Kini kami menumpukan pada masa depan dan telah menemui cara untuk menggabungkan teknologi inovatif iaitu InCelligence® ke dalam produk penjagaan kulit. Dengan memperkenalkan USANA CELAVIVE kepada dunia, kami sekali lagi akan mengubah landskap persaingan sedia ada.
Dr. Myron Wentz Pengasas USANA
Sains di sebaliknya
Produk Penjagaan Kulit
Dengan Penyelidikan Selama
10 Tahun
Kulit yang sihat bermula dari dalam. Diasaskan berdasarkan sains kecantikan, bahan eksklusif USANA CELAVIVE berfungsi untuk membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan akibat tekanan gaya hidup seperti garis halus dan kedutan. Teknologi InCelligence mampu meningkatkan kecantikan kulit, memberikan kulit yang lembap, berseri, dan kelihatan sihat.
Teknologi InCelligence dalam USANA CELAVIVE terdiri
daripada dua peptida bioaktif dan dua ekstrak botani yang membentuk Kompleks Isyarat Sel. Bahan-bahan ini menyasarkan reseptor kulit utama untuk membantu
menghalang tanda-tanda penuaan yang ketara serta mengekalkan matriks kulit sihat agar kulit kelihatan lebih muda.
Produk dengan Kompleks Isyarat Sel InCelligence
Perfecting Toner / Hydrating + Lifting Sheet Mask / Vitalizing Serum / Hydrating Eye Essence / Replenishing Night Gel / Replenishing Night Cream / Radiant Facial Oil
dengan ekstrak buah zaitun Olivol bersama ekstrak buah
tembikai, epal dan kacang lentil. Ia membantu badan
menyokong proses pemulihan kulit semula jadi serta
memberikan kelembapan yang tahan lama sehingga 24 jam selepas hanya satu kali penggunaan.
Produk dengan Campuran Botani Olivol
Gentle Milk Cleanser / Creamy Foam Cleanser / Exfoliating Scrub + Mask / Perfecting Toner / Protective Day Lotion / Protective Day Cream / Replenishing Night Gel / Replenishing Night Cream / Daily Mineral Protective Cream
Sains di sebaliknya
CELAVIVE diformulasikan tanpa
• Paraben
• Fenoksietanol
• Logam berat
• Ftalat
• BHA/ BHT
• Pewarna sintetik
• Formaldehid
• Triklosan
• Natrium Lauril Sulfat (SLS)
• Hidrokuinon
• Tar arang batu
BEBAS PARABEN BEBAS SULFAT UJIAN ALAHAN
Sains di sebaliknya
Kulit yang cantik seawal 4 minggu
Dalam penilaian kendiri percubaan pascaklinikal, 50 wanita berumur 50–51 menggunakan rutin penjagaan kulit berminyak/ kombinasi Celavive:
bersetuju kulit mereka kelihatan berseri 92%
bersetuju kulit mereka kelihatan mulus dan sekata 88%
bersetuju kulit mereka kelihatan dan terasa lembap 80%
bersetuju kulit mereka terasa sangat bersih 80%
bersetuju liang pori nampak lebih kecil 72%
Conditioning Makeup Remover
(120ml)
Digunakan pada waktu malam dan mencuci solekan tahan lama atau kalis air sambil melembapkan kulit serta menyiapkan kulit anda untuk langkah dalam rutin harian anda yang seterusnya.
Cara penggunaan:
Tuang dalam jumlah yang banyak pada pad kapas dan sapu perlahan-lahan di sekitar mata, bibir, dan muka. Ulangi jika perlu. Ikuti dengan Celavive Milk/ Foam Cleanser.
✔ Cara untuk kekalkan kulit sihat bermula dengan
Membersih?
Membersih adalah langkah paling penting dalam rutin penjagaan kulit anda. Bersihkan muka dengan teliti menggunakan pembersih solekan, melembutkan dan menghidratkan kulit anda tanpa sebarang sisa minyak.
TIPS
Semua jenis kulit
Gentle Milk Cleanser
(120ml)
Kulit Kering/ Sensitif
Langkah membersih sangat penting pada waktu pagi dan malam. Mengandungi Campuran Botani Olivol dan bebas daripada asas sabun, pembersih susu harian ini menghilangkan kotoran dan kekotoran secara lembut tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi kulit, memberikan penghidratan yang tahan lama.
Cara penggunaan:
Untuk kulit kering/sensitif, sapukan 2-3 pam pada seluruh muka dan leher dalam gerakan bulatan pada waktu pagi dan malam. Bilas dengan teliti dengan air suam dan keringkan. Ikuti dengan Celavive Perfecting Toner.
Creamy Foam Cleanser
Membersih muka sangat penting pada waktu pagi dan malam. Pembersih buih berkrim ini mengandungi Campuran Botani Olivol dan menghasilkan buih tebal yang menghilangkan kotoran dan minyak sambil mengeksfoliasi kulit kusam dan kering dengan lembut. Rasai kulit yang sangat segar dan terhidrat.
Cara penggunaan:
Untuk kulit berminyak/kombinasi, sapukan produk sebesar buah ceri pada muka dan leher yang lembap dengan gerakan bulatan. Tambahkan air untuk menghasilkan buih yang tebal semasa pembersihan. Bilas dengan teliti dan lap hingga kering. Ikuti dengan Celavive Perfecting Toner.
TIPS
✔ Cipta Masker Buih Berkrim untuk
Pembersihan yang Menyeluruh
Gunakan sedikit pembersih dengan span muka untuk menghasilkan buih yang banyak, sapukan pada muka dan biarkan selama 3-5 minit (untuk kulit kering, biarkan selama 30 saat), urut perlahan-lahan untuk menghilangkan kotoran dan sisa, bilas dengan teliti.
Guna 1-2 kali seminggu.
(120g)
Kulit Berminyak/ Kombinasi
Exfoliating Scrub + Mask
(80g)
Formula dwitindakan ini mengeksfoliasi kulit secara lembut dengan arang dan manik hidro untuk membantu menyingkirkan kulit mati serta kekotoran, menyerap kotoran dan minyak, membersihkan liang pori untuk membaiki tona kulit. Dengan campuran botani Olivol dan ekstrak bunga kamelia jepun untuk penghidratan jangka panjang.
Cara penggunaan:
Sapukan pada muka dan leher secara perlahan-lahan, dengan gerakan bulatan, biarkan selama 10-15 minit sebelum dibilas. Gunakan 2-3 kali seminggu atau apabila perlu
✔ Tumpukan bahagian utama
Sapukan lapisan tebal pada bahagian berminyak seperti Zon T dan dagu.
✔ Eksfoliasi Badan
Sapukan Exfoliating Scrub + Mask pada siku, lutut, tumit, dan lain-lain untuk menyingkirkan kulit mati yang paling sukar, menjadikan kulit berasa lembut dan licin.
TIPS
Zone T
Siku Lutut Tumit
Semua jenis kulit
Dagu
Perfecting Toner
(120ml)
Untuk mengimbangkan pH dan menyediakan kulit bagi menyerap pelembap dan rawatan kulit selepas itu.
Cara penggunaan:
Selepas membersih pada waktu pagi/malam, sapukan 3-4 titis Perfecting Toner pada tapak tangan atau pad kapas. Sapu perlahan-lahan pada muka dan leher; jangan bilas. Ikuti dengan rawatan dan pelembap Celavive.
✔ SOS Hidrasi
Tuangkan Perfecting Toner pada beberapa keping pad kapas, biarkan pada muka anda selama 15-20 minit, kemudian teruskan dengan rutin penjagaan kulit biasa.
TIPS
Semua jenis kulit
Vitalizing Serum
(28g)
Semua jenis kulit
Dirumus dengan InCelligence Complex, minyak buckthorn laut, ekstrak bunga raya dan CoQ10, menyokong proses pembaharuan semula jadi kulit anda, membaiki kerosakan pada kulit yang disebabkan oleh tekanan, mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan serta mengembalikan keanjalan kulit anda.
Cara penggunaan:
Selepas menggunakan toner pada waktu pagi/ malam, urut 2-3 pam Vitalizing Serum secara merata di seluruh muka dan leher dengan gerakan membulat, diikuti dengan pelembap.
1 Picit Vitalizing Serum ✔ Tingkatkan Kuasa Hidrasi
1. Picit 2x atau 3x Vitalizing Serum harian anda.
2. Urut mengikut Langkah 2-3. Ulang 2-3 kali bagi meningkatkan kuasa pelembab kulit untuk solekan yang tahan lama, mengurangkan dehidrasi
Leher : pergerakan ke atas
Muka : pergerakan ke luar
LANGKAH
LANGKAH LANGKAH
Hydrating Eye Essence
( 15 g)
Diformulasikan dengan InCelligence Complex, minyak avokado, akasia arabica, ekstrak bunga raya, ekstrak ginkgo biloba, dan lainlain, ia menyegarkan penampilan kulit halus di sekitar mata anda. Dengan penggunaan Aplikator Zamak, ia membantu mengurangkan penampilan lingkaran hitam bawah mata, kesembapan, dan garis halus, serta melegakan keletihan mata.
