Kami di Yayasan Al-Quds Malaysia dengan sukacitanya inginmenghadiahkan kepada anda terjemahan bahasa Malaysia bagi "Taqrir 'Ain 'Alal Aqsa 2020" iaitu "Laporan Pemantauan Terhadap Al-Aqsa 2020".
Laporan tahunan ini telah diterbitkan oleh Yayasan al-Quds Antarabangsa yang berpusat di Beirut. Ia merekodkan fakta-fakta penting mengenai perkembangan serangan Zionis ke atas Masjid al-Aqsa dalam pelbagai posisi dan reaksi bermula dari Ogos 2019 hingga Ogos 2020.
Melihatkan betapa pentingnya laporan ini, maka QFM meletakkan harapan yang tinggi agar ia dapat memberi motivasi kepada kita semua dalam memainkan peranan yang lebih besar dan berkesan dalam melindungi dan mempertahankan Masjid al-Aqsa yang diberkati.
Yayasan al-Quds Malaysia