Bahasa issue 53 hi

Page 1

Al-Quds Weekly News

2 February 2015, Issue no 53

PIHAK BERKUASA ISRAEL MEROBOHKAN BEBERAPA BUAH RUMAH DI AL-QUDS

In This Issue YAHUDI BERHAK BERIBADAT DI TEMPLE MOUNT? SEBUAH REFERENDUM DIJALANKAN SEMPENA PILIHANRAYA R37 KES PENGUSIRAN DAN 253 KES TAHANAN RUMAH DIKENAKAN TERHADAP KANAK-KANAK BAWAH UMUR DI JURUSALEM.

Perancangan Pihak Perbandaran Israel untuk merobohkan 2 buah rumah milik 2 orang adik-beradik, Riyadh dan Muhammed Hasan Mazraa’wi yang berada di perkampungan Issawiya ,ditangguhkan selama 24 jam berikutan tentangan dari peguam mereka terhadap perkara itu.

Page 9 Monthly Calendar

Dalam berita lain pada pagi Rabu (21/1), sebuah rumah milik penduduk Jurusalem A’lyan Jalal Rabaya’h di kejiranan Bukit Scopus telah dirobohkan oleh jentolak milik Perbandaran Israel atas alasan dibina tanpa permit. Penduduk kawasan itu berkata, pihak berkuasa Israel telah mengancam untuk merobohkan 2 buah rumah lagi yang juga milik Jalal Rabaya’h. Mereka berkata, satu perbincangan akan diadakan pada hari Jumaat nanti untuk membincangkan tentang perobohan itu secara terperinci. Dalam waktu yang sama, jentolak Majlis Perbandaran Israel telah memulakan kerjanya untuk merobohkan bangunan kediaman 2 tingkat milik keluarga Mukhaimar, Al-Mashni dan Bisharah di perkampungan Shua’fat di Jurusalem dengan dakwaan yang sama, iaitu dibina tanpa permit. Sepertimana puluhan penduduk Bukit Scopus menghadirkan diri di hadapan Mahkamah Tinggi Israel sempena perbicaraan mengenai petisyen yang difailkan oleh rakyat menentang polisi Pihak Perbandaran Israel dan ancaman mereka untuk merobohkan beberapa buah rumah di kejiranan Al-Juma’h di wilayah itu. Sumber: Laman Web Palestin 48 Dan Pusat Berita Palestin bertarikh 21/1/2015 Issue No 53 // 2 February , 2015

Page 7

OUR EVENTS

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 1


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

YAHUDI BERHAK BERIBADAT DI TEMPLE MOUNT? SEBUAH REFERENDUM DIJALANKAN SEMPENA PILIHANRAYA (THE KNESSET) Sebuah organisasi pembinaan Haikal di Temple Mount telah mengadakan kaji selidik kepada semua parti-parti berlainan haluan yang terlibat dalam pilihanraya The Knesset, berkaitan pandangan mereka terhadap isu “hak Yahudi untuk beribadat di AlAqsa”. Terdapat empat soalan yang dipertanyakan, iaitu: 1) Adakah terdapat kemungkinan untuk membina jambatan tetap di kejiranan Mugharabah tanpa keizinan dari kerajaan jordan? 2) Adakah kamu menyokong kemungkinan untuk menaikkan bendera Israel di Temple Mount? 3) Adakah terdapat dalam manifesto pihak kamu menyokong kebebasan beragama bagi semua agama termasuklah Yahudi untuk beribadat di Temple Mount, dan adakah terdapat usaha dari pihak kamu untuk melakukannya selepas pilihanraya? 4) Adakah kamu menyokong untuk menyenaraikan Temple Mount sebagai salah satu dari tempat-tempat suci khusus untuk Yahudi? Sebagai tindak balas ke-

