Pencegahan & Pengurusan Kecederaan Akibat Tekanan Siri Penjagaan Luka “Nenek saya telah diserang strok dan terpaksa berbaring di katil sahaja selepas keluar dari hospital. Pada suatu pagi, kami nampak tanda merah di tumitnya apabila kami menyarung baju nya. Doktor berkata bahawa ia merupakan tanda awal kecederaan akibat tekanan. Oleh itu, kami membeli kusyen sendal untuk diletakkan di kakinya apabila nenek berbaring di katil. Kami juga memusingkan badannya dengan lebih kerap dan menyapu pelembab di kakinya sekali sehari.� Apakah ia? Kecederaan akibat tekanan juga dikenali sebagai, luka tekanan atau ulser dekubitus. Ia merupakan kecederaan kulit dan juga tisu yang lebih dalam di bawah kulit.
Ia sering kali berlaku pada bahagian punggung, di belakang badan dan tumit. Apakah yang menyebabkannya? Kecederaan akibat tekanan berlaku apabila pesakit berada diposisi berbaring atau duduk pada masa yang berpanjangan. Ini akan menyekat bekalan darah ke bahagian yang terjejas dan menyababkan kerosakkan pada kulit dan tisu. Apakah tanda-tandanya? Ia biasanya bermula apabila bahagian tisu menjadi lembut, merah dan hangat yang menyakitkan. Jika tidak dirawat, kecederaan bertukar menjadi ulser dengan cepat dan ia menjadi lebih mendalam. Jika ulser dijangkiti kuman, ia akan menyebabkan masalah yang serius.
Siapakah yang berisiko mendapat Kecederaan akibat Tekanan? Anda berisiko mendapat kecederaan akibat tekanan jika anda •
Banyak menghabiskan masa di atas katil atau di kerusi.
•
Tidak dapat merasa sakit atau sensasi yang berkurangan di bahagian yang terjejas.
•
Sering diheret di atas katil. Ini menyebabkan geseran yang boleh menyebabkan kulit lembut terluka.
•
Tidak mendapat cecair dan protein yang mencukupi dalam diet anda.
•
Tidak dapat mengawal buang air besar atau buang air kecil.
•
Pernah mendapat kecederaan akibat tekanan sebelum ini.
•
Berumur lebih daripada 65 tahun dan mempunyai faktor risiko yang lain.
•
Mempunyai peredaran darah yang tidak baik yang disebabkan oleh masalah perubatan seperti kencing manis, obesiti, merokok, strok dan/atau kecederaan saraf di bahagian tulang belakang.
Bilah Bahu Siku Tulang ekor
Pinggul
Belakang kepala
Tumit
Depan tapak kaki
Tulang Siku Tulang Pinggul kipas ekor
Tumit
Cara Mencegah Kecederaan Akibat Tekanan Semasa Berbaring •
Letakkan sebiji bantal di bawah sendi (bahagian banyak bertulang) untuk melindungi bahagian tersebut.
•
Beralih ke sebuah kerusi dengan sokongan yang cukup untuk bahagian bawah badan anda.
•
Letakkan sebiji bantal atau kusyen di antara lutut dan buku lali untuk menghalang keduaduanya tergesel antara satu sama lain.
•
Letakkan kusyen sendal di bawah betis untuk menjauhkan tumit dari katil ataupun biarkan tumit keluar melebihi tepi tilam.
•
Jangan berbaring di bahagian tulang punggung.
•
•
Jangan naikkan bahagian kepala katil lebih daripada 30 darjah.
Jangan letakkan bantal di bahagian belakang lutut kerana ini boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki.
<30°
Cara Mencegah Kecederaan Tekanan Semasa Duduk Lakukan peralihan berat badan dengan bersandar pada bahagian tepi dan hadapan. Angkat kaki anda dan naikkan badan anda, apabila anda telah duduk atau berbaring untuk satu tempoh masa yang panjang.
Periksa Kulit Anda • Periksa kulit anda sekurangkurangnya dua kali sehari untuk kemerahan, lebam, ruam, kekeringan, bengkak, rekah, skab dan lepuh. •
Beri perhatian khusus kepada bahagian di mana tekanan boleh terbentuk terutamanya bahagian yang banyak bertulang.
Jika anda sukar untuk melihat sesetengah bahagian • Gunakan cermin dengan pemegang yang panjang. •
•
Minta pertolongan seseorang untuk memegang cermin semasa memeriksa bahagian kulit.
•
Gunakan pembalut luka khas, kusyen, tilam atau katil untuk mengagihkan semula tekanan dan melindungi kulit anda daripada kecederaan.
•
Sentiasa mengangkat pesakit dengan cara yang betul apabila memindahkan mereka antara katil dan kerusi.
•
Elakkan daripada menarik dan mengheret semasa menukar posisi atau ketika bertukar tempat dari katil ke kerusi dan sebaliknya.
•
Pastikan kulit bersih, kering dan sihat.
•
Periksa kulit anda sekurangkurangnya dua kali sehari.
•
Sapu krim pelindung di bahagian punggung atau kelengkang untuk menghindari kulit daripada air kencing atau najis.
•
Sapu krim atau losen untuk melembapkan kulit kering.
•
Makan diet yang sihat dan seimbang dan minum air yang mencukupi.
•
Berhenti merokok.
Dapatkan bantuan untuk memetik gambar dibahagian yang anda tidak dapat melihat.
Bagaimanakah Saya Menjaganya? • Tukar posisi setiap 2 jam atau lebih kerap lagi apabila berada di katil, dan sekurang-kurangnya tiga kali sejam apabila sedang duduk.
Yishun Health is a network of medical institutions and health facilities in the north of Singapore, under the National Healthcare Group. Admiralty Medical Centre • (65) 6807 8000 • www.admiraltymedicalcentre.com.sg Khoo Teck Puat Hospital • (65) 6555 8000 • www.ktph.com.sg Yishun Community Hospital • (65) 6807 8800 • www.yishuncommunityhospital.com.sg The information is correct at the time of printing and subject to revision without further notice.
IP.PE.63M.0717