Alquds in malay issue 86 hi re

Page 1

Al-Quds Weekly News

31 MAR 2016, Issue no 86

SYEIKH SOLAH: KAMERA CCTV MILIK KEMENTERIAN WAKAF JORDAN AKAN BERTUKAR MENJADI MATA-MATA ISRAEL

Isu minggu ini :

Pengerusi Gerakan Islam di Bumi Terjajah sejak tahun 48, Syeikh Raed Solah memberi peringatan berkenaan isu kamera CCTV yang akan dipasang di Masjid Al-Aqsa. Beliau meluahkan kebimbangan bahawa kamera itu akan menjadi mata-mata Israel, dan menggesa Kementerian Wakaf Jordan supaya memikirkan semula rasional pemasangan itu. Syeikh Solah berkata: “Pada pendapatku, pemasangan kamera CCTV di Al-Aqsa akan menjadi satu usaha baik jika penguasaan ke atasnya adalah milik Kementerian Wakaf sepenuhnya, tetapi apa yang membimbangkan adalah campur tangan Israel ke atasnya sekaligus akan mengubah kamera- kamera itu menjadi mata-mata Israel dalam usahanya menguasai Al-Aqsa. Mereka akan menggunakannya dalam mengintip dan memerhatikan setiap tindak- tanduk setiap penduduk Palestin sepanjang mereka berada di dalam masjid. Bahkan yang paling merisaukan adalah ianya akan dijadikan bahan bukti bagi mendakwa penduduk Palestin, menangkap, memenjarakan dan mengusir mereka. Israel juga mungkin akan menggunakannya untuk mendakwa dan memerangi penjaga- penjaga Masjid Al-Aqsa dengan mempergunakan rakaman- rakaman yang diambil dari kamera itu.”

kamera CCTV berikut hanya akan menguntungkan Israel.

Peguam Khalid Zabarqah berkata: “pemasangan kamera CCTV di AlAqsa akan memberi keistimewaan kepada Israel untuk mengawal segala aktiviti dalam masjid, bahkan memberi mesej kepada pendatangpendatang Israel bahawa mereka boleh datang menceroboh Al-Aqsa pada bila- bila masa tanpa rasa takut kerana pengawalan masjid adalah sepenuhnya pada mereka dan mereka mempunyai kuasa untuk mengakses bilik kawalan. Justeru, Manakala Syeikh Ikramah Sobri, Pengerusi Hal pemasangannya hanya akan memEhwal Tertinggi Islam di Jurusalem turut ber- bantu Israel dalam proses penguasetuju dengan kenyataan bahawa pemasangan saan mereka ke atas Al-Aqsa.” Issue No 86 // 31 MAR , 2016

MAJLIS HAL EHWAL ISLAM TERTINGGI MENOLAK PERCUBAAN LARANGAN AZAN DI JURUSALEM DAN MASJID- MASJID SEKITARNYA KECAMAN ANTARABANGSA TERHADAP PENDATANG- PENDATANG YAHUDI DI ISRAEL DONALD TRUMP: “JIKA SAYA MENANG PILIHANRAYA, SAYA AKAN MENGIKTIRAF JURUSALEM SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL”

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 1


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

DONALD TRUMP: “JIKA SAYA MENANG PILIHANRAYA, SAYA AKAN MENGIKTIRAF JURUSALEM SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL”

Calon Presiden Parti Republikan, Donald Trump, mengumumkan bahawa jika beliau terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat, beliau akan mengiktiraf Jurusalem sebagai ibu negara Israel dan kedutaan Amerika Syarikat akan dipindahkan dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis. Trump menegaskan bahawa tiada siapa yang lebih dekat dengan kerajaan Yahudi selain beliau, dan beliau akan menjaga kerajaan Yahudi sebaiknya, sambil menyeru kepada perjanjian antara Israel dan Palestin menuju keamanan kedua- dua negara.

2 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 86 // 31 MAR , 2016


Al-Quds Weekly News

MANTAN PENGERUSI SHIN BET: PENYELESAIAN POLITIK BERSAMA PALESTIN MESTI DILAKUKAN Yuval Diskin, mantan pengerusi Pasukan Keamanan Israel “Shin Bet”, pada petang Jumaat (18/3) berkata bahawa penyelesaian politik hendaklah dilakukan bersama Palestin untuk menghentikan gelombang kebangkitan rakyat Palestin. Beliau dalam wawancaranya di saluran 2 televisyen Yahudi menambah bahawa apa yang berlaku sekarang bukanlah perkara yang menghairankan, bahkan ianya akan berterusan, meningkat dan berkembang rentetan kekecewaan perasaan ratusan ribu pemuda- pemuda Palestin terhadap realiti politik dan ekonomi semasa. Beliau percaya bahawa perubahan keadaan itu ke arah yang lebih baik akan memberi harapan terhadap rakyat sekaligus menghentikan gelombang kebangkitan dan mencipta keamanan antara 2 negara.

KERAJAAN ISRAEL MEMBAWA MASUK BEBERAPA ORANG YAHUDI YAMAN KE PALESTIN MELALUI OPERASI RAHSIA Saluran 2 televisyen Yahudi melaporkan bahawa kerajaan Israel berjaya membawa masuk 17 orang Yahudi Yaman melalui operasi rahsia yang dijalankan dengan kerjasama “Agensi Yahudi” dan Kementerian Luar Amerika Syarikat. Saluran televisyen mendedahkan operasi itu dijalankan secara sulit untuk mencari yahudi- yahudi yang masih tinggal di Yaman dan dibawa masuk ke Palestin. Nama mereka- mereka yang berjaya dibawa masuk akan direkodkan oleh “Agensi Yahudi” yang berusaha keras menjalankan operasi itu sepanjang tahun. Operasi itu bukan sahaja khusus untuk mencari penduduk- penduduk Yahudi di Yaman, bahkan turut mencari dan taranya ialah manuskrip yang dibawa masuk bersama Rabbi Yahudi Sulaiman menyeludup masuk manuskrip- Dahiri yang datang bersama ibu bapa dan keluarganya. Manuskrip itu didakwa manuskrip lama dari Yaman, dian- merupakan salinan Taurat yang ditulis di atas kulit haiwan 800 tahun dahulu. Issue No 86 // 31 MAR , 2016

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 3


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

KECAMAN ANTARABANGSA TERHADAP PENDATANGPENDATANG YAHUDI DI ISRAEL

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon, menyeru Kerajaan Israel supaya menarik balik pengumuman mereka terhadap pemilikan sebahagian besar tanah di Yerikho sebagai hak negara Israel. Beliau berkata: “ Perkara ini akan menghalang penyelesaian kedua- dua negara�. Beliau turut menganggap pengumuman itu sebagai bukti penjajahan melampau mereka dan ianya adalah salah di sudut undang- undang antarabangsa. Jurucakap rasmi Kementerian Luar Amerika Syarikat, John Kirby, berkata bahawa kerajaannya sedar akan rampasan 2342 ekar tanah Yerikho, dan pada pendapat kami ianya merupakan langkah akhir Israel dalam proses rampasan tanah Palestin dan meluaskan kawasan penjajahan dan menambah kawasan penempatan mereka. Kami menentang keras tindakan mereka ini yang akan menghalang kepada penyelesaian 2 negara, dan ianya menimbulkan persoalan apakah sebenarnya niat jangka panjang Israel, bahkan salah di sudut undang- undang. Kementerian Luar Perancis turut mendedahkan kebimbangan mereka terhadap keputusan mahkamah Israel berkenaan rampasan sebahagian besar tanah di kawasan Yerikho di Tebing Barat, Palestin. Jurucakapnya, Romain Nadal, berkata bahawasanya Israel telah melanggar undang- undang Antarabangsa dan melanggar perjanjian mereka sendiri untuk memperbaiki hubungan kedua- dua negara. Kementerian Luar Britain mengutuk keputusan Israel berkenaan hal itu dan melalui jurucakapnya menegaskan bahawa langkah Israel itu merupakan bahaya yang jelas merosakkan peluang- peluang keamanan dua- dua negara yang semakin berkurang. Begitu juga dengan Kerajaan Portugal yang pada hari Ahad (18/3) melahirkan kekesalan mereka terhadap keputusan Israel itu dan menganggap ianya merupakan batu penghalang kepada penyelesaian kedua- dua negara sekaligus menutup satu- satunya cara mengekalkan keamanan dan kestabilan rantau itu. Kerajaan Portugal turut menggesa Israel supaya mempertimbangkan semula keputusan mereka dan menekankan keperluan kedua- dua pihak untuk kembali ke meja rundingan.

4 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 86 // 31 MAR , 2016


Al-Quds Weekly News

MAJLIS HAL EHWAL ISLAM TERTINGGI MENOLAK PERCUBAAN LARANGAN AZAN DI JURUSALEM DAN MASJID- MASJID SEKITARNYA

Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di bawah Hal Ehwal Palestin, Samir Bakr Diab, berkata bahawasanya sidang kemuncak OIC tergempar akan diadakan di Jakarta pada 6-7 Mac untuk membincangkan mengenai kedegilan Israel dan perlanggaran hak secara berterusan yang berlaku di tempat- tempat suci Islam di Jurusalem. Persidangan itu bertujuan untuk membincangkan langkah mengembalikan isu Palestin di mata dunia. Bakar menegaskan yang persidangan ini akan berusaha merekrut tenaga dan sumber- sumber yang ada untuk mengukuhkan kedudukan OIC di mata antarabangsa sebagai sebuah badan yang bersatu dan menyokong rakyat Palestin dalam usaha mereka mendapatkan kembali hak- hak mereka, seterusnya membina negara yang merdeka beribu negarakan Al-Quds. Dalam hal lain, Bakar mengatakan sidang kemuncak Jakarta ini merupakan laluan sebelum persidangan besar OIC kali ke-13 yang akan diadakan di Istanbul, Turki pada bulan April depan. Katanya lagi, beberapa bulan kebelakangan ini, gerak kerja dalam isu Palestin agak menurun. Justeru, sidang kemuncak di Jakarta dengan kerjasama PBB merangka beberapa agenda dan aktiviti, seminar- seminar, yang membincangkan keadaan genting di Kota Jurusalem. Issue No 86 // 31 MAR , 2016

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 5


Al-Quds Weekly News

29th July, 2013

Issue No : 54

AKHBAR ISRAEL KELUARKAN KENYATAAN PROVOKATIF MENENTANG PENIAGA- PENIAGA PALESTIN Akhbar- akhbar Israel meneruskan usaha berterusan mereka memprovok peniaga- peniaga Palestin dengan menerbitkan berita- berita mendakwa mereka melanggar undang- undang di Jurusalem dan tidak membantu pendatang- pendatang Israel yang cedera. Antaranya ialah akhbar “Yerusalem” pada hari Jumaat (18/3) yang melaporkan bahawa peniaga- peniaga Palestin bersepakat memasang saluran televisyen yang menggalakkan penentangan ke atas penduduk Yahudi di kedai- kedai mereka. Mereka mendakwa peniaga- peniaga itu menyokong siaran televisyen “Palestin Hari Ini” yang telah cuba dihentikan siarannya oleh Israel, bahkan sebahagian pekerjanya turut ditangkap atas alasan

memprovok rakyat Palestin untuk melakukan serangan melawan Israel. Sejak akhir- akhir ini, pengawal- pengawal perbandaran Israel didapati cuba menghalau peniaga- peniaga di kawasan Pintu A’mud, yang mana ada diantaranya hanyalah penjual kek dan kuih muih. Selain itu, mereka turut mengenakan denda ke atas peniaga- peniaga itu atas alasan kawasan itu merupakan kawasan tumpuan untuk melakukan “Operasi”.

JENTERA ISRAEL ROBOHKAN KAWASAN PENEMPATAN DI JURUSALEM Pusat Maklumat Wadi Helwah melaporkan bahawa pekerja- pekerja perbandaran Israel telah menceroboh sebuah perkampungan di Bukit Scopus pada pagi Isnin (21/3). Mereka telah mengepung kawasan penempatan milik keluarga Suhaib Jaa’bis yang merupakan saudara kepada tahanan Israel yang bernama Isra’, seterusnya mula merobohkan bangunan- bangunan di situ tanpa sebarang amaran awal dengan alasan bahawa ia dibina tanpa permit. Keluarga tersebut turut mendakwa bahawa pekerja- pekerja Israel tersebut telah mengepung kawasan itu sepanjang proses perobohan dan menghalang sesiapa pun dari meninggalkan kawasan, bahkan turut menyiasat keluarga itu dan menyifatkan mereka sebagai “pengganas”. 6 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 86 // 31 MAR , 2016


Al-Quds Weekly News

Issue No 86 // 31 MAR , 2016

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 7


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

8 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

29th July, 2013

Issue No 86 // 31 MAR , 2016


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.