Alquds in malay issue 72 hi re

Page 1

Al-Quds Weekly News

8 July 2015, Issue no 72

PEMALSUAN AKAD DILAKUKAN UNTUK MENJUAL TANAH MILIK PALESTIN DI JURUSALEM

Akhbar Haaretz mendedahkan bahawa broker- broker hartanah Israel telah memalsukan akad tanah milik khusus Palestin, seterusnya menjualnya kepada agamawan ortodox Yahudi di “Givat Ze’ev” yang terletak di barat laut Jurusalem. Akhbar itu melaporkan dari sumber yang sah, bahawasanya pemalsuaan dan penjualan itu dilakukan bersama pihak pentadbiran awam milik tentera Israel sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Broker- broker hartanah tersebut ternyata mengambil kesempatan mendapatkan harta dengan mengorbankan tanah- tanah milik warga Palestin. Di bawah urus niaga palsu ini, sebuah apartmen telah pun dijual kepada Yahudi- yahudi Ortodox dengan harga di antara 100 hingga 150 syikal. Jual beli tidak sah itu berlaku di atas tanah yang bukan milik “taboo” Israel, namun berjaya kerana menggunakan beberapa orang penipu sebagai perantaraan. Kem Givat Ze’ev telah diduduki pendatang Israel sejak tahun 1983 dengan keizinan dari Mahkamah Israel yang mendakwa bahawa tanah itu telah pun dibeli dari penduduk Palestin. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 28/6/2015 Issue No 72 // 8 July , 2015

Isu minggu ini :

BERMULANYA FASA BARU PROJEK PENGYAHUDIAN DI “BEIT RACHEL STRAUSS” ISRAEL AKUI KESAN –KESAN SEJARAH DI BARAT KAWASAN BURAQ MERUPAKAN MILIK ISLAM PENDATANG- PENDATANG ISRAEL MENYERANG DATARAN MASJID AL-AQSA DAN DIHALANG OLEH PEJUANG-PEJUANG PALESTIN GESAAN SUPAYA DIHAPUSKAN AKTA YANG MELARANG PEMBELAJARAN AGAMA DI SEKOLAH KERAJAAN ISRAEL MENGHALAU SEKUMPULAN AKTIVIS- AKTIVIS TURKI DAN MENGHALANG MEREKA DARI MEMASUKI JURUSALEM WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 1


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

BERMULANYA FASA BARU PROJEK PENGYAHUDIAN DI “BEIT RACHEL STRAUSS”

Israel dengan jentera- jenteranya mula mengeluarkan sejumlah besar tanah dan batu-batu lama dari kawasan bersejarah umat Islam di jambatan “Qintarah Ummul Banat”, barat Masjid Al-Aqsa. Termasuk dalam fasa ini adalah pembinaan Pusat Pengyahudian Beit Strauss. Projek ini akan menyebabkan kehancuran monumen- monumen bersejarah Islam zaman lampau seterusnya menyempurnakan proses pengyahudian di kawasan tersebut. Proses pecah tanah ini termasuklah memecah , meroboh, dan mengosongkan tanah-tanah di lantai-lantai, dinding-dinding dan ruang-ruang dalam bangunan Islam itu. Projek pembinaan Pusat Pengyahudian di Beit Strauss pula merupakan kesinambungan selepas selesainya 2 fasa pembinaan. Adapun fasa pertama pembinaan, melibatkan pembinaan puluhan rumah mandi awam bagi orang Yahudi dan pelancong- pelancong luar yang menziarahi kawasan Buraq yang merupakan kawasan ibadat bangsa Yahudi. Manakala fasa kedua pula melibatkan pembinaan pusat gerakan polis dan telah pun dirasmikan sebulan yang lalu. Antara struktur dalaman Pusat Pengyahudian di Beit Strauss adalah tambahan 2 tingkat bangunan lagi, selain melakukan beberapa perubahan di bangunan asal, membina ratusan rumah mandi, rumah ibadat Yahudi, pusat menjalankan ritual keagamaan Talmud, dewan orang ramai, pusat gerakan polis, pejabat- pejabat pentadbiran, pusat operasi, ruang menyambut tetamu dan pintu masuk utama yang bersambung dengan sebuah terowong di bawah Masjid Al-Aqsa. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 28/6/2015

2 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 72 // 8 July , 2015


Al-Quds Weekly News

ISRAEL AKUI KESAN –KESAN SEJARAH DI BARAT KAWASAN BURAQ MERUPAKAN MILIK ISLAM

Pihak Berkuasa Antikuiti Israel sebelum penggalian kedua mereka di barat laut kawasan Buraq, 100 meter dari bahagian barat Masjid Al-Aqsa, mengeluarkan pengakuan bahawa monumenmonumen sejarah di situ adalah milik kerajaan Islam zaman lampau, bermula dari empayar pemerintahan Umawiyah hinggalah ke empayar Uthmaniah. Laporan tersebut turut menjelaskan bahawa penggalian yang telah dilakukan itu bermula pada bulan Mei hingga Ogos tahun 2010 dan mengambil ruang kira-kira 8 meter kaki persegi. Ia sebenarnya merupakan kesinambungan kepada penggalian yang dilakukan dari tahun 2005 hingga 2009 diatas tanah seluas 1.5 ekar dengan pembiayaan “dana warisan Yahudi”. Ia juga merupakan permulaan kepada projek pembinaan “Pusat Warisan Barat @ Western Heritage Center”. Pihak Berkuasa Antikuiti Israel turut melampirkan pada laporan tersebut gambar dan petapeta, dan dijelaskan padanya kebanyakan kawasan itu merupakan milik Kerajaan Islam zaman lampau. Dalam masa yang sama terdapat beberapa monumen yang dinisbahkan kepada kerajaan Rom sedangkan mereka mengetahui bahawa ia adalah milik Islam selama 14 kurun lalu. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 29/6/2015

Issue No 72 // 8 July , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 3


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

PENDATANG- PENDATANG ISRAEL MENYERANG DATARAN MASJID AL-AQSA DAN DIHALANG OLEH PEJUANG-PEJUANG PALESTIN

Sekumpulan pendatang- pendatang Israel telah menyerang dataran Masjid Al-Aqsa melaui Pintu Mugharabah pada pagi Rabu (24/6), namun dihalang oleh pejuang- pejuang lelaki dan wanita Palestin dengan diiringi laungan takbir. Pada masa yang sama, sekumpulan tentera- tentera Israel telah bertindak merampas kad –kad pengenalan milik beberapa orang remaja dan wanita ketika mereka memasuki Masjid Al-Aqsa melalui beberapa pintu yang dijaga oleh tentera- tentera itu sentiasa. Pagi Khamis (25/6) pula mencatatkan pelancaran kempen penahanan besar- besaran sehinggalah melibatkan 6 orang wanita Palestin. Selain itu, suasana tegang dilaporkan di kawasan Masjid Al-Aqsa selama beberapa jam berikutan serangan beberapa kumpulan pendatang dengan pengawalan tentera Israel sendiri. Adapun serangan di tembok timur Masjid Al-Aqsa melibatkan tentera Israel yang menyerang salah seorang pengawal masjid. Di tengah- tengah sengitnya serangan akibat percubaan 2 orang pendatang untuk menyerang wanita di dalam Masjid Al-Aqsa, tentera- tentera Israel datang dan berpura-pura menahan mereka berdua di luar masjid. Kemudian salah seorang dari mereka dibebaskan sebelum sampai ke balai polis, manakala seorang lagi ditahan sebentar di dalam balai polis sebelum dibebaskan. Sumber: Pusat Berita Palestin + Laman Web “Palestin48” bertarikh 30/6/2015

4 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 72 // 8 July , 2015


Al-Quds Weekly News

GESAAN SUPAYA DIHAPUSKAN AKTA YANG MELARANG PEMBELAJARAN AGAMA DI SEKOLAH

MP Arab dalam The Knesset, Abu I’rar mengutus surat kepada Menteri Pelajaran “Naftali Bennett” menggesa beliau membatalkan akta yang melarang pengajaran agama kepada pelajar- pelajar darjah satu. Satu lagi salinan diberikan kepada Pengarah Jabatan Ilmu Pengetahuan Arab. Abu I’rar dalam suratnya menyatakan keengganan beliau untuk menghapuskan buku-buku teks Pendidikan Islam untuk pelajar-pelajar darjah satu, kerana perkara ini akan menyebabkan kanak-kanak kurang pengetahuan terhadap agama mereka. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 24/6/2015

