Alquds in malay issue 67 hi re

Page 1

Al-Quds Weekly News

1 June 2015, Issue no 67

GERAKAN ISLAM: ISRAEL SEDANG BERUSAHA MENGUBAH ASAS-ASAS DI AL-AQSA

Isu minggu ini : TENTERA ISRAEL MEMAKSA TAHANAN TAHANAN BAWAH UMUR MEMASUKKAN KEPALA KE DALAM MANGKUK TANDAS WARAN TANGKAP KEPADA PENDUDUK PALESTIN DI PERKAMPUNGAN HIJAZI SEKEMBALINYA MEREKA DARIPADA MENUNAIKAN UMRAH

“Gerakan Islam Di Bumi Palestin” berkata bahawasanya Israel sekarang sedang berusaha mengubah asas-asas kebanyakan perkara di Masjid Al-Aqsa. Mereka pada hari Khamis (7/5) menjelaskan bahawa Israel menggunakan keganasan terhadap rakyat Palestin di Al-Aqsa sebagai percubaan untuk mengubah beberapa perkara asas sebagai permulaan merealisasikan cita-cita gelap mereka. Gerakan itu turut menambah, “Kami menyeru kepada semua rakyat Palestin di Jurusalem supaya terus tetap bertahan dan mempertahankan kiblat pertama kita ini.” Dalam kes lain yang berkaitan, Syeikh Ikramah Sobri (Pemimpin Hal Ehwal Islam Tertinggi Palestin) memberi amaran tentang perbuatan melampau Israel terhadap hak Masjid Al-Aqsa, dan menekankan kepentingan kerajaan-kerajaan Arab untuk mengambil tanggungjawab melindungi Al-Aqsa, kerana perlanggaran ini akan membawa kepada ketegangan di kawasan timur tengah secara keseluruhannya. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh Issue No 67 // 1 JUNE , 2015

PENGUATKUASA ISRAEL MENYERANG KAWASAN KEJIRANAN JURUSALEM DAN MENGARAHKAN PENUTUPAN KLINIK KESIHATAN DI KEM PELARIAN SHUAFAT NOTIS PEMBERITAHUAN PEROBOHAN BANGUNAN MILIK 3 KELUARGA DI BETHANY DAN 8 BUAH BANGUNAN DI “SAMIR AMIS” ISRAEL MERAMPAS TIGA APARTMEN KEDIAMAN RAKYAT PALESTIN DI BANDAR SILWAN PBB: JENAYAH ISRAEL DI PALESTIN LEBIH TERUK DARIPADA DASAR APARTHEID DI AFRIKA SELATAN PERBANDARAN ISRAEL MELULUSKAN DANA PEMBINAAN 900 BUAH UNIT PENEMPATAN DAN NETANYAHU BERJANJI UNTUK MENAMBAH SEBANYAK 75 JUTA DOLAR TANDA SOKONGAN KEPADA PENDATANG ISRAEL WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 1


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

TENTERA ISRAEL MEMAKSA TAHANAN TAHANAN BAWAH UMUR MEMASUKKAN KEPALA KE DALAM MANGKUK TANDAS

Peguam Hal Ehwal Tahanan Dan Banduan Palestin, Hibah Musolahah, mendakwa tentera-tentera dan polis penyiasat Israel menyeksa dan mendera tahanan bawah umur tanpa perikemanusiaan, dan tidak menghormati hak-hak mereka sebagai kanak-kanak dan remaja bawah umur. Musolahah setelah melawat tahanan-tahanan yang ditahan di penjara “Sharon” pada hari Selasa (5/5) berkata, sesungguhnya ramai diantara mereka yang mengadu bahawa mereka didera dan dilayan dengan kasar oleh tentera- tentera dan polis-polis Israel sepanjang soal siasat dijalankan dan ini jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa mengenai hak-hak kanak-kanak dan remaja bawah umur. Seorang saksi, Ahmad Adnan Muna (16 tahun), penduduk di kota lama Jurusalem yang telah ditahan sejak Februari lalu berkata bahawa dia telah disiksa dan dilayan dengan kasar sepanjang penahanannya di sana. Ketika soal siasat, tangan dan kakinya akan diikat dan dibawa ke tandas lalu dipaksa memasukkan kepala ke dalam mangkuk tandas sambil kepalanya ditekan- tekan dengan kaki polis israael sehingga air kotor dalam mangkuk tandas itu masuk ke dalam mulutnya, dan dalam masa yang sama polis- polis itu bermain alat muzik. Ketika mana dia dipindahkan ke “Maskubiah” untuk melengkapkan siasatan, kepalanya dipukul kuat bahkan mereka mengancam untuk menahan ibunya jika dia tidak mengaku bersalah. Pihak berkuasa Israel telah menahan 7 ribu banduan Palestin di 27 penjara yang berbeza- beza, dan 1500 daripada mereka merupakan banduan yang sakit teruk dan memerlukan pembedahan, selain ratusan perempuan dan kanak- kanak, 12 orang wakil pimpinan, dan 30 orang daripadanya merupakan tahanan sejak lebih daripada 20 tahun lalu. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 6/5/2015

2 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 67 // 1 JUNE , 2015


Al-Quds Weekly News

WARAN TANGKAP KEPADA PENDUDUK PALESTIN DI PERKAMPUNGAN HIJAZI SEKEMBALINYA MEREKA DARIPADA MENUNAIKAN

Perisik-perisik Israel didapati menahan sekumpulan penduduk Palestin yang baru pulang dari menunaikan umrah di perkampungan Hijazi di atas jambatan Raja Hussain pada hari Sabtu (9/5) sekaligus menyerahkan waran tangkap kepada mereka. Yang turut mendapat waran tangkap selain mereka ialah, seorang pekerja Jabatan Wakaf (Nasir Abu Qadir), Pengawal Masjid Al-Aqsa (Fadi Bakir), dan beberapa orang remaja: Nuhad Zaghir, Imaduddin Al-Abbasi, Jamil Isa Al-Abbasi, Muhmud Abdul Latif, dan Shadi Abu Farhah. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 9/5/2015

Issue No 67 // 1 JUNE , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 3


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

PENGUATKUASA ISRAEL MENYERANG KAWASAN KEJIRANAN JURUSALEM DAN MENGARAHKAN PENUTUPAN KLINIK KESIHATAN DI KEM PELARIAN SHUAFAT

Tentera Israel menempatkan sekumpulan tentera- tenteranya di pintu masuk utama bahagian utara perkampungan Anata di bahagian utara Jurusalem pada pagi Rabu (6/5). Seorang saksi berkata, tentera-tentera yang berkawal itu mulai menahan seorang demi seorang orang yang lalu lalang d situ dan memeriksa kad pengenalan mereka untuk mencari siapakah di antara mereka yang terlibat dalam melawan serangan israel. Tentera-tentera itu turut menyerang pekerja binaan dan baik pulih Masjid Al-Aqsa, Husam Sadr, selepas Zohor hari Rabu (6/5) dan kemudiannya menjalankan siasatan terperinci ke atasnya. Dalam kes lain, puluhan penduduk perkampungan Az-Za’im di timur kota Jurusalem pada petang Rabu (6/5), telah membantah penutupan pintu masuk utama perkampungan itu yang mana perbuatan itu menghalang pergerakan mereka sekaligus mendesak supaya pintu itu dibuka semula tanpa sebarang halangan dan had masa untuk keluar masuk daripadanya. Pada hari Khamis (7/5) pula, pihak berkuasa Israel telah menyerang sebuah klinik kesihatan di kem pelarian Shuafat di kota Al-Quds dengan kerjasama polis-polis mereka dan kemudiannya merampas peralatan-peralatan dan komputer- komputer mereka lalu memberikan notis penutupan klinik kesihatan itu selama setahun atas dakwaan ianya merupakan “pusat gerakan pengganas”. Sedangkan klinik itu sebenarnya telah digunakan sebelum ini sebagai pusat kesihatan sekolah yang memberikan khidmat rawatan kesihatan dan makanan kepada pelajar-pelajar Palestin di lebih daripada 63 buah sekolah, yang mana kira-kira seramai puluhan ribu pelajar, tenaga pengajar dan waris telah mendapat manfaat daripadanya. Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” + Pusat Berita Palestin + Laman Web “Palestin48” bertarikh 11/5/2015

