Al quds weekly report issue no 119

Page 1


News

YAYASAN AL-QUDS MALAYSIA

TEROWONG BARU DI KAWASAN ISTANA UMAYYAH, BAHAGIAN SELATAN MASJID AL-AQSA

Jurusalem- Pusat Berita Palestin

Sebuah pertubuhan Yahudi “Nachman Hayy” mendedahkan bahawa sebuah terowong baru bakal dibuka untuk kerja-kerja penggalian di kawasan selatan Masjid Al-Aqsa, yang jaraknya kirakira 200 meter dari Pintu Al-Mugharabah, Istana Umayyah berdekatan Tembok Ratapan. Pengawal Masjid Al-Aqsa mengesahkan bahawa terdapat sebuah kren besar milik Israel diletakkan di luar Istana Umayyah dan membawa sejumlah besar tanah se-

1

AL-QUDS WEEKLY REPORT

tiap hari sejak 3 bulan lalu. Ini menunjukkan bahawa terdapatnya penggalian baru sedang berjalan di kawasan Silwan dan sekitarnya. Pertubuhan itu dalam risalah mereka yang diedarkan di beberapa kawasan berkata: “hanya tinggal beberapa hari saja untuk menyatukan Jurusalem dan menyempurnakan beberapa pekerjaan dan kejutan- kejutan “menggembirakan”, diantaranya ialah pembukaan terowong di Tembok Ratapan”. Kata mereka lagi: tidak lama lagi akan dibuka pintu masuk baru ke terowong


News

YAYASAN AL-QUDS MALAYSIA

KAWASAN ISTANA UMAYYAH

Ir David di bahagian selatan berdekatan kawasan berbumbung Istana Umayyah (selatan Masjid Al-Aqsa). Menurut mereka, perasmian pembukaan itu nanti akan dilaksanakan dengan kehadiran orang- orang berpengaruh Yahudi disertai dengan beberapa orang delegasi dari Amerika Syarikat dan negara-negara barat lainnya. Mereka akan dibawa berjalan- jalan melawat Kota Lama Jurusalem di bawah tanah dan menziarahi kawasan Ir Daud, melalui terowong di Tembok Ratapan menuju ke “laluan rahsia” ke lapangan Masjid Al-Aqsa. Kemudian dibawa melawat pasar- pasar lama yang terdapat di Pintu As-Silsilah di kawasan kejiranan Islam.

Mereka juga turut memastikan keselamatan dengan penjagaan ketat terhadap delegasi- delegasi yang turut serta dalam perasmian itu selama beberapa hari. Dikatakan bahawa kerajaan Israel pada awal tahun ini telah pun meluluskan sambutan 50 tahun kejayaan mereka menjajah Jurusalem. Antara agenda sambutan ialah, mengumumkan puluhan projek yang bakal dijalankan, mengadakan perarakan- perarakan dan pameran-pameran, perasmian projek- projek baru, dan perarakan kontroversi setiap tahun “tarian bendera” di lapangan Pintu Al-A’mud. Bilangan hadirin pula dianggarkan mencecah ribuan orang pendatang Yahudi. AL-QUDS WEEKLY REPORT

2


News

YAYASAN AL-QUDS MALAYSIA

Kereta Api Menuju Ke Tembok Ratapan.. Projek Pengyahudian Baru Di Jurusalem

By ASEEL JUNDI

tel Aviv ke barat Jurusalem dalam tempoh lebih kurang 28 minit. Ini menjadikan stesen utama Dengan arahan dari Menteri Pengangkutan Is- kereta api yang berhampiran dengan bangurael, projek kereta api yang menghubungkan nan kerajaan sebagai stesen penghubung bagi diantara Tel Aviv dengan barat Jurusalem bakal menuju ke Tembok Ratapan. dilaksanakan. Kini, mereka dalam proses merancang dan mengkaji berkaitan projek ini dan MEMPERCEPATKAN PERANCANGAN laluannya dari bangunan- bangunan di Barat Jurusalem menuju ke Tembok Ratapan berse- Berkenaan dengan projek ini, seorang warbelahan Masjid Al-Aqsa. tawan khas dalam Hal Ehwal Jurusalem dan Menurut perancangan, projek ini dijangka Masjid Al-Aqsa, Mahmud Abu A’tho berkata siap selewat- lewatnya pada akhir tahun ini. bahawa pembinaan ini adalah arahan secara Kini mereka dalam proses memasang laluan langsung dari menteri Israel “Yisrael Katz”. khas kereta api , memasang kabel elektrik, dan Beliau menggesa supaya projek pembinaan ini menunggu pemasangan dari syarikat Jerman dipercepatkan walaupun beberapa orang pakar yang dikatakan agak lewat. pembinaan membantah untuk dihubungkan terLaluan kereta api ini adalah sepanjang 56 ki- us ke Tembok Ratapan bahkan cukup sekadar lometer dan menghubungkan penumpang dari ke bangunan kerajaan sahaja.

3

AL-QUDS WEEKLY REPORT


News

YAYASAN AL-QUDS MALAYSIA

ya adalah sebahagian dari Kota Suci Al-Quds yang dirampas dengan kekuatan senjata dan Israel tidak mempunyai hak untuk mencemarkan sejarah warisannya yang telah dipelihara dari generasi ke generasi. PENGUBAHAN RUPA ASAL JURUSALEM Abu A’tho: Projek Ini Merupakan Orientasi Peribadi Dari Menteri Pengangkutan Israel

Tambahnya, jelas terdapat unsur- unsur agama dalam menyegerakan pembinaan ini. Dan ianya berkemungkinan besar akan dilaksanakan tidak lama lagi, apatah lagi terdapat desakan untuk menghubungkan kereta api ke Tembok Ratapan. Pembinaan kereta api penghubung ini akan menyebabkan terowong bawah tanah sedalam 50 meter dan menelan perbelanjaan kira-kira 2 billion syikal bersamaan 520 juta dolar (untuk menghubungkan antara Barat Jurusalem ke Tembok Ratapan), dan 7 billion syikal yang bersamaan 1.58 billion dolar (untuk menghubungkan antara Tel Aviv ke Jurusalem. Pembiayaan ini diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Pengangkutan Israel. Seorang pakar pembinaan Al-Quds, Jamal A’mru berpendapat bahawa pembinaan ini bakal melengkapkan projek pengyahudian besar iaitu “Israelization” dan diantaranya matlamatnya ialah menyatukan antara bandar- bandar Israel secara lengkap dengan pusat pemerintahannya. Begitu juga dengan pembinaan mercu tanda seperti Universiti Ibrani dan Hospital Haddasah di Jurusalem. A’mru menegaskan bahawa projek berstrategi ini bakal mengyahudikan Jurusalem secara lengkap, walaupun pada pandangan dunia ian-

Setiausaha Pertubuhan Islam- Kristian untuk Al-Quds dan Tempat- Tempat Suci, Hanna Isa berkata dalam kenyataannya bahawa projek menghubungkan antara Tel Aviv dan Tembok Ratapan akan membawa kepada pengubahan wajah asal Kota Suci, kerana bangunan- bangunan Yahudi akan menutup arabisme yang terdapat di sana. Pembinaan-pembinaan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengiringi pembinaan Haikal yang merupakan matlamat besar mereka.

"Isa: Projek Menghubungkan Antara Tel Aviv Dengan Tembok Ratapan Akan Mengubah Wajah Asal Jurusalem" Dikatakan bahawa stesen akhir kereta api itu masih belum ditentukan tempatnya lagi, sama ada di kawasan Pintu Al-Khalil ataupun di kejiranan Wadi Helwah yang bersebelahan dengan Tembok Ratapan. Tambahnya lagi, projek ini merupakan rantaian dari siri- siri projek pengyahudian secara besarbesaran di Kota Suci itu yang ada diantaranya telah pun siap, manakala sebahagian yang lain sedang dalam proses. Antara projek besar lain ialah Beit Strauss, Beit Jauhar, dan projek pembinaan lif elektrik yang menghubungkan antara kawasan As-Syaraf dan Tembok Ratapan dengan projek gereja baru Israel berhampiran dengan gereja Al-Kharab. AL-QUDS WEEKLY REPORT

4


infographic

YAYASAN AL-QUDS MALAYSIA

In 1948, Zionist forces ethnically cleansed more than fifty percent of the entire Palestinian population. In commemoration of the Nakba, and the displacement that continues today, Visualizing Palestine has released this new visual: "An Ongoing Displacement." The new visual quantitatively catalogs the multiple dimensions of Palestinian displacement and loss of land.

5

AL-QUDS WEEKLY REPORT


infographic

YAYASAN AL-QUDS MALAYSIA

AL-QUDS WEEKLY REPORT

6


Article

YAYASAN AL-QUDS MALAYSIA

Pakar Israel: Kemerosotan Mendadak Taraf Hidup Di Kawasan- Kawasan Kejiranan Di Timur Jurusalem

Penulis dalam akhbar yahudi “Maa’rif�, Kermit Savir, berkata bahawa taraf kehidupan di kejiranan timur Jurusalem (kawasan- kawasan yang didiami oleh rakyat palestin), akan mengalami kemerosotan ekonomi yang berpenjangan disebabkan oleh penurunan infrastruktur, kekurangan peluang pekerjaan untuk orang muda, dan keganasan yanag dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin. Dilaporkan bahawa Professor Yitzhak Reiter (seorang pengkaji terkenal di Jurusalem) berkata sesungguhnya penderi-

7

taan yang ditanggung oleh warga Palestin di timur Jurusalem boleh dilihat jelas dari statistik dan data. PERSPEKTIF KEAMANAN Reiter menjelaskan bahawa rakyat Palestin merasakan bahawa mereka tidak diberikan perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan Israel, dan tidak dikira sebagai sebahagian dari penduduk kota itu, bahkan sentiasa dianggap sebagai pelanggar undang- undang. Justeru, pihak Israel seringkali mengetatkan

AL-QUDS WEEKLY REPORT

kawalan, menambah bilangan tentera dan pengawal di pintupintu masuk bandar- bandar dan kejiranan- kejiranan Arab dengan alasan untuk menghalang berlakunya tunjuk perasaan dan perarakan sehingga ke tahap penduduk- penduduk di satu kejiranan tidak dapat pergi ke kejiranan yang lain kerana pengawalan tentera. Tegasnya lagi dalam temubualnya, seramai 850 ribu penduduk Kota Jurusalem dan 310 daripadanya menduduki kawasan timurnya. Mereka itu mempunyai kerakyatan tetap


Article tetapi tidak diberikan hak mengundi, hak- hak yang terkandung dalam perlembagaan, dan dipecah-pecahkan ke 22 kejiranan dan perkampungan. Keadaan mereka seperti keadaan rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat. Kebanyakan dari mereka juga hidup susah, dalam keadaan infrastruktur yang teruk, jauh dari keperluan- keperluan sepatutnya, dan sentiasa mereka tergugat sama ada dari sudut keselamatan dan hak- hak kerakyatan. Beliau menjelaskan bahawa kebanyakan penduduk di timur Jurusalem merupakan orang Islam; 64% berumur bawah dari 18 tahun, 36% tidak mampu melakukan pekerjaan, dan 51% berada di bawah tahap kemiskinan. Walaupun ada di antara mereka mempunyai pasport Jordan, tetapi mereka tidak mendapat hak- hak mereka yang sepatutnya, hingga mereka merasakan tidak ada apa lagi yang mereka miliki. Sedangkan di pihak kerajaan, mereka membuka ruang seluas-luasnya kepada pelampau- pelampau yahudi untuk menguasai Masjid Al-Aqsa, dan rakyat Palestin dihalang dari berpolitik sama sekali, lebih- lebih lagi dengan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang mahu memindahkan kedutaan Amerika

