Al-Quds Weekly News
15 APRIL 2015, Issue no 63
LATIHAN UPACARA KORBAN SEMPENA PERAYAAN PASKAH SECARA “OLOK-OLOK” DIADAKAN DI “HAIKAL”
Isu minggu ini : 1268 WARGA KEPENDUDUKAN DICATATKAN MENYERANG MASJID AL-AQSA SEPANJANG BULAN MAC LALU ROMBONGAN UMRAH PENDUDUK PALESTIN BERGERAK DARIPADA MASJID AL-AQSA KE MASJID ALHARAM UKIRAN PASIR KUBAH BATU DI PERANCIS
Sumber berita “Ciobrs” pada hari Selasa (31/3) mendedahkan bahawa beberapa kumpulan yahudi bersama rabbi-rabbi mereka, disaksikan oleh ribuan rakyat Yahudi termasuklah beberapa orang pemimpin “Organisasi Haikal” di kawasan “Maur Taurat” di barat Jurusalem, mengadakan latihan “olok-olok” upacara korban sempena perayaan Paskah di Masjid Al-Aqsa. Dalam hal yang berkaitan, sumbersumber Yahudi juga menyebut bahawa beberapa orang warga Yahudi telah meminta daripada pihak tentera supaya membenarkan upacara korban Paskah itu diadakan secara praktikalnya di Masjid Al-Aqsa pada tahun ini. Issue No 63 // 15 APRIL , 2015
Dan termasuk dalam latihan itu ialah mendatangkan anak kambing yang masih hidup, menyembelihnya mengikut ritual keagamaan Talmud, kemudian dibakar di tempat khas, lalu diadakan sembahyang dan pembacaan doa-doa Talmud. Turut diadakan dalam latihan itu ucapan ringkas yang menyeru kepada bersegera menubuhkan haikal di tapak Masjid Al-Aqsa, dan berkata bahawa latihan upacara korban ini adalah termasuk dalam persediaan untuk membina haikal, dan membiasakan pelaksaan ritual-ritual yang berkaitan. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 31/3/2015
HAMAS MEMBERI AMARAN KEPADA NETANYAHU SUPAYA TIDAK MENAMBAH LAGI UNDANG-UNDANG YANG BERTUJUAN MENENTANG AL-AQSA AL-KHATIB: FASA AKAN DATANG AKAN LEBIH SUKAR BUAT JURUSALEM DI JURUSALEM...SEORANG KANAK-KANAK DILARIKAN ISRAEL
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 1
Al-Quds Weekly News
Issue No : 54
29th July, 2013
1268 WARGA KEPENDUDUKAN DICATATKAN MENYERANG MASJID AL-AQSA SEPANJANG BULAN MAC LALU
Sumber berita “Ciobrs” pada hari Rabu (1/4) melaporkan bahawa kira-kira 1268 warga kependudukan terlibat dalam serangan di Masjid Al-Aqsa sepanjang bulan Mac lalu, termasuklah operasi penahanan 40 orang penduduk Palestin samada ketika sedang solat di Masjid Al-Aqsa atau ketika ingin keluar daripadanya, dengan 30 orang daripada mereka diperintahkan untuk diusir dari Al-Aqsa, dengan tempoh pengusiran kira-kira 480 hari. Serangan –serangan lain termasuklah beberapa kali percubaan untuk memanjat Kubah Batu, percubaan untuk mengadakan ritual keagamaan Yahudi dan percubaan menunaikan sembahyang mereka di beberapa ruang dalam Masjid Al-Aqsa, yang kemudiannya dihalang oleh warga Palestin dan penjaga-penjaga masjid. Begitu juga dengan peningkatan bilangan masyarakat Yahudi daripada Organisasi Haikal yang melakukan ritual tarian Talmud ketika keluar daripada “Pintu Silsilah”. Ciobrs juga melaporkan bahawa terdapat ratusan penduduk Jurusalem dan kawasan –kawasan berdekatannya yang berjaga di Masjid AlAqsa pada setiap hari, bermula seawal pagi lagi sebagai langkah perlindungan awal daripada seranganserangan dan pelanggaran-pelanggaran puak-puak ekstremis Yahudi yang pelbagai. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 1/4/2015
2 |
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
Issue No 63 // 15 APRIL , 2015
Al-Quds Weekly News
ROMBONGAN UMRAH PENDUDUK PALESTIN BERGERAK DARIPADA MASJID AL-AQSA KE MASJID AL-HARAM
