General Surgery Post-op Care (Malay)

Page 1


Penjagaan Selepas Pembedahan Am

Bilakah saya perlu mendapatkan rawatan perubatan?

• Demam 38°C dan ke atas

• Kemerahan/bengkak di luka

• Nanah putih/kuning yang berlebihan atau pendarahan dari luka

• Luka terbuka semula

• Dapatkan nasihat perubatan dengan segera di poliklinik/ jabatan kecemasan terdekat sekiranya anda melihat sebarang kelainan

Menjaga luka anda

• Sila pastikan pembalut anda bersih dan kering

• Anda boleh mandi seperti biasa kerana pembalut luka lutsinar adalah kalis air

• Jangan kupas, gosok atau rendamkan pembalut di dalam air

• Pembalut boleh ditanggalkan 2 hingga 3 hari selepas pembedahan anda (kecuali diarahkan sebaliknya oleh doktor anda)

• Jika pad pembalut menjadi basah, kotor atau longgar, pergi ke poliklinik atau GP terdekat untuk menukar pembalut

• Jahitan biasanya ditanggalkan 14 hari selepas pembedahan (kecuali diarahkan sebaliknya oleh doktor anda)

• Dilarang merokok

• Makan lebih makanan yang sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan

• Jangan berenang atau berendam dalam air berklorin

• Jangan sapu sebarang krim, losyen, larutan, ubat topikal atau solekan pada luka

• Jangan kenakan tekanan pada kawasan yang dibedah dan tidur pada sebelah badan yang tidak dibedah

Luka yang tidak normal:

Kemerahan
Pendarahan
Luka terbuka Bengkak
Nanah/cecair berlebihan
Lebam
Jahitan terbuka / hilang

Penjaangan luka dan pembalut:

Pastikan kering & bersih

Tukar pembalut jika pad basah

Pendarahan sederhana juga normal

Untuk pastikan selamat, tutup dengan plastik semasa mandi

Tompok darah adalah biasa

Pergi ke GP atau Poliklinik jika pendarahan yang berlebihan

Pengurusan kesakitan

• Selain memberikan kelegaan kesakitan, anestesia akan mengakibatkan kebas, lemah atau kesemutan selepas pembedahan

• Sensasi (deria rasa) akan kembali secara perlahan-lahan selepas 6-10 jam

• Jika kebas atau kelemahan serius berterusan melebihi 24 jam, sila laporkan kepada klinik GP terdekat atau jabatan kecemasan

• Ambil ubat tahan sakit anda sebagaimana yang diarahkan

• Elakkan minum alkohol sepanjang tempoh pengambilan ubat anda

• Ambil ubat anda dari farmasi

Janji temu susulan

• Pakar bedah anda akan menyemak pemulihan anda dalam masa 1-2 minggu untuk laporan histologi dan untuk membincangkan pelan rawatan jika perlu

• Pelayan Perkhidmatan Pesakit kami di kaunter depan utama AdMC akan mengaturkan tarikh janji temu anda semasa keluar hospital

• Hadiri janji temu anda sebagaimana dijadualkan. Jika anda terlepasnya, hubungi kami untuk menjadualkan semula janji temu

• Janji temu susulan dijalankan di Klinik Pesakit Luar Pakar Menara C KTPH atau Klinik Tingkat 3 Pusat Perubatan Admiralty

Tempat mendapatkan rawatan perubatan: Anda boleh menghubungi talian utama kami di 6555 8000 untuk bantuan semasa waktu pejabat.

Sekiranya berlaku sebarang kecemasan selepas waktu pejabat, sila terus pergi ke Jabatan Kecemasan.

Yishun Health is a network of medical institutions and health facilities of the National Healthcare Group in the north of Singapore. It comprises Khoo Teck Puat Hospital, Yishun Community Hospital and community extensions such as Admiralty Medical Centre and Wellness Kampung. Khoo Teck Puat Hospital • (65) 6555 8000 • www.ktph.com.sg Yishun Community Hospital • (65) 6807 8800 • www.yishuncommunityhospital.com.sg

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.