4 minute read

Haram Menolak Pengambilan Vaksin

HARAM MENOLAK PENGAMBILAN VAKSIN Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Petugas kesihatan memasukkan cecair vaksin Covid Pfizer-BioNTech menggunakan picagari khas ‘Low Dead Volume’ (LDV) pada Program Imunisasi Covid di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.

Advertisement

Mana-mana pihak, individu, agamawan, ilmuan yang menolak dan mempertikaikan arahan kerajaan Pusat dalam masalah Covid yang menyebabkan masyarakat keliru sekiranya berlaku malapetaka dan kehilangan jiwa, apakah menolak perkara tersebut hukumnya haram dan berdosa? Apakah mereka nanti tidak akan dipersoalkan di hadapan ALLAH SWT? Bagi mereka yang menolak vaksin sehingga mereka mati, apakah tidak dianggap membunuh diri? Bukankah hukum membunuh diri adalah haram? Pengambilan vaksin di Malaysia, pandangan peribadi sebahagian ilmuan dan agamawan bercelaru, masyarakat jadi keliru.

1. Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum

253

penggunaan vaksin Covid adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.

2. Pandangan saya, keputusan itu adalah selari dengan dalil ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

“...Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan....” Begitu juga dengan dalil daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh memberikan mudarat kepada orang lain.” (Maksud hadis

riwayat Ibn Majah)

3. Daruriyyat (keperluan yang mendesak dan kritikal) menurut ulama bersandarkan kepada Maqasid Syariah iaitu tujuan yang dikehendaki syara’ dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan umat manusia merangkumi lima perkara - agama, nyawa, akal, harta, dan keturunan.

4. Apa yang berlaku di dunia termasuk Malaysia pada hari ini termasuk dalam bab darurat disebabkan kebimbangan kehilangan jiwa dengan bukti dan sandaran yang kukuh. Setiap urusan agama dibina atas lima perkara tersebut dan hanya memeliharanya sahajalah, maka segala urusan individu dan masyarakat akan berjalan dengan baik.

5. Para ulama telah membuat ketetapan, wujudnya tertib antara lima jenis keutamaan tersebut iaitu kepentingan agama diletak pada kedudukan tertinggi dan lebih utama daripada kepentingan nyawa, sementara kepentingan nyawa mestilah diutamakan daripada kepentingan akal dan seterusnya.

6. Dalam situasi genting, kepentingan nyawa manusia sudah menjadi keutamaan dalam urusan agama bagi memelihara kesinambungan generasi dan kelangsungan umat manusia. Dalam situasi tersebut, ALLAH SWT mewajibkan untuk memakan atau meminum sesuatu yang asalnya haram dalam keadaan yang memudaratkan nyawa bagi menjamin keselamatan nyawa.

7. Menurut Dr Wahbah al-Zuhaily dalam kitab Mausu’ah al-Fiqh al-Islamy, pendapat itu merupakan kesepakatan semua ulama

254

dalam mazhab empat yang muktabar iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Bahkan mana-mana pihak yang tidak berbuat demikian kemudian menemui ajal, ia dianggap berdosa dan dipersoalkan di hadapan ALLAH SWT. Dalilnya bersandarkan firman ALLAH SWT ayat 115 surah al-Nahl yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH SWT hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah, dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana ALLAH SWT, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa), sesungguhnya ALLAH SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani?”

8. Darurat dalam ayat di atas bermaksud jika tidak ada makanan lain yang halal melainkan kategori tersebut maka wajib dimakan untuk kelangsungan hidup sahaja. Dalam erti kata lain sekiranya berada dalam keadaan darurat dan pada masa yang sama makanan halal yang masih ada walaupun sedikit dan makanan yang haram seperti babi atau bangkai juga ada dengan kuantiti lebih besar maka mendahulukan yang halal itu adalah wajib.

9. Dalam kes Covid yang sedang melanda dunia umat Islam bernasib baik kerana tidak perlu untuk mendapatkan vaksin daripada sumber haram disebabkan vaksin halal boleh didapati dengan mudah, namun yang menjadi persoalannya adalah kesanggupan penerima vaksin secala sukarela untuk diberikan dua dos suntikan dengan memberikan alasan seperti tidak wajib, takut kesan sampingan, utamakan orang lain dahulu, tidak bersedia dan lain-lain alasan.

10. Jika tiada vaksin alternatif yang suci lagi halal, sekalipun dalam keadaan mendesak sekarang, maka vaksin yang ada unsur haram dibenarkan kerana menjaga nyawa atau 'hifz al-nafs' adalah antara objektif syariah.

11. Situasi darurat meletakkan semua rakyat wajib patuh kepada arahan pemerintah walaupun perkara tersebut perlu dilaksanakan secara paksa kerana keputusan pemerintah mengambil kira kepada kesejahteraan rakyat jelata. Firman

255

ALLAH SWT dalam surah al-Nisa ayat 59 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah ALLAH taatilah Rasul (Muhammad) dan Ulil Amri (pemegang kekuasaan) di antara kamu.”

12. Oleh yang demikian, sebarang arahan yang dikeluarkan oleh pemerintah yang merupakan suatu kemakrufan, kebaikan dan mendatangkan maslahat kepada rakyat, sama ada arahan tersebut disukai oleh kita atau tidak, maka wajib hukumnya patuh kepada arahan tersebut. Jika menolak hukumnya adalah berdosa dan jika berlaku malapetaka yang tidak diingini siapa yang bertanggungjawab?

13. Justeru, mana-mana pihak yang menentang atau menolak arahan pemerintah akan dipersoalkan di hadapan ALLAH SWT kerana perintah ALLAH SWT jelas arahan pemerintah itu wajib dipatuhi demi maslahat umum. Maka, menerima vaksin dengan arahan pemerintah sudah menjadi wajib, malah hukumnya bukan lagi fardu kifayah.

14. Penerima vaksin tidak perlu ragu dan bimbang kerana vaksin vaksin tersebut terhasil daripada kajian mereka yang berkeahlian, pakar dalam bidang perubatan dan sememangnya agama menganjurkan untuk merujuk kepada mereka yang ahli dalam sesuatu bidang. Ibarat orang yang sakit jantung perlu merujuk kepada doktor pakar jantung bukan pakar dalam ortopedik atau berjumpa dengan tabib tradisional terlebih dahulu.

15. ALLAH SWT mengingatkan kita dalam dua ayat berbeza surah al-Anbiya ayat 7 dan surah al-Nahl ayat 43 yang bermaksud: “Oleh itu bertanyalah kamu kepada mereka yang pakar yang berpengetahuan dalam bidang masing masing jika kamu tidak mengetahui.”

16. Pengambilan vaksin ini bertujuan untuk mencapai 80 peratus kelompok komuniti (herd community) bagi mengelak peratusan jangkitan.

256

This article is from: