adalah pelakon dan pempengaruh, Scha Alyahya yang tampil anggun dalam adibusana ciptaan pereka fesyen terkemuka, Alia Bastamam
Gaun putih gading yang disarung, tambah naik serinya apabila Scha disolek dengan stail mekap klasik berbibir merah Solekan oleh jurusolek, Khir Khalid menggunakan Armani Beauty manakala anting-anting Bottega Veneta sebagai pelengkap gaya.
Menemu bual Alia mengenai kisah di sebalik gaun yang dipakai Scha sewaktu tayangan perdana filem Poor Things, helaian berkenaan dicipta hasil dari pengembangan idea koleksi terbaharu, Odyssey: Act 1
“Scha adalah orang pertama kami benarkan untuk melihat kempen Odyssey yang pada waktu itu belum lagi dipertontonkan kepada umum Hanya pada satu pandangan dan tanpa berfikir panjang, Scha bersetuju untuk memakai salah satu baju dari koleksi tersebut
“Tanpa berlengah, kami mulakan kerja untuk mereka semula ciptaan asal bagi disesuaikan dengan penampilan Scha di karpet merah Venice
“Pembikinan gaun termasuk sulaman manik bermula dua minggu sebelum acara berlangsung, malah terus diperkemaskan pada saat-saat akhir sebelum Scha berlepas menaiki pesawat ke Venice
“Memandangkan saya senantiasa menjadikan subjek alam semula jadi dan
kekuatan wanita sebagai sumber inspirasi utama, gaun Scha menyerlahkan manipulasi yang meniru riak air Untaian kristal memenuhi bahagian skirt direka menyerupai titisan hujan ”
Terkenal dengan potongan santai, Alia menghasilkan adibusana secara gabungan antara ceraian atas dan bawah (skirt)
Baju atas diolah seperti wrap top yang mencedok idea dari jaket motosikal tanpa lengan dengan bahagian bahu berstruktur Skirtnya yang berpotongan duyung hasil sambungan lapan panel kain, mendakap sempurna tubuh Scha yang tinggi langsing
Gaun rekaan khas itu dihasilkan dari liquid satin, sejenis satin yang sudah sekian lama menjadi signatur Alia dan pernah beberapa kali diguna pakai bagi koleksi-koleksi terdahulunya
Pada bahagian skirt, Alia bereksperimentasi dengan teknik kedutan secara lipatan Setiap lipatan disulami indah dengan batu-batu kristal jernih dan legap yang dijahit secara bergantung
Gaya karpet merah Scha dilengkapi dengan sarung tangan fingerless melewati siku yang dihasilkan dari fabrik jarang
Mereka pakaian buat Scha Alyahya bukan perkara baharu buat Alia “Kami saling mengenali sejak sekian lama, malah kami sudah mula berkerjasama sejak dari saat awal saya perkenalkan label Alia Bastamam.
“Scha memiliki stail tersendiri dan bercita rasa tinggi Sifatnya yang berkeyakinan dan dalam masa sama sederhana cukup sepadan dengan estetika jenama saya.”
Tambah Alia lagi, beliau amat senang sekali berurusan dengan Scha kerana sikapnya yang efisien memudahkan kerja
14 SEPTEMBER –20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 16 STAIL
KEMERIAHAN Festival Filem Venice ke-80 di Itali yang berlangsung baru-baru ini dirancakkan dengan kehadiran selebriti menggayakan busana anggun, eksklusif dan berani
Merayakan seni filem dalam gaya mewah beberapa barisan selebriti menjadi tumpuan dengan gaya ikonik menonjolkan kreativiti masing-masing ketika mengatur langkah di karpet merah acara tersebut
Antaranya Kasia Smutniak, Barbara Palvin, Adriana Lima, Olivia Palermo dan Mariacarla Boscono yang menyarungkan busana mewah memukau pandangan mata hadirin,
Busana anggun rona lembut & gelap
Selebriti tampil memukau
mengatur langkah di karpet merah
pada Festival Filem Venice ke-80
sekali gus memikat lensa jurugambar
Mariacarla Boscono
Mariacarla Boscono menghadiri majlis pembukaan filem festival dalam persalinan gaun crimson rona merah Menariknya, gaun Dolce & Gabbana itu dilengkapi helaian selendang, selain rekaannya menghasilkan struktur pada badan model Itali tersebut
Model merangkap aktres itu turut kelihatan chic susulan kontra antara fabrik jarang dan ringan dengan struktur korset menyuntik elemen ala gothic busana tersebut
Gabungan itu cukup unik dan disifatkan sarat kod Dolce & Gabbana
Kasia Smutniak
Trend tailored dressing sering ditampilkan pada pentas fesyen untuk musim luruh tahun ini dan Smutniak berjaya menterjemahkan gaya berkenaan
Aktres kelahiran Itali yang dikenali dengan bakat seni lakonan, memukau penonton dengan penampilan antara dua dunia menerusi tuksedo hitam rekaan
Valentino ketika menghadiri tayangan perdana filem Priscilla
Bintang The Hummingbird itu menggayakan busana tuksedo kombinasi bersama skirt hitam dan gaya rambut grunge mencerminkan kehebatan
Selain itu, tuksedo berkenaan juga menggabungkan unsur maskulin dan feminin, sekali gus memaparkan keseimbangan yang sempurna antara keanggunan dan kuasa seorang wanita
Walaupun rupa itu tidak mempunyai labuci yang menjadi elemen utama Valentino, penampilan Kasia masih tampak mewah
Barbara Palvin
Model terkenal, Barbara Palvin memilih gaun hitam rekaan Giorgio Armani yang elegan untuk acara kali ini
Menghadiri tayangan perdana Poor Things, gaun hitam itu mempunyai bukaan sederhana pada bahagian dada dengan potongan asimetri Gaun panjang tersebut menampilkan potongan halus dan mengikut tubuh model Victoria’s Secret itu dengan indah
Menampilkan sentuhan aksesori minimalis, Palvin mempersembahkan penampilan retro dan sederhana, tetapi jelita
Adriana Lima
Adriana Lima, ikon kecantikan dan model terkenal menggayakan gaun hitam daripada Pinko untuk melengkapkan penampilannya
Gaun itu menggabungkan unsur kesederhanaan dengan rekaan menarik perhatian
Potongan pinggang yang ramping dan jambangan bawah gaun memberi sentuhan elegan manakala aksesori berkilauan menambah kemewahan kepada penampilan Lima
Olivia Palermo
Olivia Palermo memilih gaun merah jambu rekaan Tamara Ralph Haute Couture yang memukau tatkala menghadiri tayangan perdana filem
Finalmente L’Alba baru-baru ini
Personaliti televisyen itu mengenakan gaun merah jambu glamor bahu jatuh dengan lengan berombak bersaiz besar dan kain taffeta dilekatkan menghasilkan skirt yang panjang
Gaun itu mencerminkan aura feminin yang mutlak dengan kain lembut dan potongan beralun ringan
Warna pink yang simbolik dalam memberi kehidupan kepada karpet merah, sekali gus menonjolkan keanggunan Palermo
14 SEPTEMBER –20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 17 STAIL
Tuxedo hitam rekaan Valentino digayakan oleh Smutniak
Boscono menyarungkan gaun merah Dolce & Gabbana
Palvin anggun dalam persalinan gaun hitam rekaan Giorgio Armani
Oleh AZIAH NOH
Lima turut memilih busana rona hitam koleksi Pinko
Olivia Palermo memilih gaun merah jambu rekaan Tamara Ralph Haute Couture
Zenith menawarkan
pilihan kronograf antara seramik hitam
dan putih menerusi
koleksi edisi terhad
Defy 21 Chroma
Kronograf berspektrum pancawarna
SEBAGAI salah satu jenama jam tangan mewah terkenal dengan kronografnya, Zenith kini kembali dengan koleksi
Defy 21 Chroma yang cukup ceria dengan percikan rona pelangi
Defy 21 Chroma hadir dalam dua rekaan yakni hitam dan putih Oleh kerana proses pembuatannya diperhalusi dengan bahan seramik berkualiti tinggi, koleksi berkenaan termasuk dalam kategori edisi terhad
Rupa bentuk moden lagi artistik menerusi penggunaan batu permata pada muka dail Zenith mengadaptasi teknologi terbaharunya yang mengangkat ketepatan frekuensi masa
dikhabarkan paling inovatif di dunia
Secara teknikalnya, jam itu adalah kronograf automatik
Namun, spektrum warna yang serba kontras berlatar membuatkannya tampil unik tersendiri
Pertama kali diperkenalkan pada 2022, edisi terhad
Defy 21 Chroma jelas menerima sambutan hangat daripada peminat jam tangan dari serata dunia
Rata-rata menyatakan rasa kagum mereka pada koleksi Zenith itu yang dilaporkan sebagai satu-satunya dihasilkan secara bersiri dengan frekuensi tinggi 1/100 kaliber
Defy Chroma II dalam seramik putih dihadkan kepada 500 utas sahaja dan boleh didapati di butik Zenith terpilih di seluruh dunia manakala edisi seramik hitam sebanyak 500 keping boleh didapati di semua pusat jualan sah Zenith.
Kempen kedua Bradley Cooper untuk Tambour
JAM Tambour mula diperkenalkan Louis Vuitton pada 21
tahun lepas, kini kembali
menghangatkan dunia arlogi
menerusi versi baharu yang
lebih mantap
Aktor popular Hollywood, Bradley Cooper terus menjadi
pilihan Louis Vuitton untuk
kempen jam tangan Tambour
baharu Ini adalah kali kedua
aktor tersebut membintangi
kempen jenama mewah Paris
berkenaan dan satu siri potret
hitam putih dihasilkan oleh
jurugambar fesyen terkemuka, Mario Sorrenti
Kempen baharu itu mula dilancarkan pada Julai 2023
dan acara pelancarannya diadakan secara eksklusif di Musee d’Orsay, Paris Interpretasi kepada ketepatan masa diserlahkan melalui pergerakan automatik LFT023 diperbaharui dengan inovasi pemutar mikro 22 karat yang berukir logo Louis Vuitton.
Reka bentuk Tambour yang asal dan terbaharu memiliki kesinambungan tersendiri menerusi sisi estetiknya Berbanding dahulu, Tambour versi 2023 jauh lebih langsing lagi elegan, berdiameter 40 milimiter (mm) dengan ketebalan 8 3mm
14 SEPTEMBER –20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 18 STAIL
Cooper menjadi wajah kepada koleksi Tambour baharu daripada Louis Vuitton
Komposisi dalaman jam dipamerkan pada majlis makan malam merai duta jenama di Musee d’Orsay
Segmen jam tangan
antara cabang industri
mewah yang paling menguntungkan di Malaysia Kini, Time & Motions menjadi pusat servis pertama yang menyediakan khidmat
pembaikan dan pemuliharaan berkualiti tinggi setara luar negara
SEBAGAI Pengarah Jenama Time & Motions, Cynthia Voon berkecimpung
dalam dalam dunia peruncitan mewah sudah melewati dua dekad Dari Gucci, Versace, Alfred Dunhill hingga ke Tag
Heuer; dia membina kepakaran di dalam dunia arlogi sehingga mampu
membuka bisnes sendiri yang berupa pusat servis jam tangan mewah yang
menawarkan perkhidmatan selepas
jualan
Cynthia yang juga pengasas bersama
Time & Motions menguruskan syarikat
itu bersama suaminya, Patrick Chong
yang berpengalaman lebih 40 tahun
dalam dunia pembaikan dan pemuliharaan jam tangan mewah dengan taraf
kelayakan diiktiraf oleh institusi
terkemuka di Switzerland
“Bisnes ini bukan sekadar membaiki
jam tetapi kami juga ingin membimbing
generasi muda untuk menghargai seni
masa,” ujar Cynthia mengenai misi
utama Times & Motions
Ceritakan serba sedikit mengenai
pusat servis jam tangan mewah
Time & Motions yang dibuka sejak
pertengahan 2016, menawarkan khidmat pembaikan dan pemuliharaan jam tangan mewah yang memerlukan kepakaran khusus dengan alat ganti eksk-
Kesinambungan apresiasi seni arlogi
lusif Dari sekadar menukar bateri sehingga proses menggilap dan kaedah pencucian secara ultrasonik, kami juga syarikat pertama di Malaysia yang membawa masuk mesin khas berteknologi tinggi
Oleh yang demikian, pemilik jam tangan mewah tidak perlu menunggu lama untuk menghantar jam ke luar negara kerana servis sama ada di Time & Motions dengan kualiti pembikinan juga setara Patrick sebagai ketua, mula menuntut ilmu daripada ahli keluarganya yang menjalankan bisnes jam sejak berusia 15 tahun. Pengalamannya yang amat berharga kini dikongsi bersama juruteknik-juruteknik muda yang nekad untuk menuntut ilmu daripadanya
Apa jenis jam tangan yang kerap kali diterima untuk dibaik pulih?
