Alquds in malay issue 73 hi re

Page 1

Al-Quds Weekly News

15 July 2015, Issue no 73

LAPORAN: PENINGKATAN SERANGAN MENSASARKAN ORANG- ORANG ISLAM YANG BERIBADAT DI MASJID ALAQSA PADA BULAN LALU Pusat Media CIOBRS menyediakan laporan baru mengenai serangan- serangan dan perlanggaran- perlanggaran Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekelilingnya pada bulan Jun 2015. Bermula pada awal tahun ini sehinggalah akhir bulan Jun lalu, sebanyak 180 penahanan direkodkan berlaku di Masjid Al-Aqsa, dan kebanyakannya berakhir dengan pengusiran tahanan- tahanan tersebut dari Masjid Al-Aqsa dalam tempoh di antara 2 minggu hingga ke 3 bulan, termasuklah 3 perintah pengusiran dari kota lama kepada 2 orang lelaki dan seorang perempuan dari Jurusalem.

Serangan –serangan ini tetap meningkat walaupun bilangan penyerang berkurang, kira- kira bilangan mereka pada bulan lepas berjumlah 738 orang berbanding bulan Mei yang mencatatkan 1128 orang terlibat. Pengurangan ini disebabkan oleh kedatangan bulan Ramadhan yang mulia dan ramai warga Palestin yang cuba masuk ke AlAqsa untuk beribadat dan beriktikaf di sana. Oleh itu, pihak berkuasa Israel berusaha untuk mengurangkan jumSuasana tegang turut meningkat lah mereka dengan menutup Pintu Mugharabah selepas di Masjid Al-Aqsa pada bulan solat Zohor. lepas disebabkan oleh percubaan berulang kali pihak berkuasa Israel Antara lain yang dicatatkan dalam laporan itu adalah dan pendatang mereka untuk me- serangan 162 orang tentera Israel bersama 57 orang penyerang wanita- wanita di dalam nyiasat- penyiasat mereka, ditambah dengan 243 seranmasjid, sekaligus mendorong pen- gan oleh pelajar- pelajar Universiti Israel dalam bentuk jaga –penjaga masjid dan mereka- kumpulan- kumpulan yang berskala 25 hingga 50 orang mereka yang berada di situ untuk dalam satu kumpulan. Kesemua kes ini dicatatkan berbangun menentang. Tentangan itu laku pada bulan lalu. sebaliknya mengakibatkan mereka Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh ditahan oleh pihak Israel. 2/7/2015 Issue No 73 // 15 July , 2015

Isu minggu ini :

UNESCO: PIHAK PENDATANG ISRAEL MENIMBULKAN ANCAMAN KEPADA WARISSAN ISLAM DI JURUSALEM CUKAI ISRAEL MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA BARANG DAN MENAMBAHKAN BEBAN PENDUDUK JURUSALEM 144 TANGKAPAN DIREKODKAN PADA BULAN JUN DI JURUSALEM KESYAHIDAN SEORANG REMAJA DI KEM PELARIAN QALANDIYA KETIKA CUBA MEMASUKI JURUSALEM UNTUK MENUNAIKAN SOLAT SEORANG BANDUAN JURUSALEM LUMPUH KAKINYA SETELAH DITEMBAK OLEH TENTERA ISRAEL SEORANG BANDUAN JURUSALEM WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 1


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

UNESCO: PIHAK PENDATANG ISRAEL MENIMBULKAN ANCAMAN KEPADA WARISSAN ISLAM DI JURUSALEM

Pertubuhan Antarabangsa UNESCO mengeluarkan kenyataan menyatakan kebimbangannya akibat daripada perubahan- perubahan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Israel pada tapak warisan dan monumen bersejarah Islam di Kota Jurusalem. Menurut kenyataan itu, “Negara Yahudi juga bersalah menceroboh tapak warisan Islam kerana membina rel keretapi ringan itu hanya beberapa meter dari tembok Kota Lama Jurusalem dan mereka (Israel) dituntut supaya memulihkannya kepada keadaan asal. UNESCO juga menyeru Israel agar bekerjasama dengan Kementerian Wakaf Jordan untuk memudahkan kedatangan pakarpakar dari Jordan dengan peralatan yang sesuai untuk berurusan dengan tapak- tapak sejarah Islam. Sebagai tindak balas kepada kenyataan itu, sebuah saluran radio berbahasa Ibrani berkata, sesungguhnya kemarahan kerajaan Israel terhadap kenyataan UNESCO menyebabkan Pengarah di Kementerian Luar Israel “Dore Gold” berkata, “Keputusan ini adalah hipokrit dan tidak realistik”. Katanya lagi, “UNESCO hanya mengambil kira sebelah pihak sahaja dalam membuat keputusan dan mengabaikan kaitan antara bangsa Yahudi dengan sejarah Kota Lama Jurusalem, sehingga hak Israel seakan- akan tidak wujud di mata UNESCO”. Sumber: Pusat Berita Islam bertarikh 7/7/2015

2 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 73 // 15 July , 2015


Al-Quds Weekly News

CUKAI ISRAEL MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA BARANG DAN MENAMBAHKAN BEBAN PENDUDUK JURUSALEM

Penduduk Jurusalem masih mengalami penindasan dalam semua aspek kehidupan mereka akibat dari kekerasan Israel . Bukan sahaja penindasan dari sudut politik yang tidak stabil, tetapi juga penindasan dari sudut ekonomi. Pemilik beberapa buah kedai di Jurusalem “Wadi’ AlHelwani” berkata bahawa sebab peningkatan harga barangan di Jurusalem berpunca daripada polisi Israel yang memonopoli barangan –barangan dan menjualnya kepada peniaga- peniaga Jurusalem dengan harga yang berganda- ganda, manakala peniaga- peniaga itu pula tidak mempunyai stor besar untuk menyimpan stok barangan dalam skala besar, seterusnya mendesak mereka untuk membeli barangan itu daripada Israel dalam skala kecil dan harga yang tinggi, selain terpaksa membayar 6 jenis cukai yang sekaligus meningkatkan lagi harga barangan. AlHelwani juga menjelaskan bahawa mereka tidak mengambil untuk apa- apa atas barangan barangan yang dijual kerana maklum bahawa tujuan kedatangan penduduk Tebing Barat adalah semata –mata untuk menunaikan ibadat di Masjid Al-Aqsa, dan menegaskan bahawa harga barangan di kedai mereka adalah jauh lebih murah berbanding kedai-kedai lain di Jurusalem. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 2/7/2015

