Alquds in malay issue 59 hi re

Page 1

Al-Quds Weekly News

7 APRIL 2015, Issue no 62

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KHAS YAHUDI UNTUK MEMUSATKAN GERAKAN MENDAPATKAN ALAQSA

Isu minggu ini : JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KHAS YAHUDI UNTUK MEMUSATKAN GERAKAN MENDAPATKAN AL-AQSA KAD UCAPAN YAHUDI YANG BERLATAR BELAKANGKAN GAMBAR TEMBOK RATAPAN DAN DIBUANG DARINYA GAMBAR KUBAH BATU LONTARAN CADANGAN WARGA ISRAEL BERKAITAN DENGAN PEMBAHAGIAN AL-AQSA DAN PENYUSUNAN STRATEGI –STRATEGI SERANGAN KE ATASNYA LONTARAN CADANGAN WARGA ISRAEL BERKAITAN DENGAN PEMBAHAGIAN AL-AQSA DAN

Pusat Berita “Ciobrs” berkata, sesungguhnya Pihak Berkuasa Antikuiti Israel mengakui dalam laporan awal mereka baru-baru ini bahawa mereka sedang menggali Masjid Al-Aqsa dan menamakan projek itu sebagai “Penggalian Di Kaki Dinding Bahagian Barat Temple Mount”. Projek itu telah berjalan diantara tahun 2013 dan 2014, dalam tempoh lebih daripada 2 tahun di binaan asas Masjid Al-Aqsa di bahagian sudut dinding barat AlAqsa yang membawa kepada pendedahan sebahagian dari binaan masjid. Laporan itu menambah bahawa penggalian tersebut mencapai kedalaman Issue No 62 // 7 APRIL , 2015

6 meter ke bawah binaan asas masjid dan juga binaan batu yang mengukuhkan binaan masjid di kawasan itu. Laporan itu juga menunjukkan bahawa projek penggalian ini telah pun didahului oleh projek penggalian lain sebelum ini bermula pada akhir tahun 2011, yang telah mendedahkan struktur rongga binaan dan asas binaan berbatu sekaligus membuka jalan untuk sampai ke peringkat penggalian sekarang, yang sedang berterusan hingga ke saat ini. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 25/3/2015

PAGAR BESI ISRAEL MENGUBAH BANDAR “ZA’IM” MENJADI PENJARA BESAR ISRAEL MEMAKSA SEORANG PENDUDUK JURUSALEM SUPAYA MEROBOHKAN RUMAHNYA SENDIRI SYARIKAT PERANCIS “SAVAGE” MEMBATALKAN PENGLIBATAN MEREKA DALAM PROJEK PEMBINAAN KERETA KABEL DI JURUSALEM AKADEMI FIQH ISLAM ANTARABANGSA MENANGGUHKAN FATWA TENTANG HUKUM MENZIARAHI AL-AQSA WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 1