Cara penggunaan:
Selepas menggunakan toner dan serum pada waktu pagi dan malam, gunakan aplikator untuk mengurut produk di sekitar kawasan mata. Elakkan daripada bersentuhan secara langsung dengan mata.
Urutan Mata
LANGKAH LANGKAH
Sapukan esen mata di sekitar kawasan mata, urut perlahan-lahan ke arah pelipis di sekitar mata (3 kali) 2
Tekan acupoints ini dengan perlahan 3
Ke arah pelipis, urut perlahan-lahan dalam gerakan bulat, kemudian tekan pada acupoint pelipis
TIPS
Semua jenis kulit
Hydrating + Lifting Sheet Mask
(3 keping/kotak)
Semua jenis kulit
Dengan InCelligence Complex dan pelbagai ekstrak tumbuhan seperti alga perang, rumpai mempelas, gelang pasir, honeysuckle, buah anggur dan lain-lain, memberikan penghidratan yang bagus untuk kulit anjal dan licin, membuatkan kulit kelihatan lebih tegang dan cerah.
Cara penggunaan:
Selepas membersih dan toner, sapukan masker selama 20 minit dan urut baki serum ke kulit dan leher. Jangan bilas, teruskan dengan menyapu serum dan pelembap Celavive.
TIPS
LANGKAH 1 2 3
LANGKAH LANGKAH
Buka masker dari bungkusannya
Selaraskan dengan ciri wajah anda
Tepuk perlahan-lahan untuk membiarkan serum berlebihan meresap ke dalam kulit selepas menggunakan masker
Masker ini ialah produk yang dipakai sekali sahaja, sila jangan gunakan semula. Gunakan 2-3 kali seminggu bergantung pada keadaan kulit anda.
Radiant Facial Oil
( 30 ml)
Menampilkan 14 minyak botani yang menyerap dengan cepat untuk membantu kulit berasa licin dan terhidrat. Minyak wajah ringan serta kaya dengan antioksidan ini juga membantu memperbaiki penampilan perubahan tona warna dan penuaan kulit yang ketara. Dengan InCelligence Complex yang unik – ditambah dengan ekstrak alfalfa dan skualena, menyokong penghalang semula jadi kulit anda untuk mengunci kelembapan.
Cara penggunaan:
Selepas pembersihan pada waktu pagi/malam, urut
3-5 titis Radiant Facial Oil perlahan-lahan pada muka, leher, dan garis leher.
✔ Pemakaian Versatil
1. Sediakan kulit anda – guna selepas mencuci muka, diikuti dengan toner
2. Rutin harian – guna selepas serum, diikuti dengan pelembap
3. Tambah kepada solekan – tambah 2-3 titis ke asas solekan anda untuk lebih tahan lama
4. Lembapkan rambut – guna sebagai minyak rambut untuk melembapkan atau kemaskan keriting
5. Pelembap badan – melindungi siku kering, tumit merekah dan kulit di bawah kuku
TIPS
Semua jenis kulit
Daily Mineral Protective Cream SPF 30
(50ml)
Diformulasikan dengan 4 penapis UV, memberikan perlindungan berkesan daripada sinaran UVA/UVB berbahaya yang boleh menyebabkan tanda-tanda awal penuaan kulit. Tambahan bahan penghalang cahaya biru termasuk ceri musim sejuk dan betakarotena. Pelindung matahari mineral ini menawarkan perlindungan yang menghidrat dan melembapkan kulit anda.
Cara penggunaan:
Untuk semua jenis kulit. Selepas menggunakan esen mata pada waktu pagi, goncang dan sapukan krim sebesar mutiara pada seluruh muka dan leher anda.
ANTICAHAYABIRU MALES A T UNTUK TERUMBU K GNARA SES U AI UNTUK KULITSE N FITIS
Melindungi
Semua jenis kulit
Protective Day Lotion SPF30 / PA++
( 30 ml)
Diformulasikan dengan 4 penapis UV, memberikan perlindungan berkesan daripada sinaran UVA/UVB berbahaya yang boleh menyebabkan tanda-tanda awal penuaan kulit. Tambahan campuran botani Olivol, mentega shea dan ekstrak rosa untuk mengunci kelembapan kulit.
