Alquds in malay issue 64 hi re

Page 1

Al-Quds Weekly News

23 APRIL 2015, Issue no 64

MENTERI ISRAEL: KITA SEDANG MENUNGGU PELUANG UNTUK MEMBINA HAIKAL DI TAPAK MASJID AL-AQSA Di sebalik kekecohan masyarakat Yahudi yang ingin memulakan projek pembinaan Haikal mereka di atas kesan runtuhan Masjid AlAqsa, Menteri Penempatan Israel, Uri Ariel berkata bahawasanya dia sedang menunggu waktu yang sesuai untuk membina Haikal seterusnya memberikan kebebasan kepada masyarakat Yahudi untuk beribadat di sana. Laman web “Arots Sheva” melaporkan tentang ucapan Menteri Penempatan Uri Ariel kepada masyarakat Yahudi di Tebing Barat, katanya: “Kita memerlukan kesungguhan dan gabungan usaha dari semua pihak (anak-anak yahudi) untuk mendapatkan kebebasan dan hak-hak kita, contohnya seperti membina Haikal.”

hari Selasa (7/4) menjalankan “upacara korban Paskah” yang didakwa merupakan prinsip utama dalam amalan keagamaan Yahudi yang mana telah pun diamalkan di Haikal lama sejak 2000 tahun lalu. Akhbar “Mekor Rishon” pula melaporkan daripada salah seorang pemimpin atasan Haikal , bahawasanya mereka mula melakukannya semula sekarang bertujuan mencari orang-orang yang mampu memimpin Dalam kes lain, pemimpin- perjalanan upacara ini saat sempurnanya pembipemimpin dan aktivis- akti- naan Haikal di Masjid Al-Aqsa tidak lama lagi. vis “Institusi Haikal” pada Sumber: Laman Web “Arab21” bertarikh 7/4/2015 Issue No 64 // 23 APRIL , 2015

Isu minggu ini : MANUAL MASJID AL-AQSA DITERBITKAN POLIS ISRAEL MEMBINA SEMULA POS GERAKAN MEREKA DI MASJID AL-AQSA PENIAGA-PENIAGA DI KOTA LAMA JURUSALEM BERADA DI BAWAH TEKANAN POLISI “PELUMPUHAN” EKONOMI PROJEK-PROJEK BARU YANG DIRANCANG UNTUK MENJADIKAN JURUSALEM IBU KOTA MILIK NEGARA YAHUD AL-HUSSEINI: TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH ISRAEL DI ALAQSA MENARIK KEPADA CAMPUR TANGAN UNESCO HAMAS: AL-AQSA SEPERTI SUIS YANG AKAN MENYALAKAN SERANGAN TERHADAP ISRAEL

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 1


Al-Quds Weekly News

29th July, 2013

Issue No : 54

MANUAL MASJID AL-AQSA DITERBITKAN

Dana Al-Hasyimi untuk Masjid Al-Aqsa dan Kubah Batu, Jabatan Wakaf Dan Hal Ehwal Tempat-Tempat Suci Islam Di Jurusalem, Pertubuhan Palestin Untuk Hal Ehwal Dalam Negara, pada hari Ahad (12/4) telah menerbitkan manual Masjid Al-Aqsa, yang terdapat di dalamnya pengenalan menyeluruh terhadap Masjid Al-Aqsa dan Kubah Batu. Manual itu turut memuatkan sejarah ringkas tentang tempat-tempat sejarah beserta gambar, dan petunjuk jalan untuk pelawat-pelawat yang datang ke Masjid Al-Aqsa. Antara lain di dalamnya ialah peta berwarna-warni yang menunjukkan kota-kota lama di Jurusalem, kawasankawasan perumahan dan kejiranan, lorong- lorong dan jalan- jalan, pagar-pagar juga pasar-pasar yang terletak di sekitar Masjid Al-Aqsa. Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 12/4/2015 2 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 64 // 23 APRIL , 2015


Al-Quds Weekly News

POLIS ISRAEL MEMBINA SEMULA POS GERAKAN MEREKA DI MASJID AL-AQSA

Polis-polis Israel pada pagi Selasa (14/4) membina dan membuka semula pos gerakan mereka yang terletak di “Al-Khulwah Al-Janbalatiyyah” di bahagian utara Kubah Batu di Masjid Al-Aqsa, selepas pos kawalan itu dibakar oleh sekumpulan remaja Palestin pada malam Lailatul Qadar, iaitu 27 Ramadhan tahun lalu. Sumber- sumber tempatan menyebut bahawa polis-polis itu cuba untuk cuba membina kembali pos gerakan mereka selepas bulan Ramadhan tetapi di halang oleh Jabatan Wakaf Islam kerana mereka masuk campur dalam urusan baik pulih Masjid Al-Aqsa. Jabatan itu menjelaskan bahawa mereka melarang pembinaan itu untuk menjaga pemandangan dan kesan sejarah Islam di situ. Mereka menambah yang polis Israel di pos itu kini semakin bertambah bilangannya dari hari ke hari bahkan mereka mula merekrut ramai ahli-ahli baru di lapangan Masjid Al-Aqsa. Polis Israel turut menggunakan pos itu sebagai tempat mengganggu orang ramai yang datang solat dan menziarahi Al-Aqsa, menahan dan menyoal siasat mangsa, dan mengawal sebarang proses pembaik pulih masjid termasuklah kemasukan bahan-bahan binaan dan segala sesuatu yang berkait dengan hal ehwal Masjid Al-Aqsa. Sumber: Agensi Berita Palestin “Wafa” bertarikh 14/4/2015

Issue No 64 // 23 APRIL , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 3


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

PENIAGA-PENIAGA DI KOTA LAMA JURUSALEM BERADA DI BAWAH TEKANAN POLISI “PELUMPUHAN” EKONOMI

Aktivis dan pengkaji Jurusalem Fakhri Abu Dhiab mengesahkan “Bahawasanya projek pelumpuhan ekonomi di Jurusalem, dan membebankan para peniaga dengan cukai yang sangat tinggi merupakan salah satu cara yang digunakan Kerajaan Yahudi untuk mengyahudikan kota itu seterusnya mengosongkannya dari penduduk asalnya”, katanya sambil menjelaskan bahawa para peniaga di situ perlu membayar cukai kira-kira 35% daripada nilai pendapatan mereka. Dan sehingga akhir tahun 2014, nilai terkumpul untuk cukai penduduk Jurusalem mencecah hampir 856 juta syikal (yang mana satu dolar bersamaan dengan 3.9 syikal). Beliau menambah, Israel kini menguasai ekonomi Jurusalem dan menghalang jual beli antara penduduk Jurusalem dengan Tebing Barat disebabkan oleh kewujudan temboh pemisah. Jelasnya lagi, ketidakmampuan para peniaga untuk menjelaskan cukai menyebabkan mereka akhirnya menjadi mangsa tahanan, dan sejak akhir tahun 2015 hingga kini, kira- kira 74 orang peniaga telah ditahan dan 57 kedai diancam untuk ditutup. Pengarah Jabatan Hak-Hak Ekonomi dan Sosial Jurusalem, Ziyad Al-Hamuri berkata bahawa dalam kaji selidik yang dijalankan oleh jabatan, mereka mendapati lebih daripada 250 kedai-kedai kecil di kota lama Jurusalem telah ditutup, kesan daripada ketidakmampuan pengusahanya untuk membayar cukai yang ditetapkan. Yang demikian itu berlaku dalam sekitar tahun 1987 dan 2015. Al-Hamuri turut memberi amaran bahawa terdapat banyak lagi kedai-kedai lain yang kini ‘berada di hujung tanduk”. Oleh itu, Pengerusi Dewan Industri Dan Perdagangan Arab di Jurusalem Fadi Al-Hadami menggesa supaya menarik pelabur-pelabur Arab dan Islam supaya melabur di Jurusalem, supaya dapat meningkatkan daya saing diantara peniaga Islam dan Yahudi di Tebing Barat. Al-Hadami turut menjelaskan bahawa di sana terdapat banyak peluang –peluang besar dalam pelbagai sektor seperti sektor penempatan, pendidikan, dan perhotelan. Tetapi ini semua memerlukan keinginan yang jitu dan juga kedudukan politik yang kukuh demi menaik taraf kota ini. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 12/4/2105

4 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 64 // 23 APRIL , 2015


Al-Quds Weekly News

PROJEK-PROJEK BARU YANG DIRANCANG UNTUK MENJADIKAN JURUSALEM IBU KOTA MILIK NEGARA YAHUD Setiausaha Agung Pertubuhan IslamKristian untuk membantu Jurusalem dan tempat-tempat sucinya, Hanna Isa memberi amaran tentang polisi Israel yang mahu meluaskan kawasan penempatan kependudukan khasnya di dalam kota lama Jurusalem. Isa berkata, untuk mencapai rancangan mereka yang ingin menjadikan Jurusalem sebagai ibu kota milik mereka, mereka perlahan-lahan meluaskan kawasan-kawasan mereka untuk menjadikan masyarakat yahudi sebagai penduduk majoriti di Jurusalem, dari bahagian timur dan baratnya, dalam masa yang sama menguasai kawasan penempatan penduduk Jurusalem dan mengawal perkembangan penduduknya supaya bilangan mereka tidak melebihi 27% daripada keseluruhan penduduk di situ. Tambahnya lagi, untuk mencapai matlamat mereka, Israel telah pun menyusun tiga peringkat, pertama mencipta kawasan penempatan kependudukan luar yang mengelilingi kota Jurusalem untuk mengepung dan memisahkannya daripada bahagian-bahagian Tebing Barat. Gabungan 20 buah penempatan itu menyamai kira-kira 10% daripada keseluruhan kawasan Tebing Barat dan dikira sebagai sebahagian daripada apa yang dinamakan Jurusalem besar. Adapun, peringkat kedua adalah dengan mencipta kawasan penempatan dalaman yang ber-

