Majoriti 7 - 26 January - 1 February, 2023

Page 1

RM 8.00 26 Januari –1Februari, 2023 PP19711/06/2022(035324) No. 15

Apabilaartis memintatajaan

“Adabberkomunikasi generasi sekarang semakin berkurangan. Sudahlah masih menagih tajaan, bintangmuda sepatutnyabelajar untuk berkomunikasi dengan adab dan penuh budi bicara. Berbanding dengan kebanyakan selebritisenior yang merendah diri dan tinggi pekerti, memintakhidmat secaraberdiplomasi. Ia bukan soal mengenakan bayarantetapilebih kepada cara kita berundingdengan berhemah.”

Bon Zainal, pereka fesyen

2 KANDUNGAN MAJORITI7 26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023
PENGARANG PERUNDINGAN KUMPULAN Rozaid Rahman KETUAPENGARANG Niezam Abdullah PEMIMPIN REDAKSI SuzieAdnan PEN. PENGARANG Izyan Liyana Mohd Darif Hak cipta terpelihara. Semuabahanyang diterbitkan kekal menjadi hak milik Impian Ikon (M) Sdn Bhd (200801014479) (815768-T) PENULIS Faizal HarunNasution Mustakim Ramli Fatin Shahar Aziah Noh Syed Hazique Syed Nor KREATIF& REKA LETAK PENGARANG EKSEKUTIF Tung Eng Hwa PEREKA GRAFIK Mohd Adznam Sabri Nurul Amni Mat Ariffin Mohd Khairul Muhamad Asharah Kamarul Zulhaimi Baharuddin Mohd Hariz Abdul Rani PENGIKLANAN, PRODUK &INOVASI PENGURUS BESAR KANAN ChungEng Lee PENGURUS KANAN HazelLee EKSEKUTIFPEMASARAN Nurul Ariessa Razali UNIT PEMASARAN & JENAMAPELANGGAN KETUAPEGAWAI PEROLEHAN Lydia Wang UNIT PENGEDARAN & PERCETAKAN PENGURUS BESAR, CETAK Goh KokSoo PENGURUS PENGEDARAN Karthigesu Muniyandi PENOLONG PENGURUS, PENGEDARAN ShaliniGunnasan PENOLONG PENGURUS, OPERASI PERCETAKAN KhairulNizam Ya’akub Untukmaklum balas editorial, anda boleh hubungi 03-79671388 (general line), 03-76671969 (direct line) atau emel: editorial@majoriti7.com.my Bagi tujuan periklanan sila hubungi hazellee@majoriti7.com.my sementara urusan langganan, anda boleh mendail 1-300-88-7827 atau khidmatpelanggan@majoriti7.com.my 10 Joystickuntuk OKU Revolusi teknologi membolehkan alat kawalan mudah kawal buat golongan kurang upaya khususnyayang cacat penglihatan. 9 Hendak seribu daya Cacat penglihatan tidak menghalang Dr.Ahmad Shamsuri maju ke menaragading. 13 Meja konsol Tidak begitu praktikal, tetapi tanpanyahiasan dalaman tampak kurang. 22 Best dressed! Siapakahyang paling bergaya di karpet merah Gold Globes baru-baru ini? 18 Bintang bola sepak sarung high fashion Para pemain kelab Paris Saint-Germain muncul bergaya menyarung sut Dior 39 Siapa terbaik? Menjelang Liga M, barisan pemain importpaling cemerlang diberi rangking. 35 Motorsikal filemAzura Kerana minatkan motosikal ‘milik’ Zack dari filem Azura,lelaki ini sanggup menjejaki motosikal asal untuk membelinya. 26 20 Polkadot muncul di Tokyo Instalasi seni Yayoi Kusama bersama Louis Vuitton direalisasikan di sekitar ibu kota Jepun tersebut.
EDITORIAL

Perubahaniklim: Bersedia hadapi cuacaekstrem

RM 8.00 26 Januari –1Februari, 2023 PP19711/06/2022(035324) No. 15
Menerajuikonsephalal
dalam perkhidmatankesihatan -8
NadiaBrian contohi semangat juangibu -15 Falsafah Ikigai dipraktikkan masyarakat Jepun -28

Fenomenacuaca ekstremtidak mampu dibendung Rakyat negara ini perlubijak mencari solusi demi survival sejagat.

Perubahaniklim dunia perludipandang serius

KEADAAN cuacayangtidak menentu bukan sahaja berlaku di negarakita malah seluruh dunia. Situasi ini memberi kesan mendalam pada kehidupan manusiahingga menggugat kesejahteraan kehidupansejagat.

Topik yang kerapdidebatkandalam kalanganmasyarakat antarabangsa, climate change,bukan satu isu luar biasa. Malah,banyakramalan-ramalan danfaktor boleh didapati menerusi bacaan mengenai isu perubahaniklim dunia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, perubahan cuaca yang berlaku dari semasa ke semasa adalah disebabkan keragamancuaca sentiasaberubah berikutan keadaan dankomposisi atmosferasentiasa dinamik dantidak seragam.

Tambahnya, situasi perubahan iklim semakinketaramenyebabkan keragaman cuaca berlaku pada ketika inidan masa hadapanakan turut berubah menjadi ekstrem berbanding masa lampau

“Setakatini tiada jangkaan berlakunya fenomenacuaca baharu di negaraini,selain daripada apayang sedang dialami setakat ini

“Walaubagaimanapun, fenomena-fenomena cuaca yang biasa berlaku seperti ributpetir, hujanbatu dan puting beliung dijangka menjadi semakin ekstrem pada masa hada-

pan,” katanyakepadaMajoriti 7. Jelasnyalagi, berdasarkankajian impak perubahan iklim boleh menyebabkan perubahankepada corak cuaca seperti perubahan jumlah taburanhujan danpeningkatan suhu udara.

“Mengikut6th Assessment Report oleh Intergovernmental Panelon Climate Change (AR6 IPCC) 2021 dan Third National Communication (NC3) 2018, peningkatan suhu sebanyak1°C boleh mengakibatkan jumlah hujan meningkat hingga tujuh peratus.

“Selama empat dekad lalu berdasarkan rekod pencerapan di stesenstesen meteorologi MetMalaysia, peningkatan suhu 0.13°C hingga 0.25°C setiap dekad telah diperhatikaniaitu peningkatan adalah lebih ketara di kawasan bandar berbanding luar bandar. Manakala tiadaperubahan ketaradari segi jumlahtaburan hujan tahunan,” katanya.

Pun demikian, kejadian hujan ekstrem dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

“Merujuk kepada trend suhu di Malaysia peningkatan yang berlaku sabantahun boleh memberi impak kepada keadaan cuaca negarakita. Berdasarkan pencerapandan pemantauan, suhu purata tahunan terpanas dicatatkan di Malaysia adalah pada tahun 2016 dengan nilai 27.84°C iaitu 0.87°C melebihi nilai purata jangka

panjang. Ini diikuti dengan tahun 1998 (27.70°C), 2019 (27.63°C)dan 2020 (27.52°C).

“Corak purata suhutahunan dalam tempoh antaratahun 1981 hingga 2020 secaraamnya menunjukkan trend meningkat dengan kadar 0.02°C setahun(0.2°C per 10 tahun).

“Peningkatan suhu juga menyebabkan kejadian gelombang haba dan jerebu menjadi lebih kerapdan ekstrem. Bencana jerebu bermungkinan menjadi semakin teruk sekiranya aktiviti pembakaranterbuka dan pembakaran hutan tidak dikawal,” ujarnya.

JBPM siap siaga hadapi bencana Dalampada itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Kebombaan, Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan JBPM Jamri Masran berkata, latihan berterusan sejak Oktober dan kolaborasi bersama agensi bencanalainbagi mempersiapkandiri menghadapi bencana amat penting dalam menghadapi senario sebenar ketika bencana berlaku.

“Aset juga memainkan peranan penting. Ia perlu diperiksa dan diselenggarabagi memastikan sebarang peralatan,asetdidarat dan di marin seperti bot boleh dikerahkan ketika operasi banjir,”katanya.

4 METROPOLITAN MAJORITI7 26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023
Pendudukdiarahkan berpindah ekoran kediaman mereka dilandabanjir kilat. Irshad Mobarak Dr.SheebaChenoli

Kuala Lumpur antara hotspot berlakunya banjir kilat.

Selainitu, beliauberkata, pegawai kanan bomba turut diberikanarahan melakukan naziran di balaibalai bomba bagi memeriksa kesiapsiagaan parapegawai dan asetaset termasukmemberikan motivasi kepada mereka dalam menjalankan tugas.

Menurutnya, mereka juga harus peka dengan sebarang informasi baharu MetMalaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Ini bagi membolehkan pihakbombaberada dalam mod siap sedia.

“Bagi pegawai dan anggota mereka akan lakukan kajian di kawasan persekitaran mereka. Jika berhampiran sungai atau laut, kami perlu tahu pasang surutkawasan perairan termasukkeadaan pembangunan setempat, selainberhubung rapat dengan komuniti sekitar,” katanya.

Jamri memberitahu, Oktober lepas, JBPM turut melancarkan Pasukan Gerak Cepat bagi memantapkan lagi persiapandan persediaan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatanlebih efisien dalam menghadapibencana alam.

Katanya, pasukan itu ditempatkan di 11 negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta dua buah AkademiBomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengahdan WilayahUtara.

“Komposisi anggota tidak kurang dalam 15 orang dan disertakan dengan kelengkapantermasuk bot ringan. Ia sangat perlu bagi proses menghulurkan bantuan dan pemindahanmangsadan mereka boleh bergerak dengan cepat,” tambahnya.

Perancangan pembangunan efisen dan kaedahmitigasi

Sementaraitu, pendidikdan pakar nasihat alam semula jadi, Irshad Mobarak berpendapat perancangan pembangunan lebih baik harusdilakukan bagi pembangunan dan penempatan penduduk.

Katanya, pembangunan dan penempatan penduduk harus diwujudkan bagi mencerminkan keadaan alam sekitar.

“Antarapunca kepada krisis iklim semakin pincang adalah kerana keperluandiridan sistemekonomi atau kewangan yang tidak pernah puas dan berlebih-lebihan.

“Keperluan harian semakin mendesakdan meningkat tanpa caturan bijak juga menyumbang

EKSPRESI

“Hariini banyak organisasi dansyarikat terutama sektor pelancongandan hospitalitikiansedar akan perubahan iklim danberusaha ke arah kelestarianalam sekitar

“Sebagai ahli alam sekitar dannaturalis yang mengejarkelestariansejak tahun 1976,tidak ramaimenemui jalan penyelesaiannya

“Terdapathampir 200panduan untuk mencapaikemampanan danmenjimatkan 30 peratusdaripadakos operasi di hotel atau tempat peranginan yang berkesan diterapkan sebagaiamalanmampan demi menjaga kelestarianalam,”katanya

kepada masalah perubahan iklim yang akhirnya membawa bencana,” katanya.

Akui Irshad Mobarak merangkap aktivitis alam semula jadikehendak melampauikeperluan akan memusnahkan sumberbumi pada kadar dan membawakeambang keruntuhan ekologi termasuk krisisiklim.

“Kita memerlukan sistem ekonomi baharu yang saksama, adildan tidak merugikan kita.

“Purata penduduk juga perlu dikaji dan disusun semula agar pembangunan penempatan didirikan secara strategik.

“Saya tidak bersetujudengan hujahlebihan penduduk kerana kemiskinan dan cabaranekonomi populasi menjadi faktor utama kepada kerosakan alam semula jadi,”katanya.

Sementaraitu, Pensyarah Senior Jabatan Geografi, Universiti Malaya, Dr. Sheeba Chenoli berkata, terdapat dua pendekatan untuk bertindak balas terhadap kesan perubahan iklim iaitu mitigasi dan penyesuaian.

“Bagi mengurangkan kesan, kita boleh melihatpuncaperubahan iklim yang sebahagian besarnya dikaitkan denganpeningkatan dalam pelepasan gasrumah hijau dan penebanganhutan. Tindakan mitigasi terdiri daripada mengurangkan perubahaniklim dengan mengurangkanpelepasangas rumah hijau yang memerangkap haba ke atmosfera sama ada mengurangkan sumber gasatau meningkatkan sinki. Matlamat utamastrategi mitigasi adalah untuk menstabilkan parasgas rumah hijau di atmosfera.

“Strategi mitigasi terdiri daripada mengubah gaya hidup, sistem pengangkutan, tingkah laku pengguna, amalan pengurusan danperancangan bandaruntuk mencapai pelepasan karbon rendah. Di samping itu, terdapat keperluan menghentikanpenebangan hutan, meningkatkan penghutanansemuladan melabur lebih banyak untuk meningkatkanruanghijaudan biru,”katanya.

Jelasnya, penyesuaian melibatkan iklim masahadapan mengurangkan risikodaripada kesan berbahaya perubahaniklimseperti kenaikan paraslaut, kejadiancuacaekstrem yanglebih teruk, atau ketidakamananmakanan dan lain-lain.

“Malaysia juga memerlukan pelan penyesuaian yang jelas untuk menanganikejadian banjir, perlindungan kos, keselamatan makanan air dan kesihatan awam,” ujarnya.

Professor Adjung Universiti UtaraMalaysia (UUM)dan Taylors University,Anthony Wong,66.

“Masalah perubahancuacamemang serius.Semua orangharus jalankan tanggungjawab danpupuk dalamdiri semangat cintakanalamsekitar.Jika bukan kita yang menjaga siapa lagi?

“Kejadianbanjir, longkangtersumbat, panasberpanjangan,kutub utara cair, semua iniperlu diperhalusi. Langkahlangkah keselamatan wajardisediakan mulaisekarang.

“Sebagai rakyat,perkara paling mudahuntuk dilakukan tidak membuangsampahdimeratatempat”

Pekerjaswasta, NafizAtiqah Nordin,30.

“Keadaan cuacatidak menentu menggusarkan semuapihak.Alamsekitar seakan memberitahu sesuatu dankita harusbertindaksegerasebelumperkara tidakdiinginiberlaku

“Kadangmemangnampakremeh sehingga segelintir ambiltidak endah. Namun begitu, iniperkaraserius. Jom sayangialamsekitar,demikesejahteraan bersama.”

Pekerjaswasta, Muhammad Arif Yusry, 29

“Kitaboleh lihatantaraperubahan iklim kerapberlaku adalah banjirterutamanya musimtengkujuh.Namun kini,hujan lebat tanpahenti selama beberapa jampun akan menyebabkanbanjirkilat khususnya di kawasanbandar.”

“Olehitu,kerajaan danpihak berwajib perlu bekerjasama melihatsemula sistem perparitan dansaliran airterutamanya di tempat sering berlakubanjirkilat.”

Penuliskandungan digital,HadyArmeen,24.

26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023 MAJORITI 7 METROPOLITAN 5

Risiko yang diambil pengasasITaqwaCare, Fara Othman,untuk mengembangkan bisnes ke Dubai ternyata membuahkan hasil. Kini beliau membuka peluang kepada syarikat tempatan lain untuk sama merebutpeluang perniagaandiTimur Tengahmenerusi syarikatbaharunya, Global Possibilities

Melebarkan potensiperniagaan ke TimurTengah

NAMA Fara Othman mungkinlebih sinonim dengan gerakan dakwah yang diasaskannya sendiri, Into Taqwa. Beliau banyak memperkenalkan program-program amal seperti kembarake Palestin dan mengunjungi Al Aqsa, selain turut aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin serta masyarakat Islam lain di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Sebagai seorang ahli perniagaan pula, Fara bermula dari industri perkhidmatan kesihatan dan bekalan perubatan sebelum mengorak langkah seterusnya melalui jenama perkhidmatan iTaqwa Care yang memfokuskan kepada pengurusan jemaah Umrah dan Haji. Beliau menyediakan khidmat jururawat bertauliah sebagai pengiring jemaah uzur.

Kejayaan ITaqwa Care telah menarik minat Malaysia Airlines untuk menjadikan syarikat berkenaan sebagai rakan korporat sejak 2019. Menerusi program berjudul Amal, kedua-duanya bergabung tenaga di dalam pengurusan Jemaah setiap kali masuk musim Haji.

Kekerapan Fara mengunjungi negara-negarasekitar Timur Tengah telah mendorongnya untuk terus menetap di Dubai sambil mengintai peluang baharu. Fara Othman kini melebarkan sayap perniagaannya kepada dua lagi syarikat iaitu Soulful Pilgrims dan Global Possibilities yang didaftarkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Konsultan eksklusif untuk jemaah

Bertahun-tahun berulang-alik antara Kuala Lumpur, Mekah dan Madinah telah mewujudkan sebuah hubungan akrab antarasyarikat Fara bersama institusi-institusi sekitar UAE. Dari sekadar menyediakan jururawat pengiring, Fara akhirnya melancarkan Soulful

Pilgrim yang memiliki tawaran perkhidmatan lebih luas.

“Syarikat ini dibuka bagi mencambahkan lagi potensi perkhidmatan yang sedia ada. Soulful Pilgrim bertanggungjawab menguruskan semua urusan umrah dan haji dengan tawaran pakej eksklusif termasuk menyediakan jet peribadi untuk keluarga dan rakan niaga.”

Soulful Pilgrim juga bertindak sebagai konsultan korporat kepada syarikat-syarikat yang ingin melakukan lawatan atau retreat bersertateambuilding dengan modul khas, usai urusan Umrah atau Haji.

“Saya cuba memahami kehendak jemaah yang mungkin ingin meneroka pengalaman baharu. Lalu saya buka beberapa pilihan kepada jemaah untuk melawat ke lain-lain destinasi menarik seperti Al-‘Ula, sebuah oasis berdekatan Madinah yang penuh dengan seni bina bersejarah. Bulan Disember dan Januari adalah waktu terbaik untuk ke sana.”

Ujar Fara lagi, program Umrah yang khusus untuk wanita sahaja menjadi antarapermintaan popular di Soulful Pilgrims. “Pendek kata, syarikat ini menjadi konsultan kepada kembara anda ke Tanah Suci. Kami tidak hanya menguruskan urusan Umrah dan Haji, tetapi lebih dari itu.”

Bantu syarikat Asia di UAE

Sejak bermulanya pandemik, Fara Othman bermastautin di Timur Tengah bagi memantau cawangan pejabatnya yang terletak di Mekah dan Dubai. Bersama seorang rakan niaga, usahawan ini mengambil satu lagi langkah berani dengan melancarkan Global Possibilities.

Syarikat ini adalah sebuah agensi bertauliah yang membantu syarikat-syarikat Asia untuk bertapak di UAE, baik di Dubai atau pun Abu Dhabi.

“Perkhidmatan yang kami sediakan lebih kepada konsep boutiqueconcierge. Kami berkerjasama rapat dengan agensi-agensi kerajaan di Dubai dalam usaha melebarkan syarikat-syarikat luar untuk bertapak serta mengembangkan potensi perniagaan mereka di Timur Tengah.”

Khidmat Global Possibilities tidak terhenti di situ. Sebaik perniagaan bertapak dengan jayanya, Fara juga akan memastikan kesejahteraan keluarga kepada klien yang ingin terus menetap di sana. “Global Possibilities memiliki smart partnership bersama sekolah antarabangsa, agen hartanah, hospital, insurans dan lain-lain lagi keperluan asas. Kami akan pastikan semuanya terurus.”

Fara memaklumkan, kerajaan Dubai baru sahaja mengumumkan prosedur atas talian terkini bagi memudahkan proses dokumentasi syarikat Asia. Semuanya serba cepat, efisien dan Fara yakin melalui Global Possibilities, proses kemasukan serta pendaftaran syarikat asing akan bertambah cepat dari biasa.

“Walaupun begitu, saya mengambil tanggungjawab dalam memastikan klien faham terlebih dahulu mengenai trend pasaran Timur Tengah. Perlu kena dengan cara, dari rundingan hingga ke operasi. Hanya kerana berjaya di Malaysia tidak semestinya akan sama menjadi di Dubai. Kita perlu ingat UAE is now diversified. Bukan ada orang Arab sahaja di sana. Oleh itu, sebagai pemilik syarikat anda harus ada integriti, senang mengadaptasi dan you must know how to position yourself.”

Tambah Fara sebelum menutup bicara, syarikat-syarikat yang berminat juga mesti memiliki team bisnes yang solid dari Malaysia. “Untuk menembus pasaran UAEagak sukar. Namun dengan pasukan yang betul, tidak mustahil,” ujar Fara yang turut mengikuti pengajian PhD di Dubai.

6 BISNES MAJORITI7 26 JANUARI– 1FEBRUARI, 2023
FARA Oleh SUZIEADNAN

Gaji pekerja di Malaysia jangka naik 3 hingga 20 peratus

Perdaganganglobal:

cabaranrantaibekalan pascapandemik

CABARAN seperti inflasi, konflik Rusia-Ukraine dan lonjakan harga komoditi meningkatkan gangguan rantaian bekalan pada tahun 2022.

Adakah trend tersebut akan berterusan sepanjang 2023?

PARA pekerja di negaraini dijangka menerima pelarasan gaji antaratiga hingga 20 peratus bergantung kepada industri. Industri pertumbuhan tinggi seperti teknologi dan pembuatanakan menyaksikan perubahan besar dalam struktur gaji dalaman.

Memetik LaporanPasaranPekerjaan dan Trend Gaji 2023 menerusi laman web Randstad pada 17 Januarilalu, kenaikan kossarahidup dan inflasi di Malaysia secara tidak langsung memberiimplikasi terhadap kemampuan rakyatmembiayai barangan keperluan dan gaya hidup.

Tambahan pula, pandemik Covid-19 mengakibatkan berlakunya kerencatan dari segi gaji dan kerjaya apabila syarikat-syarikat membekukan pengambilan pekerja, kenaikan gaji dan pembayaran bonus pada tahun 2020.

Sehubungan itu, laporan tersebut menyatakan sebagai bertindak balas terhadapkenaikan kadar faedah, syarikatsedang menilai dan menyemak semulaarasgaji bagi mengekalkan tenagakerjasedia ada

dan menarik bakatbaharu.

Selain itu, laporan Pasaran Pekerjaandan Trend Gaji 2023juga mendedahkan perkembangan kemahirandan bakat diperlukan melibatkan tiga industriiaitu teknologi, pembuatan dan pembinaan.

Industri teknologiakan menggunakan pendekatan pengurusan dan pengambilan pekerja lebih cermat menumpukan permintaan dalam perkomputeran awan,keselamatan siber, Kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), realiti maya dan blockchain.

Permintaan bagi bakat teknikal dan komersial dalamindustri pembuatan pula dijangka berterusan apabila syarikat berusaha meningkatkan transformasi digital 4.0 dalam automasi dan pendigitalan.

Sementaraitu, sektor hartanah dan infrastruktur dalamindustripembinaan dijangkamewujudkanlebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi untuk pekerja tempatan, tetapi boleh menimbulkan masalah kelak sekiranya jurang kemahiran berterusan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ketegangan geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) -China pada masa ini membuka banyak peluang kepada Malaysia yang mana lebih banyak syarikat telah memindahkan operasi ke Malaysia dan rantau ASEAN.

Ia bagi mengelak dari sekatan perdagangan oleh AS, pada jangka masa panjang dasar perlindungan (protectionism) akan meningkatkan kosperdagangan dan ahirnya akan membebankan pengguna.

“Dalam hal ini, Malaysia mengambil pendekatan berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Malaysia menyeru semua pihak untuk lebih terbuka dalam menyelesaikan sebarang konflik.

“Eraglobalisasi masa kini sebarang tindakan yang diambil akan dirasai impaknya oleh seluruh dunia. Bak kata pepatah, cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya,” katanya.

Terdahulu, Tengku Datuk Seri Zafrul bertindak sebagai panel dalam forum anjuran CNBC di Davos, Switzerland baru -baru ini.

Forum tersebut adalah untuk mem-

Pengeluaran KWSP: Kerajaan cari alternatif lain

IMPAK dari COVID-19 yangmenyaksikanramai rakyat kehilangan sumber pendapatan telah mendorong kerajaan terdahulu umembenarkan pengeluaran wangcaruman dari akaunKumpulanWangSimpanan Pekerja (KWSP).

Tiga kali pengeluaran sepanjang pandemikdari i-Lestari,i-Sinardan i-Citratelah mengakibatkan kesusutan akaunyang amat ketara. Sampai penghujung tahun 2021dilaporkan cuma 27 peratus sahaja pencarum yang memiliki jumlahsimpanan mencecah RM240,000hingga usia persaraan pada 55 tahun.

Tempoh hari, Pertubuhan Aktivis Rakyat malaysia (Prorakyat) mendesak kerajaanagar mempertimbangkan pengeluaran wangcaruman KWSP sebanyak RM30,000. Menurut presidennya, KhairulAnuar Othman pengeluaran kali keempatadalah

bincangkan isu berkenaan bersama Menteri Kerjasama Pembangunan dan Perdagangan Luar Negeri Finland, Ville Skinnar dan Ketua Pegawai Eksekutif Pelabuhan Antwerp-Bruges, Jacques Vandermeiren.

Dalam perkembangan berlainan, Zafrul juga menjelaskan bahawa tanggungjawab mempromosikan Malaysia bukan tugas pihak kerajaan sahaja, bahkan turut digalas sektor korporat.

“Kerana itulah dalam misi ke Davos kali ini, saya berbesar hati selain agensi di bawah MITI seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan InvestKL, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Khazanah, KWSP, Permodalan Nasional Bhd (PNB), PETRONAS dan Sime Darbyturut hadirbagi mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai syarikat utama dunia.

“Misi kami bukan sahaja untuk menarik pelaburan ke Malaysia, malah bertujuan meneroka peluang perniagaan bagi syarikat Malaysia ke peringkat antarabangsa,” jelasnya yang turut menzahirkan harapan agar semua usaha membuahkan hasil demi Malaysia.

Ulasan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipetik menerusi Instagram beliau @tzafrul_aziz

perlu demi kelangsungan hidup agar tidak terputus belanja.

Walaubagaimanapun, maklum balas daripada PerdanaMenteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti memberi bayangan tiadalagi pengeluaranKWSP pada masa hadapan.

Kerajaan akan mencari solusi lain lebihefektif bagi membantu rakyat terkesan akibat kehilangan sumber pendapatan

“Terlalu kecil saya periksa jumlah simpanan kebanyakan pencarum jumlahnya sangat rendah. Jadi saya bimbang tentang masa depan mereka,jadi lebih baik kerajaancari jalan untukbantu mereka,” kata Anwar sewaktu menghadiri Majlis AmanatPerdanaMenteri bersama Penjawat Awam Perlis.

KWSP kini fokus untuk memulihkan semula simpanan ahli

26 JANUARI– 1FEBRUARI, 2023 MAJORITI7 KA-CHING$ 7

Pandemik Covid-19 mengubahcara berinteraksi danbekerja Banyak sektor mula menggunakan pendekatan digitaldan sektor kesihatanjugatidak terkecuali

Sasarkesihatan tempatan hab halal global

BERKONSEPKAN Beyond Healthcare melangkaui dunia kesihatan, MDC Asia Link Berhad (MALB) mempunyai visi menjadi peneraju halal dalam perkhidmatan kesihatan.

Perkaraitu jelas diperlihatkan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MALB, Dr. Aslan Bacho menerusi pembukaan semula Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi di Kota Damansara sebagai pemangkin kumpulan MALB memperkukuhkan kedudukan dalam sektor kesihatan halal di Malaysia.

Ketika ini kumpulan MALB mempunyai beberapa cabang perniagaan seperti pusat berpantang The Sanctuary Pusrawi, perkhidmatan klinik pergigian My Dental Care, farmasi dan aplikasi mudah alih Hi-Doktor dengan inisiatif Digital Health Citizen (DHC).

Beliau menyasarkan untuk menjadi penyedia perubatan patuh syariah, sekali gus mengukuhkan kedudukan kumpulan dalam industri kesihatan swasta negara.

Dr. Aslan memberitahu, wajah baharu Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi antarastrategi ke arah pembukaan lebih banyak hospital berkonsepkan hospital ibu dan anak termasuk mencapai sasaran pembukaan 20 cawangan.

Jelasnya, kumpulan MALB juga mempunyai perancangan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang dengan cadangan melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) menjelang tahun 2024/2025.

“Perancangan kumpulan memiliki hospital dan pelbagai perkhidmatan kesihatan lain adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai pilihan perubatan terbaik pada harga mampu milik.

“Sehingga kini, Hospital Bersalin dan

Poliklinik Pusrawi, Kota Damansara adalah satu-satunya hospital yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan secaraholistik buat ibu dan anak. Ini termasuklah pusat penjagaan selepas bersalin, The Sanctuary Pusrawi,” ujar beliau.

Beliau berpengalaman sebagai pakai sakit puan turut menjelaskan bahawa hospital tersebut merupakan flagship kepada cawangan lain dari aspek pengurusan operasi, selain memastikan penjagaan holistik kepada ibu bersalin meliputi sokongan fizikal, emosi dan spiritual.

Tutur Dr. Aslan perkhidmatan kesihatan secarakomprehensif hospital membantu memberikan kesempurnaan ibu bapa dan keluarga menyambut kelahiran bayi.

“Fokus utama adalah untuk memberikan pengalaman bermakna kepada seluruh ahli keluarga turut bersama menyaksikan kelahiran Little Caliphs (bayi).

“Dan ini adalah tugas utama di Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi di Kota Damansara,” jelas anak sulung dari lima adik beradik itu.

Perkhidmatan kesihatan patuh syariah

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Perubatan (MD), Universiti Sriwijaya Sumatera, Indonesia, Dr. Aslan memulakan kerjaya di Hospital Tawau, Sabah sebagai doktor pelatih sebelum bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Papar, sekali gus memegang jawatan pemangku pengarah hospital itu.

Anak kelahiran Tawau itu menjelaskan, MALB kini mempunyai 12 cawangan klinik pergigian dan menyasarkan sebanyak 22 cawangan tahun ini.

“MALB mempunyai komitmen menjadi peneraju perkhidmatan kesihatan patuh syariah di Malaysia dan salah

satu dapat dicapai melalui lebih banyak klinik pergigian di bawah kumpulan.

“Malah, penambahan cawangan klinik pergigian juga membantu mempercepatkan langkah kami menjadi syarikat senaraian awam dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

Dr. Aslan berkata, cabang perniagaan terbaharu kumpulan adalah bertumpu kepada perkhidmatan kesihatan digital apabila masyarakat boleh mendapatkan khidmat kesihatan secaradalam talian.

Beliau berkata, aplikasi Hi Doktor yang baharu dilancarkan MALB menyediakan khidmat konsultasi atas talian selain menyediakan lawatan ke rumah oleh petugas kesihatan.

“Pandemik Covid-19 mengubah cara berinteraksi dan bekerja. Banyak sektor mula menggunakan pendekatan digital dan sektor kesihatan juga tidak terkecuali.

“Sasaran kami melalui aplikasi Hi Doktor adalah memudahkan urusan pelanggan tanpa perlu datang ke klinik atau hospital selain merendahkan risiko.

“Perkhidmatan ini adalah bukti bahawa melalui pendekatan digital memberikan satu perkhidmatan kesihatan yang baharu,” jelas beliau.

Katanya, pendekatan digital itu juga sejajar dengan penerimaan teleperubatan semakin mendapat sambutan kerana menyediakan perkhidmatan pelbagai pakar di bawah satu hab maya.

“Konsep teleperubatan juga menawarkan kosperkhidmatan lebih rendah buat pesakit dan ia memberi manfaat kepada pakar untuk mempromosikan ‘kepakaran’ mereka.

“Pendekatan digital ini adalah konsep perniagaan masa depan yang melengkapi keperluan perniagaan sedia ada,” katanya.

8 SUKSES MAJORITI7 26 JANUARI– 1FEBRUARI,2023
Dr.AslanBacho

Cacat penglihatan bukanhalangan Dr.Ahmad Shamsuri

KAGUM. Itu antaraperkataan yang terbit dalam diri penulis tatkala bertemu insan hebat ini. Siapa sangka dilahirkan kondisi cacat penglihatan, kini beliau bergelar pensyarah di sebuah universiti terkemuka. Bukan calang-calang orang mampu melakukan, waima individunormal.

Tutur anak jati Pasir Putih, Kelantan itu perjuangannya dalam kehidupan dan pendidikan bermula selepas berhijrah ke Johor seawal usia tujuh tahun demi menuntut ilmu di sebuah sekolah khas asrama penuh.

Biarpunterpaksaberjauhan daripada keluarga dan pernah menaiki kereta api sendirian pada usia muda bukanlah penghalang. Bahkan, cabaran demi cabaran itu menjadi pemangkin buat beliau menyambung pelajaran ke peringkat tinggi demi mengubah nasib sendiri walaupun bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU).

Begitulah kisah hidup Dr. Ahmad Shamsuri Muhamad berusia 41 tahun yang merupakan pensyarah kanan di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kepada Majoriti 7, bapa kepada seorang cahaya mata itu menceritakan liku-liku dihadapi, selain berkongsi idea penambahbaikan kualiti hidup golongan OKU di negaraini.

Dari mana mengumpul kekuatan untuk terus melangkah jauh dalam dunia pendidikan?

Selain diri sendiri kekuatan itu juga ‘lahir’daripada sokongan dan dorongan ahli keluarga khususnya ibu bapa untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Ini disebabkan bagi keluarga hanya pendidikan mampu mengubah nasib dan membuka peluang masa depan yang cerah dan luas.

Biarpun ada ketikanya kita mengalami fasa stres dan kecewa, namun didik diri agar jangan sesekali berputus asa. Selain itu, rebutlah pelbagai peluang yang hadirdi hadapan mata. Manfaatkan sebaik mungkin khususnya buat golongan OKU.

Apakah cabaran dihadapi sebagai seorang pensyarah OKU di universiti?

Cabaran utama semestinya

kemudahan untuk mengakses bahan bacaan dan pembelajaran. Selain itu, tugasan saya perlu menyemak himpunan tesis parapelajar. Pun demikian, mujur dapat memanfaatkan teknologi perisian khas di dalam komputer yang sedikit sebanyak membantu rutin kerja.

Pendapat Dr. mengenai isu diskriminasi terhadap golongan OKU dalam kalangan masyarakat?

Definisi diskriminasi itu sendiri adalah ‘halangan’. Misalnya, kebanyakan masyarakat mempunyai halangan sikap sehingga golongan OKU tidak dapat menyertai komuniti. Peluang pendidikan disekat atas faktor tertentu dan dihalang oleh ibu bapa untuk meneruskan pengajian.

Bahkan, walaupun mempunyai kelayakan pendidikan yang sama atau lebih baik daripada individunormal, tetapi kami tidak mendapat peluang sama rata. Perkara-perkaraini secara tidak langsung memberi impak besar buat golongan OKU.

Apakah implikasi yang akan berlaku?

Tanpa peluang pendidikan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan

impaknya dirasai dalam membina kehidupan berkualiti. Golongan OKU sukar memperoleh pekerjaan khususnya. Apabila tiada peluang mencari sumber pendapatan bimbang dek situasi tersebut wujud pula sekatan terhadap akses lain. Antaranya pembelian rumah ataupun mendapatkan rawatan di pusat kesihatan terbaik.

Apa yang boleh dilaksanakan khususnya kerajaan bagi meningkatkan kualiti hidup golongan OKU di negaraini?

Secaraasasnya, pihak kerajaan mempunyai banyak dasar dalam usaha membantu golongan OKU melalui Akta OKU 2008 dan pelan tindakan yang sentiasa diperbaharui. Bagaimanapun, kelemahan utama adalah dari sudut implementasi.

Sebagai contoh, kerajaan wajar melaksanakan tempat letak kereta OKU dan polisi zero reject di peringkat universiti. Namun begitu, kurangnya pemantauan menyebabkan sesetengah pihak tidak mengikut dasar yang diumumkan.

Tambahan pula, kekangan akan berterusan jika tiada peruntukan kos untuk tujuan pelaksanaan segala dasar yang diusulkan. Pendapat peribadi lakukan pemantauan agresif terhadap dasar sedia ada dan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Boleh ceritakan kerja Dr. bersama badan bukan kerajaan?

Saya merupakan salah seorang ahli Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM). Kini menjaga bahagian penerbitan bahan bacaan Braille. Saya berhasrat untuk meningkatkan akses bahan bacaan kepada golongan cacat penglihatan dan menggalakkan literasi Braille, sekali gus menyediakan banyak material bacaan.

Nasihat buat golongan OKU yang putus harapan?

Kehidupan memang mencabar kerana terlau banyak halangan perlu ditempuhi. Seseorang OKU perlu menjadi insan yang gigih dan kuat. Selain itu, perlu ada sistem sokongan yang bagus. Sekuat mana pun jika selalu dinafikan hak pasti akan putus harapan. Justeru, semua pihak baik keluarga, rakan-rakan mahupun masyarakat harus mainkan peranan bersama.

26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023 MAJORITI7 INSPIRASI 9

Alat kawalan mesrauntuk insanistimewa

PemainOKU boleh mengalihkanjarak danmenukar posisi setiap butang di alat kawalanini mengikut kesesuaiandan keperluan fizikal masing-masing.

PERMAINAN videosentiasa menarik minat sesiapa sahaja untuk bermain baik dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, malah juga orang dewasa.

Namun hakikatnya, kepuasan dalam bermain itu kurang dirasai untuk orang kelainan upaya (OKU) yang mungkin tidak selesa menekan butang permainan yang disediakan.

Bagi memastikan golongan itu turut menikmati kepuasan dalam bermain, Sonytelah mengumumkan kit alat kawalan untuk OKU bagi PlayStation 5. Projek menggunakannama kod ‘Project Leonardo’

Sony telah mengumumkankit alat kawalanuntuk OKUbagi PlayStation5dikenali dengan nama kod ‘Project Leonardo’.

Pemain OKU boleh mengalihkan jarakdan menukar posisi setiap butangdialat kawalan ini mengikut kesesuaian dan keperluan fizikal masing-masing. Saiz dan bentuk analog stick yang berlainan juga disediakan.

Sonybukan sahajamengubahsuai hardware, malah software customizationjuga ditawarkan. Pemain boleh membuatbutang permainan mengikutkeselesaan masing-masing seperti mendaftarkan dua fungsi dengan menekan satu butang sahaja.

Alat kawalan ini akanmembantu gamer OKU yang memiliki kawalan motor terhad termasuklah kesusahan memegang dalam jangka waktu lama, kesukaran menekan butang-butang

kecil, atau kepayahan memposisikan jari-jari mereka secaraoptima di alat kawalanbiasa.

Sonymembangunkan Project Leonardo ini dengan kerjasama beberapa organisasi OKU seperti AbleGamers, SpecialEffectdan Stack Up. Namun, buat masa ini, tarikh pelancaran alat kawalan itu belum diumumkan.

SelainSony, Microsoft juga pernah melancarkan peranti input komputer untuk OKU pada tahun lalu.Microsoft Adaptive Accessories terdiri daripada Microsoft Adaptive Mouse, Microsoft Adaptive Hub dan Microsoft Adaptive Button.

Setiap aksesori boleh diprogram-

kan untukmelakukanaksi tertentu atau makro dengan hanya menekansatubutang. Bagi insan tanpa jari mislanya, lapan butang pada AdaptiveButton boleh diprogramkan mengikutkeperluan.

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan aksesori cetakan 3D pada AdaptiveHub untuk menambah tangkai pada alat kawalan dan permukaan yang lebih selesa untuk digunakan pada anggota kudung misalnya.

Kesemua aksesori ini dihasilkan oleh Microsoft Inclusive Tech Lab yang sebelum ini menghasilkan alat kawalan permainan Xbox yang lebih mesraOKU.

Microsoft Adaptive Accessoriesterdiri daripada Microsoft Adaptive Mouse, Microsoft Adaptive Hub danMicrosoft Adaptive Button adalah produk mesra OKUyangdihasilkan Microsoft

10 INOVASI MAJORITI7 26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023
Oleh MUSTAKIM RAMLI Fo to SO NY &M IC RO SO FT

GoProHero 11 BlackMini masukpasaran Malaysia

JENAMA Apple mengeluarkan AirPods Pro generasi kedua edisi terhad dengan ukiran tahun arnab yang boleh dibeli secaradalam talian dan kedai fizikal Apple di China, Taiwan, Hong Kong dan Macau.

AirPods Pro edisi terhad itu direka khas pengecasan wayarles dan versi grafik yang besar berwarna merah di kotak. Harga, reka bentuk dan ciri peranti masih sama seperti biasa.

Sebelum ini, Apple pernah menawarkan AirPods Pro generasi pertama edisi terhad untuk tahun lembu (tahun 2021) dan tahun harimau pada tahun 2022. Apple berkata AirPods Pro edisi kali ini terhad kepada dua unit bagi setiap pelanggan sementarastok masih ada.

NOKIA 5710 XpressAudio 4G menyediakan fon putik beserta pengecas di dalam tempat penyimpanan.

Telefon Nokia yang canggih dan unik itu memiliki skrin LCD QVGAseluas 2.4-inci dan dikuasakan cip Unisoc T107 serta sistem operasi Series S30+. Ia memiliki butang kekunci nombor fizikal dan ditambah butang khas mengawal lagu.

Di samping itu, ia mampu memainkan lagu MP3 termasuk menyokong radio FM yang boleh dinikmati menerusi fon putik atau pembesar suara. Terdapat juga kameradengan sensor

DJI RS 3Mini yang dilancarkan awal Januari lalu merupakan sebuah gimbal baharu menawarkan sistem penstabilan terbaik dalam saiz tubuh lebih kecil dan ringan.

Jika dibandingkan dengan beberapa model siri sama, RS 3Mini adalah 50 peratus lebih ringan dengan berat sekitar 759 gram dalam penggambaran mod menegak. Keadaan itu bertambah baik dengan adanya sokongan plat dwilapisan serba baharu yang menyediakan pengalaman penggunaan lebih baik tanpa memerlukan aksesori tambahan.

Ia juga boleh digunakan di kamera dengan berat maksimum hampir dua kilogram. Sokongan sistem penstabilan tiga paksi bermotor dan algoritma canggih DJI turut dimuatkan di gimbal bagi memastikan kamerakekal stabil sepanjang proses merakam dilakukan.

Fungsi pengatup bluetooth secaranirwayar pula membolehkan kameraberfungsi secaraautomatik sebaik sahaja ia diaktifkan dan kawalan pula menerusi butang rakaman pada gimbal.

Pengguna juga boleh menggunakan butang sama untuk kawalan zum sama ada optik atau digital. Untuk kawalan lebih mudah ia juga memuatkan skrin berwarna sebesar 1.4 inci dan butang M membolehkan pengguna bertukar antaratiga mod tersesuai pada gimbal.

Produk:DJI RS 3Mini Harga: RM1,549

Produk:

0.3MP VGAdibahagian belakang, namun kamerahadapan tidak disediakan. Untuk ruang storan ia menyediakan slot kad mikroSD dan menerima storan tambahan hingga 32GB.

Sambungan wayarles disokong menerusi Bluetooth v5.0 dan Nokia menyatakan fon putik turut serasi digunakan bersama peranti lain.

Tenaga bateri muat dalam kapasiti 1,450mAh dan mengecas melalui sambungan mikroUSB.

Produk: Nokia 5710 XpressAudio 4G Harga: RM339

Produk:AirPods Pro generasi kedua Harga: RM1,099

RazerEdgeuntuk kaki gaming

RAZER melancarkan peranti gaming pegang tangan baharu Razer Edge. Peranti itu boleh memainkan game Android dan berasaskan awan termasuk menampilkan paparan AMOLED 6.8 inci dengan resolusi skrin 2400 x1080 piksel dan kadar penyegaran 144Hz.

AirPodsPro edisiterhad Apple DJIRS3Mini lebihringan

Ia turut dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon G3X Gen 1yang dibina untuk tujuan gaming dan mempunyai sistem penyejukan aktif. Peranti tersebut juga mempunyai RAM LPDDR5 8GB dan storan dalaman UFS 3.1 128GB diperluas hingga 2TB menggunakan kad mikro SD. Terdapat kamera5MP di bahagian hadapan peranti dengan sokongan 1080p pada 60fps.

Ia juga menyokong pembesar suara dua hala dengan dua mikrofon digital dan Audio Spatial THX. Peranti itu menjalankan sistem pengendalian Android 12L yang menawarkan akses kepada berjuta aplikasi dan game daripada Google Play. Selain itu prapasang dengan Xbox Cloud Gaming, Nvidia GeForce Now,Steam Link dan banyak lagi.

Razer Edge hadir dua varian iaitu Wi-Fi dan 5G. Ia dijangka memasuki pasaran Malaysia dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Produk: Razer Edge Harga: RM1,756 (Wi-Fi) : RM2,637 (5G)

26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023 MAJORITI7 E-TEKNO 11
Fonputik Nokia5710 XpressAudio4G
Oleh MUSTAKIM RAMLI GOPRO mengumumkan GoPro Hero 11 Black Mini di pasaran Malaysia awal bulan ini. Hero 11 Black Mini memiliki keupayaan rakaman video sama seperti Hero 11 Black, namun ia dipakejkan dalam badan lebih kecil. Selain itu, gajet tersebut juga dilengkapi teknologi HyperSmooth 5.0 yang berfungsi mengunci pemandangan kamerawalaupun berputar 360 darjah. Ini bagi memberikan lebih kestabilan semasa merakam video. Sensor rakaman GoPro Hero 11 Black Mini memiliki nisbah 8:7 dan resolusi 27MP.Iamampu merakam video dengan resolusi Cinematic 5.3K60, 4K120 dan 2.7K240. Bagi tangkapan gambar pula kapasitinya boleh mencecah hingga 24.7MP Bertambah menarik ia mempunyai Hyperview iaitu sensor yang lebih besar dan mod sudut pandang luas daripadaSuperview apabila imej 8:7 ditekan menjadi 16:9 untuk sudut pandang tersebut. GoPro Hero 11 Black Mini Harga: RM1,979

Hidup gaya tropika PalmaSands

Pada masa sama, mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

pokok palma tropika, buaian dan laluan berpasir halus antaraelemen mendamaikan dapat dinikmati di residensi Palma Sands.

DIKELILINGI

Suasana tropika sedemikian ideal didiami residen yang berhasrat berehat dan lari dari hiruk-pikuk ibu kota, apatah lagi ia terletak di Persiaran Cove, Banting, Selangor.

Dibangunkan oleh Gamuda Land Sdn. Bhd., kediaman tersebut menawarkan keluasan antara1,824 hingga 2,620 kaki persegi. Pendek kata, saiz itu cukup luas untuk memuatkan keluarga yang besar.

Sementaraitu, terdapat sembilan reka bentuk menarik dengan keluasan berbeza boleh dipilih mengikut cita rasa pembeli.

Setiap unit mempunyai reka bentuk tersendiri untuk memberikan pemandangan dan cahaya maksimum kepada isi rumah.

Dilengkapi dengan taman permainan menjadikan laman itu sesuai untuk beriadah dan bermain buat anak-anak.

Antarakemudahan lain disediakan termasuk dewan serbaguna, laluan refleksologi, taman dan dek pemandangan.

Penghuni juga tidak usah gusar akan kerana kediaman itu direka dengan ciri keselamatan paling tinggi.

Kawalan keselamatan 24 jam, sistem televisyen litar tertutup dan hanya satu laluan masuk dan keluar.

Lebih menarik, penggemar riadah hanya perlu berjalan untuk mengakses taman seluas 60 ekar yang dikelilingi tasik.

Dijual pada harga bermula dari RM680,000. Keterangan lanjut sila layari https://gamudacove.com.my/ residential/palma-sands

Pentingkah hakmilikstrata?

BUAT penghuni atau pembeli bangunan high-rise seperti unit pangsapuri, kondominium, kompleks komersial, rumah kedai atau rumah berkembar perlu mengetahui hak milik strata untuk kediaman tersebut.

Pasti ramai yang buntu apakah dimaksudkan hak milik strata?

Mungkin juga sesetengah penduduk tidak mengetahui kepentingannya sebelum membeli atau setelah menduduki rumah berkenaan.

Lebih membimbangkan jika sudah bertahun menghuni, namun masih tidak mengetahui hak-hak dimiliki.

Secararingkas,hak milik strata merupakan hak milik berasingan bagi setiap unit atau petak di dalam bangunan yang dibina di atas sebidang tanah.

Justeru, komuniti yang mendiami di dalam residensi terbabit akan berkongsi kemudahan dan fasiliti disediakan pihak pemaju.

Ia merupakan dokumen sah pemilikan utama berdaftar ke atasunit atau petak rumah yang dibeli.

Pemilikan itu termaktub dalam dan dikawal selia Akta Hakmilik Strata 1985 dan Akta Pengurusan Strata 2013.

Selain itu, Seksyen 8(1) Akta Hak

Milik Strata 1985 memperuntukkan kewajiban atau tanggungjawab untuk memohon Hak Milik Strata pada pemaju perumahan.

Pemilik sesebuah kediaman dijangka memperoleh serahan milikan bersama-sama kunci rumah dan dokumen pemilikan.

Jika gagal dilaksanakan, maka tanah kediaman anda masih dikirasebagai hak milik pemaju dan hak milik serta akses terhad kepada petak milik masing-masing sahaja.

Malah, memegang sendiri geran hak milik strata dapat memastikan pembeli selamat daripada risikoapabila hartanah disita atau dikenakan tindakan undang-undang jika pemaju rumah bankrap.

Jadi, soal selidik dahulu pemaju perumahan sebelum membeli rumah impian, jangan menyesal kemudian hari.

Antarakandungan geran hak milik strata:

l Nombor hak milik.

l Nombor bangunan.

l Nombor tingkat.

l Nombor petak.

l Cukai pintu.

l Unit syer.

Memegang geran hakmilik strata bantu memastikanpembeli selamatdaripadarisiko apabila hartanah disita atau dikenakantindakan undang-undang.

12 RESIDENSI MAJORITI 7 26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023
Lamanyang luassesuai untuksesi riadah bersama anak-anak. Terdapat sembilan reka bentuk menarik disediakan untukpembeli. Fo to GA MUD AL AN D

Meja konsoljuga menjadi helahterbaik dalammenyerlahkan watakkepadaruang atau dindingdibawah tangga kediaman.

Adaapa dengan

meja konsol?

Meja penyeri ruangyangmenjadi perabot mesti miliki dalamkalanganpeminat hiasan dalaman.

Oleh FAIZAL HARUN NASUTION

APAKAH yang anda tahu tentang console table atau meja konsol? Pada dasarnya, meja konsol memiliki fungsi yang sama dengan mana-mana jenis meja lainnya, berfungsi sebagai tempat untuk meletakkan barang dan membuat ruang tampak berwatak dan menarik.

Namun, ada perkaralainyang membuatkan meja konsol berbeza dari meja yang ada di pasaran. Berikut lima asas yang anda perlu tahu sebelum anda berhajat untuk membeli dan memilikinya.

Rupa dan fizikal

Secarafizikal, meja konsol memiliki ketinggian yang serupa dengan meja lain pada umumnya. Menurut sumber Living Spaces, rata-rata ketinggian meja konsol adalah dari 71 hingga 81 sentimeter. Permukaannya cenderung memanjang dengan kelebaran yang sempit. Reka bentuknya juga beraneka ragam bermula dari minimalis sehingga yang artistik dan kompleks. Sebab itulah ia sesuai diletakkan di semua ruang selama ia diperlukan.

Fungsi meja konsol

Berbeza dengan meja lainnya, meja konsol selalunya digunakan sebagai media atau tempat mempamerkan dekorasi rumah dan menjadi daya tarik utama dalam ruangan.

Keberadaannya harus disesuaikan dengan fungsi dan ruang. Apabila diletakkan di ruang keluarga, anda boleh meletakkan beberapa foto keluarga dengan aksesori bersaiz kecil hingga bersaiz sedang, didampingi lampu meja dengan bentuk yang unik. Bagi kawasan atau lokasi foyer atau lokasi transisi antararuang teras dan ruang tamu, meja konsol boleh dihiasi dekorasi seperti miniatur dari berbagai tempat wisata dan pelancongan. Anda juga boleh meletakkan kotak, peti mini atau dulang dekorasi sebagai tempat meletakkan kunci rumah atau kenderaan, surat, hingga beberapa barang harian yang lain agar kelihatan rapi dan kemas.

