1 minute read
Cadangan Penulis Bagi Membanteras Rasuah Langkah Mewujudkan Mata Pelajaran Pendidikan “Bahaya Rasuah” Dari Kecil Bermula Tadika, Sekolah Rendah, Menengah Hinggalah Ke Universiti
orang-orang yang rapat dengan istana yang berleluasa melibatkan diri dalam isu rasuah? Apakah tidak mungkin juga warga si Kitol memainkan peranan yang besar dan membantu mengutip cukai serta memberikan sogokan kepada orang-orang kepercayaan Sultan supaya tidak melaporkan kepada Sultan. Ketika itu Melaka terkenal sebagai pelabuhan perdagangan dan dikenali oleh orang-orang Eropah, China, India dan Arab. Contoh yang mudah untuk difahami ialah hasil yang diperolehi 100 peratus perlu diberi kepada Raja sebanyak 40 peratus. Oleh itu rakyat tidak puas hati hingga menyebabkan Melaka bergolak dan tidak aman. Maka dengan mudah Portugis dapat menjajah Melaka selama 130 tahun. Apakah rakyat sekarang mahukan peristiwa seperti itu berulang lagi?
CADANGAN PENULIS BAGI MEMBANTERAS RASUAH. LANGKAH MEWUJUDKAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN “BAHAYA RASUAH” DARI KECIL BERMULA TADIKA, SEKOLAH RENDAH, MENENGAH HINGGALAH KE UNIVERSITI
Advertisement
6. Buku ini ditulis dengan penilaian berdasarkan perspektif Islam yang memandang keji perbuatan dan amalan rasuah di kalangan masyarakat pada hari ini. Peliknya seorang Muslim ketika masuk ke kedai bersama anaknya untuk membeli coklat pasti akan melihat atas dan ke bawah bungkusan coklat, tercari-cari tanda halal. Mereka takut terkandung di dalamnya unsur babi, begitu juga produk-produk lain buatan orang bukan Islam atau restoran-restoran bukan Islam seperti restoran Baba, Nyonya dan seumpamanya. Begitulah telitinya orang kita dalam urusan pemakanan agar terhindar daripada unsur babi. Bahkan ada yang termakan menjolok-menjolok tekaknya untuk dikeluarkan kembali apa yang telah ditelan. Malangnya dalam isu rasuah perkara ini dipandang sepi, tidak diselidiki, tidak diambil berat. Persoalannya kenapa semua perkara ini berlaku? Pada saya sebabnya mudah, kerana tiada didikan awal, ibarat “melentur buluh biarlah dari rebungnya” bukan dari buluh yang sudah mengeras. Oleh itu cadangan penulis kepada kerajaan eloklah satu silibus “bahaya rasuah” diajarkan pada peringkat sekolah rendah hingga ke sekolah menengah untuk memberikan kesedaran kepada anak-anak seawal usia mereka. Begitu juga pada peringkat universiti, silibus yang sama perlu diperkenalkan sebagai subjek wajib yang perlu diambil oleh semua mahasiswa/mahasiswi sebelum “graduate” kerana mereka akan menggalas tugas selaku pembuat dasar pada
5