Saban hari, kami menerima pelbagai jenis jenama jam tangan mewah untuk
dibaiki Harga berbeza mengikut kondisi dan ada yang mencecah sehingga lima digit Sukar bagi saya untuk meletakkan harganya kerana setiap satu memiliki nilai sentimental yang tersendiri buat pemiliknya.
Kami turut menyediakan khidmat nasihat kepada pelanggan mengenai cara penjagaan jam yang betul kerana ramai mengambil mudah sehingga jam tangan tidak mampu bertahan untuk jangka masa lama
Bagaimanakah selera peminat jam tangan mewah di Malaysia?
Hakikatnya, Malaysia memiliki ramai peminat jam tangan mewah yang agak berani bereksprimentasi dan sanggup melabur pada rekaan luar biasa.
Jenama-jenama unik seperti MB&F, Unwerk, Arnold & Son serta FP Journe pernah kami terima untuk dibaiki dan dipulihara
Sambil lalu, para pelanggan yang juga peminat jam sering kali berkongsi cerita dan pengalaman peribadi mengenai pembelian mereka. Selalunya, hobi mengumpul jam ini akan bermula dengan pelaburan terhadap jenama jam yang ikonik dan sedia ternama
Misalnya Rolex, Cartier, Omega untuk Speedmaster dan Jaeger LeCoultre untuk Reverso
Bagaimana pula dengan putaran trend dalam dunia arlogi?
Ada waktunya, jam tangan sukan diminati ramai Kemudian trend berubah kepada gaya klasik dan ada kalanya rupa bentuk vintaj menjadi pilihan Nasihat saya, anda perlu memiliki koleksi jam yang pelbagai agar sentiasa memiliki jam tangan bersesuaian untuk setiap situasi
Apa nasihat anda kepada mereka yang baru berjinak-jinak mengumpul jam?
Pertama, mesti buat kaji selidik terlebih dahulu dan ambil pendekatan terbuka Selalunya bakal pembeli sudah ada jenama pilihan, hasil dari promosi
pemasaran yang dilihat di dada-dada media massa Mereka mungkin tertarik pada imej, rekaan atau fungsi jam malah sejarah jenama itu sendiri Bagi perspektif wanita pula, apa sahaja yang tampak cantik pada mata, maka itulah akan dibelinya Namun, jam tangan yang bagus pula nilai dari segi kehalusan seni pembuatannya bermula dari teknologi pergerakan sampailah kepada ketepatan waktu.
Jika anda ingin membeli jam vintaj, nasihat paling penting adalah pastikan membeli daripada pihak yang boleh dipercayai kerana hari ini memang banyak jam tiruan berada di pasaran Sentiasalah beringat yang murah tidak semestinya baik Keadaan jamjam terpakai perlu diteliti agar dailnya tidak rosak kerana harga untuk membaikinya amat mahal Satu lagi, jam vintaj tidak memerlukan proses penggilapan yang keterlaluan Kondisi permukaan jam vintaj seeloknya terus dipelihara
Bagaimana Time & Motions mahu menggalakkan apresiasi jam tangan mewah dalam kalangan anak muda?
Kami ada merangka pelan untuk memperkenalkan kursus jangka pendek masa hadapan. Baru-baru ini, Time & Motions ada berkerjasama dengan sekumpulan peminat jam tangan yang menggelarkan diri mereka
MYwatchkaki Kami penuhi satu hari dengan pelbagai aktiviti berkaitan Bermula dengan perbincangan teori mengenai sisi teknikal jam termasuk percubaan membuka dan memasang semula jam Setiap perserta diberi peluang untuk belajar proses yang betul dari awal hingga akhir sambil dibantu oleh pakar dan juruteknik-juruteknik kami yang mahir.
Skil membaiki jam perlu diasah selama bertahun-tahun hingga ada yang sampai berdekad Seperti Patrick, pengalamannya yang melebihi empat dekad dikongsi bersama generasi baharu agar seni jam tangan mewah terus hidup dan dihargai
14 SEPTEMBER –20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 19 MODE
Cynthia
Cynthia dan Patrick bersama barisan juruteknik terlatih
Tetamu bergaya penuhi acara Rizman Ruzaini
MINGGU Fesyen Kuala Lumpur berlangsung gemilang di beberapa lokasi sekitar ibu kota dan pertunjukan Rizman Ruzaini antara yang menjadi tumpuan ramai selebriti popular tanahair.
Acara glamor itu diadakan di Hotel Shangri-la dan para tetamu dipersembahkan dengan lebih 70 persalinan merangkumi tiga koleksi khusus dari himpunan utama sampai ke Cruise.
Dari pelakon ke model popular antara wajah-wajah glamor yang menjadi penonton baris hadapan adalah Marion Caunter, Rozita Che Wan, Diana Danielle dan Fyza Kadir Kebanyakannya tampil bergaya dalam busana ciptaan Rizman Ruzaini sememangnya terkenal dengan tekstur perincian jemeki mewah, sulaman bersama bulu burung dan palet warna gradien yang gemilang
14 SEPTEMBER –20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 20 HAPPENINGS
Sharifah Sakinah
Marion Caunter
Siti Hariesa, Wan Ruzaini, Rizman Nordin dan Siti Khadijah Halim
Scha Alyahya dan Awal Ashaari
Diana Danielle
Amelia Henderson dan Aedy Ashraf
To’ Puan Syamim Farid
Kitaverse simbolik ulang tahun ke
ulang tahun jenama yang ke-15
Koleksi diberi judul Kitaverse itu menyampaikan sebuah retrospektif gayagaya signatur Mimipikita sejak awal penubuhan sehingga kini
Nurul Zulkifli dan Mira Zulkifli antara tiga beradik Mimpikita yang menjadi tulang belakang jenama fesyen tersebut telah mengambil inisiatif menyediakan pelbagai aktiviti interaktif di ruang menunggu sebelum persembahan bermula
Sebagai jenama yang mengangkat fesyen modest kontemporari, Mimpikita turut mencipta sejarah baharu dengan memperkenalkan label kedua diberi nama Kita & Co
Ramai peminat Mimpikita termasuk bintang-bintang popular hadir ke pertunjukan fesyen yang berlangsung di aras 49, Platinum Park, Kuala Lumpur
14 SEPTEMBER –20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 21 HAPPENINGS
MINGGU Fesyen Kuala Lumpur tahun ini lebih bermakna apabila Mimpikita mementaskan himpunan istimewa bagi meraikan
Daiyan Trisha
Jasmine Suraya
Zahirah MacWilson Vivy Yusof dan Min Luna
Abby Asma dan Ike Diana
15
Hael Husaini
Dari kiri: Nurul Zulkifli, Nur Fazura dan Mira Zulkifli
Oleh ATHIRAH ASRI
Foto AZMAN GHANI
TITIK tolak pembabitan Mohamad
Khiddir Mohd Baharudin dalam
dunia seni lukis bermula dengan
pemerhatiannya pada kesungguhan
keluarga membina dan menghias
beberapa calet di Setiu, Terengganu
Calet tersebut dibangunkan untuk disewakan kepada pelancong yang berkunjung ke daerah itu.
Mohamad Khiddir, 33, atau dikenali sebagai Kide berhijrah ke Terengganu ketika berusia satu tahun
Anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan tersebut mengakui membesar dengan menyaksikan kreativiti bapanya, Mohd Baharudin Mohd Said menggunakan buluh, daun nipah dan beberapa alatan lain termasuk cat untuk menghias penginapan berkenaan
Rentetan daripada pemerhatian itu beliau mula mengutip botol-botol plastik dan buah kelapa di pesisiran pantai Kampung Penarik, Setiu, Terengganu. Barang-barang terpakai itu kemudiannya dicat dengan pelbagai warna sebelum diolah menjadi sesuatu lebih bermakna
Tindakan beliau sama seperti dilakukan bapanya ketika membina rumah penginapan tersebut Pada masa sama, beliau juga cuba bereksperimentasi dengan hasil kutipan kerana terpengaruh sebuah rancangan seni, Art Attack Rancangan itu men-
Kembara seni Kide Baharudin
gajar penonton kaedah untuk menghasilkan produk seni daripada barangan kitar semula
Minat Kide terhadap seni tidak terhenti di situ sahaja. Pada umurnya 13 tahun, beliau dihantar ke kelas
mewarna
Bahkan ibu bapanya memberi galakan untuk menyertai pertandingan melukis dan mewarna yang dianjurkan pihak sekolah
Sebaik perniagaan inap desa berjaya dibangunkan, beliau dan ibu bapanya berpindah semula ke Kuala Pilah Kide pada masa itu di peringkat
Pameran Kulu-Kilir
ketengahkan
perubahan semasa
masyarakat bandar
dan kampung sambil
mengenang nostalgia
zaman dahulu
sekolah menengah mengambil subjek tambahan seni ketika berada dalam aliran perakaunan
Usai tamat persekolahan, Kide Baharudin menyambung pengajian peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Chendering, Terengganu jurusan seni dan reka bentuk selama empat tahun
Beliau meneruskan pengajian peringkat ijazah juga dalam bidang sama di UiTM, Melaka pada 2011
Kide tidak mengambil masa lama untuk memajukan karier seni lukis sebaik tamat pengajian Beliau per-
14 SEPTEMBER –20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 22 SENI Pengunjung melihat lukisan Jahang berukuran 2 6 meter x 3 04 meter
Antara lukisan karya Kide yang dipamerkan pada pameran Kulu-Kilir Galeri Seni Puteh di Kuala Lumpur
nah menjadi pelukis jalanan dan menjual beberapa lukisan kepada pihak
Galeri Seni Segaris di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu
Selepas empat tahun membina kerjaya seni, beliau mendapat tawaran menganjurkan sebuah pameran seni solo pertama di Galeri Seni Segaris pada 2021
“Tidak sangka dan agak terkejut apabila pengurus galeri, Nizam Rahmat, sudi menjemput saya sebagai salah seorang pempamer, walhal saya masih ‘hijau’ dalam bidang ini,’’ katanya kepada Majoriti 7
Pameran bertemakan Sa-Hari-Hari
itu mempersembahkan sebanyak 32
lukisan yang mengetengahkan kisah
nostalgia keluarganya era 70-an Motivasinya dalam dunia lukisan makin membara apabila kesemua lukisan yang dipamerkan berjaya dijual
Pembukaan Galeri Seni Puteh di KL
Eco City Mall, Bangsar, Kuala Lumpur tahun lalu turut membawa tuah kepada Kide Beliau sekali lagi ditawarkan untuk menganjurkan pameran solo buat kali kedua
Bertemakan Kulu-Kilir sebanyak 63 lukisan dipamerkan sepanjang tempoh pameran berlangsung dari 19 Ogos hingga 10 September lalu
Makna tema
Menurut Kide tema Kulu-Kilir merujuk kepada pengalaman kembara beliau bersama isterinya, Syafiqah Sharom, di dalam negara dan luar negara Kembara tanpa perancangan itu diterjemah dalam lukisan melalui bidikan foto, pemerhatian dan kenangan yang tersimpan kemas dalam kotak memorinya
Antara tempat yang pernah mereka lawati termasuklah Terengganu, Melaka, Pahang dan Kedah manakala di luar negara pula Jerman, Jepun, United Kingdom, Belanda dan Australia.