Lokasinyapada ruang

Secarahujahnya, meja ini akan disebut sebagai meja konsol apabila diletakkan di sisi merapati dinding, dan disebut meja sofa apabila diposisikan di belakang sofa. Biasanya, meja konsol berada di lokasi foyer. Ia juga boleh diletakkan di ruangan lain dalam rumah. Namun, perlu diperhatikan juga gandingan perabot apabila merias ruang dengan meja konsol. Jangan sesekali memiliki meja konsol bersaiz besar dan mengatasi saiz kewujudan perabot-perabot yang lain. Dimensi meja konsol juga harus disesuaikan dengan luas ruangan. Jangan sampai saiz meja konsol mengganggu aktiviti yang dilakukan atau berlaku di ruang tersebut.

Tidakwajib ada di rumah

Jika meja makan dan meja keluarga merupakan perabot yang wajib atau harus ada di rumah, meja konsol termasuk perabot pilihan atau perabot aksesori. Hal ini disebabkan fungsinya sebagai penyeri pada ruang dan menambah tempat penyimpanan. Fungsi meja konsol akan bertambah maksima apabila anda memilih unit yang berlaci. Selain tampak menawan item atau barang-barang kecil yang sering digunakan pun akan tersimpan dengan baik. Jika anda membeli atau memiliki meja konsol tanpa laci, baku anyaman atau kotak simpanan pelbagai perincian atau warna adalah pilihan terbaik bagi menyerlahkan la watak dan fungsinya.

Bukan tempat letak barang berat

Meski meja konsol terbuat dari mat rial yang ampuh dan tahan lasak, me konsol tidak sesuai digunakan untuk meletakkan benda-benda berat apata lagi dalam jumlah yang banyak. Bentuknya yang memanjang akan meletakkan beban pada pusat graviti pada permukaan memanjangnya dan akhirnya membuatkan permukaan utama meja konsol anda melengkung Kata kuncinya, jangan sesekali lupa bahawameja konsol hanyalah perabo dalam kategori aksesori buat merias ruang.

n, n u ul gi teja ah n g. ot

Pilihan daripada IKEA yang menjadi kegemaran orang muda

Pilihanmewah dengan material berkaca.

Saratperincian ukiranbuat mereka yang menggemari gaya mewah klasik

Bila seni dan fungsi disatukan pada meja konsol

26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023 MAJORITI7 RIAS RUANG 13

Kolaborasi Alhumaira bersama Lush

ALHUMAIRA berkerjasama dengan Lush Malaysia untuk acaraeksklusif bersama pelanggan setia, selebriti dan rakan media. Koleksi hijab edisi terhad yang dilancarkan Alhumairapada majlis berkenaan memaparkan ilhamilham indah berpalet pastel dengan corak bunga dan grafik yang mencetus aurakontemporari. Qasrina Karim yang sejak sekian lama menjadi ‘wajah’ Alhumairadan kini bergelar pelakon baharu pula, turut hadir memeriahkan suasana. Lush adalah jenama mandian antarabangsa pertama yang melakukan kolaborasi istimewa bersama Alhumaira.

Pengasas Alhumaira,Hani Elia bersama Qasrina Karim.

Suasanameriah acaraminum petang.

14 HAPPENINGS MAJORITI7 26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023
Lokasi: ThePrivateRoom, TheRitz-CarltonKuala Lumpur DayahBakar Qasrina Karim menunjukkan koleksi terbaharuAlhumaira. Elfira Loy Fara HanimRazak

Nadia Brian

26 JANUARI –1 FEBRUARI, 2023 MAJORITI7

Nadia Brian

TATKALA dunia hiburan Malaysia kehilangan momentum penghasilan karya, anak-anak seni serta mereka yang bertugas dalam liga industri kreatif turut menanggung musibahnya. Namun, kehadiran Eva sedikit sebanyak menjadi penawar kepada kerjaya seni Nadia Brian yang selama ini bukan sahaja terencat akibat pendemik, malah samar dikaburi kisah-kisah berbentuk peribadi “Alhamdulillah, kembali menjalani rutin kerja sebagai anak seni cukup buat saya rasa bersyukur. Apatah lagi baru sahaja selesai menjayakan jelajah promosi Eva di Sabah.” Sambungnya lagi: “Bekerja dengan Suhaiza (pengarah) adalah pengalaman yang sangat-sangat berharga. Menerusi filem itu, saya meraih anugerah Pelakon Wanita Pembantu Terbaik di Festival Filem Hong Kong manakala filem yang sama juga memenangi anugerah dalam kategori Suspens Thriller di Festival Filem Cannes 2023.”

Eva asalnya naskah yang dikiblatkan formulanya buat tayangan eksklusif di saluran Netflix Original. Diperjudikan nasibnya oleh penerbit apabila dihantar sebagai calon pertandingan festival filem antarabangsa. Percaturan itu membuahkan hasil apabila Eva layak dipertandingkan (syarat penyertaan festival filem antarabangsa wajib berstatus karya baharu dan tidak pernah

ditayangkan di mana-mana sebelum bertanding). Akhirnya, berjaya membawa pulang anugerah kemenangan. Bertarikh tayangan 26 Januari 2023 di pawagam seluruh Malaysia filem itu jatuh kategori untuk tontonan usia 18 tahun ke atas sahaja. Ini disebabkan terdapat babak-babak kurang sesuai buat tontonan golongan kanak-kanak atau mereka dibawah umur.

Menurut Nadia, istimewanya filem itu umpama mengikis stigma mereka sepasukan sebagai seorang pelakon.

“Ia membuka luas atmosferakepakaran kami dalam kerjaya lakonan dan dalam masa sama membuka minda masyarakat berfikir betapa seorang pelakon itu bukan hanya bersandar kepada nilai komersial semata-mata, malah, lebih dari itu.

“Jalan cerita filem ini mengajak minda berfikir tentang konflik jiwa dialami individu mempunyai personaliti berganda yang bertentangan atau spilt personality.Trauma yang disemai sejak zaman kanak-kanak sebagai contoh antarafaktor penyumbang kepada gejala personaliti berganda,” tambah Nadia mengenai filem terbaharunya itu.

Lebarkanpanoramakerjaya

Akui Nadia, industri ini laksana sebahagian dari darah dagingnya.

26 JANUARI –1FEBRUARI,2023 MAJORITI 7 16 PROFIL
“Guyscomeand go, tetapi ”

“It’sinmyblood dan saya amat-amat menyukainya. Meskipun memulakan langkah dalam gelanggang seni sebagai pelakon saya tidak keberatan untuk mencuba cabang-cabang seni lain.

“Bidang pengacaraan misalnya? Ya, mengapa tidak? Saya ingin menjadi anak seni serba boleh andai diberikan peluang. Mengendalikan rancangan travelog sebagai hos atau apa saja rancangan yang lain, “ujar Nadia baru sahaja usai melunaskan lakonan pentasnya sekitar Disember lalu menerusi teater berjudul 14 February di DamansaraPerforming Arts.

Nadia berharap, jika ada mana-mana penerbit yang membaca wawancaraini agar memberinya peluang dan ruang untuk menyerlahkan bakat. Menyanyi juga ada dalam perancangan termasuk keinginan menulis skrip. Apa sahaja yang boleh meluaskan potensi diri dalam kerjaya Nadia tidak teragak-agak untuk mencuba.

Nadia begitu optimistik mahu melebarkan kerjaya. Seperti katanya, bergelumang dalam dunia hiburan sebagai anak seni membentuk asas kekuatan jiwanya.

“Bukan mudah menjadi selebriti andai jiwa tidak sewaja besi. Lebihlebih lagi dalam eramasakini yang mana peminat, warga net dan media sosial menjadi sebuah medan kuasa besar.

“Andai lemah dan mudah luluh kita tidak mungkin bertahan atau gagal. Selain kuat, menjadi anak seni juga menuntut seseorang pemikir yang bijak dalam merancang warna-warni kehidupan mendatang. Selain mahu meluaskan potensi diri dalam medan seni saya juga mula berjinak-jinak bergelar usahawan.

“Erapendamiktelah banyak mengajar saya memandang dan menilai kehidupan dengan lebih mendalam. Saya kini mengusahakan rangkaian produk penjagaan kullit dan pakaian. Untuk itu, saya bakal berulang-alik ke negaratetangga, Indonesia,” ujar Nadia yang menganggap gelaran usahawan sebagai dunia kerjaya terbaharunya.

Nadia mahu melancar bisnes sendiri kerana enggan bergantung 100 peratus kepada bayaran hasil kerja seni.

“Hakikatnya, andai 100 peratus bergantung sumber pendapatan pada industri seni memang berisiko. Kita perlu menjadi individu yang multitasking.Bukannya bermaksud tamak, tetapi perlu sokong ekonomi sendiri.

Lebih-lebih lagi, aktiviti berniaga memang menjadi amalan kami sekeluarga sejak dahulu.

“Saya mahu menghasilkan produk dari bahan premium, tetapi harganya mampu milik. Selain berjual beli dengan masyarakat ia salah satu peluang untuk saya mendekati peminat.

Asalkan tidak rugi manakala harga tidak membebankan. Itu antaracara saya give back to my fans,” ujar gadis berbintang Gemini kelahiran negeri Perlis InderaKayangan itu.

Tidak serik berjodoh lagi

“Alhamdulillah, saya tenang dengan kehidupan sekarang. Memang saya mahu membina lagi rumahtangga, tetapi yang pastinya bukan dalam masa terdekat

apatah lagi tahun 2023. Sejujurnya bukan semudah itu mencari calon yang memahami siapa dan bagaimana individu bernama Nadia Brian.

“Saya memang sibuk dengan kerja. Saya suka bekerja dan semua tentang tuntutannya. Lagipun, adakah lelaki yang mahu mendampingi seorang wanita yang hidupnya sesak dan sibuk dengan kerja semata-mata?” tanya graduan seni lakon ASWARA itu

“Okay... sejujurnya saya memang trauma dengan kemusnahan ikatan perkahwinan lalu. Pada saya, jodoh antarasayadan bekas suami sampai di situ sahaja.

“Mungkin terlalu terkekang dengan janji kepada diri mahu menamatkan zaman bujang sebelum menginjak usia 30 tahun. Saya hanya mahu mencapai matlamat tanpa berfikir panjang akan kesannya kemudian hari. Situasi itu sebagai pengajaran bukannya penyesalan. Setiap perkarayang berlaku dalam hidup menambah aras kematangan minda dan jiwa. Dan kita semua harus belajar dari pengalaman,” luahnya.

Tambah Nadia, beliau bukan manusia yang gemar mencanang kisah peribadi di sana dan sini.

“Maaf, itu bukan saya. Ia tidak mendatangkan kebaikan jauh sekali solusi kepada isu tersebut. Saya masih ingat lagi bagaimana down ketika menjadi mangsa perbincangan warga net. Mereka tidak tahu akan kebenaran, tetapi rancak membincangkan, sekali gus membuat andaian. Apatah lagi kisah-kisah silam isu hubungan, perkahwinan dan perceraian,” luah Nadia lagi.

“Sudah ada kenalan? Pengganti?,” tanya saya.

“Sejujurnya belum lagi, sekadar berkawan-kawan biasa sahaja buat masa ini,” jawabnya ringkas.

Contohi semangat juang ibu

Menikmati fasa solo, membuatkan tumpuannya kepada keluarga semakin kuat. Kata Nadia, beliau kini menjaga ibu dan neneknya yang sudah melewati usia 70 tahun: “Saya menjaga ibu dan nenek. Andai dahulu ibu menjaga dan membesarkan saya, adik-beradik dan nenek dengan berbekalkan keringat dan kudrat empat tulangnya. Saya sangat menyanjungi semangat juang ibu selama 23 tahun hidup bergelar ibu tunggal dan Alhamdulillah, selepas berjaya membesarkan dan menjaga kami, akhirnya ibu berkahwin semula dan berpeluang memiliki hidupnya sendiri. Bayangkan ibu saya bergelar ibu tunggal dikala stigma gelaran janda itu dipandang serong masyarakat.”

Dengan pendapatan RM1,500, ibu boleh menjaga Nadia dan adik-beradik bersama nenek secukupnya. Cukup, tetapi tidak mewah. Begitu juga semangat Nadia dalam merancang kehidupan keluarganya.

“Saya bukan bercita-cita mahu hidup mewah. Bukan itu pun niat menjejak kaki dalam gelanggang seni. Fasa pendemik lalu adalah pengajaran sejati.

“Kini, saya utamakan perkarayang perlu. Tidak mahu mementingkan diri sendiri. Keluarga adalah segala-galanya. Guys will come and go,tetapiibu... dalam apa keadaaan sekalipun, ibu tetap bersama anak-anaknya,” kata Nadia menutup bicara.

26 JANUARI –1FEBRUARI,2023 MAJORITI7 17 PROFIL

Cllassy

Arlogi minggu

dalamhitam putih

Zenith

Jam

koleksiDefy setanding dengan

pertukangan yang invatif. Jam tangan Defy Skyline Skeleton memperkenalkan ekspresi baharu rangka moden disertai kaliber El Primero.

Dior

Jam tangan Grand Soir Year of theRabbit adalah karya unik lagi klasik di mana dua tona diperbuat daripada kombinasi keluli dan emas laludihiasi butiranberlian bezel disekelilingnya. Jam tangan berdiameter 36 milimeteritu dihiasi laman dail diolah dari mother-of-pearl serta batu aventurine menghasilkan simbol tuah abadi.

26 JANUARI –1FEBRUARI,2023 MAJORITI 7 18 STAIL
Oleh AZIAHNOH Gaya elegan jelasterpancarmelalui rekaan eksklusifkumpulan DiorMen buatpasukan bola sepak ParisSaint-Germaineuntuk musim2022/23 Nuansahitam menawarkan look santai denganjaket harrington, sweater dan kemeja polo.Busana timeless initermasukkot kashmir, suit dankemeja, tali lehersuteraserta tali pinggang.Kesemuahelaian inimempunyaibutiran halus melambangkan kecemerlangan savoir faire Dior.
ini
avant-garde jam tangan Franck Muller mengalami sentuhan istimewa gaya jalananhasilkerjasama bersama jenama fesyen Jepun, #FR2 Menggabungkan unsur alam semesta, Muller mengguna reka bentuk tersendiri #FR2 pada jam tangan Vanguardtanda dagangannyamenghasilkan jam tangan bergaya
FranckMuller Estetika
mewah ini membina barisan unik dalam
hasil
Setiap helaian memiliki perincian halus yang melambangkan kecemerlangan savoir faire Dior Men.

Wajahbaharu Chanel Coco Crush

DIINGINI, provokasi dan mengejutkan mencerminkan koleksi Chanel Coco Crush dengan potongan sempurna serta sekata menyilang permukaan setiap bahagian rantai dan gelang tangan.

Koleksi Coco Crush merangkumi itu menggabungkan kekuatan, kehalusan, kesederhanaan, kelembutan dan ketegasan.

Menyertai takhta di samping Blackpink, Jennie sebagai duta Chanel adalah pelakon, Margaret Qualley.Aktres jelita, Amanda Stenberg turut diumumkan menjadi duta Chanel menerusi kempen Coco Crush.

Kesemua selebriti itu kelihatan anggun menggayakan barang kemas halus Chanel yang bakal diperkenalkan pada bulan ini.

syKumpulan itu boleh dipilih dalam warna emas merah, emas kuning dan emas putih selain boleh dilaras mengikut keinginan masing-masing.

Beg tahun baharu

Ukiran

26 JANUARI –1FEBRUARI,2023 MAJORITI7 19 STAIL
Jennie AmandlaStenberg Margaret Qualley Beg merah jambuikonik Longchamp. MELANGKAH dengan penuh bergaya dengan ciptaan beg terkini. Corak grafiti, warna berani. Longchamp telah mencipta koleksi kapsul yang lucu dan asli menerusi beg kembaraLePliageberwarna pink. Reka bentuk yang sama juga boleh didapati pada versi miniatur. Semua beg itu menampilkan trim tonal dalam lambang Longchamp bersama kemasan metalik berkilauan. arnab berwarna putih pada tote beg Coach Gotham Tall warna hitam menghasilkan impak muda selain sesuai digayakan di jalanan. Beg dengan gaya grafiti penuh keseronokan itu menonjolkan ciri cool dan moden. Tote beg Coach Gotham Tall

Hipnosis

YayoiKusama cetus halunisasi deria

Pendetadarisenitotal danberwarna-warniartis Jepun, YayoiKusamadikenali di seluruhdunia sebagaiartis avant-garde.Menerusiplatformyangdisediakanoleh LouisVuitton,beliaumengolah motifinfinitinya bagi menceroboh ruangsemesta

26 JANUARI –1FEBRUARI,2023 MAJORITI 7 20 SENI
Oleh FAIZAL HARUN NASUTION Papaniklan LED serata kota Paris juga menayangkan kempenkesenian Yoyaidalam pelbagairagam
Fo to LO UI SV UI TT ON
Arca logoLouis Vuittonbuatan sferaberkilau.

YAYOI Kusama dilahirkan pada tahun 1929 adalah figuraseni yang dikenali menerusi karyanya yang penuh warna dan memukau. Penulis novel dan artis avant-garde dilahirkan di Matsumoto, Jepun itu daripada keluarga berlatar belakangkan peniaga. Beliau yang mengalami halunisasi visual dan pendengaransejakkecil menterjemahkanpengalaman itu kepada seni menerusi karya lakaran dan lukisan pertamanya yang tercipta dari motif jaring dan bintik.

Menyahut cabaran, beliau ke Amerika Syarikat mengasah dan menemui falsafah artistik penghapusan diri melalui pengulangan obsesifdan pendaraban motif tunggal,muncul sebagai pelopor kepada seni Pop dan Minimal dan salah seorang artis wanita yang paling berjaya di dunia.

