Al quds weekly report issue no 123

Page 1


P1 | Article

Pada hari penghapusan diskriminasi kaum, rakyat di Al-Quds terus didiskriminasikan Aseel Al-Joundi – Al-Quds Ketika mana seluruh dunia meraikan hari penghapusan diskriminasi kaum pada 21 Mac setiap tahun, 300,000 orang rakyat Palestin di Jerusalem terus menjadi mangsa penaklukan tentera penjajah Israel yang merampas dan mencabuli hak asasi mereka.

bertujuan untuk menghalang pertumbuhan populasi masyarakat Jerusalem. Menurut pertubuhan hak asasi manusia, perpindahan secara paksaan dan dasar-dasar penjajahan yang dipraktikkan adalah untuk mengekalkan populasi orang-orang Yahudi sebagai majoriti di bandar tersebut. Pada minggu lepas, Jerusalem telah mengikuti laporan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia Barat (ESCWA) mengenai diskriminasi perkauman oleh tentera penjajah terhadap rakyat Palestin.

Pada tahun 1948, lebih 80,000 orang rakyat Palestin dipindahkan dari rumah mereka dan hilang tempat tinggal di barat Jerusalem. Setelah seluruh bandar tersebut berjaya ditakluk pada tahun 1967 yang mana tindakan tersebut melanggar undang-undang antarabangsa, pihak berkuasa Israel mempraktikkan Laporan tersebut menegaskan tentang dasar-dasar apartheid dengan menggunakan diskriminasi yang telah memberi impak ke undang-undang diskriminasi di Jerusalem atas rakyat Jerusalem dalam akses mereka ter1 | Al-Quds Weekly Report


P2 | Article hadap pendidikan, penjagaan kesihatan, hak untuk membina dan mendiami tempat tinggal, serta pengusiran dan perobohan rumah yang menjadi dasar keseimbangan demografi Israel untuk penduduk berbangsa Yahudi. Orang Yahudi Menurut data yang telah dikeluarkan oleh pertubuhan al-Haq, St. Yves, rangkaian, pusat tindakan komuniti dan Badil – semua pertubuhan hak asasi manusia – diskriminasi kaum di alQuds bermula dengan dasar ‘pusat kehidupan’. Setiap orang Yahudi yang tiba di Israel dari luar negara boleh menjadi warganegara Israel. Lebih 14,500 orang rakyat Palestin di Jerusalem telah dibuang sejak tahun 1967, dianggap sebagai pendatang di negara sendiri dan mempunyai hak pendudukan yang boleh dibatalkan bila-bila masa sahaja.

"Penjajahan ini telah mengakibatkan lebih 100,000 orang rakyat Al-Quds dibuang ke kawasan terpencil dari bandar" Dalam undang-undang kewarganegaraan, tidak ada kanak-kanak Yahudi yang tidak berdaftar dengan kad pengenalan dan pasport bersama ibu bapanya, manakala kira-kira 10,000 kanak-kanak Jerusalem tidak berdaftar sebagai penduduk bandar. Bagi kemasukan ke dalam Jerusalem, keluarga berbangsa Yahudi digalakkan untuk memasuki negara tersebut, yang menggantikan lebih daripada satu pertiga permintaan untuk penyatuan semula keluarga antara tahun 2000 dan 2013 untuk rakyat Jerusalem di tanah jajahan Israel. Sejak tahun 2008, tiada pasangan dari Jerusalem dan Gaza dibe-

narkan untuk berjumpa antara satu sama lain. Tentera penjajah mempunyai akses mereka sendiri untuk ke pusat bandar, manakala tembok pemisah telah memisahkan 100,000 rakyat Palestin dari bandar. Dalam sektor pembinaan, 78 peratus daripada bangunan di Jerusalem barat (bahagian yang diduduki pada tahun 1948) dilaporkan telah diselewengkan hak dan dasarnya dari segi undang-undang. 27% daripadanya telah dirobohkan manakala di timur al-Quds 22% daripada penyelewengan mengakibatkan 84 peratus daripadanya diarahkan supaya diroboh.

