Alquds in malay issue 70 hi re

Page 1

Al-Quds Weekly News

29 JUNE 2015, Issue no 70

AHLI POLITIK BARU ISRAEL BERIKRAR UNTUK MEMBOLEHKAN YAHUDI BERIBADAT DI AL-AQSA

Selepas membentuk kerajaan baru pada bulan lepas, kabinet Israel “The Knesset” berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan hak warga yahudi untuk beribadat di Masjid Al-Aqsa. Anggota The Knesset “Mickey Makhlouf Zohar” dari Parti Likud dan “Lennon Magal” dari Parti Yahudi Home, telah meminta supaya diadakan mesyuarat tergempar pada hari Selasa depan bagi membincangkan apa yang dinamakan “diskriminasi terhadap hak yahudi di Haikal dan penganiayaan terhadap mereka”. Permintaan ini datang selepas “Magal” meminta supaya mengusir pejuang-pejuang Palestin dari Masjid Al-Aqsa selama-lamanya sebagai pertukaran untuk mengizinkan orang-orang Yahudi beribadat di Al-Aqsa. Nyata, permintaan itu tidak mengambil masa yang lama untuk mendapat respon, kerana Menteri Dalam Negeri di kabinet Israel “Gilad Erdan” telah pun berikrar untuk berusaha semampu mungkin bagi mendapatkan kebebasan masyarakat Yahudi untuk beribadat di Masjid Al-Aqsa. Dr Jamil Hamami, ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Tertinggi di Jurusalem berkata bahawa pengumuman ini memberi gambaran jelas bahawa kerajaan Israel sekarang tidak akan bertolak ansur lagi terhadap kebebasan beragama dan akan terus memusuhi tempat- tempat ibadat Islam dan Kristian. Beliau juga berpandangan bahawa mereka akan terus menyerang Masjid Al-Aqsa sepertimana kerajaan- kerajaan sebelumnya. Oleh itu, warga Palestin hendaklah terus berusaha mempertahankan hak mereka dari dirampas oleh Israel. Begitu juga dengan masyarakat antarabangsa yang sepatutnya turut sama mengambil tindakan dalam menghalang pencerobohan- pencerobohan di rumah- rumah ibadat tersebut. Issue No 70 // 29 JUNE , 2015

Isu minggu ini :

LAPORAN ISRAEL: MENINGKATNYA BILANGAN WARGA PALESTIN YANG DILARANG MEMASUKI AlAQSA PENYERTAAN BESAR-BESARAN DALAM KEMPEN “AL-QUDS FIRST!” DI JURUSALEM PIHAK BERKUASA ISRAEL MENYERANG MASJID AL-AQSA SEMINAR ANJURAN ISRAEL UNTUK MENGUATKAN LAGI PENGUASAAN MEREKA KE ATAS AL-AQSA SUKARELAWAN MENGANJURKAN KEMPEN HIDUPKAN BUDAYA ILMU DI JURUSALEM WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 1


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

LAPORAN ISRAEL: MENINGKATNYA BILANGAN WARGA PALESTIN YANG DILARANG MEMASUKI Al-AQSA Mengikut statistik laporan yang disediakan oleh sebuah NGO, jumlah warga Palestin yang dilarang dari memasuki Al-Aqsa meningkat dari tahun ke tahun. Contohnya diantara tahun 2012 dan 2014, terdapat peningkatan seramai 144 orang. Laporan tersebut yang bertajuk “pengharaman dari masuk dan solat di Haikal diantara tahun 2012 dan 2014” menjelaskan bahawa data itu diambil dari pelawat-pelawat Al-Aqsa samada bukan Islam dan juga orang –orang Islam. Menurut laporan, pihak berkuasa Israel berusaha untuk mengurangkan bilangan orang-orang yang solat di Masjid Al-Aqsa melalui pemberian izin untuk masuk kepada orang-orang tertentu, menghalang wanita-wanita dari masuk, dan banyak larangan masuk didapati pada musim panas tahun lalu. Laporan itu menunjukkan data yang diambil dari pihak berkuasa Israel yang mengawal pintu-pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa. Adapun bilangan sebenar penduduk Palestin yang dilarang masuk adalah lebih banyak daripada apa yang tercatat di kertas laporan. Contohnya, laporan mengenai halangan masuk terhadap wanita- wanita Palestin diantara tahu 2012 dan 2014 adalah sebanyak 5 kes, tetapi menurut laporan Pusat Media CIOBRS halangan itu mencapai angka 22 kes.

tahun 2014 dimana sebanyak 41 kes direkodkan, dan salah satu diantaranya melibatkan penutupan pintu masjid sepanjang hari disebabkan oleh serangan balas orang Islam kepada pelampau Yahudi, Yehuda Glick. Antara lain, laporan itu menyebut bahawa pihak berkuasa Israel telah menahan pelampau- pelampau Yahudi yang menyerang Al-Aqsa dari tahun 2012 hingga 2014 selama 56 hari, dan 43 hari daripadanya adalah pada hari perayaan Islam. Dan purata halangan serangan dari pelampau terhadap Al-Aqsa adalah 3 hari pada setiap tahun. Laporan turut mendedahkan bahawa peningkatan halangan masuk ke Al-Aqsa adalah disebabkan oleh kegetiran politik dan agama yang berpunca dari aktivis-aktivis Yahudi yang menggesa supaya diadakan perubahan baru di Al-Aqsa. Begitu juga dengan kes kematian as-syahid Muhammad Abu Khudair dan seranganserangan di timur Jurusalem dan peperangan di Gaza.

Selain itu, laporan turut menggambarkan bahawa terdapat hubungan yang kuat diantara parti haluan kanan dan kerajaan Israel dalam usaha menekan keadaan dan situasi di Al-Aqsa, dan setiap peristiwa- peristiwa dan serangan- serangan yang berlaku Pertubuhan itu menambah, keban- tidak lain tidak bukan adalah disebabkan oleh percubaan untuk yakan halangan itu terdapat pada merubah keadaan di Masjid Al-Aqsa. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 11/6/2015 2 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 70 // 29 JUNE , 2015


Al-Quds Weekly News

PENYERTAAN BESAR-BESARAN DALAM KEMPEN “ALQUDS FIRST!” DI JURUSALEM

Seramai ratusan warga Palestin terlibat dalam kempen “Al-Quds First!” yang diadakan pada hari Sabtu (13/6) di bawah anjuran Gerakan Islam di Palestin sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Telah mengambil bahagian kaum lelaki, wanita dan juga kanak- kanak dengan membersihkan seluruh kawasan-kawasan yang terdapat di Al-Aqsa beserta lapangan-lapangan dan setiap sudut-sudutnya. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 13/6/2015

Issue No 70 // 29 JUNE , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 3


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

PIHAK BERKUASA ISRAEL MENYERANG MASJID AL-AQSA

Keadaan getir dilaporkan di Al-Aqsa pada pagi Rabu (10/6) akibat serangan daripada kira-kira 40 orang pelampau dan tentera Israel melalui Pintu Silsilah, dan mengawal Al-Aqsa dengan senjata-senjata mereka. Serangan beramai-ramai itu telah menimbulkan kemarahan warga Palestin yang sedang bersolat di sana lalu mereka mula melaungkan takbir dan tahlil dan mengecam perbuatan Israel yang mencemarkan kehormatan Masjid Al-Aqsa dengan tindakan mereka. Pihak Israel juga cuba menahan seorang kanak-kanak lelaki tetapi berjaya diselamatkan. Saksi-saksi kejadian melihat serangan ini sebagai ancaman berbahaya yang mana Israel kini semakin berani dalam serangan mereka. Iaitu dengan menyerang masjid, membawa masuk senjatasenjata dan menyerang orang-orang yang beribadat, selain cuba melakukan penahanan terhadap kanak-kanak dan menggunakan kekerasan. Pagi Khamis (11/6) menunjukkan warga Palestin bangun melawan serangan israel pada pagi-pagi hari dan menggesa mereka supaya keluar dari masjid. Saksi kejadian mengatakan seramai 22 orang cuba menyerang masjid bersama 3 orang pelandu pelancong Yahudi. Dalam kes lain, jawatankuasa hal ehwal dalam negeri di Tebing Barat berkata bahawa pihak berkuasa Israel telah pun memutuskan untuk membenarkan warga Palestin berumur 40 tahun ke atas dari Tebing Barat untuk memasuki Jurusalem tanpa permit sepanjang bulan Ramadhan ini. Manakala untuk belia berumur 35 hingga 40 tahun, mereka hendaklah mendapatkan permit terlebih dahulu untuk masuk yang mana permit itu mengizinkan untuk masuk pada setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu. Sumber: Pusat Berita Palestin + Laman Web “Palestin48� bertarikh 16/6/2015