Issue No 72 // 8 July , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 5


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

KERAJAAN ISRAEL MENGHALAU SEKUMPULAN AKTIVIS- AKTIVIS TURKI DAN MENGHALANG MEREKA DARI MEMASUKI JURUSALEM

Pada hari Jumaat (26/6), sekumpulan aktivis Turki dan wartawan- wartawan mereka yang dalam perjalanan menuju ke Masjid Al-Aqsa untuk menjalankan projek Ramadhan dihalau oleh Pihak Berkuasa Israel selepas ditahan di Lapangan Terbang Lod lebih dari 7 jam. Seorang wartawan Turki, Hamzah Tekin berkata sesungguhnya mereka seramai 9 orang dan ada diantaranya perempuan, telah ditahan untuk disoal siasat di Lapangan Terbang Lod dan kebanyakan soalan berkisar tentang kaitan mereka dengan parti Keadilan dan Pembangunan (AP). Tambahnya lagi, kemudian pegawai-pegawai itu mengeluarkan kepada mereka larangan untuk memasuki Jurusalem dalam tempoh 10 tahun. Ketika mana pihak Israel mengeluarkan larangan memasuki Jurusalem kepada mereka, Duta Turki Mustafa Sarnch bersama Pengarah Urusan “Tikka Enoba” segera menuju ke menuju ke Masjid Al-Aqsa untuk bersama dengan aktivis- aktivis pertubuhan. Pertubuhan kebajikan “Sodaqah Tashi” dan semua aktivis- aktivisnya merupakan pertubuhan yang mengambil berat kebajikan anak- anak yatim dan fakir miskin, dan tiada kena mengena langsung dengan politik. Walaupun mereka dihalang dari memasuki Al-Aqsa, mereka tetap berjaya membahagi- bahagikan 50 helai pakaian kepada anak- anak yatim, mengedarkan 500 bungkusan makanan, dan menyediakan lebih 2000 set makanan untuk berbuka puasa di Masjid Al-Aqsa. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 28/6/2015

6 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 72 // 8 July , 2015


Al-Quds Weekly News

PIHAK BERKUASA ISRAEL MENUBUHKAN PASUKAN KESELAMATAN BARU UNTUK MELINDUNGI PENDATANGPENDATANG ISRAEL DI JURUSALEM

Datuk Bandar Israel “Nir Barkat” dan Ketua Polis Israel di Kota Jurusalem “Moshe (Chico) Edery” telah menyetujui rancangan pembentukan sebuah pasukan keselamatan baru yang dianggotai oleh pegawai polis dan penyiasat untuk memberi perlindungan dan keselamatan kepada pendatang- pendatang di Kota Jurusalem. Laman web berbahasa Ibrani “0404” berkata bahawa penubuhan pasukan ini termasuk dalam pelan strategik keselamatan yang dipersetujui oleh Kerajaan Israel sendiri bersama Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara. Katanya lagi, pada beberapa bulan akan datang pasukan ini akan lengkap dianggotai oleh 50 orang penyiasat dan 50 orang pegawai polis dan mereka akan melakukan puluhan rondaan di seluruh bandar demi menambahkan rasa selamat dalam diri pendatang- pendatang mereka. Menurut laman web itu, pegawai bandaran akan turut menyertai rondaan sebagai langkah awal perlindungan. Antara aktiviti mereka adalah rondaan bandar, menyiasat orang- orang yang disyaki dan memastikan samada mereka melakukan keganasan ataupun tidak. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 30/6/2015

Issue No 72 // 8 July , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 7


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

TAKIYYAH HASEKI SULTAN.. LAMBANG SEJARAH KEPEMURAHAN DI JURUSALEM

Di dalam bangunan Istana milik Kerajaan Mamluki, terletaknya sebuah Takiyyah (kitchen soup @ rumah lindungan untuk orang yang memerlukan) Haseki Sultan –gelaran kepada harem tertinggi Sultan Mamluk- yang dinamakan bersempena namanya. Takiyyah yang masih lagi beroperasi sehingga ke hari ini dibina pada tahun 1552 atas perintah isteri Sultan Sulaiman Al-Qanuni “Roxelana” untuk menjadi tempat memberi makan kepada fakir miskin, penuntut- penuntut ilmu dan pelawat- pelawat yang bermusafir ke Jurusalem dan Masjid AlAqsa. Dalam temubual pihak media CIOBRS bersama Pengerusi Takiyyah Haseki Sultan “Abdullah A’jjaj” beliau berkata bahawasanya takiyyah mereka beroperasi 5 hari seminggu untuk menyediakan makanan kepada penduduk- penduduk di Kota Jurusalem dan bandar- bandar sekitarnya. Adapun sepanjang bulan Ramadhan ini, mereka beroperasi pada setiap hari dan membekalkan makanan berbuka seperti sup, nasi, ayam dan daging kepada kira- kira 117 hingga 150 buah keluarga di Jurusalem. Tambahnya lagi, takiyyah ini pada satu ketika dulu mempunyai tanah wakaf yang digunakan untuk mendapatkan dana bagi menampung semua perbelanjaan yang diperlukan, tetapi kini ianya disumbang oleh Persatuan Bulan Sabit Merah dan juga pendermapenderma lain. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 24/6/2015

8 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 72 // 8 July , 2015


Al-Quds Weekly News

Issue No 72 // 8 July , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 9


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

10 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

29th July, 2013

Issue No 72 // 8 July , 2015


Al-Quds Weekly News

Issue No 72 // 8 July , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG |

11


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.