YAYASAN AL-QUDS MALAYSIA

ke Jurusalem. Dapat disimpulkan bahawa rakyat Palestin mengalami banyak masalah; satunya kerajaan Israel yang menyebabkan kemerosotan taraf kehidupan, ketiadaan jalan-jalan raya yang berturap, penutupan laluan pejalan kaki, dan denda- denda yang dikenakan terhadap pemandu- pemandu Palestin. Keduanya ialah ketiadaan undang- undang tanah di Jurusalem menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan permit pembinaan daripada majlis perbandaran seterusnya memaksa mereka membina bangunan “secara haram”. KEKURANGAN KELASKELAS Kejiranan “Nuf Zion” iaitu penempatan pendatang yahudi yang mempunyai kepadatan penduduk kira- kira puluhan keluarga sahaja, mendapat infrastruktur binaan lebih kurang 340%, manakala kejiranan Bukit Scopus yang bersebelahan dengannya yang mempunyai kepadatan penduduk sekitar 20 ribu orang mendapat infrastruktur binaan sekadar 170% sahaja. Reiter menegaskan bahawa antara kekurangan yang paling teruk adalah kekurangan dari sudut institusi pendidikan. Bahkan, sebahagian besar kelas-

kelas merupakan rumah- rumah lama yang ditukar menjadi kelas kerana kurangnya sekolah dan kelas yang sebenarnya. Begitu juga dengan taman permainan kanak- kanak dimana di komuniti besar Timur Jurusalem, hanya terdapat 3 buah taman permainan kanak- kanak sahaja. Adapun, masalah ketiga terbesar penduduk Palestin di Timur Jurusalem adalah berkaitan khidmat kebersihannya. Di penempatan- penempatan yahudi, terdapat tong- tong sampah disediakan di setiap depan rumah mereka, manakala di Timur Jurusalem sampah bertaburan di kiri kanan jalan. Malah, jentera pengutip sampah juga tidak memasuki lorong- lorong kecil untuk mengutip sampah. Kerajaan Israel pernah berjanji untuk memberikan plastikplastik sampah khas, namun janji hanya tinggal janji. Reiter di akhir temuramah beliau bersama akhbar Ma’arif berkata bahawa kerajaan Israel hendaklah mengambil langkahlangkah yang sepatutnya bagi menyempurnakan jurang- jurang kosong akibat sikap tidak adil mereka kepada rakyat Palestin dan memulangkan kembali hak- hak mereka sepertimana yang termaktub dalam undang- undang negara- negara lain di seluruh dunia.

AL-QUDS WEEKLY REPORT

8


Picture

1 Feb 2017 Pemuda Palestin ini iaitu Hazim Sandouka, 24 tahun yang berasal dari Jerusalem dipenjarakan oleh tentera Israel hanya kerana menyertai pergerakan Islam HAMAS.

YAYASAN AL-QUDS MALAYSIA

1 Feb 2017 Sebuah mahkamah tentera Israel menjatuhkan hukuman penjara setahun setengah kepada seorang remaja Palestin (Amal Jamal Qabha)

Tanpa menghiraukan perasaan orang Islam, parlimen Zionis mengeluarkan perintah kepada ahlinya supaya menceroboh masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa.

9

AL-QUDS WEEKLY REPORT


Picture

YAYASAN AL-QUDS MALAYSIA

5 FEb 2017 Israel membina tembok pemisah sepanjang 42 km di selatan Khalil. Tembok pemisah ini dijadualkan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2017. Israel mula membina tembok pemisah dan pada tahun 2006, tembok ini mencecah 402 km dan mengikut perancangan kerajaan Israel, mereka tembok ini akan dibina sepanjang 703 km. Tembok pemisah ini sudahpun menyebabkan pelbagai kesangsaraan dihadapi oleh penduduk Gaza dan ianya akan berterusan menambah penderitaan selagi mana ianya tidak dimusnahkan. Sumber: PIC

5 Feb 2017 Mahkamah penjajah tentera Israel menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun ke atas seorang kanak-kanak Palestin Manar al-Shwaiki(16 tahun) atas dakwaan cuba menikam seorang askar. Manar adalah banduan yang paling muda di dalam penjara tentera Israel.

AL-QUDS WEEKLY REPORT

10



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.