4 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 70 // 29 JUNE , 2015


Al-Quds Weekly News

SEMINAR ANJURAN ISRAEL UNTUK MENGUATKAN LAGI PENGUASAAN MEREKA KE ATAS AL-AQSA

“Organisasi Haikal” pada hari Rabu (17/6), menganjurkan seminar berkaitan Masjid Al-Aqsa yang membincangkan tentang persoalan “Haikal berada di tangan kita?” di Universiti Tel Aviv. Turut terlibat dalam seminar itu beberapa orang anggota The Knesset seperti Lennon Magal dan Daniel Attar, Rabbi pelampau Yahudi “Yehuda Glick” yang juga merupakan pengerusi “Kesatuan Haikal” dan juga pengerusi gerakan “Peace Now” Yariv Oovinheimer. Seminar itu membincangkan berkaitan isu ibadat dan ziarah Yahudi ke Masjid Al-Aqsa tanpa syarat dan sekatan. Dalam hal lain yang berkaitan, seorang ahli jawatankuasa gerakan pelajar Israel telah berjumpa dengan Menteri Pertanian Uri Ariel di pejabatnya dan berbincang mengenai perkembangan dan pembaharuan di Masjid Al-Aqsa dan meminta beliau supaya mempercepatkan proses meletakkan peralatan-peralatan untuk melaksanakan ritual keagamaan Talmud di dalam Masjid Al-Aqsa, dan menghentikan proses baik pulih masjid yang dikelolai oleh Jabatan Wakaf Islam Jurusalem dengan dakwaan bahawa perbuatan itu akan merosakkan tinggalan sejarah Haikal yang terdapat di situ. Justeru, Uri Ariel telah pun berjanji untuk menunaikan permintaan mereka, dan akan bekerjasama dengan Menteri Dalam Negeri “Gilad Erdan” dan Menteri Kebudayaan “Miri Regev” dalam melaksanakan hal itu. Beliau juga akan berbincang dangan pegawai polis Israel bagi mencari jalan terbaik untuk menghentikan proses baik pulih yang sedang dijalankan di Al-Aqsa. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 16/6/2015 Issue No 70 // 29 JUNE , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 5


Al-Quds Weekly News

29th July, 2013

Issue No : 54

SUKARELAWAN MENGANJURKAN KEMPEN HIDUPKAN BUDAYA ILMU DI JURUSALEM

Para sukarelawan pada hari Sabtu (13/6) melancarkan kempen dengan slogan “Ajarkan aku..” di hadapan Fakulti Ibrahimi di Kota Jurusalem. Kempen yang dianjurkan oleh “Pertubuhan Al-Quds” itu mendapat kerjasama dari pertubuhan “Selamatkan Kanak-kanak” dan “Hidupkan Belia” dengan sokongan Kesatuan Eropah. Kempen ini bertujuan menghidupkan budaya ilmu di sekolah- sekolah di Jurusalem ketika mana ramai pelajar didapati tidak mengambil berat terhadap pembelajaran mereka dan kurangnya usaha sama dari pihak pengetua sekolah, waris-waris, pelajar-pelajar, dan guru-guru. Salah seorang sukarelawan “Rozan Abidin” berkata, “Kempen ini bertujuan memberi kesedaran terhadap pentingnya pembelajaran yang mana kini ramai pelajar yang gemar ponteng sekolah, memandang enteng terhadap ilmu, dan memilih untuk bekerja berbanding belajar”. Katanya lagi, ini merupakan kali ke-2 kempen dijalankan yang mana kempen pertama dulu mendapat sambutan memberangsangkan dari pelbagai pihak. Kempen ini dianjurkan di hadapan Pintu A’mud di Kota Jurusalem. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 13/6/2015

6 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 70 // 29 JUNE , 2015


Al-Quds Weekly News

KANAK-KANAK PALESTIN MENDERITA AKIBAT SERANGAN PIHAK BERKUASA ISRAEL

Pergerakan antarabangsa dalam mempertahankan kanak-kanak berkata bahawasanya kanak-kanak Palestin masih lagi menderita disebabkan oleh pelbagai bentuk serangan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Israel ke atas mereka. Pergerakan itu juga mengisyaratkan keadaan 9 orang kanak-kanak Palestin yang diserang awal tahun lalu. Pejabat PBB bahagian hak asasi manusia di Palestin, dalam laporannya mengesahkan bahawa terdapat 139 serangan direkodkan sejak awal tahun 2014 sehingga sekarang di Tebing Barat dan Timur Al-Quds. Pengarah pergerakan tersebut “ Khaled Quzmar” berkata; “Tentera-tentera Israel dalam kebanyakan peristiwa menyerang kanakkanak Palestin sepertimana mereka menyerang lelaki-lelaki dewasanya, sedangkan mereka hanyalah kanak-kanak. Bahkan sokongan dari pihak berkuasa mereka juga menyebabkan mereka merasa dipertahankan lalu meneruskan serangan demi serangan ke atas kanak-kanak. Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 16/6/2015

Issue No 70 // 29 JUNE , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 7


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

THE KNESSET MELULUSKAN UNDANG-UNDANG MENGHALANG PERJUMPAAAN TAWANAN PALESTIN DENGAN PELAWAT

The Knesset pada petang Isnin (15/6) meluluskan untuk memanjangkan tempoh undang-undang yang dikenali dengan nama “menghalang perjumpaan tawanan Palestin di dalam Garisan Hijau” selama setahun dengan undian majoriti. Undang- undang ini telah pun diluluskan sejak tahun 2013, dan ditambah dan diperbaharui tempohnya pada setiap tahun mengikut perbincangan pihak berkuasa mereka. Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 16/6/2015 Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 4/6/2015

8 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 70 // 29 JUNE , 2015


Al-Quds Weekly News

Issue No 70 // 29 JUNE , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 9


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

10 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

29th July, 2013

Issue No 70 // 29 JUNE , 2015


Al-Quds Weekly News

Issue No 70 // 29 JUNE , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG |

11


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.