7 minute read

Adab Seorang Penceramah Dalam Majlis Ilmu

ADAB SEORANG PENCERAMAH DALAM MAJLIS ILMU Oleh Datuk Mohamad Din bin Yusoh

Saya mula belajar di Sekolah Menengah Arab Al-Junid, Singapura pada awal tahun 60an dan Insya-ALLAH pada 25 November 2017 nanti Alumni Al-Junid akan mengadakan perayaan sempena 90 tahun Sekolah Menengah Arab Al-Junid ditubuhkan. Saya akan turut ke sana pada hari tersebut. Sekolah ini 100 peratus mata pelajarannya diajar dalam Bahasa Arab, ilmu hisab diajar dalam Bahasa Arab sebab ada kaitan dengan mata pelajaran ilmu faraid, mata pelajaran bahasa Inggeris diajarkan juga. Pada peringkat awal lagi pembelajaran dititikberatkan dari segi Nahu dan Saraf bahasa Arab. Pelajar-pelajar yang datang belajar di Al-Junid ini adalah datangnya dari Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Negara Brunei. Guru-guru atau ustaz-ustaznya pula adalah dari Singapura berbangsa Melayu dan Arab. Ada juga guru yang didatangkan dari Al-Azhar, Mesir. Ketika itu gaji guru / ustaz adalah di antara 70 hingga 80 Dolar Singapura sebulan; berbanding dengan pendapatan penghantar surat ‘despatch’ pun bergaji 120 Dolar Singapura, sebulan. Untuk memperolehi pendapatan tambahan, guru-guru atau ustaz-ustaz ini akan mengajar kuliah Maghrib atau Subuh di masjid. Begitu gigih ustaz-ustaz mengajar kami pada masa itu. Pelajar di Al-Junid tidak dibenarkan bercakap bahasa Melayu. Ada jasus atau pengintip yang memerhati dan akan membuat report jika bercakap bahasa Melayu. Kalau tertangkap dan dilaporkan kepada pihak mudir, pelajar akan dikenakan makan jadam. Begitulah sistem di Sekolah Menengah Arab Al-Junid dari dulu lagi. Saya teringat kata-kata Ustaz Muhamad Ziad kepada saya iaitu ‘Apabila keluar dari Sekolah Menengah Al-Junid, bergiatlah dalam dakwah di mana saja dan mengajarlah di masjid-masjid di mana sahaja, supaya ilmu kamu sentiasa berada dalam dada kamu, tak akan hilang’.

Advertisement

Beliau membawa syair Arab –

Maknanya, ilmu tanpa amalan seumpama pokok tidak berbuah.

243

Beliau juga menambah syair sendiri –

Bermakna, ilmu tanpa amalan seperti makan tanpa sambal.

Katanya lagi, pendakwah atau ulama mesti ada lima sifat berikut, yang diambil dari Kitab Ihya Ulumiddin, iaitu pendapat Imam al-Ghazali:

i. Abid; ii. Zuhud; iii. Ikhlas; iv. Akhlak ulamak dan pendakwah; menjadi ikutan kepada murid v. Mendapat keredaan ALLAH SWT semasa berdakwah.

Beliau seterusnya mengatakan, antara diri kamu dan ilmu kamu, jadikanlah ilmu kamu itu dihormati oleh orang-orang yang mendengarnya, bukannya diri kamu. Kita tidak lihat siapa yang bercakap, tetapi apa yang dia cakap. Jangan jadi macam ketam yang hendak mengajar anaknya berjalan dengan lurus, sedangkan ia berjalan senget. Dari itu kamu tidak boleh mengubah orang, tetapi ilmu kamu boleh mengubah cara hidup seseorang daripada jahil kepada kelakuan yang baik, daripada gelap timbul terang dan lain-lain lagi. Katanya lagi, kalau kamu sudah menjadi pendakwah, berhati-hatilah tentang fitnah. Ambillah wang sekadar yang mereka beri, jangan memintaminta dan menuntut (demand), sebab katanya, dalam mazhab Syafie dan Maliki, harus kita mengambil upah atas kita mengajar al-Quran dan ilmu, tetapi bagi mazhab Hanafi dan Hanbali, haram kita mengambil upah atas mengajar ilmu. Bagaimanapun kedua-dua imam ini (Hanafi dan Hanbali) mengatakan, harus kita ambil upah untuk tujuan mengubat dan merawat pesakit ( ). Katanya juga, jangan kita meminta-minta atau demand kepada mereka yang menjemput kita untuk memberikan ceramah dalam apa bidang ilmu yang memberi manfaat kepada manusia. Katanya lagi, jangan jadi agama ALLAH SWT diniagakan (komersilkan). Surah Al-Baqarah, ayat 41 –

244

Ambil panduan maksud ayat ini “...Jangan kau berjual beli dengan ayat kami dengan harga sekecil manapun, dan jangan kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang rendah”, dengan erti kata jangan kamu perniagakan ayat kami ini untuk mendapat kekayaan. Katanya lagi, kamu semua sebagai ulama atau pendakwah perlu menghayati hadis Nabi SAW

Bermaksud: “Para ulama itu pewaris para Nabi-Nabi”

(Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Apa yang baik pada Nabi SAW, pendakwah kena mengikutnya, para ambiya berdakwah semata-mata untuk mendapat keredaan ALLAH SWT. Beliau memberitahu dan mengingatkan kami supaya mengambil satu daripada hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. dari Nabi SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengan ilmu yang dipelajari itu, semestinya dia mencari keredaan ALLAH SWT, namun jika dia tidak mengamalkan (mempraktikkan) ilmu itu, melainkan untuk mendapat kekayaan di dunia semata-mata, maka dia (orang ini) tidak mencium bau syurga pada hari Kiamat” (Riwayat Abu

Daud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad).

Hadis ini seolah-olah Nabi SAW sudah tahu apa yang akan berlaku kepada ummahnya. Kata orang bijak pandai, kita hari ini bercakap tidak serupa bikin, cakap lain, buatnya lain. Dalam ceramah-ceramah yang dibuat oleh penceramah atau pendakwah, banyak dititik berat tentang isu-isu jihad dan lain-lain, tetapi bila diminta untuk berceramah di satu-satu tempat, kalau diberikan bayaran sebanyak RM500, dan dia tahu di satu tempat lain menawarkan RM5,000, beliau akan tinggalkan tempat yang menawarkan RM500. Ini yang telah dan sedang berlaku hari ini. Perkara ini menjadi tegang bila banyak diperkatakan oleh pihak-pihak tertentu termasuk oleh pihak-pihak atasan pada ketika itu. Dan ada juga golongan-golongan ini yang mempersoalkan kenapa penyanyipenyanyi selebriti sekali mengadakan persembahan dibayar RM10,000 atau RM20,000 tapi kenapa kita golongan agama dibayar ratusan ringgit sahaja. Ini pernah saya buat kritikan dalam Akhbar Harian tempatan. Nasib baik kita ini menjadi golongan agama, masuk waktu solat kita solat, fikir-fikirkanlah.......... Satu lagi hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu

245

Hurairah RA., Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Orang yang paling dahsyat mendapat azab pada hari kiamat adalah orang yang berilmu dan ilmunya tidak bermanfaat baginya”. (Hadis

riwayat At-Tabrani, Baihaqi dan Ibnu Adi)

Ayat Quran yang menunjukkan mereka betul-betul pendakwah adalah seperti surah Fussilat ayat 33:

Bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) ALLAH SWT, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh...”. Pendakwah-pendakwah tidak boleh sesuka hati memberi gambaran atau menyebar perkara-perkara yang tidak sepatutnya dikeluarkan. Orang yang berdakwah adalah kerana menuntut keredaan ALLAH SWT. Ilmu yang dicurahkan kepada orang ramai memberikan satu petunjuk dan pedoman baik di dunia atau di akhirat. Sikap pendakwah-pendakwah hendaklah sentiasa menjaga akhlaknya sebagai seorang ulama kerana ilmunya bukan orangnya. Dalam sebuah hadis riwayat Amr bin al-‘As RA. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH SWT tidak mencabut ilmu sekali gus daripada hamba-Nya tetapi Dia mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama sehingga tiada lagi ulama yang tinggal. Pada saat itu, manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang bodoh. Dan ketika pemimpin itu ditanya sesuatu, maka akan keluar daripadanya fatwa yang tidak berasaskan ilmu sehingga mereka tersesat dan menyesatkan”. (Riwayat al-Bukhari) Dalam hadis lain pula riwayat Anas bin Malik RA. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya tanda-tanda hari kiamat, ALLAH SWT mengangkatkan ilmu, kejahilan berleluasa, banyak perzinaan berlaku, terlalu banyak orang yang meminum arak dan golongan wanita lebih banyak daripada lelaki dengan nisbah 50 orang wanita berbanding seorang lelaki”.

(Riwayat al-Bukhari)

Akhir sekali ada orang bertanya kepada saya, ustaz telah lama berdakwah, mula-mula masuk Arqam, walaupun tak lama dan masuk Tabligh. Pernah atau tidak ustaz mengambil wang dengan berdakwah, sebab saya tahu Tabligh tidak minta wang. Apa yang diminta oleh Tabligh, ialah supaya orang ramai sama-sama

246

berdakwah tanpa meminta wang, berbanding dengan Arqam. Memang betul, pengalaman saya dalam Arqam mula-mula berjinak-jinak, selepas 5 bulan mendapati aqidahnya tersasar, lagi menyesatkan, itu sebabnya saya keluar daripada kumpulan tersebut. Kumpulan Tabligh ini ada juga kelemahannya seperti yang saya sentuh perkara-perkara yang lepas atas kebersihan pakaian dan dakwah mereka boleh beri ceramah kepada kita. Kita pula tidak boleh beri kepada mereka kalau bukan dari kumpulan Tabligh. Walau apa pun tidak semua kumpulan ini melakukannya. Semasa saya mengajar di Sekolah Menengah Talib Karim, saya jadikan sekolah dan murid-murid saya untuk berdakwah. Saya adakan waktu rehat dua waktu. Saya suruh ketua murid baca maksud-maksud ayat al-Quran dan al-Hadis. Dari 20 minit waktu rehat sebelah pagi saya adakan tazkirah 10 minit di surau dan 10 minit lagi untuk makan di kantin. Dua minggu sekali saya adakan Qiyamullail untuk pelajar lelaki semasa saya berada di Sekolah Menengah Talib Karim selama 9 tahun. Selepas itu saya berhenti dan terlibat dengan perniagaan. Di sekolah itu juga sebulan sekali saya adakan kuliah Maghrib untuk guru-guru sekolah beragama Islam. Saya lakukan demi untuk dakwah memohon keredaan ALLAH SWT. Pada hari Rabu pula saya tambah lagi untuk buat kelas Fardu Ain dan pada sebelah petang dan hari yang lain saya gunakan waktu untuk mengadakan kuliah Maghrib, kecuali pada hari Ahad sahaja. Dalam kuliah Maghrib di masjid-masjid, saya tidak minta upah atau bayaran dari dulu hingga sekarang itu pegangan saya. Saya juga dijemput untuk memberi ceramah oleh universiti-universiti dan badan-badan NGO, saya menerimanya. Renung-renunglah firman ALLAH SWT berikut dengan mata hati yang bermaksud: “...dan sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH SWT (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya ALLAH akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) [2] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya….[3]” (Surah al-Talaq, ayat 2-3). Wallahualam....

247

This article is from: