7 minute read

Penyakit Sihir Atau Buatan Orang Apakah Doktor Pakar Boleh Mengubatinya?

PENYAKIT SIHIR ATAU BUATAN ORANG APAKAH DOKTOR PAKAR BOLEH MENGUBATINYA? Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Sihir adalah istilah yang merujuk kepada amalan jahat manusia yang dibantu atau disokong oleh jin-jin terdiri daripada iblis dan syaitan, yang dilakukan secara tersembunyi dan rahsia. Firman ALLAH SWT surah Al-Jin ayat 6 maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”. Walaupun kesan sihir ini tidak boleh dibuktikan dengan akal dan teknologi sains bagaimana perkara tersebut boleh berlaku, namun hakikatnya sihir adalah amalan yang wujud semenjak dari dahulu kala. Hatta Nabi Muhammad SAW sendiri diuji dengan sihir yang dihantar oleh seorang Yahudi bernama Labid bin al-‘Asam dari Bani Zuraiq. Peristiwa tersebut berlaku selepas peperangan Khaibar di mana ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi yang terkenal dalam kalangan mereka bernama Labid bin al-‘Asam, bertujuan untuk melakukan sihir ke atas Nabi SAW. Dengan kerjasama daripada seorang budak Yahudi yang juga khadam Nabi SAW, mereka telah mencuri sikat rambut Nabi SAW yang masih terdapat helaian rambut Nabi SAW pada giginya. Tukang sihir tersebut membuat patung berupa Nabi SAW daripada lilin, lalu ditikam dengan 11 bilah jarum dan disimpul dengan 11 ikatan. Kemudian patung tersebut dicampakkan ke dalam telaga keluarga Zarwan yang sering dikunjungi oleh Nabi SAW untuk mandi. Ketika Nabi SAW mandi di telaga tersebut dengan izin ALLAH SWT ditakdirkan Baginda SAW terkena sihir tersebut. Islam memandang serius terhadap perbuatan dan amalan sihir. Hal ini dapat dibuktikan apabila kesalahan dan kepercayaan terhadap sihir merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar dalam Islam yang melibatkan isu aqidah. Pengamal sihir bertentangan dengan ajaran agama Islam dan pelakunya terpesong aqidah kerana menyekutukan ALLAH SWT dengan makhluk lain sedangkan yang memberikan bekas dan kesan hanyalah ALLAH SWT semata-mata. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 48 yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan

Advertisement

248

sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan ALLAH SWT (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar”. Dalam ayat lain dalam surah Luqman ayat 13 firman ALLAH SWTyang bermaksud : “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan ALLAH SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. Apa yang mendukacitakan masih ada masyarakat Melayu yang percaya hal karut marut termasuk mempercayai bomoh dalam era zaman moden dan kecanggihan teknologi maklumat. Menurut Kamus Dewan, bomoh merujuk kepada secara tradisional atau secara kampung dan jampi-jampi. Berbomoh pula adalah menggunakan khidmat bomoh, pawang atau dukun untuk berubat, menyihir atau mencelakakan orang. Malangnya masih terdapat di kalangan masyarakat Islam, jika menghadapi sesuatu masalah atau penyakit akan pergi berjumpa bomoh yang kononnya boleh merawat penyakit berkenaan dengan cara jampi-jampian. Ramalan berbomohan dianggap akan dapat membantu menyelesaikan masalah kehidupan seperti merawat penyakit, mendapatkan barangbarang hilang, inginkan pangkat dan kedudukan, digeruni dan nampak hebat, nampak cantik, ilmu penunduk isteri atau suami dan bermacam-macam lagi. Sedarkah kita bahawa semua perbuatan tersebut adalah dilarang dan menyebabkan syirik yang tidak diampun oleh ALLAH SWT. Dalam sebuah hadis riwayat Abdullah bin Masud RA katanya saya telah mendengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya jampi, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik”. [Riwayat Ibnu Majah]. Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Jauhilah tujuh dosa yang membinasakan. Para sahabat bertanya: wahai Rasulullah, apakah ia? Rasulullah menjawab, ‘Syirik terhadap ALLAH SWT, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh ALLAH SWT kecuali dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari ketika peperangan, menuduh Wanita (muhsanah) yang tidak bersalah dengan berzina.” [Riwayat al-Bukhari]. Adapun berjumpa tukang sihir termasuk bomoh bertujuan memintanya mengubati sihir adalah haram. Ini kerana apabila seseorang pergi menemui seorang tukang sihir untuk mengubati sihir yang dihadapi perbuatan tersebut membawa kepada