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KHAS YAHUDI UNTUK MEMUSATKAN GERAKAN MENDAPATKAN ALAQSA

Pusat Berita “Ciobrs” pada hari Rabu (25/3) melaporkan bahawa pertubuhan “Pemuda Untuk Temple Mount” kini berusaha untuk mendapatkan hak mereka dalam fatrah akhir pilihanraya “The Knesset”. Oleh itu mereka mengumumkan beberapa pelan perancangan tersusun untuk mencapai matlamat mereka itu dalam masa terdekat. Diantaranya ialah dengan menubuhkan 4 jawatankuasa gerak kerja yang dibahagi-bahagikan mengikut portfolio masing-masing dan menamakan jawatankuasa-jawatankuasa itu sebagai “Perebutan Kembali The Temple Mount”, dan dalam masa yang sama mengadakan kursus-kursus khas berkaitan dengan Al-Aqsa (Temple Mount bagi mereka) menerangkan cara-cara mengatur dan menggiatkan serangan terhadap Al-Aqsa melalui apa yang dinamakan lawatan lapangan. Ciobrs juga menerangkan secara terperinci mengenai penubuhan 4 jawatankuasa itu beserta lapangan kerja mereka mengikut pengumuman yang dibuat oleh pertubuhan “Pemuda Untuk Temple Mount”. 4 jawatankuasa itu adalah; Jawatankuasa Undang-Undang, yang bidang tugasnya adalah mendokumentasikan peristiwa-peristiwa yang berlaku di Al-Aqsa dan keadaan-keadaan serangan balas dan penentangan Palestin terhadap serangan yang dibuat oleh kependudukan terhadap Al-Aqsa, seterusnya mengkaji kes-kes dan undang-undang untuk menentang hukuman atau serangan ke atas mana-mana yahudi yang didapati menyerang Al-Aqsa. Jawatankuasa kedua ialah, Jawatankuasa Parlimen yang mana bidang tugasnya adalah melakukan kerja-kerja lapangan yang berbeza-beza di “The Knesset”, bertujuan untuk mempercepatkan penerimaan dan kelulusan undang-undang dalam memelihara hak yahudi di Al-Aqsa. Jawatankuasa ketiga pula adalah, Jawatankuasa Media yang tugasnya memperluas cabang kerja media massa dan memberikan penerangan kepada rakyat Israel tentang apa sebenarnya “The Temple Mount” dan jawatankuasa keempat pula ialah Jawatankuasa Pembudayaan yang gerak kerjanya adalah menyusun dan menganjurkan seminar-seminar dan ceramah-ceramah dan meggerakkan pengumpulan dana. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 26/3/2015

2 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 62 // 7 APRIL , 2015


Al-Quds Weekly News

KAD UCAPAN YAHUDI YANG BERLATAR BELAKANGKAN GAMBAR TEMBOK RATAPAN DAN DIBUANG DARINYA GAMBAR KUBAH BATU

Wakil Arab dalam “The Knesset” Yousef Jabareen memohon supaya disiasat kes pengedaran kad-kad ucapan tahniah sempena “Holiday Bash” oleh sebuah tadika yahudi di kawasan “Kiryat Tivon” berhampiran dengan bandar Haifa di bahgian utara Palestin, yang mana pada kad itu telah dipadam gambar “Kubah Batu” dan digantikan dengan gambar “Tembok Ratapan” menggunakan perisian “Photoshop”. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 30/3/2015

. Issue No 62 // 7 APRIL , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 3


Al-Quds Weekly News

29th July, 2013

Issue No : 54

LONTARAN CADANGAN WARGA ISRAEL BERKAITAN DENGAN PEMBAHAGIAN AL-AQSA DAN PENYUSUNAN STRATEGI –STRATEGI SERANGAN KE ATASNYA “Institusi Jurusalem Untuk Pengajian Zionis” telah mengajurkan seminar bertajuk “Konflik Di Temple Mount” dengan melibatkan beberapa orang pakar-pakar Israel. Didalam seminar itu mereka melemparkan idea-idea, cadangan beserta gambaran bagaimana untuk membahagi-bahagikan Al-Aqsa diantara orang-orang Islam dan yahudi. Seminar itu turut dihadiri oleh seramai 100 orang peserta dan juga menunjukkan niat dan langkah serius mereka dalam menguasai AlAqsa. Seminar yang diadakan pada akhir minggu lalu menumpukan terhadap langkah-langkah gerakan Islam di Palestin dan sejauh mana tindakan mereka dalam mempertahankan Jurusalem dan Al-Aqsa, dan gerak kerja Israel dalam menyerang pertubuhan-pertubuhan dan orangorang Islam yang bersolat di Masjid Al-Aqsa. Amnon Ramon pula dalam sesi pembentangannya menjelaskan bahawa fatwa yahudi mengenai “Ibadat Di Masjid Al-Aqsa” telah berubah baru-baru ini, dan membuka peluang untuk meramaikan lagi bilangan yahudi yang beribadat di sana, sambil mengisyaratkan kepada seruan-seruan yang mendorong ke arah itu sejak akhir-akhir ini sekaligus menimbulkan kesedaran awam di kalangan masyarakat yahudi berkaitan perkara itu. Jurugambar dokumentari “Galle Taopon” membentangkan gambargambar aktiviti “Pertubuhan-Pertubuhan The Temple Mount” dengan Al-Aqsa terutamanya pada 10 tahun terakhir ini. Dia juga menarik perhatian umum kepada banyaknya

4 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

sektor lain yang turut terlibat dan mengambil berat terhadap perkara ini dan bilangan mereka ini sentiasa bertambah dari masa ke semasa. Dan mereka juga bukan sahaja terdiri dari aliran-aliran agama tetapi masyarakat umum kerana meningkatnya kesedaran orang ramai mengenai isu ini. Seorang pengkaji dan juga wartawan yang pakar dalam hal ini “Nadaf Cherjaua” pula membentangkan pendakwaan bahawa di sana ada peluang dalam membuka jalan kepada orang-orang yahudi untuk masuk menziarahi Al-Aqsa ataupun melakukan ritual keagamaan di sana, pada tahuntahun akhir ini. Beliau mencadangkan supaya kumpulan-kumpulan yahudi ini mengadakan sebuah pusat untuk menyusun undangundang (merangka undang-undang dan mendapatkan kelulusan berkaitannya) dalam masa terdekat supaya dapat mengubah ketidakadilan undang-undang terhadap hak yahudi seperti yang berlaku sekarang. Beliau turut mencadangkan untuk memfokuskan tumpuan terhadap ziarah-ziarah yahudi ke AlAqsa sekaligus menukarnya menjadi tempat ziarah yahudi seperti

kawasan kependudukan bernama “Kota Daud” di selatan Al-Aqsa, dan menumpukan kepada ziarah itu sehingga sampai ke angka puluhan ribu masyarakat yahudi dengan penglibatan tokoh-tokoh agama, guru-guru, dan ahli-ahli sejarah Israel, perkara ini berkemungkinan besar dapat mengubah keadaan Israel menjadi lebih baik. Profesor “Yitzhak Reiter” dalam pembentangannya mengemukakan konflik politik sekitar isu Masjid Al-Aqsa, dan memberi 3 cadangan solusi untuk dilaksanakan pada masa akan datang; cadangan pertama, pembahagian Masjid AlAqsa dari sudut zaman dan tempat; cadangan kedua, meluaskan lapangan Masjid Al-Aqsa seperti meluaskan kawasan-kawasan suci padanya, kemudian barulah melaksanakan pembahagian antara orang Muslim dan yahudi; cadangan ketiga, melibatkan orang Islam dan juga yahudi dengan mengenakan ke atas mereka semua “kawalan pihak berkuasa” iaitu tentera seperti yang dilakukan di Masjid Al-Ibrahimi. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 31/3/2015

Issue No 62 // 7 APRIL , 2015


Al-Quds Weekly News

LONTARAN CADANGAN WARGA ISRAEL BERKAITAN DENGAN PEMBAHAGIAN AL-AQSA DAN PAGAR BESI ISRAEL MENGUBAH BANDAR “ZA’IM” MENJADI PENJARA BESAR

Pekerja-pekerja dari sebuah syarikat pembinaan Israel pada hari Rabu (25/3), telah memasang pagar besi di pintu masuk utama di bandar “Zai’m” di bahagian timur Kota Jurusalem, walaupun setelah pemimpin tempatan di situ mengemukakan bantahan kepada Mahkamah Tinggi Israel. Pemimpin tempatan, Na’im Sabb Laban menjelaskan bahawa dia amat terkejut apabila seorang pegawai Israel menelefonnya dan memberitahu bahawa mereka ingin memasang pagar besi di pintu masuk utama bandar “Zai’m” tanpa memaklumkan mereka terlebih dahulu ataupun menunjukkan sebarang hitam putih projek. Kononnya atas alasan keselamatan dan mereka akan sentiasa membiarkannya terbuka kecuali apabila terdapat “keadaan yang berbahaya”, dan akan meletakkan askar sebagai pengawal di bandar itu. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 26/3/2015 Issue No 62 // 7 APRIL , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 5