Menyorot kembali ke Jepun pada tahun 1973, beliau bertemu dengan Pengarah Kreatif Louis Vuitton, Marc Jacobs di studio miliknya pada tahun 2006,memperlihatkanbeg Maison Ellipse yangdilukiskandengan motif bintik signaturnya.

Pertemuan itu meletuskan kombinasi penuh keajaiban antaraLouis Vuitton danYayooiKusama yang akhirnya membawa kepada jalinan kerjasama pada tahun 2012dapat dilihat pada Maisondipelbagai semesta dariproduk, pameran dan beberapa sirikerja hiasan tetingkap pameran yang unik.

Louis Vuittonmempunyai sejarah lampau jalinan kerjasama atau kolaborasi bersama pengkarya seni sejak dahulu apabila cucupengasas jenama dari Paris itu iaitu Gaston-Louise Vuittonmula mentauliahkanpengkarya

untuk bekerja bagimencipta panorama tetingkap pamerannya. Keinginanuntuk kolaborasi artistik tidak pernah berkurangan sepanjangtahun, sebaliknya, memaut lebih banyak resonansi dalam erakontemporari.

Sedekad kemudian,Maison meneruskan hubungan kolaborasinya dengan Yayoi Kusama, ia meluas,berkembang dan berkongsi pertukaran nilai kreatif Buat pertama kalinya, kerjasama unik ini mengatasi semua métier dan jantina, pakaiansedia pakai,beg, kasut, wangian, bagasi dan peti pakaian. Di Tokyo dan Paris, pereka Yayoi Kusama dan Louis Vuittonbekerjasama untuk mempersembahkan koleksi luar biasayang memancarkan tenaga kreatif Yayoi cukup memukau.

Beliau mempamerkan kreativiti savoir faire yangluar biasa melalui pelbagai teknikpercetakandan perhiasan, daripada serigrafi tigadimensi hingga jakuteri kulit yang indah, sulaman kompleks,laser padadenim, enamelhalus serta banyak lagi.

Koleksi itu akan muncul dalam dua bahagiansetiap satu dengan arah tematik yang berbeza. Drop 1akan menampilkan koleksi PaintedDots, Metal Dots, Infinity Dots dan Psychedelic Flower dan dilancarkan di seluruh dunia pada 6Januari2023 manakala Drop2 dilancarkan mulai 31 Mac 2023 dan seterusnya.

Bersempena meraikan jalinan kerjasama tersebut, Louis Vuitton dan Yayoi menakluk kota Paris dengan gabungan kreativiti kedua-dua seniman dan rumahfesyen berpengaruh menerusiatmosferametropolitan yang indah, hangat dan unik!

26 JANUARI –1FEBRUARI,2023 MAJORITI7 21 SENI
Logo LouisVuitton dengan corakbintik YayoiKusama

Sepintas Golden Globe Awards

Oleh FAIZAL HARUN NASUTION

PADA majlis utama dan amat penting bagi kemunculan semula buat Hollywood Foreign Press Association beberapa pesaing anugerah telah mendapat perangsang mereka sendiri. Filem The Fablemans,pendahulu anugerah yang dianggap lama dengan kutipan box office yang biasa, meraih Anugerah Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik buat Steven Spielberg, dorongan berprofil tinggi hanya beberapa hari sebelum pengundian pencalonan Oscar bermula.

Dua filem turut berkongsi perhatian yang sama apabila dikatakan umpama ancaman kepada Oscar utama: The Banshees of Inisherin,yang memenangi hadiah komedi dan lakon layar terbaik menerusi lakonan aktor Colin Farrell dan Everything Everywhere All At Once yang membawa pulang dua piala menerusi lakonan aktres Michelle Yeoh dan aktor Ke Huy Quan.

Dari kategori TV,gandingan dinamik Jennifer Coolidge dan MikeWhite menjadi dominasi menjelang penghujung malam dengan Coolidge memberikan ucapan berjela-jela yang mengagumkan sejurus dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelakon Pembantu Terbaiknya beberapa saat sebelum MikeWhite menerima trofi Siri Terhad Terbaik. Abbott Elementary juga menampilkan larian yang luar biasa membawa pulang gelaran Siri Komedi Terbaik serta Anugerah Lakonan buat bintang dan pencipta Quinta Brunson dan regu pelakon, Tyler James Williams.

Best dressed dari karpet merah

26 JANUARI –1FEBRUARI,2023 MAJORITI 7 22 HITS
2023
Anya Taylor-Joy,Dior. Rihanna, Schiaparelli TanSri Michelle Yeoh,Armani Prive. JessicaChastain, OscarDeLa Renta. Jerrod Carmichael hosGolden Globe tahunini. Austin Butler membawa pulang trofi PelakonLelaki Terbaikuntuk filem Elvis

Kejam taruhanAyu Damit

JUARA One In AMillion musim kedua, AyuDamit tampil dengan single balada baharu setelah sekian lama menyepi.

Kali ini anak kelahiran Sabah itu mempertaruhkan lagu Kejam ciptaan komposer muda, Khairul Daniel manakala lirik ditulis sendiri Ayubersama Slen dan Jay.

“Syukur, penantian selama dua tahun berbaloi dengan lahirnya single Kejam selepas berhadapan pelbagai rintangan. Masakan tidak, hampir setahun diperuntukkan untuk sampai ke tahap ini, namun saya akur ia adalah ketentuan-NYA kerana kita mampu merancang dan DIA menentukan segalanya,” ujar pemenang Vokal Terbaik (Wanita) pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 2008.

BicaraAyu mengenai single bermodalkan sendiri sepenuhnya: Saya bertemu dan berbincang dengan komposer Khairul Daniel lantas menyatakan lagu bagaimana yang diingini. Beliau seakan mengerti kehendak dan cita rasa saya.

“Setelah berbincang kami terus ke studiobagi memulakan proses rakaman lagu. Bayangkan proses menyiapkan lagu ini bermula dari bulan Februari hingga Oktober lalu.

Terlalu banyak perkaraterpaksa diuruskan sendiri berbekal tunjuk ajar komposer dari Asehingga Z.”

Menurut Ayu, single Kejam menceritakan tentang hubungan bertepuk sebelah tangan. Berkisar sepasang kekasih yang mengharapkan cinta, namun tidak berbalas dan tiada kata putus. Perbuatan itu disifatkan ‘kejam’ kerana dipersiakan sebegitu.

“Saya sengaja memilih genre balada kerana ingin menonjolkan kemampuan vokal sisi berbeza dengan sentuhan melodi ala 90-an, namun tetap kedengaran fresh dan baharu.

“Diharapkan, lagu ini mendapat sambutan dan diterima semua penggemar muzik tempatan. Terus menyokong aktiviti seni saya dan Insya-ALLAH lebih banyak lagu bermutu akan menyusul,” jelasnya.

Lagu Kejam boleh dimuat turun di iTunes dan didengar melalui aplikasi penstriman dalam talian seperti Joox, KKBox, Spotify,Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Lirik video berkonsepkan simple elegance boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Alternate Records.

Selagi Ku Ada Khai Bahar &NabilaRazali

PENYANYI Khai Bahar dan Nabila Razali membuka tahun baharu dengan buah tangan istimewa buat peminat menerusi lagu duet Selagi Ku Ada Ia merupakan runut bunyi bagi drama Kerana Cinta Itu Ada (lakonan Nabila Razali dan Aedy Ashraf)yang mana ciptaan sepenuhnya daripada komposer dan penyanyi Amylea Azizan.

Selagi Ku Ada adalah lagu duet kedua Nabila Razali selepas melancarkan TakIngin Usai bersama penyanyi sensasi dari Indonesia, Keisya Levronka dan tujuh single sebelum ini. Sementelah, ia pula lagu duet ke tujuh bagi Khai Bahar.

Tutur Nabila, beliau bersyukur projek istimewa itu berjalan lancar dan gembiradengan maklum balas luar bisa peminat walaupun lagu itu belum dilancarkan secararasmi

“Alhamdulillah, bersyukur rancangan untuk menghasilkan lagu duet berjalan lancar. Terima kasih kepada Khai yang sudi menjadi rakan duet. Saya harap lagu ini dapat diterima peminat kami dan disukai pendengar muzik tempatan,” ungkap Nabila ketika ditemui bersama Khai mada majlis pelancaran lagu tersebut di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tiket &Popcorn

Eva Tarikh tayangan : 26 Januari 2023

Eva seorang peguam memiliki dua personaliti dan watak berbeza iaitu Amy pakar forensik dan Mikepula seorang pembunuh. Kepelbagaian personaliti itu kerana trauma menjadi mangsa penderaan seksual ketika kecil. Anak lelaki Eva cuba memahami dan membantunya melalui semua itu, tetapi malangnya personalitinya sebagai Mikesemakin dominan dan meletakkan semua di sekelilingnya dalam situasi bahaya.

Tarikh tayangan: 27 Januari 2023

Buat pertama kali dalam kerjayanya, Bintang global, pemenang anugerah Academy dan peraih pelbagai anugerah Grammy,Billie Eilish mempertontontankan persembahan konsert di The O2, London menerusi tayangan di pawagam.

BTS: YetToComeInCinemas

Tarikh Tayangan: 1Februari 2023

Filem konsert sensasi kumpulan K-pop BTSdipertontonkan menerusi media tayangan filem secaraglobal pada Februari 2023.

Filem berjudul BTS: YetToCome inCinemas mengabadikan momen terbaik dari konsert Yet to Come yang berlangsung di Busan, Korea Selatan pada 15 Oktober lalu.

Billie Eilish: LiveAtThe O2 (Extended Cut)
26 JANUARI –1FEBRUARI,2023 MAJORITI7 23HITS
105.3 FM Lembah Klang |106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang |91.7 FM Taiping | 96.0 FM Ipoh |102.4 FM Kuala Terengganu |106.1 FM Kota Bahru |96.1 FM Kuantan | 88.5 FM Melaka, Johor Utara|107.0 FM Seremban |101.4 FM Johor Bahru
FM
Imbas disinike laman web Suria

SURIAFMMERAIHPENGIKTIRAFAN ‘THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS’ BERSAMARESORTS WORLDCRUISES DI ATAS KAPAL PERSIARAN GENTING DREAM!

Suria FM melakar sejarah dengan meraih pengiktirafan ‘The Malaysia Book of Records’ (MBR) bersama Resort World Cruises di atas kapal persiaran Genting Dream sebagai ‘Stesen Radio Pertama Bersiaran Di Atas Kapal Persiaran’.

Majlis penyampaian sijil rasmi ‘The Malaysia Book of Records’ kepada Suria FM dan Resorts World Cruises telah diadakan di sebuah majlis khas secaraekslusif di atas kapal persiaran Genting Dream pada 11 Januari 2022 (Rabu).

Turut hadir pada acarapenyampaian khas tersebut ialah Mr. Michael Goh, Presiden Resorts World Cruises, Mr. Ong Hsieh Lien, Timbalan Presiden Komunikasi Korporat AVPdan Pemasaran Resorts World Cruises, Dato Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse, Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group Berhad, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), Pengurus Besar Suria FM, Lee Pooi Leng, Pengurus Pejabat Malaysia Book of Records dan Siti Hajar Binti Johor, Perunding Rekod Kanan Malaysia Book of Records.

Sejarah tercipta menerusi segmen Morning Morning Suria kelolaan Ajak, Shuib dan Surayabersama tetamu jemputan Siti Nordiana, Amir Masdi dan Andi Bernadee yang bersiaran secaralangsung pada 10 Januari 2023 (Selasa) dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi dengan membawa tema ‘Morning Morning Suria membelah samudera’.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) “Bagi pihak Suria FM, kami amat berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Resorts World Cruises atas kerjasama baik bagi meraikan ulang tahun ke-15 Suria FM”.

Tambah DJ Lin, “Bersempena dengan kerjasama ini, kami juga berjaya mencapai ‘The Malaysia Book of Records’ baru di Genting Dream sebagai Stesen Radio Pertama Bersiaran Di Atas Kapal Persiaran. Kami percaya bahawa kejayaan ini adalah hasil usaha yang padu daripada semua pihak serta fokus yang tinggidan komitmen terbaik daripada semua pihak. Kami amat gembira dengan pengiktirafan daripada ‘The Malaysia Book of Records’ ini, dan kami akan terus berusaha dan kekal komited untuk menghasilkan produk dan kandungan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pendengar kami”.

Di samping itu, ujar Encik Michael Goh, Presiden Resorts World Cruises “Persahabatan dan kerjasama di antara Resorts World Cruises dengan Suria FM sejakbulan November 2022 amat bermakna dan menarik kerana ia turut diadakan sempena meraikan sambutan Ulang Tahun ke-15 Suria FM. Bagi pihak Resorts World Cruises dan anak kapal Genting Dream, kami amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripadapencapaian terbaru di bawah ‘The Malaysia Book of Records’. Kejayaan Suria FM sebagai Stesen Radio Pertama Bersiaran di atas Kapal Persiaran sememangnya bertepatan dengan sambutan tahun baru 2023. Kerjasama kami juga tepat pada masanya kerana kapal kamiakan terus berlayar dari Pelabuhan Klang sehingga awal tahun 2024 untuk menawarkan pelbagai pelayaran percutian ke Pulau Pinang, Singapura dan Phuket dengan tawaran makanan dan minuman Halal yang diperakui. Initiatif ini akan membolehkan kami terus mengembangkan dan mempromosikan percutian pelayaran sebagai pilihan di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya bagi pasaran

Melayu,”

Majlis dan pelayaran selama 4Hari3Malam (9 –12Januari 2023) ke

Pinang dan Singapuradi atas kapal persiaran Genting Dream yang berlepas dari Pelabuhan Klang ini turut diadakan bersempena Ulang Tahun ke-15 Suria FM dan dihadiri lebih 60 tetamu terdiri daripada 5pemenang bertuah peraduan ‘Suria 15 Tahun’ yang dijalankan sepanjang November dan Disember 2022, barisan penyanyi popular seperti SitiNordiana, Amir Masdi dan Andi Bernadee, rakan rakan media, para penyampai Morning Morning Suria, Ajak, Shuib dan Surayaserta barisan kakitangan Suria FM.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria FM di laman web Suria, suria.my dan laman sosial Suria Malaysia:-

Instagram: suriamalaysia

Facebook: @SuriaMalaysia

TikTok: @suriamalaysia Youtube: SuriaTV Twitter: @suria_malaysia

SURIASPACE
Pulau

Orang kreatif memang emosional

BonZainalberkongsi pengalamansebagai oranglama di dalamindustrifesyen. Beliau juga meluahkanpendapatbahawasudah tiba masa golongan selebriti membayar untuk pakaiandan tidakhanya menunggu tajaan

“SAYA memang minat fesyen dari zaman sekolah menengah,” katanya membuka bicaraketika kami duduk bersama sewaktu bertandang di butiknya di Plaza Damas. Beliau kemudiannya bercerita bagaimana tegar mengumpuldan memiliki koleksi majalah GQ yang ketika itu harga sekitar RM30!

“Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, saya ke Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS). Sementara, sepupu menetap di sana, maka saya mengambil peluang belajar dan bekerja,” jelas beliau yang menetap lima tahun di AS. Kemudian, menyambung pengajian bidang fesyen selama tiga tahun dan menimba pengalaman kerjaya selama dua tahun.

“Saya pernah bekerja di Ralph Laurent di Beverly Hills, Gary Tux, Rick Pallack di Studio City,Sherman Oaks di Los Angeles, California. Juga pernah melayani tetamu hebat taraf antarabangsa seperti Janet Jackson,” cerita anak kelahiran Terengganu itu membuatkan penulis terkedu mendengarkan senarai yang berterusan dan berterusan.

Menurutnya, ketika kembali ke tanah air pada tahun 1990, beliau mencuba nasib memohon pekerjaan menerusi iklan akhbar yang menawarkan jawatan kosong sebagai displayartist atau penggaya ruang pameran.

“Ketika itu saya bertugas di Spark Manshop. Banyak diperlajari antaranya ilmu pemasaran, mens tailoring,pasaran korporat dan styling termasuk latihan kepada pekerja. Iyalah, kita mahu pekerja nampak bergaya dan beri contoh terbaik,” ungkap pembuat sut eksklusif dan perunding imej tersebut.

Siapa pelanggan Bon Zainal?

Ketika itu tahun 1995. Terdetik dalam hati meinginkan butik sendiri. Alhamdulillah, ia terlaksana dan ketika itu butik saya terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Azwan Ali, Datuk Hans Isaac, Harith Iskander... pendek kata, selebriti akhir tahun 90-an hingga awal tahun 2000 ramai memakai tuksedo dan blazer hasil buatan saya. Tahun 2005, saya dipelawa menyertai Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang mana saya adalah jenama pakaian lelaki tunggal pada acarafesyen berprestij itu.

Bagaimana perkembangan kerjaya sejak awal tahun 2000?

Kali terakhir saya menyertai acara KLFW pada tahun 2014. Pada ketika ini, saya mula fokus kepada golongan ahli korporat, menteri dan orang kenamaan. Saya juga giat dengan persatuan BDA(BumiputraDesigner Associated) apabila Mahani Awang melantik saya sebagai Naib Presiden. Ketika saya menjadi Presiden, barulah jenama BDAtukar kepada MBDA(Malaysian Bumiputra

Designer Associated). Bersama-sama BDA, impian saya membuat pertujukan fesyen di luar negara terlaksana.

Dengan sokongan Matrade, MBDA berjaya mengadakan pertunjukan fesyen di Paris, Milan dan Australia sekitar tahun 2012 hingga 2016.