"Tentera penjajah telah membina 15 buah penempatan di Al-Quds sejak tahun 1967 manakala penduduk mengalami kekurangan rumah sebanyak 46,000 unit" Tidak jauh dari perumahan, 15 unit penempatan telah dibina untuk didiami oleh 210,000 penjajah, ketika mana terdapat kekurangan rumah sebanyak 43 ribu unit di timur Jerusalem selain daripada 60,000 orang rakyat al-Quds menghadapi risiko di mana rumah mereka akan dimusnahkan. Dalam konteks pengagihan belanjawan pula, 90 peratus daripada bajet belanjawan diperuntukkan untuk 63 peratus masyarakat Yahudi di Jerusalem dan 10 peratus lagi diperuntukkan untuk masyarakat Arab di bandar tersebut, yang jelas memaparkan infrastruktur dan perkhidmatan yang lemah. Al-Quds Weekly Report | 2


P3 | Article

Rakyat Palestin beratur di hadapan sebuah syarikat insurans Israel di Al-Quds Diskriminasi secara halus

dar lalu memaksa mereka untuk berhijrah. Dengan demikian maka tercapailah objektif Mengulas mengenai dasar-dasar diskriminasi, mereka untuk mengekalkan bilangan minima ketua Jabatan Sains Politik di Universiti Al- penduduk dan keluasan maksima tanah yang Quds, Amna Badran, berkata bahawa rejim dimiliki oleh mereka. aparteid di Afrika Selatan adalah jelas, tidak dinafikan bahkan dipromosikan sebagai sistem Beliau menyambung ulasan tersebut di dalam yang sah. Akan tetapi, dalam kes Palestin ini, Al-Jazeera Net bahawa semua undang-undang Zionis berjaya mempromosikan dirinya se- diskriminasi telah wujud sejak penaklukan bagai satu-satunya negara demokratik di timur Palestin oleh tentera Israel pada tahun 1948, tengah, dan mampu mengendalikan pengasin- tetapi hari ini, manifestasi mereka adalah jelas di Jerusalem, yang mana menekankan bahawa gan kaum dengan bijak dan lancar. - supaya rakyat Palestin boleh bangkit - strateBagi pengkhususan untuk isu di bandar Jeru- gi mereka perlu dispesifikasikan ke arah usasalem, beliau menambah bahawa Israel kini ha memperjuangkan dan mendapatkan kebetidak boleh meletakkan rakyat Palestin di da- basan dan salah satu caranya adalah dengan lam trak dan membawa mereka keluar dari Je- menentang segala bentuk ideologi Zionis dan rusalem. Walau bagaimanapun, melalui dasar penubuhannya sebagai suatu kaum yang ditenpemisahan dan perkauman, mereka membuat tang oleh seluruh dunia. kehidupan rakyat Jerusalem mustahil di ban3 | Al-Quds Weekly Report


,,

Fatwa Syari’e (Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, doa dan salam kepada Nabi kita Muhammad SAW, kepada ahli keluarganya yang baik, dan para sahabat yang mulia, orang-orang yang mengikuti mereka dan mengikuti jalan mereka sehingga hari kiamat) Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (yang bermaksud): "Mahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami, sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.” (Al-Isra:1). Ayat ini menunjukkan bahawa Masjid Al-Aqsa yang diberkati dikaitkan dengan mukjizat dan keajaiban di dalam peristiwa agung Israk dan Mikraj dan mukjizat ini adalah merupakan satu daripada rukun-rukun iman. Sesungguhnya masjid Al-Aqsa adalah sebahagian daripada akidah umat Islam atas perintah Ilahi. Di samping itu, Al-Aqsa juga dikaitkan dengan Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabi Al-Madinah Al-Munawwarah. Hadis Nabi SAW (keamanan dan rahmat Allah ke atasnya) ada menyebutkan: “Janganlah suatu perjalanan (rihal) diadakan, kecuali ke salah satu dari tiga masjid berikut: Masjidil Haram, masjid Al Aqsa, dan masjidku (Masjid Nabawi).” Oleh itu, Masjid Al-Aqsa yang diberkati ini dikhaskan bukan sahaja untuk rakyat Palestin bahkan untuk umat Islam seluruh dunia dan hak Rabbani yang dikurniakan oleh Allah ini akan wujud dan kekal sehingga hari pembalasan, tidak ada ruang untuk tawar-menawar di atas pemilikannya, dan tidak juga untuk dirunding walau ke atas sebutir debu. Fatwa ini telah dikeluarkan pada 20 Jamadil Akhir 1438 Hijrah bersamaan 19/3/2017. Mufti Am Al-Quds dan wilayah Palestin Khatib Masjid Al-Aqsa yang diberkati Sheikh Mohammed Hussein Al-Quds Weekly Report | 4


| News

Persetujuan ‘senyap’ oleh pentadbiran Trump mengenai isu penjajahan Al-Quds Menurut akhbar "Haaretz" Hebrew, pentadbiran Amerika Syarikat di bawah pimpinan Donald Trump, memberikan kelulusan dan persetujuan ke atas tindakan kerajaan Israel untuk terus menakluk bandar al-Quds, tanpa mewar-warkan persetujuan tersebut. Akhbar itu berkata dalam edisi hari Khamis bahawa duta khas dari Amerika Syarikat, Jason Greenblatt, yang tiba di wilayah yang dijajah pada minggu lepas menyatakan ‘persetujuan senyap’ dari pentadbiran Trump untuk meneruskan pembinaan penempatan Israel di Al-Quds, semasa perjumpaan dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. Akhbar itu menjelaskan bahawa persetujuan daripada Amerika Syarikat tentang isu ini adalah sebagai respons dan tindak balas terhadap permintaan untuk menghadkan pembinaan blok penempatan di Jerusalem yang diduduki dan pembekuan kerja-kerja pembangunan di luar kawasan tersebut. Netanyahu menyatakan penentangan beliau terhadap kepada isu pembekuan pembinaan penempatan tersebut kerana permohonan tersebut turut dibangkang

5 | Al-Quds Weekly Report

oleh parti kerajaan Parti Likud, menurut akhbar itu. Dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan pihak berkuasa penjajah dalam hal ini, akhbar itu melaporkan bahawa Netanyahu menghantar utusan ke Washington, pengarah pejabat, Yuval Horowitz, dan penasihat politik, Yonatan Shikhtar untuk menyempurnakan perbincangan tersebut. Media Zionis melaporkan bahawa kerajaan penjajah Zionis telah membina lebih 8000 unit penempatan baru sejak Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari lalu. Washington Post telah mendedahkan bahawa Presiden Donald Trump dan beberapa orang sekutunya adalah merupakan pembiaya penempatan Beit El yang dibina di atas tanah rakyat di bandar Ramallah di tengah-tengah Tebing Barat.


| News

Zionis rancang bina jambatan pejalan kaki di selatan al-Aqsa 5 Apr 2017 Pihak perbandaran Zionis di al-Quds akan membina sebuah jambatan pejalan kaki sepanjang 197 meter dengan ketinggian 30 meter di Wadi Hanum di selatan Masjid al-Aqsa, untuk menghubungkan perkampungan At-Tur dan bukit Zion. Jambatan yang akan membentang dari jalan White Angel di perkampungan at-Tur hingga ke lerenga bukit Zion itu akan digunakan untuk tujuan pelancongan.

Al-Quds Weekly Report | 6


| News

Pekerja Jabatan Wakaf diharamkan dekati Masjid al-Aqsa Haluanpalestin Rejim Zionis hari ini mengeluarkan arahan mengharamkan sekurang-kurangnya lima penduduk Palestin, termasuk dua pekerja Jabatan Wakaf, daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk tempoh selama 30 hari hingga enam bulan. Ketua unit penerangan di Jabatan Wakaf, Tareq Marwan al-Hashlamun, dan pengawal masjid, Hamzeh Nimr, dilarang memasuki tapak suci umat Islam itu selama enam bulan. Hamzeh pernah diharamkan memasuki al-Aqsa selama beberapa hari sebulan lalu. Seorang ahli jemaah, Jamil al-Abbasi, 7 | Al-Quds Weekly Report

ditangkap ketika berjalan keluar meninggalkan masjid dan dibawa ke balai polis Zionis di al-Qishla. Beliau kemudian diarah tidak mendekati al-Aqsa untuk tempoh empat bulan. Ketua Jawatankuasa Keluarga Tahanan al-Quds, Amjad Abu Asab, dan beberapa yang lain turut dihalang memasuki al-Aqsa selama 30 hari. Tentera Zionis kebelakangan ini meningkatkan tekanan ke atas pekerja Jabatan Wakaf yang bertanggung jawab menjaga dan menyelenggara masjid suci itu, di mana sebahagian daripada mereka dilarang memasuki kawasan masjid dan sebahagian yang lain ditangkap. Dalam perkembangan berkaitan, empat pengawal Jabatan Wakaf kembali berkerja di Masjid al-Aqsa hari ini selepas diharamkan memasuki kawasan masjid selama beberapa hari.