Telah bertolak pada pagi Selasa (31/3) kira-kira 100 orang penduduk Palestin daripada Masjid Al-Aqsa ke Masjid Al-Haram untuk menunaikan umrah di bawah anjuran Persatuan Al-Bayariq. Projek yang telah berlangsung selama 4 tahun berturut-turut ini bertujuan menguatkan ikatan diantara Masjid AlAqsa dan Masjid Al-Haram, dan menjaga daripada anasir-anasir yang cuba memutuskan perhubungan antara orang Islam dan Masjid Al-Aqsa. Ziarah ini turut mendapat halangan daripada pihak Israel yang cuba menghalang jalan di pintu-pintu Masjid Al-Aqsa, sekira-kira mereka mencuba untuk melambatkan perjalanan rombongan Palestin itu dan merampas kad pengenalan yang menjadi syarat untuk masuk ke Saudi. Sumber: Laman Web “Palestin48� bertarikh 1/4/2015. Issue No 63 // 15 APRIL , 2015
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 3
Al-Quds Weekly News
29th July, 2013
Issue No : 54
UKIRAN PASIR KUBAH BATU DI PERANCIS
Ibu negara Perancis, Paris menyaksikan perkembangan meluas Islam di sana, kira-kira mereka Berjaya mengadakan “Karnival Masyarakat Islam Perancis Kali Ke-32” yang bermula pada hari Jumaat (3/4). Beberapa orang pengukirpengukir Muslim di sana telah menggunakan kreativiti hebat mereka untuk membina ukiran pasir Kubah Batu. Masyarakat yang melihatnya terus-terusan memberi semangat kepada mereka supaya menyiapkan ukiran hebat yang membuatkan mereka teruja itu. Karnival yang bertemakan “ Nabi Muhammad (S.A.W) :Utusan Yang Membawa Rahmat Dan Keselamatan”, turut dimeriahkan dengan ceramah-ceramah, seminar- seminar, dan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan cendiakawan-cendiakawan Islam dari Perancis dan juga negara-negara lain. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 5/4/2015
4 |
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
Issue No 63 // 15 APRIL , 2015
Al-Quds Weekly News
HAMAS MEMBERI AMARAN KEPADA NETANYAHU SUPAYA TIDAK MENAMBAH LAGI UNDANG-UNDANG YANG BERTUJUAN MENENTANG AL-AQSA
Setiausaha politik Hamas, Izzat Al-Risyq memberi amaran kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan partinya akan akibat yang akan mereka terima sekiranya mereka menambah undang-undang baru untuk cuba mencemarkan kehormatan Masjid Al-Aqsa dan menukar identitinya. Al-Risyq pada hari Isnin (6/4), menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak teragakagak untuk menggagalkan setiap percubaan mereka dalam proses mengyahudikan Al-Aqsa, sambil menjelaskan bahawa perbuatan parti Netanyahu yang cuba meletakkan undang-undang untuk mencemari kesucian Al-Aqsa itu seperti memberi mesej terang-terangan bahawa mereka itu mengajak untuk berunding tanpa sebarang syarat kemudian bertanya, adakah kamu membaca syarat-syaratnya?. Beliau juga menyifatkan desakan pihak Israel yang tidak memberi pilihan kepada mereka itu, berlawanan dengan hak-hak mereka yang sepatutnya, bahkan menggunakan kekerasan ke atas rakyat Palestin. Perkara itu akan membawa kepada kegagalan mereka kerana kami akan melawan semampu kami, walaupun akan membawa kepada perkelahian. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 6/4/2015 Issue No 63 // 15 APRIL , 2015
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 5
Al-Quds Weekly News
Issue No : 54
29th July, 2013
AL-KHATIB: FASA AKAN DATANG AKAN LEBIH SUKAR BUAT JURUSALEM
Syeikh Kamal Al-Khatib, Timbalan Pengerusi Gerakan Islam Palestin memberi peringatan akan peningkatan serangan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan Kota Jurusalem sendiri secara umumnya. Al-Khatib berkata: “Tidak syak lagi yang keputusan pilihanraya The Knesset seakan mengumumkan bahawa mereka kini akan mula mengambil langkah mengikut parti kanan, kerana kemenangan majoriti parti kanan dan keagamaan mereka iaitu Parti Likud dalam pilihanraya itu. Mereka kini mempunyai satu blok kukuh dalam The Knesset. Jadi, perkara ini membayangkan peningkatan serangan-serangan yang lebih teruk terhadap Jurusalem dan Masjid Al-Aqsa khususnya, menyebabkan ianya menjadi lebih berbahaya berbanding sebelumnya. Tambahnya lagi, bahaya ini berbentuk proses-proses mempercepatkan pengyahudian Al-Aqsa dan percubaan menguasainya secara total. Tambahan pula wujudnya tokoh-tokoh radikal di dalam Parti Likud, seperti Miri Regev (bekas menteri dalam negeri The Knesset) yang pernah mencadangkan untuk mengenakan denda sebanyak 12 ribu dolar ke atas setiap rakyat Palestin yang bertakbir dengan kuat di lapangan Masjid Al-Aqsa. Adapun pendirian rasmi kerajaan Palestin sendiri terhadap isu itu seperti bermain dengan semua kertas yang ada dalam tangan, dan membaling semua telur yang ada dalam bakul, tetapi tidak mendatangkan sebarang hasil pun. Beliau menambah, saya percaya satu-satunya peluang terakhir yang dimiliki oleh rakyat Palestin adalah mempertaruhkan kesatuan mereka, dan mencapai kata sepakat yang sebenarnya, seterusnya bersama-sama bersatu melawan serangan terhadap Jurusalem. Para pemimpin juga terutamanya di Ramallah, hendaklah bersatu dengan rakyat dan berusaha untuk mengembalikan kekuatan Palestin tanpa berterus-terusan berunding dengan perubahan yang cuba dilakukan Israel. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 7/4/2015 6 |
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
Issue No 63 // 15 APRIL , 2015
Al-Quds Weekly News
DI JURUSALEM...SEORANG KANAK-KANAK DILARIKAN ISRAEL
Seorang kanak-kanak Palestin “Muslim” mendapat mimpi ngeri yang tidak dapat dilupakannya selama bertahun-tahun, disebabkan oleh penahanannya oleh tentera Israel dan dibawa ke mahkamah walaupun dengan umurnya yang masih terlalu muda. Ibu kanak-kanak itu, yang sangat marah dengan penahanan anaknya , meluahkan perasaannya kepada “Pusat Berita Palestin”,, katanya: “Waktu itu merupakan waktu paling sukar dalam hidupnya. Bayangkan seorang kanak-kanak yang umurnya tidak lebih dari 8 tahun, ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Ketika saya melihatnya, nampak jelas yang dia tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku padanya pada masa itu.” Dia menyambung, “Ketika Muslim mengadu kepada pihak mahkamah bahawa dia sedang lapar, mahkamah tidak sedikit pun mempedulikan rayuannya, dan saya pada ketika itu jatuh pengsan melihatnya. Adakah mereka itu masih waras sebenarnya? Apakah rasionalnya menahan kanak-kanak semuda itu?!” , sambil memberitahu bahawa anaknya telah ditahan lebih dari 7 kali, yang mana perkara itu memberi kesan terhadap kehidupan dan pembelajarannya. Ibu kanak-kanak itu turut mengadu bahawa setiap kali anaknya ditahan, mereka perlu membayar denda yang mahal untuk melepaskannya, sehingga pernah denda itu mencapai 12 ribu syikal (satu dolar = 4 syikal). Jika mereka tidak membayarnya, anak mereka akan ditahan di dalam rumah, tidak dibenarkan untuk ke sekolah, malah keluar dari pintu rumah pun tidak dibenarkan. Oleh itu mereka tiada pilihan lain melainkan terpaksa membayar keseluruhan denda yang berjumlah tidak kurang dari 40 ribu syikal. . Issue No 63 // 15 APRIL , 2015
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 7
Al-Quds Weekly News
Issue No : 54
8 |
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
29th July, 2013
Issue No 63 // 15 APRIL , 2015