Alquds in malay issue 69 hi re

Page 1

Al-Quds Weekly News

18 JUNE 2015, Issue no 69

ISRAEL MEMASANG KAMERA CCTV BARU DAN MENYUSUN SERANGAN BARU TERHADAP AL-AQSA

Isu minggu ini :

Pihak berkuasa Israel pada hari Rabu (3/6) mengambil langkah memasang kamera litar tertutup (CCTV) baru di hadapan pintu masuk “AlMutohharoh” yang dikhususkan sebagai laluan utama ke tempat wudhu’ masjid. Pada pagi hari yang sama (Rabu3/6), sekumpulan bakalbakal jemaah umrah telah berangkat untuk menunaikan umrah dibawah kempen “AlQuds ke Mekah” dan bergerak ke sana dari dataran Masjid Al-Aqsa. Dalam serangan mereka pada pagi Ahad (7/6), seramai 30 orang pendatang Israel telah menyerang Masjid Al-Aqsa dengan penjagaan ketat dari pihak polis Israel, namun dihalang oleh sekumpulan pejuang-pejuang Palestin. Pada hari Isnin (8/6), terdapat serangan lain yang didalangi oleh 35 orang pendatang bersama 20 orang pegawai perisik Israel yang menyerang melalui Pintu AlMugharabah, dan meronda-ronda di beberapa kawasan dalam masjid itu termasuklah tempat solat Al-Marwani, juga dengan perlindungan dari pegawai polis mereka. Di pihak lain pula, sekumpulan pelajar-pelajar Yahudi dari Universiti Ibrani telah mengumumkan bahawa mereka akan menyerang Masjid Al-Aqsa dengan sokongan sebuah pertubuhan Israel pada pagi Selasa (9/6), dan menyebarkan ajakan itu melalui rangkaian- rangkaian laman sosial mereka. Serangan itu disifatkan sebagai salah satu cara menyambut berakhirnya pengajian mereka pada tahun ini. Mereka turut mengajak orang ramai menyertai mereka ke Haikal Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin . “Wafa” + Pusat Berita Palestin bertarikh 9/6/2015 Issue No 69 // 18 JUNE , 2015

PIHAK BERKUASA ISRAEL MENAHAN BEBERAPA ORANG WARGA PALESTIN AL-HUSSAINI MEMBERI TAKLIMAT KEPADA DELEGASI DARIPADA “PERIKATAN BEBAS EROPAH” MENGENAI PERLANGGARAN ISRAEL KE ATAS JURUSALEM PERINGATAN TENTANG HAL EHWAL KEADAAN JURUSALEM YANG SEMAKIN TERUK LIGA ARAB MENGGESA NEGARANEGARA ISLAM DAN ARAB UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN DEMI MEMBENDUNG DASAR PENGYAHUDIAN DI JURUSALEM WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 1


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

PIHAK BERKUASA ISRAEL MENAHAN BEBERAPA ORANG WARGA PALESTIN

Pihak polis Israel pada petang Selasa (2/6) telah menahan remaja bawah umur di Al-Quds dengan dakwaan melempar batu kepada pengawal sempadan di Kota Lama Jurusalem. Selain itu, mereka turut menahan beberapa orang penduduk berdekatan kejiranan Ar-Rami dengan dakwaan menyorokkan senjata di dalam kereta. Dalam kes lain pada petang Rabu (3/6) pula mereka telah menahan 3 orang penduduk Jurusalem iaitu: Ahmad Al-Ghaul, Samir Abu I’syah, dan Talib Zaidan ketika mereka melakukan tunjuk perasaan terhadap perlakuan Israel yang melakukan “Pameran Al-Anwar” yang dianjurkan dengan tujuan mengyahudikan Al-Aqsa di Pintu Al-A’mud di Jurusalem. Dalam kes lain, polis Israel telah menahan Ahmad Sabri Abu Dhiyab dan anaknya Ali ketika mereka menyerang rumahnya di kejiranan Al-Luzah. Khamis (4/6) pula merekodkan penahanan Ahmad Aziz U’waysat (23 tahun), A’tha’ Muhammad U’waisat (43 tahun), selepas menyerang sebuah jalan di kawasan sekolah di kejiranan Bukit Scopus. Begitu juga dengan penahanan 2 orang remaja: Muhammad Abdul Al-A’war (17 tahun), dan Muhammad Zaidan Al-A’war (18 tahun) di rumah mereka di kejiranan Al-Luzah di bandar Silwan. Pada hari Jumaat (5/6), beberapa orang telah ditahan ketika mengadakan himpunan mingguan melawan Israel di kejiranan As-Syeikh Jarrah di Kota Jurusalem. Begitu juga dengan penahanan Amir AlBasithi (18 tahun) dan Mua’wiyah Al-A’jluni (18 tahun) pada petang Sabtu (6/6). Adapun keesokan harinya Ahad (7/6), menyaksikan seorang lagi remaja, Muhammad Rabah A’lyan ditahan semasa polis Israel menyerang rumahnya. Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” + Pusat Berita Palestin + Laman Web “Palestin48” bertarikh

