Al-Quds Weekly News
6 APR 2016, Issue no 87
WARIS KEPADA PARA SYUHADA’ AL-QUDS ENGGAN MENERIMA MAYAT ANAK- ANAK MEREKA DALAM KEADAAN BEKU
Ahli waris kepada para syuhada’ Al-Quds pada hari Rabu (23/3), menegaskan bahawa mereka menolak penuh cadangan Israel untuk memulangkan mayat- mayat para syuhada’ dalam keadaan beku. Mereka menjelaskan bahawa Israel tidak mematuhi syarat- syarat persetujuan yang disepakati bersama antara Kerajaan Israel dan peguam- peguam si mati dalam isu pengembalian mayat, malah cuba untuk mengubah perjanjian dan meletakkan syarat- syarat baru yang tidak dapat diterima. Para waris memohon kepada Pertubuhan Bulan Sabit Merah Antarabangsa supaya menghantar pasukan perubatan dengan sesegera mungkin bagi memeriksa mayat- mayat syuhada’, sekaligus mengelakkan dari ditahan dalam tempoh yang Issue No 87 // 6 APR , 2016
lama. Ini kerana, pendedahan mayat kepada suhu sejuk yang melampau, dalam tempoh yang lama akan membawa kepada kerosakan organ- organ dalaman si mati. Ahli keluarga para syuhada’ yang terlibat turut menghargai keterangan sokongan Pertubuhan Hak Asasi Manusia berkenaan isu penolakan salah seorang waris kepada as-syahid Hasan Al- Munasirah yang menolak mayatnya ditahan, dan meminta dari pertubuhan itu agar mengadakan tindakan susulan yang dapat membantu semua waris- waris syuhada’ Al-Quds berkenaan isu itu.
Isu minggu ini :
MAJLIS HAK ASASI MANUSIA MENYENARAI HITAMKAN SYARIKATSYARIKAT YANG BEKERJASAMA DENGAN ISRAEL Perancangan israel untuk mendirikan 900 unit penempatan baru untuk pendatang- pendatang yahudi di Timur Jurusalem NETANYAHU MENGARAHKAN SUPAYA JASAD PARA SYUHADA’ TIDAK DIKEMBALIKAN KEPADA WARIS- WARIS MEREKA
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 1
Al-Quds Weekly News
Issue No : 54
29th July, 2013
PEROBOHAN PENEMPATAN PENDUDUK PALESTIN MENINGKAT BERKALI- KALI GANDA SEJAK AWAL TAHUN 2016 Laporan rasmi yang dikeluarkan oleh “Pertubuhan Kebangsaan Untuk Mempertahankan Palestin dan Menentang Israel� menunujukkan bahawa Kerajaan Israel secara terusterusan membuat perlanggaran hak- hak penduduk Palestin dan meluaskan polisi perobohan rumah- rumah penempatan rakyat Palestin. Begitu juga dengan rampasan tanah- tanah mereka dalam skala yang besar bermula awal tahun ini. Laporan berikut menyebut tentang jenayah Israel itu yang meningkat kesnya lebih dari 2 kali ganda berbanding tahun lalu. Antara alasan yang digunakan untuk menjalankan perobohan adalah, hukuman beramai- ramai disebabkan oleh pemuda- pemuda kawasan berikut yang menyertai operasi intifada, ataupun dakwaan tidak mendapat permit di tapak pembinaan.
yang menjelaskan bahawa kebanyakan perobohan itu menggunakan alasan kehakiman yang palsu, iaitu tidak mendapat permit. Sedangkan pada hakikatnya Kerajaan Israel hanya memberi permit kepada kurang dari 1.5 peratus daripada keseluruhan permintaan- permintaan yang dibuat oleh penduduk Palestin.
Dalam kes lain pada pagi Selasa (29/3), pekerja- pekerja dan jenterajentera perbandaran Israel didapati menghancurkan dinding dan tingkap sebuah bangunan milik Khalid Az-Zair di perkampungan Abbasiyah di bandar As-Sauri yang sejak beberapa bulan lalu diubah kawasannya unLaporan itu turut memetik kata- tuk dijadikan padang permainan kanak- kanak. Mereka turut didapati kata penyelaras aktiviti kema- mengancam Khalid untuk merampas tanahnya bagi dijadikan Taman nusiaan PBB, Robert Bieber, Negara yang akan dilaksanakan di situ projek- projek Yahudi.