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

ISRAEL MEMAKSA SEORANG PENDUDUK JURUSALEM SUPAYA MEROBOHKAN RUMAHNYA SENDIRI

Pihak berkuasa Israel memaksa seorang penduduk Jurusalem “Nidhal Daa’nna” supaya merobohkan rumahnya sendiri yang terletak berdekatan dengan “Pintu Silsilah” untuk mengelakkan daripada membayar denda yang sangat mahal yang akan dikenakan oleh majlis perbandaran kepadanya iaitu kira-kira 40 ribu syikal (bersamaan 10 ribu dolar amerika) sebagai upah perobohan. Yang demikian itu adalah setelah rumahnya diberi perintah perobohan kerana dibina tanpa lesen. Daa’nna mendapat tahu bahawa sebahagian daripada tanah rumahnya itu mendap sebelum ini disebabkan oleh penggalian yang dibuat Israel dibawah Masjid Al-Aqsa dan sekelilingnya, dan mengaku bahawa dia pernah ternampak satu terowong di bawah rumahnya. Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” + Pusat Berita Palestin bertarikh 31/3/2015. 6 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 62 // 7 APRIL , 2015


Al-Quds Weekly News

SYARIKAT PERANCIS “SAVAGE” MEMBATALKAN PENGLIBATAN MEREKA DALAM PROJEK PEMBINAAN KERETA KABEL DI JURUSALEM

Akhbar Haaretz pada hari Khamis (26/3) melaporkan bahawa syarikat Perancis “Savage” memutuskan untuk tidak terlibat dalam projek pembinaan kereta kabel di Jurusalem, selepas diberi amaran oleh Kementerian Luar dan Kementerian Kewangan Perancis, supaya menjauhi projek itu. Syarikat “Suez Environment” yang merupakan syarikat induk kepada syarikat “Savage” melalui jurucakapnya berkata : “Untuk mengelakkan sebarang salah faham politik, maka syarikat mengambil keputusan untuk tidak terlibat dengan projek ini”, sepertimana syarikat “Buma” yang juga daripada Perancis, sebelum ini turut mengumumkan ketidakterlibatan mereka dalam projek ini, selepas disebut-sebut akan terlibat. Menurut akhbar Perancis “Avaegaro”, Saeb Erekat telah menulis surat kepada Menteri Luar Perancis Laurent Fabius pada 10 Mac lalu dan mengadu tentang kesediaan syarikat Perancis untuk bekerjasama dengan Israel bagi melaksanakan projek kereta kabel di Jurusalem di bahagian timur Jurusalem. Saeb juga menyebut dalam suratnya bahawa perancangan pembinaan Israel itu akan merampas tanah-tanah di Jurusalem yang mana sebahagiannya adalah milik Jawatankuasa Wakaf Jurusalem. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 26/3/2015

. Issue No 62 // 7 APRIL , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 7


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

AKADEMI FIQH ISLAM ANTARABANGSA MENANGGUHKAN FATWA TENTANG HUKUM MENZIARAHI AL-AQSA

Akademi Fiqh Islam Antarabangsa yang bernaung di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam , dalam seminarnya yang ke-22 yang ditutup pada hari Rabu (25/3), mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu fatwa mengenai hukum ziarah orang Islam ke Jurusalem dan Masjid Al-Aqsa, kerana tidak mendapat kata sepakat dari semua anggotanya dalam isu yang menjadi perdebatan ramai ini. Menteri Wakaf Dan Hal Ehwal Tempat-Tempat Suci Islam Jordan, Dr. Hail Daud, berkata bahawa akademi mengambil keputusan menangguhkan dahulu keputusan mengenai masalah ini dan memerlukan kepada kajian yang lebih mendalam. Beliau menambah, setelah perbincangan panjang mengenai masalah ini, kebanyakannya mengenai baik buruk kesan ziarah ini, ada diantara kami yang yang melihatnya sebagai kebaikan, ada yang melihat sebagai keburukan, ada yang tidak melihat apa-apa kebaikan dan ada yang melihat tidak ada apa-apa keburukan. Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 25/3/2015

8. |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 62 // 7 APRIL , 2015


Al-Quds Weekly News

KESATUAN ARAB MENGUTUK UNDANG-UNDANG “TAHANAN RUMAH” KEPADA PENDUDUK JURUSALEM

“Gabungan Arab Untuk Pembangunan Dan Pengukuhan Negara” mengutuk undang-undang Israel yang mengenakan paksaan untuk tinggal diam di rumah ataupun lebih dikenali sebagai “tahanan rumah”. Pengerusi gabungan itu, Muhammad Syamiah berkata, “Sesungguhnya undang-undang ini adalah zalim, tidak bermoral dan berlawanan dengan peraturan-peraturan dan peruntukan-peruntukan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, juga merupakan hukuman kolektif terhadap individu dan juga keluarga. Beliau menambah bahawasanya mahkamah-mahkamah Israel telah mengenakan hukuman “tahanan rumah” ke atas lebih 250 orang penduduk Jurusalem sejak tahun lalu, dan kebanyakannya adalah kanak-kanak bawah umur. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 28/3/2015

.

Issue No 62 // 7 APRIL , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 9


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

ABBAS: JURUSALEM HANYA MEMPUNYAI BEBERAPA JAM TERAKHIR SEBELUM SEMPURNANYA PROSES PENGYAHUDIAN KE ATASNYA

Perdana Menteri Palestin Mahmood Abbas berkata, sesungguhnya Jurusalem hanya mempunyai masa beberapa jam terakhir untuk hidup sebelum proses pengyahudian sempurna keatasnya. Disebabkan itu, beliau menyeru semua supaya memberi perhatian serius kepada isu ini dan berusaha bersungguhsungguh untuk menyelamatkan Al-Aqsa dan menguatkan ketabahan penduduk-penduduknya. Beliau berkata begitu dalam ucapan aluannya ketika Sidang Kemuncak Arab ke-26 di Sharm Al-Syeikh pada hari Sabtu (28/3). Menteri-menteri luar negara-negara Arab menerima cadangan Palestin untuk membenarkan pemimpin negara Arab berucap di hadapan Kongres AS untuk menjelaskan tentang “Inisiatif Keamanan Arab” dan pandangan Arab terhadap “Penyelesaian Konflik Arab-Israel”. Abbas juga memberi amaran terhadap perancangan bahaya Israel yang mahu mewujudkan negara Palestin di Gaza dan pemerintahan sendiri di tebing barat, tidak termasuk Kota Jurusalem, dan mahu mengadakan gencatan senjata dalam tempoh 15 tahun. Beliau menjelaskan bahawa perancangan ini bertujuan menghapuskan Jurusalem dan pelarian-pelarian juga memusnahkan projek-projek Palestin secara keseluruhannya, katanya sambil menyeru pemimpin-pemimpin Arab agar menolak projek-projek ini yang akan memadamkan semua impian dan projek negara Palestin. Beliau juga meminta dari pemimpin-pemimpin Arab dan Islam supaya menziarahi Jurusalem dan bersolat di sana, agar dapat membantu dalam menyelamatkan tempat-tempat sucinya dan menguatkan ketabahan penduduknya. Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 28/3/2015

10 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 62 // 7 APRIL , 2015


Al-Quds Weekly News

Issue No 62 // 7 APRIL , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG |

11


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.