ISI KANDUNGAN Kata Pengarang Pengenalan Garis Panduan Khairat Kematian Mati Satu Kepastian Definisi Maut Tuntutan Orang Hidup Terhadap Jenazah Memandikan Jenazah Langkah-Langkah Memandikan Jenazah Mengkafankan Jenazah Langkah-Langkah Mengkafankan Jenazah Solat Jenazah Kedudukan Jenazah Dalam Solat Jenazah Hukum Solat Jenazah Langkah-Langkah Solat Jenazah Doa Solat Jenazah Mengebumikan Jenazah Hukum mengebumikan Jenazah
Cara Mengkebumikan Jenazah
“Manusia mempunyai ajal, Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walaupun sesaat pun� ( al-raf 34)
Dan demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia itu mengetahui, bahwa janji Allah itu benar, dan bahwa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka, orangorang itu berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: "Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah masjid di atasnya". (al-kahf 21)
KATA-KATA PENGARANG
Saya bersyukur ke hadrat llahi kerana dengan izin dan Hidayah Allah Swt dapat menyiapkan buku kecil bagi sedikit panduan kepada ahli khairat kematian Masjid At-Taqwa Mukim Berangan, sejak penubuhan pada tahun 2005 sehingga 2013, inilah kali pertama Khairat kematian dapat menyiapkan sedikit kertas kerja dalam bentuk buku kecil untuk tatapan para ahli Khairat Kematian,dengan itu sama-sama dapat kita bersatu hati dan bertekad untuk berusaha membentuk Khairat Kematian di kampung Berangan mencapai objektif penubuhannya. Sememangnya sudah lama masyarakat berkeinginan untuk mewujudkan Khairat Kematian ini, kebetulan pula semasa saya menjawat jawatan Imam tua, saya jua berhasrat sebagaimana mereka. Seraya itu jugalah ahli jawatankuasa Masjid bersetuju mewujudkan Khairat Kematian. Matlamat pada permulaan ini adalah sekadar membantu meringgankan beban ahli/waris,tanggungan yang meninggal dunia dalam bentuk wang ringgit, namun dengan mewujudkan Khairat Kematian ini, kita dapat membekalkan peralatan kapan yang lengkap. Diawal penubuhannya bermula dengan tiga puluh orang sahaja didaftarkan dengan takaful, Khairat Kematian berdaftar dengan takaful selama tiga tahun sahaja selepas itu. Khairat Kematian dibawah penyeliaan ahli jawatankuasa Masjid bersetuju untuk bergerak sendiri. Sekarang keahlian berdaftar mencecah dua ratus orang. Insyallah saya mengharapkan seluruh warga kampung Berangan dan jiran dapat bersatu dalam menyokong Khairat Kematian ini. Akta Keahlian mengikut syarat-syarat dan terma yang ditetapkan oleh Biro. Saya juga berharap bahawa apa-apa kemusykilan atau salah tafsiran terhadap kandungan buku peraturan perlembagaan mohon diperbetulkan dan jika ada apa-apa perkara yang lebih baik dari apa yang ada ini maka saya berharap kita sama-samalah mengubahnya. Disini saya mengambil kesempatan agar Khairat Kematian akan memberi infaq yang baik kepada ahli dan menolong umat Islam seluruhnya. Biarlah permulaan ini kita merangkak dan bersusah-payah sedikit ..Insyaallah harapan di masa depan kita ingin melihat Biro ini ditadbir dengan berwibawa dan ekfisen serta mempunyai team urus kematian profesional dan mencapai keredhaan ilahi. Isnyallah Mantan Imam Tua Mukim Berangan Wan Ab Rahman Bin Wan Hamad
Buku ini dihadiahkan kepada seluruh Ahli Khairat Kematian dan Umat Islam yang dahagakan ilmu. Mudah-mudahan menjadi inspirasi dalam meneladan Ilmu Islam dalam menguruskan jenazah dan mengatur perjalanan dakwah. Buat ahli jawatankuasa Khairat Kematian dan seluruh warga Kampong Berangan, sumber idea untuk mengeluarkan buku kecil ini. Terimalah hadiah tidak seberapa ini‌‌‌.
