Majoriti 7 - 19 January - 25 January, 2023

Page 1

RM 8.00 19 Januari –25Januari, 2023 PP19711/06/2022 (035324) No. 14

8

“Di Eropah, nisbah jumlah akauntan dengan populasi rakyat adalah seorang akauntan untuk100 penduduk. Di Malaysia, seorangakauntan untuk700 penduduk Jurang ini sangat besar.Justeru, TYMBA menyahut seruan Inisiatif Wawasan KemakmuranBersama 2030 untuk bersama melahirkan akauntan bertauliah dengan sasaran 60,000 graduan menjelang tahun 2030.”

Mohamed Airil Md. Razali,Ketua Pegawai Eksekutif &pengasas TYMBAEducation.

Akaun media sosial Keluarga Adam mengetengahkan kehidupan mereka sekeluarga dengan cahaya mata autisme. Kakak sulung, Arena Iman berkongsi pengalaman.

22

Divabaru Bollywood

Kenali lima anakanak bintang Bollywood yang bakalmengikuti jejaklangkah ibu bapa untuk terjun ke dalam dunia perfileman.

28

Jurnaling kembali diminati

Menurut pakar psikologi, meluahkan perasaan di dalam diari adalah salah satu carauntuk melegakanjiwa yang lara.

30

Bercutike Taiwan

Destinasi oriental ini memiliki banyak pakej pelancongan khas buat pengembaraMuslim yang berkehendakkan menu halal di sepanjang perjalanan.

37

Selam skubawaktu malam

Bagikaki selam, kepuasan dikecapi sewaktu menyelam di malam hari danmenikmati pemandangan unik dasar laut.

2 KANDUNGAN MAJORITI7 19 JANUARI –25JANUARI,2023 EDITORIAL KETUAPENGARANG Niezam Abdullah PEMIMPIN REDAKSI SuzieAdnan PEN. PENGARANG Izyan Liyana Mohd Darif Hak cipta terpelihara. Semuabahanyang diterbitkan kekal menjadi hak milik Impian Ikon (M) Sdn Bhd (200801014479) (815768-T) PENULIS Faizal HarunNasution Mustakim Ramli Fatin Shahar Aziah Noh Syed Hazique Syed Nor KREATIF& REKA LETAK PENGARANG EKSEKUTIF Tung Eng Hwa PEREKA GRAFIK Mohd Adznam Sabri Nurul Amni Mat Ariffin Mohd Khairul Muhamad Asharah Kamarul Zulhaimi Baharuddin Mohd Hariz Abdul Rani PENGIKLANAN, PRODUK &INOVASI PENGURUS BESAR KANAN ChungEng Lee PENGURUS KANAN HazelLee EKSEKUTIFPEMASARAN Nurul Ariessa Razali UNIT PEMASARAN & JENAMAPELANGGAN KETUAPEGAWAI PEROLEHAN Lydia Wang UNIT PENGEDARAN & PERCETAKAN PENGURUS BESAR, CETAK Goh KokSoo PENGURUS PENGEDARAN Karthigesu Muniyandi PENOLONG PENGURUS, PENGEDARAN ShaliniGunnasan PENOLONG PENGURUS, OPERASI PERCETAKAN KhairulNizam Ya’akub Untukmaklum balas editorial, anda boleh hubungi 03-79671388 (general line), 03-76671969 (direct line) atau emel: editorial@majoriti7.com.my Bagi tujuan periklanan sila hubungi hazellee@majoriti7.com.my sementara urusan langganan, anda boleh mendail 1-300-88-7827 atau khidmatpelanggan@majoriti7.com.my Malaysia memerlukan lebihramai akauntan bertauliah 14 Kediaman maksimalis Idea hiasan dalaman yang overthe-top lagiberani menjadi pilihan mereka yang
9
berjiwa artistik.
Sebarmesej positif mengenaiautisme
26
reka
Rambut
gaya
Ia
David Shaw
rambut palsu
palsu bukan hanyauntuk
dan glamor
juga dianggap keperluan buat mereka yang memiliki masalah kesihatan.
18 Adunan tradisi bersamakontemporari Rizman Ruzaini, Innai Reddan Khoon Hooi memaparkan koleksi kapsul istimewa khusus untuk Tahun Baharu Cina.

Jangan terjerat sindiket penipuan pekerjaan dalamtalian

RM 8.00 19 Januari –25Januari, 2023 PP19711/06/2022 (035324) No. 14
sasaran60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030 –8
Memenuhi
–15
KeithFoo raimusim perayaan sebagai bapa tunggalselamaempat tahun berturut-turut
20
Kejayaan pameransolo pertama MiriamOmarbukti seninya dambaangenerasikini-

Scammer buru golongan terdesak cari kerja

DESAKAN hidupdan mahu menjana pendapatan tambahan menjadi antarafaktor terdapatindividu dan golongan tertentu terpedayadengan peluang pekerjaan yang diiklankan terutamadi media sosial.

Faktor ekonomiyangtidak menentu selepas pasca pandemikmendorong mereka yang terkesan membuat keputusan terburu-buru untuk bekerja walaupunhakikatnya perlumengeluarkansejumlah wang bagi memperoleh pekerjaan berkenaan.

Mangsa-mangsa adalah golongan yang terdesak untuk mencari pekerjaan, membuatkan sindiket penipuan ini terus lapar dan bermaharajalela mencari mangsa seterusnya.

Mangsa terdesak, faktor ekonomi punca ditipu

Pakar Sosiologi Universiti Selangor,Dr. Mohd Zaidi Mohd Hajazi berkata, sindiket tersebut merupakan satu ancamanjenayahyang membahayakan buat negaratatkala duniasedang menghadapi masalah kemelesetan ekonomi.

Menurutnya, golongan yang terdesak mencari kerja mudah terjerumus dan menjadi mangsa sindiket itu yang menawarkan bayaran lumayan yang luar biasa.

“Dalam masa negarasedang menghadapi masalah ekonomi, ramai juga yang dibuang kerja, paragraduan mencari kerja untuk menimbapengalaman, antaraperkaraini telah membuka langkah sindiketuntuk terus bernafas.

“Jika dilihat memangbayaran yang diberi agaklumayan daripadabiasa, bekerja di luar negaradan sebagainya telah membutakan mata golongan mencari kerja untuk terus menerima tawaran tanpa berfikir panjang atau memeriksa latar belakang syarikat,”

katanya kepada Majoriti 7.

Tambahnya, parapenganggur perlu lebih berhati-hati danbijak membuat pilihan bagi mengelakkan menjadi mangsa sindiket terbabit.

“Janganlah sewenang-wenangnya menerima tawaran pekerjaan, periksa dahulu latar belakang syarikat dan selalu berwaspada,malah jika tawaran ditawarkan amat lumayan kita mesti adasyakwasangkadisitu.

“Jika tidak pasti rujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) atau mana-manasumber boleh dipercayai.

“Zaman teknologi semuaperkara yang dilakukan perlu berhati-hati. Jenayah hanya menunggu masa,” jelasnya.

Katanya lagi, adalah lebih baik jika para pengganggur terdesak mahu mendapatkanpendapatan ceburi bidangkeusahawananatau bekerja sendiri.

“Kalau dah lebihsetahuntidak bekerja,jangan risau kerana banyak bantuan diberikan kerajaan. Boleh mencubabidang usahawan, bekerja sendiri, berniaga atau ceburibidang luar daripada dipelajari, sekali gus membantu meningkatkan ekonomi negara.

“Jangan takut untukmencuba sesuatu baharu,namun harusbijak dalam membuat keputusan,” ujarnya.

RakyatMalaysia turut ditipu di luar negara

Mangsa penipuan pekerjaan bukan sahaja berlaku di dalam negara, malah di luar negara. Berdasarkan makluman Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 238 warga tempatan menjadimangsasindiketpenipuan bekerjadiluar negaratermasuk 168 orang masihterkandas di luar negara

Setiausaha Polis, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, sebanyak

182 laporanberkaitan kesitu diterima sejaktahun 2021 dan seramai 70 individuberjaya diselamatkan.

Katanya, hasil soal siasat mendapati mangsa diperdaya menerusi iklan peluang kerjaya di Facebook sebagai pegawai khidmat pelanggandiluar negarapadabayaran lumayan.

“Mangsa yangtertarikdengan tawaran akan menghubungi ejen melalui aplikasi WeChat, WhatsApp atau Messenger. Selepas mendapat persetujuan mangsa, ejen memaklumkan akan menguruskan dan menanggung kosperbelanjaan perjalanan ke destinasi pekerjaan,” katanya.

Noorsiahberkata, selepas tibadi destinasi semua dokumen perjalanan dan telefon mangsaakan dirampas dan dimusnahkan

Beliau menjelaskan, mereka seterusnya dikurung dan dikawal ketat serta akhirnya dipaksa bekerjauntuk sindiket perjudian online, scammer, pelaburan, love scam dan lain-lain penipuan.

PDRMsedang bekerjasama dengan KementerianLuar Negeri, Aseanapol (PolisNegaraASEAN), Interpol (Pertubuhan PolisJenayah Antarabangsa) bagi mengesandan

membawa pulang mangsa yang masihterkandas

Sindiket menyamar syarikat beroperasi secarasah

Sementaraitu, model sambilan, Emerlia Feronika Mohd Roni Sow Abdullah yang pernahmenjadi mangsa penipuan memaklumkan bahawa beliau tidak menyedari pada peringkat awal ditipu. Ini disebabkan sindiket yang berpura-pura dari syarikat penghantaran barang mengiklankan jawatan kosong sama seperti syarikat beroperasi secara sah.

Gadisberusia 24 tahunitu berkata, ketika kejadiannegara dalam perintah kawalanpergerakan (PKP) dan syarikat terbabit mengeluarkan surat untukdiberikan kepada polis sebagai bukti menghadiri temu duga di Kuala Lumpur.

“Saya tinggal di Kuantan, Pahang jadinak ke Kuala Lumpur perlu kebenaran pihak berkuasa. Jadi, peringkat ini tiada siapa menyangka mereka ini penipu sehingga saya tibadi Kuala Lumpur.

“Pada hari sepatutnya temu duga

4 METROPOLITAN MAJORITI7 19 JANUARI –25JANUARI,2023
Dr.Mohd Zaidi DatukNoorsiah EmerliaFeronika

berlangsung merekahubungimemaklumkanpihakatasan tiada di pejabat dan perlu dilakukan secaraonline.

Sesi temu duga berjalan lancar dalam bahasa Inggeris dan saya dapat kerja berkenaan pada gaji sekitar RM3,000,” katanya ketika dihubungi Majoriti 7.

Jelasnya, beliau mula mengesyaki ada yang tidak kena selepas pihak syarikat memintanya menghadiri kursus sebagai persediaan untuk berkerja.

“Mereka minta saya bayar RM500 untukmenghadirikursus. Dari situ saya sangsi dan mula mencari mak-

lumat berkaitan syarikatterbabit. Rupanya syarikat itu menjalankan aktiviti pelaburan dan terdapat beberapa individu sudahmenjadi mangsa.

“RM500 itu sebagai modalpelaburandan kerja sebenar perlu mencari mangsa lain untukmelabur. Saya terus nekad berhenti dan membuat laporan poliskerana tertipu.

Bayangkansegala dokumen salinan peribadi seperti kad pengenalan, sijil dan ijazah ada pada mereka,” katanya yang mendakwa diganggu berulang kali dan dipaksa bekerja oleh sindiket itu.

EKSPRESI

“Tidak dinafikan desakan hidup puncaramaiterburuburu mencaripekerjaan Namun,perlu rujukagensi berkaitan seperti Job Malaysia atau selidikdulu latarbelakang syarikatitu bagi elak ditipu.”

Pekerjaswasta, Wan NursyuhaidaWan Fathil

“Gajilumayan yang ditawarkan ketika kossara hidup kian meningkat menjadi faktor pendorong ramai menjadimangsapenipuan. Pihak berkuasaperlu memperbanyakkan kempen kesedarandimedia sosial, elektronik dancetak bagi memberipendedahankepada orangramai mengenai jenayahpenipuanini.”

Jurupulihperubatan anggota HUKM,SitiAisyahAmran

“Iamemangsatu perkara yang membimbangkan.Saya harap kerajaan dapat melakukan sesuatutentangisu inibagi mengelakkan lebih ramaijadi mangsa sindiket penipuankerja.”

Pekerjaswasta, Muhammad Akram Zulkarnain,31.

“Sebagai pencari kerja selepasini perlu lebih bijak Janganmudah terpedaya dengantawaran lumayan.Buat pemeriksaan latar belakang syarikatterlebih dahulu dan laporkan kepada pihak berwajib jika menjadi mangsa supaya oranglaintidak menjadi mangsa seterusnya.”

Pekerjaswasta, Ahmad Haziq Azman,31

19 JANUARI –25JANUARI,2023 MAJORITI 7 METROPOLITAN 5

MoUMalaysia-Indonesia berpotensi cecahRM1.66bilion

KEMENTERIAN Perdagangan

Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi pelaburan rentas sempadan antara Malaysia dan Indonesia.

Menurut Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz antara bidang kerjasama yang bakal diterokai adalah meliputi farmaseutikal, aeroangkasa, pemprosesan minyak sawit, barangan pengguna serta pertahanan dan keselamatan.

“Ini dicerminkan menerusi pertukaran sembilan Memorandum Persefahaman (MOU) antarasyarikat-syarikat Malaysia dan Indonesia dengan jumlah nilai potensi pelaburan melebihi RM1.6 bilion.

“MITI juga telah menerajui perbincangan dua hala mengenai potensi pelaburan dan projek pembangunan oleh syarikat-syarikat tempatan di ibu

“Sebelas (11) Surat Niat telah diserahkan oleh 10 syarikat Malaysia yang menzahirkan hasrat untuk turut serta dalam pembangunan ibu kota baharu Indonesia,” katanya.

Tengku Datuk Seri Zafrul menambah, syarikat-syarikat tersebut mempunyai kepakaran dan kelayakan dalam bidang seperti elektrik dan elektronik (E&E), automotif, pembuatan barangan industri, pengurusan sisa, teknologi bandarayapintar, perumahan, penjagaan kesihatan, kejuruteraan M&E, utiliti dan tenaga lestari.

Cadangan usahasama bagi manfaat bersama kedua-dua negaraitu juga dibincangkan dalam pertemuan antara pihakMITI dengan Menteri SyarikatSyarikat Awam, Menteri Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Menteri

Perindustrian, Menteri Kerja Raya dan Perumahan serta Menteri Perdagangan.

Dalam perkembangan berlainan beliau juga mengadakan perbincangan bersama Menteri Pekerjaan Umum & Perumahan RI, Basuki Hadimuljono.

Perbincangan tersebut telah membuka ruang kepada kedua-dua belah pihak berkongsi harapan dan visi dalam membina kerjasama baharu antarakementerian demi meningkatkan prestasi pelaburan dan perdagangan Malaysia-Indonesia terutamanya dalam projek pembangunan Ibu Kota NegaraIndonesia di Nusantara.

“Saya juga menyampaikan hasrat dan kesediaan syarikat-syarikat Malaysia untuk turut terlibat dalam projek pembangunan di Indonesia dan keterbukaan Malaysia menerima pelaburan-pelaburan baharu dari

Indonesia,” ujarnya.

Sementaraitu, pada lawatan kerja rasmi di Indonesia beliau turut mengadakan perbincangan bersama Menteri Perindustrian, Agus Gumiwang Kartasasmita

“Sebagai rakan sejawat pastinya perbincangan kami mengenai prestasi industri-industri di Malaysia dan Indonesia serta langkah yang boleh memantapkan lagi hubungan perindustrian Malaysia-Indonesia.

“Pemerkasaan industri berterusan dan seiring dengan permintaan di peringkat global amat penting bagi melonjak ekonomi negara. Dengan usahasama Malaysia-Indonesia, ekosistem perindustrian kedua-dua buah negara akan dapat memberikan impak langsung positif kepada rakyat dan meneroka peluang baharu buat ekonomi,” tambah beliau.

Malaysia -Turki teroka perdagangan&pelaburanbaharu

MITI menerima kunjungan rasmi Duta Besar Turki ke Malaysia,TYT Emir SalimYüksel baru-baru ini. Kunjungan tersebutmemberi peluang kepada pihakkementerian dan delegasi Kedutaan Turkimerapatkan ukhwah danmeneroka peluang pelaburan dan perdagangan baharu.

“Turki adalah rakan perdagangan Malaysia ketiga terbesardiAsia

Barat bagi tahun 2021 dengan jumlah perdagangan RM17 bilion.Bagi Januari hingga November 2022 pula jumlah perdaganganmeningkat kepada RM18.96 bilion.

“Team MITI akan berusaha lebih kerasuntuk memastikansilaturrahim perdagangan Malaysia-Turki terus diperkuatkan demi kesejahteraan ekonomidan rakyat Malaysia,” jelas beliau.

EV pengangkutanawamlebih hijau

ADA yang berpendapat dasar kerajaan menggalakkanteknologi kenderaan Elektrik atauElectricVehicle (EV) hanya akanmeningkatkanpenggunaankenderaanpersendirian.

“Tidak betul.Kerajaan turut menggalakkan EV untuk pengangkutan awam.

Alhamdulillah, saya menyaksikan majlis menandatanganiperjanjian usahasama antaraComputerForms Malaysia Berhad(CFM) danEnergy Absolute (EA) dariThailand dalam sektor EV dan renewable energy (RE).

“Mereka bercadang melaburRM5 bilion bagimembangunkankilang pengeluarankenderaanEVdan mengendalikanprojekREdiMalaysia membabitkan pembangunantren,bas danferi elektrik,”katanya.

MenurutTengku DatukSeri Zafrul penghijauan sektorpengangkutan bagi mengurangkan pelepasan karbon adalahsatufokus utama kementerian-

ya Oleh itu,kerajaantermasuk MITI amat mengalu-alukan kerjasama sektor swastaseperti ini. Inisiatifitu akan memberi tumpuan kepada pembuatan bas elektrik, keretaapi dan feri yangmana semua dilengkapi teknologi digitaluntukmeningkatkan kecekapanoperasi dankeberkesanan kos.

Ia bertujuanmenjadikanpengangkutan awam danbandarraya Malaysialebih hijaudalammasa terdekat.

“Sayamengucapkan setinggi-tinggi tahniahkepada CFM dan EA atas komitmenmenubuhkan syarikat usahasama yang akan membantu kedua-dua negaramencapai sasaran sifar bersihatauneutral karbon,” jelas beliau

UlasanTengku Datuk Seri Zafrul TengkuAbdul Azizdipetik menerusi Instagram beliau @tzafrul_aziz

6 KA-CHING$ MAJORITI7 19 JANUARI –25JANUARI, 2023
kota baharu Indonesia di Kalimantan Timur. Pada sesipertemuanbersama Agus Gumiwang Kartasasmita(kanan) kedua-dua pihakmembincangkanmengenaiprestasiindustri di Malaysia danIndonesiabagi memantapkanlagihubungan perindustrian Malaysia-Indonesia. Tengku DatukSeriZafrul(kiri) bertemuBasukiHadimuljonoketika lawatankerja rasmidiIndonesia baru-baruini

Misi tingkat akauntan profesional anak tempatan

MELIHATsituasi peratusan Bumiputerasebagai pakar akauntan masih rendah berbanding di peringkat global telah mendorong Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas TYMBAEducation (TYMBA), Mohamed Airil Md. Razali menaiktaraf akademi itu kepada institut perakaunan profesional.

Akui Mohamed Airil berusia 30 tahun itu sehingga kini hampir 38,000 ahli berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan hanya tujuh peratus adalah Bumiputera. Jumlah tersebut disifatkan agak membimbangkan kerana peranan akauntan bertauliah adalah penting.

Katanya, peranan dan kepakaran akauntan bertauliah bukan sekadar dalam perancangan kewangan ataupun menyusun ekonomi, sebaliknya turut diperlukan untuk membangunkan negara.

“Kurangnya pendedahan awal dunia perakaunan membuatkan generasi muda hilang minat,

sedangkan peringkat universiti jumlah penuntut mengikuti jurusan ini adalah tinggi.

“Selain itu, tempoh masa diperlukan untuk melengkapkan pembelajaran dengan menambah tiga tahun selepas ijazah sarjana mudajuga membuatkan ramai hilang minat,” jelasnya kepada Majoriti 7 baru-baru ini.

Jelasnya, penerimaan ibu bapa yang tidak memandang karier akauntan sebagai satu cabang profesional juga menyebabkan sebahagian besar generasi baharu mula beralih arah mencari kerja lebih mudah dan selamat.

“Di Eropah, nisbah jumlah akauntan dengan populasi rakyat adalah seorang akauntan untuk 100 penduduk. Di Malaysia, seorang akauntan untuk 700 penduduk. Jurang ini sangat besar.

“Justeru, sejajar dengan Inisiatif Wawasan KemakmuranBersama 2030 dan sasaran melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang tahun 2030, TYMBAturut memainkan

peranan melahirkan generasi akautan profesional dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk dalam dan luar negara,” jelas beliau.

Penerima Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mula bekerja di Firma Big 4sebagai Auditor pada usia 19 tahun itu juga memberitahu bahawaketakutan generasi muda mencabar diri membuatkan sektor perakaunan semakin samar.

“Oleh itu, TYMBAberhasrat menjadi institusi Bumiputerabertaraf global berkembang menggunakan dana sendiri dan giat bekerjasama dengan pelbagai pemegang tara untuk menarik minat generasi muda.

“Thymba menawarkan kursus perakaunan profesional iaitu ACCA dan Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) yang dapat diakses dengan mudah dan lebih kosefektif kepada pelajar,” kata Mohamed Airil yang kini melanjutkan pengajian sebagai Penganalisis ESG Bertauliah dan bakal menyambung Sarjana

Program reskilling &upskilling

Dalam pada itu, beliau merupakan ahli penuh ICAEW, MIA dan Setiausaha Syarikat berdaftar menjelaskan, sijil profesional perakaunan ditawarkan TYMBA adalah bertaraf global dan sentiasa dikemas kini mengikut keperluan peredaran zaman.

“Program perakaunan profesional ACCA dan ICAEWdilaksanakan melalui dua platform salah satunya, TYMBAFlexi Platform yang memberi peluang kepada pelajar belajar secara fleksibel terutamanya mereka lepasan ijazah, pelajar sambilan dan golongan profesional.

“Platform ini dilaksanakan secara maya melalui aplikasi telefon pintar yang dibangunkan TYMBA.

“Kedua, melalui TYMBACampus membuka peluang kepada pelajar belajar secarafizikal di kampus Queens College di Jalan TAR, Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau memberitahu, TYMBAsedar akan kepentingan program reskilling dan upskilling bagi memberi pendedahan baharu kepada anak muda tentang kepentingan kemahiran akauntan dan peluang pekerjaan bertaraf antarabangsa menanti mereka.

“Kami menubuhkan TYMBAskills untuk menyediakan latihan pembangunan profesional kepada golongan pelajar dan pelanggan institusi,” jelasnya.

TYMBAjuga bekerjasama dengan Malaysia Professional Accountancy Centre (MYPAC)memberikan biasiswa kepada golongan asnaf dan B40 melanjutkan pelajaran di kampus TYMBA-Queens.

Kata Mohamed Airil, TYMBAkini melebarkan sayap ke Indonesia menerusi usahasama dengan sebuah syarikat bagi menembusi pasaran perakaunan profesional di sana.

“Kami teruja dengan peluang ini kerana pasaran Indonesia amat besar dan selari visi TYMBAuntuk menjadi pusat pengajian perakaunan global.

“Malah, akan menggembleng tenaga dan usaha memperkenalkan TYMBAkepada golongan sasar terutamanya lepasan pelajar sekolah dan graduan universiti yang berminat dalam pengajian perakaunan profesional.

“Selain itu, akan mengadakan perjanjian persefahaman dengan pelbagai pemegang tarabagi memberi peluang kepada pelajar mendapatkan tajaan.

“Dengan itu, mereka boleh meneruskan pembelajaran peringkat profesional, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran dalam peluang kerjaya,” tambahnya.

Jurispudens untuk menceburi bidang perundangan pada Jun 2023.
8 SUKSES MAJORITI7 19 JANUARI –25JANUARI, 2023
MohamedAiril komitedmelahirkanpakar akauntan dalamkalangan generasi muda tempatan bertaraf global TYMBAmemberi nilai tambah kepada pelajarmenerusiilmupraktikal danrelevan KampusTYMBA beroperasi di kampus Queens CollegediJalan TAR, Kuala Lumpur. Oleh FATINSHAHAR

ARENA IMAN

DISEBALIK senyuman ceria pada wajah pendatang baharu industri hiburan, Arena Iman atau nama sebenar Arena WanMun -YiImanWan tersimpan 1,001 cerita.

Episod adik lelakinya, Adam Wan disahkan mengalami gangguan spektrum autisme(ASD) dan gangguan kurang daya tumpuan serta hiperaktif sejak berusiadua tahun enam bulan mengubah hidup pelakon Hati Yang Dikhianati itu dan keluarga.

Perkongsian bapanyayang juga komposer muzik ternama, Iman Wan menerusi media sosial berhubung kondisi Adam pada tahun 2017 meletakkan mereka dikenali sebagai Keluarga Adam pada mata masyarakat.

Sejak itu, limaahli kelua sa berkongsi momen bersa yang kini berusia21tahun Instagram @adamsautisme menyebarkan kesedarand etahuan kepada orang ram nai ASD

Bersama Majoriti 7, gadi 24 tahun yang merupakan rang finalisDewi Remaja 2 itu berbicaraperjalanank keluarganya menguruskan

Boleh ceritakan mengena ‘Keluarga Adam’?

Saya merupakan kakak s dalam keluarga. Sebahagia besarsedia maklum bahaw adik lelaki saya, Adam ada lah individu istimewamen galami autisme. Gaya hidu kami berbeza berbanding keluarga lain. Ibu, Norhaida Hassan, bapa danadik bongsu(Ara Wan) menjalani hidup menjaga Adam mengikutmomentum dan rutinnya.

Memaparkan perihal ahli keluarga autism di media sosial, adakah ia mengubah dinamik keluarga Arena?

Pasti ada lebihdan kurangdengan cara tersendiri. Sukar menidak terdapat segelintir individu gatakan kami hanyameng nakan Adam untuk meraih simpati,memasarkan bisn danlain-lain. Namunbegit Keluarga Adam komited m eruskan perkongsian keran luarsanaramai keluarga m galami situasi sama. Secar langsung, merekajuga dap belajar daripada kesilapan Apakah impak dirasai se berkongsi kisah Keluarga Adam di mediasosial?

Alhamdulillah, semakin ramai masyarakat berfikir

arga sentiaama Adam n di efamily bagi dan pengmai mengeis berusia n salah seo2018/2019 kehidupan n Adam ai sulung an wa anup kkan u mengguh nes tu, menna di menra tidak pat n kami lepas a ran

cekalsebar kesedaran autisme

Hantar anak-anak atau ahli keluarga yang mengalami autisme di pusat terapi secepat mungkin.Mereka memerlukan rawatan secara konsisten khususnyaterapi cara kerjadan terapi motorkasar sertaubat-ubatan

lebih terbuka kondisi individumengalami autisme. Selainitu,sayajuga menyedari wujud kempen kesedaran, tempat dan infrastruktur khas buat kanak-kanak autismeseperti panggung wayang dan pusat beli-belah mesraautismedinegaraini.

Cabaran terbesar pernah dilalui Keluarga Adam?

Keluarga saya pernah diusir dari kejiranan. Mereka terganggu apabila Adam mengamuk danbising pada waktu malam sebelum membuat laporan kepada pemilikrumah sewa. Susulan itu, kami terpaksabergelut berpindah dalam tempoh yang singkat. Sejujurnya, saya kesal perkara itu berlaku

Nasihat buat masyarakat yang mengalami cabaran serupa?

Jangan ulangi kesilapan kami yang tidak melaksanakan early intervention pada awal usia terhadap Adam. Hantar anak-anak atau ahli keluarga yang mengalami autisme di pusat terapi secepat mungkin. Mereka memerlukan rawatan secarakonsisten khususnya terapi carakerja danterapi motor kasar serta ubat-ubatan.

Autismetidak dapat diubati, namun terapi terbabit dapat membantu skil komunikasi danmemastikan golongan berkenaan berdikari sendiri. Itu fokus utamakerana hakikatnya kanak-kanak autisme ini bijak.

Apakah inisiatifyang wajar dilaksanakan kerajaan buat golongan autisme?

Kerajaan perlu menilai semula kosterapibuat kanak-kanak autisme. Ini disebabkan kosterapiterlalu tinggi sehingga mengakibatkansebahagian besar keluarga tidak mampu menghantar anak mereka ke pusatberkenaan.

Hasilnya, ada keluarga terpaksa berkorban dan menerapkan sendiri unsur terapi buat anakanak tanpa pengalaman profesional.

Harapan Arena sebagai pelakon dan tunjangkeluarga pada masa hadapan.

Sejujurnya saya memasuki industri hiburan tanpa niat popular. Nawaitu bekerja kerasmenempa nama kerana saya berhasrat membantu keluarga mengumpul duit khususnya untuk digunakan buat terapi Adam.

Walaupun ada job saya terpaksa tolak kerana menjaga Adam di rumah, saya optimis percaya dengan rezeki dari-NYA.

19 JANUARI –25JANUARI,2023 MAJORITI7 INSPIRASI 9

Navigasi perjalanan lebih mudahdengan teknologiGPS

Sistem kedudukan sejagatatauGPS merujuk kepada teknologi yang menentukan kedudukan seseorang melaluirujukan silang dengan satelityang mengelilingibumi.

GPS terdiri daripada 24 satelit yang dilancarkan secaraberperingkat bermula dari tahun 1978. GPS hanya beroperasi sepenuhnya pada tahun 1995 dan sehingga kini ia mempunyai lebih 30 satelit di angkasa. Satelit ini berfungsi menghantar posisi dan waktu kepada pengguna seluruh dunia.

Pada awalnya sistem ini dibina untuk tujuan ketenteraan dengan antarafungsi utamanya adalah mendapatkan kedudukan yang tepat untuk pelancaran peluru berpandu bagi memastikan ia tidak tersasar ke tempat lain yang boleh membahaya kan orang awam.

Selepas tahun 1983, kegunaan GPS mula dibuka untuk kegunaan orang awam. Sebelum digunakan secaram uas, orang ramai bergantung kepada papan tanda selain ada juga menggunakan tanda-tanda alam seperti pepohonan atau pegunungan sebagai petunjukuntuk mencari arah.

Antarabidang yang menggunakan GPS seperti sistem navigasi pesawat, laut dan darat, pemetaan dan geodesi, survei, sistem penentuan lokasi, pertanian, eksplorasi sumber daya alam, dan pelbagai lagi.

Kebanyakan kita menggunakan GPS secarakomersil untuk menentukan lokasi sesuatu tempat. Terdapat pelbagai jenis alat penerima isyarat satelit GPS di pasaran untuk tujuan ini. Jenis yang popular digunakan untuk tujuan komersial antaranya termasuklah Garmin, Navman dan TomTom.

Alat penerima ini boleh memberikan ketepatan kedudukan dalam lingkungan 10 meter dari kedudukan sebenar. Dengan gabungan peta digital dan GPS, pengguna boleh melihat kedudukan mereka pada peta tersebut sama ada dalam kedudukan statik ataupun bergerak. Kini perisian ini boleh didapati dalam telefon mudah alih.

GPS penentu lokasi arah ini kemudian berkembang dengan adanya aplikasi Google Maps dan Waze dalam membantu mendapat arah jalan. Ia juga membantu pemandu dengan memaklumkan sama ada terdapat kemalangan dan kesesakan sepanjang perjalanan selain turut memaparkan premis penting yang berdekatan seperti stesen minyak dan hospital.

Selain itu GPS juga digunakan untuk menjejak kenderaan yang dicuri menerusi pemasangan penjejak pintar. Malah teknologi itu juga diperluas untuk bas penumpang bagi memudahkan pihak berkuasa memantau kelajuan dan kedudukan bas bagi mengurangkan keskemalangan membabitkan kenderaan berkenaan.

10 INOVASI MAJORITI7 19 JANUARI –25JANUARI,2023
Kegunaan GPSmuladibuka untukkegunaanorang awamseawaltahun 1983
INFO GPS l Pertamakali dilancarkanpada 22 Februari 1978 l Sistem navigasi satelitdikembangkan olehJabatan Pertahanan Amerika Syarikat l Kosoperasi $750 juta atau sekitarRM3.2 bilion setahun. FREEPIK

REDMI K60 Pro menampilkan cip

baharu dan terbaik, Snapdragon 8 Gen 2seperti digunakan di Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Ia dilengkapi RAM LPDDR5X hingga 16GB dan storan UFS 4.0 hingga 512GB. Bagaimanapun, varian rendah RAM 8GB dan storan 128GB menggunakan teknologi UFS 3.1. Skrin telefon jenis OLED 6.67-inci itu menggunakan resolusi tinggi 2K (3200×1440) bersama kadar penyegaran 120Hz dan kadar sentuhan 480Hz. Kecerahan pula mampu pergi hingga 1,400nits. Selain itu, panel paparan memiliki nisbah kontras 5,000,000:1, warna DCI-P3 dan menyokong HDR10+

Hayatbateri HONOR Band 7 tahanlama

serta HDR Vivid.

Bahagian belakang ia dipasang tiga kameraiaitu kamerautama 50MP dengan sensor SonyIMX800 1/1.49-inci, kameraultralebar 8MP dan kameramakro 2MP.Kamera hadapan 16MP terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Tenaga disalurkan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W melalui USb-C. Bukan itu sahaja, Xiaomi turut menggunakan pengimbas cap jari di dalam skrin untuk Redmi K60 Pro.

Produk: Redmi K60 Pro Harga: RM1,888

GoogleVoice kesanpanggilan spam

Meja basikal jana tenaga kinetik melaluikayuhan

ACER memperkenalkan mejabasikal Acer eKinekt BD 3padaacara ConsumerElectronics Show 2023 (CES 2023)diLas Vegas, Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini. Produk tersebut menggabungkanmesinpengayuh basikal statikbersama meja bagi memudahkan pengguna meletakkan komputer riba.

Kaedahitu bertujuanmembolehkan individu bersenamsambil bekerja kerana ia turutdilengkapipedal yang mana eKinektBD3berupaya menjana tenaga kinetik melaluikayuhan.

Dengan tenaga kinetik yang dikumpul pengguna boleh mengecas peranti sepertikomputer riba atau telefon pintar hanya dengan

mengayuh. Pengecasanadalahmelalui sambunganUSB-Adan USB-C Selain itu, terdapat modkayuhan secararelaks sambil bekerja ataumod sukanboleh diselaraskan kedudukan tempat dudukuntuk mengoptimumkan kayuhan Acer jugamelengkapkan produk berkenaan dengan aplikasikhusus bagi pengguna mengesan tempoh masamelalukan kayuhan, jumlah kalori terbakar, tenagadigunakan dan tenaga kinetikyang dihasilkan. Setakat iniAcerbelummemaklumkan jualan produk itu di Malaysia.

Produk: AcereKinekt BD 3 Harga: RM4,399

Cas RedmiK60 PRO wayarles

panggilan spam setiap bulan merentas ekosistem panggilan Google. Label baharu akan muncul di skrin panggilan masuk Google Voice dan disimpan dalam sejarah panggilan pengguna.

SYARIKATteknologiChina melancarkan jamtangan pintar HONOR Band 7 menampilkanpaparan AMOLED 1.47 inci dengan kaca melengkung2.5D dan 221 ppi. Peranti itymempunyaisemua ciri penjejakan kecergasan dan pemantauan kesihatanstandard termasuk 96 modsukan, pemantauan oksigen darah, pemantauan kadar jantungdan pemantauantidur.

Band 7dilengkapi dengan sokongan pembayaran, fotografikawalanjauh dan kawalanmainbalik muzik. Dari segi bateri,HONOR menyatakan jam tangan boleh bertahan hingga 14 hari denganpenggunaan biasa dan10hari penggunaan berat

Ciri penting laintermasuk Bluetooth 5.2, sokongan pengecasan pantas dan pilihan warna Rose Pink,CedarBlue atau Magic Night Black. Produk: HONOR Band 7

GOOGLE menambah ciri baharu pada Google Voice iaitu amaran merah untuk panggilan yang dipercayai palsu (scammer). Inisiatif itu bagi melindungi pengguna daripada panggilan tidak diingini dan berpotensi menjadi mangsa penipuan.

Usaha berkenaan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengenal pasti berbilion-bilion

Jika menerima label pengguna boleh mengesahkan panggilan disyaki atau menandai panggilan sebagai bukan spam. Setelah itu, ia akan terus memindahkan panggilan daripada nombor tersebut ke mel suaradan sejarah panggilan untuk dimasukkan ke dalam folder spam.

Jika anda memilih pilihan kedua label spam disyaki tidak akan dipaparkan untuk nombor itu lagi.

Produk: Google Voice Harga: Percuma

Televisyen pintar di pintu peti sejuk

SAMSUNG Family Hub Plus hadir dengan sebuah televisyen pintar bersaiz 32 inci yang dibina di bahagian pintu. Ia adalah model kemas kini yang mana saiz sebelum ini hanya 21 inci. Terdapat integrasi Tizen membolehkan ia beroperasi seperti televisyen pintar Samsung lain.

Menerusi perkhidmatan Samsung Atelier, pelbagai karya seni cantik boleh dipaparkan di skrin apabila ia tidak digunakan. Selain itu, perkhidmatan Samsung TV Plus turut disertakan bagi membolehkan rancangan TV boleh ditonton terus

pada peti sejuk.

Sementaraitu di AS perkhidmatan Amazon Your Essentials boleh melakukan pesanan makanan yang diperlukan terus dari skrin yang sama.

Menerusi integrasi SmartThings pula, ia boleh menjadi hab untuk mengawal peranti dengan internet di rumah seperti kameralitar tertutup, mesin basuh, mesin gelombang mikro dan sebarang peranti di bawah ekosistem Matter yang kini disokong sepenuhnya.

Produk: Samsung Family Hub Plus Harga: RM 7,799

19 JANUARI –25JANUARI,2023 MAJORITI7 E-TEKNO 11
Oleh MUSTAKIM RAMLI
Harga: RM158

Kepelbagaian anterior Vila Luxura

BAYANGKAN mendiami residensi yang tidak mempunyai reka bentuk konvensional seperti kediaman yang lain.

Itu salah satu tarikan yang dapat dinikmati di vila Luxurayang terletak dekat Kota Kemuning.

Gamuda Land menjanjikan sebuah residensi yang dapat dijadikan sebagai sebuah syurga peribadi memancarkan keanggunan abadi.

Vila Luxuraterdiri daripada banglo dua dan tiga tingkat sesuai buat mereka yang berkeluarga.

Bakal penghuni boleh memilih lima jenis reka bentuk vila yang berbeza antaranya adalah Aria, Bella, Carra, Davina dan Elora.

Antaraunit menarik adalah Aria yang merupakan vila tiga tingkat merangkumi konsep kehidupan di hadapan tasik dengan pemandangan menakjubkan.

Unit seluas 3,488 kaki persegi itu dilengkapi dengan enam bilik tidur dan lima bilik mandi. Selain itu, kediaman ini juga mempunyai patio dan teres berbumbung sesuai dijadikan ruang santai.

Sementaraitu, unit Davina pula menampilkan seni bina berani dengan

kemudahan sempurna di tengah-tengah komuniti berkembang maju.

Banglo dua tingkat terbabit dilengkapi dengan lima bilik tidur selain terdapat porch yang boleh memuatkan tiga buah kereta.

Antarakemudahanlain yang disediakan pula termasuk taman pusat seluas satu ekar berlandskap, ruang yoga, gim terbuka, laluan joging dan berbasikal.

Lebih baik lagi, Luxurajuga menyediakan kemudahan mesrawarga emas di tingkat bawah, tandas boleh diakses kerusi roda dan mesraorang kurang upaya.

Residensi ini juga menyediakan aplikasi mudah alih gaya hidupinovatif untuk kemudahan penduduk.

Terletak di lokasi strategik dan bersambung dengan baik melalui empat lebuh rayautama iaitu LebuhrayaLembah Klang Selatan (SKVE), LebuhrayaElite, LebuhrayaKesas danLebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) memudahkan urusan perjalanan.

Pembaca berminat boleh lawati https:// gamudaland.com.my/twentyfive7/luxura/ M Oscar ialah kondominium yang terletak secarastrategik di luar Kuchai Lama serta dalam persekitaran kejiranan matang HappyGarden dan Sri Petaling.

MOscar kondominium ideal

Residensi ini sangat ideal buat pembaca yang memilih menaiki pengangkutan awam susulan hanya kediaman hanya terletak sejauh 800 meter dari stesen Transit Aliran Massa (MRT2) Taman Naga Emas susulan ia dijangka dibuka pada tahun ini.

Bangunan MOscar mempunyai dua blok utama dipisahkan oleh ruang kemudahan seluas 2.7 ekar.

Bakal penghuni boleh memilih dua jenis reka bentuk rumah berkeluasan 708 kaki hingga 1,198 kaki persegi.

Kediaman ini juga turut menyediakan dua hingga empat letak kereta bagi setiap unit agar penghuni tidak perlu runsing mencari tempat letak kereta di luar kondominium.

Dibangunkan oleh Mah Sing Group, residensi ini dijamin selamat kerana kawasan persekitaran strategik selain sistem dwi-kunci turut disediakan.

Tambahan pula, penduduk akan menikmati pelbagai pilihan aktiviti di residensi ini.

Antaranya termasuk taman, jakuzi, bilik ping pong, ruang yoga, trek refleksologi, gimnasium dan kolam renang.

Kediaman ini dijangka siap untuk didiami pada tahun ini dengan harga bermula RM499,000.

Pembaca boleh berkunjung di https:// www.mahsing.com.my/m-oscar/ untuk info lanjut.

12 RESIDENSI MAJORITI 7 19 JANUARI –25JANUARI,2023

Greenwoods Seraya hab komuniti

GREENWOODS Serayaadalah pembangunan perbandaran seluas 237 ekar yang menghijau dan berkembang pesat di Salak Perdana, Sepang.

Dikelilingi landskap hijau subur rumah pegangan bebas kontemporari itu terletak selesa di dalam perbandaran serba lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Paramount Property Development Sdn. Bhd membina kediaman keluarga yang luas dan kontemporari dibahagikan kepada dua unit.

Unit terbabit direka khas supaya bakal penghuni boleh memilih untuk tinggal berhampiran keluarga dan rakan.

Sebanyak 260 unit berkeluasan antara1,291 hingga 1,560 dengan tiga bilik tidur dan tiga kamar mandi disediakan.

Persekitaran komuniti yang rapat itu mempunyai kejiranan dan dikawal dengan taman permainan peribadi untuk privasi.

Kehidupan residen di sini juga diper-

mudahkan dengan pilihan runcit dan tempat makan di Greenwoods Belian termasuk hab komuniti perbandaran itu sendiri.

Selain itu, bagi memupukikatan komuniti terdapat Central Park yang dilengkapi dengan kemudahan luar.

Sementaraitu, Hill Park juga sesuai bagi aktiviti outdoor susulan denai pejalan kaki dan dek pemerhatian.

Lebih menarik, terdapatkolam rekreasi, taman poket dan tamanpermainan Discovery bagi memberi ruang meluangkanmasa bersama keluarga.

Perbandaran itu juga mempunyai dewan serba guna dan sekolah di dalam kawasan sekitar. Semuanya memenuhi suasana komuniti yang sihat.

Dalam pada itu, kawasan kejiranan mudah diakses melalui pilihan tiga lebuh rayautama.

Layari ayari https://paramountproperty.my/greenwoods/product/greenwoods-seraya.

itu terdiri daripada tiga menaratersebar di kawasan seluas 8.23 ekar. Bakal penghuni boleh memilih dua jenis reka bentuk rumah berkeluasan 1,040 sehingga 1,355 kaki persegi.

Selain itu, kesejahteraan dan keselamatan terjamin di persekitaran yang berpagar dan dijaga sepenuhnya.

Tambahan pula, kehijauan subur yang melimpah di sekeliling pembangunan memberikan ruang dan kebebasan untuk bermain dan meneroka.

Panorama tenang di Mutiara Hilltop

MutiaraHilltop Puchong di Taman MutiaraIndah terletak 110 meter tinggi antaralokasi paling dicemburui di MutiaraPuchong.

Kediaman tersebut ideal untuk anda yang merancang untuk membina keluarga di kediaman eksklusif.

Terhad secaraeksklusif kepada 496 unit ia dikelilingi rumah banglo baharu dan berhadapan dengan Hutan Simpan Bukit Kayu Hitam bagi memastikan ketenangan panaroma indah dapat dikecapi.

Dibina oleh Malton Berhad residensi

Ini termasuklah berpeluang menikmati pelbagai pilihan aktiviti di Podium Kemudahan. Terdiri daripada empat zon khusus zon komuniti,zon hijau, zon kolam, zon aktif dan pelbagai pilihan kemudahan generasi muda khususnya.

Persekitaran yang tenang, Mutiara Hilltop direka untuk mewujudkan kehidupan harmoni buat penduduk sambil menggalakkan ikatan kekeluargaan, semangat komuniti, meditasi dan pengalaman rekreasisihat.

Salah satu ciri utamanya termasuk trek joging seluas 400 meter khas buat penduduk berjoging di dalam kawasan selamat. Ia dijangka siap untuk didiami pada November 2024 pada harga bermula RM483,000.

Maklumat lanjut layari https://www. mutiarahilltop.com.

19 JANUARI –25JANUARI, 2023 MAJORITI7 RESIDENSI 13
Unit kediaman yang direka dalamkonsepmoden Kawasankejiranan dilengkapi pelbagai kemudahanmemberi keselesaan kepada residen.

Maksimalisdidalam

meriaskediaman adalah konsep yang bermaindengan warna, teknik,ragam tekstur, momentum objekbernilaiseni tinggi atau tema yang meniupsemangat anda.Ilham maksimalisadalah bertentangandengan suasana ruangyang minima,selalunya menjadipilihan merekayang berperibadian ekspresifdan berani

Sentuhan eksentrikLuke Edward Hall

Hiasan dalamanHotel Les Deux GaresdiParis diilhamkan olehLuke Edward Hall

KellyWearstle menggunakankhidmat artis. Able Macias untuk muraldinding.

Letusanwarna dancetakan berani menjadiasashiasan kediaman maksimalis

Berani berkonsepkan maksimalis

MEMADATKAN ruang dengan banyak bilangan perabot dan objek bukanlah ideologi maksimalis yang tepat. Setiap watak pada hias ruang tema maksimalis mewakili kecenderungan cita rasa atau obsesi pemilik. Justeru, meski ia nampak ‘sibuk’ tetapi pada pandangan pemiliknya, ruang berkonsep maksimalis sentiasa memberikan mereka ‘lambakan’ fokus yang tidak berpenghujung. Tepat dan sesuai buat mereka yang mudah tepu atau bosan. Berikut adalah beberapa petua buat seni hias ruang maksimalis yang unik, menarik dan berani.

Dinding

Rancang warna dinding dengan teliti berdasarkan unsur warna perabot, permaidani dan aksesori. Andai ketiga-tiga unsur ini sudah cukup lantang dari segi warna, bentuk, corak dan teksturnya, warna dinding yang tenang atau putih sudah memadai. Meski unit perabot, aksesori dan kemasannya tidak banyak, ia akan membuatkan pandangan mata tidak nyaman dan konsep maksimalis anda akan gagal. Sebaliknya, untuk kemasan kertas dinding kaya corak

cetakan, pastikan sebarang objek atau perabot yang besar polos dari sebarang corak atau cetakan. Ringkasnya, pastikan unsur kontratidak keterlaluan mendominasi ruang.

Perabot

Gunakan kreativiti anda dengan menggunakan teknik lapisan. Apakah teknik lapisan? Susunkan kusyen sama ada polos dan bercorak secara berlapis antarasatusamalainuntuk membangkitkan seri kerusi atau sofa selain memberi ilusi ‘empuk’ dan ‘gebu’.Untuklebih selamat dan kelihatan lebih tenteram, sarung kusyen pelbagai tekstur bebas corak adalah pilihan terbaik. Andai kusyen bercorak cetakan menjadi pilihan, pastikan sofa atau kerusi anda sekadar polos sahaja.

Aksesori

Atur aksesori yang berkaitan dengan kecenderungan minat anda dalam hukum‘tiga segi’ -paling tinggi dibelakang, sederhana di tengah manakala paling rendah di hadapan. Susun seolah-olah berkumpulan. Pastikan buku, bekas lilin dan gubahan bunga diletakkan di dalam dulang andai semua objek ini mahu

diletakkan di atas meja. Selain nampak kemas teratur, ia juga memudahkan anda untuk mengalihkannya ke lokasi lain jika perlu tanpa mengalihkannya satu persatu.

Permaidani

Melapisi permaidani dengan permaidani? Mengapa tidak? Andai permaidani sedia ada kurang menarik atau kurang menyerlah, anda boleh lapisinya dengan gaya sudut yang berbeza tanpa menutupi total permaidani asal. Contohnya permaidani Parsi yang mewah corak dilapisi dengan permaidani bulu biri-biri putih. Selain kontra, ia juga dapat menjinakkan kemewahan corak yang lantang.

Pencahayaan

Oleh kerana maksimalis adalah konsep rias ruang yang ‘sibuk’ justeru pencahayaan yang cerah dan ‘warm’ amat penting. Berlawanan dengan konsep minimalisyang tidak terlalu memerlukan pencahayann yang terang buat ruang kerana keluasan dan unsur yang ada padanya sangat minima. Pencahayaan yang kurang terang akan membuatkan ruang konsep maksimalis nampak serabut dan sempit.

14 RIAS RUANG MAJORITI7 19 JANUARI –25JANUARI,2023
Oleh FAIZAL HARUN NASUTION
2.
3.
4.
1.
Antara ruangkediaman yang direka olehKelly Wearstle
5.
5
1 2 3 4

Ke it hF oo

19 JANUARI –25JANUARI,2023 MAJORITI7
Ra ib ula nl un ar se ba ga ib ap at un gg al

Meletakkan keperluancahaya mata kesayangannya melebihi segalanya, aktorberdarahcampuranini berkongsi pengalamanmeraikan musimperayaan sebagaibapatunggal

KeithOleh FAIZAL HARUNNASUTION

ETIKA berkerja aktor asal dari Negeri Sembilan ini cukup mengagumkan. Dalam pada kesibukannya menjalani rutin harian dan memenuhi tuntutan kerjaya, Keith Footetap bersedia melayani kerenah saya yang ‘memburunya’ tanpa belas, tanpa mengirawaktu. Pun begitu, dia tetap berusaha memenuhi permintaan untuk ditemu bual meski pun jadualnya ketika itu amat padat dengan penggambaran drama rantaian berjudul Sekali Aku Bahagia.

“Saya bersyukur dengan rezeki yang saya miliki dalam kerjaya lakonan. Semalam adalah tugasan terakhir saya untuk drama Sekali Aku Bahagia dan maaf sangat kerana saya kebatasan waktu untuk memberi maklum balas dengan segera. Semalam babak akhir untuk bahagian saya dalam drama tersebut dan hari ini saya menyambung penggambaran untuk drama baharu bersama produksi yang lain.

Kali ini untuk drama yang bakal ditayangkan ramadan nanti,” ujar Keith Foo, 40, yang nampaknya kembali kencang muncul di kaca televisyen tempatan.

Ketika ditanya tentang kemungkinannya muncul di layar perak, Keith mengakui dia ada menerima pelawaan untuk membintangi sebuah filem tetapi enggan berkongsi tentangnya memandangkan status tawaran tersebut masih belum diputuskan. “Saya baru lepas menjalani penggambaran drama 15 episod untul slot Samarenda, TV3 dan kemudian ke produksi baharu untuk drama rantaian 20 episod, juga untuk slot yang sama. Saya masih menantikan kata putus tentang tawaran berlakon filem tersebut, sebab itu saya tidak boleh berkata apa-apa tentangnya.”

Mahu melihat anak membesar di depan mata Antaratawaran drama dan filem, mana yang lebih menarik? “Kedua-duanya istimewa dan punya kemampuan tersendiri dalam menyokong nama seseorang selebriti pada aras industri seni. Drama khasnya drama rantaian, mampu memahat nama dan memori kepada penonton kerana ditonton setiap hari atau mengikut siaran berjadual. Filem juga mempunyai peranannya dalam mempengaruhi kerjaya seni seseorang pelakon.”

19 JANUARI –25 JANUARI,2023 MAJORITI 7 16 PROFIL

Kata Keith, ia bergantung kepada jalan cerita. Andai hebat dan bagus ceritanya, impaknya juga akan tempias kepada jenama kita sebagai pelakon dan begitu jugalah sebaliknya. “Secaraperibadi, saya tidak memilih atau meletakkan mana salah satu sebagai kepentingan. Mencari rezeki dalam bidangini, prinsip saya, terima sahaja tawaran yang ada asalkan sesuai dan ia tidak menggangu keseimbangan waktu dan jadual harian saya,” jawabnya yang ketika itu dalam perjalanan ke set penggambaran.

Sedia maklum, sebagai bapa tunggal kepada seorang anak perempuan, Keith mahu menjadi bapa yang bukan sahaja berjaya dalam kerjaya seni malah, berjaya menjadi bapa terbaik buat Skylar Raymond Foo yang bakal menjengah usia enam tahun pada 30 Mei nanti. “Sebab itu sebolehnya saya akan mengambil tawaran pekerjaan yang memberikan saya sedikit kelonggaran masa terutamanya pada waktu pagi. Andai boleh, biarlah call time bermula dari jam 9.30 pagi hingga jam 9.45 pagi,” ujar Keith yang begitu dedikasi kepada kerjaya dan anak tunggal perempuannya.

Keith mahu menjalankan rutin harian seperti mana bapa-bapa lain yang menghantar dan mengambil anaknya pergi dan balik sekolah andai tiada sebarang halangan. Beliau berazam untuk melihat Skylar membesar di depan mata tanpa ada tertinggal satu momen atau perkarapun. Waima waktu berehat ketika di set penggambaran, Keith akan meluangkan masa untuk membuat panggilan telefon atau panggilan video bersama anaknya, bertanyakan apa yang patut dan sebagainya.

Empat tahun beraya sebagai bapa tunggal

“Diam tak diam, sudah empat tahun saya merayakan sambutan Tahun Baharu Cina sebagai bapa tunggal,” kata Keith mengirakembali fasa berayasecarasolo tatkala saya bertanyakan tentangnya. Bagaimana

dengan penggiliran anak ketika musim perayaan? “Oh, ia tidak menjadi sebarang masalah kerana bekas isteri dan keluarganyakurang memberikan perhatian kepada sambutan Tahun Baru Cina. Mereka lebih fokus kepada sambutan Hari Natal. Jadi tiada isu anak perlu berayadengan siapa dan balik ke rumah mana. “

Meski sudah tidak lagi tinggal sebumbung, tetapi hubungan Feith dengan bekas isteri sangat baik sebagai rakan. Selalunya pada Hari Natal, anak akan meraikannya bersama isteri dan keluarga manakala untuk sambutan Tahun Baru Cina, anak akan bersama Keith dan keluarga untuk menyambutnya.

“Saya amat melindungi emosi anak saya. Saya beri dia peluang untuk mengekspresikan perasaan. Saya tidak mahu rasa terpaksa memilih itu wujuddalam dirinya. Saya mahu dia merasa selesa dengan situasi sekarang dan saya yakin, dia mula mengerti status hubungan kami sebagai penjaganya,” ujar Keith lagi.

“Tahun Baharu Cina disambut meriah, sama sahaja bagaimana kaum-kaum lain meraikan hari perayaan mereka. Tiada banyak yang berbeza rutinnya. Biasalah petang menjelang perayaan, kami akan berkumpul dan makan sekeluarga. Tahukan istilah acara‘makan besar?’ Keesokan harinya kami akan saling kunjung mengunjung dan yang paling dinantikan, acarapemberian duit rayaatau Ang Pow.”

Keharmonian hubungan kekeluargaan Keith Foomemang mengagumkan. “Mengapa perlu memeningan kepala dengan daram yang tidak perlu? Paling penting pada saya ialah semua saling hormat-menghormati sesama ahli keluarga, terus berkasih-sayang dan utamakan kebersamaan. Sedia maklum, dua adik-beradik saya juga bergelar mualaf dan kami meraikannya dengan carayang cukup harmoni,” jelas jejaka dari Gemas ini.

Berasal keluarga kahwin campur (Cina dan India), mesti ada beza atau uniknya khususnya di meja makan. “Kelainan mungkin dari segi menu. Ibu saya selalunya akan sediakan rendang, ayam cili, sup ABC dan macam-macam lagi hidangan yang berasaskan sayuran. Siap dengan ulam-ulaman lagi. Menu Tahun Baru Cina biasanya adalah menu gabungan antara makanan India, Cina dan Melayu,” cerita Keith lagi.

Apa pantang-larang budaya masyarakat Tiong Hwa ketika sambutan Tahun Baru Cina ?Sengaja kami mengujinya. “Alamak, sekejap ya... (ketawa). Setahu saya lah, orang tua saya beritahu yang selepas kita membakar mercun, kita tidak boleh sama-sekali menyapu sisa-sisa serpihan mercun yang bertaburan. Ia ibarat menyapu, menghalau atau membuang tuah. Itu antaraamalan yang menjadi kepantangan untuk dilakukan pada hari perayaan Tahun Baru Cina. Setahu saya lah,” kata Keith yang mengharapkan tempias tuah arnab tahun ini.

19 JANUARI –25 JANUARI,2023 MAJORITI7 17 PROFIL

High glamor gaya Rizman Ruzaini

Busana menakjubkan tidakdapat ditandingi hasilrekaanRizmanRuzaini yang melengkapkan musimperayaan ini. Koleksi klasik itumencedok gaya penuh kemewahanberbalas efek sensualwanitasecarautuh.

Fabrikmewah dengantekstur yang megahberperincian jemeki.Bulu-bulu

ostrichpadabahu danlenganmenjadi kombinasi eksklusif yang membiaskan aura keanggunan yang sungguh glamor lagimahal

Leherhalterbersama kolar Mandarin mencetus keunikan,sempurnabuat wanita yang mendambakan kelainan pada musimperayaankaliini

Manipulasi kontemporari ceongsam tradisi

SempenaTahunBaharuCina ini, ciptamemori bersama keluarga dan teman-temandenganpenampilan tradisional klasik yang menyaksikan manipulasi kontemporariceongsamolehtigaperekafesyentanah air terkemuka.

19 JANUARI –25 JANUARI,2023 MAJORITI 7 18 STAIL
Oleh AZIAHNOH

Sentuhan eklektik Innai Red

Koleksi InnaiRed untuk mengembalikan warisanCinadengan sentuhanmoden.Gaya, elemen dan siluet ikonik InnaiRed diperkenalkan semula danditafsirsemulamelalui reka bentukyangmenyegarkan dengankepekaanmoden yang kuat Selaras dengansuasana perayaan, warna-warnacerah dancorak bunga mendominasi penampilanyangmudah dihidupkan oleh tradisionalisdan fesyen.Setiapgayadibuatdalam pelbagai warnayangbenar-benar menjadikannyapiece eksklusif

Ropol, manik, organzatipis dan corakpenuh detail menjadikan busana dalamkoleksi initampilmenghormati siluet tradisional sambil mempamerkan konsepmoden

KhoonHooi kekalklasik

KhoonHooimenghasilkan himpunan perayaankhusus bagi menampilkan kemuncakkeanggunan TahunBaharu Cina.Apresiasi buat tahunyang melambangkankeanggunan dan kecantikan ituterpancarmenerusi busana dipertaruhkan.

Sesuai disarung buatmajlispaling mewah, pembacadapat memilih pelbagai set qipao danco-ordunik mengikut potongan kegemaran. Beberapa pilihanboleh dikenakan

mengikut reka bentuksama ada berhasratuntuk glam up bergantung pada majlis

Salah satu busana dalamkoleksi mempersembahkan MeiHui yang memberikan keseimbanganantara moden dantradisi dengan bintikpolka dihiasi bulu burung unta mengembang penuh keseronokan

Digayakandenganrambutsanggul bergaya diikat kemasmenghasilkan look bak bintang.

19 JANUARI –25 JANUARI,2023 MAJORITI7 19STAIL

Rangkaian hasilkerja seninya merubah galeri menjadi taman bunga, karyanya melata berilhamkan flora.

Ilustrasi kontemporari Miriam Omar

PAMERAN solo pertama Miriam OmarDaydreams diilhamkan oleh kecintaannya kepada landskap, alam semula jadi dan warna-warna ceria. Setelah membuktikan kemampuan dirinya dirinya sebagai artis pelbagai disiplin pada tahun 2018 dan melancarkan jenamanya sendiri, Project MIRRO, Miriam kini bersedia untuk menangani duniaseni sekali lagi. Daydreams dilancarkan secararasmi dengan kesudian Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin mencemar duli dan isteri, Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff bersama anakanak. Pameran itu terdiri daripada lebih 16 karya seni unik yang meneroka tema ingatan, imaginasi dan lamunan yang diputar belitkan yang mengaburi sempadan antararealiti dan imaginasi. Pameran itu mula-mula dikonseptualisasikan oleh Miriam Omar di tengah-tengah kemuncak penularan wabak Covid-19 sebagai caraperjuangannya mengatasi gejala serangan kebimbangan. Terjemahan melarikan diri dari kesunyian, kebosanan dan kesusahannya. Daydreams mula menjelma sebagai kemuncak tempat yang ingin dikunjungi, emosi yang ingin dirasai dan orang

yang ingin ditemuinya. Untuk melengkapkan pameran itu, beliau turut mempamerkan beberapa petikan kenyataan yang diterbitkan dan belum diterbitkan daripada Instagram @mirronotes dengan tema yang merangkumi idea cinta, pertumbuhan, rehat dan sempadan. Instagram @mirronotes dicipta sewaktu lockdown sebagai projek yang menyeronokkan untuk berkongsi coretan pemikirannya yang akhirnya berkembang dan mengumpulpengikut yang ramai di talian dan laman sosial.

“Daydreams sudah lama hadir. Saya mencipta karya seni ini sebagai mekanisme untuk mengatasi, menyembuh dan membersihkan semangat saya daripada tekanan dan gejala kebimbangan yang terkumpul sepanjang kemuncak Covid19. Saya berharap agar karya seni saya bukan sahaja menyerlahkan kepentingan menjaga diri dan menyayangi diri dalam masa pergolakan dan ketidak tentuan, tetapi juga, keperluan untuk bertindak ke atasnya juga,” kongsi Miriam Omar. “Kami teruja untuk mempamerkan karya Miriam Omar. Pameran Miriam mempamerkan daya tahannya sebagai seorang artis dengan menterjemahkan rasa kebimbangan dan tekanannya ke atas kanvas. Bukan sahaja karya-karyanya bertenaga, menyeronokkan dan imaginatif, ia juga

menghasilkan perasaan

Antararealiti dan fantasi

“Saya menganggap kesemuaan karya saya sebagai enhanced reality,dunia rekaan yang berunsur realiti, tetapi mempunyai ciri ciri fantasi. Karya saya adalah kombinasi pengalaman hidup dan imaginasi dari inspirarsi di mana-mana. Untuk pameran Daydreams,konsepnyaberasas daripada angan-angan saya semasa bersendirian ketika wabak Covid 19 melanda. Sebagai sumber melarikan diri dari dunia wabak Covid 19, saya berimaginasi dunia fantasi seperti dunia yang tercipta oleh penulis Enid Blyton, buku kanak-kanak yang saya suka baca satu ketika dulu.”

Seni Miriam Omar turut mengangkat aspek gaya hidup dan budaya masyarakat Malaysia. Elemen ini jelas pada lukisan kaum wanita yang dipamerkan dalam rupa gaya berbaju kurung, kebaya dan baju kelawar. Artis muda ini turut melukis seni bina Melayu contohya seperti rumah kampung. “Tujuan saya menyertakan elemen-elemen tradisional ini ialah untuk mendokong warisan Melayu

19 JANUARI –25 JANUARI,2023 MAJORITI 7 20 SENI
positif yang kuat,” pengasas dan kurator ZHAN Art | Space, Desmond Tong.

“Sayamenganggap kesemuaankarya saya sebagai enhanced reality, dunia rekaan yang berunsurrealiti,tetapi mempunyaiciricirifantasi Karyasayaadalah kombinasi pengalaman hidup danimaginasi dari inspirarsi di mana-mana.”

dalam budaya kontemporari,” ujar Miriam yang gemar menggunakan iPad untuk melakar idea dan medium utamanya pula adalah akrilik atas kanvas. Kadangkala beliau mencetak ilham pada kain.

Media sosial banyak membantu Miriam Omar di dalam mempopularkan kartya-karya seninya. “Saya menggunakan media sosial untuk mempromosi dan menjual hasil rekaan saya kepada khalayak ramai. Saya kongsikan proses pembuatan karya saya serta tip untuk semua yang berminat mempelajari tentang seni. Saya juga banyak membuat kolaborasi bersama jenama tempatan. Sokongan dari sekeliling saya, termasuk berkongsi karya di laman sosial menyebabkan lebih ramai orang mengenali rekaan saya. Wanita terutamanya memahami dan menjiwai subjek karya saya. Komen tentang karya saya adalah ia boleh membuat penonton berasa gembira, aman dan diiktiraf serta diagungkan.”

Subjek-subjek lain yang menjadi fokus seni MIriam pada masa akan datang adalah seni bina tradisi Melayu. Beliau amat berminat untuk mendalami subjek rumah kampung Melayu di dalam suasana mistikal dan fantasi. Miriam percaya yang

penyelidikan secarateliti juga penting di dalam proses berkarya. Kerana itu, Miriam kini sibuk mempelajari jenisjenis rumah kampung dan ciri-ciri seni binanya. Selain itu, beliau juga sedang bereksperimentasi dengan teknik dan medium seni baharu.

Perkembangan positif komuniti seni reka dan kreatif di Malaysia cukup mengujakan. Sebagai seorang artis, Miriam gembiradapat berkongsi ilmu dan pengalaman; malah banyak peluang kolaborasi dengan pereka seni atau bisnes yang lain. Contohnya kolaborasi bersama label Shein dan Poplook.

Pameran solo pertama Miriam Omar menjadi titik tolak kepada kerjaya seninya dalam skala yang lebih serius. “Sebagai seorang pelukis komersial, fokus saya biasanya mencipta rekaan atau karya untuk jenama atau bisnes lain, lalu timbul juga perasaan skeptikal mengenai pameran solo saya sama ada akan mendapat sambutan atau tidak. Saya sangat bersyukur dengan respon positif yangditerima. Pameran ini memberi peluang bagi saya untuk mendekati penggemar seni saya dan dalam masa sama mengilhamkan saya dengan perspektif baharu untuk berkarya pada masa akan datang.”

19 JANUARI –25 JANUARI,2023 MAJORITI7 21 SENI
Daydreams2 Miriam Omar Pengunjungcukup menggemari dindingyang dipenuhi kata-katadari siri @mirronotes Garden Of Love Self Love 2
DT
G( ZH AN AR TS PA CE )
DES MON
ON

5bakal diva Bollywood 2023

NASUTION

SEPERTI mana industri kreatif antarabangsa, Bollywood juga tidak ketinggalan mengalami fasa kehadiran selebriti generasi baharu. Mereka bukan sahaja cantik, malah memiliki dan mewarisi bakat daripadaleluhur masing-masing.

Generasi baharu ini antara wajah-wajah baharu layar perak India yang bakal memberikan momentum tersendiri dalam mengangkat dan mengukuhkan pentas Bollywood di persana dunia.

M7 memperkenalkan lima rupawan yang akan mewarnai panorama perfileman Bollywood sepanjang tahun 2023. Inilah gadis B-Town yang harus anda kenali.

Shanaya Kapoor

ShanayaKapoor merupakan anak kepada aktor dan pengarah filem,Sanjay Kapoor danpasangan, MaheepKapoor.Filem pertamanya bakalditayangkan pada tahun ini.

Memiliki pengikutyangramai di media sosial, spekulasi kini bertebaran apabiladikatakanpelakon muda tersebut bakal muncul dalam filemberjudul Bedhadak projekkendalian KaranJohar Dharma Productions.

Khushi Kapoor

Anak bongsukepadapasangan legenda Boney Kapoordan Sri Devi, Khushi Kapoor nampaknya turut menjadi tumpuan pemerhati Bollywoodpada tahunini. Khushi membuat parapenonton menunggu berita mengenai penampilan sulungnya di Bollywood sejak sekian lama. Sehubungan itu,beliau kini memberikan bayangan terlibat dalam filem pertamaarahanZoya Akhtar berjudul The Archies.

Alizeh Agnihotri

Bintang muda harapan Bollywood ini dijadualkan bakal membuat debut sinematikdalamfilem arahan SoumendraPadhi.

Anak gadiskepadaaktor Datuk Shah Rukh Khandan pasangan, GauriKhan, Suhana Khan sentiasa menjadi bualan ramai dekpenampilan yangmenarik dan pernah membuatpersembahan bersama kugiran di pentas teaterdi AmerikaSyarikat(AS)

Walaupun pelakon muda itu mengejutkan warga maya dengan bakatlakonandalam pentasteater, namunpenampilan sulungnya di industri Bollywood semakin ketara apabila kinimembuat persiapan untuk filem arahan Zoya Akhtar, TheArchies

Soumendraadalah seorang pengarahfilem yang pernahmemenangi kategori Filem Kanak-kanak Terbaik pada Anugerah Filem Kebangsaan 2016 menerusi karyaManoj Bajpayee Budhia Singh: Born To Run

Pashmina Roshan

Kakak sepupu kepada aktor Hrithik Roshan, Pashmina Roshan baru-baru ini mengumumkan pelancaran semula Ishq Vishk Rebound bersama aktor sensasi ,Rohit Saraf dan pelakon kanak-kanak Jibraan Khan, sekali gus menarik perhatian ramai.

19 JANUARI –25 JANUARI,2023 MAJORITI 7 22 HITS
Oleh FAIZAL HARUN Suhana Khan Pashmina Roshan Alizeh Agnihotri Suhana Khan Kushi Kapoor Shanaya Kapoor

Michelle Yeoh bercakap mengenainasi lemak&ibu bapa

BERBICARA mengenai figuraini beliau antaraanak seni tempatan yang berjaya membina kerjaya lakonan di luar negara. Biarpun portfolio cemerlang di persada antarabangsa, tetapi Tan Sri Michelle Yeoh tetap tidak pernah melupakan asal usulnya di Malaysia. Menerusi wawancaraistimewa bersama Netflix sempena siri The Witcher Blood Origin, anak kelahiran Ipoh, Perak tersebut begitu bersahaja bercerita perihal kegemarannya mengenai tanah air. Ikuti bingkisan wawancarapemenang Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi pada acara Golden Globe Awards dipetik bersama Netflix.

Apakah ‘kisah asli’ anda?

Bukan bunian, bukan ahli sihir (ketawa). Saya berharap sangat menjadi ahli silap mata atau penyanyi dan memiliki kuasa menyembuhkan. Saya berasal dari Malaysia iaitu paling tepat Ipoh, Perak.

Saya membesar dikelilingi alam semula jadi, gunung, gua dan pantai. Saya amat bersyukur kerana kekal menjadi diri sendiri dan hidup dalam masyarakat majmuk.Iabanyak membantu saya ketika berada di perantauan untuk menghargai dan meraikan kepelbagaian individu yang hadir dengan variasi budaya.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan anda semua berkunjung ke Malaysia dan terokailah sendiri keindahannya.

Bagaimanakah nilai-nilai Asia membentuk diri anda pada hari ini?

Saya hidup dalam persekitaran yang membantu membentuk sahsiah diri menjadi seorang mudah menerima. Justeru, saya lebih mudah menerima sesiapa meskipun mempunyai perbezaan. Tidak berpaling dan bertanyakan mengapa, sebaliknya mendekati, menyambut dengan baik dan mempelajari sesuatu positif tentang mereka.

Zali enggan dibayangiHaqiemRusli

PENYANYI berusia Zali Rusli enggan menumpang populariti abangnya, Haqiem Rusli. Bicarajejaka berusia 17 tahun itu: “Saya tak kisah jika tidak dikenali sebagai adik Haqiem Rusli. Saya lebih selesa merangkak dan berdiri atas nama dan bakat sendiri.”

Zali pernah hadir dengan single Pewangi,ciptaanabangnya dan Ibnu. Pun begitu nyanyian pertamanya itu seolah-olah terbeku angkarapandemik Covid-19 dua tahun lalu.

Nasib tidak menyebelahi beliau apabila berdepan keterbatasan aktiviti promosi seterusnya membuatkan namanya kurang dikenali berbanding artis generasi baharu lain.

Kini beliau tampil dengan Kamu Cantik Malam Ini,karya ritma kedua

yang turut mempertaruhkan karya gandingan ciptaan bersama abangnya.

“Buat masa sekarang saya selesa menyanyikan lagu ciptaan kami dan mendapat persetujuan daripada pihak FMC Music. Namun begitu jika diberi peluang saya ingin menyanyikan lagu pencipta lain,” katanya.

Tambah Zali, beliau yakin membawakan lagu bergenre balada kerana disifatkan mudah diterima dalam kalangan pendengar. Lebih-lebih lagi trend hari ini kebanyakan pendengar meminati lagu balada era90an.

Kamu Cantik Malam Ini bakal dilancarkan di semua platform digital termasuk muzik video turut disiarkan di saluran YouTube FMC Music.

kegemaran dari tempat kelahiran anda?

Makanan

Wow! saya tidak pasti adakah cukup masa untuk nyatakan semua di sini (ketawa). Terlalu banyak antaranya kari laksa, mi ayam, nasi ayam, udang galah, nasi lemak, nasi padang dan lagi, lagi dan lagi. Saya memang suka makanan dan Malaysia menawarkan pelbagai jenis sajian terbaik yang menyelerakan.

Apakah rancangan atau filem yang mempengaruhi anda?

Wizard of Oz.Bapa saya suka menonton filem berunsurkan alam semula jadi antaranya filem Tarzan manakala ibu pula menyenangi filem romantik. Saya mendapat keseimbangan daripada kedua-duanya.

Pelajaran terbaik diajar ibu dan bapa anda?

Pelajaran terbaik daripada ibu bapa adalah memahami makna menghargai apa yang dimiliki. Selain itu, diajar berdikari, mampu bersuarauntuk diri sendiri dan menghormati orang lebih berusia.

Projek paling diingati sehingga kini?

Susahnya soalan ini. Ibarat bertanya siapakah anak kegemaran anda? Aduh...saya amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk memilih dan ya, saya memilih setiap projek kerana merasakan dengan caraitu dapat meluangkan masa berharga bersama keluarga di rumah.

Setiap projek mempunyai signifikasi berbeza-beza seperti Tomorrow Never Dies, Crouching Tiger, Hidden Dragon dan Sunshine.Andai terpaksa pilih satu saya rasa dalam satu itu ada semuanya.

Ini disebabkan saya membuat latihan untuk semua watak dalam setiap filem selama 40 tahun. Ia memacu kerjaya selari dengan kepercayaan peminat kepada kemampuan saya sebagai pelakon.

Nago Bogho

Tarikh tayangan : 19 Januari 2023

Filem arahan Sabri Yunus mengisahkan tentang Duan, penari Mak Yong yang berhijrah ke Kuala Lumpur atas paksaan ibu bapanya selepas terlibat dengan pergaduhan di kampung.

Dia bertemu rakan sekampung di Kuala Lumpur dan melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup, namun minat dan cintanya pada seni tari tidak pernah pudar. Duan sekali lagi terlibat dalam kancah pergaduhan apabila cuba menyelamatkan seorang gadis daripada diculik adik kepada ketua samseng yang menuntut bela atas kematian abangnya di tali gantung kerana membunuh kekasih gadis tersebut.

Missing

Tarikh tayangan : 20 Januari 2023

Apabila ibunya hilang ketika percutian di Colombia bersama teman lelaki, pencarian June mendapat tentangan oleh birokrasi antarabangsa. Terkandas beribu batu di Los Angeles, June cuba menjejaki ibunya dengan bantuan teknologi dengan carakreatif sebelum segalanya terlambat. Semakin mendalami misteri kehilangan ibunya, dia semakin keliru apabila rahsia ibu semakin terbongkar.

The Wandering Earth2

Tarikh tayangan : 22 Januari 2023

Suria bakal musnah dan manusia perlu membina mesin mega di bumi demi meneroka kehidupan baharu. Bagaimanapun, jalan keluar ke alam semesta adalah berbahaya. Demi menyelamatkan bumi sekumpulan anak muda mengembarasekali lagi melangkah ke hadapan memulakan pertempuran melawan hidup dan mati.

19 JANUARI –25 JANUARI,2023 MAJORITI7 23HITS
Tiket &Popcorn
Duan
105.3 FM Lembah Klang |106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang |91.7 FM Taiping | 96.0 FM Ipoh |102.4 FM Kuala Terengganu |106.1 FM Kota Bahru |96.1 FM Kuantan | 88.5 FM Melaka, Johor Utara|107.0 FM Seremban |101.4 FM Johor Bahru LEBIH 15,000 PENGUNJUNG BANJIRI KONSERT AMBANG TAHUNBARU 2023 SURIAFMxIOI CITY MALL PUTRAJAYA SURIA

Persembahan pembukaan daripada HydraBand dan pertunjukan silap mata dari ‘Mark &Pinky’ telah mencuri tumpuan lebih 15,000 pengunjung KonsertAmbang Tahun Baru 2023 Suria Fm xIOI City Mall Putrajaya yang diadakan di Symphony East, IOI City Mall pada 31 Disember 2022 (Sabtu) lalu.

Bukan itu sahaja, persembahan dari barisan artis popular seperti Ziana Zain, Amir Masdi, Floor 88, Kugiran Masdo, Andi Bernadee, Syameer Azmi, Zulhadi,Hasif Upin, Bil Musa, Bell Yu Tian dan Geraldine turut mendapat tepukan gemuruh daripada parapeminat yang berada di lokasi. Kemeriahan hangat terasa dengan kehadiran tiga penyampai Suria FM iaitu Suraya, Shuib dan Sharifah Shahirah(Rara) selaku host konsert pada malam itu.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, “Alhamdulillah, konsert ambang tahun baru kali ini mendapat sambutan diluar jangkaan. Mewakili pihak Suria FM, kami amat berterima kasih kepada semua pengunjung dan peminat setia Suria yang sudi hadir memberikan sokongan.”

Ujarnya, “Konsert ini diadakan sebagai tanda penghargaan dari Suria FM buat semua pendengar setia yang sentiasa menyokong kami. Kami berharap agar pengunjung yang hadir dapat bersama-sama meraikan kehadiran tahun baru sambil berhiburbersama insan tersayang.”

Sepanjang konsert berlangsung, pengunjung turut memenangi hadiah ‘Giveway’ dari Parkson, The Body Shop, Object, Bath &Body Works, Wings, Homepro dan AyuBorneo. Selain itu, mereka juga berpeluang membeli ‘Barangan Eksklusif Suria FM’ seperti T-Shirt, lanyard, payung, sticker kereta dan Jersey edisi terhad yang dikeluarkan bersempena ulangtahun Suria FM yang ke-15 dengan harga promosi!

Instagram: suriamalaysia Facebook: @SuriaMalaysia TikTok: @suriamalaysia Youtube: SuriaTV Twitter: @suria_malaysia
SURIASPACE
CITY MALL PUTRAJAYA
Sambutan Suria 15 Tahun di Genting Dream Cruise
SURIAFMxIOI

Bermulasebagai pendandan, kini mereka rambut palsu

Sebagaiantara pendandan rambut terbaiknegara, David Shaw sudahpun menjejaki puncak kerjayanya.Kepuasan diri hanyadikecapi sewaktubeliau memulaibisnes merekadan menjual rambutpalsudengan menghimpun rangkaianpelanggan daripada fashionista hingga ke pesakit kanser

MELEWATI 29 tahun dalamindustri, pemilik butikcemaraHairMenu Wigs inimemulakan langkahnya sebagai pendandan rambut sebaik sahaja menamatkan zaman persekolahannya Sejurusmeninggalkan tugasansebagai pendandan rambut di salun,beliau mulamenceburi kerjayadandanan rambut dalamdunia produksi selama 25 tahun.Hasil pengalaman itu, karya beliau sangat digemari oleh golongan selebriti, pereka fesyen danpenggiat produksi.

Beliaumelengkapkan diri dengan pelbagai bentukdan mediumpengalaman tentang rambut dan cemaramenerusikursus,ekspo rambut dan pameran rambut. David Shaw kiniberjaya meletakkan dirinyasebagai antara pendandan dan pereka rambut terbaik di Malaysia.

Bagaimanaberalih arah dari sekadar mendandanrambut kepada penghasilan rambut palsu?

Saya dapatiindustrikreatif tempatan amat sukar mendapatkan rambut palsu yang cantikdan berkualiti. Terutamasekali untuk kegunaan produksi yang mahukan penggayaanrambutmenepati watak atau eratertentu. Juga mahukangayarambut yang segera. Kekuranganitulahsayajadikan laluan untuk menciptajejakkerjaya dalam sentuhankreativiti dandananrambut palsu. Kalautidak silap saya, ia bermula pada tahun 2004 Melihatkan prospeknya yang meyakinkan,sayamemulakanperniagaan menjual rambutpalsu eksklusif dengannama HairMenu Wigs sejak lapan tahun lalu. Asalnya, ia adalah bengkel menggayakan dan menggubah rambut palsu.

Adakah perbezaan antara rambut palsu biasadan yang bertaraf eksklusif?

Saya membuat kajian tentangrambut palsu dan materialnya selama lebih kurang lima tahun. Rambut palsu eksklusif tapak rambutnya

buatanfabriknet bermututinggi. Saya akanmenempah netdariSwitzerland Bayangkan,untuklapisan tapak sahaja bolehterdiridari buatan5,000 jenis material! Rambut palsu sentetik, warna dan pembalikanbiasan cahayanya lebih kaya dan menyilau. Manakala rambut palsu eksklusif tampak sangat aslikeranaiabuatan dari rambut asli manusia yang dianyamdi tapak fabrik netberkualiti tinggi.

Tip pemakaian rambutpalsu?

Andai berhajat untuk memakainya dalam jangka masayangsingkat,saya sarankanmiliki sahaja cemara buatan sintetik. Tetapi, sekiranya memakai jangka masalama, saya sarankanagar anda membuatpelaburan bijak dengan memiliki rambut palsu ditempah khas. Selain cantikasli, ia juga tahan lama. Apapun pilihan pelanggan, selalunyamereka akanmembuat janji temu sebelum memutuskan rambut palsu jenis apa dan bagaimana ingin dimiliki.

Siapa pelanggan anda?

Merekayangingin kelihatanbergaya dan berbeza hanyadengan perubahangayarambut. Dan juga merekayang mengalami keguguran rambut kronik selepas menjalani rawatanbarah. Cabaran timbulapabila pelangganmerupakan pesakit barahdibawah rawatan kimoterapi hanya mampumembawa gambar merekasemasa sihat dengan rambut rupa asalpada sudut pandang tertentu.Bayangkan,bagaimana saya ingin mencipta semularupa asaltigadimensi sedangkan foto pula hanyabersifat satu dimensi pada permukaan satah Ketika ini,imaginasi dan kepekaan yang tinggiamatdiperlukan dalam mewujudkan kembalidimensirambut di atas kepala

Pernah berhadapandengan kerenah dan kontroversi?

Sebagai penjual rambut palsu, ada timbul sedikit keraguan khususnya kepada pelanggan Muslim. Tetapi,ia lebih bertumpukepada pelanggan yang menghadapi kesan keguguran

rambut akibat rawatan kimoterapi atau mengalami kebotakan. Mereka sangsiapakah ia dibolehkan atau sebaliknya. Andai berbicara tentang kerenah,sayaagak kurang senang apabila warga asing mempertikaikan kreativiti warga seni Malaysia. Saya berkerjadengan produksi filem, komersial dan teater tempatan yang manaadakalanyadisertaipasukan kreatif darinegaraluar.Ada sahaja kritikan mereka tentangpasukan kreatifkita yangkononnya tidak mampu menampungpermintaan dan sebagainya.Sedangkan warga Malaysia dankreativiti itu memang sangatakrab!

Bagaimanaperniagaanketika era pendamik lalu?

Saya berasa lega danbernasibbaik kerana mendapat tempahan rambut palsu daripada pelangganyangberada di luarnegara.Ketikaitu,kebanyakan kedairambut palsu di lokasikediaman mereka kehabisanbekalan lalu menghubungi saya untuk membuat tempahan. Mujurkhidmat penghantaran global masih berfungsi

Penempah rambut palsu ketika itu terdiridaripadapembelidariMilan, Australiadan Brunei. Saya meminta merekamemberikan ukuran danapa saja infoberkaitandengan kehendak termasuklahwarna, bentukdan potongan.Sayalegakeranaberjaya melewatifasayangsukar itu

Pengiktirafan tertinggibuat anda dalamkerjaya dandanan?

Maaf, saya takberapa ingatkerana bagi saya anugerah tidak sepenting mana. First class respect itu mengatasi segala-galanya.Apabila ketika seseorang atausesebuah produksi dengan bajet bagusakanpantas mencarikita demi memiliki dan menikmati keindahankarya sentuhan.Malah,menghargainya sebagai satu pelaburan. Saya gembiraapabilarambut palsu eksklusif saya menjadi pilihan ramai selebriti, pereka fesyendan sosialit antaranya Nabila Huda, Dato’ BernardChandran,

19 JANUARI –25 JANUARI,2023 MAJORITI 7 26 MODE
Oleh FAIZAL HARUN NASUTION Foto AZLINA ABDULLAH Amy Search dan Dato’ Rizalman. David sedang menyiapkan danmerapi salahsaturambutpalsutempahan pelanggan. Antara koleksi rambut palsuyang didandan secara artistik olehDavid

Signifikanvitamin untukmahkota

BUKAN rahsia lagi bahawarambutdi kepala kita adalahmahkota yang cukupberharga.

Rambut sentiasa menjadi simbol identiti setiap individu.Fungsinya dalam meluahkan kecantikan, keyakinan dangayaperibadi seseorang.

Pertumbuhan dan kesihatan rambutpula dipengaruhi faktor tertentu sepertipemakanan, genetik, pengambilan ubat,hormon dan juga stres.

Hasilkajian mendapati bahawa kekurangan vitamindan mineral yang penting untuk pertumbuhan dan fungsi sel normal boleh menyumbang kepada keguguran rambut.

Setelah berjayamelancarkan salun rambutpertamanya Hairplay, ikon fesyen Marion Caunter mula menyedari akan kepentingan mengekalkan kesihatanrambut.

Pengacarapopular itu merasakan terdapat keperluanuntuk rambut yang sihat tanpa perlubersusah

payah mencari pendandan rambut.

“Semasabeberapa kali negarakita lockdown, saya mendapati rambut banyak gugur berbanding kebiasaan “Saya mula memberi lebih perhatian kepada rambut susulan terpaksa ‘berkurung’ di rumah. Badan saya mungkin kekurangan nutrien penting,” ujarnya

Berikutan itu,bersama usahawan kecantikan terkenal Puteri Zarith, Marion menghasilkan vitamin rambut, More is More yang dicipta untuk menyokong pertumbuhan dan mengekalkan kesihatan mahkota.

Minuman campuran botani buah beri danpic ini dirumuskan dengan multivitamin,saw palmettodan biotin

Biotin pulatelah lama terbukti meningkatkan kualiti keseluruhan, ketebalan dan kilauan rambut.

Menawarkan pendekatan harian satu langkahyang mudah, pembaca hanya perlu makan sebungkus More is More pada waktu pagi atau sebelum tidur. Butiranlanjutlayari Instagram @morebymare.

19 JANUARI –25JANUARI,2023 MAJORITI 7 CANTIK SEGAK 27
Jenisvitamin untuk pertumbuhanrambut Vitamin B Biotin VitaminC Zinc VitaminD VitaminA Perfumepilihanmingguini! 1. Dior Blooming Bouquet - Sejambak nota Peonydan Rose yang halus diasah dengan kesegaran Calabrian Bergamot dan dihiasi renda White Musks. Wangian ini memberi penghormatan kepada keghairahan legenda Christian Dior terhadap bunga. 2. Cartier Les Heures de Parfum - Koleksi yang terdiri daripada tiga belas wangian unik diilhamkan emosi kehidupan. Berharga, moden dan ringkas. 3. Louis Vuitton xYayoi Kusama Parfums - Haruman ikonik dihiasi dengan titik dicat yang menyeronokkan dan bertenaga dengan kemasan sentuhan unik.
Marion Caunter

Menulis jurnal sesuai dijadikan rutinjika anda sering berhadapandenganhari-hari yang terlalusibuk.Penulisan di dalam jurnal membantu minda menjadi lebih stabil danseterusnyafokus

MASA kini orang dewasapun sudah kembali berjinak-jinak menulis jurnal selepas penyelidikan di Barat menyiarkan laporan demi laporan manfaatnya.

Menulis jurnal atau lebih dikenali sebagai diari sebenarnya dapat dijadikan sebagai terapi menenangkan diri disamping mengimbangi semula minda seseorang untuk lebih stabil.

Aktiviti itu juga dikatakan membantu otak seseorang kembali mahir berfikir secarawajar menerusi penulisan termasuk melakukan refleksi harian.

Memetik laman web intermountainhealthcare.org,aktiviti menulis jurnal juga medium untuk menguruskan tekanan dengan baik.

Penyelidik Cambridge melaporkan bahawa menerusi penulisan jurnal dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan sistem ketahanan badan, sekali gus menguruskan keresahan dan tekanan.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa menulis jurnal adalah ‘lapuk’, namun aktiviti itu sebenarnya turut memberikan kelebihan pada karakter diri. Bahkan, aktiviti yang memberikan pelbagai manfaat kepada mental dan emosi juga tidak menelan belanja tinggi anda hanya perlukan pen dan kertas.

Tip menulis jurnal

l Senaraikan aktiviti harian. l Selitideapenyelesaian masalah. l Tulis mengenai momen penting.

Berikut adalah empat kelebihan paling biasa terdapat pada seseorang menulis jurnal secaraberkala atau rajin menulis nota harian.

Perspektif hidup lebih jelas

Menulis jurnalmembolehkan anda menyedari naratif koheren membantu dalam mendapatkan perspektif lebih jelas menerusi cara rasional, analitikaldan meningkatkan mood serta kesejahteraan diri secaraholistik.

Meneroka diri sendiri

Menerusi penulisan jurnal, anda dapat menyediakan ruang dan masa untuk meneroka, bahkan berhubung dengan diri sendiri. Menulis juga dapat membantu anda berfikir danmempertimbangkan perkara penting untukdiri dan menyenaraikan faedahmotivasi diri untuk memberikan kehidupan lebihpositif.

Aktiviti menulis jurnal memberikan kelebihanpada emosi dan mental

Tidak mudah lupa

Jika mahukan minda tajam, ingatan dan pemahaman tinggi serta meningkatkan kapasitas memori, aktiviti menulis jurnal membantu menjaga minda dengan baik dan tidak mudah lupa.

Berkeyakinan tinggi

Aktiviti menulis jurnal membantu menyelami diri dan menikmati masa dimiliki, selain membantu untuk memahami emosi dan perasaan. Dalam kajian yang diterbitkan laman web cambridge.org,penulisan ekspresif dapat membantu individu membina skema lebih tersusun, adaptif dan bersepadu mengenai diri sendiri, orang lain dan dunia.

Melepaskan tekanan dipendam

Trauma adalah pengalaman buruk atau peristiwa rahsia yang berlaku lebih mudah dilepaskan di dalam jurnal. Kesannya, ia membuatkan emosi lebih stabil dan boleh mengawal perasaan dengan lebih baik.

Terapi kemurungan

Masalah kemurungan boleh berlaku jika pelbagai isu negatif dipendam. Anda boleh luahkan segala permasalahan dan emosi negatif dalam jurnal anda. Apabila menulis anda akan lebih nampak punca dan keadaan sebenar.

28 HOLISTIK MAJORITI 7 19 JANUARI –25JANUARI, 2023
Oleh FATINSHAHAR
l Pencapaianharian. l Habiskan 15 minit untukmenulis

MENURUT Jabatan Perangkaan Malaysia, Statistik Punca Kematian di negaraini menunjukkan bahawa penyakit jantung menjadi punca utama kematian bagi wanita iaitu sebanyak 13.4 peratus daripada 43,237 kematian disahkan secara perubatan pada tahun 2020.

Wanita selalunya tidak didiagnosis dengan penyakit jantung secepat lelaki kerana wanita lebih cenderung mempunyai simptom yang berbeza daripada lelaki.

Pakar Perunding Kardiologi Dan Ketua Klinikal Perkhidmatan Perubatan dan Ketua Klinikal Bagi Kardiologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Norazlina Mohd. Yusof berkata, beberapa tanda awal penyakit itu pada wanita yang tidak ketaraadalah sakit pada leher, rahang, bahagian atas abdomen atau belakang.

“Tanda awal dialami wanita lazimnya dianggap penyakit biasa seperti sakit gigi dan gastrik menyebabkan mereka lambat mendapat rawatan sepatutnya untuk jantung.

“Berbeza dengan lelaki, mereka akan mengalami sakit dada dan tanda ketaraini mempermudahkan pesakit untuk terus dirujuk pada pakar jantung

“Saya ada ramai pesakit wanita yang ada tanda tidak ketaradan apabila buat pemeriksaan terperinci, didapati pesakit sebenarnya mempunyai masalah jantung,” katanya.

Pakar itu memberitahu, serangan jantung yang terjadi akibat gangguan aliran darah ke jantung boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan cepat dan tepat.

“Faktor risikopenyakit jantung bagi wanita termasuk tekanan darah tinggi atau kolesterol, diabetes, merokok, kurang bersenam dan diet

tidak baik.

“Kesan gabungan tekanan daripada kerja, perhubungan dan keluarga juga boleh meningkatkan risikowanita menghidap penyakit jantung,” jelasnya.

Menyambung penjelasannya, Dr. Norazlina turut mendapati corak serangan jantung dalam kalangan wanita mula berlaku individu berusia antara35tahun hingga 40 tahun.

“Statistik ini meningkat kerana ketika usia sedemikian wanita mula memasuki fasa menopaus atau pramenopaus.

“Berdasarkan statistik perubatan sedunia, kadar usia wanita di Asia adalah 51.2 tahun dan angka ini terus meningkat kerana kurangnya kesedaran tentang penyakit jantung,” jelasnya lanjut.

Dr. Norazlin juga menyarankan wanita perlu lebih peka dengan perubahan pada diri dan perlu tahu mengukur tahap kesihatan mereka sendiri bagi mengesan simptom yang tidak jelas itu.

Beliau turut menasihati orang

ramai supaya mengamalkan gaya pemakanan sihat seperti disarankan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan seperti memperbanyakkan makan sayur atau ulam dan ambil makanan kurang minyak dan garam.

“Wanita yang berisikomengalami sakit jantung amat digalakkan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan lebih awal sekurang-kurangnya sekitar usia 40 tahun.

“Buat wanita yang mempunyai sejarah masalah depresi kronik selama bertahun juga perlu mendapatkan pemeriksaan kerana hormon stres yang meningkat boleh menyebabkan kandungan gula dan tekanan darah meningkat.

“Jantung dan otak adalah organ yang tidak boleh tumbuh atau ganti. Jadi, sebelum terlambat dapatkan pemeriksaan bersesuaian untuk kesihatan diri,” ujarnya.

Kata kunci ABCDS

Ujian darah

Periksa masalah gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

Ujian air kencing

Mengenal pasti sama ada terdapat darah dalam air kencing.

Ujian stres

Melihat kadar degupan jantung jantung selari dengan keputusan Elektrokardiogram (ECG).

Ujian Cardiac Ultrasound Membantu untuk melihat komplikasi jantung.