Issue No 73 // 15 July , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 3


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

144 TANGKAPAN DIREKODKAN PADA BULAN JUN DI JURUSALEM

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Keluarga Baitul Maqdis, pihak berkuasa Israel dilaporkan telah menjalankan 144 tangkapan pada bulan Jun lalu, dan kebanyakannya tertumpu di sekitar Al-Aqsa serta Bandar Issawiya, manakala bandar- bandar lain juga turut menyaksikan beberapa kes tangkapan dan juga serangan. Tangkapan melibatkan 19 orang perempuan dari Masjid Al-Aqsa, (diantaranya 2 orang yang masih bawah umur), 58 orang remaja bawah umur 18 tahun, 5 orang bawah umur 12 tahun, 67 orang remaja bersama beberapa orang warga tua. Turut direkodkan 83 tangkapan di lapangan dan 61 tangkapan ketika operasi menyerang rumah- rumah. Jawatankuasa itu turut mengesahkan bahawa seramai 21 orang adalah daripada penduduk Kota Lama, 9 orang dari kejiranan As-Sauri, 4 orang dari kejiranan As-Syeikh Jarrah, 6 orang dari kejiranan At-Thur, 26 orang dari bandar Issawiya, 18 orang dari Beit Hanina, 4 orang dari Bukit Scopus, 10 orang dari Ra’s Al-A’mud, 17 orang dari bandar Silwan, 2 orang dari Wadi Al-Joz, 2 orang dari Sur Baher, dan 21 orang lagi dari beberapa kawasan berbeza- beza yang datang untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa. Laporan tersebut turut melaporkan bahawa tahanan termuda sepanjang bulan lalu adalah seorang kanak- kanak berumur 9 tahun bernama Ahmad Jasim Ash-Shubki, namun dibebaskan setelah disoal siasat. Dalam kes lain, Pusat Maklumat Wadi Hulwah melaporkan pengusiran 22 orang warga Palestin dari Masjid Al-Aqsa sepanjang bulan Jun lalu dengan tempoh pengusiran kira 15 hari hingga 4 bulan, dan diantara mereka adalah 14 orang wanita. Adapun pihak berkuasa Israel, seperti biasa meneruskan operasi perobohan dan penggalian di Jurusalem. Sebanyak 3 buah rumah yang dalam pembinaan di bandar Silwan dan Jalan Solahuddin telah dirobohkan dengan dakwaan tidak mendapat permit. Manakala penggalian yang direkodkan pula berlaku di kawasan pertanian di perkampungan Issawiya dengan tanah seluas 8 ekar diratakan, sekaligus merosakkan ladang-ladang dan infrastruktur di kawasan itu. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 3/7/2015

4 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 73 // 15 July , 2015


Al-Quds Weekly News

KESYAHIDAN SEORANG REMAJA DI KEM PELARIAN QALANDIYA KETIKA CUBA MEMASUKI JURUSALEM UNTUK MENUNAIKAN SOLAT

Sumber dari pakar-pakar perubatan pada pagi Jumaat (3/7) mengumumkan kesyahidan Muhammad Hani Al-Kasbeh (17 tahun) daripada Kem Pelarian Qalandiya, akibat dari tembakan yang dilepaskan oleh polis Israel ke arahnya. Kejadian itu berlaku ketika dia cuba memasuki Jurusalem untuk menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa. Menurut sumber, pihak polis Israel telah membunuhnya dengan melepaskan tembakan ketika dia cuba memanjat tembok untuk sampai ke Kota Jurusalem. Kejadian itu mengundang kutukan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang mana penyelaras “Proses perdamaian di Timur Tengah”, Nikolai Mladenov. Katanya, “Saya mengutuk tembakan maut yang dilepaskan polis Israel ke atas remaja Palestin yang hanya berusia 17 tahun yang didakwa melempar batu ke arah mereka”. Beliau turut melahirkan kebimbangannya jika kejadian seperti ini berterusan di Tebing Barat dan Timur Jurusalem, dan menyeru agar keganasan ini ditamatkan secepat mungkin seterusnya kembali kepada rundingan yang membawa kepada penyelesaian masalah sekaligus menubuhkan negara Palestin yang merdeka. Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 3/7/2015 Issue No 73 // 15 July , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 5


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

SEORANG BANDUAN JURUSALEM LUMPUH KAKINYA SETELAH DITEMBAK OLEH TENTERA ISRAEL SEORANG BANDUAN JURUSALEM

Seorang banduan Jurusalem, Hasan Abu Rumailah (21 tahun) telah menjalani beberapa siri pembedahan akibat ditembak oleh tentera Israel di pusat tahanan di Qalandiya di utara Jurusalem pada akhir bulan Jun lalu. Keluarga Abu Rumailah mengesahkan bahawa kecederaan itu mengakibatkan salah satu paru-parunya terhenti selain mengakibatkan lumbuh di sebelah kakinya disebabkan kecederaan saraf tunjang. Tembakan itu dilepaskan oleh tentera Israel di pusat tahanan Qalandiya setelah mereka mendakwa dia berjalan menghampiri mereka sambil melaungkan takbir “Allah Akbar”. Tambahnya lagi, “Dia masih tidak sedarkan diri dan tahap kesihatannya semakin merosot”, sambil menerangkan bahawa dia masih dalam tahanan malah dirawat di hospital dalam keadaan kedua kakinya terikat. Sumber: Laman Web “Palestin48” bertarikh 7/6/2015