“Ketika kembara saya cuba memfokuskan elemen isu semasa, sosial dan masyarakat dalam seni lukisan yang dipamerkan Pendek kata, kesemua lukisan ini terjemahan pengalaman saya Sebagai contoh, lukisan berjudul Dalam Pejabat Tanah menceritakan pengalaman ketika berkunjung ke sebuah pejabat tanah di daer-
ah Seremban baru-baru ini Begitu juga dengan lukisan Tunggu Siapa Tu?.
Ia menceritakan tentang ibu bapa serba moden di kampung sedang menunggu kepulangan anak,” ujar anak bongsu daripada empat beradik itu
Bagi menghasilkan sebuah lukisan, selain berus cat, Kide turut menggunakan ranting kayu, putik kapas dan dawai Beliau mengambil masa hampir setahun untuk menyiapkan 63 lukisan tersebut Setiap satu lukisan pula mengambil masa sebulan atau seminggu disiapkan bergantung pada saiz
Koleksi pameran
Pameran Kulu-Kilir bukan sahaja dihiasi lukisan di atas kanvas semata-mata, malah terdapat beberapa arca yang dicipta oleh Kide menggunakan botol plastik dan kayu Ada juga lukisan di atas kanvas yang mempunyai elemen tiga dimensi (3D) apabila kayu tingkap digunakan seperti lukisan Tunggu Siapa Tu?
Menurut Kide, antara individu yang memberikan inspirasi kepadanya untuk terus berkarya adalah keluarga, rakan dan pensyarah
“Saya mendapat inspirasi untuk terus berkarya kerana sokongan daripada ibu bapa yang tidak putus-putus pengurus galeri yang juga Pensyarah iaitu Nizam juga banyak membantu berkongsi info dan idea kreatifnya dalam sesi kuliah beliau Ideanya sering membuatkan saya tertarik untuk meneroka kepelbagaian seni lukisan,” jelasnya
Seperti penggiat seni yang lain, Kide mengakui terdedah dengan pelbagai kritikan Lukisannya pernah dikritik buruk dan dilabel seperti cakar ayam oleh sesetengah pihak
Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berkarya kerana kritikan itu menjadi pemangkin semangatnya cuba mempelajari gaya lukisan lain
Pameran bertemakan Sa-Hari-Hari mempersembahkan sebanyak 32 lukisan yang mengetengahkan kisah nostalgia keluarganya era 70-an Motivasinya dalam dunia lukisan makin membara apabila kesemua lukisan dipamerkan berjaya dijual”
Kide
14 SEPTEMBER –20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 23SENI
Kide Baharudin
Salah satu lukisan yang dipamerkan
Arca berjudul Termenung di Tengah Jalan menggunakan bahan-bahan seperti botol plastik, surat khabar, dawai dan simen
Elemen 3D diterapkan dalam lukisan Tunggu Siapa Tu?
SURIASPACE
Imbas disini untuk ke laman web Suria
Setiap Isnin - Jumaat 3.00pm - 7.00pm
SERTAI PERADUAN ‘TANGKAP DUIT SURIA’ & MENANGI
SEBAHAGIAN RM 30,000!
REBUT peluang menangi sebahagian RM 30,000 menerusi peraduan Tangkap Duit Suria di Suria FM bermula 11 September 2023 sehingga 29 September 2023 dengan hanya menanti isyarat ‘Tangkap Duit Suria!’ di segmen Morning-Morning Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang, Suria Cinta bermula jam 6 pagi hingga 10 malam
Caranya mudah sahaja, selepas mendengarkan isyarat memanggil, hantarkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat emel dan hashtag #TangkapDuitSuria ke talian Whatsapp Suria 017-8961053
Penghantar Whatsapp ke-5 akan dihubungi oleh penyampai Suria dan anda harus menyebut ‘Tangkap Duit Suria’ bagi memenangi wang tunai sebanyak RM 250! Sekiranya anda gagal menyebut perkataan tersebut, wang akan digandakan ke segmen seterusnya
Bukan itu sahaja, pemenang juga berpeluang untuk memenangi sejumlah wang tambahan di waktu bonus dengan hanya menyebut kata laluan yang dikongsikan di Instagram Suria FM bagi melayakkan diri ke pusingan ini!
Penyampai Suria FM akan merebut bola yang tertera nilai di dalam kotak duit sebagai wakil peserta dan anda perlu sebut “berhenti” dalam masa 10 saat Menerusi pusingan ini, anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti gitar eksklusif atau wang bonus berdasarkan jumlah wang yang dikumpul oleh
penyampai!
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Tangkap Duit Suria, Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria FM di laman web Suria, suria my dan laman sosial Suria Malaysia:-
Instagram: suriamalaysia
Threads: suriamalaysia
Facebook: @SuriaMalaysia
TikTok: @suriamalaysia
Youtube: SuriaTV
X: @suria malaysia
SURIA SPACE
Penghargaan buat wira & wirawati negara
Hits senaraikan lima filem berunsur patriotik adaptasi daripada kisah benar mampu menyuntik jiwa sayangkan tanah air
PELBAGAI cara dilakukan oleh rakyat
Malaysia bagi menzahirkan penghargaan mereka terhadap wira dan wirawati negara yang sebelum ini bermati-matian berjuang untuk memerdekakan tanah air
Usaha itu termasuklah menterjemahkan penghargaan kepada pahlawan dan pemimpin negara menerusi karya seni yang dihasilkan oleh penggiat filem tempatan, sekali gus berupaya menyemarakkan semangat juang dalam kalangan anak-anak muda
1. PASKAL
Pasukan Khas Laut (PASKAL) merupakan sebuah filem aksi ketenteraan
Malaysia yang diadaptasi daripada
kisah benar
Filem itu mengisahkan tentang jerit
perih pasukan elit Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) dalam misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga
Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011
Komander Leftenan Arman Rahmat
ialah pegawai Pasukan Khas TLDM dengan sejarah perkhidmatan yang
terkenal
Dia mengetuai pasukan yang membebaskan MV Bunga Laurel - kapal
tangki kimia Malaysia yang dirampas
oleh lanun Somalia di pantai Afrika
Dia juga dipuji sebagai wira kebangsaan untuk eksploitasinya di bawah
bendera tentera pengaman
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Angola
Filem arahan Adrian Teh itu menjalani penggambaran pada Mac 2018 di Kuala Lumpur dan berakhir pada
Mei 2018
Antara pelakon yang membintangi
PASKAL termasuklah Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq
Hanafi dan Gambit Saifullah
Filem berkenaan berjaya meraih
kutipan tertinggi sebanyak RM30 08
juta, menjadikannya sebagai salah
satu filem dengan kutipan pecah panggung tertinggi di Malaysia selepas
Hantu Kak Limah dan Munafik 2.
2. Malbatt: Misi Bakara
Filem ini berkisarkan peristiwa
sebenar, Black Hawk Down menceritakan peranan pasukan tentera Malaysia
terlibat dalam operasi menyelamat
pasukan tentera Amerika Syarikat (AS)
yang dikepung ribuan pengikut Farah
Aidid semasa pentempuran di Bakara
Market, Somalia
Seramai 114 anggota 19 Rejimen
Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis
dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1
terbabit dalam misi pengaman di Somalia pada 1992 hingga 1995
Mereka ditugaskan untuk
menyelamatkan 70 anggota US
Rangers yang terperangkap dalam
kejadian tersebut
Ketika itu, pasukan tentera AS
dikepung oleh ribuan pengikut Farah
Aidid semasa berlakunya pertempuran Mereka terperangkap selepas
helikopter Black Hawk mereka terhempas di kawasan tersebut
Filem Malbatt: Misi Bakara mencipta rekod sebagai filem termahal pernah dihasilkan oleh karyawan tempatan apabila kos pembikinannya menelan belanja sebanyak RM20 juta Antara nama besar yang menjayakan filem arahan Adrian Teh itu termasuk Bront Palarae (Mejar Adnan), Shaheizy Sam (Lans Koperal Ramlee), Hairul Azreen (Leftenan Ismail), Zahiril Adzim (Leftenan Dahari), Adlin Aman Ramlie (Kolonel Rahman) dan Tony Eusoff (Mejar Abd Samad).
3. 1957: Hati Malaya
Filem 1957: Hati Malaya diterbitkan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50 pada tahun 2007
Filem itu berkisarkan sekumpulan anak muda tempatan yang berusaha untuk menerbitkan sebuah buku ber-
gambar berjudul 1957- Hati Malaya
Filem berkenaan bertumpu kepada
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (lakonan Mohd Kamarulzaman Taib), pengasas Parti Perikatan, yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada 1957 walaupun mendapat tentangan secara halus dari British.
Selain itu, ia juga turut memaparkan perjuangan Datuk Onn Ja’afar (lakonan Zaefrul Nordin), pengasas Umno yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada 1946.
Filem tersebut menunjukkan bagaimana penduduk Malaya sanggup menggadaikan barang kemas dan wang ringgit semata-mata untuk diberikan kepada Tunku Abdul Rahman sebagai perbelanjaan ke
London
Filem arahan Datin Paduka
Shuhaimi Baba ini menampilkan pelakon berbakat besar seperti Rusdi Ramli, Maya Karin, Adlin Aman Ramli, Sharifah Amani serta Kavita Sidhu.
Filem yang menelan belanja RM3 juta itu pernah merangkul pelbagai anugerah antaranya Anugerah Khas Juri di Festival Filem Malaysia ke-21 (2008), Penyunting Terbaik di Festival
Filem Malaysia ke-21 (2008) dan Skor Muzik Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 (2008).
Tanda Putera merupakan sebuah filem drama politik Malaysia ditayangkan pada 2013 yang berkisarkan kisah benar mengenai tragedi 13 Mei 1969
Ia mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam tersebut
Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan selain bimbang akan keselamatan negara
Mereka berdua juga berkongsi doktor yang sama. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson
Filem arahan dan terbitan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu membariskan pelakon seperti Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah) serta Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin)
Filem ini telah memenangi tiga anugerah dalam Anugerah Skrin 2014 dan lima anugerah (termasuk Anugerah Khas Juri) dari sebelas pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-26.
5. Leftenan Adnan
Leftenan Adnan merupakan sebuah filem drama perang arahan Aziz M Osman yang mengisahkan perjuangan pegawai tentera Tanah Melayu, Adnan Saidi yang juga dikenali sebagai
Leftenan Adnan bertarung nyawa demi menyelamatkan Tanah Melayu daripada penaklukan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua
Filem ditayangkan pada tahun 2000 itu turut memaparkan babak pertempuran terakhir Rejimen Askar Melayu berdepan kemaraan tentera Jepun dengan jumlah lebih ramai di Bukit Chandu di Singapura sehingga mengorbankan
Leftenan Adnan
Filem lakonan termasuk Hairie
Othman, Umie Aida dan Faizal Hussein itu menelan belanja sebanyak RM2.5 juta dengan jumlah pelakon dan krew melebihi 1,000 orang, sekali gus mencatat rekod sebagai filem paling mahal ketika itu
Leftenan Adnan berjaya merangkul dua anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke-45 dan empat anugerah di Festival Filem Malaysia ke-15.
14 SEPTEMBER –20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 26 HITS
4.Tanda Putera
Maya antara pelakon membintangi filem 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba
Filem Malbatt: Misi Bakara yang ditayangkan pada 24 Ogos lalu dijayakan barisan pelakon hebat antaranya Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Shaheizy Sam dan Hairul Azreen
Paskal
Leftenan Adnan 1957: Hati Malaya
Oleh NUR IFTITAH ROZLAN
Ekspresi wangian sensual buat jejaka
Serlahkan karisma diri dengan tiga haruman pilihan.
WANGIAN adalah cara hebat untuk mengekspresikan personaliti dan gaya seseorang Bagi lelaki yang mengutamakan keanggunan dan sifat kelelakian, minggu ini Majoriti 7 tampilkan tiga wangian pilihan unggul menyentuh setiap aspek maskulin.
Paco Rabanne Invictus Victory Elixir (RM730) Invictus Victory Elixir oleh Paco Rabanne adalah satu lagi pencapaian dalam siri Invictus yang sangat popular Dengan elemen sukan dalam botol
menyerupai piala, wangian itu memancarkan semangat kemenangan dan ketahanan Invictus Victory Elixir adalah kombinasi yang sempurna antara kesegaran dan kehangatan.
Rumusan buah pelaga meningkatkan perihal mental, tahap fokus dan memberikan rasa kesejahteraan secara keseluruhan Aroma kardamom yang menyegarkan pula bergabung dengan kehangatan lada hitam mencipta aura dinamik.
Jean Paul Gaultier Le Male Elixir (RM509)
Jean Paul Gaultier Le Male Elixir adalah lanjutan moden kepada klasik, Le Male Wangian itu menggabungkan elemen-elemen klasik dengan nuansa lebih mendalam dan kuat
Wangian klasik itu mempunyai gabungan manis vanila yang hangat dengan kesegaran aroma lavender ceria
Dengan campuran aromatik kayu ambar disertai kesegaran pudina pedas dan kacang tonka mengangkat deria yang rancak antara lavender serta kemanisan vanila benzoin
Hasilnya adalah aroma memancarkan mood maskulin dan keanggunan dalam setiap semburan
Wangian Coach Green (RM431)
Melambangkan keaslian dan kebebasan, Coach Green menghadirkan gabungan memikat antara aroma kiwi dan bergamot
Diserlahkan dengan nota aromatik rosemary dan geranium sebelum dilengkapkan dengan kristal moss dan pohon cedar maskulin bagi menghasilkan bauan berkarisma.
Setiap wangian itu mengekspresikan karakter dan keperibadian berbeza, tetapi mempunyai satu persamaan iaitu keunikan
Dengan aroma yang kuat dan ketahanan luar biasa, wangian Coach Green adalah pilihan sesuai buat pria ingin mencipta kesan abadi.
Nuansa gincu mewah rona musim salju
HITAM meluahkan rona intensif, menyerlahkan konsentrasi setiap pigmen bagi memberikan rasa mendalam buat pewarna bibir
Meskipun ramai yang tidak memilih gincu rona hitam, namun ia merupakan sumber utama bagi menonjolkan warna lipstik menerusi koleksi edisi
terhad Rouge Hermes Autumn Winter 2023
Hadir dalam kod 72 Rouge Bruni, 84 Rouge Abysse dan 90 Prunoir yang senang dibina, setiap rona mempunyai personaliti tersendiri
Kod Rouge Bruni menampilkan rona merah bata yang kuat dengan nada hangat, Rouge Abysse pula
menonjolkan burgundy elegan sentuhan kobalt manakala Prunoir ungu diterangi dari dalam pembayang merah jambu
Dengan formula ringan, rona hitam yang mendalam dan padat itu memberikan nuansa tidak dijangka pada bibir.
Selain itu, teksturnya tidak melekit memberikan kilauan dan keselesaan buat si pemakai menghasilkan kontras yang jelas
Tiga gincu dalam himpunan edisi terhad itu boleh didapati di butik Hermes Pavilion KL, Kuala Lumpur dan kaunter Hermes di Parkson pada harga RM455
14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 CANTIK SEGAK 27
Wangian Jean Paul Gaultier Le Male Elixir
Wangian Coach Green menyerlahkan keyakinan
Gincu Rouge Hermes Autumn Winter dalam kod Prunoir
Gincu Rouge Hermes Autumn Winter dalam kod Rouge Bruni
Paco Rabanne Invictus Victory Elixir
Gincu Rouge Hermes Autumn Winter dalam kod Rouge Abysse
Oleh AZIAH NOH
Kawal keseimbangan hormon
Pelbagai kaedah
boleh dijadikan
amalan untuk
membantu
mengembalikan
kesegaran badan
Buah avakado kaya lemak sihat baik untuk kesihatan badan
j diri
Bersenam membantu menguatkan sistemn endokrin mengawal hormon
BIARPUN tidak dapat dilihat dengan
mata kasar, namun fungsi hormon
dalam badan wanita dan lelaki penting
kerana ia mempengaruhi perjalanan
tubuh bermula daripada kestabilan
emosi sehingga kesihatan reproduktif
Hormon adalah kumpulan biokimia
dalam tubuh memainkan peranan
penting untuk keadaan fizikal, mental
dan emosi kerana ia bertindak sebagai
penghantar kimia di setiap bahagian
badan.
Ketidakseimbangan hormon berlaku
apabila tubuh menghasilkan terlalu
banyak atau terlalu sedikit hormon
penting dalam aliran darah
Walaupun keadaan ini tidak mendatangkan bahaya, namun situasi ketidak-
seimbangan besar berisiko membawa
kesan buruk kepada kesihatan diri
Menurut Pakar Diabetologi dan Endokrinologi, Hospital Apollo Spectra, Bangalore di India, Dr Tejaswini Patil, pengambilan makanan berkhasiat termasuk protein, karbohidrat dan lemak baik adalah kunci untuk mengimbangi
hormon secara semula jadi
Di samping itu, menjalani gaya hidup sihat dan mengambil makanan berkhasiat membantu mengekalkan kesihatan dan keseimbangan hormon
Berita baik terdapat perkara boleh dilakukan setiap hari bagi memastikan hormon kekal terkawal secara alami
disamping melakukan ujian hormon daripada pakar Minggu ini, Majoriti 7 kongsikan beberapa langkah boleh dijadikan amalan untuk membantu mengembalikan keseimbangan hormon secara alami
1. Pengambilan lemak sihat
Hormon dipengaruhi oleh jumlah lemak di dalam badan Oleh itu, makan lebih banyak lemak sihat membantu mengimbangi hormon dalam badan. Antara makanan kaya lemak sihat seperti omega 3 dan omega 6 asid lemak (avakado, salmon, kekacang, minyak zaitun, minyak kanola dan minyak kacang soya.
2. Tidur cukup kurangkan tekanan
Elak memberikan tekanan terhadap badan kerana ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon
Kajian diterbitkan Journal of Endocrinology and Metabolism India melaporkan tekanan mengakibatkan perubahan kadar serum dalam hormon seperti hormon pertumbuhan dan prolaktin sehingga mengganggu sistem badan
Mengikut cadangan pakar, tidur yang mencukupi khususnya untuk golongan dewasa disarankan antara tujuh hingga lapan jam sehari. Tidur yang mencukupi memberikan
masa untuk tubuh membaiki sel-sel yang rosak, membina tenaga baharu dan meningkatkan imuniti serta mengekalkan keseimbangan hormon
3. Amal aktiviti sihat
Latih diri memberikan keseimbangan hormon menerusi rutin aktif antaranya dengan bersenam kerana ia dapat menguatkan sistem endokrin yang mengawal hormon
Bukan itu sahaja, senaman juga membantu mengurangkan tekanan, membantu tidur lebih baik dan mengekalkan berat badan
Bagaimanapun, jangan keterlaluan dalam melakukan sukan kerana ia berpotensi menjadikan tubuh tertekan sehingga mengganggu keseimbangan hormon
4. Pantau kesihatan pencernaan
Kesihatan pencernaan mempunyai kesan ke atas sistem imun badan dan sistem hormon
Elak pengambilan makanan yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pencernaan
Sebagai contoh, makanan tinggi gula kerana berisiko mengganggu kerja insulin hormon sehingga menyebabkan anda mengalami diabetes
5. Hindar kafein, alkohol Kafein mungkin membantu anda dalam beberapa cara, namun minum
Elak pengambilan gula putih secara berlebihan
secara berlebihan tidak baik untuk badan
Ia boleh mempengaruhi kerja sistem saraf pusat, meningkatkan kadar denyutan jantung, meningkatkan kewaspadaan dan mengubah cara otak mengeluarkan hormon
Kebanyakan kafein boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur, sekali gus meningkatkan tahap hormon kortisol dan hormon tekanan lain.
Selain itu, minuman beralkohol mengganggu fungsi hati dan pankreas Sesetengah pengeluaran hormon boleh terganggu akibat alkohol seperti hormon estrogen dan testosteron
6. Elak bahan kimia berbahaya
Bahan kimia berbahaya memasuki tubuh dalam pelbagai cara sehingga mengganggu keseimbangan hormon Makanan mengandungi racun perosak, produk pembersih rumah, bekas plastik makanan ataupun produk penjagaan badan antara berkemungkinan mengandungi bahan-bahan kimia bahaya.
Untuk mengatasi masalah itu gantikan penggunaan plastik makanan atau minuman bebas daripada bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan produk kecantikan mengandungi parabens atau propylene glycol Justeru, anda dinasihatkan sentiasa membersihkan sayur-sayuran dan buah sebelum makan atau masak
28 HOLISTIK MAJORITI 7 14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023
Oleh FATIN SHAHAR
Vaksin cegah batuk kokol
Ibu hamil juga perlu ambil langkah proaktif cegah penularan
INDIVIDU yang didiagnosis menghidap batuk kokol atau pertussis perlu dikuarantin bagi mengelakkan penyakit berkenaan merebak
terutamanya dalam kalangan
kanak-kanak berumur bawah lima
tahun
Setakat 19 Ogos lalu, sebanyak
329 kes pertussis dengan 23 kematian dilaporkan di seluruh negara dan 189 daripada kes dilaporkan
membabitkan bayi bawah 12 bulan
Pemerhatian ke atas beberapa
hospital selama 12 bulan mendapati
sebanyak 89 3 peratus kes batuk
berlaku pada bayi yang terlalu
muda untuk divaksinasi penuh atau
tidak mendapat vaksinasi secukupnya mengikut umur mereka
Sekiranya batuk kokol menjangkiti bayi berusia kurang setahun
mereka tidak akan mengalami
batuk, namun lazimnya akan
menunjukkan gejala kurang bermaya dan tiba-tiba menjadi biru kerana mengalami masalah pernafasan
Pakar Perunding Perubatan Feto-
Maternal, Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Hospital Al-Sultan
Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor, Prof Dr Jamiyah Hassan menyarankan
agar kombinasi vaksin 3 dalam 1
Tetanus difteria pertussis (Tdap) diserapkan sebagai penjagaan pranatal Kesedaran perlu dipertingkatkan khususnya dalam kalangan ibu bapa agar memastikan bayi mendapat vaksin batuk kokol kerana ia penting dalam memberikan imunisasi lengkap.
