Al-Quds Weekly News
27 APR 2016, Issue no 89
UNESCO MENAFIKAN HUBUNGAN ANTARA YAHUDI DAN AL-AQSA Majlis pelaksanaan UNESCO dalam persidangannya yang diadakan di Paris pada hari Jumaat (15/4) menjalankan sebuah undian berkenaan hak Yahudi di Al-Aqsa. Hasilnya, majoriti 33 negara bersetuju, 6 negara menentang, dan 17 negara menghalang Israel dari melakukan apa- apa perkara di Al-Aqsa. Ini kerana Yahudi sebenarnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Al-Aqsa, dan menurut sumber yang diyakini, Masjid Al-Aqsa merupakan tempat nabi Muhammad S.A.W naik ke langit di malam Isra’ dan Mikraj. Mereka dalam persidangan itu turut mengutuk agenda- agenda yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin dan Al-Aqsa di ka- mereka. Katanya lagi, “Haikal pertama dan kedua bertahan selama 1000 tahun wasan Timur Jurusalem. dan seluruh Yahudi di dunia ini menunaikan solat mereka di sana selama ribuan Berikutan keputusan itu, Perdana tahun.” Menteri Israel “Benjamin Netanyahu” pada hari Sabtu (16/4) mengecam UNESCO dan mengatakan bahawasanya UNESCO buat- buat tidak tahu tentang apa yang dikatakan hubungan sejarah antara Yahudi dengan Haikal dakwaan
Isu minggu ini : Issue No 89 // 927BULAN APR , 2016 HUKUMAN PENJARA KE ATAS SYEIKH RAED SOLAH
Setiausaha Agung Jawatankuasa Kebangsaan Palestin untuk pendidikan, kebudayaan dan sains “Murad As- Sudani” berkata: bahawasanya keputusan ini jika tidak dapat dilaksanakan, hanya akan tinggal di atas kertas sahaja, apatah lagi dengan banyak perlanggaran yang dilakukan oleh Israel terhadap undang- undang antarabangsa. Justeru, beliau menyeru Negara Israel, Negara- Negara Islam, dan PBB untuk bekerja keras bagi memastikan Israel mematuhi semua undangundang antarabangsa.
PENDATANG ISRAEL MENYERANG LAPANGAN MASJID AL-AQSA.. PERCUBAAN MELAKUKAN UPACARA KORBAN TALMUD SEMPENA PERAYAAN PASKAH,
PELAN PEMBINAAN HUKUMAN PENJARA ISRAEL BERTAMBAH 9 BULAN WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG | 1 KE ATAS SYEIKH 3 KALI GANDA SEJAK RAED SOLAH AWAL TAHUN 2016
Al-Quds Weekly News
29th July, 2013
Issue No : 54
AKHBAR YAHUDI MENGESAHKAN BERLAKUNYA AKAD PERKAHWINAN PENDATANG ISRAEL DI DALAM MASJID AL- AQSA
Akhbar Yahudi “Yediot Ahronot” pada hari Rabu (13/4) mendedahkan bahawasanya telah berlaku akad perkahwinan sepasang pasangan Israel di dalam Masjid Al-Aqsa beberapa hari lalu, dan perkara ini juga telah disahkan oleh “Organisasi Haikal”. Akhbar itu melaporkan bahawa seorang rabbi pelampau Yahudi “Hayem Richman”, yang juga merupakan pengerusi Organisasi Haikal telah menerima permintaan pasangan terbabit untuk dikahwinkan di dalam Al-Aqsa. Malah peristiwa itu dikatakan yang pertama dalam sejarah dan tidak pernah berlaku sebelum ini, sejak keruntuhan Haikal dakwaan mereka. Adapun, peristiwa ini secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada keadaan tegang dan panas di Palestin, apatah lagi setelah berlakunya pesta perayaan Paskah beberapa hari lalu.