2 |
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
Issue No 87 // 6 APR , 2016
Al-Quds Weekly News
MAJLIS HAK ASASI MANUSIA MENYENARAI HITAMKAN SYARIKAT- SYARIKAT YANG BEKERJASAMA DENGAN ISRAEL
Akhbar Yahudi “Yediot Ahronot� pada petang Khamis (24/4), melaporkan bahawa Majlis Hak Asasi Manusia PBB meluluskan dengan majoriti akta untuk menyenarai hitamkan syarikat- syarikat antarabangsa yang bekerjasama secara langsung atau secara tidak langsung dengan Kerajaan Israel dalam projek- projek mereka di Tebing Barat dan Bukit Golan. Menurut sumber, sebanyak 32 negara mengundi menyokong draf resolusi berkenaan, manakala 15 negara lagi mengambil pendekatan berkecuali, walaupun dengan asakan dan tekanan oleh Amerika Syarikat, Israel dan Britain yang menolak akta tersebut dengan dakwaan berpihak kepada Arab dan Islam. Sumber berikut turut berkata bahawa akta itu dipersetujui untuk diletakkan dalam perbahasan dalam fasal ketujuh, akta yang dikhususkan untuk menolak Israel. Susulan peristiwa itu, Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu, mengecam penerimaan akta tersebut dengan katanya PBB telah bertukar menjadi musuh yang menentang Israel yang merupakan satu- satunya negara di Timur Tengah yang mengamalkan sistem demokrasi, dan dalam masa yang sama menutup mata terhadap isu- isu perlanggaran yang berlaku di Iran, Syria dan Korea Utara. Netanyahu turut mendakwa kerajaan- kerajaan yang terlibat menyokong resolusi itu sebagai melakukan diskriminasi terhadap negara Yahudi. Akta baru itu turut mengecam tindakan Israel yang menyalahi undang- undang antarabangsa, dan memberi peringatan kepada ahli- ahli perniagaan agar tidak menjalankan sebarang kerjasama dengan Israel secara langsung atau tidak secara langsung sepertimana yang termaktub dalam akta. Menurut sumber Israel, akta 17 daripada undangundang itu adalah paling bahaya iaitu pengumpulan data mengenai syarikat- syarikat tempatan dan antarabangsa yang terlibat dengan Israel dan menyenaraikan syarikat terbabit, kemudian memastikan ianya dikemaskini pada setiap tahun.
Issue No 87 // 6 APR , 2016
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 3
Al-Quds Weekly News
Issue No : 54
29th July, 2013
KABINET ISRAEL “THE KNESSET” MELULUSKAN UNDANG- UNDANG UNTUK MENGUSIR KELUARGAKELUARGA PEJUANG- PEJUANG INTIFADA Jawatankuasa perundangan Israel di “The Knesset” pada hari Rabu (23/3) meluluskan undang- undang baru untuk mengusir keluarga- keluarga para pejuang intifada dari penempatan mereka. Undang- undang itu bertujuan untuk memberikan tekanan kepada rakyat Palestin, lebih- lebih lagi penduduk kawasan yang terjajah sejak tahun 48, Jurusalem dan kawasan- kawasan sekitarnya, supaya anak- anak mereka dihalang dari terlibat dengan sebarang serangan terhadap Israel yang mana akan mengakibatkan seluruh keluarga mereka yang terlibat diusir dari penempatan mereka.
Perancangan israel untuk mendirikan 900 unit penempatan baru untuk pendatang- pendatang yahudi di Timur Jurusalem Akhbar Yahudi, Pisgat Ze’ev, pada hari Jumaat (25/3), mendedahkan perancangan Israel untuk membina 900 unit penempatan baru di kawasan Pisgat Ze’ev, Timur Jurusalem. Majlis perbandaran Israel melalui ketua bahagiannya telah mendedahkan perancangan itu dan mempersetujui perlaksanaannya. Akhbar berkenaan melaporkan bahawa beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan diantara pelaksana- pelaksana projek dan pakar- pakar binaan untuk mendapatkan idea- idea mengenai projek itu. Siri- siri perbincangan itu telah membawa kepada persetujuan mengenai beberapa projek. Laporan akhbar itu turut menyebut bahawa kajian berkenaan isu trafik di kawasan- kawasan penempatan pendatang telah dijalankan, dan beberapa penambahbaikan turut dicadangkan. Selain itu, Kementerian Pengangkutan Israel juga bersetuju untuk mengadakan kajian menyeluruh berkenaan kawalan trafik di kawasan- kawasan jajahan mereka.
4 |
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
Issue No 87 // 6 APR , 2016
Al-Quds Weekly News
Perancangan israel untuk mendirikan 900 unit penempatan baru untuk pendatang- pendatang yahudi di Timur Jurusalem Penganalisis ketenteraan Israel, Roni Daniel, pada petang Sabtu (27/3) berkata bahawasanya rabbi- rabbi Yahudi membolehkan pembunuhan rakyat Palestin dahulu sehingga kini. Justeru itu, sikap rabbi- rabbi berikut ditambah dengan pemimpin- pemimpin politik yang turut menggalakkan perkara yang sama, menjadi sebab utama yang menyumbang kepada pembunuhan rakyat Palestin, katanya sambil merujuk kepada peristiwa yang berlaku di Hebron baru- baru ini dimana seorang rakyat Palestin yang cedera dan terbaring di tanah ditembak oleh tentera Israel.
UNDANG- UNDANG ISRAEL MEMBENARKAN PEMENJARAAN KANAK- KANAK SEUMUR HIDUP Jawatankuasa perundangan Israel pada hari Ahad (27/3) menerima rang undang- undang yang dikemukakan oleh Menteri Kehakiman Israel, Ayelet Shaked, yang membenarkan pemenjaraan kanak- kanak Palestin seumur hidup, jika umur mereka kurang dari 14 tahun. Menurut undang- undang itu, kanak- kanak yang bersalah akan ditahan di dalam tahanan sehingga berusia 14 tahun, kemudian dipindahkan ke penjara lain untuk menyempurnakan tahanan mengikut ketetapan mahkamah. Shaked mendakwa tujuan undangundang ini adalah untuk mencegah berleluasanya pemberontakan melawan Israel di Jurusalem di kalangan kanak- kanak, dan undang- undang ini merupakan undang- undang sementara, berkuatkuasa sepanjang 3 tahun ini. Issue No 87 // 6 APR , 2016
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 5
Al-Quds Weekly News
29th July, 2013
Issue No : 54
NETANYAHU MENGARAHKAN SUPAYA JASAD PARA SYUHADA’ TIDAK DIKEMBALIKAN KEPADA WARISWARIS MEREKA
Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu, pada petang Ahad (28/3) mengarahkan agar jasad para syuhada’ Palestin tidak diserahkan kepada waris- waris mereka dengan alasan untuk menghalang hasutan serangan ke atas Israel yang dilakukan ketika upacara pengebumian. Saluran dua televisyen Yahudi menyebut bahawa Netanyahu mengarahkan pelaksanaan perkara itu sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak. Tujuan utama arahan itu dikeluarkan adalah untuk menghalang gelombang serang yang berterusan ke atas Israel. Dalam kes lain, penduduk Palestin mengadakan kempen untuk mendapatkan semula jasad para syuhada’ dan mengecam arahan yang telah dikeluarkan oleh Netanyahu. Mereka menganggap arahan itu sebagai berlawanan dengan hak- hak asasi manusia dan adat- adat kemanusiaan antarabangsa. Mereka turut menggesa agar jasad- jasad para syuhada’ dapat dikembalikan tanpa membeza- bezakan diantara mereka dan tanpa mengenakan sebarang syarat. Begitu juga dengan desakan mereka supaya sebuah pasukan perubatan tempatan dibentuk dengan kerjasama pakar- pakar antarabangsa untuk menyelia proses bedah siasat ke atas jasad para syuhada’ untuk mengetahui punca sebenar kematian mereka. Selain itu, mereka juga meminta dari Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) supaya mereka mengeluarkan pendirian mereka bagi menghalang proses bedah siasat dan penahanan mayat yang dianggap sebagai melanggar undang- undang kemanusiaan antarabangsa, dan menghalang sebarang penggubalan undang- undang yang membawa kepada larangan penyerahan mayat syuhada’ kepada waris- waris mereka ataupun penyerahan dengan syaratsyarat tertentu. Ini kerana, penahanan itu melanggar undang- undang dan sepatutnya ia diserahkan kepada keluarga si syahid tanpa sebarang sekatan atau syarat tertentu.
6 |
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
Issue No 87 // 6 APR , 2016
Al-Quds Weekly News
Issue No 87 // 6 APR , 2016
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 7
Al-Quds Weekly News
Issue No : 54
8 |
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
29th July, 2013
Issue No 87 // 6 APR , 2016