Cara penggunaan:
Untuk kulit berminyak/kombinasi. Selepas menggunakan esen mata pada waktu pagi, goncang dan sapukan krim sebesar mutiara pada seluruh muka serta leher anda.
LANGKAH 1
Goncang dan picit sedikit day lotion
Sapukan dengan gerakan ke luar pada muka; dan gerakan ke atas pada leher
Sapukan 15 minit sebelum terdedah kepada matahari, sapu semula sekurangkurangnya setiap 2 jam, terutamanya semasa musim panas
Kulit Berminyak / Kombinasi
LANGKAH LANGKAH
Protective Day Cream SPF30 / PA++
(28g)
Diformulasikan dengan 4 penapis UV, memberikan perlindungan berkesan daripada sinaran UVA/UVB berbahaya yang boleh membawa kepada tanda-tanda awal penuaan kulit. Tambahan campuran botani Olivol, mentega shea dan ekstrak bunga mallow untuk mengunci kelembapan kulit.
Cara penggunaan:
Picit sedikit day cream
Untuk kulit kering. Selepas menggunakan esen mata pada waktu pagi, goncang dengan dan sapukan krim sebesar mutiara pada seluruh muka dan leher anda.
Sapukan dengan gerakan ke luar pada muka; dan gerakan ke atas pada leher
Sapukan 15 minit sebelum terdedah kepada matahari, sapu semula sekurangkurangnya setiap 2 jam, terutamanya semasa musim panas
Mengh idrat
Kulit kering
LANGKAH LANGKAH
Replenishing Night Gel
( 28 g)
Formula gel ringan ini mengandungi InCelligence Complex, campuran botani Olivol, minyak macadamia, ekstrak gardenia dan kacang soya, membantu melembapkan dan menyegarkan kulit hanya dalam tempoh satu malam untuk kulit yang kelihatan lebih muda.
Cara penggunaan:
Untuk kulit berminyak/kombinasi. Selepas menggunakan esen mata pada waktu pagi, goncang dan sapukan gel sebesar mutiara pada seluruh muka dan leher anda.
TIPS
Picit sedikit gel malam
Urut ke arah luar pada muka
Urut ke atas pada leher
Kulit Berminyak / Kombinasi
LANGKAH LANGKAH
Replenishing Night Cream
(28g)
Kulit Kering / Sensitif
Campuran yang kaya dan mewah dengan InCelligence Complex, campuran botani Olivol, serbuk mutiara, dan ester jojoba, yang direka untuk melembapkan kulit kering dan memulihkan kulit supaya kembali berseri, tegang dan awet muda.
Cara penggunaan:
Untuk kulit kering/sensitif. Selepas menggunakan esen mata pada waktu pagi, goncang dan sapukan krim sebesar mutiara pada seluruh muka dan leher anda.
TIPS
1 Picit sedikit krim malam
2
Urut ke arah luar pada muka
3 Urut ke arah atas pada leher
LANGKAH
LANGKAH
LANGKAH
Luminous Moisture Cream
(30g)
Merawat masalah pigmentasi dengan formula mewah ini yang mencerahkan, melembapkan, dan melembutkan kulit anda. Dirumus dengan vitamin B3 (niacinamide), vitamin C dan skualena, tidurlah dengan formula antioksidan ini untuk menyuburkan kulit anda secara intensif dan memulihkan keserian pada waktu pagi.
Cara penggunaan:
Selepas menggunakan toner dan serum, sapukan krim sebesar mutiara pada muka dan leher, urut perlahan-lahan.