| News

Rejim Zionis roboh 13 buah rumah di al-Quds

letak dalam Kawasan C Tebing Barat, iaitu kawasan yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis. Hampir semua permohonan penduduk Palestin mendapatkan kebenaran membina bangunan dalam Kawasan C ditolak oleh rejim Zionis, menyebabkan penduduk terpaksa memHaluanpalestin bina tanpa permit walaupun berhadaPolis Zionis meroboh beberapa buah ba- pan dengan risiko dikenakan denda dan ngunan milik penduduk Palestin terma- diroboh. suk empat apartmen yang menempatkan 13 buah rumah, sebuah bangsal pertani- Laporan PBB menyebut sebanyak 140 baan dan lima tembok penahan di perkam- ngunan milik penduduk Palestin dalam kapungan al-Zaayyem, al-Quds, pagi tadi. wasan C telah diroboh sejak awal tahun 2017, menyebabkan seramai 222 orang Polis Zionis juga menyerahkan nota arah- kehilangan tempat tinggal. an meroboh sebuah lagi apartmen yang Dalam pada itu, pendatang Yahudi yang menempatkan empat buah rumah di ka- tinggal dalam wilayah Palestin yang terjajah, dianggarkan seramai 550,000 orang, wasan tersebut. Pihak Zionis mendakwa bangunan diberikan permit pembinaan dengan mudah dan dibenarkan membina struktur terbabit dibina tanpa kebenaran. Seluas 96% kawasan al-Zaayyem ter- tambahan kepada bangunan sedia ada. Al-Quds Weekly Report | 8


| News

Keluarga al-Quds dipaksa roboh bumbung rumah mereka Keluarga Yousif Bukhtan dipaksa meroboh bumbung rumah mereka yang terletak di kejiranan Beit Hanina, atas alasan pembinaan bumbung itu tidak mendapat permit pihak Zionis. Dinding rumah seluas 60 meter persegi itu dibina sejak beberapa tahun lalu, kemudian bumbungnya dibina selepas tiga tahun kemudian. Sekiranya Yousif enggan meroboh bumbung tersebut, pihak Zionis akan merobohkan keseluruhan rumahnya dan beliau akan dikenakan bayaran kerja meroboh yang sangat tinggi.

9 | Al-Quds Weekly Report


| News

Jawapan kepada keputusan UNESCO Cadangan Zionis untuk mewujudkan sebuah dana untuk mempromosikan tentang hubungan antara Yahudi dan al-Aqsa di media. Akhbar ‘Yediot Aharonot’ melaporkan bahawa Menteri Kebudayaan, Miri Regev dan Menteri Alam Sekitar dan Hal Ehwal Al-Quds, Zeev Elkin memutuskan untuk menubuhkan apa yang dikenali sebagai "Kumpulan Wang Warisan Temple Mount" yang akan diperuntukkan sebanyak dua juta shekel setahun untuk mempromosikan dan menyebarkan maklumat tentang hubungan dan kaitan antara Yahudi dan tempat suci (dikenali sebagai Mount Temple atau al-Haram al-Qudsi) menurut urutan sejarah.

tera penjajah telah memberi sumbangan dan sokongan yang besar dari segi ekonomi kepada Kumpulan Wang Warisan Tembok Barat.

Matlamat dana tersebut adalah untuk memupuk dan memberikan informasi dan pengetahuan tentang kaitan dan hubungan antara Temple Mount dengan orang-orang Yahudi kepada orang awam dan dunia umumnya melalui kaedah-kaedah dan alat-alat baru. Antaranya, penerbitan risalah maklumat dalam pelbagai bahasa yang memaparkan kandungan yang berkaiRegev dan Elkin akan membentangkan cadan- tan dengan warisan "Temple Mount", aktiviti-akgan tersebut kepada Kabinet tidak lama lagi, se- tiviti di laman sosial, dan kursus kepada kepada bagai tindak balas kepada keputusan UNESCO kumpulan sasaran. Oktober yang menafikan hubungan dan kaitan antara orang-orang Yahudi dan Temple Mount. Elkin dan Regev berkata semalam bahawa dana Mereka juga memutuskan untuk menubuhkan itu adalah sebagai respons dan tindak balas yang dana untuk menjaga hanya apa yang mereka sesuai terhadap keputusan UNESCO. dakwa sebagai "Temple Mount" walaupun tenAl-Quds Weekly Report | 10



Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.