2 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 69 // 18 JUNE , 2015


Al-Quds Weekly News

AL-HUSSAINI MEMBERI TAKLIMAT KEPADA DELEGASI DARIPADA “PERIKATAN BEBAS EROPAH” MENGENAI PERLANGGARAN ISRAEL KE ATAS JURUSALEM

Menteri Hal Ehwal Jurusalem Adnan Al-Hussaini pada hari Rabu (3/6) telah memberi taklimat kepada delegasi “Perikatan Bebas Eropah/ Parti Hijau” yang mana sebahagian dari mereka merupakan anggota parlimen Eropah tentang perlanggaran yang dilakukan oleh Israel ke atas Jurusalem. AlHussaini mengesahkan bahawa perlakuan Israel itu tidak lain tidak bukan hanyalah semata-mata bermatlamatkan pembersihan etnik dan pembentukan sistem apartheid, dan perlanggaran kerap mereka itu mengundang bahaya undang-undang antarabangsa sendiri. Al-Hussaini turut membentangkan perlanggaran Israel itu masa demi masa bermula dari tahun 1967 dan semakin meningkat ketika zaman pemerintahan Benjamin Netanyahu. Beliau turut memperingatkan tentang dasar politik yang diamalkan oleh Israel terhadap tempat-tempat suci Islam dan Kristian, khasnya Masjid AlAqsa, dan mereka (Israel) sekarang ini sedang mempercepatkan pembahagian Al-Aqsa melalui serangan hampir setiap hari dan juga menghalang kebebasan beragama yang sepatutnya menjadi menjadi milik setiap insan. Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 3/6/2015

Issue No 69 // 18 JUNE , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 3


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

PERINGATAN TENTANG HAL EHWAL KEADAAN JURUSALEM YANG SEMAKIN TERUK

Setiausaha Agung “Kongres Rakyat Kebangsaan Jurusalem” Usman Abu Gharibah dalam pertemuannya bersama Duta Besar China ke Palestin “Qin Zihunj” pada hari Rabu (3/6), berkata bahawa keadaan Jurusalem sekarang semakin teruk dari masa ke masa, kesan daripada dasar apartheid yang dilaksanakan oleh kerajaan Israel di Jurusalem. Abu Gharibah juga menjelaskan yang dasar itu bermatlamatkan untuk mencipta jurang ekonomi, masyarakat dan politik kepada penduduk Jurusalem seterusnya mendesak mereka untuk berhijrah keluar tanpa kerelaan mereka. Beliau turut menerangkan serangan- serangan Israel samada ke atas harta orang ramai ataupun ke atas tempattempat suci Islam dan Kristian di Jurusalem, dan semua serangan itu adalah dengan sokongan dan penjagaan polis Israel sendiri. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 3/6/2015

4 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 69 // 18 JUNE , 2015


Al-Quds Weekly News

LIGA ARAB MENGGESA NEGARA-NEGARA ISLAM DAN ARAB UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN DEMI MEMBENDUNG DASAR PENGYAHUDIAN DI JURUSALEM

Liga Arab menggesa semua negara Arab dan Islam untuk segera mengambil tindakan membendung dasar pengyahudian di Jurusalem. Mereka juga memberi amaran tentang bahaya “Pameran Mahrajan” pengyahudian kali ke-7 yang diadakan bertujuan menarik perhatian umum diperingkat tempatan dan juga antarabangsa akan apa yang dikatakan “sejarah masyarakat yahudi”. Di sana, mereka menerangkan tentang projek-projek pengyahudian Kota Jurusalem dan sejarahnya, dan akan mencuba sedaya mampu untuk menarik seramai mungkin pengunjung- pengunjung Yahudi ke pameran itu, seterusnya sama-sama berkongsi idea apakah cara terbaik demi mencapai matlamat mereka itu. Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 4/6/2015

Issue No 69 // 18 JUNE , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 5


Al-Quds Weekly News

29th July, 2013

Issue No : 54

MENGGUNAKAN SLOGAN “AL-AQSA, TANGGUNGJAWAB SAYA”, RATUSAN KANAKKANAK HADIR MEMERIAHKAN MASJID AL-AQSA

Kempen “Al-Aqsa, tanggungjawab saya” diteruskan lagi di perkarangan Masjid Al-Aqsa dan disertai oleh hampir 250 orang kanak-kanak dalam pelbagai aktiviti berunsur kesenian dan pendidikan, di bawah bimbingan guru-guru khusus dalam bidang tersebut. Setiap hari akan diadakan aktiviti-aktiviti yang berbeza-beza seperti sukan, hiburan dan pertandingan. Adapun umur kanak-kanak yang terlibat dalam perkhemahan itu pula dianggarkan bermula dari 6 hingga ke 13 tahun dan datang dari Jurusalem dan kawasan-kawasan sekitarnya. Dalam temubual bersama pengarah kem “Ustaz Sufyan Jadullah”, beliau berkata bahawasanya mereka telah memilih Masjid Al-Aqsa sebagai tempat kem bertujuan untuk memakmurkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk kanak-kanak dan mereka boleh menghabiskan masa mereka di tempat yang berkat itu. Beliau menambah, sesungguhnya penganjuran ini juga bertujuan menguatkan lagi fakta bahawa masjid suci itu adalah milik mutlak orang Islam sahaja, di samping menyemarakkan rasa cinta terhadap Al-Aqsa dalam jiwa generasi muda. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 4/6/2015

6 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 69 // 18 JUNE , 2015


Al-Quds Weekly News

KUMPULAN “BERSEGERALAH MEMBUAT KEBAJIKAN” MELAKUKAN KERJA AMAL MEREKA YANG PERTAMA

Kumpulan “Bersegeralah membuat kebajikan” pada hari Khamis (4/6) menyusun aktiviti amal pertama mereka iaitu membersihkan tempat solat Al-Qabali di Masjid Al-Aqsa, dan mereka membahagi-bahagikan tugas sesama mereka di beberapa bahagian yang berbeza-beza seperti membersihkan rak-rak Al-Quran dan tingkaptingkap daripada habuk. Mengenai penubuhan kumpulan itu, salah seorang anggota kumpulan itu, Sumayyah Hamdan (17 tahun) berkata, sesungguhnya ini adalah pengalaman pertama kami melakukan kerja-kerja amal yang diasaskan oleh individu tanpa sebarang kaitan dengan mana- mana pertubuhan ataupun institusi, dan mereka menggunakan laman facebook untuk mengajak orang ramai terlibat sama. Hamdan juga menerangkan bahawa kumpulan mereka menginginkan keterlibatan lebih ramai remaja-remaja perempuan untuk melakukan amal kebajikan untuk Al-Aqsa. Kumpulan itu terdiri daripada 6 orang remaja perempuan berumur daripada 15 hingga 17 tahun, dan mereka sama-sama berkumpul untuk melakukan kerja-kerja amal di Masjid AlAqsa dan Kota Jurusalem. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 4/6/2015

Issue No 69 // 18 JUNE , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 7


Al-Quds Weekly News

29th July, 2013

Issue No : 54

SEBUAH KAJIAN DIJALANKAN BERKENAAN CARA MENGUKUHKAN SEKTOR EKONOMI DI JURUSALEM

Sebuah kajian bertajuk “Mengukuhkan Kedudukan Ekonomi Di Jurusalem, Ibu Negara Palestin, Sebagai Langkah Untuk Membina Kestabilan Penduduk Jurusalem Di Sana” yang dijalankan oleh Ahmad As-Sofadi, seorang pengkaji dari Jabatan Pengurusan Dan Ekonomi, Universiti Jurusalem di bandar Abu Dis menekankan akan kepentingan mempraktikkan “model Porter” di semua sektor pengeluaran di Jurusalem. Beliau turut menasihatkan pertubuhan-pertubuhan di Jurusalem supaya memainkan peranan penting dalam menggiatkan ekonomi bagi menggantikan pihak Kerajaan Palestin buat masa sekarang. Beliau turut menekankan perlunya mengasaskan syarikat-syarikat dana pelaburan yang dapat sama menyumbang dalam projek-projek pembinaan rumah dan tempat tinggal di Kota Jurusalem, dan mengukuhkan ekonominya melalui sumbangan dana dari negaranegara Arab dan Islam, selain meletakkan perbezaan harga bagi rumah-rumah di dalam dan luar bandar. Selain itu, beliau juga menyebut tentang pentingnya mengikat sektor-sektor ekonomi di Jurusalem dan kawasan-kawasan sekitarnya dengan sektor-sektor ekonomi dari yang pelbagai dari Tebing Barat. Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 4/6/2015

8 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 69 // 18 JUNE , 2015


Al-Quds Weekly News

Issue No 69 // 18 JUNE , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 9


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

10 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

29th July, 2013

Issue No 69 // 18 JUNE , 2015


Al-Quds Weekly News

Issue No 69 // 18 JUNE , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG |

11


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.