“Batuk kokol adalah penyakit boleh dicegah dengan vaksin Ia berpunca daripada bakteria bordetella pertussis yang disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung dan tekak
“Gejala lazim batuk kokol adalah batuk berpanjangan dalam tempoh satu hingga dua minggu dan boleh berlarutan hingga dua bulan
“Komplikasi teruk seperti radang
paru-paru, radang otak dan kematian juga boleh berlaku jika tidak mendapat rawatan awal,” ujarnya Katanya, ia berikutan dengan peningkatan kes batuk kokol menular dalam kalangan masyarakat seperti di Rompin, Negeri Sembilan dan Alor Gajah, Melaka akhir Ogos lalu
“Pemberian kombinasi vaksin 3 dalam 1 Tdap bagi melindungi bayi baru lahir daripada penyakit batuk kokol penting bagi mengurangkan risiko kadar mortaliti neonatal (kadar kematian bayi baru lahir ke-28 hari pertama kehidupan)
“Apabila menerima vaksinasi semasa hamil, ibu akan mempunyai dua kelebihan iaitu merangsang imuniti diri sendiri dan antibodi dijana memberi perlindungan penting kepada bayi di dalam kandungan dan sewaktu kelahiran
Risiko batuk kokol
Di peringkat global, kira-kira 6,400 bayi baru lahir meninggal dunia setiap hari, iaitu hampir 47 peratus daripada kematian kanak-kanak di bawah umur 5 tahun
“Antibodi terbentuk dalam diri ibu akan dipindahkan kepada bayi melalui uri untuk memberi perlindungan daripada jangkitan penyakit berjangkit seperti batuk kokol,” jelasnya lanjut
Di Malaysia, ramai ibu hamil tidak mendapat vaksinasi atas pelbagai faktor seperti kurangnya kesedaran, keraguan terhadap vaksin, bimbang isu keselamatan dan kekangan kewangan
“Pengambilan vaksin Tdap di negara ini kebanyakannya boleh didapati di pusat penjagaan kesihatan swasta Ia bergantung kepada saranan doktor
“Vaksinasi bayi tepat pada waktunya perlu dititikberatkan untuk mengurangkan dan menghalang penyakit berjangkit seperti batuk kokol,” katanya
Di Malaysia, kadar mortaliti neonatal pada 2021 adalah 4 1 bagi setiap 1,000 kelahiran hidup meningkat sedikit berbanding kadar pada 2020 iaitu 3 9
Asia Selatan dan Asia Tenggara mencatat peningkatan kes batuk kokol neonatal dalam kalangan bayi di bawah umur tiga bulan
Kadar mortaliti di rantau ini mencecah 5 6 hingga 14 7 peratus, malah kebarangkalian untuk kelompok umur yang lemah ini menghidap penyakit teruk dan dimasukkan ke hospital adalah lebih tinggi
Di Malaysia, kes batuk kokol meningkat sejak 20 tahun lalu dengan kadar penolakan vaksin melonjak daripada 600 (tahun 2013) kepada 1,600 pada 2016
14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 HAB SIHAT 29
Para ibu bapa perlu menitikberatkan agar bayi mendapat vaksin batuk kokol bagi membantu memberikan imunisasi lengkap
Dr Jamiyah
Google popularkan Azie Kitche
Haziah kongsi resipi mudah untuk pengguna tajamkan skil memasak.
BERKONGSI resipi mudah
dan praktikal, Azie
Kitchen antara laman
masakan nombor
satu di carian
Google yang
menjadi rujukan
pengguna
untuk menyediakan juadah
enak
Bak air tangan seorang
ibu, pemilik
Azie Kitchen, Haziah Jaya sering
mendapat maklum
balas positif menjadikan laman tersebut
popular di Google sejak
sedekad lalu Mengutamakan
langkah memasak yang ringkas dengan mudah, resipi diketengahkan Azie
Kitchen tidak pernah mengecewakan
Sesiapa sahaja yang mengikutinya begitu pantas menguasai dunia masakan
Beliau tidak hanya menghimpunkan masakan dari negeri kelahirannya, Kelantan, bahkan mahir menyediakan aneka masakan dari negeri lain.
“Objektif utama saya mengutarakan blog dan siaran memasak menerusi laman sosial adalah untuk menggalakkan lebih ramai pengguna terutamanya wanita masuk ke dapur dan memasak
“Saya mahu mereka mempelajari teknik memasak yang ringkas, tetapi hasil memuaskan Baik resipi tempatan, kuih-muih mahupun hidangan Barat,” ujarnya ketika dihubungi
Majoriti 7
Bahkan, bekas pegawai bank itu turut mencatatkan rekod jualan buku
masakan terlaris menerusi tajuk 101
Resipi Azie Kitchen dan diulang cetak
sebanyak empat kali sejak 2020
Beliau juga menerbitkan sendiri buku resipi kedua bertajuk Buku Resipi
Azie Kitchen, Hebat Di Dapur dengan
tujuan membantu wanita menjimatkan masa di dapur, selain berkebolehan memasak pelbagai menu dari
pembuka selera sehingga pencuci mulut tradisonal, moden, Melayu dan ala Barat.
Kongsi video masak
Kini, Azie Kitchen aktif memuat naik video masakan menerusi laman sosial termasuk blog, Youtube, Instagram dan Facebook @Azie Kitchen Blogger bagi memberi pengalaman memasak lebih
santai dan ringkas
“Saya belajar dan mendapat resipi bukan dengan jalan mudah Suatu ketika dahulu, resipi keluarga diajar dan diturunkan dalam kalangan famili
Tip Azie Kitchen
Elak kek bantat
Jangan terlebih pukul adunan selepas dimasukkan tepung
Kacau secara kaup balik sahaja
Pastikan oven dipanaskan pada suhu diperlukan terlebih dahulu
Salad kekal segar
Basuh daun salad dan masukkan dalam bekas bertutup dan dilapik tisu dapur
Letakkan tisu dapur secara berselang-seli dengan daun salad
Resipi dikongsikan ibarat masakan air tangan ibu
sahaja.
“Mereka yang baharu berjinak dengan dapur akan menghadapi sedikit cabaran untuk memasak tanpa panduan dan caranya Jadi saya, ingin kongsikan apa yang peroleh dengan individu lain supaya mereka tidak perlu berdepan kesukaran sama,” jelasnya
Sebelum wujudnya media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook, Haziah banyak berkongsi ilmu masakan di blog Azie Kitchen
Dengan pautan laman sesawang www.aziejaya.blogspot.com, blog dibuka pada Ogos 2011 itu menjadi tempat rujukan peminat masakan baik tempatan mahupun luar negara untuk mendapatkan resipi
Haziah sememangnya meminati bidang masakan sejak kecil Beliau tidak pernah mengikuti kelas masakan, tetapi mempelajari sendiri melalui pemerhatian dan pembacaan menerusi majalah dan internet
Katanya, resipi yang diketengahkan dikumpul sejak di bangku sekolah menengah
“Apabila merasakan keenakan sesuatu menu, saya mesti berusaha untuk bertanya dan belajar menyediakan. Kemudian resipi itu ditulis dalam buku masakan saya
“Resipi yang dikongsikan ini adalah hasil daripada perkongsian keluarga, sahabat dan sesiapa sahaja. Saya akan berusaha ‘merisik’ resipi apabila berkenan
“Namun, pada saya cabaran utama untuk menulis resipi apabila teknik
masakan dikongsikan hanya berdasarkan sukatan ‘campak-campak’ sahaja,” ujarnya yang sudah berkongsi lebih 3,000 resipi dalam blog miliknya
Menyentuh tentang resipi kegemaran, beliau memberitahu, resipi tradisional yang semakin dilupakan generasi muda seperti masakan dan kuihmuih negeri Che Siti Wan Kembang lebih dekat di hati
“Saya ingin generasi muda mengenali resipi kuih muih tradisional kerana nilai warisan tiada ganti Antara menu digemari adalah masakan Kelantan
“Dari segi kuih pula resipi kuih lompat tikam antara signatur Azie Kitchen. Ia dikongsikan oleh arwah ibu dan resipi ini amat terkenal dalam kalangan penduduk kampung,” ujarnya lanjut sebelum menutup bicara
Kemudian, simpan daun salad di dalam peti ais
Ikan bilis goreng ranggup
Sebelum digoreng rendam ikan bilik di dalam bekas berisi air dan cuka
Kacau rata lalu tos
Selepas itu goreng seperti biasa menggunakan minyak panas
Udang goreng ranggup
Lumur udang menggunakan tepung jika ingin menambah keranggupan
Goreng antara tiga hingga empat minit sahaja
Elak menggoreng terlalu lama kerana udang akan menjadi liat
30 YUMMY MAJORITI 7 14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023
Haziah
Oleh FATIN SHAHAR
Aktiviti tingkat kesedaran tentang Alzheimer
SABAN tahun pada 21 September
masyarakat di seluruh dunia menyambut Hari Alzheimer Sedunia
Pemilihan bulan tersebut oleh
Pertubuhan Penyakit Alzheimer Antarabangsa (ADI) adalah untuk memberi maklumat kepada orang ramai mengenai penyakit itu melalui kempen kesedaran
Alzheimer merupakan penyakit yang menyebabkan lupa ingatan dan fungsi mental penting lain Ia adalah disebabkan sel-sel otak pesakit tidak mengalami perkembangan Penyakit berkenaan juga sering dikaitkan dengan dementia atau nyanyuk iaitu kecelaruan minda akibat kehilangan kemahiran intelektual dan sosial
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif
Yayasan Penyakit Alzheimer
Malaysia, Datuk Dr Yim Khai Kee memberitahu, statistik Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan pesakit yang mengalami dementia di Malaysia adalah sekitar 8.5 hingga 11 peratus atau sekitar
260,000 orang Bagaimanapun, pengetahuan am masyarakat terhadap
penyakit berkenaan masih rendah
Sehubungan itu, bersempena Hari
Alzheimer Sedunia tahun ini, pihak
Yayasan Penyakit Alzheimer
Malaysia (ADFM) bersama
Pertubuhan OSK dan pusat beli-belah Atria, Petaling Jaya, Selangor
menganjurkan kempen kesedaran
penyakit Alzheimer
Bertemakan Never too early, never too late, beberapa aktiviti mengenai
penyakit tersebut disediakan buat
peserta
Aktiviti yang dianjurkan di gedung
beli-belah antaranya ceramah, senaman kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma, memory walk, pameran dan banyak lagi. Selain itu, pengunjung juga berpeluang terlibat dalam aktiviti Purple Ride, salah satu inisiatif mengumpul dana bagi menyokong Hari Alzheimer Sedunia yang akan datang.
Pada masa sama, pengunjung berpeluang meronda sekitar Atria dengan menaiki skuter daripada pihak Beam Malaysia
Maklumat lanjut mengenai aktiviti Purple Ride layari web https://bit ly/ PurpleRide2023
Bagi mengetahui penyakit Alzheimer, boleh ke laman web ADFM di www.adfm.org.my
32 KOMUNITI MAJORITI 7 14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023
minggu ini 15 - 17 September 2023 Pesta Santai-Santai Hari Malaysia 10 pagi - 8 malam Pasar Seni, Kuala Lumpur 16 September 2023 A Tribute to Sudirman 8 30 malam Dewan Filharmonik, Petronas, Kuala Lumpur 17 September 2023 Malaysia Day Run 2023 8 pagi Dataran DBKL, Kuala Lumpur 19 - 20 September 2023 BankTech Asia Conference & Exhibition 2023 8 pagi - 5 petang Kuala Lumpur Convention Centre
Menarik
Oleh ATHIRAH ASRI
Pelancaran Hari
Alzheimer Sedunia 2023 di pusat beli-belah Atria, Petaling Jaya
Sumbangan daripada Yayasan OSK kepada pihak ADFM
Purple Ride menjadi simbol sokongan masyarakat untuk sambutan Hari Alzheimer Sedunia 2023
Karipap ayam inti telur dan kentang istimewa Chef Wan
RAIKAN kemeriahan Hari Malaysia dengan karipap ayam berinti padat dan rangup, Chef Wan’s Curry Puffs yang disediakan di rantaian kafe tersohor, Cafe Chef Wan 1958 by Chef Wan Promosi Hari Malaysia bermula pada pukul 3 petang hingga 6 petang itu menampilkan karipap inti ayam bersama telur dan kentang sesuai untuk sesi minum petang
Menariknya, karipap inti ayam disediakan oleh cef kesayangan
Chef Wan’s Curry Puffs, Promosi Hari Malaysia
Harga promosi:
RM0 60 sen (sekeping)
Hari Malaysia bukan sekadar
sambutan cutiumum
SAMBUTAN Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun begitu signifikan bagi seluruh rakyat negara ini Ia adalah satu inisiatif memperingati usaha pemimpin dan penduduk di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk hidup bersama di bawah payung satu negara dan bangsa sejak 1963.