6 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 73 // 15 July , 2015


Al-Quds Weekly News

CADANGAN ISRAEL UNTUK MENGHAPUSKAN ISRAEL DARI NEGARA MEREKA SELAMA -LAMANYA

Datuk Bandar Israel “Nir Barkat” dan Ketua Polis Israel di Kota Jurusalem “Moshe (Chico) Edery” telah menyetujui rancangan pembentukan sebuah pasukan keselamatan baru yang dianggotai oleh pegawai polis dan penyiasat untuk memberi perlindungan dan keselamatan kepada pendatang- pendatang di Kota Jurusalem. Laman web berbahasa Ibrani “0404” berkata bahawa penubuhan pasukan ini termasuk dalam pelan strategik keselamatan yang dipersetujui oleh Kerajaan Israel sendiri bersama Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara. Katanya lagi, pada beberapa bulan akan datang pasukan ini akan lengkap dianggotai oleh 50 orang penyiasat dan 50 orang pegawai polis dan mereka akan melakukan puluhan rondaan di seluruh bandar demi menambahkan rasa selamat dalam diri pendatang- pendatang mereka. Menurut laman web itu, pegawai bandaran akan turut menyertai rondaan sebagai langkah awal perlindungan. Antara aktiviti mereka adalah rondaan bandar, menyiasat orang- orang yang disyaki dan memastikan samada mereka melakukan keganasan ataupun tidak. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 30/6/2015

Issue No 73 // 15 July , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 7


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

TAKIYYAH HASEKI SULTAN.. LAMBANG SEJARAH KEPEMURAHAN DI JURUSALEM

Akhbar mingguan berbahasa Ibrani “Kol Ha’ir”, pada hari Sabtu (4/7) melaporkan bahawa “Jawatankuasa Tempatan Bagi Perancangan Dan Pembangunan” di Jurusalem pada minggu lalu telah meluluskan projek keretapi ringan yang akan menghubungkan kawasan- kawasan penempatan di Jurusalem. Akhbar tersebut menjelaskan bahawa landasan baru ini akan digunakan untuk menghubungkan kawasan “Gilo” di kawasan “Bukit Scopus” berdekatan dengan Bukit Zaitun di Jurusalem, yang jaraknya lebih kurang 19.6 kilometer, dan memindahkan kira- kira 145 penumpang pada setiap hari. Menurut akhbar itu lagi, landasan keretapi baru ini berkemungkinan akan berhubung dengan landasan keretapi merah berukuran 13.8 kilometer, bermula dari Bukit Herzi dan berakhir di penempatan “Pisgat Ze’ev” di Stesen Bangunan Negara. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 7/4/2015

8 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 73 // 15 July , 2015


Al-Quds Weekly News

PIHAK BERKUASA ISRAEL MERAMPAS 700 EKAR TANAH UNTUK MEMBINA TAMAN YAHUDI Sumber berita Hebrew mendedahkan bahawa Datuk Bandar Israel “Nir Barakat” memerintahkan agar merampas 700 ekar tanah di lereng Bukit Scopus yang terletak diantara 2 bandar, iaitu bandar Issawiya dan bandar At-Tur di bahagian utara Jurusalem. Rampasan itu dibuat dengan tujuan membina “Taman Negara Yahudi”.

Issue No 73 // 15 July , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 9


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

10 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

29th July, 2013

Issue No 73 // 15 July , 2015


Al-Quds Weekly News

Issue No 73 // 15 July , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG |

11


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

12 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

29th July, 2013

Issue No 73 // 15 July , 2015


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.