4 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 67 // 1 JUNE , 2015


Al-Quds Weekly News

NOTIS PEMBERITAHUAN PEROBOHAN BANGUNAN MILIK 3 KELUARGA DI BETHANY DAN 8 BUAH BANGUNAN DI “SAMIR AMIS”

Pegawai perbandaran Israel pada hari Rabu (6/5), telah menyerahkan notis pemberitahuan untuk merobohkan 3 rumah milik keluarga Badwi di Bukit Baba di timur bandar Bethany, dan memberi tempoh sehingga 18/5 untuk memfailkan bantahan terhadap perobohan itu. Setiausaha sulit gerakan Fatah di “Arab Al-Jahalin”, Daud Jahalin, berkata bahawa rumah-rumah itu merupakan milik Ahmad Tarabin, Mahmud Jahalin dan Salam Jahalin yang mana didiami oleh 16 orang ahli keluarga mereka. Katanya lagi, pihak perbandaran Israel sebenarnya menyasarkan perkampungan milik arab badwi yang berada di sekeliling kota Jurusalem untuk menekan mereka supaya berpindah dari situ seterusnya memberi peluang kepada Israel untuk membina penempatan mereka di sana. Dalam kes lain pada hari Jumaat (8/5), pihak perbandaran Israel telah pun merobohkan sebahagian bangunan yang masih dalam pembinaan di bandar Beit Hanina di utara Jurusalem dengan dakwaan dibina tanpa permit. Dalam masa yang sama, mahkamah “As-Sulh” pada petang Ahad (10/5) turut mengeluarkan perintah supaya mengosongkan 8 bangunan yang mempunyai 23 apartmen kecil didiami oleh kira-kira 110 orang rakyat Palestin di kejiranan “Samir Amis” di bahagian utara kota Jurusalem dengan dakwaan bahawa ianya adalah milik penduduk yahudi sejak tahun 1971. Mahkamah memberi tempoh sehingga awal bulan Ogos ini untuk bangunan- bangunan tersebut dikosongkan sepenuhnya. Akhbar AlQuds melaporkan bahawa bangunan-bangunan itu terletak di atas tanah seluas 9 ekar kaki persegi, yang mana pemilik tanah pada awalnya membeli 19 ekar kaki persegi namun telah dirampas oleh kerajaan Israel untuk membaik pulih tembok pemisah. Kementerian luar palestin mengutuk keputusan mahkamah itu dan menyifatkannya sebagai salah satu cara mereka mengyahudikan Al-Quds dan kawasan sekitarnya, sekaligus menghapuskan kewujudan bumi Palestin secara totalnya di atas muka bumi ini. Sumber: Laman Web “Palestin48” + Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” + Pusat Berita Palestin bertarikh 11/5/2015 Issue No 67 // 1 JUNE , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 5


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

ISRAEL MERAMPAS TIGA APARTMEN KEDIAMAN RAKYAT PALESTIN DI BANDAR SILWAN

Pagi Rabu (6/5) menyaksikan 3 buah apartmen kediaman di kejiranan “Muraghah” di bandar Silwan di bahagian selatan Masjid Al-Aqsa, dirampas oleh Israel atas dakwaan bahawa ianya adalah harta yang diisytiharkan oleh mahkamah sebagai “harta orang hilang” dan mereka diarahkan untuk mengosongkannya dengan segera. Saksi kejadian menyatakan yang bangunan itu telah pun kosong sebelum dirampas kerana Israel melemparkan bom gas ke arahnya untuk menghalang sesiapa pun dari menghampirinya. Turut dilaporkan bahawasanya sehingga ke hari ini, kira-kira 40 apartmen kediaman di bandar Silwan telah dirampas sejak bulan September tahun lalu. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 6/5/2015

