Alquds in malay issue 75 hi re

Page 1

Al-Quds Weekly News

23 August 2015, Issue no 75

ISRAEL MENYITA TANAH BERSEBELAHAN DENGAN TEMBOK MASJID AL-AQSA

Isu minggu ini :

RANTAIAN MANUSIA...DIBINA OLEH KANAK- KANAK PALESTIN BAGI MENGHALANG PENCEROBOHAN TERHADAP AL-AQSA Pagi Ahad (16/8) menyaksikan sekumpulan tentera Israel menyita tanah milik keluarga AlHusaini yang bersebelahan dengan tembok Masjid Al-Aqsa. Menurut sumber dari Jabatan Wakaf Islam di Al-Quds, Firas Ad-Dabbas, keluasan tanah itu adalah kira- kira 5 ekar dan terletak di kaki bukit bersebelahan dengan Masjid Al-Aqsa, dan mereka sedang berurusan dengan beberapa pihak berkenaan untuk mendapatkan tanah itu kembali. Dilaporkan terdapat banyak kes- kes seumpama itu berlaku sejak akhir- akhir ini disebabkan oleh projek pengyahudian Israel di Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama Jurusalem, diantaranya pembinaan kafe dan pub berdekatan kawasan perkuburan Islam “Makmanillah” dan juga sebuah gereja bernama “Permata Israel” berdekatan dengan Buraq Square. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 16/8/2015 Issue No 74 // 23 August , 2015

WARGA PALESTIN BERHIMPUN DI HADAPAN KONSUL BRITAIN UNTUK MEMBANTAH AKTA TAHANAN PENTADBIRAN PROJEK PENEMPATAN BARU YAHUDI DI BANDAR SILWAN ISRAEL MENYAMBUNG KEMBALI PEMBINAAN KAWASAN PENEMPATAN DI JURUSALEM DAN TEBING BARAT MUFTI BESAR PALESTIN MENGUTUK KEBENARAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN ISRAEL UNTUK MEMBINA GEREJA YAHUDI DI JURUSALEM WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 1


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

RANTAIAN MANUSIA...DIBINA OLEH KANAK- KANAK PALESTIN BAGI MENGHALANG PENCEROBOHAN TERHADAP AL-AQSA Seramai puluhan kanak- kanak yang menyertai Kem Musim Panas di Masjid Al-Aqsa, pada pagi Rabu (12/8) berjaya menghalang pencerobohan pendatang- pendatang Israel dengan melakukan rantaian manusia yang dijadikan tembok bagi menghalang kemaraan mereka. Perbuatan ini menyebabkan pendatang- pendatang itu berpatah balik sebelum menyempurnakan misi mereka. Kanak- kanak itu juga berjaya masuk ke Masjid Al-Aqsa pagi itu walaupun dihalang oleh tentera Israel yang membuat sekatan selama 3 hari berturut- turut. Setakat ini telah ramai orang yang dihalang oleh tentera Israel dari memasuki Al-Aqsa (kebanyakannya ialah wanita), sekaligus membuktikan bahawa mereka kini cuba mengawal laluan keluar masuk masjid. Pada pagi Khamis (13/8) pula terdapat pertelingkahan yang berlaku di pintu Masjid Al-Aqsa angkara serangan 30 orang pendatang Israel diketuai oleh Rabbi Yisrael Ariel, namun berjaya dihalang oleh sekumpulan pejuang- pejuang masjid dan kanak- kanak. Dalam kes lain seramai 20 orang wanita ditegah dari memasuki masjid yang mana mereka itu meru-

