Alquds in malay issue 88 hi re

Page 1

Al-Quds Weekly News

12 APR 2016, Issue no 88

PERSEDIAAN UNTUK MENGADAKAN UPACARA KORBAN SEMPENA PERAYAAN PASKAH DAN PERANCANGAN GANGGUANGANGGUAN KHAS DI AL-AQSA Organisasi Haikal mengumumkan rancangan mereka untuk mengadakan upacara korban sempena sambutan perayaan “Paskah” di dalam kawasan Masjid AlAqsa pada 22 April akan datang. Upacara korban “Paskah” kebiasaannya dilakukan sehari sebelum sambutan perayaan Paskah itu sendiri. Justeru, pihak Organisasi Haikal yang terdiri dari penyatuan kira- kira 29 pertubuhan keagamaan dan kebangsaan Yahudi telah mengirim surat kepada Perdana Menteri mereka, Benjamin Netanyahu, untuk meminta sokongan dan kerjasama dari pihak menteri- menteri kerajaan bagi melancarkan perjalanan upacara yang dirancang. Organisasi ini berusaha keras untuk memastikan upacara korban berikut dapat dijalankan di dalam kawasan Masjid AlAqsa iaitu di kawasan tenggara Kubah Batu. Malah, menurut mereka, mereka kini berada di peringkat sentuhan terakhir dari sudut persediaan- persediaan perlaksanaan majlis. Tujuan utama niat mereka itu adalah untuk merealisasikan impian mereka dalam mengamalkan ritual keagamaan yahudi dan menegakkan syariat agama mereka di dalam kawasan Al-Aqsa. Or-

Isu minggu ini : Issue No 88 // 12 APR , 2016

ganisasi ini turut mengumumkan bahawa mereka juga melakukan persediaan untuk membuat gangguan- gangguan “istimewa” di Masjid Al-Aqsa pada tahun ini bersempena dengan perayaan Paskah yang akan bermula pada 23 April. oleh itu, mereka memerlukan ramai sukarelawan, kakitangan, dan perunding untuk menjalankan apa yang dirancang termasuklah mengedarkan risalah- risalah, poster- poster, dan hadiah- hadiah bagi menggalakkan ramai masyarakat yahudi turut serta bersama mereka. Setakat ini, tarikh yang dijangkakan berlakunya gangguan- gangguan adalah diantara 24 dan 28 April. Manakala “Pertubuhan Wanita- wanita Haikal” pula menyatakan keterlibatan mereka dalam gangguan itu dengan mengatakan bahawa mereka akan menubuhkan kumpulan khas untuk mengganggu kanak- kanak dan menarik mereka ke Al- Aqsa, konon- kononnya mereka mengadakan hari kanak- kanak di situ pada hari Khamis 14/4. Ini bertujuan mendapatkan penyertaan

KELUARGA PARA SYUHADA’ AL-QUDS YANG DITAHAN MAYAT MEREKA MENGESAHKAN UNSUR- UNSUR KEMANUSIAAN DAN | 1 UNDANG- UNDANG DALAM KES TUNTUTAN MEREKA WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

TEROWONG- TEROWONG RAHSIA DI BAWAH TANAH ALAQSA UNTUK TUJUAN POLITIK Pemimpin Gerakan Islam di Bumi Terjajah sejak tahun 48, Syeikh Raed Solah memberi amaran bahawa terdapat banyak terowong- terowong rahsia di bawah tanah Al-Aqsa dan sekelilingnya, yang kini seakan- akan bertukar menjadi terang- terangan. Ini menampakkan keberanian Israel dalam merealisasikan impian Haikal mereka di Al- Aqsa. Syeikh Solah menjelaskan bahawa terdapat banyak terowong yang kini tidak lagi berstatus rahsia, bahkan terdapat banyak tanda- tanda yang membuktikan kewujudannya, apatah lagi pengakuan- pengakuan berkenaan hal itu dari media massa Israel sendiri. Tambahnya lagi, Israel kini telah berpindah dari sembunyisembunyi kepada terang- terangan. Aku bimbang satu hari nanti mereka akan menyatakan secara jelas tujuan penggalian terowong- terowong itu, dan merasakan bahawa mereka berada pada situasi yang baik untuk membina Haikal rekaan mereka di atas tapak Kubah Batu.

galian- penggalian yang dilakukan di bawah tanah, sedangkan tiada siapa tahu apakah tujuan penggalian tersebut dilakukan. Tiada seorang pun diantara pihak- pihak terlibat yang mendedahkan tujuan penggalian itu. perkara ini sebenarnya merupakan bahaya besar kerana yang digali adalah tapak- tapak lama yang bersejarah. Berkemungkinan penggalian ini akan sampai ke terowong- terowong lama yang sedia ada ataupun sampai betul- betul di bawah Al- Aqsa.”

Dokumentari “Di Bawah Al-Aqsa” itu mendedahkan peningkatan penggalian Israel dan jentera- jentera di bawah Al-Aqsa sejak akhir- akhir ini. Bahkan mereka turut meluaskan kawasan penggalian hingga begitu Dalam kes lain, seorang ahli dekat menghampiri Al-Aqsa, sehingga orang berkata “Ianya diketahui arkeologi Israel “ Gideon Su- permulaanny, namun tersembunyi pengakhirannya”. laimani” dalam temubualnya berkenaan dokumentari “Di Penggalian ini termasuklah penggalian terowong Wadi Hulwah sehingBawah Al-Aqsa”, mencerita- ga ke bahagian selatan Masjid Al-Aqsa. Kawasan ini sememangnya kan tentang terowong- tero- menjadi tempat penggalian sejak beberapa tahun lalu, tetapi semakin wong di Wadi Hulwah dan di bertambah- tambah sejak beberapa minggu dan bulan kebelakangan ini, bawag tembok Al-Aqsa baha- dan menjejak ke kawasan yang lebih jauh dari bawah tanah Pintu Mugian barat dengan katanya: “ gharabah. Israel menggunakan nama “Pihak Berkuasa antikuiti Israel” sungguh, terdapat bahaya yang dalam menjalankan projek mereka dan didakwa mendapat tajaan dan muncul disebabkan oleh peng- pembiayaan dari Pertubuhan Pendatang Yahudi El’ad. 2 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 88 // 12 APR , 2016


Al-Quds Weekly News

SEKTOR PELANCONGAN ISRAEL CUBA MEMUSNAHKAN MERCU TANDA ISLAM DAN KRISTIAN DI JURUSALEM

Peta pelancongan Israel yang dikeluarkan secara rasminya oleh Kementerian Pelancongan Israel memasukkan 1 tapak Islam dan 5 Kristian ke dalam peta yang mengandungi puluhan tapak- tapak Yahudi seperti rumah, gereja, kawasan penempatan pendatang dan lain- lain, menurut akhbar Hareetz bertarikh 4/4 (Isnin). Akhbar itu melaporkan bahawa peta yang diterbitkan dalam Bahasa Inggeris itu menjadi petunjuk arah kepada 57 tempat pelancongan di Kota Lama yang sepatutnya dilawati, seperti Tembok Ratapan, Masjid Al-Aqsa, gerejagereja, dan beberapa rumah yang dibeli melalui Pertubuhan Pendatang Ateret Cohanem. Akhbar itu menulis bahawasanya pembuat peta berusaha keras untuk memadam banyak nama- nama Arab dari banyak tempat. Contohnya, “Masjid Al-Aqsa” ataupun “Haram Asy- Syarif” disebut sebagai “Temple Mount”, dan “Musolla Marwani” pula disebut sebagai “Solomon Stables”. Begitu juga dengan beberapa nama Arab yang sengaja ditulis dengan ejaan yang salah seperti, “Muslim Quarter” yang dieja dengan “Quarter Moslem”, “Silwan” yang dieja dengan “Silean”, “Wadi Hilwah” yang dieja dengan “Wadi Hilva”. Peta itu turut mengetepikan tapak- tapak penting Kristian seperti Gereja St. Anna, dan Gereja Si Penakluk Lutheran. Ia juga tidak menyenaraikan Via Dolorosa sebagai tempat bersejarah, selain tapak untuk mengerjakan haji bagi penganut- penganut Kristian. Jawatankuasa Tinggi Hal Ehwal Gereja di Palestin juga mengecam tindakan Israel yang menyembunyikan mercu- mercu tanda Islam dan Kristian dan meletakkannya di akhir senarai. Jawatankuasa itu menggesa masyarakat antarabangsa agar sama- sama mengambil langkah menetapkan pendirian dalam memelihara sejarah Palestin sepertimana yang terkandung dalam perjanjian, daripada dimusnahkan oleh usaha berterusan Israel yang ingin memadamkan identiti Arab Palestin dan tempat- tempat suci di Kota Al-Quds. Issue No 88 // 12 APR , 2016