2 |
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
Issue No 89 // 27 APR , 2016
Al-Quds Weekly News
SOBRI: PENGUSIRAN RAKYAT PALESTIN DARI AL- AQSA MERUPAKAN LANGKAH PERTAMA ISRAEL DALAM PELAKSANAAN PEMBAHAGIAN AL-AQSA DARI SUDUT MASA
Syeikh Ikramah Sobri, Pengerusi Hal Ehwal Islam Tinggi Palestin, memberi amaran bahawasanya Israel sedang berusaha keras untuk melaksanakan pembahagian dari sudut masa di Al-Aqsa, dan yang terbaru menggunakan cara menahan dan mengusir penduduk Palestin dari Al-Aqsa. Syeikh Sobri pada petang Khamis (14/4) berkata: “sejak 5 tahun lalu Israel cuba menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan Al-Aqsa, namun semuanya berakhir dengan kegagalan. Oleh itu, mereka kini menggunakan cara baru iaitu melancarkan polisi penahanan dan pengusiran rakyat Palestin dari al-Aqsa. Syeikh Sobri dalam ucapannya merujuk kepada kes penahanan bas- bas yang membawa penduduk Palestin ke Masjid Al-Aqsa, dan dilarang untuk masuk ke sana. Ini bertujuan mengurangkan bilangan orang Islam di Al-Aqsa. Katanya lagi: “yang lebih mendukacitakan adalah alasan yang diberikan oleh mereka adalah untuk menjaga keselamatan semasa di Al-Aqsa, sedangkan mereka berselindung di sebalik tujuan jahat lainnya.”
Issue No 89 // 27 APR , 2016
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 3
Al-Quds Weekly News
Issue No : 54
29th July, 2013
PENGHARAMAN KEPADA ANGGOTA THE KNESSET DARI MEMASUKI MASJID AL-AQSA Sumber berita Yahudi melaporkan bahawa Ketua Polis Negara Israel, Rooney Syeikh, meneruskan keputusannya mengharamkan anggota The Knesset dari menziarahi Masjid Al-Aqsa sehinggalah ke masa yang diberitahu kelak. Rooney telah menghantar surat kepada Ketua The Knesset, Yuli Edelstein, menerangkan bahawa undang- undang ini dibuat berdasarkan syor pihak berkuasa keselamatan dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan. Tambahnya lagi, terdapat percubaan dari pihak- pihak pelampau tertentu dari 2 pihak untuk melakukan tindakan provokasi beberapa hari sebelum hari perayaan Paskah. Justeru, ziarah Dewan Rakyat ke sana akan menambahkan lagi ketegangan, sekaligus menggugat keselamatan awam. Isu ini akan dipertimbangkan semula selepas berakhirnya perayaan Paskah nanti.
PELAN PEMBINAAN ISRAEL BERTAMBAH 3 KALI GANDA SEJAK AWAL TAHUN 2016 Parti Israel “Peace Now!� pada hari Selasa (12/4) mengumumkan bahawa projek- projek pembinaan di Tebing Barat bertambah lebih dari 3 kali ganda sejak suku pertama tahun ini berbanding dengan suku pertama tahun lalu. Parti itu berkata pihak berkenaan telah mengeluarkan proposal untuk membina sebanyak 674 unit penempatan diantara bulan Januari dan Mac, sedangkan pada suku pertama tahun lalu hanya 194 unit penempatan dicadangkan. Menurut Hagat Ofran dari Parti Peace Now!, fakta ini memberi gambaran jelas bahawa kerajaan Benjamin Netanyahu sedang melebarkan kawasan jajahannya secara diam- diam dengan tujuan utamanya menjadikan penyelesaian kedua- dua Negara adalah mustahil.
4 |
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
Issue No 89 // 27 APR , 2016
Al-Quds Weekly News
JORDAN MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENGHENTIKAN PEMASANGAN KAMERA CCTV DI AL-AQSA
Ketua Menteri Jordan, Abdullah An-Nasur, dalam satu kenyataannya kepada akhbar Jordan “Petra” pada hari Isnin (18/4) menjelaskan bahawa mereka akan menghentikan pemasangan kamera CCTV di Masjid Al-Aqsa kerana tidak mendapatkan persetujuan ramai dari penduduk- penduduk Palestin. Oleh itu kami mengambil keputusan untuk menghentikan pelaksanaannya. Tambahnya lagi, “Sesungguhnya kami menghormati pendapat- pendapat semua saudara- saudara di Palestin, dan kami sentiasa akan menyokong penuh keputusan dan pandangan rakyat Palestin apatah lagi berkait dengan negara mereka sendiri.” An- Nasur berkata: “tujuan utama kami adalah untuk memasang kamera di lapangan Masjid Al-Aqsa, dan bukanIssue No 89 // 27 APR , 2016