Hari Malaysia memberi makna cukup besar kerana ia adalah detik penting dalam menyatukan rakyat di ketiga-tiga wilayah pada ketika itu Pembentukan Malaysia juga dilihat sebagai kerjasama politik dan ekonomi pemimpin dalam usaha mencapai kemajuan, kesejahteraan dan keamanan bersama
Lebih unik, pada 2023, sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan diraikan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak turut mengangkat tema sama dengan Hari Kebangsaan 2023 iaitu Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Bagaimanapun, tambahan cogan kata dalam bahasa Iban Segulai Sejalai yang membawa maksud berjalan seringan, menambahkan keunikan sambutan tahun ini.
Segulai membawa maksud bersatu dan bekerjasama manakala Sejalai pula berjalan atau melangkah bersama ke hadapan
Cogan kata itu dipilih kerana melambangkan kesatuan, perpaduan dan semangat kerjasama dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menurut Jawatankuasa Media dan Publisiti (JKMP), Sarawak diberikan kepercayaan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada
24 Jun 2020 antara lain bersetuju sambutan Hari Malaysia diadakan secara bergilir-gilir antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung
ramai, Chef Wan tersebut berbeza dengan karipap sedia ada di pasaran kerana kuih tradisi itu dibakar menggunakan ketuhar menjadikannya kurang berminyak
Aroma karipap ayam juga memikat selera apabila menggunakan herba istimewa yang digaul bersama resipi inti hasil air tangannya.
Jadi, tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi terhad itu pada harga RM0 60 sen sekeping berbanding RM6 90 pada harga biasa
Harga asal:
RM6 90 (sekeping)
Cawangan Cafe Chef Wan 1958 by Chef Wan:
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Setia City Mall, Shah Alam
KL East Mall, Kuala Lumpur
The Shore, Melaka
Cafe Chef Wan Petit, Bangsar
Tarikh promosi:
16 September 2023 (3 petang hingga 6 petang)
Persoalannya, sejauh manakah generasi muda hari ini benar-benar menyelami dan memahami peri pentingnya peristiwa yang berlaku pada Hari Malaysia? Adakah ia sekadar tarikh cuti umum?
Nilai patriotisme menjadi sebahagian daripada nilai murni sekiranya dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia
Pada pandangan Ejen M adalah wajar bagi generasi muda khususnya menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan yang perlu difahami, bukan sekadar mengikuti trend semasa
Patriotisme juga tidak hanya bergantung kepada mempamerkan bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan berunsurkan kenegaraan secara beramai-ramai, meletakkan pelekat patriotik di kenderaan atau apaapa cara sekalipun untuk menzahirkan kesetiaan kepada negara peringkat umum.
Sebaliknya, patriotisme adalah bentuk persefahaman dan penyatuan antara kaum yang menjadi pemacu kepada kemajuan negara dan pelaburan strategik ke arah keselamatan tanah air
Mungkin kita tidak pernah perasan, kebanyakan tema sambutan Hari Malaysia, bahkan sambutan Hari Kebangsaan sentiasa menerapkan elemen perpaduan rakyat
Antaranya muhibah dan perpaduan, bersatu maju, kebudayaan sendi perpaduan dan nasionalisme teras perpaduan
Dari sini, kita dapat melihat betapa pentingnya perpaduan sebagai pengikat kasih dalam kalangan rakyat Malaysia yang bersifat majmuk
14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 YUMMY 33
Karipap ayam menggunakan herba istimewa
Karipap ayam berinti padat dan rangup, Chef Wan’s Curry Puffs disediakan Cafe Chef Wan 1958 by Chef Wan sempena sambutan Hari Malaysia
Keindahan bandar purba
Turkaegean
Bandar purba Turkaegean destinasi mempesonakan dengan seni bina klasik, keindahan alam semula jadi dan sarat sejarah.
Oleh AZIAH NOH
Terletak di wilayah barat daya Turkiye, bandar itu merupakan campuran harmoni antara seni bina klasik, panorama
indah dan legasi budaya
MEMILIKI pantai yang indah, bandar Turkaegean adalah destinasi memukau di sepanjang Laut Aegean dengan kekayaan sejarah dan keindahan alam menakjubkan Terletak di wilayah barat daya Turkiye, bandar itu merupakan campuran harmoni antara seni bina klasik, panorama indah dan legasi budaya
Dikenali sebagai Pantai
Kegembiraan Turkiye, ia menjadi syurga buat pengunjung kerana lokasi strategik itu menyediakan pelbagai perkhidmatan pelancongan, pelayaran Blue Cruises dan aktiviti berlayar.
Selain itu, bandar Turkaegean juga mempunyai variasi hidangan enak diinspirasikan dari bahan tempatan ditemui dalam persekitaran mempesonakan.
Minggu ini Majoriti 7 senaraikan beberapa lokasi menarik di bandar purba Turkaegean untuk diterokai
Bandar purba Troy
Bertempat di perkampungan
Tevfikiye, Canakkale, bandar purba
Troy adalah salah satu kota kuno di dunia dan antara destinasi paling menarik di Turkaegean
Mengetengahkan sembilan lapisan arkeologi dan sejarah 3,000 tahun
yang tidak terusik, bandar purba
Troy tercatat dalam senarai Tapak
Warisan Pertubuhan Pendidikan
Kebudayaan dan Saintifik
34 NOMAD MAJORITI 7 14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023
Keunikan bandar purba di Aizanoi
Bandar purba Sagalassos
Hiasan di dalam Muzium Troya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1998
Tapak purba itu juga merupakan
hentian Laluan Aeneas iaitu laluan
budaya yang pertama dan tunggal bagi Majlis Eropah yang bermula di Turkiye
Malah, Muzium Troy di kota sama pernah meraih pengiktirafan
anugerah muzium paling berprestij di Eropah yang menempatkan koleksi artifak dan penemuan daripada
penggalian di wilayah berkenaan
Bandar purba Assos
Bayangkan kota bersejarah di atas
bukit dengan teres menghadap lautan, bandar purba Assos merupakan satu lagi khazanah menanti kunjungan
Lokasinya di perkampungan
Aegean, Behramkale menampilkan
keunikan Kuil Athena yang dibina di puncak Assos
Terdapat juga beberapa tinggalan lain di sana termasuk agora, gimnasium dan teater di bandar tua berke-
naan
Antara penghuni paling terkenal di Assos ialah Aristotle yang mengasaskan sekolah falsafah terkenal
miliknya sebelum mengembara ke
Istana Macedonia untuk menjadi guru kepada Alexander the Great
Bandar purba Ephesus
Berbicara soal Turkaegean, pastinya mengetengahkan Bandar Purba
Kuil Athena yang menakjubkan
Ephesus yang menarik kunjungan
ribuan pelancong tempatan dan asing setiap tahun
Ephesus yang turut diiktiraf
sebagai Tapak Warisan Dunia
UNESCO sejak 2015 merupakan
salah satu daripada bandar pelabuhan terbesar ketika zamannya dan pesat berkembang sewaktu era
Hellenistik dan Rom.
Antara tarikan utama ialah
Perpustakaan Celsus terbesar di Turkiye menerima kapasiti 30,000 pengunjung
Selain itu, terdapat teater purba, Gerbang Mazaeus dan Mithridates
Di Mithridates, pengunjung berpeluang melawat Kuil Hadrian dan Kuil
Artemis, satu daripada tujuh keajaiban dunia purba
Pelancong turut digalakkan mengunjungi Rumah Virgin Mary, Makam St. John dan Gua Seven Sleepers ketika berada di Ephesus
Bergama, Izmir
Bergama di Izmir merupakan pusat penting sewaktu zaman
Hellenistik, Rom dan Byzantine susulan lokasi itu menempatkan
tujuh gereja yang disebut dalam
Book of Revelations
Struktur di Pergamon yang bertahan sehingga kini termasuklah Kuil Athena, Trajaneum dan Perpustakaan Pergamon.
Jika berjalan kaki dari Upper Acropolis ke bandar moden
Bergama saksikan pemandangan indah keseluruhan bandar dari lereng bukit
Kini dikenali sebagai Red Basilica, Kuil Serapis merupakan satu lagi tarikan utama Bergama.
Di samping bandar purba terkenal di pantai Aegean, banyak penempatan purba terletak di kawasan pedalaman wilayah berkenaan Ini termasuk bandar purba Aizanoi di Kutahya dan bandar purba Sardis di Denizli
Mugla
Terletak di titik akhir Aegean dan permulaan Mediterranean, bandar Mugla memiliki ratusan tinggalan purba sehingga pengunjung bagaikan mengembara 8,000 tahun ke zaman silam
Kota itu menempatkan beberapa bandar purba termasuk Kaunos, Knidosdan Tlos Menerusi laluan terkenal itu pelawat boleh mengunjungi dua bandar purba iaitu Xanthos dan Letoon.
Dalam perjalanan ke Datca, sebuah bandar kecil di Mugla, anda wajib melawat bandar purba Knidos yang terletak di pertemuan lautan
Aegean dan Mediterranean
Knidos adalah sebuah bandar
budaya dan seni serta pusat perniagaan lama titik pertemuan
Aegean dan Mediterranean Ia dapat dilihat dari teater yang tersergam di bandar itu sambil
menikmati keajaiban geografi unik mengukir pelbagai rentetan sejarah
Bandar Mugla adalah destinasi menarik untuk semua pelawat, dari pencinta alam hingga pencinta sejarah dan penggemar kebudayaan
Dengan keindahan alamnya menakjubkan, pantai-pantai menawan dan warisan sejarah kaya, kota Mugla pasti meninggalkan momen manis kepada setiap pengunjung.
14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 NOMAD 35
Kota Izmir Ephesus tawar tarikan mempesonakan
Panorama bandar purba Xanthos
Terokai elemen sarat sejarah di Letoon
Nasi lemak menjelang dinihari
Menu signatur ini tidak hanya dinikmati waktu pagi, bahkan pada malam hari.
Oleh ATHIRAH ASRI
RUMAH makan yang beroperasi hingga malam bukanlah suatu perkara asing di ini Operasi restoran mamak lazimnya b jutan hingga lewat malam atau dibuka s ma 24 jam Uniknya, mereka masih men erima pelanggan meskipun jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah malam hingga ke awal pagi
Kini, bukan restoran mamak sahaja beroperasi hingga larut malam, beberapa restoran tempatan juga mengambil peluang berniaga pada malam hari
Restoran-restoran tersebut menyajikan menu istimewa seperti nasi lemak
larut negara berlansela-
Acapkali kita menjadikan juadah nasi lemak sebagai makanan utama pada wa pagi Bagaimanapun, hari ini ia menjadi satu satu hidangan dinikmati sebelah m
Antara restoran di sekitar Kuala Lump menjual nasi lemak dengan pelbagai pil pauk waktu malam ialah:
ktu salah malam pur yang lihan lauk-
1 3
Nasi Lemak Wanjo
Terletak di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur, restoran Nasi Lemak Wanjo beroperasi sejak 1963 Ini bermakna hampir 60 tahun perniagaan itu bertapak di kawasan Kampung Baru Meskipun juadah lain disediakan seperti kuih-muih, lauk-pauk dan minuman, nasi lemak merupakan salah satu menu utama restoran berkenaan Keistimewaan Nasi Lemak Wanjo terletak pada nasinya Nasi dikukus sebanyak tiga kali untuk menghasilkan tekstur lembut, kembang dan beraroma pandan. Proses itu mengambil masa hampir dua jam sebelum nasi dihidangkan kepada pelanggan Antara lauk menjadi pilihan pelanggan ialah rendang daging, sambal sotong dan sambal paru Usah risau jika tiada masa untuk singgah kerana ia dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam
Nasi Lemak Bumbung
Nasi Lemak Bumbung merupakan sebuah restoran mamak yang dibuka di kawasan
Petaling Jaya, Selangor selama hampir 20 tahun
Menu tersebut dikatakan enak dimakan bersama ayam goreng berempah dan telur goreng
Restoran berkenaan terletak di Jalan 21/11b, Sea Park, Petaling Jaya
Dibuka dari pukul 5 30 petang hingga 4 pagi pada hari Isnin hingga Sabtu manakala Ahad, restoran beroperasi pada pukul 5 30 petang hingga 12 tengah malam.
Jadi, kepada anda yang ingin mencuba Nasi Lemak Bumbung sambil dihembus bayu malam jangan lepaskan peluang datang menjamu selera bersama keluarga dan teman-teman
2 4
Nasi Lemak Mali’s Corner
Nasi Lemak Antarabangsa
Diasaskan pada 1973, perniagaan berkonsepkan warung itu menjadi pilhan ramai untuk menikmati nasi lemak. Pelanggannya bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu, malah kaum Cina dan India turut menyatakan bahawa kedai Nasi Lemak Antarabangsa adalah pilihan mereka.
Nasi lemak yang dihidangkan boleh dimakan bersama lauk-pauk lain seperti sambal kerang, paru goreng, ayam goreng berempah dan banyak lagi
Terletak di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur, kedai makan itu beroperasi dari pukul 5 petang hingga 12 tengah hari keesokannya
Terkenal dengan char kuetiau, nasi lemak disediakan oleh restoran Mali’s Corner turut menjadi pilihan pelanggan untuk menikmatinya
Terletak di Jalan Langkawi, Danau Kota, Kuala Lumpur, Mali’s Corner mempunyai dua kedai menyediakan menu berbeza
Sebuah kedai untuk char kuetiau manakala kedai bersebelahannya adalah nasi lemak. Membawa konsep layan diri, restoran Mali’s Corner tidak putus pengunjung hingga pukul 12 pagi dan ke atas
Buat anda yang ingin merasai hidangan nasi lemak pada waktu malam, restoran Mali’s Corner adalah pilihan tepat kerana ia beroperasi setiap hari dari 12 tengah hari hingga 3 pagi
36 NEON MAJORITI 7 14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023
Keadaan restoran Nasi Lemak Wanjo pada waktu malam
Kedai Nasi Lemak Antarabangsa menjadi pilihan pelanggan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat
Selain nasi lemak, Restoran Mali’s Corner juga menyajikan char kuetiau
Suasana malam hari di restoran Nasi Lemak Bumbung, Petaling Jaya
Nikmat tempuh perjalanan 22,000km dari London ke Putrajaya
Perjalanan jauh sambil meneroka negara luar menjentik perasaan bersyukur kepada
Effendi kerana dilahirkan di Malaysia.
Perjalanan sejauh 22,000km dari London ke Malaysia itu turut memerlukan Effendi dan rakan-rakannya melalui kawasan Tembok Besar China
“HUJAN emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri ”
Tutur Effendi Rashid tatkala memulakan bicara mengenai pengalamannya menunggang motosikal berkuasa
tinggi merentasi 18 negara sejak 20
Jun hingga 31 Ogos lalu
Jurufoto berusia 47 tahun yang
menunggang motosikal jenis BMW
R1250GS itu mengakui bermacam-macam
pengalaman manis dan pahit diperoleh bersama lima rakannya dalam tempoh lebih 60 hari mengharungi perjalanan
sejauh 22,000 kilometer (km)
Ekspedisi dari London, United Kingdom itu bermula selepas motosikal yang diterbangkan dari Kuala Lumpur menggunakan pesawat kargo tiba lalu
beliau menuju negara pertama iaitu Perancis.
Kemudian, diikuti Switzerland, Itali, Jerman, Republik Czezh, Austria, Hungary, Romania, Bulgaria, Turkiye, Iran, Turkemistan, Uzbekistan, Krygyztan, Kazakhstan, China, Laos dan Thailand
“Jika ditanya perkara paling ekstrem sepanjang ekspedisi jawapannya adalah cuaca panas 45 darjah Celsius di Iran dan 49 darjah Celsius di Gurun Gobi, China
“Ketika itu, saya terpaksa jirus air putih pada muka dan sentiasa basahkan pakaian bagi mengurangkan rasa bahang
“Selain itu, saya pernah menunggang motosikal dalam cuaca sejuk yang mana suhu mencecah 8 darjah Celsius di Bern, Switzerland menuju ke Livigno, Itali
“Ini termasuklah, melalui kawasan pergunungan pada ketinggian 4,296
meter dari aras laut,” katanya yang terpegun dengan setiap keindahan menakjubkan ciptaan ALLAH sepanjang ekspedisi dilakukan Bercerita lanjut, beliau menjelaskan bahawa pengalaman menunggang dalam keadaan tayar pancit sehingga terpaksa berhenti setiap 10km sebanyak
12 kali untuk mengisi angin turut menguji kekuatan mental dan emosi.
Pemuda berasal dari Ipoh, Perak itu memaklumkan, secara purata jarak perjalanan mereka menunggang antara 300km hingga 800km sehari China adalah negara paling lama ditempuh selama
22 hari manakala Laos pula negara paling singkat apabila perjalanan memakan masa setengah hari sahaja
“Lagipun bukan setiap masa kami menunggang motosikal kerana ada harihari tertentu kami berehat bagi mendapatkan semula tenaga Tidak dinafikan saya pernah hampir terbabas kerana mengalami microsleep Jadi solusi terbaik kadangkala berhenti tidur sebentar di tepi jalan,” ujarnya lanjut
Beliau juga mengakui setiap negara yang dilalui mempunyai peraturan tersendiri dan tidak terkecuali terkandas beberapa jam di pintu sempadan kerana masalah dokumentasi
Pun demikian, Effendi memaklumkan, setiap negara yang mereka singgah sentiasa mendapat layanan mesra dan dialu-alukan penduduk tempatan khususnya golongan kanak-kanak di Iran
Katanya, sebahagian besar masyarakat yang ditemui menganggap beliau dan rakan-rakan ‘gila’ kerana sanggup menunggang motosikal dalam jarak yang cukup jauh.
“Berbelas-belas negara yang dilalui saya berpeluang melihat perbezaan kemajuan dan kemodenan Dari segi budaya, masyarakat dan fasiliti semestinya tanah air, Malaysia paling terbaik.
“Apabila meneroka negara orang ia membuka mata dan minda sehingga membuatkan saya terlalu bersyukur dan berbangga dilahirkan di Malaysia,” jelasnya
Sementara itu, jelajah Effendi bersama lima rakannya itu turut diberi pengiktirafan apabila dijemput menyertai perarakan Hari Kebangsaan ke-66 di Putrajaya pada 31 Ogos lalu
14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 OBSES 37
Oleh MUSTAKIM RAMLI
Route 318 di Sichuan, China antara pengalaman menarik buat pemuda kelahiran Ipoh, Perak itu
Passo Dello Stelvio merupakan laluan sempadan antara Itali dan Switzerland
Gambar kenangan di Cappadocia, Turkiye
SENAMAN lompat tali kini semakin popular selepas memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh badan dengan kesannya boleh dirasai walaupun dilakukan dalam tempoh singkat
Aktiviti fizikal itu jika dijadikan sebagai amalan boleh membantu memperbaiki sistem kardiovaskular dan mengurangkan berat badan dengan efektif
Malah, ia tidak memerlukan peralatan mahal, memadai hanya tali lompat dan boleh dilakukan di merata tempat yang mempunyai permukaan rata baik di dalam mahupun di luar rumah
Ketua Komunikasi Jump
Rope Malaysia (JRM), Amir
Izwan Mohd Ghazali berkata, setiap lompatan yang dilakukan secara tidak langsung
menyebabkan keseluruhan anggota badan turut bersenam, bukannya kaki atau tangan sahaja
“Jumlah kalori yang dibakar juga tinggi menerusi aktiviti ini Ia boleh membakar 200 hingga 300 kalori dalam masa 15 minit.
“Malah kajian mendedahkan, ia boleh membakar lebih banyak kalori berbanding latihan kardio yang berterusan seperti berlari, berbasikal dan berenang,” katanya kepada
Majoriti 7
Amir Izwan juga memberitahu, terdapat dua kaedah lompatan iaitu kecergasan dan kompetitif Jelasnya, lompatan kecergasan menjurus kepada intensiti tinggi untuk mengeluarkan peluh dan meningkatkan stamina.
Bagi lompatan kompetitif pula ia lompatan kreatif dan fokus kepada pertandingan Kebiasaannya lompatan jenis berkenaan banyak dilakukan di peringkat sekolah.
Di Malaysia, ujarnya terdapat pelbagai komuniti yang aktif melakukan senaman tersebut termasuk pihaknya di JRM sejak Mac 2019
Katanya, mereka yang berminat menyertai aktiviti itu boleh mendapatkan maklumat dengan melayari media sosial Instagram @jumpropemalaysia atau @lompat santai Lazimnya, acara berlangsung setiap Selasa dan Khamis di pekarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Lompat tali bakar lebih banyak kalori
Selain baik untuk kesihatan aktiviti ini mudah, murah dan boleh dilakukan di mana saja
Sementara itu, penggemar sukan lompat tali, Mohd Fatih Achmad Fatoni, 34, memberitahu, kesibukan bekerja tidak menjadi penghalang kepada sesiapa sahaja melakukan aktiviti itu
“Ada masanya saya perlu berada di luar kawasan, maka untuk sentiasa segar saya akan berhenti di hentian Rehat dan Rawat (R&R) lalu mengeluarkan tali dan lompat Tidak perlu pening mencari tempat kerana sebelah kereta pun boleh lakukan lompat tali,” katanya Usahawan itu juga memaklumkan aktiviti itu tidak memerlukan kos tinggi kerana tali lompat boleh dibeli pada harga serendah RM2
Info kebaikan lompat tali
l Membakar kalori
l Meningkatkan koordinasi
l Meningkatkan
kesihatan jantung
l Menguatkan
kepadatan tulang
Mohd Fatih melakukan lompat tali walaupun di kawasan parkir
Jump Rope Malaysia antara komuniti aktif melakukan senaman lompat tali
38 URBAN TREK MAJORITI 7 14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023
Oleh MUSTAKIM RAMLI
Amir Izwan
Sukan lompat tali memberi banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh badan
Oleh IZRA MUHD
SEBUT saja Lamborghini sama ada memilikinya ataupun tidak, rata-rata peminat kereta pasti tahu bahawa ia adalah sebuah jenama kenderaan mewah, sporty dan sangat pantas
Berbanding kereta mewah lain, Lamborghini merupakan jenama yang agak baharu, tetapi sudah mendahului
jenama kereta super lain di pasaran kenderaan mewah
Jadi dengan evolusi dunia teknologi yang semakin pantas bergerak, baru-baru ini Lamborghini memperkenalkan supercar pertama menggunakan
teknologi High Performance Electrified Vehicle (HPEV) V12 6.5 L iaitu
Lamborghini Revuelto di Malaysia
Kenderaan dari Itali itu dilancarkan
sempena ulang tahun ke-60 Ia dinamakan Revuelto membawa maksud seekor
lembu jantan laga terkenal di Sepanyol. Oleh itu, ia merupakan ‘lembu jantan’
terbaharu menggantikan model
Aventador.
Revuelto merupakan model
Lamborghini keenam selepas Miura, Countach, Diablo, Murcielago dan
Aventador
Pengarah Serantau Asia Pasifik, Francesco Scardaoni berkata, permintaan untuk kereta Lamborghini sentiasa
kukuh di Malaysia dan mereka yakin
Revuelto mewujudkan penanda aras
baharu dalam prestasi, teknologi terkini dan keseronokan kepada pemandu
Sekali pandang, Revuelto mirip bentuk Aventador, namun terdapat pel-
Revuelto kereta super HPEV
bagai spesifikasi luar biasa dan mengejutkan Mari lihat apakah elemen dan kehebatan ada pada kereta super HPEV tersebut
Dikuasakan oleh enjin V12 bersama tiga unit motor elektrik menggunakan pek bateri kuasa khusus tinggi litium-ion 4500 W/kg, kelajuan Revuelto bukan sahaja mampu mencecah hingga 1,000 kuasa kuda (hp), bahkan dikatakan memiliki kelancaran pemanduan lebih stabil dan selesa
Model itu mampu memecut 100 km/j dengan mudah dalam masa 2 5 saat dan pecutan maksimum mencecah 350 km/j Jadi, tidak hairanlah jika model Lamborghini itu merupakan kenderaan mewah PHEV pertama paling laju di dunia.