Bergelumang dengan pelbagai pengalaman, apa yang ingin anda katakan lagi?

Gaya dan fesyen itu berbeza. Saya bersyukur selama 35 tahun dalam industri, jenama saya terkenal dengan kualiti potongan dan eksklusiviti masih kekal. Kombinasi fabrik songket dalam rekaan sut, tuksedo dan blazer adalah formula fesyen saya hasilkan. Meskipun ia karya fesyen, kita perlu ada prinsip dari segi olahan.

Karya fesyen yang tinggi nilai eksklusif adalah karya yang diperbuat dari gabungan material terbaik dan tepat dan saling mendukung. Cara saya sangat personal, tetapi profesional.

Apayang anda rasakan sekarang dan maksud carapersonal, tetapi profesional?

Saya bangga, namun tidak mendabikdada. Benar, kuasa membeli kita memang kurang. Tetapi, andai mahu bergaya, tidak semestinya perlu membeli ajnas fesyen mahal. Saya bukan sahaja menghasilkan baju pelanggan, sebaliknya turut memberi khidmat perunding imej.

Soalan lazim kepada pelanggan atau selebriti yang ingin menggayakan hasil kerja saya ialah, kenapa? untuk apa? dengan siapa? di mana? dan berapa harga? Inilah lima prinsip selalu diutarakan kepada pelanggan. Ia penting bagi kualiti penghasilan helaian tampak segak dan bergaya. Very personalised service.Itu DNA saya.

Anda dilihat menyelar sikap segelintir selebriti yang tegar meminta tajaan pakaian. Boleh kongsikan apakah isu yang timbul sebenarnya?

Sudutmenarik di salah satu tempat meletakkan katalogpilihanperincian

Saya tahu, mereka semua ada peruntukan. Apatah lagi jika melibatkan agenda promosi atau persembahan? Segelintir mereka tidak berkirauntuk melabur kepada jenama pakaian atau perkaralain, tetapi apabila promosi dan persembahan, mereka lebih rela memohon tajaan pakaian.

Lagi satu, saya mahu mereka yang memakai hasil kerja saya tampak segak dan kemas mengikut acuan tubuh. Andai kelihatan tidak kemas atau canggung, apakah adil jika nama atau jenama saya diperkatakan kelak?

Mengapa boleh timbul isu ini?

Maklumlah, orang kreatif ini agak emosional. Adab berkomunikasi generasi sekarang juga semakin berkurangan. Cuba berkomunikasi dengan adab dan penuh budi bicara.

Kebanyakan selebriti senior tidak bersikap sebegitu. Mereka merendah diri dan tinggi pekerti. Contohnya, Datuk Amy Search, Faizal Tahir dan Alif Satar. Caramereka meminta khidmat saya cukup berdiplomasi dan beradab. Ia bukan soal mengenakan bayaran atau sebagainya, tetapi lebih kepada caraberunding dengan cukup berhemah. Bukan tentang duit sangat pun, tetapi kerana cara.

Bagaimana pula dengan sikap segelintir kita yang gagal menghormati majlis dari segi etika berpakaian?

Ini juga isu yang menarik perhatian saya untuk diulas. Apabila sesebuah majlis anugerah mengenakan syarat etika berpakaian rasmi gaya Barat, maka patuhilah etika berpakaian tersebut.

Kelemahan segelintir tetamu atau selebriti Malaysia adalah menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada pereka fesyen yang dilantik. Pereka fesyen segelintirnya hanya mahu mempertontonkan karya mereka tanpa ambil pusing akan kepentingan menghormati etika majlis.

Majlis penganugerahan dalam industri hiburan kategori rasmi misalnya, pakailah sut atau tuksedo ketika melewati permaidani merah dan atas lesen kreatif serta gaya apa saja sesuai tema ketika membuat persembahan di atas pentas.

26 JANUARI –1FEBRUARI,2023 MAJORITI 7 26 MODE
Oleh FAIZAL HARUN NASUTION Foto ARTCHEN
f l

Rias rupa kuku

yangtrendingkini

MASIH buntu untuk memilih corak dan reka bentuk kuku paling cantik? Usah gusar tunjuk sahaja corak kuku ini apabila berkunjung ke spakecantikan kuku.

1.Kuku Checkerboard -Corak menghiasi kuku menjadikan ia antara nail artsimple,namun tampak chic apabila ditambah papan dam

2. Kuku Glazed DonutDipopularkan oleh HaileyBieber,

Selamatkan kulitkering dengan tiga produk ini

Omorovicza Illuminating Moisturiser (RM499)

Krim yang kaya dengan minyak badam plum meresap ke dalam kulit dan melembapkan wajah secara mendalam. Rumusan ekstrak kristal delima pula mengurangkan paparan garisan halus pada wajah. Krim ini sesuai digunakan buat mereka yang mempunyai kulit kering atau normal.

SerumAesop’s Lucent Facial Concentrate (RM440)

Serum ini dirumus untuk mengembalikan semula keseimbangan dalam kulit wajah. Formulasi berasaskan air menawarkan kelembapan daripada humektan untuk menyokong kulit. Gabungan vitamin Cdan Niacinamide menghasilkan kulit sekata selain memberikan penghidratan berterusan. Teksturnya ringan menjadikan serum ini cocok buat kulit kombinasi dan berminyak.

GlowRecipe Watermelon Glow Pink Juice Moisturiser (RM182)

Pelembap bebas minyak ini menenangkan, mencerahkan dan menyediakan kulit sempurna sebelum solekan. Dirumus dengan antioksidan bagi melawan radikal bebas untuk menangkis garis halus dan bintik gelap. Tekstur emulsi gel terasa sejuk apabila disentuh dan menyerap serta-merta.

reka bentuk ini mengutamakan pigmen krom dan holografik mewah yang berbeza.

3. Kuku French tip -Gaya klasik ini tidak pernah ditelan zaman dan sentiasa menjadi pilihan susulan reka bentuk yang versatil.

4. Klasik ManicureMerah -Teori kuku merah yang tular di TikTok menjadikan ia antaragaya kuku trendy.Dikatakan kuku berwarna merah berani mampu menarik perhatian pria.

Ikon GenZ, Emma Chamberlain kini duta Lancome

DENGAN keperibadianmenarik dan santai, Emma Chamberlain menjadi sensasiglobal sebelum dipandang sebagaisalah satuikonfesyen paling popular. Kejayaanpencipta kandunganitu di YouTube meraih perhatian ramai pihak hasiltonjolan versi dirinya yang aslidan unik.

Meneraju Be Yourself Movement, gadisberusia 22 tahun itu bersyukur dapat membawakemodenan dan

kelebihannya ke rumah kecantikan jenama mewahPerancis,Lancome.

“Saya sentiasa mempunyai tanggapansendiri tentang kecantikan dantidak menonjolkan diri dalam industrikecantikan kerana dualiti yangsayatunjukkan

“Oleh itu, apabila mendapat jemputan Lancome saya berasa sangat terujakerana jenama itu memahami serta menghargai dirisaya,” ujarnya.

26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023 MAJORITI 7 CANTIK SEGAK 27
Oleh AZIAHNOH Manicure merah kekal trending. Innai Nunha Checkerboard corakkegemaran kini Inai CheTa Kuku glazedonut adalah trend baharu yang semakindiminati. Jika menginginkan kuku tangan mudah dijaga boleh mencuba produk inai tempatan mesrawuduk. Kualitinya masih setanding dengan reka bentuk manicure yang kemas.
1 4 2
1. Innai Nunha 2. Inai Che Ta

Ikigai

falsafah masyarakat Jepunimbangi kehidupan

Iki bermaksud hidup dangai pula merujuk hasilatau kesan. Secara ringkasnya membawa kepada tujuan mencapai kebahagiaan dalam kehidupan.

APAKAH perkaradilakukan hari ini memberi kepuasan pada diri anda? Pernahkah anda kagum melihat keberanian individu lain mengambil risikomeninggalkan kerjaya demi mencapai kebebasan dalam kehidupan mereka?

Bagaimana mereka kelihatan sungguh tenang dan mudah menguruskan kehidupan tanpa memperlihatkan sebarang tekanan dalam kehidupan moden yang penuh dengan cabaran?

Langkah pertama, cuba senarai kehendak dengan mencari ‘Ikigai’ bagi mencari keseimbangan, kepuasan dan kegembiraan dalam hidup.

Di Jepun, masyarakat negaraMatahari Terbit itu menerapkan falsafah Ikigai dalam kehidupan seharian.

Amalan Ikigai dipercayai dari kepulauan Selatan Jepun, Pulau Okinawa menjadi tempat tinggal kepada individupaling sihat dan bahagia kerana mempunyai tujuan hidup kuat dengan pandangan positif.

Bahkan, terdapat kajian merekodkan bahawa masyarakat Jepun yang mengamalkan konsep berkenaan mampu hidup tenang hingga purata wanita dan lelaki mencecah usia 80 tahun.

Dan Buettner, penulis buku Blue Zones: Lessons on Living Longer from the People Who’ve Lived the Longest pada tahun 2010 mempercayai ideologi Ikigai membantu menyumbang kepada kebahagiaan termasuk menggalakkan umur panjang.

Sumber: Buku

The Japanese Secret to a Long and HappyLife tulisan

Garcia dan Francesc Miralles.

Kekal aktif.

Tinggalkan gaya hidup sibuk.

Makan hingga 80 peratus kenyangsahaja.

Pilih hubungan sihat.

Satu kajian dilakukan pada tahun 2008 oleh Universiti Tohoku kepada lebih 50,000 orang berusia 40 hingga 79 tahun mendapati mereka mempunyai Ikigai atau tujuan hidup mempunyai masalah jantung lebih rendah.

Kajian menunjukkan kehilangan tujuan hidup boleh memberi kesan yang memudaratkan kehidupan seseorang.

Ikigai diterapkan dalam pekerjaan, hobi atau kehidupan seharian seperti menjaga orang tua atau mendidikanakanak dan menguruskan rumah tangga.

Konsep Ikigai terdiri daripada empat elemen penting iaitu minat meliputi aktiviti dan perkaradigemari, dikuasai dengan baik oleh anda di samping profesion, vocation dan mission iaitu misi dalam melengkapkan visi itu.

Ikigai mengajar untuk bertahan dalam sesuatu perkaradikerjakan sekiranya mahukan kejayaan.

Selain memberi manfaat kepada diri, falsafah itu juga membolehkan seseorang membantu atau membawa perubahan kepada individu lain. Ikigai tidak disebabkan oleh kestabilan ekonomi atau status seseorang dalam masyarakat.

Biarpun keadaan ekonomi seseorang itu tidak stabil atau kedudukannya dalam masyarakat adalah rendah, tetapi sekiranya mempunyai tujuan dalam kehidupan sehariannya, maka individu berkenaan mempunyai Ikigai.

Apa yang dapat disimpulkan adalah dengan mempunyai tujuan hidup sebenar dapat menggalakkan seseorang membina kehidupan lebih gembiradan aktif.

Falsafah itu juga dapat membantu tingkatkan prestasi kerja kerana menerusi penerapan konsep Ikigai ia mampu mencorak gaya hidupkerja ideal, keseimbangan kerja dan menggariskan panduan kerja sihat demi mencapai kejayaan.

28 HOLISTIK MAJORITI 7 26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023
Oleh TRIVIA 10 tip Ikigai Ikigai Hector
1.
2.
3.
4.

Sindrom Duck berlaku tanpasedar

SindromDuckmenjadikan itik sebagaiperlambanganyangmana keadaannya berenangkelihatan tenang, namun di dasarkaki berusaha bergerak bagi kekal berada di atas permukaanair.Sama sepertimanusia yang menyimpan beban dalamhati tanpameluahkan

KAGUM melihat kejayaan dan kehidupan rapi individu sekeliling menikmati kehidupan membuatkan kita lupa akan permasalahan yang mungkin terpaksa mereka lalui.

Namun, tanpa disedari kemampuan menyembunyikan emosi itu sebenarnya dianggap sebagai sindrom Duck yang pertama kali diusulkan oleh Universiti Stanford, Amerika Syarikat untuk menggambarkan masalah para pelajar.

Sindrom itu dikaitkan dengan keadaan seseorang tampak tenang, sedangkan mereka sebenarnya mengalami banyak tekanan, beban dan panik dalam mencapai tuntutan hidup. Pendek kata, sama seperti resam itik.

Sindrom Duck kerapterjadi ketika seseorang berusaha menyesuaikan diri dalam lingkungan atau kedudukan baharu.

Terdapat tiga kategori sindrom Duck mungkin terjadi pada generasi moden antaranya berpura-purakelihatan maju, glamor, sukses dan bahagia.

Walhal, disebaliknya keindahan itu mereka memiliki hutang banyak, bahkan masih berusaha meneruskan kehidupan harian.

Selain itu,terdapat jugasatu lagi sindrom berbahayaadalah bagi individu bergelut dengan dirisendiri untukmenyembunyikanemosi. Individu berhadapan dengan sindom itu dilihat kerapmembandingkan diri dengan orang lain di sekitarnya, sedangkan lebih baik memfokuskan diri sendiri.

Anda tidakperlu menipudiri sendiriuntuk buktikan pada individu lain bahawa kehidupan dijalani sentiasa sempurna danindah

Adakah kamu mengalami gejala sindrom tersebut? Ini masanya untuk mengenali dan memahami sindrom Duck bagi membantu diri anda mengatasinya.

Pengurusan sindrom

Mengurus sindrom itu mungkin sukar kerana tidak banyak pendedahan diberikan tentangnya.

Ia mengakibatkan individu berh-

adapan dengan kemurungan dan kebimbangan.

Maka, pengurusan diri menggunakan konsep dapat memberikan ketenangan membantu mengurangkan kebimbangan dialami

Dapatkan terapi

Lebih baik, mendapatkan bantuan pakar seperti pakar terapi untuk rawatan bagi mengawal dan mengu-

Kenali tanda sindromDuck

l Kesukaran untuk tenang l Hilang keyakinan diri.

l Sunyi l Gementar

l Keraplupa l Sukar fokus l Hilang seleramakan.

l Teragak-agak membuat keputusan.

rangkan masalah dialami

Perlu diingatkan, sindrom Duck bukan penyakit berjangkit, sebaliknya adalah gaya hidupdiketengahkan seseorang.

Penjagaan diri

Anda tidak perlu menipu diri sendiri untuk buktikan pada individu lain bahawa kehidupan dijalani sentiasa sempurna dan indah.

Sayangi diri dan faham akan keperluan yang perlu diberikan keutamaan. Cuba amalkan meditasi dan lakukan aktiviti menenangkan emosi.

Kongsi denganorang terdekat

Adakalanya, tidak salah untuk berkongsi masalah atau takut kelihatan lemah.

Perkongsian masalah dengan individu terdekat dapat mengurangkan bebanan yang dialami.

Jauhimedia sosial

Buat sementarawaktu cuba jauhkan diri dari media sosial kerana landasan itu sebenarnya boleh memberikan kesan negatif.

Pola hidup sihat

Penerapan gaya hidupsihat dapat memberikan kelebihan terhadap perkembangan emosi dan kesejahteraan mental.

Lakukan aktiviti luar yang digemari, sekali gus dapat meningkatkan suasana lebih positif.

26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023 MAJORITI 7 HAB SIHAT 29

Acaramakan besarmenjelangTahun Baharu Cina adalah satu kemestianbagi masyarakatCina. Acaraitu sering dikaitkan denganlimpahan kemakmuran, tuah dan untung besar untukmelangkah masukke kalendartahunbaharulunar

YeeSang& makanbesar

Oleh FATINSHAHAR

SEMPENA Tahun Baharu Cina, WHotel, Kuala Lumpur mengalu-alukan kedatangan tahun arnab dengan kemeriahan himpunan menu tradisional di restoran YEN.

Mempelbagaikan menu masakan Cina dengan sentuhan kontemporari, YEN mempersembahkan set menu lazat ala-carte, YeeSang, pilihan dim sum dan minum petang serta hamper unik.

Raikan kemakmuran dengan memilih kepelbagaian Lucky Toss YeeSang termasuk Premium Jelly Fish YeeSang, Korean Snow Pear, Red Palm Oil pada harga RM168 hingga RM278 bagi dua hingga 10 orang makan.

Jika mahukan kelainan, pilih saja Norwegian Salmon Fish YeeSang, Air Dried Szechuan Fish Chips, CrispySalted Egg Fish Skin, Red Palm Oil pada harga RM188 untuk dua hingga enam orang makan atau-

pun RM298 sesuai untuk lapan hingga 10 tetamu.

Selain itu, berpeluang bawa pulang Lucky Toss yee Sang W2GO pada harga RM298 bermula 3Januari 2023 hingga 5 Februari 2023.

Penggemar dim sum, Steamed Prosperity Mandarin Orange Dumpling, Bird Nest, Oven Baked Fatt Choi Abalone Pie, Chicken Onion Filling, Steamed Shanghainese Fortune Dumplings antarapilihan wajib dicubakerana enak dinikmati seisi keluarga.

Jangan lupa hidangan signatur seperti Braised Monk Jump OverThe Wall, Superior Chicken Soup dan Braised Premium Assorted Hot Dish.

Cuba juga signatur Chef TanKim Weng empat pilihan menerusi set menu Four Reunion terdiri daripada Spot of Sunshine, Prosperous Life Forever,Wishing You Prosperity dan Double Happiness.

Mesticuba!