Issue No 64 // 23 APRIL , 2015

tujuan memecahkan kawasan penempatan penduduk Palestin di dalam kota Jurusalem, dan menjadikan mereka kepada kawasan-kawasan atau kejiranan-kejiranan kecil yang terasing antara satu sama lain. Peringkat yang ketiga pula mencipta blok penempatan yahudi di dalam kota lama dan menubuhkan kawasan-kawasan perumahan mereka di sekitar Masjid Al-Aqsa, dan menghubungkan antara kawasan –kawasan penempatan mereka yang berbeza-beza seperti bandar At-Thur, Silwan, Ra’s Al-A’mud, kawasan berhampiran Universiti Yahudi dan Hadasa dengan cara menghubungkannya dengan kejiranan yahudi , Tembok Ratapan, Pintu Silsilah, U’qbah Al-Khalidiah, Jalan Al-Wadi dan Jalan Alhospec. Isa berkata perancangan ini disusun dan dilaksanakan oleh Israel bertujuan mengepung Jurusalem daripada setiap sudut, khasnya untuk menutup ruang perhubungan dengan Tebing Barat dari sudut geografi dan demografinya, untuk memisahkan antara rakyat Palestin yang berada di dalam dengan yang di luarnya. Sumber: Akhbar Jordan “Ad-Dustur” bertarikh 8/4/2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 5


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

AL-HUSSEINI: TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH ISRAEL DI AL-AQSA MENARIK KEPADA CAMPUR TANGAN UNESCO

Gabenor dan Menteri Hal Ehwal Jurusalem Adnan Al-Husseini pada hari Selasa (14/4) memberi amaran akan bahaya tindakan-tindakan Israel seperti memalsukan, mengganggu dan merosakkan Masjid Al-Aqsa begitu juga dengan percubaan mereka untuk menukar musolla Sekolah Tankaziyah kepada gereja. El-Husseini berkata, sesungguhnya Kerajaan Yahudi melakukan serangan berterusan terhadap kesan- kesan sejarah, dan wajib ke atas Organisasi Pendidikan, Sains Dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk masuk campur dalam menghentikan penghancuran ke atas kesan-kesan sejarah pada kurun ke-13 dan 14 itu. Beliau menambah, Masjid Al-Aqsa merupakan hak milik Islam dan merupakan tanggungjawab Jabatan Wakaf Islam menurut Kerajaan Jordan. Maka sudah tentu, perbuatan-perbuatan tidak bertamadun Israel ini harus dihentikan dengan segera , dan kota Jurusalem memerlukan perlindungan antarabangsa disebabkan kedudukannya sebagai harta warisan dan kebudayaan Islam, dan juga hak dari sudut kemanusiaan. Dalam kes lain, Syeikh Ikrimah Sabri Pengerusi Hal Ehwal Tinggi Islam dan juga Khatib Masjid Al-Aqsa mengingatkan orang ramai terhadap keputusan masyarakat yahudi yang ingin menukarkan Sekolah Tankaziyah di Jurusalem kepada gereja yang dinamakan “tempat suci yang bercahaya�, yang mana akan menyebabkan kehilangan identiti Islam padanya. Syeikh Sabri juga mengggesa Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu melalui Organisasi Pendidikan, Sains, Dan Kebudayaan (UNESCO) dan juga Pertubuhan Islam Bagi Pendidikan, Sains Dan Kebudayaan (ISESCO) supaya mengambil tanggungjawab dalam meningkatkan usahanya dalam menjaga tempattempat suci dan bersejarah di kota Jurusalem dan mempraktikkan undang-undang antarabangsa yang sedia ada dalam mencegah kerosakan terhadap tempat-tempat sejarah dan bertindak segera untuk memastikan kerajaan Israel mengembalikan semula Sekolah Tankaziyah kepada Jabatan Wakaf dan membatalkan keputusan untuk mengubahnya kepada gereja. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 7/4/2015 6 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 64 // 23 APRIL , 2015


Al-Quds Weekly News

HAMAS: AL-AQSA SEPERTI SUIS YANG AKAN MENYALAKAN SERANGAN TERHADAP ISRAEL

Pergerakan Hamas berkata bahawasanya serangan berterusan daripada penduduk-penduduk dan tentera-tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa merupakan satu gangguan terhadap perasaan umat Islam keseluruhannya, disebabkan oleh kedudukannya sebagai pusat utama Palestin, dan sebagai suis yang akan menyalakan serangan keras terhadap Israel. Jurucakapnya, Hussam Badran pada hari Selasa (14/4) menyeru umat Islam keseluruhannya, di peringkat individu dan negara supaya mengambil tindakan segera dalam mempertahankan al-aqsa dan memelihara kesuciannya dengan segala cara yang ada yang sesuai dengan kemampuan setiap individu atau negara itu sendiri. Pemimpin-pemimpin Hamas juga memberi tabik hormat kepada warga Palestin di Jurusalem, pejuang-pejuangnya yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang berada di barisan paling hadapan dalam mempertahankan Al-Aqsa dan juga Jurusalem. .

Issue No 64 // 23 APRIL , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 7


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

8 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

29th July, 2013

Issue No 64 // 23 APRIL , 2015


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.