Revolusi kereta elektrik
Oleh CARSIFU
Kelajuan dimiliki juga merangkumi kotak gear klac dengan lapan kelajuan Ia dipraktikkan buat kali pertama oleh
Lamborghini untuk enjin 12 silinder di samping peralihan gear lebih lancar dan pantas
Kategorinya saja sudah hidbrid, tentu sekali menyediakan mod pemanduan elektrik Ini termasuklah tork elektrik menggunakan sistem terbaharu iaitu
Lamborghini Dinamica Veicolo 2.0 dan pertama kali dipasangkan oleh
Lamborghini pada Revuelto Di samping memiliki bateri dengan kapasiti keseluruhan 3 8kWj dan kebolehan cas penuh selama 30 minit dan memiliki 13 mod pemanduan iaitu:
Citta (pemanduan dalam bandar kuasa 180 hp).
Strada (pemanduan yang selesa dalam bandar dengan kuasa hingga 876 hp).
Sport (terbahagi kepada tiga mod Recharge, Hybrid, Performance dan kuasa hingga 895 hp)
Corsa (kuasa penuh 1,001 hp)
Beralih kepada reka bentuk luaran, kegarangan rupa bentuk Revuelto dapat dilihat menerusi gentian di seluruh badan, rangka dan bumbung yang diperbuat daripada karbon Garisan buju-buju di setiap sudut yang tajam menunjukkan sedia untuk
memecut Model berkenaan turut meletakkan kedudukan pemandu di bahagian kiri bukan kanan Lihat saja bahagian lampu depan terserlah satu pandangan yang begitu tajam seakan-akan sudah bersedia untuk beraksi Malah seperti biasa, apabila berbicara mengenai pilihan warna tersedia 400 warna pilihan yang boleh dikustomkan mengikut cita rasa pelanggan.
Untuk ruang dalaman pula memiliki sentuhan dan kemasan nampak mewah yang begitu eksklusif Terserlah lambang lembu jantan di streng dan bahagian penyandar kepala kerusi di tempat duduk
Bahagian tengah dan papan pemuka direka menggunakan sebuah konsep digelar Spaceship Philosophy
Ruang tempat duduknya yang menggunakan kulit campuran juga lebih luas, bahagian kaki lebih panjang dan ruang bumbung tinggi
Daripada segi keselamatan Revuelto dilengkapi Advanced Driver Assistance Systems (ADAS), Lane Departure Warning, Lane Change Warning, Adaptive Cruise Control, Rear CrossTraffic Alert dan Adaptive Headlamps Revuelto dianggarkan berharga RM2 5 juta (termasuk cukai dianggarkan mencecah RM6 5 juta) tidak termasuk penambahan kemasan
daripada plastik kitar semula
MENURUT ahli biologi marin, lautan merupakan salah satu tempat mengandungi paling banyak sampah-sarap Perkara ini berlaku disebabkan sikap masyarakat yang sering membuang sampah di laut ketika melakukan aktiviti air seperti memancing, beriadah, menyelam dan sebagainya
Sehubungan itu, beberapa organisasi dan individu tertentu cuba menyelesaikan isu masalah pembuangan sampah dengan melaksanakan aktiviti mengutip sampah, sekali gus meningkatkan kempen kesedaran
Penciptaan alatan khas untuk mengutip sampah di laut juga dilakukan seperti jaring besar berbentuk U yang dicipta oleh pertubuhan bukan kerajaan berperanan membersihkan lautan, The Ocean Cleanup. Jaring itu diletakkan di kawasan
laut yang mempunyai sampah menggunakan bot. Dilengkapi kamera dengan teknologi kecerdasan buatan (AI), ia mampu mengimbas kawasan di dalam laut yang dipenuhi sampah
Turut serta dalam memperkenalkan inovasi baharu menggunakan sampah yang dikutip dari laut seperti plastik ialah pengeluar kenderaan dari Korea
Selatan, Kia
Kia pernah mencipta model kenderaan utiliti sukan dikenali sebagai Kia EV9 Kenderaan itu merupakan kenderaan elektrik menggunakan bahan kitar semula botol plastik, bulu dan jaring ikan untuk dijadikan bahan lapisan tempat duduk kereta
Kini, Kia sekali lagi merancang mencipta model kenderaan elektrik baharu menggunakan bahan buangan laut yang dikutip dari Lautan Pasifik
Bekerjasama dengan rakan kongsi iaitu The Ocean Cleanup, sebanyak 55 tan sampah berjaya dikutip organisasi
terbabit dari Lautan Pasifik Hasil sampah berjaya dikumpul oleh The Ocean Cleanup menggunakan teknologi pengekstrakan dikenali sebagai The Ocean Cleanup System 002
Pada masa sama, The Ocean Cleanup turut memperkenalkan sistem baharu dikenali sebagai System 03 Technology dikatakan mampu mengutip lebih banyak sampah berbanding System 002
Hasil kutipan diberikan kepada pengeluar kenderaan itu untuk digunakan dalam pembangunan kenderaan mereka
Untuk rekod, Kia berjaya melaksanakan lebih daripada 30 penyelesaian mampan dalam pelbagai penghasilan produknya Sebagai contoh, fabrik dan karpet kenderaan menggunakan sejenis plastik polyethylene terephthalate (PET) yang dikitar semula dan cat bebas bahan benzene, toluena dan xilena (BTX)
14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023 MAJORITI 7 RODA 39
Jaring yang digunakan oleh The Ocean Cleanup untuk mengumpul sampah di dasar laut
Bek kiri Tigress ada cara sendiri cipta nama
Pasti ada pemain bola sepak wanita sukar menerima persepsi negatif, namun tidak bagi pertahanan kental skuad Malayan Tigress, Eva Olivianie Antinus yang menterjemahkannya sebagai motivasi
MESKIPUN penyertaan bola sepak dalam kalangan wanita sudah semakin meluas namun hakikatnya penerimaan orang ramai ataupun penyokong domestik terhadap kaum Hawa yang bermain dalam sukan tersebut masih berada pada mentaliti kelas ketiga
Mana tidaknya, sehingga kini masih ada komen-komen yang berbaur seksis dan kurang menyenangkan dilempar terhadap pemain wanita dalam negara setiap kali kejohanan berlangsung sama ada saingan liga domestik ataupun tugasan bersama pasukan kebangsaan
Pasti ada pemain bola sepak wanita sukar menerima persepsi negatif tersebut namun tidak bagi pertahanan kental skuad Malayan Tigress, Eva Olivianie Antinus yang menterjemahkannya sebagai motivasi
Daripada memikirkan komen negatif itu Eva sebaliknya menganggap bahawa ia adalah sebagai alat untuk menambahbaik dirinya sebagai seorang pemain bola sepak profesional
“Saya abaikan komen-komen negatif tersebut kerana mereka (penyokong) tidak tahu situasi sebenar Mereka hanya tahu komen saya
“Mereka ada hak nak cakap apa sahaja tapi kita boleh buat pilihan sama ada nak melayan ataupun tidak komen itu Jurulatih (Soleen Al-Zoubi) kami selalu cakap komen negatif biarkan saja, yang baik letakkan sebagai motivasi dan terus baiki diri
“Mengenai bila ada orang cakap mengenai pemakaian kami, benda itu jadi pelik sebab kami tidak buat apa-apa, hanya bersukan,” katanya kepada Majoriti 7 ketika mengulas mengenai komen berbaur seksis
Maklum balas negatif tersebut banyak timbul ketika bekas pelajar Sekolah Sukan Sabah itu mewakili pasukan Malaysia ke kejohanan Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada Mei lalu
Untuk rekod, anak-anak buah Al-Zoubi menutup kempen Sukan SEA 2023 tanpa sebarang mata selepas kalah 0-3 kepada Vietnam dan 0-1 di tangan Filipina dan dibelasah 5-1 oleh Myanmar dalam aksi terakhir peringkat kumpulan
Enggan memikirkan mengenai persepsi tersebut, bek kiri berusia 22 tahun itu kini hanya mahu fokus pada kariernya sebagai pemain bola sepak dan mahu pergi ke tahap tertinggi
Menjadikan dua rakan sepasukan di Malayan Tigress iaitu Intan Serah
Anisah Zulgafli dan penjaga gol kebangsaan, Nurul Azurin Mazlan sebagai motivasi untuk terbang tinggi, Eva kini perlahan-lahan cuba untuk mencipta nama di peingkat domestik
Intan Serah sebelum ini mencipta sensasi di bumi Amerika Syarikat apabila muncul pemain wanita pertama negara beraksi dalam saingan liga negara itu bersama New York Athletic Club (NYAC),
manakala Azurin pula berkelana di India dengan menyertai Misaka United FC
“Saya jadikan yang pergi luar negara sabagai satu motivasi Mereka layak sebab memang berbakat, sentiasa berusaha dan very good in leadership. Tapi saya pun tengah working on my things
“Setakat ini saya komited untuk bola sepak, tapi sambil tu mengutamakan pendidikan Sekarang saya masih struggle untuk dapatkan good performance
Dengan posisi saya pun banyak juga persaingan
“Setakat ini Eva tak buat kajian pasal kelab luar negara kerana saya pun masih bergelut dengan persembahan saya Jika saya belum bagus, saya tidak nak ke luar negara Macam mana saya nak menyerlah di sana, jika di sini saya tak bagus lagi,” tambahnya
sejak tahun lepas iaitu selepas kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) musim lepas,” tambahnya lanjut Dalam pada itu, Eva juga sempat berkongsi bagaimana menguruskan jadual padat sebagai pemain bola sepak dan seorang siswi.
Menurutnya, dia mempunyai rutin tersendiri dan perancangan mingguan untuk memudahkannya menyusun hari yang sarat dengan latihan dan pelajaran.
Nasional dang
Bercakap mengenai prestasi di peringkat domestik, bekas pemain bekas pemain Universiti Pertahanan N i l Malaysia (UPNM) FC itu kini sed beraksi untuk pasukan wanita Malaysia University Football Team (MUFT-W) bagi kejohanan saingan Liga Wanita Nasional (LWN) 2023
Pemain kelahiran Tambunan, Sabah itu positif bahawa meskipun pasukannya kini tidak mempunyai penyudah yang sempurna namun optimis mereka mampu mencapai sasaran mereka iaitu menghuni kelompok tiga teratas dalam LWN 2023
“Sekarang Eva nampak kami tengah struggle dalam finishing kerana pertahanan dalam keadaan yang baik Nampak result pun paling bawah Kami cuba cover Target saya untuk kekal top 3 bagi saingan LWN
“Pesaing terdekat untuk MUFT adalah Sabah sebab mereka sudah buat latihan
Diterbit oeh Impian Ikon (M) Sdn Bhd (200801014479) (815768-T) Level 15 Menara Star 15 Jalan 16/11 46350 Petalng Jaya Selangor Daru Ehsan Hak cipta ©️ Dicetak oleh Superior Press Sdn Bhd (032092-H) Lot 2063A, Jalan Kusta, Kawasan IndustriTaman Jaya, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan Pencetak mendapat pengktirafan FSC® MAJORITI 7 14 SEPTEMBER – 20 SEPTEMBER 2023
Oleh RAHMI JUMRIATI JONO
Eva antara bek kiri yang sering menjadi pilihan pengendali skuad kebangsaan