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 3


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

GLICK BERGEMBIRA DENGAN SERANGAN PENDATANG- PENDATANG YAHUDI DI MASJID AL-AQSA

Pendatang- pendatang Yahudi pada hari Rabu (30/3) menyambung siri serangan mereka ke atas Masjid Al-Aqsa dengan menyerang lapangan masjid melalu Pintu Mugharabah, dengan kawalan penuh dari unit khas ketenteraan Israel. Namun demikian, sekumpulan orang- orang yang bersolat dan menghadiri majlis ilmu di masjid bertindak menghalang serangan mereka dengan laungan takbir. Aktiviti- aktiviti “Festival Muzik Yahudi” di Kota Lama Jurusalem berakhir lewat pada petang Selasa di tengah- tengah kepungan tentera dan provokasi perasaan rakyat Palestin. Majlis Perbandaran Israel begitu berbangga kerana dapat mengadakan festival ini untuk kali kelima berturut- turut dengan persembahan dari ramai pemuzik- pemuzik dan kumpulan- kumpulan kesenian Israel yang terkenal. Pihak penganjur dalam ucapannya mendedahkan bahawa tujuan utama festival ini diadakan adalah untuk memberi galakan kepada sektor pelancongan Israel dan 4 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

antarabangsa di Kota Lama Jurusalem dengan teater- teater dan persembahan- persembahan tentang kisah dongeng sejarah Yahudi, selain memadamkan kesan- kesan dan sejarah Arab- Islam di situ. Dalam kes lain, pihak berkuasa Israel untuk minggu kedua berturut- turut, menghalang penduduk Palestin di Gaza dari menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa. Ikatan Murabithah Palestin berkata, “sesungguhnya pihak berkuasa Israel menghalang penduduk dari menuju ke Al-Aqsa dengan alasan, konon- kononnya sebahagian dari mereka tidak pulang kembali ke Gaza”. Dalam pada itu, sekitar 65 ribu orang penduduk Palestin didapati menunaikan solat Jumaat di AlAqsa dengan prosedur keselamatan yang ketat dari tentera Israel. Kes pada pagi Ahad (7/3) merekodkan serangan beberapa orang pendatang di lapangan Masjid Al-Aqsa dengan pengawalan dari sekumpulan polis Israel. Sebahagian pendatang cuba melakukan ritual keagamaan Talmud, namun dihalang dengan laungan takbir dari penduduk- penduduk Palestin yang berada di situ. Adapun, sekumpulan wanita warga emas dilarang dari memasuki Al-Aqsa, lalu mereka menjaga pintu- pintu masjid dan membaca Al-Quran di situ. Issue No 88 // 12 APR , 2016


Al-Quds Weekly News

STATISTIK: SERAMAI 1114 ORANG PENDATANG YAHUDI MENYERANG AL- AQSA SEPANJANG MAC LALU Agensi berita “Quds Press” melaporkan bahawa seramai 846 orang pendatang, 268 orang pelajar, dan seorang rabbi Yahudi telah menyerang lapangan Masjid Al-Aqsa sepanjang Mac lalu, dengan pengawalan ketat dari polis Israel sendiri. Laporan itu menyebut bahawa polis Israel menambah masa serangan buat mereka, yang bermula dari pukul 7.30 pagi hingga sehingga 11.00 pagi (pada asalnya sehingga pukul 10.00 pagi sahaja). Ini menjelaskan bagaimana mereka mampu menggandakan serangan mereka dengan kumpulan yang lebih besar dan waktu yang lebih panjang. Statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Media Palestin “Ciobrs” menunujukkan bahawa kira- kira 2932 pendatang dan pihak- pihak kerajaan sendiri telah menyerang Al-Aqsa sejak 3 bulan pertama tahun ini (bersamaan dengan suku pertama tahun). Antara yang dicatatkan terlibat ialah, 2143 orang pendatang, 128 orang perisik, 188 orang berpakaian seragam tentera, 463 orang pelajar dan guru- guru mereka, dan 10 orang lain. Quds Press menerangkan bahawasanya rabbi pelampau Yahudi, Yehuda Glick, kembali mengulangi serangan dan gangguan ke atas Al-Aqsa dengan kawalan ketat dari polis Israel dan unit khas setelah Issue No 88 // 12 APR , 2016

diusir dari Al-Aqsa sejak tahun 2014. Tambah sumber lagi, pihak berkuasa Israel kini sedang melancarkan kempen penahanan beramai- ramai pemuda- pemuda Palestin sebelum tibanya perayaan yahudi “Al-Masakhir”. Setakat ini seramai 17 orang pemuda telah pun diusir dari Masjid Al-Aqsa, kononnya untuk menjaga keselamatan pendatang- pendatang sempena perayaan mereka. Polis Israel didapati telah mengusir kira- kira 24 orang penduduk Palestin dari Al-Aqsa sepanjang Mac lalu, dan diantara mereka ialah warga Palestin yang dalam perjalanan menziarahi Al-Aqsa, dan bas yang dinaiki mereka ditahan di Jurusalem selama beberapa jam. Pihak media Quds Press turut mendapati peningkatan pada bilangan pendatang- pendatang yang melakukan serangan pada bulan Mac berbanding bulan sebelumnya, sekira- kira seramai 893 orang yang terlibat pada bulan Februari lalu. Dalam kes lain, Syeikh Yusuf Adeis, Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil langkah segera dalam menghentikan polisi Israel terhadap Masjid Al-Aqsa, selain perlanggaran- perlanggaran dan serangan- serangan mereka keatasnya yang mana lebih dari 100 serangan direkodkan sepanjang Mac lalu. Beliau menambah; “Sesungguhnya pihak Israel sedang mencuba untuk merealisasikan beberapa polisi berbahaya mereka terhadap Al-Aqsa, seperti tiada kepimpinan yang memiliki Al-Aqsa, orang Islam tiada hak ke atasnya, selain kata- kata Timbalan Menteri Luar yang mengatakan perlunya mengibarkan bendera Israel di atas Masjid Al-Aqsa kerana ia merupakan tempat suci Yahudi, dan sepatutnya dipimpin oleh Yahudi, dibenarkan untuk diserang pada setiap hari, dan digali terowong- terowong bawah tanah di bawah masjid dan sekitarnya. WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 5


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

KEMATIAN 5 ORANG AS-SYAHID DAN PENAHANAN 80 ORANG PEJUANG PALESTIN SEPANJANG MAC LALU

Gabungan Islam- Kristian Untuk Membebaskan Al-Quds Dan Tempat Suci (ICHR) melaporkan terdapat 5 kes mati syahid sepanjang Mac lalu, dan mereka itu ialah: Fuad Abu Rejab, Fadwa Abu Thoir (50 tahun), Abdul Malik Soleh Abu Kharub (19 tahun), Muhammad Jamal Al-Kaluti (21 tahun). Pihak Berkuasa Israel turut menahan lebih dari 80 orang penduduk Quds, mengeluarkan perintah mahkamah ke atas sebahagian dari mereka dan mengenakan jaminan dengan harga yang berbeza- beza. Begitu juga dengan serangan ke atas Masjid Al-Aqsa, mengadakan ritual keagamaan Talmud di situ dan memprovok warga Palestin di lapangan masjid selain menyerang penjaga- penjaga masjid. Laporan itu menegaskan bahawa pihak Israel berterus- terusan menahan mayat 10 orang syuhada’ Al- Quds, merobohkan rumah dan bangunan dengan jentera- jentera, mengeluarkan perintah dan waran perobohan masjid- masjid, mengugut untuk menahan, memukul, dan mengusir penduduk- penduduk dari Kota Al-Quds, dan mengadakan sekatan jalan raya serta melakukan pemeriksaan.

6 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 88 // 12 APR , 2016


Al-Quds Weekly News

KELUARGA PARA SYUHADA’ AL-QUDS YANG DITAHAN MAYAT MEREKA MENGESAHKAN UNSUR- UNSUR KEMANUSIAAN DAN UNDANG- UNDANG DALAM KES TUNTUTAN MEREKA

Ahli waris kepada para syuhada’ yang ditahan mayat mereka oleh pihak berkuasa Israel, mengesahkan terdapat unsur- unsur kemanusiaan dan undang- undang dalam tuntutan mereka, dan Israel sebenarnya sedang mencuba untuk membawa isu itu ke peringkat politik yang lebih tinggi dengan mengelakkan diri, menangguhkan kes, dan berlebih- lebih dalam mengenakan hukuman terhadap keluarga as-syahid. Menurut para waris, sesungguhnya keputusan ketua mahkamah Israel untuk tidak mengembalikan jasad as-syahid walaupun petisyen telah difailkan ke mahkamah rayuan. Ini kerana mereka menganggap bahawa kes ini adalah kes politik dan perintah penahanan jasad itu adalah dari pihak atasan. Justeru, mereka menyeru pihak berwajib Palestin supaya mengumumkan pendirian mereka berkenaan isu itu sebelum perbicaraan yang seterusnya yang akan diadakan pada 18 April akan datang. Pertubuhan- pertubuhan undang- undang di Al-Quds, Tebing Barat, dan Jurusalem juga diminta menyokong ahli keluarga as-syahid dari pelbagai sudut sehinggalah ke tarikh perbicaraan kerana mereka kini ditekan dari pelbagai sudut oleh pihak Israel. Masyarakat tempatan turut digesa untuk keluar berarak di jalan- jalan memberikan sokongan kepada keluarga assyahid sebelum dan pada hari perbicaraan. Begitu juga dengan sokongan dari pihak antarabangsa dalam mengecam perbuatan tidak berperikemanusiaan Israel itu sekaligus berlawanan dengan undang- undang kemanusiaan antarabangsa dan resolusi- resolusi antarabangsa. Selain itu, ahli keluarga as-syahid meminta media massa Palestin dan pakar- pakar undang- undang memberi penjelasan kepada orang awam berkenaan isu yang berkait rapat dengan kemanusiaan dan undang- undang sekaligus menyebabkan Israel berada dalam situasi serba salah dan mengambil langkah untuk berkompromi dengan kes itu. Issue No 88 // 12 APR , 2016

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 7


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

PIHAK BERKUASA ISRAEL MEMUSNAHKAN BEBERAPA INFRASTRUKTUR AWAM

Pihak Berkuasa Israel pada hari Selasa (29/3), telah memusnahkan pusat penternakan haiwan di Hayy Sawwanah, di bahagian tenggara Kota Al-Quds. Pada hari Isnin (4/4) pula, jentolak Israel didapati merobohkan rumah milik seorang doktor Palestin bernama Ahmad Abu Ramilah di kawasan Al- Faruqi di Bukit Scopus dengan alasan dibina tanpa permit. 3 tahun sebelum ini, mereka juga pernah merobohkan rumah seorang penduduk bernama Abu Ramilah menggunakan alasan yang sama. Dalam kes lain, Mahkamah Tinggi Israel pada pagi Isnin (4/4), bertindak membatalkan waran perobohan terhadap rumah keluarga 3 pemuda Palestin, iaitu Muhammad Solah Abu Kaff, Muhammad Jihad At-Towil, Firash Al-Atrash atas dakwaan menyebabkan kematian seorang warga Israel pada bulan September tahun lalu. Namun, waran keatas seorang lagi rakan mereka, Abd Mahmud Dawiyat yang rumahnya terletak di bandar Suwar Bahir tidak ditarik balik kerana beliau dituduh sebagai ketua operasi berkenaan.

8 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 88 // 12 APR , 2016


Al-Quds Weekly News

KELULUSAN UNTUK MEMBINA 1453 UNIT PENEMPATAN BARU DI AL-QUDS

Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan Bandar Israel pada hari Rabu (30/3), dengan sebulat suara meluluskan pembinaan 18 unit penempatan baru berhampiran dengan Bukit Scopus, Selatan Jurusalem. Projek ini akan dijalankan dengan pembiayaan dari Syarikat Lowel Invesment yang disokong oleh pertubuhan kebangsaan Israel. Menurut sumber, syarikat itu merupakan penyumbang terbesar dalam projek- projek pembangunan dan perluasan kawasan- kawasan pendatang di Jurusalem dan sekitarnya. Aviv Tartski, pengkaji pertubuhan Ir Amim berkata, model projek ini dijangka menjadi penghalang bagi kesamarataan politik di Jurusalem dan negara Yahudi amat memerlukannya. Dalam kes lain, Pihak Berkuasa negara Yahudi, Jawatankuasa Perancangan Bandar, dan Kementerian Kewangan Israel sedang berusaha untuk melaksanakan projek penempatan baru yang melibatkan pembinaan sebanyak 1435 unit penempatan, di samping pusat- pusat perdagangan di atas bukit berhampiran kawasan penempatan Ramot di Jurusalem. Kawasan itu merupakan kawasan semulajadi yang belum dimusnahkan, dan pembinaan ini akan menyebabkan kehilangan alam semulajadi yang bertukar menjadi kawasan perumahan.

Issue No 88 // 12 APR , 2016

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 9


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

10 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

29th July, 2013

Issue No 88 // 12 APR , 2016


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.