nya di dalam masjid, supaya dapat memantau aktiviti serangan Israel di kawasan luar masjid yang luasnya 144 ekar.” Tambahnya, kamera itu akan mendatangkan faedah undang- undang, politik, dan media dalam menentang serangan berterusan Israel ke atas Al-Aqsa, dengan cara merekodkan segala perbuatan mereka dan dijadikan bukti. Manakala, manfaat paling besar adalah menghubungkan Al-Aqsa dengan umat Islam di seluruh dunia, sekaligus meningkatkan simpati dan sokongan mereka terhadapnya. Menurut Ketua Menteri Jordan itu, Yahudi pada awalnya cuba menghalang perkara itu dengan cara mereka, namun masalah itu berjaya kami atasi. Dalam konteks berkaitan, Pemimpin “Gerakan Islam” di wilayah yang diduduki pada 48, Sheikh Raed Salah, menghargai tindakan kerajaan Jordan membatalkan pemasangan kamera, dan mengatakan bahawa “itu adalah keputusan yang betul oleh kerajaan Jordan.” Beliau berkata perubahan keputusan itu bersesuaian dengan pendirian kami di Al-Quds dan sekitarnya, begitu juga dengan orang- orang yang memberi peringatan tentangnya dulu, juga pejuang- pejuang kami. Sebaliknya, Pemimpin Parti “Al-Wafa’ Wal Islah” di wilayah yang diduduki pada 48, Hossam Abu Leil, berpendapat bahawa isu kamera ini “sangat membimbangkan bagi rakyat Palestin, terutama kepada pejuang-pejuang Masjid Al Aqsa, kerana ia akan digunakan untuk mengawal mereka, dan akan menjadi sejata kepada pejuang-pejuang, orang- orang yang beriktikaf dan orang-orang yang berkunjung ke Al-Aqsa. Abu Leil berkata, tindakan kerajaan Jordan menarik balik keputusan itu merupakan “langkah positif”, dan beliau menghargai perkara ini, dan menggesa Jordan untuk “mendapatkan kedaulatan penuh ke atas masjid Al Aqsa, dan menamatkan penjajahan Israel ke atasnya. WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 5
Al-Quds Weekly News
Issue No : 54
29th July, 2013
PENDATANG ISRAEL MENYERANG LAPANGAN MASJID AL-AQSA.. PERCUBAAN MELAKUKAN UPACARA KORBAN TALMUD SEMPENA PERAYAAN PASKAH
Pendatang- pendatang Israel pada hari Rabu (13/4) mengulangi serangan mereka ke atas Al-Aqsa dalam kumpulan- kumpulan kecil dan berulang- ulang melalui Pintu Al- Mugharabah, dengan kawalan ketat dari polis- polis Israel sendiri. Pekerja- pekerja masjid mengesahkan bahawa sebilangan pendatang membacakan petikan tentang mitos sejarah Haikal, dan mengkhususkan sejarah berkaitan Pintu Rahmah yang disebut dengan nama “Al-Hursh� yang terletak di antara Pintu Al-Asbath dan Tempat Solat Al-Marwani di Al-Aqsa. Pada hari Khamis (14/4) pula, sekumpulan pendatang lain didapati menyerang melalui Pintu Al-Mugharabah di bawah kawalan unit khas dan campur tangan pihak polis Israel yang mengiringi mereka sepanjang keberadaan mereka di sana. Manakala hari Ahad (17/4) menyaksikan sekumpulan pendatang dan tentera Israel berpakaian tentera dan menyerang Al-Aqsa juga melalui Pintu Al-Mugharabah, dan mencetuskan provokasi di sana. Namun, mereka ditentang oleh orang- orang yang berada di masjid dengan laungan takbir. Begitu juga dengan perlakuan seorang warga Israel yang cuba melakukan ritual keagamaan Talmud di kawasan Pintu Rahmah, sehinggakan polis Israel terpaksa mengeluarkannya dari masjid. Organisasi Haikal pada petang Isnin melakukan raptai upacara korban Paskah di kawasan penempatan Beit Orot di Bukit Zaitun di Kota Lama Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa, dengan penyertaan rabbi- rabbi besar Yahudi, seperti rabbi Arieh Syatron, rabbi Samoel Eliyahu, rabbi Yehuda Glick, Ori Syariki, anggota parti Likud Mickey Zohar dengan kawalan ketat dari polis dan tentera Israel. Termasuk dalam raptai itu adalah laungan- laungan menghalau orang- orang Islam dari Al-Aqsa dan mempercepatkan pembinaan haikal di sana