2 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

pada soal selidik itu, parti The Jewish Home berkata: “Sesungguhnya Temple Mount merupakan tempat paling suci bagi umat Yahudi di seluruh alam. Jadi sudah tentu mereka berhak untuk beribadat di situ tanpa sebarang diskriminasi dan halangan berunsur perkauman. Dan kami juga berjanji tidak akan berputus asa dalam mendapatkan hak Yahudi untuk beribadat di situ dan akan berusaha semampu mungkin dalam merealisasikan agenda itu dengan berhikmah dan mengambil kira sensiviti semua pihak.” Parti Kulanu di bawah pimpinan Moshe Ekhalon pula berkata, “Kami menyokong sepenuhnya agenda menyatu padukan kota suci ini dalam mana-mana perjanjian rangka kerja masa depan politik , bahkan kota lama Al-Quds ini adalah dibawah Kedaulatan Israel dan juga milik rakyat Yahudi dari sudut politik dan sejarahnya. Kami juga percaya kepada sebarang kemungkinan untuk membenarkan kebebasan beragama di tempat-tempat suci semua agama.” Adapun, parti berhaluan kiri seperti parti Meretz berpandangan bahawa sebarang perubahan dalam “status quo” di Masjid Al-Aqsa tidak boleh berlaku kecuali dengan persetujuan politik masa depan, sekaligus menunjukkan sokongan mereka terhadap hak Yahudi untuk beribadat di Temple Mount. Parti United Torah Judaism pula menganggap yang Temple Mount itu sememangnya merupakan salah satu tempat paling suci bagi masyarakat Yahudi, tapi dalam masa yang sama mengaitkannya dengan fatwa Rabbi-Rabbi Yahudi yang melarang masyarakat Yahudi dari beribadat di situ buat masa sekarang. Sumber: Laman Web Palestin 48 bertarikh 26/1/2015 Issue No 53 // 2 February , 2015


Al-Quds Weekly News

22 TUDUHAN TERHADAP SEORANG WARGA JURUSALEM YANG DIDAKWA MENYOKONG PENGGANAS DIDALAM PERANG GAZA Pendakwa Raya Israel , pada hari Rabu (21/1) telah mengemukakan dakwaan di Mahmakah Majistret di Jurusalem terhadap seorang pemuda Jurusalem berumur 38 tahun berhubung “Hasutan kepada keganasan dan sokongan terhadap organisasi pengganas” di laman facebooknya. Pihak pendakwa dengan persetujuan Peguam Negara memutuskan untuk memfailkan dakwaan terhadap tertuduh sebanyak 15 kesalahan “Hasutan terhadap kekerasan dan keganasan” dan 7 kes lain berkenaan sokongan kepada organisasi pengganas. Pendakwa raya juga memohon kepada mahkamah untuk melanjutkan tempoh penahanan tertuduh sehingga akhir prosiding undang-undang terhadapnya yang akan dipertimbangkan oleh mahkamah kemudian. Sumber: Laman Web Palestin 48 Bertarikh 21/1/2015

WARGA JURUSALEM MINTA PEMASANGAN KAMERA UNTUK MENGHALANG SERANGAN ISRAEL. Akhbar mingguan berbahasa Ibrani “Yerushalem” berkata, bahawasanya peningkatan serangan pelampau-pelampau Yahudi terhadap penduduk Beit Sofafa di bahagian tenggara Kota Suci Al-Quds, dalam kempen yang dinamakan “ Pengumpulan harta rakyat Palestin”, telah mendesak penduduk Jurusalem untuk meminta supaya dipasangkan kamera di pintu masuk dan keluar bandar itu. Minggu lalu menyaksikan sebuah serangan dilakukan oleh pihak pelampau Yahudi yang merosakkan 11 biji tayar kereta milik penduduk Palestin. Serangan demi serangan yang mensasarkan penduduk Palestin itu juga semakin meningkat, lebih-lebih lagi di pinggir Kota Al-Quds, sebahagian perkampungan-perkampungan dan bandar-bandar yang berdekatan dengan kawasan kependudukan Israel. Malangnya, perkara yang menyebabkan ketakutan kepada penduduk Palestin ini tidak diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa Israel,malah tiada tindakan tegas diambil terhadap para pelakunya. Sumber : Pusat Berita Palestin bertarikh 24/1/2015 Issue No 53 // 2 February , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 3