2 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

pakan orang- orang yang pernah diusir dari Al-Aqsa sebelum ini. Satu kejadian lain pula merekodkan keberhasilan seorang pengawal masjid dalam menahan perempuan Yahudi yang menyamar sebagai muslimah ketika cuba memasuki Al-Aqsa melalui Pintu An-Nazir. Rabbi Yisrael yang mengetuai serangan ke atas Al-Aqsa merupakan salah seorang dari rabbi- rabbi besar “Zionis Agama”, salah seorang anggota Pertubuhan Sanhedrin dan pengasas Organisasi Haikal yang ketiga merangkap pengerusinya sekarang. Sekumpulan pendatang Israel yang digelar “Pemegang Amanah Haikal” berjumlah 80 orang Yahudi telah menyerang lapangan Masjid Al-Aqsa pada pagi Ahad (16/8) dibawah pengawasan rapi tentera Israel. Adapun, kanak –kanak dan pejuang- pejuang masjid bertindak menghalang mereka dari menaiki Kubah Batu dan mengambil gambar di sisinya. Terdapat juga sebahagian pendatang yang mencela Nabi Muhammad S.A.W ketika keluar dari Pintu Silsilah setelah menyerang Masjid Al-Aqsa, dan kemudiannya dipukul oleh pejuang masjid, namun terhenti dengan masuk campur tentera Israel yang cuba menyelamatkan mereka. Sumber: Laman Web “Palestin48” + Pusat Berita Palestin + Akhbar Al-Quds bertarikh 18/8/2015

Issue No 74 // 23 August , 2015


Al-Quds Weekly News

WARGA PALESTIN BERHIMPUN DI HADAPAN KONSUL BRITAIN UNTUK MEMBANTAH AKTA TAHANAN PENTADBIRAN

Sekumpulan pemuda warganegara Palestin didapati berkumpul di hadapan konsul Britain di Kejiranan Syeikh Jarrah, Jurusalem pada petang Jumaat (14/8) untuk membantah akta tahanan pentadbiran. Pemuda –pemuda itu dalam surat mereka kepada pihak konsul mengatakan bahawa mereka mengadakan demo itu di hadapan konsul Britain kerana mereka adalah yang bertanggungjawab meluluskan akta itu ketika menguasai Palestin. Kumpulan itu juga meminta daripada rakyat Britain dan ahli- ahli parlimennya juga sahabat- sahabat kepada rakyat Palestin agar sama- sama memberi tekanan ke atas kerajaan Israel agar dapat membebaskan tawanan mereka Muhammad A’lan. Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 14/8/2015

Issue No 74 // 23 August , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 3


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

PROJEK PENEMPATAN BARU YAHUDI DI BANDAR SILWAN

Seorang pengkaji Ahmad Sobb Laban berkata bahawasanya pelan yang dikemukakan oleh sebuah pertubuhan Israel “Ateret Cohanim” kepada Jawatankuasa Tempatan untuk Perancangan Dan Pembinaan Israel adalah bertujuan mendapatkan lesen bagi membina bangunan penempatan baru di Kejiranan “Batnul Hawa” berdekatan dengan kawasan penempatan “Beit Yuntan” yang didirikan pada tahun 2004. Pertubuhan ini juga menjadi tulang belakang dalam pembinaan 71 buah penempatan di Kota Lama Jurusalem sejak kota itu dijajah pada tahun 1967. Pertubuhan Ateret Cohanim telah mengemukakan permohonan khas bagi mendapatkan lesen untuk membina bangunan penempatan yang mengandungi 3 unit rumah dan setiap satunya memiliki 4 buah bilik, selain untuk membesarkan jalan raya yang terletak di kawasan “Beit Yuntan” dan projek perumahan baru berhampiran kawasan tersebut. Sobb Laban berkata bahawa pertubuhan Ateret Cohanim sepanjang tahun lalu telah berjaya memiliki 2 buah bangunan dan sebidang tanah yang mengandungi 10 unit penempatan di kejiranan “Batnul Hawa”, dan 3 unit rumah setelah menghalau keluarga Abu Naab daripadanya dengan alasan rumah itu merupakan milik gereja Yahudi sejak tahun 1948. Mereka juga mendakwa yang mereka memiliki kuasa mutlak daripada pihak Kerajaan Israel. Tambahnya lagi, ketamakan pertubuhan “Ateret Cohanim” tidak terhenti di situ bahkan akan terus memberi notis pemindahan kepada ramai lagi keluarga Palestin di kawasan itu sehinggalah berjaya menguasai 100 penempatan yang kini didiami oleh 1300 keluarga Palestin. Buktinya, sehingga hari ini sebanyak 9 notis telah diberikan kepada 9 buah keluarga. Sumber: Akhbar Al-Quds bertarikh 12/8/2015

4 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 74 // 23 August , 2015


Al-Quds Weekly News

ISRAEL MENYAMBUNG KEMBALI PEMBINAAN KAWASAN PENEMPATAN DI JURUSALEM DAN TEBING BARAT

Akhbar mingguan berbahasa Ibrani “Kol Ha’ir” melaporkan bahawa syarikat Novi Israel telah memulakan pembinaan projek perumahan di daerah Ramat, kawasan Givat Ze’ev. Ia merupakan projek pembinaan melibatkan 370 unit penempatan yang dibahagikan kepada beberapa bahagian. Iaitu, 130 unit rumah di kawasan berbeza yang keluasannya diantara 250 hingga 450 meter kaki persegi dan 13 apartmen 10 tingkat yang mengandungi 270 unit rumah. Kos projek ini dijangka mencapai 750 juta syikal termasuk kos pembangunan, namun sebanyak 230 unit telah pun dijual sebelum pembinaannya bermula. Di tempat lain pula, syarikat EURO telah mengumumkan tamatnya projek perumahan “Pisgat Euro” dan telah disambung pula dengan projek perumahan 12 vila mewah di Pisgat Zee’v, Utara Jurusalem. Syarikat itu juga berjaya mendapatkan lesen untuk membina 122 unit rumah yang setiap satunya memiliki 4 hingga 5 buah bilik. Syarikat itu dikenali sebagai pemaju perumahan di Jurusalem sejak tahun 2000, dan kini dalam proses menyiapkan 3 projek baru, Euro Gold di Har Roma (122 unit penempatan), Euro Pisgat Ze’ev (24 unit penempatan), Euro Nabi Yaakub (78 unit penempatan), projek pembinaan 32 unit penempatan di kawasan Ariel dan 96 unit penempatan di kawasan Modi’in. Syarikat Tserfata Shimon telah membeli sebidang tanah berkeluasan 7 ekar di kawasan “Pisgat Ze’ev” dengan harga 50 juta syikal untuk membina 160 unit perumahan, dan juga mendapatkan lesen untuk membina 92 unit penempatan sekaligus menjadikan bilangan rumah yang akan dibina oleh syarikat itu berjumlah 252 unit. Pembinaan itu dijangka akan bermula kira- kira 2 bulan lagi. Selain itu, termasuk dalam rangka projek mereka ialah sebuah taman di “Modi’in”yang mengandungi 72 unit penempatan dalam 12 buah bangunan 4 tingkat, dengan setiap tingkat mempunyai 2 unit rumah. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 15/8/2015 Issue No 74 // 23 August , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 5


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

MUFTI BESAR PALESTIN MENGUTUK KEBENARAN YANG DIBERIKAN KERAJAAN ISRAEL UNTUK MEMBINA GEREJA YAHUDI DI JURUSALEM

Mufti Besar Jurusalem dan Daerah- Daerah Palestin yang juga khatib Masjid Al-Aqsa, Syeikh Muhammad Husain mengutuk kebenaran yang diberikan untuk membina sebuah gereja baru nyang diberi nama “Permata Kerajaan Yahudi” yang terletak kira- kira 200 meter dari bahagian barat Masjid Al-Aqsa, di Lorong As-Syaraf yang dikuasai oleh Yahudi dan dijadikan kawasan penempatan mereka sejak tahun 1967. Syeikh Husain juga memberi amaran tentang bahaya pengepungan Masjid Al-Aqsa dengan pelbagai gereja dan rumah ibadat Taurat, diantaranya gereja “Al-Kharab”. Kesemua ini dilakukan oleh Israel bertujuan untuk mengyahudikan Masjid Al-Aqsa dan Jurusalem keseluruhannya, dan dalam masa yang sama menghapuskan semua kesan- kesan sejarah Islam dan Arab di Kota Jurusalem khasnya dan Palestin umumnya. Justeru itu, beliau merayu negara- negara Arab dan Islam untuk menggembleng tenaga dan memikirkan cara untuk menghalang penguasaan Israel dan perancangan- perancangan mereka untuk merosakkan Kota Suci Jurusalem sekaligus menangkis ancaman terhadap Masjid Al-Aqsa, Kota Jurusalem dan isu Palestin keseluruhannya. Beliau turut menyeru pencinta- pencinta kedamaian agar samasama membantu menghadapi permusuhan dan keganasan yang diamalkan Israel terhadap rakyat Palestin dan negara mereka. Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 12/8/2015

6 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 74 // 23 August , 2015


Al-Quds Weekly News

HANIYYEH: KAMI AKAN MEMOTONG TANGAN- TANGAN KOTOR YANG MENYERANG AL-AQSA

Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyyeh pada petang Khamis (13/8) berkata: “Sesungguhnya rakyat kami tidak akan berdiam diri dengan serangan- serangan pendatang- pendatang Israel di Tebing Barat dan menegaskan mereka dengan pastinya akan memotong tangan- tangan berdosa itu”. Beliau dalam kata- katanya memberikan penghormatan kepada penduduk Tebing Barat, katanya: “Terdapat beberapa orang yang cuba menyembunyikan fakta- fakta kebenaran dan mengubah identiti asal Arab tetapi kami akan sentiasa menempuhi rintangan dan halangan itu. Buktinya, perjuangan anak- anak muda di Tebing Barat dengan pelbagai operasi mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa semangat jihad terus mengalir dalam jiwa- jiwa mereka. Beliau menganggap setiap operasi itu membuktikan yang ruh pejuang sentiasa mengalir dalam jasad setiap warga Palestin, sambil menegaskan bahawa perjuangan dan darah mereka itu tidak sia- sia dan mereka tidak akan sesekali berdiam diri di hadapan serangan- serangan para pendatang Israel yang membakar rumah- rumah mereka di Tebing Barat. Dan beliau berkata: “Kami adalah satu bangsa yang bersatu dan akan berusaha mencapai kebebasan juga kemerdekaan, dan kami tidak akan mensia- siakan darah dan penderitaan rakyat kami, apatah lagi berdiam diri di hadapan serangan- serangan Yahudi”. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 13/8/2015

Issue No 74 // 23 August , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 7


Al-Quds Weekly News

29th July, 2013

Issue No : 54

FORUM AL-QUDS UNTUK BELIA EROPAH DITERUSKAN DI SEPANYOL

Persidangan Al-Quds untuk belia Eropah diteruskan lagi di bandar Valencia dengan penyertaan puluhan remaja lelaki dan perempuan yang datang dari seluruh benua Eropah. Persidangan itu dirasmikan pada petang Jumaat (14/8) oleh pemimpin Himpunan Pemuda “Yahya Abid�. Turut serta dalam persidangan itu beberapa orang ikon dan profesional dalam bidang masing- masing daripada negara- negara Eropah dan juga Arab. Dr. Abidah Al-Mudallal, pemimpin Himpunan Belia Palestin di Eropah berkata, sesungguhnya tujuan utama mereka menganjurkan persidangan itu adalah untuk mengadakan sesi dialog belia dan akhirnya memberi kefahaman yang jelas kepada para belia di Eropah tentang isu Palestin. Persidangan itu turut diselitkan dengan beberapa aktiviti berkaitan isu- isu Palestin sepanjang tahun lalu dan akan berterusan sehingga hari Rabu depan. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 16/8/2015 8 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 74 // 23 August , 2015


Al-Quds Weekly News

PERSIDANGAN PENDIDIKAN MENCADANGKAN KEPERLUAN MENYOKONG DAN MEMBANGUNKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN BERKUALITI DI SEKOLAH – SEKOLAH JURUSALEM

Peserta- peserta yang menyertai “Persidangan Pembangunan Pendidikan” yang diadakan di bandar AlBira pada Ahad (16/8) berkongsi pengalaman tentang cara- cara berkesan dalam menambahbaik persekitaran pembelajaran di Jurusalem, apatah lagi dengan apa yang dialami oleh mereka disebabkan proses pengyahudian dan sekatan- sekatan tertentu yang dikenakan oleh Kerajaan Israel. Persidangan ini turut disokong oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) dengan pelaksanaan dari AMIDEAST. Menteri Pelajaran Dan Pendidikan Tinggi Palestin, Sabri Saydam berkata: “Program ini sebenarnya telah berjalan sejak beberapa tahun lalu dan berperanan meningkatkan komunikasi antara guru dan pelajar semasa proses pembelajaran. Antara tujuan lain pula adalah untuk menyumbang kepada penambahbaikan dan menguatkan para pelajar dalam menghadapi serangan dari Israel. Sementara itu, Pengarah Pendidikan dan Pembelajaran berkata, sesungguhnya Jurusalem berada dalam keadaan dan situasi yang sukar, kira- kira dibahagikan kawasan mereka oleh 5 tembok pemisah, pemeriksaan tentera, dan 29 kawasan penempatan Israel yang didirikan di atas tanah milik penduduk Palestin selain gangguan- gangguan dan tekanan- tekanan lainnya. Malah, ada diantara sekolah yang dilarang untuk didirikan dan sebahagian lainnya diancam untuk dirobohkan. Program- program pembangunan kepimpinan dan guru- guru yang dimulakan pada tahun 2012 dan dijangka berakhir pada tahun 2016 ini melibatkan penyertaan semua pengetua- pengetua sekolah di Tebing Barat, dan dilaksanakan di 300 buah sekolah, termasuklah penyediaan liputan internet, komputer dan penambaikan makmal –makmal dan padang- padang bola. Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa” bertarikh 16/8/2015

Issue No 74 // 23 August , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 9


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

40 KELUARGA PALESTIN DIANCAM UNTUK DIUSIR DARI BANDAR SILWAN DEMI MEMBERI LALUAN KEPADA PROJEK PEMBINAAN PENEMPATAN BARU YAHUDI

Menteri Dalam Negeri Jurusalem “Adnan Al-Husaini” dan penasihat di Pejabat Presiden “Peguam Ahmad Ar-Ruwaydhi” berjumpa dengan 40 buah keluarga yang diancam untuk diusir dan dirobohkan rumah- rumah mereka di kejiranan “Batnul Hawa” di bandar Silwan untuk memberi laluan kepada projek pembinaan penempatan Yahudi. Ar-Ruwaydhi berkata: “Kami menyaksikan percubaan- percubaan Israel melalui mahkamahmahkamahnya untuk mengosongkan keseluruhan Kota Jurusalem . Alasan yang digunakan biasanya adalah undang-undang, walhal tujuan utamanya adalah mempercepatkan pengosongan daripada penduduk asalnya, seterusnya pada masa hadapan menafikan fakta bahawa Jurusalem itu merupakan ibu negara Palestin.” Tegasnya lagi, kegiatan- kegiatan Israel ini tertumpu pada beberapa kawasan seperti kejiranan Syeikh Jarrah, kejiranan Al-Bustan di Silwan, Kota Lama, Wadi Helwah, dan Batnul Hawa juga di Silwan. Yang mana Israel mengatakan bahawa kawasankawasan kejiranan itu adalah milik mereka, sedangkan dokumen yang digunakan oleh mereka adalah palsu namun mendapat pengesahan dari mahkamah mereka. 10 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Beliau menyambung, bahawasanya selepas meneliti semula dokumen- dokumen yang diguna pakai pihak Yahudi beliau mendapati terdapat kecacatan pada undang- undang mereka, tetapi mahkamah tidak memberikan kesempatan langsung kepada penduduk Palestin untuk menunjukkan dokumen yang mengesahkan status pemilikan mereka, malah sebahagian dari mereka telah menetap di situ selama lebih 80 tahun. Seorang aktivis, Solah Al-Khawaja menegaskan bahawa Israel kini sedang mengejar masa untuk melaksanakan sebanyak mungkin projek perumahan di Jurusalem sejak akhir- akhir ini. Menurut laporan perancangan mereka, mereka telah menyempurnakan pembinaan 280 unit rumah di Tebing Barat pada suku pertama 2014, dan pada suku pertama 2015 sebanyak 580 unit rumah berjaya disiapkan. Perkara ini jelas menafikan apa yang didakwa oleh Perdana Menteri mereka “Benjamin Netanyahu” yang mengatakan mereka telah mengurangkan gerak kerja mereka sejak pembentukan kerajaan baru. Begitu juga dengan berita yang mengkhabarkan pembekuan gerak kerja Israel. Tidak lain tidak bukan ianya sengaja direka untuk menipu orang ramai dan penasihat antarabangsa yang baru- baru ini mengusulkan cadangan untuk memulaukan negara Israel. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 17/8/2015

Issue No 74 // 23 August , 2015


Al-Quds Weekly News

Issue No 74 // 23 August , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG |

11


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

12 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

29th July, 2013

Issue No 74 // 23 August , 2015


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.