sambil menggantung gambar- gambar Haikal dakwaan mereka berhampiran dengan kawasan upacara. Saluran Sembilan televisyen Yahudi mengadakan soal jawab berkenaan keberkesanan upacara ini, dan disertai oleh 681 orang. Sebanyak 70% orang bersetuju dengan keberkesanannya, manakala 30% lagi berkata bahawa belum sampai waktunya lagi untuk dilaksanakan. Hari Isnin (18/4) mencatatkan satu lagi serangan yang dilakukan ke atas Al-Aqsa melalui Pintu Al-Mugharabah dan dikawal ketat oleh polis dan tentera serta campur tangan tentera. Namun, ianya dihalang dengan laungan takbir oleh penduduk Palestin yang berada di masjid pada ketika itu. 6 |
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
Issue No 89 // 27 APR , 2016
Al-Quds Weekly News
SUMBER MEDIA: ISRAEL MEMBUNUH 12 ORANG RAKYAT PALESTIN DAN MEMUSNAHKAN 46 INFRASTRUKTUR AWAM DI JURUSALEM SEPANJANG SUKU PERTAMA TAHUN INI
Sebuah laporan dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Jurusalem di Kementerian Sumber Maklumat Palestin pada hari Rabu (13/4), melaporkan peningkatan serangan Israel di Jurusalem melalui pelbagai cara. Antaranya ialah, seramai 12 rakyat Palestin mati syahid termasuklah seorang kanak- kanak dan seorang ibu kepada 5 orang anak akibat ditembak dengan 3 butir peluru di kepala dan perut ketika sedang berjalan di Jalan Al-Wadi di Kota Lama Jurusalem. Malah, 12 mayat as- syahid itu masih kekal dalam simpanan Israel sejak 8/10/2015 sehingga 9/3/2016. Selain itu, kira- kira 46 infrastruktur awam telah dimusnahkan, dan kes perobohan didapati banyak berlaku di sekitar Silwan, Issawiya, dan Bukit Scopus. Israel turut menangkap 456 warga Palestin yang ada diantara mereka 16 orang wanita dan 216 orang kanak- kanak. Adapun, dalam aspek pencerobohan kawasan pula, sebanyak 18 keluarga dari keluarga besar ArRajabi di Silwan, diancam untuk dirampas tanah mereka yang telah diduduki sejak puluhan tahun lalu, dengan dakwaan ia adalah milik warga Yahudi dari Yaman sejak tahun 1881. Banyak retakan- retakan didapati di rumah- rumah dan jalan- jalan sekitar Wadi Hilwah dan Silwan akibat dari penggalian terowong- terowong bawah tanah. Beberapa orang pendatang juga didapati menulis slogan- slogan berbaur perkauman di dinding beberapa buah gereja dan sekolah milik Kristian Ortodoks. Menurut laporan lagi, pihak berkuasa Israel telah mengusir seramai 11 warga Palestin dari Masjid Al-Aqsa dalam tempoh 6 bulan, merampas 4 kad pengenalan, menyenaraikan puluhan nama rakyat Palestin di senarai hitam mereka yang mana dengan itu mereka diharamkan untuk mendapat hak- hak perlindungan kesihatan, keselamatan dan elaun. Ramai diantara mereka yang disenarai hitamkan merupakan wanita- wanita yang menjadi pejuang- pejuang Al- Aqsa kerana menentang serangan pendatang- pendatang Israel.
Issue No 89 // 27 APR , 2016
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 7
Al-Quds Weekly News
29th July, 2013
Issue No : 54
HUKUMAN PENJARA 9 BULAN KE ATAS SYEIKH RAED SOLAH Mahkamah Tinggi Israel pada hari Isnin (18/4) menolak rayuan untuk perbicaraan semula kes “Khutbah di Wadi Joz” yang mana beliau didakwa melakukan kesalahan menghasut orang ramai supaya melakukan keganasan. Namun begitu, beliau berjaya mendapat pengurangan tempoh hukuman iaitu penjara selama 9 bulan. Mahkamah menetapkan Syeikh Raed Solah dimasukkan Penjara Ramlah bermula pada 2/5/2016. Perbicaraan kes ini dikatakan telah bermula lebih dari 7 tahun lalu di Kota Jurusalem, ketika beliau menyampaikan ceramahnya di Wadi Joz selepas serangan Yahudi ditujukan kepada Negara- Negara Arab dan Issampai ke Pintu Mugharabah berhampiran dengan lam, katanya: “Al-Quds, bahkan rakyat- rakyat Palestin memerlukan kamu dari sudut politik Masjid Al-Aqsa. dan ekonomi. Kerana ia memerlukan pendirian Syeikh Raed menyifatkan hukuman ini sebagai kamu dalam isu ini, sedangkan setiap hari yang mengecewakan, dan ia merupakan percubaan pan- berlalu bagi mereka (rakyat Palestin) meninggaljang Israel bagi menghalangnya dari mempertah- kan luka yang dalam di hati mereka”. Adapun, ankan isu Jurusalem dan Al-Aqsa. Beliau berkata: wasiat yang ketiga ditujukan kepada dunia barat, “Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, me- katanya: “Sesungguhnya fakta mengenai kezalinyangka bahawa dengan tertangkapnya saya, akan man Israel bukan lagi satu perkara yang rahsia, berakhirlah isu kehadiran rakyat Palestin di Juru- bahkan amat memalukan bagi sesiapa yang mesalem dan isu berkenaan Haifa, Yafa dan wilayah- nyokong mereka. Justeru, sesiapa yang inginkan wilayah lain di situ. Akan tetapi, saya adalah keamanan di atas bumi ini, maka wajib baginya seorang rakyat yang menyedari tanggungjawab dan menyatakan pendirian dalam menyokong hak isu- isu yang berlaku, dan juga mengetahui peran- rakyat Palestin, dan menghentikan kezaliman ke an- peranan yang sepatutnya diambil.” atas mereka.” Dalam hal ini, Syeikh Raed bertindak menulis be- Kamal Khatib, timbalan pengerusi Gerakan Islam berapa wasiat. Yang pertamanya ditujukan kepada Palestin, mengecam hukuman yang dikenakan umat Islam di seluruh dunia, katanya: “Masjid kamu ke atas Syeikh Raed dan mengibaratkannya sebsemua iaitu Masjid Al-Aqsa memerlukan pertolon- agai politik bijak, dan bertepatan dengan ugutan gan kamu, untuk membebaskannya dari konspirasi- terang- terangan Netanyahu kepada Syeikh Raed konspirasi jahat Yahudi, lebih- lebih lagi percubaan yang disifatkan sebagai bom jangka. Netanyamereka untuk membahagi- bahagikannya diantara hu turut dikatakan menggesa agar Syeikh Raed kaum muslimin dan yahudi. Justeru, kalian perlu diusir dari Jurusalem. Kata Khatib lagi, tujuan bergerak pantas bersama Negara- Negara kamu bagi utama mereka adalah untuk mendiamkan Syeikh menyelamatkannya”. Manakala, wasiat yang kedua Solah dari berterusan mempertahankan Al-Aqsa. 8 |
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
Issue No 89 // 27 APR , 2016
Al-Quds Weekly News
ISU-ISU JURUSALEM, SEKATAN DAN PELARIAN MENCETUSKAN PERSIDANGAN PALESTIN- EROPAH (14)
Penganjur Persidangan Palestin- Eropah (14) yang akan diadakan di Bandar Malmo, Sweden pada 7 Mei akan datang, berkata bahawa mereka akan membincangkan beberapa isu Palestin yang penting dan perlu diselesaikan sesegera mungkin. Mereka menjelaskan yang beberapa fail akan dibuka dan dikaji, seterusnya mengkhususkan isu itu sepanjang persidangan. Ini membuktikan usaha bersungguh- sungguh institusi- institusi Eropah yang berjuang mempertahankan Jurusalem dan perlanggaran- perlanggaran yang menimpa mereka, pengepungan di Gaza, penderitaan pelarian Palestin di Syria, dan banduan- banduan Palestin di penjara Israel. Sementara itu, Yahya Abid, orang kuat persidangan itu, menjelaskan keutamaan untuk melipat gandakan usaha bagi mempertahankan saudara- saudara kita di Jurusalem, dan membawa isu itu ke peringkat antarabangsa, katanya sambil menambah yang Syeikh Ikramah Sobri, khatib masjid Al-Aqsa dan Mufti wilayah- wilayah di Jurusalem, akan turut serta menghadiri persidangan berikut bagi membawa bersama penderitaan rakyat Palestin dan semua isu- isunya. Selain itu, beberapa pembentang juga akan menayangkan dokumentari- dokumentari berkenaan penderitaan rakyat Palestin dengan pelbagai bahasa. Akhir sekali, beliau akan membawa delegasi Kesatuan Eropah (EU) melawat Kota Jurusalem untuk melihat sendiri perlanggaran hak- hak asasi manusia yang berlaku ke atas penduduk Palestin.
Issue No 89 // 27 APR , 2016
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
| 9
Al-Quds Weekly News
Issue No : 54
10 |
WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG
29th July, 2013
Issue No 89 // 27 APR , 2016