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

37 KES PENGUSIRAN DAN 253 KES TAHANAN RUMAH DIKENAKAN TERHADAP KANAKKANAK BAWAH UMUR DI JURUSALEM.

Menurut Hal Ehwal Penahanan dan Pembebasan, Isnin (26/1), jumlah kanak-kanak bawah umur yang dihukum buang daerah dari tempat tinggal mereka di Jurusalem mencecah 37 kes, manakala 253 kes lain dikenakan tahanan rumah. Dinyatakan dalam sebuah kenyataan akhbar, bahawa penahanan kanak-kanak di bawah umur di Jurusalem kini semakin meluas hingga melebihi angka 1500 kes sekaligus menjadikannya sebagai yang terbanyak dalam sejarah sepanjang beberapa tahun lalu. Mereka menunjuk kepada keputusan Mahkamah Tentera Israel yang mengenakan beberapa bentuk hukuman, termasuklah jaminan kewangan, tahanan rumah sepanjang tempoh tertentu, dan pengusiran dari bandar mereka ditemani oleh seorang ahli keluarga. Malah, Pihak Berkuasa Israel juga memaksa ibubapa kanak-kanak tersebut berikrar untuk tidak melanggar hukuman yang dikenakan itu ataupun mereka sendiri yang akan ditahan, dikenakan bayaran denda yang tinggi, dan kanak-kanak itu juga akan ditahan semula. Perkara itu menyebabkan ibubapa tiada pilihan lain melainkan terpaksa mengikut anak-anak mereka yang diusir itu keluar ke tempat pengusiran. Sumber: Agensi Berita Dan Maklumat Palestin “Wafa� bertarikh 26/1/2015

4 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 53 // 2 February , 2015


Al-Quds Weekly News

SHIN BET: PELAKU SERANGAN TERHADAP ORANG-ORANG ISRAEL MENGAKU MENYERANG KERANA TERKESAN DENGAN PERLAKUAN ISRAEL TERHADAP PENDUDUK GAZA DAN AL-AQSA.

Pihak Berkuasa Keselamatan Israel (Shin Bet) melaporkan bahawasanya pemuda Palestin daripada kem pelarian Tulkarm, Muhammed Hassan Matruk (23 tahun) memberitahu polis-polis Israel yang menyoal siasatnya bahawa dia telah melakukan serangan itu pada pagi Rabu (21/1) di bandar Tel Aviv, kerana terkesan dengan serangan Israel ke atas Gaza dan Masjid Al-Aqsa. Dia yang menyerang di Tel Aviv itu, ditembak di kakinya oleh pegawai keselamatan Israel sebaik sahaja turun dari bas setelah menyebabkan kecederaan kepada 15 orang warga Israel,dan 5 daripada mereka mengalami kecederaan parah. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 21/1/2015

LAPORAN PBB : ISRAEL MEMUSNAHKAN 77 BUAH RUMAH DI ALQUDS DAN TEBING BARAT SEPANJANG MINGGU LALU.

Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB Sabtu lalu (24/1), dipetik berkata, bahawasanya Kerajaan Israel telah menghancurkan 77 buah rumah penduduk Palestin di Tebing Barat dan Kota Al-Quds secara haram, sepanjang minggu lalu. Sumber itu juga menjelaskan bahawa sebahagian rumah yang dirobohkan itu merupakan rumah yang dibina oleh masyarakat antarabangsa sebagai perlindungan kepada keluarga-keluarga miskin Palestin. Dia menambah lagi, perbuatan ini (perobohan rumah-rumah) telah menyebabkan pengusiran dan perpindahan ramai penduduk. Ia juga secara automatiknya bercanggah dengan polisi undang-undang antarabangsa yang telah dipersetujui bersama Israel untuk tidak menyebabkan sebarang penderitaan dan tekanan kepada penduduk Palestin. Oleh itu, perlakuan itu hendaklah dihentikan segera dengan apa cara sekali pun. Menurut kenyataan itu lagi, jumlah rumah yang telah dirobohkan oleh Israel sepanjang tahun lalu mencecah 590 buah rumah dan mengakibatkan perpindahan secara terpaksa 1177 orang rakyat Palestin, sekaligus menjadikan rekod setahun itu saja, menyamai rekod beberapa tahun sebelumnya , sejak tahun 2008. Sumber: Laman Web Palestin 48 bertarikh 25/1/2015 Issue No 53 // 2 February , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 5


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

PERBICARAAN KES BUNUH SEORANG PEMUDA DI MAHKAMAH ISRAEL DISIFATKAN AYAHNYA SEBAGAI DRAMA SEMATA.