Special
Semua jenis kulit
RUTIN HARIAN KULIT ANDA
LANGKAH 1. Membersih/ Pembersihan Menyeluruh
LANGKAH 2. Merapi
Prabersih Merapi
Gunakan Conditioning Makeup
Remover untuk membuang solekan
Gunakan Perfecting Toner untuk mengimbangi pH kulit dan menyediakan kulit untuk rawatan seterusnya
Membersih
Gunakan Gentle Milk atau Creamy
Foam Cleanser, mencuci kotoran dan minyak
Pembersihan menyeluruh
Gunakan Exfoliating Scrub + Mask 2-3 kali seminggu untuk membersihkan pori-pori
LANGKAH 3. Menyerlah
Penyerapan serum
Gunakan Vitalizing Serum untuk mengurangkan garis halus & kedutan
Penjagaan mata
Gunakan Hydrating Eye
Essence untuk mengurangkan penampilan lingkaran hitam bawah mata dan kesembapan
Memulihkan/Menghidrat
Pakai Hydrating + Lifting Sheet Mask 2-3 kali seminggu, dan tenangkan diri anda
Melembapkan/Melembutkan
Minyak wajah tambahan adalah cara yang baik untuk menyokong keupayaan semula jadi kulit anda untuk mengekalkan kelembapan
LANGKAH 4. Pelindung Matahari Siang/ Penghidratan pada Waktu Malam
Gunakan pelindung matahari atau produk penghidratan, bukan sahaja untuk menyuburkan kulit tetapi juga untuk memulihkan kelembapan
Sapukan Luminous Moisture Cream pada waktu malam untuk penghidratan menyeluruh dan tona kulit yang sekata
Memahami jenis kulit anda sebelum mencipta rutin dengan produk yang paling sesuai dengan kulit anda.
Berminyak
Liang pori besar?
Minyak biasanya dikeluarkan di dahi, hidung, dan dagu, tetapi kering pada pipi?
Kombinasi
Kulit mula keluarkan minyak pada tengah hari?
Nampaknya anda mempunyai jenis kulit istimewa, sila ambil ujian ini untuk sahkan.
Terasa kering dan tegang?
Sensitif / mudah iritasi?
Jika anda
Berkulit Kering/Sensitif, anda mungkin alami
• Tompok kering atau merah dan garis yang lebih jelas • Boleh mengelupas atau mudah iritasi
• Nampak kasar atau kusam
Berkulit Kombinasi/Berminyak, anda mungkin
• Cenderung kepada akne, jerawat hitam dan jerawat • Mengandungi lebihan minyak di kawasan zon t
• Liang pori besar
MEMPERKENALKAN PRODUK
Penjagaan kulit
CELAVIVE POSTBIOTIC
Penjagaan kulit mesra mikrobiom untuk kulit yang berseri dan kelihatan seimbang.
Biom kecantikan yang seimbang dan penjagaan kulit mesra mikrobiom ialah jawapan bagi kulit bermasalah yang ketara.
Rangkaian penjagaan kulit postbiotik kami diilhamkan oleh peningkatan keadaan kulit yang kompleks pada tahun 2020. Dengan mengembangkan fokus kami bukan hanya tertumpu kepada penjagaan kulit yang melawan tanda-tanda penuaan yang ketara tetapi juga hubungan antara usus/kulit, kami telah membangunkan produk baharu yang khusus untuk penghalang kelembapan semula jadi kulit anda, diterajui oleh postbiotik.
Apakah Postbiotik?
Postbiotik ialah hasil sampingan daripada penapaian bakteria probiotik. Penapaian baik untuk usus dan ternyata ia juga bagus untuk kulit anda. Postbiotik yang terdapat dalam Celavive adalah stabil, mesra mikrobiom, selamat, dan berkesan untuk membantu membina dan mempelbagaikan bakteria sihat pada kulit untuk kulit yang berseri.
Biom
Biom kecantikan anda terdiri daripada berbilion mikrob, atau flora kulit, yang menyokong kulit yang sihat. Postbiotik membantu menjaga keseimbangan kesemuanya.
Penghalang
Kulit ialah pertahanan pertama anda dan penghalang kelembapannya melindungi daripada gangguan. Penghalang anda boleh rosak akibat tekanan persekitaran, bahan penjagaan kulit yang tidak sesuai, dan banyak lagi. Kulit memerlukan penjagaan tambahan.
Keseimbangan
Mempunyai biom kecantikan yang pelbagai memainkan peranan penting dalam kesihatan serta penampilan kulit secara keseluruhan. Bahan mesra mikrobiom dalam rangkaian ini mempromosikan penghidratan dan keseimbangan yang ketara pada kulit anda.
Mengapa Postbiotik, Bukan Probiotik?
Probiotik ialah bakteria hidup yang menawarkan banyak manfaat untuk kesihatan kulit. Namun realitinya, ia biasanya
tidak bertahan dalam pembersih, serum, atau balsam tanpa pengawet tambahan bagi memastikannya selamat dan stabil apabila disimpan. Kami memilih postbiotik kerana ia telah dikaji dengan baik dan merupakan penyelesaian ideal bahkan untuk jenis kulit yang paling sensitif.
Bagus Untuk: Kulit Kering atau Sensitif + Pelindung
Kelembapan yang Ditambah baik + Kulit Cenderung
kepada Jerawat + Kemerahan Ketara
Produk-produk ini berfungsi secara simbiotik dengan kulit anda untuk membantu mempromosikan pelindung kelembapan
yang sihat dan kuat. Penghidratan yang ditambah baik untuk kulit kering, tona kulit yang lebih sekata, dan kurang kemerahan ketara adalah beberapa manfaat yang akan anda alami.
Dalam Formula Kami:
Celavive Bersih dan bebas daripada pewangi tambahan dan paraben.
Calming Cleanser
Langkah 1—Membersih
Pembersihan lembut setiap hari untuk menetapkan semula dan menyegarkan kelembapan.
Bahan Utama:
• Postbiotik Lactobacillus Ferment mensasarkan penampilan kulit kering dan membantu mengembalikan kelembapan penghalang kulit
• Minyak Badam Manis ialah minyak ringan dan pelembap yang selamat untuk kulit sensitif dan cenderung berjerawat, kaya dengan vitamin dan antioksidan
Rescue Serum
Langkah 3—Menyerlah
Segarkan semula, dan tenangkan tona kulit anda dengan serum ringan ini untuk membantu mengurangkan penampilan jerawat.
Bahan Utama:
• Postbiotic Saccharide Isomerate ialah postbiotik marin yang membantu mengimbangkan secara ketara serta menghidrat dan menenangkan kulit
• Ekstrak Kulit Delima (Punica Granatum Pericarp) ialah pelembap yang kaya dengan antioksidan yang melindungi kulit daripada kekeringan akibat tekanan persekitaran
Soothing Moisturizer
Langkah 4—Menghidrat
Transformasikan kulit kusam dan kering dengan gel-krim penyejuk ringan yang menambah kelembapan serta memberikan kemasan berseri. Gabungkan dengan Barrier Balm untuk penghidratan yang menenangkan dan intensif.
Bahan Utama:
• Ekstrak Yis, nektar postbiotik daripada bunga Hoya, mengimbangkan semula penghalang kelembapan kulit
• Ekstrak Akar Ophiogogon japonicus ialah ekstrak tumbuhan yang menenangkan dan mengurangkan penampilan kemerahan kulit
Barrier Balm
Langkah 4—Menghidrat
Balm dengan hidrasi hebat bertindak seperti kulit kedua untuk membantu mengunci kelembapan dan memulihkan penghalang kelembapan kulit anda. Sapu selepas Soothing Moisturizer untuk meningkatkan penghidratan anda.
Bahan Utama:
• Postbiotic Lactobacillus ferment mensasarkan penampilan kulit kering dan memulihkan penghalang kelembapan kulit
• Mentega Cupuacu, pelembap yang hebat, mengunci kelembapan dan memberikan keanjalan
• Campuran Botani Olivol, campuran eksklusif USANA, memberikan kelembapan selama 24 jam dan memulihkan keserian wajah
• Minyak Borej, antioksidan yang menenangkan dan minyak kaya dengan GLA, menyuburkan penghalang kelembapan kulit
• Ceramide EOP, NS, NP, AS, AP membantu mengunci kelembapan dan mencegah kekeringan pada tahap epidermis
atau
dan/atau
Cara Penggunaan:
Rangkaian postbiotik kami boleh digunakan sebagai sistem penjagaan kulit untuk kulit yang sangat kering dan iritasi yang memerlukan perhatian, penjagaan, dan kelembapan tambahan. Ia juga boleh digunakan apabila timbul masalah kulit. Tukar kepada produk postbiotik ke dalam rutin sedia ada penjagaan kulit anda apabila anda memerlukannya.
Membersih—Langkah 1
Sapu pada kulit lembap, urutkan ke muka dan leher, dan bilas dengan air suam. Ikuti dengan toner sebagai langkah pilihan seterusnya dalam rutin anda.
Menyerlah—Langkah 3
Selepas membersih dan memakai toner, urutkan atau tepuk perlahan pada muka dan leher. Boleh digunakan pada waktu pagi dan malam.
Menghidrat—Langkah 4
Sapu pada waktu pagi dan malam pada muka dan leher. Untuk kelembapan tambahan, sapukan Barrier Balm selepas itu untuk mengunci kelembapan.
Menghidrat—Langkah 4
Boleh digunakan pada waktu pagi sebelum memakai pelindung matahari, dan pada waktu malam selepas pelembap. Sapu pada muka dan leher yang bersih, atau bahagian kulit lain yang kering, mengelupas, atau dengan iritasi.