A
B
C
D
S
(keinginan merokok)
Aspirin (ubat dan lain-lain)
Bloodpressure(tekanan darah)
Cholesterol(kolestrol)
Diabetes dan diet
Smokingsensation
Lakukan pemeriksaan saringan berkala
19 JANUARI –25JANUARI, 2023 MAJORITI 7 HAB SIHAT 29 Wanita juga berisiko serangan jantung
Oleh FATINHAFIZAH
Dr.Norazlina
Sakitpada rahang antara tandamasalahjantung dalam kalangan wanita
Tidakseperti lelaki tandaserangan jantung golongan wanita sukar dikesanmembuatkan mereka berada tahap serius,malah sukar dirawatkeranaberlaku kerosakanpada jantung.
Wanita perlupeka terhadapsakit bahagian abdomen.

KeindahanTaiwan destinasimesra Muslim

BIRO Pelancongan Taiwan sekali lagi membawakan program percutian mesraMuslim yang merupakansatu usahamengalakkan rakyat Malaysia khususnya berkunjung ke negara ‘jantung Asia’ tersebut.

Berbicara tentangTaiwan 23.9 juta itu kita sering menggambarkan mercu tanda MenaraTaipei 101 antara tertinggididunia.Paling tidak pun, syurga membeli-belah koleksi fesyen trendy baikuntuk golongan jejaka mahupun wanita.

Hakikatnya, tanpa disedari Taiwan salah satu negarabukan Islam yang mesraMuslim di dunia!

Secaraasasnya, kelebihan Taiwan sebagai destinasi percutian boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu:

MesraMuslim

Di sana terdapat lebih kurang 60,000 penduduk beragamaIslam danini tidak termasukpekerja asing dari negara-negaraIslam. Ini bermakna mudah buat pelancong Muslim mencari restoran halal mengikut cita rasa pilihan.

Antaranya restoran Indonesia, Arab, India, Cina Muslim yang menawarkan variasi sajian. Oh ya, pastikan andamencuba mi di Taipei dan berkunjung ke gerai-geraimenjual snek serta minuman seperti teh bobadan aiskisaryang halal.

Situasi ini selari dengan Taiwan yang pernah diiktiraf sebagai ‘DestinasiInklusifTahunan(bukan OIC)’ pada Majlis Anugerah Pelancongan Halal 2022.

Romantis

Nikmati pemandangan matahari terbitdan terbenam yang mengasyikkanbersama pasangan. Masakan tidak, Taiwan sememangnya syurga buat pasangan suami isteri menyemarakkan kisah cinta

Pada masa sama, jangan ketinggalan menjamu seleradengan seleksi juadahenak berlatar belakang keindahan alam atau kecanggihan metropolitan dalam suasana romatik.

30 NOMAD MAJORITI 7 19 JANUARI –25JANUARI,2023
Kawasanpiknik di Miaoli Flying CowRanch. Tren Kaohsiung. AMR IG IN AN G

Trendy

Sesuaidengan imejnya sebagai ‘jantung Asia’, Taiwanyang diperintah di bawah Dinasty Qing Dynasty selama 200 tahun antara tahun1683 hingga 1895 kini menawarkanpelbagai tarikan menarik.

Selari peredaran semasa, Taiwan hari iniantaradestinasi beli-belah ‘sarat’ daripada himpunan fesyen, gajet hinggalah mainan terkini.

Pengangkutan moden

Bukanitu sahaja, kunjungi lokasi-lokasi yang memiliki bangunan dengan reka bentukunik, mengagumkan dan dikelilingi persekitaran berwarna-warni.

Bertambahmenariknya, kebanyakan tanaman yang ditanamdi sekitar tempat penginapan termasuk bunga-bungaanboleh dimakan.

Selainitu, selamijuga gaya hidup metropolitan dengan kecanggihan sistem pengangkutan serba moden seperti tren berkelajuantinggi di Taipei.

19 JANUARI– 25 JANUARI,2023 MAJORITI 7 NOMAD 31
Pertunjukan kebudayaan di Yuyupas CulturalPark. Mi daging halal antara juadah kesukaan pelancong Malaysia Pemandanganmatahari terbit di HeHuanSan. Taman tema Lih Bao Taichung FR EEP IK

Aiskrim enak sempena Tahun Baharu Cina

RAIKAN kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina 2023 bersama keunikan himpunan menu ditawarkanThe RuMA Hotel and Residences

Menggunakansimbolik elemen tahun arnab air mengikut kepercayaanmasyarakat Cina, hotel mewah itu menghimpunkan aneka pilihan ais krim bagi sesi minum petangSpring Afternoon TeaatThe LIBRARI.

Dihidangkan khusus dengan sentuhan elemenkehalusan dan kecanggihan sejajar dengansimbolik tahun arnab air, koleksi ais krim diketengahkan memberikan pengalaman unik dalam setiap pilihan.

Pelanggan berpeluang menjamu ais krim dihidangkan di atas troli khusus denganhiasan menarik terdiri daripada pilihanseperti Truffle and BéarnaiseIce-CreamorRhubarband

Mascarpone Ice-Cream. Pengalamankulinariunik itu boleh didapati bermula jam 2petang hingga 5petang antara13Januari 2023hingga 31 Mac 2023pada harga RM158 setiapseorang atauRM298 bagi dua orang.

Di samping itu, bagi anda yang ingin membawa pulang kuih tradisional sempena musim perayaan bolehdapatkan di hotel tersebut sempena promosi Lunar Takeaway Cookies Cookies.

Antarakuih tradisional yang diketengahkanadalah tart nanas, Peanut Butter Cookies, Sable, Linzer Raspberryyang enak untukdinikmati seisikeluarga pada harga RM128 sekotak.

Sebarang tempahan sila hubungi 03-2778 0751 atau e-mel kepada librari@theruma.com

YeeSangmibunga talang

Petit Cafe Chef Wan1958

PETIT CafeChefWan 1958 di Bangsar Shopping Centre,Bangsar, Kuala Lumpur menawarkan promosi menarikbagi memeriahkansuasana sambutan Tahun BaharuCina.

Bersesuaian dengan personaliti cef selebriti tersohorChef Wan yangsentiasakreatifdalam penyampaian menu,Petit Cafe Chef Wan1958menyediakan sajian unik sempena musim perayaan Antaranya promosi YeeSang Nusantaraidealdinikmatiuntuk dua hingga empat orang makan.

Menggabungkan elemen tradisional tarikanutamanya terletak pada campuran glass noodle bunga talangbersama udang harimaudan buah naga yangmenyuntik kelainan berbandingYee Sangsedia ada.

Selainitu, Petit CafeChef Wan 1958 juga memperkenalkan promosi OngOng Lai berteraskan nanas sebagaisimbolik kebaikan

Menerusi promosi tersebut pelanggan berpeluangmenikmati nasi goreng nanas dan udang, pineappletatin,ong lai tat dan jus nanas jazzy fizy

32 YUMMY MAJORITI 7 19 JANUARI –25JANUARI, 2023
Himpunankuih tradisionalLunar New Year Takeaway
Delights.
Oleh FATINSHAHAR
Pineapple Tatin antara pemanis mulutmemikat selera
Anekapilihan ais krim dihidangkankhassempena sesi minumpetang Spring Afternoon Tea. INFO: Petit CafeChefWan 1958 Lokasi: l Bangsar Shopping Centre, Bangsar,Kuala Lumpur Promosi: l 15 Januari hingga 30 Januari 2023 Web: www.cafechefwan. my Harga l YeeSangNusantara (RM88) l Pineapple &Shrimp Fried Rice (RM38+) l Pineapple Tatin (RM18.50) l Ong Lai Tarts(RM24+ sekotak) l Pineapple JazzyFizzy (RM52+)
Spring AfternoonTea di TheRuMAHotel and Residences.
Melangkah ke TahunBaru Kek Nanas Starbucks (Set 12 paket) ©2023 StarbucksCoffeeCompany. Allrightsreserved. Tertakluk pada termadan syarat. Rabu Setiap Jumaat Setiap RM25 untuk 2 cawan minuman bersaiz Grande 2ptg -5ptg 4– 25 Jan2023 RM30 untuk 2 cawan minuman Frappuccino® bersaiz Venti 5ptg -8mlm 6– 27 Jan2023 had btu & Setiap A Sa Se 6pg -11pg 7–29Jan 2023 Hanya RM10 untuk minumankedua dengan pembelian sebarang minumanStarbucks RM98.80 dengan kaedah pembayaran lain RM88.80 satu set RM160 dua set Pembayaran dengan KadStarbucks atau aplikasi mudah alih Starbucks TawaranEksklusif Mata Ganjaran Starbucks!

Hiasi kediaman dengan pokokhijau

SETIAP kali tiba musim perayaan Tahun Baharu Cina kediaman masyarakat Tionghua biasanya dihiasi pelbagai jenis bunga dan pokok sebagai lambang kelahiran semula, kegembiraan dan tuah.

Jadi sudah menjadi kelaziman sebulan sebelum sambutan pelbagai pihak khususnya penguasaha tanaman menganjurkan jualan bunga dan pokok. Menariknya, sesi jualan tersebut mendapat sambutan mengalakkan dalam kalangan mereka yang berhasratmenceriakan kediaman masing-masing.

City Gardening KL antarayang tidak melepaskan peluang menawarkan lebih 50,000 tanaman menerusi lima

jualan di tiga bandar utama bermula antara23Disember 2022 hingga 21 Januari 2023.

Antarajenis tumbuhan yang dijual membabitkan lebih 300 vendor itu terdiri daripada tumbuhan herba, kaktus, bromeliads, succulents, viral yams, aroids, pitchers, begonias dan colocasia.

Ini termasuklah, alocasia, staghorn, airplants, orkid, caudex, agaves, euphorbia, pachypodium dan pelbagai lagi.

Harga ditawarkan bermula serendah RM3 hingga mencecah lebih RM40,000 mengikut jenis pokok.

City Gardening KL berlangsung di Lalaport BukitBintang City Centre, Kuala Lumpur antara18hingga 21 Januari 2023 (10 pagi -9 malam).

Antara jenispokok yang ditawarkan pada jualanCity GardeningKL.

Seorang pengunjung mendapatkanmaklumat berkaitanpokok di City GardeningKLyang berlangsung di Avenue K baru-baruini.

34 KOMUNITI MAJORITI7 19 JANUARI –25JANUARI, 2023
Jualansempena TahunBaharu Cina bermula10pagi hingga9 malam.
Me na ri km in gg ui ni 18 -21Januari 2023 CNYPlant Market l 10 pagi -9malam l LaLaportBukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur 19 Januari 2023 Lion Dance by Kwang Ngai l 3petang -10malam l MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur 19 Januari 2023 The Bongga Bongga ShowcaseThe Last Laugh l 2petang -5 petang l Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya,Selangor 22 Januari 2023 ArtJam -Freestyle Painting l 10 pagi -1tengah hari l 55B Jalan SS 24/8, Petaling Jaya, Selangor

SUNSURIA Berhad (Sunsuria) menjalinkan kerjasama denganColonydalam menyediakan ruang acaradan kerja yang premium Kolaboratif itu menyediakan ruang kerja seluas11,454 kaki persegi di tingkat sembilan Forum Sunsuria, 7th Avenue di Setia Alam, ShahAlam, Selangor.

Forum Sunsuria berkonsepkan elemen luas selesa dankondusif merupakan hab kehidupan sosial bersepadu pertamadiatas bangunan yang mengubah latar langit Setia Alam

Ia turut menggabungkan ruang klasik bertemu keseronokanbandar dalam suasana berbeza.

Pengerusi Eksekutif Sunsuria,Tan Sri Datuk TerLeong Yapberkata, pihaknya berbesar hati menjalinkan kerjasama bersamaColonyuntuk Forum Sunsuria.

Sunsuria &Colony sediaruang kerjapremium

“Pandemik Covid-19 telah mengubah banyak carahidup danbekerja komuniti. Kebanyakan syarikat beralihkepada hibrid dan bekerja sepenuhnyadari rumah.

“Justeru,menerusi kerjasama seumpama ini kami menawarkan ruang kerja premium dan mewah yang secaratidaklangsung membawa pelbagaikemudahan buat masyarakat.

“Saya yakin kualiti Colonydalam menyediakan ruang kerja dan acara yang menarik dan kondusifpada harga berpatutan,”katanya.

Sementaraitu, Pengarah Eksekutif ColonyTimothyTiahturut menzahirkan keterujaan sama atas kerjasama berkenaan.

“Pihak Colonybersyukuratas peluang yang membolehkan kamimeluaskan perkhidmatan di Sunsuriauntuk komuniti terutamanya sekitar Setia Alam. Tambahan pula, peralihan hari ini kepada budaya kerja lebihfleksibel.

“Di Colony, kami menyediakanruang dikendalikan secaraprofesional dengan sentuhan fleksibiliti dan layanan terbaiksamaada untuk pejabat, mesyuarat atau acara,” jelasnya.

ColonydiSunsuria termasukbilik mesyuarat,ruang acarakecildan ruang istirahatdibangunan pejabat

SEORANG teman berbangsa asing, baru-baru ini datang melawat Malaysia buat beberapa hari. Negaraini kerapk menjadi destinasi persinggahannya acap kali ada urusan di rantau ini.

Sewaktu Ejen Mmenghantarnya ke KLIA untuk pulang ke negaraasal, dia bercerita mengenai urusan yang harus diselesaikannya tidak selancar seperti yang diharapkan. Dengan tidak semena dia berseloroh. “Mengapa mood orang tempatan lain macam kali ini? Tidak seceria selalu. Adakah sebab barang semua sudah naik harga?”

Ejen Mhanya mampu tertawa dan menganggapnya sekadar berjenaka. Walhalnya jauh di benak hati, mungkin ada benar tekaannya tadi.

Sana-sini berita mengenai isu kenaikan harga barang. Orang sekeliling rata-rata sudah mulai mengeluh. Dari minyak masak hingga ke telursemuanya semakin naik harga. Pendek cerita, serba-serbi keperluan harian mahal-mahal belaka. Mahu makan luar pun sekarang ini kita sudah mula berkira-kira.

Bertambah-tambah stress jadinya apabila membaca laporan headline berita mengenai kemelesetan ekonomi dunia. Khabarnya dijangka berlaku tahun ini. Hmm... sudah bersedialah kita untuk menempuh hari-hari mendatang yang penuh mencabar?

Hidup adalah mengenai perspektif

Akibat dari suasana ekonomi yang am, dengan tidak semena mood kita sama jadi muram. Mengapa tidak alihkan energi negatif itu menjadi positif? Bak kata orang, life is how we see egalanya adalah mengenai perspektif. Maksudnya, apa yang kita jangkakan berkemungkinan besar pasti akan berlaku akibat daripada keyakinan kita di dalam keadaan luar sedar. Ini salah satu bentuk mainan psikologi yang memang menjadi bahan kajian sejak sekian lama. Apa yang kita percaya, pastinya beremungkinan terjadi –walau pun bukan 100 peratus.

Daripada kita terus bermuram durja mengenangkan nasib dan rezeki yang tidak menentu, apa kata sematkan semangat baharu untuk menjadi lebih maju?

Perancangan tidak menjadi? Jadi kita usahakan sampai jadi. Bisnes menemui jalan buntu? Kita fikir pelan A, Bdan C.

Jadi kembali kepada persoalan, benarkah 2023 adalah tahun yang getir buat kita semua? Ekonomi meleset hanya sekadar analisa.

Siapalah kita untuk mengiyakan ramamanusia biasa? Maka berbaik sangkalah kita dengan takdir. Kerana jika Allah SWTberkehendakkannya, maka jadilah ia.

Manalah tahu, 2023 mungkin tahun yang terbaik buat kita semua? Segalanya mungkin sebab Tuhan punya kuasa.

19 JANUARI –25JANUARI,2023 MAJORITI7 KOMUNITI 35
TerLeong Yap (dua kiri)bersama Timothy Tiah ketika memeterai kerjasamaantara Sunsuriadan Colony barubaru ini.

MerahjambutemaNeonNightRun

SERAMAI 2,893hadir memeriahkan acaralarianyangdiSunsuria City Celebration Centre, Sepang, Selangor baru-baru ini Sunsuria dengankerjasama JomRun menganjurkan acara Neon NightRun itu bertujuan merapatkan jaringan antara komuniti sekitar,orang ramai dan warga kerja Sunsuria.

Pada masasama, salah satu usahauntuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.

Selain Neon Night Run yang merupakanacara tumpuan pada malam tersebutparapesertaturut dihiburkan denganpelbagai persembahan. Initermasuklah, menjamu seleradengan makanan disediakan di food truck terpilih.

Bagi menghangatkanlagisuasana sebelum lariandilepaskan pada pukul 8.30malam,aktivitizumba dilaksanakanmemberi peluang kepada peserta memanaskan badan bersama tenaga pengajar

profesional sambil menyalakan lampu neon KetuaPegawaiOperasi Sunsuria, Datuk Simon Kwan berkata, objektifutama acara itudiadakan bagi merapatkan ukhwahorang ramai dan memupukagar mengamalkan gaya hidup sihat.

“Sunsuriabukan sekadar syarikat hartanah, tetapi matlamat kami adalah untukmembina‘rumah’ yang selesabuat residen.

“Justeru, diharapkan menerusi acarasihat seumpama ini membawakegembiraan kepada pengunjung setelah duatahun kita berkurungkerana pandemik Covid19,” katanyakepada Majoriti 7.

Jelasbeliau, pihaknyaturut merancang untukmengadakan acara tersebutdemikesejahteraan komuniti.

“Dari sudut perniagaan ia memberipendedahanterbaik kepada orangramai mengetahui mengenai produk kamitawarkan tentanglatar belakang syarikat kami sertamemudahkan urusan jual beli di sini,”ujarnya.

36 NEON MAJORITI 7 19 JANUARI –25JANUARI, 2023
DatukSimonKwan (tengahkiri) bersedia untukmelepaskan para peserta. Para pesertasempatbergambar dan tandatangan tanda peringatan hadir pada acaraNeonNight Run. Acaralarianmalamitu bertujuanmerapatkan jaringan komuniti setempat dan memupukgayahidup sihat Antara artisyang menghiburkan para pesertasebelum acaralarian bermula. Oleh SYED HAZIQUESYEDNOR Foto ARTCHEN Aktiviti zumbadikendalikan tenagapengajarprofesional.

BAGI mereka gemarkan aktiviti di dasar lautselam skuba pastinya memberi pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata

Keindahanterumbu karang berwarna-warni danpelbagai bentuk ditemuididuniamarin. Pendek kata, aktiviti itu menjanjikanpengalaman luar biasa.

Ahli perniagaan, WanMohd Adhwa WanHanafi mengakui keindahandi dasar laut antarafaktor beliau ‘wajib’ menyelam antaraempat hingga 10 hari setiap bulan.

Aktif melakukan selam skubasejak sedekad lalu sudah berpuluhkawasan menyelam baikdi dalam mahupun luar negaratelah diterokainya. Pundemikian, WanMohd.Adhwa tidak hanya turun ke dasar laut pada siang hari sahaja, malah turut dilakukan waktu malam

“Sesetengah individu berpendapat tidak nampak apa-apa apabila menyelam waktumalam. Walhal, hakikatnya hidupan marin yangtidak kelihatan siang hari akan muncul waktu malam

“Bukan itu sahaja kitajugaboleh nampakspesies ikan tertentu mengeluarkan buihuntuk keselamatan dirinya semasa tidurtermasuk melihat pelbagai jenis udang di sekitar batu karang,” katanyakepadaMajoriti 7 baru -baru ini.

Pemuda berusia 36 tahunitu turut menceritakan bahawa kelengkapan menyelam pada waktu malam sama seperti siang hari cuma lampusuluh peralatan tambahan.

“Selainisyarat berkomunikasi, lampu suluhturut diperlukan kerana

WanMohd Adhwa dan rakan-rakan teruja melihat hidupan marin yang hanya munculwaktu malam.

Indahnyamenyelam waktumalam

jarak penglihatan terbatas.

“Biasanya untuk memanggil rakan kitaakan suluhdi bahagianbawah bukan bahagian muka bagi mengelakkan silau.Kemudian, berkomunikasi menggunakan isyarat tangan yang disuluh,” jelasnya lanjut.

Bekas Timbalan Presiden Kelab Legasi Selam Skuba Malaysia itu menjelaskan bahawaberbanding siang, waktu malam memerlukan lebih fokusdan tumpuan berikutan jarak penglihatan masih terbatas walaupun menggunakan lampu suluh.

“Bagiyang baharu berjinak-jinak menyelam malamhari mungkin akan bimbang kehilangan rakan. Masakan tidak, takut kitaberenang ke arah ini manakala rakan menuju arah itu. Sebab itu perlu sentiasa fokus.

“Padamasasama, berhati-hati pada ikan tertentu sepertibarracuda yang sentitif dengan silau. Jangan sesekali suluhkearahmatabimbang ia terus

WanMohd. Adhwa menunjukkan kepingan kertas pencapaiannya menyelam 500kali padatahun 2018

menyerang ke cahaya terbabit,” katanya.

Sementaraitu ditanya lokasi menyelampaling indah,Wan Mohd Adhwaberkata, walaupun pernah melakukanaktiviti di Indonesia, Filipina,Thailand danAustralia, namun Malaysia tetap terindah buatnya.

“Di sebelah malam antarayang tercantikpernahsayanikmatiadalah di LobsterWall Mabul,Sabah. Ia seperti bentukdinding dan apabila berenang boleh nampak di dinding itu kepelbagaian terumbu karang pada waktu malam,” ujarnya menutup bicara.

Tuturnya, menerusiaktiviti menyelamtelah mendorong beliau melibatkan diri dengan kerja amal seperti penanaman karang (coral planting) hingga mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records pada tahun 2017 di Pulau Tioman, Pahang.

19 JANUARI –25JANUARI,2023 MAJORITI7 OBSES 37
Oleh MUSTAKIM RAMLI Jelas WanMohd. Adhwa (kiri) aktiviti selamskuba menjanjikanpengalaman luar biasa.

Sukanekstrem di Mont KiaraSkatepark

ya papan luncur, basikal BMX dan aktiviti kasut roda.

Terletak di Jalan BukitKiara1,Bukit Kiara, Kuala Lumpur lokasi itu dikatakan strategik kerana mudah diakses oleh segenap warga kota.

Rail dan Ramp yang mencabar dengan ketinggian mengikut spesifikasi ditetapkan menguji kehebatan kumpulan pemain sukan ekstrem baik golongan remaja mahupun dewasa.

Oh ya, jangan terkejut apabila melihat keletah kanak-kanak turut bermain di sana kerana minat terhadap sukan ekstrem dipupuk pada usia muda. Tambahan pula, Mont KiaraSkatepark turut menawarkan kelas dan tenaga pengajar profesional.

Pemain papan luncur, Nur Syarafina Balqis, 15, berkata, beliau sering meluang-

kami perlu sentiasa berlatih supayakemahiran meluncur tidak ‘tumpul’, maka di sini adalah tempat terbaik.

“Lagipun ia merupakan aktivitisihat yang mengeluarkan peluh. Bertambah seronok dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan mempunyai minat sama,” katanya.

Dalam pada itu,beliau turut menyarankan agar lebih ramaiwanita menceburi bidang sukan ekstrem.

“Jika diperhatikan sukan ini dimonopoli lelaki, tetapikaum Hawa pun sudah mula menjinak-jinak.Konsepnya mudah jangan takut untukmencabar diri,” ujarnya.

Mont Kiara Skatepark terbuka untuk semualapisan masyarakat dan umur. Paling penting pengunjung hanya perlu membawa peralatan sukan bersesuaian.

Mont Kiara Skatepark

Lokasi: JalanBukit Kiara1, Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Masa operasi: Bermula7.30pagi (setiaphari)

Kemasukan: Percuma

Telefon: 03-20815800

38 URBANTREK MAJORITI7 19 JANUARI– 25 JANUARI,2023
Oleh SYED HAZIQUESYEDNOR
IN FO
MEDIASOSIAL

BMWK 1600 B berprestasitinggi

BMW Motorrad Malaysia meluaskan portfolio motosikal berkuasa tinggi bagi segmen jelajah apabila mengumumkan ketibaan jenteraBMW K1600 Bbaharu.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, jenteraberkuasa tinggi itu ideal buat mereka yang gemar melakukan aktiviti kembara.

“Dengan BMW K1600 Balami pengembaraan berprestasi tinggi yang terbaik dan bermutu.

“Jentera‘Bagger’baharuini merangkap ‘The Spirit of the Open Road’ kerana menjadikan setiap kembaradijalan rayakekal tersemat dalam memori,” katanya dalam satu kenyataan.

Kuasa enjin sebaris enam silinder empat lejang yang disejukkan dengan minyak atau air menjadi jantung jenteratersebut. Ia hadir bersama dua aci sesondol overhed terletak di atas aci pacuan, sekali gus menggalang kapasiti 1,649 cc yang mampu menjana 118 kw (160 kk) pada paras 6,750 rpm.

Nilai tork maksimum mencecah 180 Nm paras 5,250 rpm mampu menjana kuasa ujahan mengagumkan. Selain itu, membolehkan mencapai kelajuan maksimum 200km/j (180km/j jika bersertakan panel pemijak).

Kuasa disalurkan kepada BMW K 1600 Bmelalui klac multicakera bermediumkan minyak dan transmisi

enam kelajuan bergigi heliks. Maka, ia menjamin daya pembelokan dinamik di samping kelincahan lebih mengagumkan.

BMW K1600 Bmenampilkan BMW Motorrad Integral ABS Pro dan Kawalan tabiliti Automatik (ASC)

berserta tiga mod tunggangan iaitu, Rain, Road dan Dynamic.

Bagger turut dilengkapi fungsi kawalan brek enjin (MSR), Kawalan Cengkaman inamik (DTC), Kawalan Permulaan Curam (HSC) dan kawalan luncur elektronik.

Dari kiri Roslan bersamaMat Aris simbolik penyerahan 50 unit Proton Irizdi Metro Driving Academybaru-baruini

Ini termasuklah, serta ESAinamik Generasi Baharu (dengan Pendatar Muatan Automatik) yang menjamin pengendalian serta dinamik pemanduan yang optimum.

Motosikal berkuasa tinggi itu dianggarkan bernilai RM173,500.

MetroDriving Academy

terima 50 unit Proton Iriz

PENGELUAR kereta nasional (Proton) menyerahkan 50 unit kereta jenis Proton Iriz kepada Metro Driving Academy baru-baru ini.

Kesemua kereta yang diubah suai oleh ACE, anak syarikat Proton Global Services itu dibina mengikut peraturan ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, Proton berbangga untuk terus memainkan peranan dalam usaha mendidik dan melatih pemandu baharu di Malaysia.

“Proton Iriz adalah pilihan yang sangat baik untuk pemandu baharu kerana gabungan kebolehgerakan, dimensi kompak dan aspek keselamatan.

“Kami menghargai kepercayaan yang ditunjukkan oleh Metro Driving Academy dan berharap inisiatif ini

menggalakkan lebih banyak sekolah memandu mempertimbangkan

Proton dalam senarai mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Proton Iriz telah dianugerahkan penarafan ASEAN NCAP lima bintang dan dilengkapi senarai komprehensif ciri keselamatan.

Antaranya strukturbadan menggunakan keluli HotPress Formed (HPF), Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS)and Hill Hold Assist (HHA).

Ciri yang memberi manfaat untuk pelajar ialah kameraundur dan sensor tempat letak kereta untuk membantu dari segi visual dan bunyi semasa meletakkan kenderaan.

Sementaraitu, suis mod ECO pula menggalakkan pemanduan cekap dengan menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih baik.

19 JANUARI –25JANUARI,2023 MAJORITI 7 RODA 39
Oleh
SYED HAZIQUESYEDNOR

Al-Nassr curi tumpuandunia ikat CR7

Ditubuhkan: 1955

Liga: SaudiPro League

Trofi: Liga 9X (1975, 1980, 1981, 1989, 1994, 1995, 2014, 2015 and 2019).

Jurulatih: Rudi Garcia

Pemain tumpuan:Cristiano Ronaldo (Portugal)

ja tidak mengenalinya, beliau membuat satu kejutan terbesar dalam sejarah bola sepak apabila memilih untukbermain bersama AL-Nassr dengan kontrak ditandatangani dua tahun dengan nilai kontrak mencecah 200 juta Euro (RM939,032,500 juta) sekali gus menjadikan penerimagaji pemainbola paling tertinggidalam sejarah.

“Saya tidak sabar untuk menyertai rakan sepasukan baharu dan bersama-sama mereka membantu kelab mencapai kejayaan,”katanya lagi.

Sementaraitu, Presiden Kelab Al-Nassr, Musalli Almuammarmenjelaskan ia adalah satu lembaransejarahbaharu yangsangat bermakna.

“Ini adalah perpindahan yang bukan sahaja akan memberi inspirasi kepada kelab kami untukmencapai kejayaan yang lebih besar ,tetapimemberi inspirasi kepada ligakami, negaradan generasi akan datang,”ujarnya.

Al-Nassr ditubuhkan pada tahun 1955 oleh Zeid Bin MutlaqAl-Ja’baAl-Dewish Al-Mutairi merupakanantarakelab yang paling berjaya dantertuadiArab Saudi serta bermain di liga Arab Saudi (Saudi Pro League).

Stadiumutamanya dinamakan Mrsool Park mampumemuatkanseramai 25,000 penonton pada satu masa.

Al- Nassr juga menjadi kelab Arab Saudi pertama yang melangkahkeFifa Piala DuniaKelab pada edisi tahun 2000.

SIAPA sangka kelab berpangkalan di rantau Asia mampu menarik ramai bintang bola sepak termasyhur dunia Kelab yang yang berpangkalan di Arab Saudi, Al-Nassr menarik perhatian dunia apabila menandatangani bintang Portugal yangjuga penjaring gol terbanyak di peringkat antarabangsa ristiano Ronaldo(CR7). Sebutsahaja CR7, siapa saha-

Sebelum itu, pemain berusia 38 tahun tersebut yang membatalkan kontraknya bersamaManchester United sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab ternama duniaseperti Chelsea, Real Madrid, Bayern Munich dan Sporting namun, beliaumemilih untukmeneruskan cabarannya di peringkat Asia.

Dalam satu temu ramah,Ronaldo pernah berkata bahawasudahmengecapi segala kejayaan di peringkatEropah membuatkan diamemilih untuk menciptasejarah di rantau Asia pula.

“Saya bertuah kerana telah memenangi segala-galanya yang diimpikan untukmenang dalam bola sepak

Sepanjang sejarah kelab itu, Al-Nassr telah memenangi liga domestiksebanyak sembilan kali iaitu pada 1975, 1980, 1981, 1989, 1994, 1995, 2014, 2015 and 2019.

Kelab itu juga pernah dilatihbeberapa nama besar seperti Walter Zenga, Rene Higuita (sementara), Fabio Cannavaro serta Henri Michel. Kini kelab itu dilatih oleh jurulatih dari Perancis, Rudi Garcia.

Selainkehadiran CR7, Al-Nassr juga diperkuatkandengan pemain-pemain bintang seperti Pity Martínez (Argentina), Ghislain Konan (Ivory Coast), Álvaro González (Sepanyol), Talisca (Brazil), LuisGustavo (Brazil) dan David Ospina (Colombia).

Diterbit oleh Impian Ikon (M) Sdn Bhd (200801014479) (815768-T), Level15, MenaraStar,15Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan. Hak cipta ©️ Dicetak oleh Superior Press Sdn Bhd (032092-H) Lot 2063A, Jalan Kusta, Kawasan IndustriTaman Jaya,47000 Sungai Buloh, Selangor DarulEhsan. Pencetak mendapat pengiktirafan FSC®. MAJORITI 7 19 JANUARI –25JANUARI,2023
Oleh SYED HAZIQUE SYED NOR Eropahdan merasakan sekarang ini adalah masa sesuai untuk berkongsi pengalaman di Asia,”kata Ronaldo dalam kenyataan itu. Ronaldo tengahbersama Garcia (kiri) setelahselesai menjalani proses tandatangankontrak bersamaAl-Nassr.
S k m s p Cr S ME DI AS OS IA LA LNA SSR

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.