Mahkamah Daerah di Bandar Jurusalem pada hari Isnin (26/1), telah mengadakan sesi pendengaran saksi-saksi bagi kes pembunuhan seorang pemuda Palestin Muhammad Hussain Abu Khudair yang dibunuh oleh 3 orang warga Israel pada awal Julai tahun lalu. Ayah kepada pemuda tersebut (Hussain Abu Khudair) menjelaskan bahawa perbicaraan pada hari itu cuma dikhususkan kepada pendengaran saksi-saksi yang terdiri dari pihak polis dan pegawai perisikan Yahudi yang dikatakan menyoal siasat pembunuh-pembunuh itu sejak mula ditangkap. Ayahnya juga menyifatkan bahawa perbicaraan mahkamah itu seolah-olah seperti sebuah drama yang dilakonkan sahaja. Kerana perbicaraan hanya berkisar tentang percubaan peguam bela tertuduh mempersoalkan bukiti-bukti yang ditemui oleh pihak polis. Abu Khudair berkata: “Terdapat unsur perkauman yang sangat jelas dalam kes pembunuhan As-Syahid Muhammed. 6 bulan telah berlalu tanpa sebarang keputusan dari pihak mahkamah. Yang dilakukan hanyalah pembacaan dakwaan dan pendengaran saksi dari pihak polis dan pegawai perisik mereka sahaja. Sehingga sekarang masih tiada tanda-tanda hukuman terhadap pembunuh akan diputuskan.” Dia menambah lagi: “Kalaulah si tertuduh merupakan warga Arab Palestin, sudah tentu hukuman berat telah diputuskan keatasnya sejak dulu lagi tanpa sebarang penangguhan atau kelewatan. Sumber: Laman Web Palestin 48 bertarikh 27/1/2015

6 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 53 // 2 February , 2015


Al-Quds Weekly News

1 - 2 -2015

NTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM RAHMATAN LIL ‹ALAMIN IN CONJUCTION 12TH INTERNATIONAL YOUTH GATHERING .. - ABIM-

Issue No 53 // 2 February , 2015

OUR EVENTS 31 - 1 -2015

WITH JAKIM - 15320 RM FOR AL-QUDS CAMPAIGN

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 7


Al-Quds Weekly News

Issue No : 54

29th July, 2013

PERHIMPUNAN PALESTIN DI ITALI MENGUMUMKAN TARIKH FESTIVAL MEMPERTAHANKAN AL-AQSA KALI KE-16.

Himpunan Palestin di Itali mengumumkan bahawa mereka telah memilih tarikh 24 sehingga 26 April akan datang untuk mengadakan Festival Al-Aqsa Ke-16 di bandar-bandar utama di bahagian utara Itali, seperti: Brescia, Turin Dan Milan. Malah,mereka juga akan mengadakan siaran langsung sepanjang festival itu berlansung. Menurut sumber berita himpunan Palestin di Itali, festival ini bertujuan memupuk kesedaran awam dan juga merupakan amal kebajikan untuk Al-Aqsa. Dilaporkan ramai sosok-sosok elit yang pakar dalam hal ehwal Palestin akan dijemput. Beberapa acara dan pameran juga akan diadakan sepanjang festival, seperti pameran tentang Al-Quds, tembok-tembok dan benteng-bentengnya, juga tayangan ďŹ lem-ďŹ lem dokumentari tentang Al-Quds dan persembahan khas dari badan-badan kebajikan. Sumber: Pusat Berita Palestin bertarikh 25/1/2015

8 |

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

Issue No 53 // 2 February , 2015


Al-Quds Weekly News

Issue No 53 // 2 February , 2015

WWW.ALQUDSMALAYSIA.ORG

| 9


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.