249

pergantungan kepada selain daripada ALLAH SWT yang boleh membawa kepada syirik. Menurut Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fatawa al-Mu’asirah diharamkan untuk pergi kepada tukang sihir sama ada untuk melakukan sihir atau pengubatan sihir. Maka semua itu sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis Nabawi adalah salah satu jenis syirik kepada ALLAH SWT kerana ia adalah keyakinan dengan mengetahui yang ghaib atau pengubatan penyakit melalui perantaraan selain ALLAH SWT. Lebih bahaya lagi sesiapa yang bertemu tukang sihir hanya untuk bertanya dan tidak mempercayainya maka solatnya tidak akan diterima selama 40 malam. Perkara ini ditegaskan dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama 40 malam” [Riwayat Muslim]. Umumnya Islam tidak melarang sesuatu ilmu atau amalan selagi tidak bercanggah dengan hukum dan batas-batas yang telah digariskan, namun sekiranya amalan tersebut bercanggah dengan hukum yang digariskan syariat maka kita ditegah melakukan demikian dan mengamalnya. Seperti mana firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh ALLAH SWT (al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)”, mereka menjawab: “Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya”. Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?”. [al-Maidah 104] Oleh itu, dalam Islam amalan sihir tergolong dalam kategori jenayah Qisas dan sebahagian para ulama menyatakan sihir termasuk dalam kategori hudud kerana kesannya merangkumi semua jenayah hudud yang telah disepakati oleh para ulama. Jumhur ulama daripada kalangan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali menyatakan bentuk hukuman terhadap tukang sihir adalah pelakunya wajib dibunuh dengan cara dipenggal lehernya menggunakan pedang. Ini kerana perbuatan mempelajari dan mengamalkan ilmu hitam ini akan menyebabkan mereka menjadi kafir. Manakala menurut mazhab Syafie amalan sihir oleh penyihir membawa kepada kekufuran, tukang sihir tersebut menjadi kafir dan seterusnya murtad. Oleh itu, hukuman kepada penyihir adalah sama seperti hukuman yang dijatuhi ke atas orang yang murtad, kecuali mereka bertaubat. Namun demikian, dalam dunia yang serba canggih pada hari

250

ini dengan teknologi dan kemajuan ilmu kedoktoran umat Islam khususnya perlu lebih berhati-hati daripada mengaitkan setiap penyakit yang tidak dapat ditemui puncanya oleh para doktor sebagai disampuk sihir. Ini kerana masyarakat kita sering beranggapan penyakit aneh dan misteri yang telah melalui pelbagai ujian seperti Pengimbas Imej Magnetik (MRI) namun tiada pengesahan penyakit sebenar dinyatakan maka pesakit tersebut dianggap terkena sihir. Penulis melalui pengalaman peribadi berhadapan dengan satu situasi pesakit yang mana pesakit tersebut mengalami simptom sesak nafas berkali-kali ketika berada di rumah, namun apabila dirujuk kepada doktor pakar hospital beberapa kali simptom tersebut tidak ada. Keadaan ini menyebabkan ahli keluarga pesakit beranggapan bahawa pesakit disihir orang. Atas nasihat seseorang pesakit ini dipindahkan ke hospital lain akhirnya doktor pakar di hospital tersebut dapat mengenal pasti pesakit tersebut sebenarnya mengalami blood clot (darah beku)di kakinya. Kebiasaannya blood clot berlaku di otak (kepala). Jelas di sini tidak semua penyakit aneh disebabkan perbuatan sihir akan tetapi ketentuan ALLAH SWT yang telah mengatur perjalanan hidup manusia. Apabila tiba masanya kita kena pasrah, berusaha mencari penawar, pergi ke hospital berjumpa doktor dan mengelakkan daripada membuat tuduhan melulu. Suatu ketika dahulu, jika seseorang secara tiba-tiba mengalami kekejangan otot sehingga menggelupur seperti robot kehabisan bateri orang ramai beranggapan terkena sihir, sedangkan ianya merupakan suatu simptom di mana orang tersebut sebenarnya menderita sejenis penyakit yang bernama epilepsy (sawan). Lebih melucukan lagi, ada kalanya tersalah menjamah makanan seperti kulat tertentu menyebabkan orang yang mengambilnya akan mengalami gejala seperti sakit otot, muntah-muntah, halusinasi, serta kulit kelihatan seperti dicakar. Justeru itu, perbuatan menyandarkan suatu penyakit mistik kepada unsur sihir atau buatan orang yang biasanya berlaku disebabkan persaingan perniagaan dan lain-lain, perlu berhati-hati dan diperhalusi supaya tidak terkeluar daripada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (al-Asya’irah dan al-Maturidiah). Jika benar sekalipun penyakit tersebut akibat buatan orang, sebagai orang yang beriman kepada ALLAH SWT kita wajib meyakini bahawa ALLAH SWT yang mendatangkan penyakit tersebut dan ALLAH SWT juga penyembuh kepada semua jenis penyakit. Kita juga wajib meyakini bahawa setiap penyakit ada ubatnya dan kuasa penyembuh penyakit itu adalah dengan kekuasaan ALLAH SWT sahaja. Ubat tidak menyembuhkan penyakit tetapi merupakan penyebab

251

bagi kesembuhan, seperti mana firman ALLAH SWT dalam surah al-Syu’ara’ ayat 80 yang bermaksud: “Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku”. Segala sesuatu hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT, Nabi Musa AS bertubi-tubi disihir oleh Firaun laknatullah alaihi tetapi tidak memberikan sebarang kesan kerana tidak diizinkan oleh ALLAH SWT. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Ikhlas ayat 2 bermaksud: “ALLAH Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (doa)”.

Doktor sedang merawat pesakit.

252

This article is from: