1 minute read
Tidak Mentadabbur Dan Menghayati Intipati Al-Quran Punca Terjebak Dengan Rasuah
yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. [16] Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.[17] Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya) [18]”. Di mahkamah
ALLAH Rabbul Jalil yang menjadi saksinya seluruh anggota tubuh badan dan kesudahannya dengan azab yang tidak tergambar dalam fikiran sesuai dengan firman yang
Advertisement
bermaksud: “Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan” [Yaasin, ayat 65].
TIDAK MENTADABBUR DAN MENGHAYATI INTIPATI AL-QURAN PUNCA TERJEBAK DENGAN RASUAH
9. Al-Quran amat dekat dengan umat Islam di mana sahaja
mereka berada, dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, al-Quran dibaca berulang kali khatam. Ketika berlaku kematian, surah Yasin dan surah-surah lain juga dibaca. Namun begitu, malangnya masyarakat kita tidak memahami maksud tujuan sebenarnya al-Quran itu diturunkan. ALLAH SWT mengingatkan kita dalam surah
Yusuf ayat 2 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya”. Dalam surah Fussilat, ayat 3 firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya”.
10. Setiap Muslim dituntut memahami maksud setiap ayat dan
kalimah al-Quran yang dibaca serta mentadabbur ayatayatnya. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menggalakkan manusia agar memahami, memerhati, menyelidiki serta
8