Cucurudang di kafe Chef Wan

JIKA berkunjung ke De.WanCafe 1958 tidak lengkap sekiranya juadah dinikmati tidak diakhiri dengan cucur udang yang menjadi antaramenu signatur kegemaranramai

Tidak kirajika anda menikmati hidangan makan tengah hari, malam atau sekadar minum petang. Hasil testimoni ramai, cucur udang Chef Wannyata menyelerakan dan rugi sekiranya tidak ambil peluang untuk memesannya.

Udang segar digoreng bersama tauge, daun kucai dan cili. Selesai digoreng hingga ranggup dua pilihan sos disediakan buat selerayang berbeza-beza antaranya sos cili manis dan sos kacang bagi yang tidak tahan pedas.

Memang berbaloi memesan cucur udang tersebut kerana saiznya yang besar membuatkan cukup untuk hidangan dua hingga tiga orang. Sempurna dinikmati bersama latte panas hidangan cucur udang Chef Wanmemang terbaik buat santapan petang.

Harga sepinggan cucur udang RM36. Kunjungi cawangan De.Wan Cafe 1958 di The Linc, Bangi Resort Hotel, KL East dan yang terbaru di Taman Tun Dr. Ismail.

30 YUMMY MAJORITI 7 26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023
Seleksidim sum dan keklapis tradisi bersama kelapa kisar. Lokasi: Restoran YEN, WHotel Kuala Lumpur Menu: Pelbagai pilihanLucky Toss YeeSang (dua hingga 10 orang makan) Tempohpromosi: 2Januari hingga 5Februari 2023 Foto YAPCHEEHONG

Me na ri km in gg ui ni

Pusatkitar semula sekitarLembahKlang

KADAR kitar semulakebangsaan pada tahun 2022 direkodkan meningkat sebanyak 33.17 peratusdengan jumlah barangankitar semula mencecah 4.626 juta tan.

Peningkatan itu selari dengan sasarankadar kitarsemula yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 iaitu sebanyak 40 peratus menjelang tahun tahun 2025.

Bagaimanapun, peningkatan kadar tersebutterutamanyadikawasan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti di Lembah Klang dibantu melaluipelaksanaan program kitarsemula diusahakan pelbagai pihak baik kerajaan, pihak berkuasa tempatan mahupun swasta.

Salah satunya, PJ Eco Recycling Plaza yang melunaskan tanggungjawab sosial tersebut. Beroperasi di Jalan SS8/39, Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor sejak tahun 2019 telah membantu mengurangkanmasalah sampah-sarap di daerah berkenaan yang mencecah 600 tan setiap hari

Selain menyediakan perkhidmatan kutipan barang kitar semula plaza tersebut juga mempunyai sudut pameran atau galeri 3R, bengkel upcycling,ruang aktiviti kanak-kanak dan komuniti,studio tayangan video serta bilik kemudahanseminar.

PJ Eco Recycling Plaza adalah projek pertamadiMalaysia mempamerkan sisa hasildaripada pengasingan sampah danmendapat kerjasama sektor korporat seperti SyarikatF&N, TetraPak, Spark Foundation, INTCO danCHGreen.

Kitar semula &menang baucar di RBBC IPC

Selain itu, usahakitar semula turut mendapat perhatian pusat beli-belah antaranya IPC Shopping Centre yang memperkenalkan Pusat Kitar Semula danBeliBalik (RBBC). Ia telah diubahsuai dandinaiktarafdengan pelbagai ciri baharu

Penambahbaikan itu merangkumi penawaran tempat pelupusan mengikutkategori sisa menggunakan ciri digitalringkas dankemas.

Bagi mereka yang ingin menghantar sisa lupus di RBBC IPC Shopping Centre, di sana turut disediakan tempat pengumpulan sisa kitar semula digitallayan diri.Pada masa sama, menawarkanprogram kesetiaan menerusi aplikasi keahlian IPC Tack Clubkepada parapembeli dan penyewa

Sekiranyamataganjaran yang dikumpul mencukupi, pembeli berpeluang menebusdan mendapatkan e-baucar membeli-belah, parkir percuma danbanyak lagi.

1RecyclingCentredi1Utama

Sementaraitu, pusat beli-belah 1Utama juga tidak ketinggalan menyediakan kemudahan kitar semula termasukperkakasan elektronik menerusi 1RecyclingCentre berpangkalan di tempatparkir aras B2.

Bertambah menarik, pihak 1Utama turut menyediakan parkingkhas bagi memudahkan orang ramai yang datang menghantar barang kitar semula tanpa perlubersusah-payah mencari tempat parkir.

Rocket Gokart

3petang

Aras 5, Strand Mall, Petaling Jaya,Selangor

&29Januari 2023

Years Lah Ahmad LiveIn Concert

8malam

Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya, Selangor 29 Januari 2023 MAIWP Run 2023

7pagi

Dataran DBKL, Kuala Lumpur

Januari26 Februari2023

Exhibition 2023

10 pagi -10malam

TheLedge ArtGallery, pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya,Selangor

RBBC IPCShoppingCentre juga menyediakanplatform kitarsemuladigital layandiri.

Tapakparkirkhas disediakan pihak1 Utamabagi memudahkan orang ramai yang datang menghantar barang kitar semula

32 KOMUNITI MAJORITI7 26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023
PJ EcoRecycling Plaza di JalanSS8/39, Sungai Waymulaberoperasipada 2019
Formula
l
l
25
l
l
l
l
l
l
28 Januari 2023
28
30
Alam

Eslite Spectrum KL tarikan ulat buku

ESLITE Spectrum Kuala Lumpur di The Starhill, Bukit Bintang bakal menjadi tarikan baharu warga kota khususnya dalam kalangan penggemar buku.

Dengan keluasan lebih 70,000 kaki persegi, kedai buku mega berasal dari Taiwan yang beroperasi di aras bawah pusat beli-belah mewah itu menawarkan ribuan buku pelbagai genre untuk semua peringkat umur.

Menariknya, Eslite

nsahajaterletakkepadabukusemata-mata, sebalian dekorasi dalaman.

Spectrum Kuala Lumpur juga dijangka menarik golongan bukan ‘ulatbuku’ untuk singgah kerana turut menampilkan pelbagai jualan barangan gaya hidup. Antaranya ialah produk kecantikan, penjagaan diri, item rumah, permainan dan gajet termasuk koleksi fesyen, makanan dan minuman.

Keunikannya bukan sahaja terletak pada buku semata-mata, sebaliknya susun atur dan dekorasi dalaman yang mendapat sentuhan hasil kerjasama arkitek Taiwan, Powen

Hsiao dan jenama reka bentuk terkenal negara, Loka Made.

Empat ruang di dalam Eslite

Spectrum dibahagikan kepada empat tema bandar utama dengan gaya tersendiri seperti City of Arches, The Floating City,City of Rippling Waves dan City of Eternal Hari.

Sempena pembukaannya, pengunjung berpeluang menghayati 40 lukisan asli, tiga cetakan dan dua arca besar karya Jimmy Liao dipamerkan bermula pertengahan Disember hingga Februari 2023.

INFO

Mediasosialgelanggangberbalahsuami isteri

MUNGKIN ini musim berita orang curang. Kisah kontroversi selebriti main kayu tiga, dari pentas antarabangsa hingga ke Malaysia. Rancak!

Ejen Mterbaca bagaimana penyanyi Columbia, Shakiramendendangkan lagu baru yang memerli bekas suaminya. Kebetulan bekas suami pula pemain bola ternama, Gerard Pique, sedap Shakira ‘membahankan’ dengan lirik sinis membandingkan teman wanita Pique laksana jam Casio, bukan tandingannya sebagai jam Rolex.

Dalam beberapa minggu ini kisah keberantakan rumahtangga juga memonopoli headline utama berita tempatan. Setiap cabang media massa dan media sosial membincangkan drama dalam kain antara si polan dan si polan. Bahagian komen pula bertambah-tambah rancak sebagai penambah perisa lantas mencetuskan lagi persoalan demi persoalan.

Seperti yang pembaca semua sedia maklum, satu Malaysia membincangkan perihal kahwin cerai antarapengarah, Syamsul Yusof dan pelakon, Puteri Sarah. Kesbelum pun lagi masuk mahkamah untuk dibicara, tetapi warganet awal-awal lagi sudah menjadi hakim dan peguam belanya.

Rata-rata kalau perempuan akan memihak pada Sarah, manakala yang lelaki pula

mahu memenangkan si Syamsul. Oleh kerana masalah perkahwinan dibincangkan di atas platform terbuka maka orang ramai pun berasakan yang mereka juga ada hak untuk menyuarakan buah fikiran dan memberi idea.

Geli hati rasanya membaca komenkomen lucu di internet. Adakomen-komen sumbang yang menjelikkan dan tidak kurang juga yang beremosi khususnya dari parawanita sendiri. Kemudian jatuhlah segala macam hukum dari ustaz dan ustazah internet seolah-olah pasangan suami isteri terbabit cukup mereka kenali. Tidak cukup dengan cerekarama Syamsul-Sarah, nama-nama selebriti lain pun turut sama naik kerana membincangkan secaraterbuka kepincangan rumahtangga masing-masing. Lapangan internetlah yang menjadi gelanggang berbalah. Kita yang tidak mahu ambil tahu pun terpaksa tahu sementelah kisah-kisah mereka melewati suapan media sosial secarakerap.

Pendapat Ejen M, mereka yang dibelenggu masalah peribadi jangan terus meroyan buat live di media sosial. Tidak cukup dengan meluahkan rasa amarah pada pasangan secarabersemuka, perasaan dendam dan geram turut dilampiaskan menerusi media sosial untuk dijaja aib kepada dunia. Sudah hilangkah rasa malu orang

kita hingga sanggup membuka pekung di dada?

Senario ini tidak hanya tertumpu pada personaliti popular semata tetapi merangkumi masyarakat kebanyakan juga. Kalau sudah dengan rela hati berkongsi setiap inci masalah rumahtangga, makanya orang asing pun ada hak untuk memberi pendapat dan membuat penilaian juga.

Maka belajarlah untuk banyak-banyak bersabar, usah semudah itu mencanang masalah keluarga. Kalau sudah dimuat naik ke alam maya, selamanya lah kisah anda akan bertebaran dan terus menjadi bahan perkongsian semua.Kurang manis dibaca oleh keluarga dan sanak saudara, janggal lagi bila mana teman-teman sepejabat berbincang urusan kerja yang bersulamkan masalah peribadi anda.

Bagi warganet yang tidak ada kerja pula... anda yang tiada kena-mengena tetapi meninggalkan komen-komen nista, mengapa perlu menjadi sebegitu taksub hingga sanggup menghina?

Nasihat buat orang tak popular seperti kita, tak payahlah sibuk mahu sama juga bersekongkol dengan fitnah yang kita tidak tahu mana betul atau salahnya. Biarkan mereka berantakan, kita jaga tepi kain sendiri. Ejen Mmahu makan popcorn, cukuplah sekadar jadi pemerhati.

26 JANUARI –1 FEBRUARI, 2023 MAJORITI7 KOMUNITI 33
pe
Terdapa buk pel un
Eslite SpectrumKuala Lumpur
Lokasi:
The Starhill, Bukit Bintang, Kuala Lumpur Masa operasi: 10 pagi hingga 10 malam (setiap hari)
Web:https://www.eslitecorp.com
Eslite Spectrum mesra kanak-kanakyang menyediakan ruang khas
FotoESLITESPECTRUM

Aktiviti melukis glow in thedark waktumalam

DUNIA seni adalah satu dunia penuh warna-warni yang sarat dengan mesej tersurat dan tersirat.

Kata orang mereka berjiwa seni memiliki hati yang halus dan mudah terguris, namun mempunyai daya pemikiran kreatif dan elegan Menerusi seni juga individu mampu meluahkan rasa dan perasaan yang terbuku dalam hati melalui nyanyian dan lukisan.

Bukan itu sahaja, seni turut membantu menenangkan fikirantatkala sibuk mengejar urusan harian yang tidak pernah berpenghujung.

Mengambil kiramanfaat melukis dalam meredakan emosi dan lelah, Art &Bonding di Desa Sri Hartamas,Kuala

Lumpur menawarkan port buat warga kota mengekspresiseni yang barangkali tersembunyi dalam diri.

Pada masa sama, ia merupakan salah satu platform mengeratkan hubungan komuniti antarasatusama lain.

Menurut jurucakap Art &Bonding, Karen seni adalah sesuatu sukar difahami dan ia hadir pelbagai maksud yang berbeza melalui pandangan serta perspektif tersendiri.

“Mata boleh menilai, namun maksud atau ekspressi setiap individu berbeza-beza. Melalui seni melukis ia juga boleh mengeratkan hubungan sesama peserta.

“Bukan itu sahaj, melukis turut membantu meningkatkan daya fikiran dan menstabilkan emosi sekali gus

INFO

Art&Bonding Lokasi: 22-3, Jalan 25/70A, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur Waktu operasi: 10 pagi hingga 11 malam (setiap hari) Web: https://artandbonding.com

menyihatkan jalinan persahabatan,” katanya kepada Majoriti 7.

Bicaranya, Art &Bonding ditubuhkan pada tahun 2017 melalui dua orang pengasas, StephyLew dan Philip Chan. Dua individu itu ingin membantu orang ramai sentiasaberfikiran positif, kreatif dan menenangkan diri melalui aktiviti melukis.

“Biasanya, sebahagian besar individu lebih cenderung meluangkan masa di pusat beli-belah. Dari situ, tercetusnya idea menganjurkan aktiviti melukis secara indoor supaya komuniti boleh bersantai sambil berkreatif,” ujarnya.

Menyuntik kelainan berbanding kelas seni lain, Art &Bonding menawarkan Parti Lukisan Neon yang diadakan pada sebelah malam.

Aktiviti melukisglow in thedarkpada sebelahmalam antara tarikanutama di Art&Bonding.

Sepanjang sesi itu peserta akan melukis dalam suasana gelap menggunakan cat neon pendarfluor

Impaknya karya lukisan tampak timbul dan bersinar.

“Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan aktiviti melukis glow in the dark yang mana ketika melukis peserta akan berasa tenang dek diiringi alunan muzik dalam suasana gelap.

“Sesiini salah satu platform membantu menghilangkan tekanan, sekali gus memberikan pengalaman menyeronokkan untuk menghasilkan seni bercahaya dalam gelap,” ulasnya lanjut.

Dalam pada itu, Art &Bonding juga menyediakan programpersendirian perkhidmatan bagi menganjurkan majlis persendirian ataupun korporat.

34 NEON MAJORITI 7 26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023
Art&BondingdiDesaSri Hartamas,Kuala Lumpurmenawarkanport buat warga kota mengekspresi seni yang barangkali tersembunyi dalamdiri. Fo
to AR TB ON DI NG

“Padatahun 2013,rakan dari Kuantan,Pahang menghubungi saya dan tawaruntuk menjual motosikalAzura.Selama inikamisemua tak perasan dia yang memiliki ‘Azura’.”

Azura milik Azhanyzam

DERUMAN bunyi motosikal Yamaha RD 350 YPVSdalam filem Azura benar-benarmencuriperhatian Azhanyzam Zakaria.Lagakpemuda menanggalkan topi kaledar dan duduk di atasmotosikal bernombor pendaftaran BCA 4372 dalam filem itu kelihatan cukup bergaya buat dirinyaketika menonton.

Lebih mengujakan, watak utama iaituZackdilakonkanpenyanyi yangsedang meningkatnaik pada waktuitu, DatukJamal Abdillah menerbitkanrasa‘geram’. Bukan sahajabuat Azhanyzam, tetapi golongan belasan tahunyang ingin menjadi sepertiZackmemiliki RD 350 YPVS.

Namunbegitu,peringkat awal arwah bapanya, Zakaria Puteh kurangmenggemarifilem itu kerana watak Zack kebetulan namasepertinya disifatkan pemudanakal berbanding dirinya seorangguru.

“Sekitar80-an motosikalberkenaan memangdigilai ramai gara-gara filem Azura.Apbila meningkat dewasa danbekerja barulah saya berkemampuanmembelinyasekitar tahun 1995.Belipun sebab filem Azura.

“Tetapi,waktuitu RD 350 YPVS ibarat erakejatuhan motosikal berkuasa tinggi. Paling murah, saya beliRM4,000. Harga 80-an ketika ia digilairamai adalah RM15,000,” katanya ketika ditemui Majoriti7 di Medan MotorGarage, Petaling Jaya, Selangor.

Kakitangan Dewan Bandaraya KualaLumpuritu menjelaskan, punca utamaharga motosikal berkenaanmerosot disebabkan alat ganti sukardiperolehdan tiada mekanik berkepakaranmembaikinya

“Selepas adasatu, teringin membelilagi sebuah. Kalau bolehyang lebih rare jadi tercari-carijuga motosikal digunakan dalam Azura

Bukansayasahaja,tetapiada rakan lain turut mencari.

“Pada tahun2013,rakan dari Kuantan,Pahang menghubungi dan tawar menjual motosikal Azura. Selama ini kamitak perasan dia yangsimpan Azura,”katanya yang membeli motosikalberkenaan pada harga RM15,000.

Nilai harga RM80,000

Azhanyzam merangkapPresiden RD Club Malaysiaberkata, perkara pertamadilakukannyaselepas membeli adalah mengembalikan kepada bentuk asal samaseperti dalam filem.

“Sebelum ini warna bercampur-campur jadi saya kembali warna merah, kuning danhitam seperti dalam filem. Selain pelekat, plat nomborpendaftaran juga sama.

“Apabila kekalpada asal harganya lebih tinggi. Jika orang lain memiliki motosikalini pasti membuat perkara sama,” ceritanta yang memaklumkan harga pasaran RD 350 YPVS ketika inimencecah RM80,000.