ABD AZIZ BIN HAMZAH PENGERUSI
HAJI NIK YUSOF
WAN AB RAHMAN
T.PENGERUSI
WAN MUHAMMAD AJK
SETIAUSAHA
WAN MAD DIN BENDAHARI
NIK AZAN AJK
HAJI ISHAK AJK
PANDUAN AHLI KHAIRAT KEMATIAN NAMA & ALAMAT
Khairat Kematian Masjid At-Taqwa Mukim Berangan,Selising 16810, Pasir Puteh, Kelantan Blog : masjidmukimberangan.blogspot.com Khairatkematian2005.blogspot.com
TUJUAN
Memberi peluang kepada orang Islam terutama warga kampung Berangan dan sekitarnya menjana pahala, disamping itu dapat mengumpul dana kewangan serta bahan peralatan jenazah dengan kadar segera kepada mereka yang memerlukan ketika berlaku musibah kematian. Dibawah organisasi ini yang kukuh, memudahkan kepada ahli mendapat bantuan segera kerana Biro Khairat Kematian menyediakan kemudahan lengkap dari segi peralatan dan berkhidmat . kami akan membantu dalam menguruskan pengurusan jenazah bila tiba masa berlaku kematian. Insyallah dengan kehendak ilahi pihak kami akan sedaya upaya akan memenuhi objektif penubuhan Khairat Kematian dengan penuh semangat didikasi dan telus dalam mengatur sebarang perkhidmatan.
OBJEKTIF
1. Mengalakkan semua muslimin dan muslimat menyertai Khairat Kematian dengan melakukan derma berkongsepkan tabarru’ dan taawun. Hanya mendermakan dengan kadar yang rendah dapat menolong mereka yang memerlukan kadar jumlah yang tinggi. Kadar bayaran telah ditetapkan oleh Biro Khairat. Disamping menderma para ahli mendapat manfaat Khairat. 2. Mewujudkan satu organisasi yang mapan dan berintigriti bertanggungjawab hal ehwal masyarakat terutama dalam hal yang berkaitan dengan kematian. 3. Menyediakan perkhidmatan segera dan cekap dalam menguruskan jenazah kerana segala kelengkapan peralatan, pengurusan kubur dan pengurusan jenazah di kalangan penduduk tempatan yang terlatih. 4. Melaksanakan tuntutan fardhu kifayah kepada orang Islam setempat dan yang lain. Tambahan pula menjalankan fungsi Masjid dalam mengimarahkan peranannya dalam masyarakat. 5. Menyediakan peruntukan dana segera kepada orang Islam yang miskin dalam menguruskan jenazah. 6. Khairat Kematian menyediakan platform satu tabung khas untuk mengumpul dana
Bandingan (derma) orangorang yang membelanjakan hartanya kepada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengadungi seratus biji. Dan (ingatlah) , Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dihendakiNya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Surah baqarah 261.)
zakat,bantuan dan derma untuk bantuan kepada asnaf dan juga anakanak yatim dan ibu tunggal yang miskin. 7.Menjana ekonomi Khairat Kematian bagi membantu umat Islam .
KEAHLIAN KHAIRAT KEMATIAN
Keahlian terbuka kepada umat Islam, tidak hak umur terutamanya warga Kampung Berangan, sekitarnya dan waris yang tinggal di luar. Mengisi borang keahlian Khairat Kematian, borang boleh didapati melalui Imam, Bilal Masjid At-Taqwa mukim Berangan atau download di portal www.masjidmukimberangan.blogspot.com . Borang yang siap diisi (lengkap dengan fotostart i/c) hendaklah diserahkan ke pejabat Masjid At-Taqwa. Setiap ahli dikenakan derma yuran tahunan sebanyak Rm 25.00. manakala pendaftaran baru perlu menambahkan Rm 12.00 sekali seumur hidup. Hanya ketua keluarga berdaftar, isteri dan anak (umur kurang dari 25 tahun atau masih belajar ) akan manfaat Khairat.
Keahlian kuat kuasa bermula 1 Januari sehingga akhir bulan Disember. Kelewatan memperbaharui keahli akan menyebabkan manfaat Khairat tidak ditanggong oleh Biro Khairat Kematian. Sebarang perubahan terma akan dimaklumkan melalui portal Masjid At-Taqwa.
SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN
SUMBANGAN TIADA HAD UMUR KEMATIAN AHLI DAN PASANGAN
RM 500.00
ANAK AHLI
RM 300.00
IBUBAPA MERTUA
KAIN KAFAN
INFAQ KETUA KELUARGA RM 25.00 SETAHUN
KEGUGURAN ANAK RM100
(4 bulan keatas)
TAHLIL ARWAH 3 MALAM KEMATIAN DI MASJID ATTAQWA MUKIM BERANGAN
Di atas ini adalah lakaran jadual sumbangan yang akan diterima oleh ahli Khairat Kematian namun disebalik itu banyak lagi akan diperolehi oleh ahli di antaranya:
Pertama :Apabila Khairat Kematian diwujudkan, kita dapat mengamalkan sikap ta'awun atau tolong-menolong sesama kita. Apabila seseorang ahli kariah meninggal dunia, semua ahli-ahli yang lain samasama menanggung perbelanjaan menguruskan jenazahnya. Amalan ini sesuai dengan firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Maidah ayat 2: "Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan melampaui batas; dan bertaqwalah kepada Allah". Kedua :Inilah yang paling penting. Dengan memberikan sumbangan kepada khairat kematian, sekaligus kita turut terlibat dan menyumbang dalam menguruskan jenazah pada setiap kali berlaku kematian di kalangan ahli-ahlinya. Bila wang tabung khairat digunakan untuk membeli kain kafan, bermakna mereka yang menjadi ahli biro khairat sama-sama membekalkan kain kafan untuk jenazah. Bila wang tabung khairat digunakan untuk urusan membayar saguhati kepada petugas yang memandikan jenazah, bermakna seluruh ahli Biro Khairat Kematian seolah-olah sama-sama memandikan jenazah. Bila wang tabung khairat digunakan untuk urusan menggali kubur, bermakna seluruh ahli Biro Khairat Kematian seolah-olah sama-sama menggali kubur walaupun kita tidak memegang cangkul. Dengan lain perkataan, setiap ahli sama-sama melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah menguruskan jenazah. Ketiga :Apabila kita mewujudkan Khairat Kematian, kita berpeluang melakukan amal jariah atau sedekah jariah. Jariah bermaksud mengalir. Apakah yang mengalir? Yang mengalir itu ialah pahala, sama ada mengalir untuk beberapa ketika atau pahala akan terus mengalir berpanjangan untuk tempoh yang lama. Hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Muslim: "Apabila mati seorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah (sedekah yang berkekalan), ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan baginya". (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim)
Keempat :Dengan menyertai Biro Khairat Kematian, akan terlepaslah ahli berkenaan daripada berkemungkinan menanggung hutang apabila berlaku kematian. Ditakdirkan kaum keluarga si mati tidak mempunyai wang simpanan pada hari kematian, maka kaum keluarga terpaksa berhutang harga kain kafan, terpaksa menangguh bayaran saguhati petugas memandikan jenazah dan terpaksa berhutang untuk membayar upah menggali kubur. Kalau semasa hidupnya, orang yang mati itu sangat-sangat mengambil berat tidak mahu terlibat dengan hutang, amatlah malang pada saat kematiannya, ahli keluarganya terpaksa berhutang untuk menguruskan jenazahnya sendiri. Dengan menjadi ahli Khairat Kematian, kemungkinan keterpaksaan untuk menanggung hutang seperti ini tidak akan berlaku kerana belanja pengurusan jenazah akan ditampung dari tabung khairat. kita tentu lebih maklum apa akan berlaku kepada roh si mati jika hutangnya tidak selesai. Menurut hadith daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Roh (orang mati) yang beriman tergantung (di awang-awangan) dengan sebab hutangnya, sehinggalah hutangnya itu dilangsaikan (oleh ahli keluarganya atau orang lain)". (Riwayat Ahmad dan At-Tarmizi)
ASAS PENGURUSAN JENAZAH BAB 1 : KEMATIAN HAKIKAT KEMATIAN
Kematian adalah kepastian, tiada siapa yang dapat mengelak dirinya daripada kematian. Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian sama ada makhluk yang hidup melata di permukaan bumi yang terdiri daripada manusia, binatang, jin, syaitan dan malaikat. Sama ada yang kita ketahui atau pun tidak kita ketahui, kesemuanya akan menemui kemusnahan dan tidak kekal, tetapi hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha kekal. Sebagaimana Allah menyatakan dalam maksud firmanNya “Untuk kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk kami khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai�(al-furqan 49)
MATI DALAM ISLAM
Kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah s.w.t, telah membuat pengakuan dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu percaya hari akhirat. Kepercayaan inilah telah mendorong diri kita agar sentiasa berwaspada dalam meniti hidup ini daripada terjerumus ke lembah yang amat menghinakan di samping terjebak ke dalam kancah kemaksiatan dan derhaka kepada Allah s.w.t. Sebab itu Allah s.w.t memberi garis panduan dan peringatan yang tertera dalam firman Allah s.w.t.yang bermaksud
“Dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam” (Imran 102) Islam adalah agama yang diperakui oleh Allah s.w.t. sebagaimana dalam firmanNya “Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah Islam) (Imran 19) MATI SATU KETETAPAN
Allah s.w.t. menentukan hidup dan mati seseorang adalah untuk menguji siapa diantara mereka yang paling baik amalannya dan Dia (Allah) Maha perkasa dan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sebagaimana Allah menyatakan dalam firmanNya “Tuhan yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji siapakah diantara kamu yang paling baik amalannya dan Dia Maha Perkasa dan Maha Pengampung” (al-mulk 2) Manusia hidup di muka bumi ini adalah sementara sahaja dan bertujuan untuk melaksanakan segala yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. Segala kesempatan yang Allah berikan itu hendaklah dipergunakan untuk melaksanakan setiap perkara yang diperintah oleh Allah s.w.t. melalui nabi Muhammad s.a.w. lazimnya umur seseorang manusia itu adalah sekitar enam puluh hingga tujuh puluh tahun. Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. “Usia umatku antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun dan hanya sedikit diantara mereka yang mencapai lebih dari itu” (riwayat al-bukhari)
HAKIKAT KEMATIAN
Sebagaimana yang kita maklum kematian tidak dapat dihindarkan, maka dalam suasana yang sihat dan segar bugar janganlah kita lupa untuk mengingati mati. Kita sebagai orang mukmin dan mukminat disunatkan memperbanyakkan mengingati mati. Sifat yang demikian amat digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. bertujuan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Saranan untuk sentiasa mengingati kematian banyak terdapat dalam hadis Rasulullah s.a.w. antara hadis mensunatkan mengingati kematian adalah seperti berikut hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin mashud. Maksudnya: “Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah bersabda, malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar malu , ‘lalu sahabat-sabahat baginda menjawab,’ sesungguhnya kami semua malu wahai Rasulullah.’ Rasulullah s.a.w menjawab lagi. “bukan itu maksudku, tetapi siapa yang malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu, hendaklah kamu menjaga perut kamu dari apa yang kamu isi dan hendaklah menjaga mengingati mati dan keburukannya dan siapa yang inginkan akhirat, hendalah dia meninggalkan perhiasan dunia dan siapa yang berbuat demikian, maka sesungguhnya dia malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.” (hadis ibnu mas’ud ini telah diriwayatkan oleh ImamTirmizi) Jesteru itu untuk menggalakakan rasa malu kepada Allah, maka hendaklah kita menjauhkan diri dari sifat zalim dan kemaksiatan yang ada di muka bumi ini, sebaliknya kita perlu melaksanakan segala
suruhan Allah dan RasulNya dengan penuh rasa kesedaran, keinsafan dan ketaatan. Mengingati kematian disarankan kepada orang –orang mukmin dan mukminat sebagaimana yang dinyatakan oleh abu hurairah bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda “perbanyakkanlah kamu mengingati penghapus kelazatan iaitu kematian”
BAB 2 : ADAB ZIARAH ORANG SAKIT
Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat muakkad. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. Maksudnya: “Seseorang muslim apabila ia menziarahi saudaranya yang Islam ia sentiasa memetik buah-buahan syurga.” (riwayat Al-Tirmizi) Begitu juga keistimewaan menziarahi orang sedang sakit disertakan dengan penuh kerelaan dan keikhlasan tanpa paksaan, maka natijah dan ganjaran amat besar sekali, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Maksudnya: “Seseorang Islam yang menziarahi saudaranya yang sedang sakit pada sebelah pagi, tujuh puluh ribu malaikat akan sentiasa memohon supaya diampunkan dosa-dosanya sehingga ke petang dan apabila ia menziarahi pada sebelah petang tujuh puluh ribu malaikat akan
mendoakan supaya diampunkan dosa-dosanya hingga ke pagi dan baginya kebun-kebun tempat memetik buah-buahan di syurga kelak.
ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT Islam amat menggalakkan umatnya supaya bertatasusila ketika menziarahi orang yang sedang sakit. Antara adab menziarahi orang sakit seperti berikut: Sunat menziarahi orang yang sedang sakit berselang hari melainkan setelah orang yang sakit itu reda dengan lawatannya, atau mengambil berat dengan sebab lawatannya itu. Sunat bagi orang yang berziarah duduk berdekatan dengan kepala orang yang sedang sakit Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah s.a.w Memberi nasihat agar bersabar dan tabah menghadapi ujian. Bertanyakan tentang ibadatnya; solat dan lain-lain sekiranya dia tidak mampu ajarlah mereka atau bertanyakan kepada orang yang pandai. Menyampaikan ucapan yang baik agar dapat menghiburkan hati pesakit dan menguatkan jiwanya. Mendoakan pesakit agar lekas sembuh. Ajarlah kepada orang yang sedang nazak la ilaha illallah!.
TANDA-TANDA NAZAK Biasanya tanda-tanda yang menunjukkan seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir antaranya: I. II. III. IV. V.
itu
akan
Hidungnya tunduk. Tapak kakinya lurus. Pergelangan tangannya renggang. Keningnya luas. Dan lain-lain lagi.
Apabila didapati tanda-tanda yang tersebut itu maka bolehlah kita lakukan perkara-perkara berikut: I. II. III. IV.
Lafazkan ke telinganya kalimah la ilaha illallah. Dibaca surah Yasin. Harus dititik air ke dalam mulutnya. Basahkan muka dan dadanya dengan air.
SEJURUS MENINGGAL I. II.
III. IV. V.
VI. VII.
Dipejamkan kedua matanya Disapukan minyak ke pergelangan dan sendi-sendi anggotanya untuk melembutkan anggotanya supaya memudahka tukang mandi memandikan nanti. Salinkan pakainanya dengan kain yang bersih. Diikat dagunya supaya mulutnya tidak terbuka. Letakkan mayat itu di atas tempat yang agak tinggi seperti tilam dan seumpanya dengan dihadapkan muka dan kakinya kearah kiblat. Letakkan benda yang sedikit berat di atas perut mayat supaya perutnya tidak kembung. Dibakar bau-bauan seperti gaharu supaya kawasan sekiling berbau wangi dan harum.
PENYELENGGARAAN JENAZAH Apabila sudah sah kematian seseorang islam maka wajiblah diselenggarakan empat perkara seperti berikut: 1. 2. 3. 4.
Dimandikan Dikapankan Disembahyangkan Dikebumikan
Ada perkara lain yang perlu dilakukan 1. Laporkan kepada polis kes kematian dan dapatkan permit pengkebumian. 2. Isi borang kematian dan hantar ke lembanga pendaftaran Negara. 3. Maklumkan kepada sanak saudara dan jiran tetangga dan uruskan jenazah dengan kadar segera.
BAB
Khairat Kematian Masjid Al-Taqwa Kampung Berangan No Rujukan : Kampung Berangan Tarikh Kuatkuasa : 2012/2013
SENARAI AHLI KAMPUNG BERANGAN
41
WAN AISHAH BINT WAN DERAMAN
42
WAN AZMAN BIN WAN YUSOFF
43
WAN DAUD BIN WAN SALLEH
1
AZIZAH BINTI ISA
44
WAN ESHAH BT WAN ABDULLAH
2
AB AZIZ BIN WAN HAMZAH @ISMAIL
45
WAN FAHMI BIN WAN DAUD
3
CHE RAZALI BIN SALLEH
46
WAN FATIMAH BINTI WAN MAHMOD
4
CHE ROBIAH BT SAID
47
WAN FATIMAH BT HJ WAN HASSAN
5
FATIMAH ZAHARAH BINTI AB HAMID
48
WAN FATIMAH BT WAN HAMAT
6
HARYATI BINTI HASSAN
49
WAN HABSAH BT WAN HAMAT
7
HASSAN BIN WAN SALLEH
50
WAN HABSAH BT WAN HASSAN
8
JAWAHER BT WAN YUSOFF
51
WAN HALIMAH BT CHE KAR
9
MAS BT CHE KAR
52
WAN HAMAT BIN WAN IBRAHIM
10
MD SHAFAWI MD TAHIR
53
WAN HAMIDAH BT WAN DERAMAN
11
MINAH BT WAN DAUD
54
WAN HANISAH BINTI WAN YUSOF
12
MOHAMED B ABDULLAH
55
WAN HASNAH BINTI WAN ABAS
13
N MOHAMMAD BIN N MAHMUD
56
WAN HASNAH BT WAN ABD KADIR
14
N NORHASYANI BT W MUHAMAD
57
WAN HASSAN BIN WAN AHMAD
15
58
WAN HASSAN BIN WAN SU
16
NIK ABDULLAH BN NIK DIN NIK AHMAD SHAHRUL AZHAR B NIK AB MAJID
59
WAN HASSAN BIN WAN YAACOB
17
NIK AZIZAH BINTI NIK HUSAIN
60
WAN HUSEIN BIN WAN MAT ALI
18
NIK ESAH BT NIK MAT
61
WAN HUSSIN BIN WAN HAMAT
19
NIK MAH BINTI NIK ABDULLAH
62
WAN ISHAK BIN WAN MAT AMIN
20
NIK MAHMUD BIN HJ NIK DIN
63
WAN ISMAIL BIN WAN YAACUB
21
NIK MOHD ZAINI BIN WAN MOHAMMAD
64
WAN JAAFAR BIN WAN MAMAT
22
NIK NORIAH BINTI NIK HASSAN
65
WAN JUSOH BIN BERAHIM
23
NIK RAHIMAH BINTI NIK OTHMAN
66
WAN KALSOM BT WAN DAUD
24
NIK SERIMAH BT NIK ABDULLAH
67
WAN KELTHUM BINTI ISMAIL
25
NIK SOM BINTI NIK MAN
68
WAN KELTHUN BT AB HAMID
26
NIK YAHYA BIN NIK MUSTAFA
69
WAN MAHMUD BIN WAN ISMAIL
27
NIK YUSOF BIN NIK ABDULLAH
70
WAN MAT ALI BIN WAN MAT AMIN
28
NORANISAH BINTI ABD HAMID
71
WAN MAT DIN BIN WAN DERAMAN
29
ROHANI BT YUNUS
72
WAN MERIAM BT WAN KADIR
30
SABRI BIN SALLEH
73
WAN MERIAM BT WAN NAWANG
31
SELAMAH BT ABDUL KADIR
74
WAN MOHAMAD BIN WAN ABAS
32
SITI ESHAH BT AWANG
75
WAN MOHAMAD BIN WAN ABDULLAH
33
TENGKU MUHAMAD BIN NIK JAAFAR
76
WAN MOHAMED BIN HJ WAN DIN
34
W ESAH BT W MAHMOD
77
WAN MOHD AZLAN BIN WAN YUSOF
35
W MUSTAFA B W SULAIMAN
78
WAN MOHD AZRI BIN WAN AHMAD
36
WAN MD SHAARANI B W ABDULLAH
79
WAN MOHD FIKRI BIN WAN JUSOH
37
WAN AB AZIZ BIN WAN NAWANG
80
WAN MUHAMMAD B WAN MUHAMMAD AMIN
38
WAN AB RAHIM BIN WAN ABDULLAH
39
WAN AB RAHMAN BIN WAN HAMAD
40
WAN ABDUL AZIZ BIN WAN AHMAD
BIL
81
WAN MUHAMMAD BIN WAN ABDULLAH
82
WAN MUHAMMAD BIN WAN AMIN
83
WAN MUNAH BINTI WAN HAMAT
84
WAN NOORAINI BINTI AB. HAMID
1
ABD RAHIM BIN IBRAHIM
85
WAN NOR AIDA BINTI WAN HAMAT
2
ADNAN BIN MOHAMAD
86
WAN RIFIN BIN WAN DERAMAN
3
AWANG TEH BIN ABDUL MUTTALIB
87
WAN ROKIAH BT WAN DAUD
4
CHE HASMAH BINTI CHE MUD
88
WAN ROSNAH BINTI WAN SALLEH
5
CHE JAH BT ABDULLAH
89
WAN ROSNANI BT WAN ALI
6
CHE MINAH BINTI CHE ALI
90
WAN RUKIAH BINTI WAN MOHAMED
7
HALIMAH BINTI MD NOR
91
WAN RUSIDAH BT WAN MUHAMAD
8
HASIMAH BINTI MOHAMAD
92
WAN SOHAIMI BIN WAN ZAKARIA
9
HASMAH BT ABDULLAH
93
WAN SOM BT WAN HAMAD
10
HUSIN BIN JAAFAR
94
WAN SOM BT WAN OMAR
11
MAMAT BIN MD NOR
95
WAN TIJAH BT WAN DAUD
12
MAT ZAKI BIN MOHAMD
96
WAN TIJAH BT WAN YUSUFF
13
MD NOR BIN AWANG SAMAT
97
WAN YUSOH BIN WAN ABDULLAH
14
MEK YAH BINTI CHE TIMUN
98
WAN ZAHARI BIN WAN HASAN
15
MOHAMAD ABDUL ZAMIL BIN YUSOFF
99
WAN ZAIDI BIN WAN ABDULLAH
16
MOHAMAD BIN MAT AIL
100
WAN ZAINAB BINTI BAKAR
17
MOHAMED BIN AWANG
101
WAN ZAINAB BT WAN HAMAD
18
MOHD NAWI BIN IBRAHIM
102
WAN ZAINAB BT WAN JUSOH
19
MOHD RAZILAN BIN IBRAHIM
103
WAN ZAINUN BT WAN SULAIMAN
21
MUHAMAD B MD NOOR
104
ZAHRI BIN JUSOH
22
MUHAMAD BIN NOOR
105
ZAINAB BT YUSUF
23
RAFIAAH BINTI MD HARON
106
ZAKARIA BIN YAACOB
24
ROSMAYUNI BT CHE MAT
107
ZALEHA BT AB HAMID
25
SA'BAR NORALAMIN@NORALAMIN B.W.YAACOB
108
ZULKEFLI BIN HASSAN
26
SAMAT BIN MAT AIL
109
ZURAINI BT HAMAT
27
SITI FATIMAH BINTI MD NOR
28
SITI KHALIJAH @SITI KHADIJAH BIN TI SIDEK
29
WAN HASSAN BIN WAN ISMAIL
30
WAN HASSAN BIN WAN MAHMUD
31
WAN YAACOB BIN WAN SALLEH
32
WAN ZARIAH BINTI WAN YAACOB
33
ZULKAFLI BIN SAMAT
BIL
34
SENARAI AHLI KAMPUNG BANGGOL JENEREH
BIL
SENARAI AHLI KAMPUNG LEPAH
BIL
SENARAI AHLI KAMPUNG ALOR BATU
1
AMRAN BIN AHMAD
1
ABDULLAH BIN HAMAT
2
CHE ABDULLAH BIN CHE DERAMAN
2
W MD AMIN BIN W HAMAT
3
CHE AZIZ B ABDULLAH
3
W SAARI BIN W SULAIMAN
4
CHE HASMAH BINTI CHE DERAMAN
4
WAN HASSAN BIN WAN ISMAIL
5
CHE MAN BIN DOLAH
5
WAN ISMAIL BIN WAN DAUD
6
DIN BIN ISMAIL
6
ZAHARI BIN DAUD
7
ESAH BT TAHIR
8
FAUZI BIN AB.HAMID
9
ISMAIL BIN HAMAT
10
MOHD BIN YAAKUB
11
MOHD RAPI BIN MAD NOR
12
NIK RAZAK BIN NIK MAT
13
RAMLI BIN MUSTAFA
14
SHAHARUDIN B SALLEH
15
SUDIN BIN TAHPIR
16
WAN MAZLAN BIN WAN ABDULLAH
17
ZAKARIA BIN RAHIM
7 8
BIL
SENARAI LUAR
TEMPAT
1
AZMI BIN AWANG
2
CHE SEMAH BINT IDRIS
3
FATIMAH BT HUSSIN
TUMPAT
4
MOHAMED KHAIRUDI
BUNUT PAYUNG
5 6
MOHD NAPI BIN CHE NGAH MOHD ZULKIFLIE BIN MUSTAFA
7
WAN ABAS BIN WAN AHMAD
8
WAN FAUZIAH BT WAN DAUD
9
ROKIAH BINTI TALIB
10 11
KG ALOR HIJAU KG BENDANG
KG BENDANG B.MERBAU MELOR MELOR TASIK PAUH