6 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 67 // 1 JUNE , 2015


Al-Quds Weekly News

PBB: JENAYAH ISRAEL DI PALESTIN LEBIH TERUK DARIPADA DASAR APARTHEID DI AFRIKA SELATAN

John Dugard, pelapor khas hak asasi manusia PBB, berkata bahawa jenayah Israel ke atas rakyat palestin adalah lebih teruk dari dasar apartheid yang diamalkan di afrika selatan dulu. Tambahnya lagi, “Strategi negara Yahudi bersama Amerika yang kononnya membuat rundingan damai antara keduadua negara itu hanya sekadar di atas kertas sedangkan dalam masa yang sama tanah-tanah milik rakyat Palestin dirampas sedikit demi sedikit.” Dugard berpandangan yang peranan “mahkamah jenayah antarabangsa” tidak lain tidak bukan hanyalah untuk kepentingan Israel dan Amerika sahaja. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 7/5/2015

Issue No 67 // 1 JUNE , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 7


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

PERBANDARAN ISRAEL MELULUSKAN DANA PEMBINAAN 900 BUAH UNIT PENEMPATAN DAN NETANYAHU BERJANJI UNTUK MENAMBAH SEBANYAK 75 JUTA DOLAR TANDA SOKONGAN KEPADA PENDATANG ISRAEL

Jawatankuasa Pembangunan Dan Pembinaan Israel mengumumkan bahawa mereka telah pun meluluskan dana bagi membina 900 buah unit penempatan baru di kejiranan “Ramat Shlomo” yang terletak di bahagian utara Jurusalem, lapor sebuah stesen radio milik Israel. 2 hari sebelumnya mereka telah mengumumkan pembinaan 1500 buah unit penempatan Israel berdekatan dengan kem pelarian Shuafat di Jurusalem. Stesen radio itu juga melaporkan pada hari Ahad (10/5), bahawasanya Netanyahu telah berjanji secara sembunyi dengan parti haluan kanan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab ke atas pendatang Israel untuk memberikan 300 juta syikal (kira-kira 75 dolar) bagi membiayai projek-projek pembinaan penempatan di Tebing Barat. Selain itu, akhbar Yediot Ahronot turut mengesahkan yang Netanyahu juga telah berjanji kepada parti “Yahudi Home” untuk menyumbang 50 juta syikal (kira-kira 12.2 juta dolar) setiap bulan kepada jawatankuasa pendatang Israel yang mana ianya dipertanggungjawabkan ke atas seorang menteri dari parti “Yahudi Home”. Akhbar Haaretz juga melaporkan yang Netanyahu turut berjanji kepada parti “Yahudi Home” untuk meluluskan penempatan pendatang Israel di kawasan khusus di atas bumi Palestin malah akan menyediakan pegawai khas bagi menguruskan perkara itu. Sumber: Akhbar Al-Quds + Pusat Berita Palestin bertarikh 11/5/2015

8 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 67 // 1 JUNE , 2015


Al-Quds Weekly News

“PERARAKAN HAIFA� MENYAMBUNG PERJALANANNYA SEHINGGA KE MASJID AL-AQSA

Sekumpulan pejalan kaki telah berarak daripada bandar Haifa menuju ke Masjid Al-Aqsa pada hari Sabtu (9/5). Turut terlibat dalam perarakan ini ialah Syeikh Raed Solah (Pemimpin Gerakan Islam) dan Dr. Sulaiman Ighbariyah (yang memegang portfolio Jurusalem dan Masjid Al-Aqsa dalam gerakan itu) bersama puluhan penduduk bandar Haifa dan pimpinan-pimpinan mereka. Perarakan itu bermula dari hadapan Masjid Syeikh Abdullah di Haifa dan berterusan selama 6 hari sebelum akhirnya tiba di Masjid AlAqsa. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 10/5/2015

Issue No 67 // 1 JUNE , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 9


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

10 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

29th July, 2013

Issue No 67 // 1 JUNE , 2015


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.