Bapa kepada empat cahaya mata itu turut memaklumkanpernah bertemuJamal Abdillah danmotosikal berkenaan. RajaPop ituteruja dapat bersamaseketikadi ataspentas bagi sebuah program nyanyian.

“Beliau (Jamal) ada bertanyakan hargamotosikal ini. Apabila diberitahu harga beliaucakapmahal (ketawa). Selainitu,sayajugaberjaya menjejaki pemilik asal motosikal ini, ManshahAbd. Majidbagi mendapatkan kisahmenarik mengenai ‘Azura’.

“Ikutkan warna asal motosikal ini merahdan putih. Beliau (Manshah) warnakanmerah,hitam dan kuning samaseperti warna Shell. Dari situ, motosikal ini menarik minat pengarahfilem Azura dan seterusnya menjadi ikonikhingga hari ini,” katanyayang menyimpanmotosikal berkenaan di dalam rumah

Minatpadamotosikal berkuasa tinggi mendorong Azhanyzammemiliki motosikalyangpernah menjadi ‘bintang’ dalamfilem 80-an paling ikonik, Azura.

26 JANUARI –1 FEBRUARI, 2023 MAJORITI7 OBSES 35
Oleh Azhanyzam menunjukkan geranmotosikal yang didaftarkankeatasnamanya Cukai jalantahun 80-anmasih dikekalkan. Plat nombor pendaftaran masih dikekalkansamaseperti dalamfilem Yamaha PowerValve System atau YPVS menjadisimbolkehebatan motosikal tersebut Bahagianmeter di motosikalRD350 YPVS
sedutanfilem Azura
Antara

CarSifu, FMCCAM,ezAutoAsia tandatanganMoU

CarSifuanaksyarikatmilik penuh Star MediaGroup (SMG)telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) denganPersekutuan PersatuanSyarikat Pemotoran&Kredit Malaysia (FMCCAM) dan ezAuto Asia SdnBhd untukbersama-sama menerokapeluang kerjasama

Foto YAPCHEEHONG

DISAKSIKAN oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,MoU ituditandatangani oleh Ketua Pegawai EksekutifKumpulan SMG, Alex Yeow,SetiausahaAgung Kehormat FMCCAM, Khoo Kah Jin danPengarah Urusan Kumpulan ezAuto Asia, KhorLin Yong.

Turut hadirmenyaksikanpemeteraian itu ialah Presiden FMCCAM, Dato’TonyKhor; Pengerusi Kumpulan PublicGold, Datuk Wira LouisNgChun Hau;Penasihat eAutoGen CapitalSdn. Bhd.,Tan Sri Richard Kohdan Ketua Pegawai EksekutifeAuto Sdn. Bhd. Morvin TandiHXC Grand Ballroom. Ia bersempena sambutan ulangtahun ke-55 Persatuan Pengedar Kereta& Syarikat KreditKualaLumpur & Selangor.

Alex Yeow berkata, MoU itu berfungsisebagaititik permulaankepada perkongsianyanglebih strategik antaraketiga-tigapihak.

“SMG adalah salah satu organisasi media terkemuka di Malaysiadan sangatdicari sebagai sumber berita yang boleh dipercayai danmaklumat terkini. Sebaliknya, FMCCAM pula berperanansebagai suarapengedar kenderaan bermotorbebas Malaysia, menyediakanjualandan perkhidmatan kepada pemandu dan perniagaan di Malaysia.

“Melalui kerjasama pelbagaipihak CarSifu dan FMCCAMboleh memanfaatkan capaian danpangkalan ahli satu samalainuntuk membinaekosistem lengkap dalamsemua perkara automotifdan menyediakanpengguna dengan penyelesaian hujung ke hujung,” katanya

Menurutnya, pengedar keretaakan dapat menghubungkan perniagaan dengan lebih baik ke pasaran, meningkatkan pengalaman perkhidmatan dan kepuasan pembeli kenderaan, danakhirnyamemberikan pengalaman pembelian yang lancar buat pengguna.

Tambahnya, platform itujuga memberi kemudahan buatpembeli

mendapatkan kereta pramilik, perbandingan dan pemilihan, pemeriksaan yangboleh dipercayaidan pensijilan kualiti, insuransyangkompetitif, pinjaman dan jaminan lanjutan, pemindahan lancar dan banyak lagi.

“Bersama-sama, kita boleh merapatkan jurang kepercayaanantara penjual danpembeli, memacumasa hadapan industriautomotifdan komunitiMalaysiakehadapan,” jelasnya.

Ditubuhkan pada tahun 1979, FMCCAM memberi perhatian yang teliti untuk menanam keyakinan kepada pembeli yanginginmembeli kenderaanterpakaidan melindungi pengedarkereta terpakaidaripada risikoberkaitan

Sehingga kini,FMCCAM terdiridaripada sembilan persatuan negeri termasuk3,500 ahli berdaftardaripada 5,000 pengedarkenderaan bermotor bebasdiseluruh negara.

Sementaraitu, Dato’ Tony Khor berkata, pasarankereta terpakai sentiasa berkembangdan cabaran dihadapi oleh pengedar keretaterpakai tidakpernah sama. Firmakereta antarabangsa dengan modal besar, sumberlebihbaik danplatform dalamtaliansemakin menguasai pasarandiMalaysiadan initelah menjejaskan bekalan kenderaan.

“Untuk menangani cabaran ini, kita harus memberi tumpuan menawarkan perkhidmatan berkualiti, sebelum, semasa danselepas jualan untukpembangunan mampan industrikeretapramilik.

“Sayayakinkerjasamadengan CarSifumembantuFMCCAMdan rakan kongsi meningkatkantahap dalamperkhidmatan danmeluaskan capaian kepada lebih ramai pengguna,”katanya

Sebagaicontoh, beliau berkongsi FMCCAM telah bekerjasama dengan e-AutoGenuntuk menyediakanprogram jaminan lanjutan yang turut membantu pengedar keretakekal berdayasaing.

Pada harga serendah RM298 setahun kereta itu dilindungi dari segi kerosakan disebabkan oleh sistem

brek, kotak gear dan enjin hingga 16 tahun, asalkan perjalanan kenderaan di bawah 200,000 kilometer.

“Dengan tawaran inovatif ini ditambah kekuatanSMG sebagai kumpulan mediaterkemuka kami dapat membina platform penyelesaian untukpembeli melalui CarSifu

“SMGjugaakanmembolehkan industrikeretapramilik memupuk pengalaman pelangganpengedar yang lebihtelus dan akhirnyamemberipembeli jaminan diperlukan semasamembuat pembelian,” tambahnya

PihakezAuto AsiaSdn Bhd adalah platform dalam talian bertujuan menghubungkansemua pemegang kepentingan kereta dalam pasaran yang telusdan bebasrisikobermula dengan pengedarkereta dan pengguna.

36 RODA MAJORITI7 26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023
Loke (berdiri lima dari kiri)menyaksikantandatangan MoUantaraYeow(kiri), Khoo danKhor bersamaDato’ Tony Khor (berdiri lima dari kanan) di Kuala Lumpurbaru-baru ini. Presiden FMCCAM, Dato’ Tony Khor ketika memberikanucapan pada majlis tersebut MenteriPengangkutan, AnthonyLoke (dua dari kanan) bersamaKetua Pegawai EksekutifKumpulan SMG, Alex Yeow (kiri), Setiausaha Agung Kehormat FMCCAM, Khoo Kah Jin(duadarikiri) dan PengarahUrusanKumpulan ezAuto Asia, Khor LinYong (kanan)pada majlis pemeteraianMoU baru-baruini.

BMW

GroupMalaysia, Pentas Flora jalinkerjasama

BMW Group Malaysia bekerjasama dengan Pentas Florauntukmemajukan usahasirkularitinyadalam menangani isu sisa automotif bermula dengan jaringan wakil-wakilpengedar.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia,Hans de Visser berkata,visi BMW terhadap kelestarian amat jelas dengan segalausahamenangani masalah perubahan iklim

“Kami memastikan strategi bersifat sirkular danbertanggungjawab sambil mengorak haluan bertepatandan konsisten ke arah sasaranneutraliti iklim menjelang tahun 2050.

“Selain itu,memacu aspirasi global kumpulan syarikat peringkat tempatan

Kenderaan itu menawarkan jarak perjalanan pengecasanpenuh sekitar 420km dengankelajuan tertinggiterhad kepada 180km/j.

termasukmemberi inspirasi kepada lebih ramaipeneraju industri,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementaraitu,Ketua Pegawai EksekutifBMW Group Financial Services Malaysia, Matthias Schlesigermemberitahu bahawa BMW telah menilai ekosistem terlebihdahulu bagi mengenalpasti entiti penginovasi dan berwawasan yang berkongsi aspirasi sama seperti BMW dan Pentas Flora.

“Pelanggan BMW Group Financial Services Malaysia untuk sekianlama merupakan rakan usahakelestarian yang ideal.

“Pada tahun 2021, kami telah memulakan inisiatif secaradalaman bersama jaringan wakil pengedar tempatan untuk memberikansisaminyak dan pelincir yang dikumpul dari pusat servis masing-masing sebuah nafas baharu dalam bentukminyakasas ekobertapis,”ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan Pentas Flora, Oon Kin Seng berkata, usahatersebut amat bermakna kerana jelas pihaknya danBMW berkongsi sentimen dalam menjulang aspek kelestarian dan kebertanggungjawaban termasuk memeliharakesihatanalamsekitar Sehubungan itu, lebih daripada 30,000 liter sisa minyak pelincirdikumpul dari empat buahpusat pengedaran BMW yang terlibat di kawasan Lembah Klang. Kemudian, ia dihantaruntuk pemprosesan di kilang penapisan Pentas Floradi Banting untuk ditukar menjadi minyak asas ekobertapis (EBO), lalu diagihkan semula ke sektor automotif.

VOLVOC40 Rechargeberikelainanmodel SUV

C40 Recharge dibina berdasarkan platform CMA tampildengan reka bentuk lebihrendah, modendan crossover coupe baharu sebagai kereta elektrik penuh. Ia sekali gus menjadikan model kereta elektrik penuh Volvo pertama dalam sejarah. Model itu dilengkapi powertrain elektrik yang sama dengan XC40 Recharge. Ia terdiri daripada motorelektrik berkembar satu motor di bahagiangandarhada-

pan dan satu motor di bahagian gandar belakang.

Ia dikuasakanbaterisamadengan XC40 Recharge iaitu bateri lithium-ion 78kWh. Pengecasan boleh dilakukan menggunakan sambungan jenis dua yang memakan masa kira-kira tujuh jam jikadipasang pada outlet tiga fasa 11 kW Pengecasan pantas pula boleh dilakukan menggunakan outlet DC 150 kW (menggunakan sambungan CCS) yang hanya

memakan masa kira-kira 40 minituntuk pengecasan hingga 80 peratus.

Kenderaan itu juga menawarkan jarak perjalananpengecasan penuhsekitar 420km dengan kelajuan tertinggi terhad kepada 180km/j

Bahagian dalaman C40 Recharge pula menampilkan high seating position menjadi pilihankebanyakanpengguna Volvo.

C40 Recharge hadir dengan pilihan infotainmen terbaik

26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023 MAJORITI 7 RODA 37
Oleh SYED HAZIQUESYEDNOR BMWGroup Malaysia bekerjasama dengan Pentas Florauntuk memajukanusaha sirkulariti dalam menanganiisu sisa automotif VolvoC40 modelkereta elektrik penuhVolvo terkini.

Bermesra dengan 5,000 rama-rama

TERDAPAT pelbagai tempat menarik boleh dikunjungi warga kota sekiranya ingin meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jika ingin lari seketika daripada kesibukan kota, Urban Trek pada minggu ini mengajak anda berdampingan dengan alam semula jadi sambil bermesra bersama serangga bersayap yang cantik di Taman Rama-Rama, Kuala Lumpur.

Taman tema berkeluasan kira-kira 80,000 kaki persegi itu menghimpunkan pelbagai spesis rama-rama dan tumbuh-tumbuhan yang pasti membuatkan pengunjung jatuh cinta.

Penyelia Taman Rama-Rama, Roslyn Gina Sandanam berkata, selain rama-rama taman yang beroperasi sejak tahun 1992 itu turut menampilkan bermacam-macam tarikan.

“Taman rama-rama ini sudah beroperasi selama 31 tahun dan terbesar di dunia dek menghimpunkan lebih 5,000 jenis rama-rama.

“Signatur utama di sini pastinya serangga (rama-rama) ini, namun kami juga menyediakan pokok-pokok unik, ikan koiJepun, penyu air tawar, galeri, taman prasejarah dan pelbagai spesis serangga,” katanya kepada Majoriti 7 baru-baru ini.

Tambah Roslyn Gina, selain menyuntik keseronokan golongan kanak-kanak khususnya berpeluang menambah ilmu dan mempelajari habitat rama-rama dan rimbunan pokok menghijau.

“Suka untuk saya katakan selain berlibur pengunjung juga boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai floradan fauna di dalam satu tempat,” ujarnya.

Lokasi:Jalan Cenderawasih, Tasik Perdana, Kuala Lumpur Masa operasi:9 pagi hingga 5petang (setiap hari)

Harga: Dewasa RM13 Kanak-Kanak RM5 Pakej keluarga RM38

38 URBANTREK MAJORITI7 26 JANUARI– 1FEBRUARI, 2023
Taman Rama-Rama

AMBANG permulaan Liga Malaysia (Liga M) 2023 semakin hangat apabila semua kelab yang bersaing sedang giat mempersiapkan pasukan bagi menghadapi musim baharu nanti.

Selain pertaruhan pemain-pemain tempatan seperti Brendan Gan dan Faisal Halim bagi memburu kejayaan beberapa pemain import yang diba-

Nama: MatkoZirdum

Umur: 24 tahun

Kelab: KL City

Matkodiumumkan sebagai pemain import pertahanan baharu KL City baru-baru ini.

Berasal dari Croatia pemain berketinggian 1.95 meter itu akan memberi kekuatan tersendiri pada barisan pertahanan dan serangan KL City

Beliau yang berkelana bersama Dinamo Zagreb sebelum ini bakal membentuk gandingan bersama Giancarlo Gallifuoco pada musim ini dan diharapkan membantu KL City memburu kejuaraan.

wa masuk dilihat menambah ‘sengat’ kepada kekuatan pasukan sedia ada.

Perubahan format Liga Mmusim ini secaratidak langsung berjaya menarik perhatian beberapa pemain import memilih untuk beraksi dalam arena bola sepak tanah air.

Berikut merupakan antaramuka baharu pemain import yang wajar diberikan perhatian bagi saingan Liga M2023.

Pemain import ditagihkelab Liga M2023

Nama: RyuYamaguchi

Umur: 22 tahun

Kelab: Penang FC

Pemain berdarah kacukan Malaysia yang dilahirkan di Jepun, RyuYamaguchi bakal beraksi dalam saingan Liga Mmusim ini apabila skuad Harimau Kumbang mengumumkannya sebagai pemain ‘import’ baharu.

Pemain berusia 22 tahun itu akan beraksi di posisi pertahanan dan berpengalaman beraksi bersama skuad Malaga City FC di Sepanyol sejak tahun 2021.

Ryupernah bersama akademi Penang Wanderes pada 2015-16 sebelum berkelana ke England dan Sepanyol untuk bersama Brooke House College Football Academy Harborough, England dan CD Almunecar City di Granada, Sepanyol.

Umur:

Kelab:

Johor Darul Takzim (JDT) meneruskan usaha memantapkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim 2023 apabila menandatangani pemain kacukan SepanyolFilipina, Óscar Arribas.

Arribas yang banyak beraksi dalam saingan divisyen kedua liga bola sepak Sepanyol telah memulakan karier profesional bersama AD Alcorcon.

Musim lalu, beliau beraksi bersama Cartagena selepas menyertai kelab tersebut pada 1Julai 2022, namun hanya beraksi selama enam bulan selepas pemain itu menamatkan kontrak pada 13 Disember lalu.

Beliau pernah mencatatkan rekod peribadi apabila memecah rekod 100 penampilan bersama pasukan lamanya, Alcorcon FC.

Nama: Gabriel Peres Umur: 25 tahun Kelab: Sabah FC

Gabriel Peres dilahirkan pada 5 Mac 1997 dengan ketinggian 1.97 meter dan bermain di posisi pertahanan tengah.

Beliau mampu melakukan hantaran jauh dan dekat yang baik, sekali gus menjadi tambah nilai buat skuad Sang Badak.

Pemain berusia 25 tahun itu tidak pernah berhijrah keluar dari negara kelahirannya, Brazil dan Sabah FC merupakan kelab pertamanya ketika berkelana ke luar negara.

Nama: Ivan Mamut Umur: 25 tahun Kelab: Terengganu FC

Ivan Mamut berasal dari Croatia dilihat sebagai pilihan utama yang akan digandingkan bersama pemain import Terengganu FC, Adisak Kraisorn iaitu penyerang kebangsaan Thailand.

Pemain itu juga disifatkan antara pilihan utama mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Kpah Sherman.

Beliau pernah beraksi bersama pasukan FCSB iaitu pasukan Liga Romania sebelum memutuskan untuk berpindah bagi beraksi di Liga Malaysia.

Nama: Oscar Arribas 24 tahun Johor Darul Takzim Penyokong KL City pastinya tidaksabar ingin menyaksikan aksi MatkoZirdum Terengganu FC pertaruh keupayaan Ivan Mamut. RyuYamaguchi menandatangani kontrakbersama Penang FC
MAJORITI 7 26 JANUARI –1 FEBRUARI,2023
Oscar Arribasmahu buktikan kemampuannya bersamaJDT

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.